CONTOH AR

34
FOKUS KAJIAN Isu Kajian Saya telah mengenal pasti masalah subjek kajian adalah dalam kemahiran pra bacaan iaitu dalam mengenal abjad yang ditunjukkan. Saya telah fokuskan kepada lima abjad iaitu a,b,c,d dan e sahaja. Saya memilih lima abjad sahaja kerana melalui ujian diagnostik, didapati abjad ini sering bermasalah kepada murid untuk mengenal dan mengecamnya . Kajian ini dijalankan agar murid dapat menguasai kemahiran mengenal abjad ‘a’ hingga ‘e’ melalui aktiviti permainan abjad. Antara masalah yang berlaku yang menunjukkan subjek kajian sukar menguasai kemahiran mengenal abjad ialah apabila menunjukkan kad abjad ‘e’ kepada subjek kajian, mereka tidak boleh mengecam abjad tersebut dan terdapat juga yang menyebut nama abjad lain seperti abjad ‘e’ disebut abjad ‘c’ .Kesan yang wujud akibat daripada masalah kemahiran mengenal abjad ini ialah murid tidak dapat menguasai kemahiran pra bacaan. Selain itu, murid juga malas melakukan aktiviti dan lembaran kerja yang diberikan serta murid-murid mudah bosan untuk mengikuti pembelajaran di dalam kelas dan akhirnya menyebabkan berlakunya masalah tingkahlaku negatif di dalam kelas iaitu

description

ar

Transcript of CONTOH AR

FOKUS KAJIANIsu KajianSaya telah mengenal pasti masalah subjek kajian adalah dalam kemahiran pra bacaan iaitu dalam mengenal abjad yang ditunjukkan. Saya telah fokuskan kepada lima abjad iaitu a,b,c,d dan e sahaja. Saya memilih lima abjad sahaja kerana melalui ujian diagnostik, didapati abjad ini sering bermasalah kepada murid untuk mengenal dan mengecamnya . Kajian ini dijalankan agar murid dapat menguasai kemahiran mengenal abjad a hingga e melalui aktiviti permainan abjad. Antara masalah yang berlaku yang menunjukkan subjek kajian sukar menguasai kemahiran mengenal abjad ialah apabila menunjukkan kad abjad e kepada subjek kajian, mereka tidak boleh mengecam abjad tersebut dan terdapat juga yang menyebut nama abjad lain seperti abjad e disebut abjad c .Kesan yang wujud akibat daripada masalah kemahiran mengenal abjad ini ialah murid tidak dapat menguasai kemahiran pra bacaan. Selain itu, murid juga malas melakukan aktiviti dan lembaran kerja yang diberikan serta murid-murid mudah bosan untuk mengikuti pembelajaran di dalam kelas dan akhirnya menyebabkan berlakunya masalah tingkahlaku negatif di dalam kelas iaitu membuat bising sehingga mengganggu rakan yang lain dan menunjukkan murid tidak berminat semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, kesemua masalah yang berlaku telah memberi saya dorongan untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. Antara tindakan yang dilakukan dalam tinjauan awal ialah melalui ujian diagnostik. Didalam ujian diagnostik terdapat soalan berkenaan dengan mengecam abjad dengan cara membulat abjad tersebut, mewarna abjad yang disebut dengan warna yang betul dan juga menyebut abjad yang ditunjukkan. Ketiga-tiga subjek kajian yang dikenal pasti tidak dapat menjawab dengan baik soalan ujian diagnostik tersebut. Selain itu juga temubual dilakukan dengan guru kelas yang mengajar subjek berkenaan dan hasil tembual tersebut mengesahkan tiga-tiga subjek kajian mempunyai masalah dalam mengecam abjad. Analisis dokumen iaitu hasil kerja subjek kajian menunjukkan mereka bermasalah dalam kemahiran mengecam abjad a hingga e. Pemerhatian juga dilakukan untuk melihat minat subjek kajian dalam pembelajaran dengan menggunakan borang soal selidik.Satu tindakan atau intervensi telah diilhamkan bagi mengatasi masalah dalam kemahiran mengenal abjad a hingga e iaitu dengan kaedah aktiviti permainan abjad. Terdapat tiga permainan yang digunakan iaitu kacang saya, telaga abjad dan juga ketinting Wonder Pets. Melalui aktiviti permainan yang saya digunakan, saya percaya murid boleh meningkatkan kemahiran dalam mengenal abjad dan seterusnya menambahkan minat mereka dalam pembelajaran.

Objektif Kajiankajian ini bertujuan untuk melihat:

1. Membantu murid meningkatkan kemahiran mengenal abjad a hingga e dengan menggunakan aktiviti permainan abjad.1. Meningkatkan minat murid terhadap kemahiran mengenal abjad a hingga e.

Soalan KajianBagi mencapai tujuan di atas, pengkaji harus mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan berikut:1. Adakah kemahiran mengenal abjad a hingga e murid dapat ditingkatkan dengan menggunakan aktiviti permainan abjad?1. Adakah minat murid terhadap kemahiran mengenal abjad a hingga e dapat ditingkatkan melalui aktiviti permainan abjad?

Kepentingan KajianKepentingan kajian ini dijalankan ialah untuk melihat sejauh mana keberkesanan aktiviti permainan abjad dalam penguasaan kemahiran mengenal abjad a hingga e kepada murid bermasalah pembelajaran serta menarik minat murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga memberi kepentingan kepada murid iaitu murid dapat meningkatkan penguasaan dalam kemahiran mengenal abjad. Selain itu juga kajian ini untuk melihat kepentingan pendekatan bermain sambil belajar yang diterapkan dalam pembelajaran serta penerapan terapi koordinasi motor kasar dan juga motor halus dalam pembelajaran agar koordinasi motor halus dan kasar murid-murid pendidikan khas dapat berfungsi semasa melakukan aktiviti permainan abjad sambil belajar mengenali abjad kerana terdapat seorang murid yang menghadapi masalah fizikal. Disamping itu juga, ia dapat memberikan kepentingan kepada guru sendiri iaitu guru dapat meningkatkan cara pengajaran yang pelbagai melalui aktiviti yang dilakukan serta memberi ilham kepada guru-guru yang lain dalam menggunakan aktiviti ini dalam matapelajaran lain mahupun dalam kemahiran yang lain serta diharapkan penyelidik-penyelidik lain dapat mencetus idea daripada kajian ini dalam membuat kajian untuk masalah yang lain. Dan yang paling penting memberikan kepentingan kepada ibubapa murid tersebut iaitu anak mereka lebih berminat datang ke sekolah untuk belajar dan rajin menyiapakan lembaran kerja yang diberikan serta bermotivasi tinggi.

Definisi IstilahMengikut Kamus Dewan edisi 4( m/s 240) , mengecam didefinasikan sebagai kenal atau ingat kembali rupa disebabkan seseorang atau sesuatu yg telah dilihat atau didengar sebelumnya. Selain itu juga, menurut Kamus Dewan edisi 4( m/s 737) , mengenal didefinisikan sebagai dapat mengetahui atau mengecam rupa seseorang atau sesuatu yang sudah diketahui sebelumnya.Menurut Wikipedia, penguasaan dilihat sebagai satu proses atau pun cara, perbuatan menguasai atau menguasakan, pemahaman atau kesanggupan untuk menggunakan pengetahuan, kepandaian, dan sebagainya dalam memahami sesuatu kemahiran atau tajuk. Dalam kajian tindakan saya ini, saya memfokuskan kepada tajuk penguasaan kemahiran dalam mengenal abjad a hingga e.Marohaini Yusoff (1989) telah merumuskan proses membaca sebagai perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca. Dengan ini saya merasakan bahawa kemahiran mengenal dan mengecam abjad harus ditekankan sebelum kemahiran membaca dapat dikuasai dengan sepenuhnya. Kerana jika kemahiran prabacaan tidak dapat dikuasai maka kemahiran bacaan langsung tidak dapat dikuasai.Selain itu juga, di dalam kajian ini juga saya menyelitkan kepentingan belajar sambil bermain. John Dewey (1852-1859)menggalakkan proses pembelajaran dengan prinsip belajar melalui bermain. Aspek keseronokan adalah hak setiap kanak-kanak. Kesimpulannya kanak-kanak akan lebih berminat dengan pembelajaran dan pembelajaran lebih cepat masuk ke dalam minda jika poses pembelajaran diselitkan dengan aktiviti permainan. Selain itu, Piaget pula menyatakan bermain memberi kesan ke atas perkembangan kognitif. Ia terbukti mempunyai perkaitan dengan proses pembinaan pengetahuan melalui interaksi dan persekitarannya. Dengan ini bersesuaian dengan kaedah yang saya gunakan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran mengenal abjad dengan cara aktiviti permainan abjad.Mengikut tindakan dalam kajian yang saya laksanakan, terdapat tiga aktiviti permainan abjad yang digunakan, permainan yang pertama iaitu aktiviti kacang saya. Kacang hijau merupakan sumber protein yang sangat baik untuk tubuh kita. Saya menggunakan kacang hijau kerana struktur kacang hijau yang sederhana besar dan warnanya yang terang. Saiznya yang sederhana besar berbanding dengan biji sagu dapat memberi kesan kepada motor halus subjek kajian semasa mereka menyentuh dan mengisi kacang hijau di dalam bekas bentuk abjad.Permainan kedua ialah aktiviti telaga abjad. Telaga abjad ialah aktiviti dimana murid dikehendaki memecahkan belon yang mengandungi gulungan abjad kemudian berlari masuk ke dalam gelung rotan yang mengandungi abjad yang ditampal didalam gelung. Saya menggunakan belon yang berwarna-warni bagi menarik minat murid Pendidikan Khas untuk melakukan aktiviti ini. Gelung rotan yang asalnya diperbuat daripada rotan tetapi di inovasi dengan pembuatan daripada plastik yang berwarna-warni. Saya akan menggunakan gelung rotan yang berwarna-warni.Permainan yang ketiga ialah aktiviti ketinting Wonder Pets. Ketingting merupakan sebuah permainan kanak-kanak yang bukan sahaja memberi hiburan, malah bermanfaat terhadap rohani dan jasmani seseorang pemain. Permainan ini yang dimainkan oleh kanak-kanak di seluruh dunia dengan istilah yang berbeza, Ia merupakan asas kepada acara lompat jauh yang bertaraf sukan antarabangsa. Skil melompat dalam permainan ketingting yang memberikan pengalaman dan latihan asas kepada pemain untuk menceburi sukan yang lebih tinggi kemahiranya. Kebiasaannya permainan ini selalu dimainkan oleh kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana permainan ini tidak begitu lasak dan hanya menggunakan kaedah lompatan satu kaki dan dua kaki. Permainan ini hanya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang kecil sahaja. Teng-teng hanya dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada dua hingga empat orang sahaja. Saya memilih ketinting kerana dalam subjek kajian saya terdapat seorang yang bermasalah dari segi fizikal. Melalui permainan ketinting, sedikit sebanyak dapat menguatkan fizikal mereka. Saya membuat inovasi dengan memberikan nama ketinting Wonder Pets kerana saya memberikan token berbentuk gambar kartun Wonder Pets yang digemari oleh murid tersebut. Dan ia juga merupakan salah satu tarikan kepada aktiviti ketinting.Kesimpulanya, murid-murid yang menghadapi masalah dalam membaca ialah murid yang tidak mempunyai asas membaca yang kukuh iaitu masalah dalam mengecam abjad. Jika tidak mengenali abjad, bagaimana murid hendak membunyikan suku kata dan seterusnya membaca. Istilah-istilah yang diberikan diatas mengatakan asas untuk membaca dimulai dengan mengecam abjad. Selain itu juga prinsip belajar sambil bermain juga penting untuk diterapkan terutamanya bagi murid-murid Pendidikan Khas. Sebagaimana yang diketahui bahawa murid-murid Pendidikan Khas lebih gemar jika guru menerapkan unsur permainan dalam pembelajaran kerana tahap dan kebolehan mereka sesuai dengan prinsip belajar sambil bermain. Permainan-permainan yang telah dinyatakan sebelum ini saya laksanakan dalam kajian tindakan bagi meningaktkan penguasaan kemahiran mengenal abjad a hingga e.

SOROTAN KAJIAN

Berdasarkan masalah murid yang telah dikenal pasti iaitu masalah dalam mengenal abjad a hingga e, saya telah membuat beberapa rujukan mengenainya. Hasil bacaan saya adalah seperti yang dinyatakan di dalam sub topik ini. Melalui jurnal Fakulti Pendidikan Universiti Pendidikan Universiti Malaya, jilid 11, (1984/85) yang bertajuk Masalah Kanak-kanak Mengenal Abjad satu analisis menunjukkan bahawa satu kajian telah dibuat untuk kanak-kanak tadika oleh Popp (1964) melaporkan bahawa mereka mengalami kesukaran memadankan bentuk huruf kecil seperti u, q, d, h, p, v, b, c, f, l, j dan k. Kajian Popp (1964) juga menunjukkan kanak-kanak tadika juga mengalami kekeliruan abjad seperti dalam usaha memadankan bentuk-bentuk huruf kecil seperti b-d,p-q, b-q, dan d-p iaitu yang dinamakan masalah pembalikan huruf (reversal of letters). Penulis juga menekankan bahawa mengenal abjad dari segi bentuk dan namanya adalah penting pada peringkat permulaan awal mengenal abjad itu sendiri dan merupakan sebagai peringkat permulaan kanak-kanak belajar membaca. Mengikut kajian ini, ia dijalankan ke atas murid tadika tetapi saya menjalankan kajian yang sama kepada murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran tentang masalah mengenal abjad a hingga e. Kesimpulanya, masalah mengenal abjad adalah masalah yang sangat penting untuk diatasi supaya murid dapat menguasai kemahiran membaca dan juga menulis. Di dalam kajian saya jalankan ini, saya menggunakan kaedah bermain sambil belajar iaitu aktiviti permainan abjad bagi mengatasi masalah tersebut.Selain itu juga, menurut W.R Ryburn dan K.B. Forge dalam buku Mok Soon Sang, 2008 Psikologi Pendidikan bahawa terdapat enam jenis pembelajaran. Antaranya ialah pembelajaran melalui meniru dan bermain. Saya menggunakan jenis pembelajaran melalui bermain dalam kajian yang saya jalankan iaitu menggunakan aktiviti permainan untuk mengatasi masalah murid dalam mengenal abjad a hingga e.Di dalam sebuah jurnal yang bertajuk Kepentingan Aktiviti Bermain Di Dalam Pendidikan Prasekolah yang ditulis oleh Fauziah Md Jaafar, beliau menceritakan tentang kepentingan aktiviti bermain dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak. Ini kerana bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka belajar dan meneroka melalui aktiviti bermain kerana mereka mempunyai imaginasi yang tinggi (Morrison, 2000; & Spodek, 1973) dan sejak bayi lagi mereka sudah cenderung untuk memanipulasikan anggota badan mereka sendiri, (Piaget, 1962). Selain itu juga, bermain adalah satu aktiviti yang simbolik dan memberi makna kepada kanak-kanak, aktif serta bebas untuk meneroka dan menjelajah persekitarannya, mendapat keseronokan dan segala undang-undang permainan kanak-kanak yang tentukan sendiri sesuai dengan aktiviti yang mereka main(Isenberg and Jolongo, 1997). Kesimpulnya, hasil daripada kajian beliau menunjukkan aktiviti bermain penting dalam pembelajaran bagi kanak-kanak. Dengan ini saya merasakan pendekatan yang saya gunakan dalam kajian yang bakal dilaksanakan untuk murid pendidikan khas iaitu menggunakan aktiviti permainan dalam proses pembelajaran dapat mengatsi masalah mereka dalam mengenal abjad.Tambahan lagi, terdapat juga kajian lepas mengenai kemahiran dalam mengenal abjad. Kajian ini telah dijalankan oleh Tajul Azhar Bin Abdul Wahab yang bertajuk Kenali Abjad yang dijalankan pada tahun 2009. Mengikut kajian ini, ia dijalankan ke atas murid biasa yang bernama Mawi, seorang murid tahun 3. Mawi menghadapi masalah dalam mengenal abjad. Kajian ini menggunakan kaedah objek perlambangan bagi mengingati abjad. Dengan ini saya mencedok idea beliau dalam kajian yang bakal saya laksanakan dalam mengenal dan menyebut abjad dengan cara menggunakan gambar kartun yang diminati oleh mereka dalam permainan ketinting sebagai peneguhan dan token. Dengan cara ini dapat merangsang ingatan murid. Kajian ini dilakukan ke atas murid biasa dan saya mencedok idea dalam kajian ke atas murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran.Berdasarkan kajian-kajian terdahulu ini, jelas menunjukkan aspek permainan penting mengalakkan murid dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran ( P&P) di dalam kelas. Selain itu juga, mengecam abjad juga perlu diatasi dengan segera agar murid-murid dapat mengenak abjad seterusnya dapat membaca Pelbagai kaedah yang digunakan dan terdapat kajian lepas yang menggunakan gambar sebagai menguatkan daya ingtan dalam mengecam abjad. Sorotan kajian inilah yang memberikan saya ilham dan cuba menjejak langkah untuk melaksanakan satu kajian berkaitan mengenal abjad dengan menggunakan aktiviti permainan abjad yang mampu untuk mengatasi masalah dalam kemahiran mengenal dan meningkatkan lagi minat murid di dalam kelas.

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

Reka Bentuk KajianDalam kajian yang bakal saya jalankan, saya memilih Model Reka Bentuk Laidlaw (1992). Didalam model ini terdapat lima fasa yang penting untuk diikuti. Model Kajian LaidLaw menerangkan bahawa dalam satu lingkaran terdiri daripada lima fasa iaitu (i) mengenalpasti isu, (ii) merancang tindakan, (iii) pelaksanaan tindakan, (iv) mengumpul dan menganalisis data,(v) refleksi.Rajah 1:Model Laidlaw(1992)mengenal pasti isuMasalah atau isu utama berkaitan kajian telah dikenal pasti melalui analisis terhadap lembaran kerja Bahasa Melayu yang pernah dijawab oleh murid dan juga semasa P&P serta ujian diagnostik dan pemerhatian. Hasil semakan membuktikan murid-murid tidak mengenal abjad a hingga e. Disamping itu juga,analisis ini telah dirujuk kepada guru subjek dan satu perbincangan dan temubual telah diadakan bagi mengetahui permasalahan sebenar murid.merancang tindakanSaya telah merancang satu tindakan yang merupakan aktiviti permainan abjad dalam mengatasi masalah penguasaan mengenal abjad a hingga e. Aktiviti yang bakal dirancang ialah , kacang saya , telaga abjad, dan ketinting Wonder Petspelaksanaan tindakanPelaksanaan tindakan yang bakal saya jalankan untuk kajian tindakan ialah seperti berikut:BilMingguTindakan

1.Praktikum fasa 3Menjalankan ujian diagnostik dan ujian pra

2.Minggu 1Permainan kacang saya-Subjek kajian dikehendaki mengisi kacang hijau didalam lubang abjad a kemudian diminta untuk merasa bentuk yang terhasil kemudian mengecam serta menyebut abjad yang terhasil. Langkah ini diulang sehingga abjad e. Ujian pos 1 akan diberikan selepas aktiviti.

3.Minggu 2Permainan telaga abjad-Subjek kajian diminta untuk memecahkan belon yang mempunyai gulungan kertas yang mengandungi abjad kemudian berlari dan melompat ke dalam gelung rotan yang diletakkan abjad yang sama dengan gulungan kertas tadi kemudian diminta menyebut abjad tersebut. Setiap subjek kajian diminta memecahkan lima belon setiap seorang untuk lima abjad. Aktiviti ini bertujuan supaya subjek kajian mengecam abjad pada gulungan kertas dan melompat ke dalam gelung yang sama abjad untuk menampakkan subjek kajian mengenal abjad tersebut. Ujian pos 2 akan diberikan selepas aktiviti.

4.Minggu 3Permainan ketinting Wonder Pets-Pada minggu 3, permainan ketinting diperkenalkan. terdapat 2 pusingan. Pusingan pertama iaitu pada minggu ketiga dan pusingan kedua pada minggu 4. Pada pusingan pertama, subjek kajian diminta untuk melompat dari satu petak ke petak dan menyebut abjad yang terdapat pada petak tersebuat. Subjek kajian yang berjaya menyebut abjad dengan betul akan diberikan token Wonder Pets untuk ditampal di baju mereka dan subjek kajian yang tidak berjaya mengenal dan menyebut abjad tidak dapat bergerak ke petak yang seterusnya hingga mereka berjaya mengenal abjad tersebut. Lembaran kerja diberikan pada akhir pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini bertujuan untuk menarik minat murid dengan memberikan token pada masa yang sama subjek kajian mengenal abjad. Ujian pos 3 akan diberikan selepas aktiviti.

5.Minggu 4Aktiviti pengukuhan(ketinting wonder pets) -Subjek kajian diminta membaling pundi kacang pada petak abjad mengikut arahan guru serta dikehendaki duduk di atas petak tersebut sambil menyebut abjad tersebut. Setiap subjek kajian dikehendaki membaling lima kali pundi kacang bagi lima abjad. Aktiviti ini bertujuan untuk memantapkan lagi pemahaman subjek kajian keatas kemahiran mengenal abjad. Pada minggu akhir ujian pos 4 akan diberikan.

mengumpul dan menganalisis dataSemua data yang diperoleh dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan instrument yang sesuai seperti instrument ujian pra, ujian pos, analisis dokumen dan juga pemerhatian.Membuat refleksiSetelah data dianalisis, refleksi mengenai hasil dapatan yang diperoleh dilaksanakan . Melalui refleksi juga saya dapat membuat rumusan meliputi aspek hasil dapatan kajian dan permasalah yang timbul. Dengan cara ini dapat membantu saya mengesan kekuatan dan kelemahan yang wujud sepanjang proses kajian yang bakal saya jalankan.Terdapat catatan, luahan perasaan dan juga pandangan saya sebelum, semasa dan selepas kajian dilaksanakan.

Kumpulan sasaranlatar belakang sekolahKajian tindakan yang bakal saya jalankan ini akan dilaksanakan di sekolah tempat praktikum fasa tiga saya iaitu Sekolah Kebangsaan Kandis, Bachok Kelantan. Sekolah ini berdekatan dengan Tok Bali dan mempunyai asrama desa yang memuatkan murid tahun 4,5 dan 6. Asrama ini diberikan percuma kepada murid kerana majoriti murid di kawasan ini taraf sosial yang rendah dan merupakan kawansan nelayan. Kebanyakan bekerja sebagai petani dan juga nelayan. Antara sejarah sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Kandis diasaskan pada tahun 1947 oleh Tuan Haji Saad Bin Chik iaitu Pegawai Daerag Telong. Nama Kandis diambil sempena pokok asam Kandis yang banyak terdapat di kawasan sekitar sekolah pada masa itu. Pada peringkat awal penubuhan sekolah ini mempunyai 35 orang murid dan seorang guru iaitu Cikgu Mohammad bin Yusof serta sebuah bilik darjah yang dibina secara bergotong-royong. Murid-murid diajar menulis, membaca dan mengira. Tulisan dan bacaan jawi diutamakan. Jarak sekolah ini dengan Bandar bachok lebih kurang 16km.Pada tahun 1956, sekolah ini telah dipindahkan ke tapak baru dengan bilangan bilik darjah sebanyak 4 buah dan bilangan murid bertambah kepada 134 orang. Pembinaan bangunan baru itu, dengan bantuan sepenuhnya daripada pihak kerajaan. Manakala guru bertambah menjadi 7 orang.Pada tahun 1960, 2 buah rumah guru telah didirikan untuk kemudahan guru. Ini kerana pada masa itu sekolah ini dianggap kawasan pendalaman kerana sukar dari segi pengangkutan. Pada tahun 1978, murid-murid sekolah ini telah meningkat kepada 220 orang dan bilangan guru meningkat kepada 9 orang. Oleh itu sebuah bangunan 2 tingkat dan 1 bangunan kantin didirikan. Apabila jalan raya siap dibina menghubungkan Daerah Telong dengan kawasan luar, bilangan murid bertambah menjadi 326 orang dan 13 orang guru. Dengan siapnya perkampugan Nelayan Kandis (1988) bilangan murid terus bertambah kepada 436 orang. Pada tahun 1989, pihak sekolah telah mendapat projek secara gotong-royong untuk digunakan bagi membina banggunan Pusat Sumber dan Bangunan.Kedua-dua bangunan tersebut adalah daya usaha Tuan Haji Ahmad Shahibuddin b. Haji Mohd. Noor. Kerajaan terus memberi bantuan dimana pada tahun 1993 sekolah mendapat lagi projek iaitu 2 unit rumah guru kelas F dan seunit dewan makan asrama. Oleh sebab bilangan murid sentiasa bertambah, kerajaan telah meluluskan 3 buah lagi bilik darjah yang baru. Pada tahun 2007,sekolah ini telah mempunyai 21 kelas termasuk 2 kelas pra. Bilangan murid bertambah kepada 835 orang dan tenaga pengajar seramai 45 orang. Pada tahun 2011,sekolah mendapat bangunan baru empat tingkat yang mengandungi bilik guru, bilik J-Qaf , perpustakaan, pejabat, makmal sains, bilik KH, bilik Muzik, 6 bilik darjah dan sebagainya. Kelas prasekolah juga telah bertambah kepada 3 buah. Manakala jumlah guru di SK Kandis telah bertambah kepada 57 orang dan murid sekolah seramai 815 orang.Di dalam sekolah ini terdapat satu tempat atau kelas Pendidikan Khas yang terletak berhampiran dengan bangunan Prasekolah. Kelas pendidikan khas ini baru dibuka di sekolah tersebut selama 4 tahun dan mempunyai 25 orang murid yang terdiri daripada pelbagai kecacatan dan masalah serta dari latar belakang sosial yang pelbagai. Diselaras oleh cikgu En Ahmad Fadhli Ahmad dan mempunyai 2 orang guru perempuan iaitu Pn Annith Awang serta Pn Ratni Naili serta seorang pembantu pengurusan murid(PPM), Pn Azizah.

latar belakang muridUntuk kajian yang bakal saya jalankan, terdapat tiga orang murid terdiri daripada dua orang murid lelaki serta seorang murid perempuan berusia sekitar 9 ,10 dan 11 tahun. Saya telah memberikan nama samaran bagi keempat-empat mereka iaitu Hafiq, Udin, dan Nurul. Di dalam pendidikan khas mereka dikategorikan sebagai murid Terencat akal dan Slow Learner dan mereka juga, merupakan kumpulan yang lemah. Mereka juga mempunyai fokus yang rendah dalam pengajaran dan pembelajaran. Tahap sosio ekonomi bagi ketiga murid tersebut ialah pada tahap lemah. Ketiga-tiga subjek kajian tinggal berhampiran dengan kawasan sekolah. Saya memilih tiga orang murid ini sebagai subjek kajian.

Pelaksanaan tindakanTindakan akan dilaksanakan selama 4 minggu bersamaan dengan 4 aktiviti yang telahpun dirancang. Satu minggu hanya diperuntukkan untuk pelaksanaan satu aktiviti sahaja.

Aktiviti 1: Permainan kacang saya-Untuk minggu 1 saya akan menggunakan aktiviti permainan kacang saya. Permainan ini memerlukan subjek kajian mengisi kacang hijau kedalam lubang bentuk abjad a hingga e. Selepas itu mereka dikehendaki menyebut abjad yang dihasilkan satu demi satu. Dengan cara yang bakal saya jalankan ini dapat memberi pengalaman kepada subjek kajian dalam membuat dan melihat bentuk abjad dengan kacang hijau sambil mengecam abjad tersebut. Dengan cara ini, subjek kajian dapat mengenali abjad dan bentuk abjad. Kacang hijau dipilih kerana struktur kacang hijau itu yang besar dan timbul dapat memberi subjek kajian tersebut merasa abjad yang dihasilkan, dan ini merupakan terapi untuk psikomotor halus. Selepas itu Ujian pos 1 akan diberikan.

Aktiviti 2: Permainan telaga abjad-Aktiviti ini pula dimainkan pada minggu 2. Subjek kajian diminta untuk memecahkan belon yang mempunyai gulungan kertas yang mengandungi abjad kemudian diminta mengecam abjad dan berlari serta melompat ke dalam gelung rotan yang diletakkan abjad yang sama dengan gulungan kertas tadi kemudian diminta menyebut abjad tersebut. Permainan ini bertujuan untuk melihat bagaiman murid dapat mengecam abajd pada gulungan kertas dan seterusnya mengenalpasti abjad yang sama dalam gelung rotan. Di dalam aktiviti ini diterapkan terapi motor kasar iaitu ketika berlari. Ujian pos 2 akan diberikan pada akhir pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti 3: Permainan ketinting Wonder Pets- Pada minggu 3, permainan ketinting diperkenalkan. terdapat 2 pusingan. Pusingan pertama iaitu pada minggu ketiga. Subjek kajian diminta menyebut kesemua abjad yang terdapat pada petak yang dipijak dalam ketinting. Setiap abjad yang betul disebut diberikan token Wonder pets. Token ini digunakan untuk memberi semangat kepada subjek kajian untuk mengecam dan menyebut abjad tersebut. Dengan cara ini subjek kajian lebih berminat dan bermotivasi untuk belajar mengenal abjad. Ujian pos 3 diberikan pada akhir pengajaran dan pembelajaran. Pada minggu 4 pula, diberikan pengukuhan daripada permainan ini iaitu subjek kajian dikehendaki membaling pundi kacang pada petak abjad yang diminta oleh guru. Aktiviti ini sebagai pengukuhan dalam melihat subjek kajian mengecam dan mengenal abjad dengan betul. Ujian pos 4 diberikan pada minggu ke empat.

Kaedah pengumpulan dataDi dalam kajian yang bakal saya jalankan, saya akan menggunakan instrument ujian diagnostik, ujian pra, ujian pos, analisis dokumen dan juga pemerhatian.1. Ujian pra dan posUjian pra dijalankan sebelum aktivti permainan abjad diperkenalkan dan ujian pos dijalankan setelah aktiviti permainan abjad diperkenalkan.

2. Analisis dokumenPengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. Dokumen adalah sumber yang paling mudah untuk guru mendapatkan maklumat yang diperlukan telah sedia ada. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008)-Saya akan menganalisi hasil lembaran kerja subjek kajian sebelum dan selepas aktiviti permainan diperkenalkan. Dengan cara ini dapat melihat perubahan dan peningkatan untuk masalah yang dikaji.3. PemerhatianMenurut Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud (2011), pemerhatian merupakan suatu aktiviti pengumpulan data dalam proses pengajaran dan pembelajaran. pengkaji menjalankan pemerhatian berstruktur terhadap kemahiran mengenal dan minat subjek kajian semasa prose pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pemerhatian ini dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik.

Jadual Pelaksanaan

Bil.Aktiviti Tarikh

1.Mengenal pasti masalah Ujian diagnostik Pemerhatian Temubual

28 Jan 2013-20 Feb 2013(sem 7)

2.Tajuk kajian Pencarian sorotan kajian Kajian lepas Buku

2 Mac 2013 10 Mac 2013(sem 7)

3.Menentukan objektif Penentuan objektif kajian (tujuan kajian)

15 Mac 2013(sem 7)

4.Soalan kajian Penyediaan soalan kajian yang berkaitan dengan objektif kajian 18 Mac 2013(sem7)

5.Rancangan tindakan Rancang langkah tindakan dan cara kumpul data 26 Mac 2013 1 April 2013(sem 7)

6.Menulis laporan kajian(proposal) Membetulkan penulisan(pensyarah)21 Mac 2013 1 April 2013(sem 7)

7.Pembentangan dapatan kajian(proposal)5 April 2013(sem 7)

8.Menjalankan tindakan kajian aktiviti kacang saya aktiviti telaga abjad aktiviti ketintingSemester 8

RUMUSANUntuk mengatasi masalah subjek kajian dalam mengenal abjad a hingga e saya telah memilih untuk merancang aktiviti permainan abjad. Melalui aktiviti ini saya berharap kemahiran murid mengenal abjad a hingga e dapat ditingkatkan dan dikuasai oleh murid. Selain itu berharap murid semakin berminat untuk belajar dengan suasana belajar sambil bermain serta bermotivasi tinggi dalam pembelajaran. Dengan ini saya berharap kajian tindakan yang bakal saya laksanakan ini dapat mencapai menjawab soalan kajian dan mencapai objektif yang ditetapkan, kerana menurut John Dewey (1852-1859)menggalakkan proses pembelajaran dengan prinsip belajar melalui bermain. Aspek keseronokan adalah hak setiap kanak-kanak. Kesimpulannya kanak-kanak akan lebih berminat dengan pembelajaran dan pembelajaran lebih cepat masuk ke dalam minda jika poses pembelajaran diselitkan dengan aktiviti permainan.

RUJUKANBukuAbdul Rahman Abdul Majid Khan. (2007). Guru sebagai penyelidik. Kuala Lumpur: PTS Professional Sdn. Bhd.

Ai Hong Chen & Noor Suraini Mohamad, (2002). Kekeliruan mengecam huruf b-d-p-q di kalangan kanak-kanak prasekolah, Jurnal Kesihatan Masyarakat Isu Khas 2002.

Akhtar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2011). Pengantar penyelidikan tindakan dalam penyelidikan pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Hj. Ismail Hj. Zakaria, Salmah Othman & Elly Chong. (1992). Kemahiran membaca dalam asas kemahiran berbahasa KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Husin Fateh Din & Nazariyah Sani. (2012). Bahasa Melayu II akademik. Selangor :Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Marohaini Yusoff. (1989). Strategi Pengajaran Bacaan Dan Kefahaman. Kuala Lumpur: Karya Bistari Sdn Bhd.

Mok Soon Sang. (1992). Pendekatan Dan Strategi Pengajaran. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang.(2008).Psikologi Pendidikanuntuk Pengajaran & Pembelajaran. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj Husin. (1998). Kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa. Selangor:Penerbitan Saujana Sdn. Bhd.

K.A . Razhiyah, (2008). Menjadi guru Pendidikan Khas, PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku manual kajian tindakan (Edisi ke-3). Kuala Lumpur:Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pendidikan KementerianPelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Asas kemahiran berbahasa KBSR. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rosalind Charlesworth. (2007). Understanding child development; for adult who work with young children. New York:Thomson Delmar Learning.

Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan tindakan;kaedah dan penulisan. Kuala Lumpur : Freemind Horizon Sdn. Bhd.

Suppiah Nachiapan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Syukor. (2008). Psikologi pendidikan. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd..

Syed Abu Bakar Syed Akil. (1994). Panduan Mengajar Kemahiran Membaca. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tuan Jah Tuan Yusof. (2011). Kaedah pengajaran bahasa Melayu sekolah rendah. Selangor :Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Tuan Jah Tuan Yusof. (2011). Pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Selangor :Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Tajul Azhar Bin Abdul Rahman (2009). Kenali Abjad. Buku Koleksi Kertas Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun2009.

Media eletronik

Kraus. (1990). Pendekatan sambil belajar. Diperoleh Mac 3, 2013 dari http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/07/pendekatan-belajar-sambil-bermain.html

Caplan dan Caplan. (1973). Pendekatan belajar melalui bermain. Diperoleh Mac 5, 2013 dari http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=48021

John Dewey. (1852-1859). Mengapa kanak-kanak perlu bermain?. Diperoleh Mac 8, 2013 dari http://masribaharom.blogspot.com/2012/09/mengapa-kanak-kanak-perlu-bermain-ramai.html

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SNamb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.195-209