Contoh Assignment Item Autentik

download Contoh Assignment Item Autentik

of 20

Transcript of Contoh Assignment Item Autentik

FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAMGPF 3046 PEngajaran, teknologi dan penaksiran 1 Pensyarah: EN. MOHD NOOR B CHE AB. RAHMANDisediakan oleh: NAMA:-------------------------------------NO. MATRIK:--------------------------Kumpulan :Tajuk Penaksiran 1: Sediakan 5 Item Objektif Aneka Pilihan. Laksanakan Ujian. Buat Analisis Item. Laporkan. Tajuk Penaksiran 2: Jelaskan 3 Jenis Penaksiran Autentik Yang Sesuai Dilaksanakan Dalam Kelas Kendalian Anda.

Tarikh Hantar:

Pusat Pengajian: UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN, KAMPUS GONG BADAK.

KUALA TERENGGANU

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Soalan Tugasan Penaksiran 1 Pengenalan 5 Item Soalan Objektif Aneka Pilihan Pengertian Indeks Soalan Analisis 5 Item Soalan Pendidikan Islam Laporan Analisis Item Soalan Tugasan Penaksiran 2 Pengenalan Pentaksiran Autentik Kepentingan Pentaksiran Autentik Ciri-ciri Pentaksiran Autentik Kaedah-kaedah Pentaksiran Autentik 3 Jenis Pentaksiran Autentik 1. Pemerhatian 2. Tunjukcara/ demonstrasi 3. Persembahan/amali Kesimpulan Bibliografi

1 1 3 3 3 7 8 8 8 9

10

10 13 15 17

TUGASAN PENAKSIRAN 1 SEDIAKAN 5 ITEM OBJEKTIF ANEKA PILIHAN. LAKSANAKAN UJIAN. BUAT ANALISIS ITEM.

1. PENGENALAN Dalam sistem pendidikan, penilaian atau pengujian amat penting kerana ia menilai proses pengajaran-pembelajaran. Tujuannya berbagai-bagai. Menurut A. E. Ashworth (1982), ada tujuh tujuan pengujian/penilaian iaitu untuk dorongan, diagnosis, menilai, memilih, melapor, membanding dan meramal. Pelbagai cara digunakan seperti melalui peperiksaan, kerja kursus, gerak kerja berkumpulan, projek dan sebagainya. Secara umumnya terdapat dua jenis soalan untuk tujuan penilaian/pengujian iaitu soalan objektif dan subjektif (esei). Ada pelbagai jenis soalan objektif. Sinonim dengan soalan objektif ialah soalan item aneka pilihan.

Item Aneka Pilihan merupakan bentuk-bentuk ujian objektif yang kerap digunakan dalam ujian dan peperiksaan. Bentuk item aneka pilihan ini mengandungi satu pokok item yang berfungsi sebagai soalan dan diikuti dengan beberapa gerak balas sama ada 4 atau 5 yang berfungsi sebagai aneka pilihan jawapan. Pelajar dikehendaki memilih jawapan yang betul atau paling tepat daripada beberapa pilihan jawapan yang dikemukakan. Satu jawapan yang betul itu bertindak sebagai kunci dan selain itu dianggap sebagai penganggu.

2. 5 ITEM OBJEKTIF ANEKA PILIHAN ( BAB AQIDAH TAHUN 5. TAJUK : AS-SABUR ) Arahan : Bulatkan jawapan yang betul 1) As-Sabur ialah satu daripada nama-nama Allah.As-Sabur bererti............................. A. Allah Maha Mendengar B. Allah Maha Pengampun C. Allah Maha Sabar

D. Allah Maha Pengasih 1 2) Hukum beriman dengan sifat As-Sabur ialah.. A. Wajib B. Sunat C. Harus D. Haram 3) Allah Maha Sabar. Sifat sabar Allah ........................ A. untuk umat Islam sahaja B. hanya ketika tertentu C. ada hadnya D. tiada batasan 4) Allah memberi nikmat kepada.............................. A. semua manusia B. hamba yang soleh C. manusia yang taat D. manusia yang menderhaka 5) As-Sabur Allah merupakan satu...................................untuk manusia. A. Kesukaan Allah B. Pertolongan Allah C. Rahmat Allah D. Pemberian Allah *Soalan ujian ini telah dilaksanakan kepada murid tahun 5.

2 3. PENGERTIAN INDEKS SOALAN

Indeks Kesukaran (IK) ialah nisbah pelajar yang menjawab soalan dengan betul daripada keseluruhan pelajar. Jika pelajar kumpulan T menjawab betul diberikan pemboleh ubah T dan jumlah pelajar kumpulan R menjawab betul diberi pemboleh ubah R. Indeks diskriminasi (ID) digunakan untuk membezakan pencapaian di antara kumpulan T dengan pelajar kumpulan R. Diskriminasi yang positif menunjukkan bahawa item tersebut boleh dijawab oleh ramai pelajar kumpulan T tetapi tidak dapat dijawab oleh ramai pelajar kumpulan R 4. ANALISIS 5 ITEM SOALAN 4.1 5 SOALAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM (AQIDAH THN 5; AS-SABUR) Item ujian no 1 20 pelajar kumpulan T 20 pelajar kumpulan R Jawapan betul bagi item 1 ialah C Indeks Kesukaran IK = NT + NR N = 20 + 19 40 = 0.9 Jawapan IK : 0.9 (sangat mudah ) Indeks Diskriminasi ID = NT - NR N/2 = 20 - 19 Pilihan C * 20 19

A -

B -

D 1

20 = 0.1 Jawapan ID : 0.1 (sukar)

3

Item ujian no 2 20 pelajar kumpulan T 20 pelajar kumpulan R

Pilihan A * 18 8 B 1 8 C 1 4 D -

Jawapan betul bagi item 2 ialah A Indeks Kesukaran IK = NT + NR N = 18 + 8 40 = 0.6 Jawapan IK : 0.5 (sesuai ) Indeks Diskriminasi ID = NT - NR N/2 = 18 - 8 20

= 0.5 Jawapan ID : 0.5 (sesuai) Pilihan A 4 10 B 3 C 3 2 D * 13 5

Item ujian no 3 20 pelajar kumpulan T 20 pelajar kumpulan R

Jawapan betul bagi item 3 ialah D Indeks Kesukaran IK = NT + NR N = 13 + 5 40 = 0.4 Jawapan IK : 0.4 ( sesuai ) Indeks Diskriminasi ID = NT - NR N/2 = 13 - 5 20 = 0.4 Jawapan ID : 0.4 (sesuai)

4

Item ujian no 4 20 pelajar kumpulan T 20 pelajar kumpulan R Jawapan betul bagi item 4 ialah Indeks Kesukaran IK = NT + NR N = 8 + 2 40 = 0.2 Jawapan IK : 0.2 ( sukar )

Pilihan A * 8 2 B 8 10 C 4 8 D -

5 Indeks Diskriminasi ID = NT - NR N/2 = 8 - 2 20 = 0.3 Jawapan ID : 0.3 (sesuai) Pilihan B C * 7 7 8 2

Item ujian no 5 20 pelajar kumpulan T 20 pelajar kumpulan R Jawapan betul bagi item 5 ialah C Indeks Kesukaran IK = NT + NR N = 7 + 2 40 = 0.2 Jawapan IK : 0.2 ( sukar ) Indeks Diskriminasi ID = NT - NR N/2 = 7 - 2 20 = 0.2

A 4

D 6 6

Jawapan ID : 0.2 ( sesuai ) 6 5. LAPORAN ANALISIS ITEM Analisis item merupakan teknik untuk menilai kekuatan dan kelemahan ujian, memberikan maklumbalas yang berguna kepada guru untuk menulis item yang baik. Ia menilai kualiti item dan juga ujian. Soalan ujian hendaklah mempunyai kesukaran yang sederhana iaitu tidak terlalu senang dan tidak terlalu sukar. Aras kesukaran dapat dilihat daripada kadaran bilangan calon yang dapat menjawab soalan dengan betul.Julat aras kesukaran boleh diterima ialah 30%- 80% bermakna dapat dijawab dengan betul sekurang-kurangnya 30% dan selebih-lebihnya 80%. Analisis item di atas ialah: soalan 1; indeks kesukaran ialah 0.9 manakala indeks diskriminasi ialah 0.1 soalan 2; indeks kesukaran ialah 0.6 manakala indeks diskriminasi ialah 0.5 soalan 3; indeks kesukaran ialah 0.4 manakala indeks diskriminasi ialah 0.4 soalan 4; indeks kesukaran ialah 0.2 manakala indeks diskriminasi ialah 0.3 soalan 5; indeks kesukaran ialah 0.2 manakala indeks diskriminasi ialah 0.2 Bagi soalan 1 indeks kesukaran sangat mudah, perlu dikaji, diubah suai dan dikemaskinikan agar boleh dijadikan aras sesuai dan sederhana setelah perbandingan di antara indeks kesukaran dan indeks diskriminasi dilakukan. Soalan 2 dan soalan 3 indek kesukaran adalah sederhana dan sesuai. Soalan ini boleh digunakan semula dan boleh juga disimpan di dalam bank soalan untuk digunakan pada masa akan datang. Manakala soalan 4 dan soalan 5 pula, indeks kesukarannya adalah sukar, perlu dibuat pengubahsuaian dalam item soalan ini agar tahap kesukarannya akan menjadi lebih mudah sedikit agar murid mudah mengingati fakta dan isi pelajaran dengan baik untuk memilih jawapan paling tepat. 6. PENUTUP Untuk membina item objektif aneka pilihan yang baik, indeks kesukaran dan indeks diskriminasi perlu diteliti dan difokuskan walaupun pada asasnya untuk membina ujian yang

sempurna adalah mustahil. Hal ini terjadi kerana banyak faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar tentang item-item ujian yang dijawab walaupun garis panduan yang betul telah dipatuhi. 7 TUGASAN PENAKSIRAN 2 JELASKAN 3 JENIS PENAKSIRAN AUTENTIK YANG SESUAI DILAKSANAKAN BAGI MATA PELAJARAN KENDALIAN ANDA.

1. PENGENALAN PENTAKSIRAN AUTENTIK Pengukuran dan penilaian merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan. Ia memberi panduan tentang penambahbaikan yang perlu dilaksanakan ke arah meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar. Salah satu penilaian adalah melalui pentaksiran autentik. Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. Ia meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven. Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment of Students)

2. KEPENTINGAN PENTAKSIRAN AUTENTIK

Kajian menunjukkan bahawa pentaksiran jenis autentik bukan sahaja boleh rneninggalkan kesan yang positif terhadap melapor kemajuan kanak-kanak malah dapat

memperbaiki penyediaan guru dalam proses pernbelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih tinggi.Kepentingannya adalah antaranya :

8

1. Menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna 2. Menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis) 3. Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan. 4. Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar. Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pcngetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna (Rudner & Boston, 1994). Ia dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan tidak tertakluk kepada kemahiran dan pengetahuan sahaja.

3. CIRI-CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIK Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan kanak-kanak. Segelintir pakar psikologi menyarankan agar pentaksiran jenis ini diaplikasi sebagai satu sistem penilaian yang berbentuk kontekstual, kolaboratif, dan konstruktif berdasarkan ciri-cirinya yang releven dengan pendidikan di Malaysia. Antara ciri-cirinya ialah: a) Menilai pemahaman melalui penarnpilan tugasan yang dilaksanakan b) Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya

c) Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi d) Subjek membina maksud yang tersirat e) Berpusatkan kanak-kanak 9

4. KAEDAH-KAEDAH PENTAKSIRAN AUTENTIKTerdapat pelbagai kaedah atau teknik yang boleh digunakan untuk menjalankan pentaksiran autentik ini contohnya : * Portfolio *Pemerhatian *Senarai semak *Rekod anekdot *Temubual *Penceritaan semula/bercerita *Projek/pameran *Sampel penulisan *Demonstrasi/tunjuk cara *Persembahan/amali

Kepelbagaian kaedah pentaksiran autentik dan tingkah laku kanak-kanak ini boleh diperhati dan didokumentasikan. 5. 3 JENIS PENAKSIRAN AUTENTIK 3 jenis pentaksiran autentik yang sesuai dilaksanakan dalam pelajaran Pendidikan Islam mengikut tahun yang saya ajar ialah:-

5.1 PEMERHATIANPenaksiran pemerhatian mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai dan diperhati. Guru

memerhati apa yang telah dirancang secara jangka pendek dan jangka panjang..Aktiviti pemerhatian tingkah laku pelajar harus dibuat keatas perlakuan mereka semasa di dalam dan di luar bilik darjah. Bagi tugasan yang kecil dan mudah, pemerhatian secara informal mungkin boleh

dilakukan tetapi bagi tugasan yang lebih komprehensif, pemerhatian lebih sistematik bagi meningkatkan keobjektifan dan kegunaannya. Jenis instrumen yang sering digunakan untuk merekod prestasi pelajar melalui aktiviti pemerhati ialah senarai semak , skala kadar, rekod anekdot, rekod profil dan lain-lain. Senarai semak 10 digunakan untuk mengenal pasti ciri-ciri tingkah laku pelajar yang ada atau tidak ada. melakukanpemerhatian dengan mendokumentasikan tumpuan dan interaksi pelajar di dalam kelas dan kerjasama di dalam aktiviti kelas. Ia dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan, bagi

membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Secara asasnya penilaian ini mudah dilaksanakan tetapi susah untuk menjamin kesahihannya kerana berdasarkan daya pengamatan, pengetahuan serta pengalaman sebenar guru kecuali guru memerhati setiap aktiviti . Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran. . Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masing-masing. Ia juga membantu guru membimbing murid-murid meningkatkan keupayaan mereka secara individu. Saya ingin menilai tahap amali wuduk dari segi pelaksanaan sunat dan rukun yang dilakukan oleh murid-murid kelas saya sepanjang 6 bulan pertama persekolahan tahun ini. Mereka akan diperhati setiap kali berwuduk untuk menunaikan solat zohor berjemaah semasa kelas KAFA di sebelah petang. Semakan borang ini akan ditanda bila guru sudah berpuas hati pada tempoh yang telah ditetapkan. Saya hanya menyertakan contoh borang yang hanya memuatkan sebilangan kecil nama murid-murid kelas saya. Hasil daripada pemerhatian melalui senarai semak individu ini, ia memberi rangsangan kepada murid untuk terus memperbaiki amali wuduk mereka. Di samping itu dapat membantu mereka mengatasi kelemahan dalam penguasaan rukun dan sunat wuduk.

SILA RUJUK BORANG SEMAKAN AMALI WUDUK PADA HELAIAN BERIKUT.

11

BORANG SEMAKAN AMALI WUDUKTAHUN KELAS NAMA GURU BIL : 2011 : 2 BESTARI SKSS1 : PN ZALINA BT TALIBSAPU AIR KE KEPALA-R BASUH 2 TANGAN HINGGA SIKU-R BASUH KAKI HINGGA BUKU LALIR TERTIB-R BACA BASMALAH-S BERKUMUR-KUMUR-S MASUK AIR KE DALAM HIDUNG-S NIAT WUDUK-R BASUH MUKA-R SAPU KEDUA BELAH TELINGA-S

ITEM

NAMA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Ahmad Alimin b Mohamad Ahmad Shakir b Abdullah Muhammad Fadhli b Aziz Muhammad Fauzan b Ab Kadir Muhammad Haikal b Jaafar Muhammad Jazlan b Johari Muhammad Khairul b Ali Muhammad Roselam b Rusli Nik Aqil b Nik Mat Aini Syuhada bt Ahmad Fatin Amira bt Ab Wahab Fatin Humaira bt Ab Aziz Nu rain Aina bt M. Yusoff Roszilawati bt Mawardi Wan Hanani bt Wan Omar

BACA DOA SELEPAS WUDUK-S

BASUH DUA TANGAN-S

SKALA : A Melakukan dengan cukup rukun dan sunat serta beradab B Melakukan dengan cukup rukun dan sunat C Belum menguasai sepenuhnya rukun dan sunat

12 5.2 TUNJUKCARA/DEMONSTRASI Tunjuk cara atau demontrasi ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah. Cara ini sesuai untuk pengajaran tayammum,penyucian najis, solat, tarian, lukisan, jimnastik atau menjalankan sesuatu yang boleh dlihat.

Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi. Ia melibatkan prosedur-prosedur tertentu sebelum dan semasa proses tunjukcara. Penilaian ini melibatkan pendekatan visual untuk memerhatikan proses, menyampaikan maklumat dan idea untuk disampaikan semasa tunjukcara . Ia juga membolehkan pelajar melihat situasi sebenar dan melihat bagaimana sesuatu bahan itu berfungsi.

Tunjukcara boleh digunakan untuk menunjukkan sesuatu isi atau prosedur secara berkesan malah dapat memerlukan penyediaan menimbulkan minat dalam sesuatu topik yang diketengahkan.Ia model untuk kemahiran mengajar dan mampu mengubah

kadar pembelajaran pelajar.

Guru hendaklah menentukan topik, objektif dan menyediakan alatan atau bahan yang hendak digunakan dalam sesi pengajaran. Dalam proses tunjukcara ini, guru akan mengaitkan dengan contoh-contoh semasa atau yang biasa berlaku di persekitaran hidup merek a agar murid lebih faham tentang topik yang diajar .Seterusnya murid diberi peluang menunjukcara apa yang telah dipersembahkan oleh guru untuk memastikan mereka benar -benar memahami dan dapat melakukan sen diri.

Kebaikan daripada pelaksanaan kaedah ini ialah:-

1.

Murid terdedah dengan bahan pembelajaran baru

2. Dapat menarik dan menimbulkan minat murid 3. Murid-murid dapat menggunakan deria penglihatan , pendengaran dan sentuhan 4. Dapat menonjolkan kebolehan dan keyakinan untuk membuat demonstrasi 5. Memberikan keseronokan kerana dapat merasai situasi sebenar. 13 Contohnya saya ingin mengajar mengenai tayammum. Jadi saya memberi penerangan,

perkenalkan bahan dan cara-cara mengaplikasi tayammum pada sesuatu situasi. Seterusnya saya menggunakan teknik tunjukcara mengaplikasi debu tanah pada muka serta niat dan dua belah tangan hingga siku secara tertib dan beradab. Kemudian saya meminta murid menunjukcara semula .

Contoh:

14

5.3 PERSEMBAHAN/AMALI

Persembahan ialah satu bentuk penyampaian lisan di mana murid akan menunjukkan pembelajaran dengan membentangkan sesuatu topik dalam bentuk perbincangan atau seminar. Persembahan atau pembentangan ini biasanya akan dihakimi oleh satu panel yang terdiri daripada orang dewasa dan rakan sebaya. Penaksiran ini biasanya melibatkan penggunaan alatan, gambar, kertas dan pensel. Penaksiran persembahan juga boleh menguji pengetahuan mengenai sesuatu aktiviti dan menaksir kemahiran yang sebenar dalam melakukan aktiviti. .Penaksiran ini biasanya turut melibatkan penggunaan alatan, gambar, kertas dan pensel.

Sebelum digunakan penaksiran ini, guru mesti membimbing murid dalam penyediaan pembentangan seperti berikut : (a) Menentu atau memberi pilihan tajuk untuk dibincang dan dibentangkan (b) mengenal pasti punca-punca maklumat/sumber rujukan bagi mendapatkan bahan (c) mengumpul bahan dan dapatan (d) menstruktur pembentangan (e) menilai dan memberi maklum balas tentang pembentangan

Dalam penilaian persembahan, murid juga boleh menghasilkan sesuatu hasilan yang mengandungi kerja murid seperti lukisan,gambar,poster atau jurnal yang dibuat oleh murid. Bersama-sama dengan persembahan hasil kerja,murid perlu membuat huraiansecara terperinci mengenai penglibatan murid dalam kerja ini.Huraian seperti ini dapat dinilai oleh guru kerana ia merupakan satu penilaian yang sah mengenai pembelajaran murid.

Dalam penilaian persembahan, murid boleh menggunakan pelbagai kreativiti seperti membina peta minda, kitaran hidup,merekabentuk benda yang berkaitan dan lain-lain yang bersesuaian. Malah mereka boleh memanipulasi bahan yang dibina untuk menjadikan pembentangan dapatan dalam persembahan kelak menarik dan memberi kesan pada hakim dan audien.

15 Contohnya dalam pembelajaran Aqidah yang bertajuk Hayat iaitu Allah Maha Hidup dalam tahun 5, murid diminta membezakan sifat Hayat Allah dengan hayat manusia. Murid diberi panduan untuk membuat rujukan di dalam buku teks, internet dan lain-lain seperti membina kitaran hidup manusia di kad manila .Mencari bahan huraian berkaitan perbezaan hidup manusia dengan Allah. Murid diberi masa untuk membentangkan hasil dapatannya kepada kawan-kawan sekelasnya. Guru akan menilai dan memberi maklum balas tentang pembentangan tersebut. untuk

Contoh borang pemarkahan:

BORANG PEMARKAHAN PERSEMBAHAN / AMALI MURID NAMA : : : PERSEMBAHAN (30 M) BAHASA (30) JUMLAH

TARIKH TEMPAT ISI (40 M)

ISI

: Tepat dengan tajuk , kesinambungan isi, huraian beserta contoh

PERSEMBAHAN : Keyakinan diri, kreatif, suara jelas, gaya penyampaian BAHASA KESIMPULAN Penilaian pembelajaran murid boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara. Kebiasaannya penilaian pada pencapaian murid dilaksanakan secara berbentuk formal seperti penilaian formatif dan sumatif. Pentasiksiran autentik melalui kaedah-kaedah tertentu ini memberi dimensi berbeza kepada tahap pencapaian murid di sekolah rendah khususnya. Ia memberi peluang murid : Bahasa standard, tersusun, sesuai 16

berinteraksi secara realiti atau keadaan sebenar melalui percambahan minda ke arah mencapai objektif pembelajaran dalam meneroka ilmu pendidikan ini. Justeru itu, guru dapat menentukan objektif pembelajaran, melaksanakan penilaian dan mengambil inisiatif untuk tindakan susulan yang wajar berdasarkan maklum balas penilaian. Insya Allah kecemerlangan murid semakin dapat difokuskan.

1. (Sekolah Rendah: Komponen 1 & 2, Psikologi Pendidikan dan Pedagogi). Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya.

BIBLIOGRAFI 2. A. E. Ashworth (1982) dalam Testing fo rContinous Assessment: A Handbook inSchool and College (London: Eva Yorkshire 3. Airasian ,P. W. (2001). Classroom assessment concepts and applications. 4th Edition.

New York: Mc-Graw Hill. 4. Bahagian Pendidikan Guru. (2004). Sukatan Pelajaran Ilmu Pendidikan KPLI (Sekolah Rendah), Kementerian Pendidikan Malaysia. 5. Mok Soon Sang. (2003). Siri Pendidikan Perguruan. Ilmu Pendidikan untuk KPLI

(Sekolah Rendah). Komponen 1 & 2, Psikologi pendidikan dan pedagogi untuk Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya 6. Mok Soon Sang. (2003). Siri Pendidikan Perguruan. Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen 1 & 2, Psikologi Pendidikan dan Pedagogi). Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya. 17