Contoh an Power Point Kolokium

20
KETIDAKSESUAIAN SISTEM KULIAH DAN TUTORIAL DIJALANKAN DI SEKOLAH Instructor: Pn Zaidah Ketua Kumpulan: Ng Yee Xvan Pembentang: Yasheni Slide Show Ong Seow Yin Nurul Farhanah KertasKerja Lim Huey Jiuan Sinusha

description

Contoh Persembahan Kolokium Pelajar Pra U SEkolah Tinggi Kluang

Transcript of Contoh an Power Point Kolokium

Page 1: Contoh an Power Point Kolokium

KETIDAKSESUAIAN SISTEM KULIAH DAN TUTORIAL

DIJALANKAN DI SEKOLAHInstructor: Pn Zaidah

Ketua Kumpulan: Ng Yee XvanPembentang: Yasheni

Slide Show : Ong Seow Yin Nurul FarhanahKertasKerja : Lim Huey Jiuan

Sinusha

Page 2: Contoh an Power Point Kolokium

Pengenalan Tingkatan 6 sekarang dikenali sebagai pra-

universiti. Ia merujuk kepada laluan ke university selepas peringkat menengah sama ada tingkatan 6 atau matrikulasi. Sekarang sistem kuliah dan tutorial diperkenalkan di peringkat Tingkatan 6 menggantikan sistem pengajaran dan pembelajaran yang biasa digunakan untuk memudahkan pelajar-pelajar untuk menyesuaikan diri di universiti dengan sistem ini kelak. Kertas kerja kami memfokuskan soal selidik tentang penerimaan pelajar serta guru terhadap sistem yang baru ini.

Page 3: Contoh an Power Point Kolokium

Definisi Konsep Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pada

halaman 724 sistem kuliah bermaksud pelajaran yang disampaikan secara bersyarah atau berpidato oleh mahaguru atau pensyarah di universiti atau maktab. Manakala pada halaman 1501 sistem tutorial ialah kelas perbincangan yang diadakan dengan bimbingan seorang tutor dalam mata pelajaran tertentu.

Page 4: Contoh an Power Point Kolokium

Sinopsis  Kolokium merupakan perjumpaan atau persidangan yang bersifat

tidak formal untuk membincangkan perkara yang biasanya bersifat ilmiah, perbincangan secara berkumpulan. Kumpulan kami telah memilih tajuk “Pro Dan Kontra Sistem Kuliah Dan Tutorial”. Tetapi selepas melalui perbincangan dengan guru kami, kami telah mencapai kata sepakat untuk hanya membincangkan “Keburukan Sistem Kuliah Dan Tutorial”.

Dalam bidang akademik, kolokium mengandungi syarahan yang diberikan oleh ahli komuniti akademik tentang kerjanya kepada rakan yang bekerja dalam bidang berdekatan. Dalam hal ini, kumpulan kami akan membuat pembentangan mengenai “Keburukan Sistem Kuliah Dan Tutorial”. Kemudian, kami akan membincangkan topik ini dengan para pendengar kami dan mereka akan bersoal jawab dengan kami untuk menanyakan perkara yang tidak difahami dan mereka juga akan menilai kerja yang kami bentangkan.

Page 5: Contoh an Power Point Kolokium

Kesan Negatif Sistem Kuliah dan Tutorial •Kuliah gagal untuk menyediakan instruktur dengan efektif tentang lingkup pembelajaran yang dipelajari oleh pelajar.•Pelajar akan sentiasa pasif dalam masa kuliah kerana tidak ada mekanisme untuk memastikan bahawa mereka secara intelektual terlibat dengan pengajaran guru.•Maklumat cenderung dilupakan dengan cepat ketika pelajar menjadi pasif.•Guru mengganggap bahawa semua pelajar belajar dengan kelajuan yang sama dan berada pada tahap kefahaman yang sama.•Kuliah tidak berpadanan untuk mengajar pelajar yang berfikir dengan arahan yang lebih tinggi seperti aplikasi,analisis,sintesis,atau evaluasi yang menpegaruhi sikap atau nilai.•Kuliah tidak berpadanan untuk mengajar kompleks dan bahan alstrak.•Kuliah yang berkesan memerlukan speaker.•Kuliah menekankan belajar dengan mendengar yang merupakan kerugian bagi pelajar yang mempunyai gaya belajar yang lain.•Pelajar tidak dapat menumpukan perhatian selepas lima belas minit hingga dua puluh lima minit sewaktu pembelajaran dijalankan.

Page 6: Contoh an Power Point Kolokium

Sistem kuliah sangat susah untuk mengekalkan minat dan perhatian pelajar selama satu jam penuh dan lima puluh minit dari kuliah.

Informasi kuliah akan cepat dilupakan, selama dan setelah kuliah

Kuliah tidak berkesan bila tujuan pengajaran berfikir.Pelajar tidak aktif ketika mendengarkan sahaja.Mereka

akan berasa bosan dan kurang minat dengan sistem kuliah ini.

Pelajar (terutamanya pelajar kurang matang) cenderung hilang minat selepas masa yang singkat.

Mungkin tidak akan berkesan untuk berfikir tahap tinggi kemahiran, bergantung pada pengetahuan dan kemahiran daripada guru.

Pelajar tidak dapat fokus.

Page 7: Contoh an Power Point Kolokium

Perkara Ya Tidak

100% perhatian 8 52

Pemahaman pembelajaran melalui ‘slide show’ 20 40

Keselesaan 3 57

Masa kuliah terlau panjang 48 12

Pendapat mengenai susunan kerusi dan meja 21 39

Masalah melihat ‘screen’ di bilik kuliah 22 38

Pemahaman sistem kuliah tanpa sistem tutorial 13 47

Penyelidikan Pandangan Pelajar Mengenai Sistem Kuliah (Tingkatan 6 Atas)

Page 8: Contoh an Power Point Kolokium

Graf Menunjukkan Pandangan Pelajar Terhadap Sistem Kuliah(Tingkatan 6 Atas)

Page 9: Contoh an Power Point Kolokium

Tafsiran Data (Tingkatan 6 Atas) Kumpulan kami telah melakukan soal selidik mengenai tajuk Keburukan Sistem Kuliah

& Tutorial. Hasil daripada soal selidik yang kami dapati menunjukkan yang Sistem Kuliah tidak sesuai dipraktikkan untuk pelajar-pelajar Pra-U. Kami telah melakukan soal selidik ini terhadap 60 orang pelajar Tingkatan 6 atas.

 Dalam kajian yang kami lakukan, terdapat 15.4% ataupun 8 orang pelajar sahaja yang hanya dapat menumpukan 100% perhatian dalam pengajaran guru dalam sistem kuliah. 84.6% ataupun 52 orang pelajar yang lain tidak dapat menumpukan perhatian mereka.

 Daripada 60 orang pelajar yang disoal selidik, hanya 33.3% daripada mereka ataupun 20 orang daripada mereka yang dapat memahami pengajaran dan pembelajaran melalui “slide show”. 66.7% ataupun 40 orang pelajar yang selebihnya menunjukkan respons yang negative.

 Apabila ditanya pelajar tentang keselesaan di bilik kuliah, hanya segelintir daripada mereka yang dapat menyesuaikan diri. Hanya 3 orang ataupun 5% daripada pelajar yang disoal selidik yang berasa selesa. 57 orang atau 95% pelajar tidak berasa selesa di dalam bilik kuliah dan termasuk juga persekitarannya.

 48 orang pelajar atau 80% daripada pelajar yang disoal selidik bersetuju bahawa masa kuliah terlalu panjang. Hal ini adalah kerana pelajar-pelajar tidak dapat menumpukan perhatian mereka untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, ada di antara mereka yang mencadangkan bahawa masa kuliah patut dipendekkan.

Page 10: Contoh an Power Point Kolokium

 65% daripada pelajar yang disoal selidik atau 39 orang pelajar tidak berpuas hati dengan susunan kerusi dan meja di bilik kuliah kerana pelajar yang duduk di bahagian belakang tidak dapat mendengar pengajaran guru dan juga tidak dapat melihat screen di hadapan.

 Ramai pelajar mempunyai masalah melihat screen yang terdapat di bilik kuliah. Dalam kajian kami terdapat 63.3% daripada 60 pelajar yang disoal selidik yang mengemukakan masalah ini. Hal ini adalah kerana screen diletakkan di tepi bilik kuliah. Ia sepatutnya diletakkan di tengah-tengah bilik kuliah untuk memudahkan semua pelajar supaya dapat melihat screen di hadapan mereka.

 78.3% daripada 60 orang pelajar yang disoal selidik menyatakan yang mereka tidak dapat memahami pengajaran guru melalui sistem kuliah tanpa sistem tutorial. Dalam erti kata lain, pelajar dapat memahami sistem kuliah dengan lebih baik jika adanya sistem tutorial. Secara konklusinya, sistem kuliah masih ada kekurangannya. Oleh itu, masalah ini haruslah diselesaikan dengan segera supaya dapat menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian mereka terhadap pelajaran dan seiring dengan itu ia juga dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik.       

Page 11: Contoh an Power Point Kolokium

Penyelidikan Pandangan Pelajar Mengenai Sistem Kuliah (Tingkatan 6 Bawah)Perkara Ya Tidak

100% perhatian 8 52

Pemahaman pembelajaran melalui ‘slide show’

30 30

Keselesaan 50 10

Masa kuliah terlau panjang 53 7

Pendapat mengenai susunan kerusi dan meja

13 47

Masalah melihat ‘screen’ di bilik kuliah 40 20

Pemahaman sistem kuliah tanpa sistem tutorial

4 56

Page 12: Contoh an Power Point Kolokium

Graf Menunjukkan Pandangan Pelajar Terhadap Sistem Kuliah(Tingkatan 6 Bawah)

Page 13: Contoh an Power Point Kolokium

Tafsiran Data (Tingkatan 6 Bawah) Kumpulan kami telah melakukan soal selidik mengenai tajuk

Keburukan Sistem Kuliah & Tutorial. Hasil daripada soal selidik yang kami dapati menunjukkan yang Sistem Kuliah tidak sesuai dipraktikkan untuk pelajar-pelajar Pra-U. Kami telah melakukan soal selidik ini terhadap 60 orang pelajar Tingkatan 6 bawah.

Dalam kajian yang kami lakukan, terdapat 15.4% ataupun 8 orang pelajar sahaja yang hanya dapat menumpukan 100% perhatian dalam pengajaran guru dalam sistem kuliah. 84.6% ataupun 52 orang pelajar yang lain tidak dapat menumpukan perhatian mereka.

Daripada 60 orang pelajar yang disoal selidik, separuh daripada 60 pelajar dapat memahami pengajaran melalui ‘slide show’ iaitu 50% ataupun 30 pelajar.Keputusan ini sama dengan pelajar yang tidak memahami pengajaran melalui ‘slide show’.

Apabila ditanya pelajar tentang keselesaan di bilik kuliah, hanya segelintir daripada mereka yang dapat menyesuaikan diri. Hanya 10 orang ataupun 16.7% daripada pelajar yang disoal selidik yang berasa selesa. Sebanyak 50 orang atau 83.3% pelajar tidak berasa selesa di dalam bilik kuliah dan termasuk juga persekitarannya.

Page 14: Contoh an Power Point Kolokium

Sebanyak 57 orang pelajar atau 95% daripada pelajar yang disoal selidik bersetuju bahawa masa kuliah terlalu panjang. Hal ini adalah kerana pelajar-pelajar tidak dapat menumpukan perhatian mereka untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, ada di antara mereka yang mencadangkan bahawa masa kuliah patut dipendekkan.

  78.3% daripada pelajar yang disoal selidik atau 47 orang pelajar tidak

berpuas hati dengan susunan kerusi dan meja di bilik kuliah kerana pelajar yang duduk di bahagian belakang tidak dapat mendengar pengajaran guru dan juga tidak dapat melihat screen di hadapan.

  Ramai pelajar mempunyai masalah melihat screen yang terdapat di bilik

kuliah. Dalam kajian kami terdapat 66.7% daripada 60 pelajar yang disoal selidik yang mengemukakan masalah ini. Hal ini adalah kerana screen diletakkan di tepi bilik kuliah. Ia sepatutnya diletakkan di tengah-tengah bilik kuliah untuk memudahkan semua pelajar supaya dapat melihat screen di hadapan mereka.

  93.3% daripada 60 orang pelajar yang disoal selidik menyatakan yang mereka

tidak dapat memahami pengajaran guru melalui sistem kuliah tanpa sistem tutorial. Dalam erti kata lain, pelajar dapat memahami sistem kuliah dengan lebih baik jika adanya sistem tutorial.

Secara konklusinya, sistem kuliah masih ada kekurangannya. Oleh itu, masalah ini haruslah diselesaikan dengan segera supaya dapat menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian mereka terhadap pelajaran dan seiring dengan itu ia juga dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik.      

Page 15: Contoh an Power Point Kolokium

Penyelidikan Perbandingan Antara Sistem Kuliah & Tutorial Dengan P&P BiasaSistem Pembelajaran Bilangan Pelajar

Sistem Kuliah & Tutorial 25

P&P seperti biasa 95

Page 16: Contoh an Power Point Kolokium

Carta Menunjukkan Pilihan Sistem Pembelajaran Oleh Pelajar Prauniversiti

Page 17: Contoh an Power Point Kolokium

Tafsiran Data Bagi Pilihan Sistem Pengajaran Oleh Pelajar Pra-USebanyak 120 pelajar Pra-U telah menyertai kajian

yang dibuat oleh kami mengenai kefahaman antara sistem kuliah dan tutorial dengan sistam P&P seperti biasa. Menurut keputusan kajian, sebanyak 95 orang pelajar ataupun 79.2% daripada 120 orang pelajar lebih memahami sistem pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Pilihan ini telah melebihi sistem pengajaran melalui sistem kuliah dan tutorial sebanyak 58.4% iaitu sebanyak 70 orang pelajar. Ini telah menunjukkan sebahagian besar pelajar tidak dapat memahami sistem pengajaran yang kami jalankan sekarang iaitu sistem kuliah dan tutorial.

Page 18: Contoh an Power Point Kolokium

Cadangan Memendekkan masa kuliah -Merujuk pada kajian, kebanyakan pelajar berasa masa kuliah terlalu

panjang dan membosankan sehingga menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa kuliah dijalankan. Oleh itu daripada cadangan pelajar, satu setengah jam adalah masa yang dicadangkan oleh kebanyakan pelajar.

Menaik taraf sistem suara yang sedia ada -Menurut kajian, kebanyakan pelajar tidak dapat mendengar dengan

jelas kepada maklumat yang disampaikan oleh guru di hadapan. Terutama pelajar yang duduk di belakang. Ini akan mejejaskan pembelajaran dan keputusan pelajar. Justeru, dengan bantuan sistem suara pelajar dapt mendengar dengan lebih jelas dan lebih memahami ajaran yang disampaikan oleh guru.

Page 19: Contoh an Power Point Kolokium

‘ Screen’ perlu dibesarkan -Menurut kajian, pelajar telah menghadapi masalah melihat ‘screen’ di hadapan. Kajian mengatakan di bilik kuliah terlalu kecil sehingga menyebabkan mereka tidak dapat melihat nota yang di sampaikan oleh guru yang mengajar. Letakan ‘screen’ juga merupakan satu masalah kepada pelajar. Pelajar yang duduk di sebelah kiri mendapi masalah ini. Dengan meletakkan ‘screen’ di tengah-tengah bilik kuliah, semua pelajar dapat melihat dengan lebih jelas dan teliti.

Menaik taraf bilik kuliah yang sedia ada -Menurut kajian, pelajar berasa tidak selesa belajar di bilik kuliah dengan suasana yang panas dan bising. Bilik kuliah yang dapat dimasuki hampir lapan puluh orang pelajar dengan hanya lima buah kipas telah menyebabkan pelajar berasa tidak selesa belajar di dalam bilik kuliah. Oleh itu, ada sebahagian pelajar mencadangkan untuk memasang alat penghawa dingin di bilik kuliah untuk menambahbaikkan suasana yang terlalu panas dan tidak selesa supaya mereka dapat belajar dengan suasana yang lebih selesa.

Page 20: Contoh an Power Point Kolokium

RumusanMenurut kajian yang dijalankan oleh kami, banyak bukti

telah membuktikan bahawa sistem kuliah dan tutorial masih mempunyai kekurangannya. Seperti yang dilihat, pelajar sendiri merasakan sistem kuliah dan tutorial ini tidak membantu mereka dalam pembelajaran malah sistem ini telah manjadi suatu halangan pembelajaran bagi pelajar. Dengan fakta yang sedia ada dan keputusan soal selidik kami, seramai 95 orang pelajar dari 120 orang pelajar yang disoal selidik telah memilih sistem pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.

Secara tuntasnya, dengan bukti yang dibuktikan oleh kumpulan kami, kami tidak setuju sistem kuliah dan tutorial yang masih mempunyai kekurangan dijalankan di sekolah.