Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012-Sirah

34
Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012 Cara tulis hasil kajian 1. Tajuk kajian Perusahaan Makanan – Kerepek Pisang 2. Senarai kandungan Bil Perkara 1 Tajuk kajian 2 Senarai kandungan 3 Penghargaan 4 Objektif kajian 5 Kaedah kajian 6 Hasil kajian 6.1. maklumat asas produk 6.2. latar belakang 6.3.kaedah / cara penghasilan 6.4. perkembangan produk 7 Rumusan 8 Lampiran 9 Rujukan 3. Penghargaan Syukur saya kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah pada kali ini yang bertajuk Produk Kerepek Pisang. Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu Encik Mohamad Bin Ali kerana telah membantu saya dalam penyediaan

description

kerja kursus pra-universiti sejarah

Transcript of Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012-Sirah

Page 1: Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012-Sirah

Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012

Cara tulis hasil kajian

1. Tajuk kajian

Perusahaan Makanan – Kerepek Pisang

2. Senarai kandungan

Bil Perkara 1 Tajuk kajian2 Senarai kandungan3 Penghargaan4 Objektif kajian5 Kaedah kajian6 Hasil kajian

6.1. maklumat asas produk6.2. latar belakang6.3.kaedah / cara penghasilan6.4. perkembangan produk

7 Rumusan 8 Lampiran 9 Rujukan

3. Penghargaan

Syukur saya kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah pada kali ini yang bertajuk Produk Kerepek Pisang. Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu Encik Mohamad Bin Ali kerana telah membantu saya dalam penyediaan kerja kursus ini. Hasil tunjuk ajar beliau sepanjang penyediaan kerja kursus ini merupakan hasil komitmen yang jitu daripada beliau.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Abu Bin Isnin dan Puan Aminah Bt Talib yang memberi kebenaran kepada saya dalam usaha menyudahkan kerja kursus ini.

Page 2: Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012-Sirah

Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada rakan saya Rabu Bin Harun dan Khamis Bin Syawal kerana turut sama menyumbang tenaga dan masa kepada saya dalam proses melaksanakan kerja kursus ini.  Sekian terima kasih.

4. Objektif kajian

1.      Mengkaji dan meneliti peranan pengeluaran produk makanan tempatan di negara kita.2.      Meneliti kaedah , cara kajian lapangan dijalankan terutama daripada segi prosedur dan langkah3.      Menentukan faedah produk makanan tempatan di negara ini daripada segi ekonomi dan sosial.4.      Menyenaraikan jangkaan masa depan dan permasalahan produk keluaran tempatan di negara

kita.

5. Kaedah kajian

Terdapat 4 kaedah kajian yang saya lakukan bagi memenuhi keperluan melaksanakan Kerja Kursus Sejarah 2012 . Maklumat adalah seperti di bawah.

1.                  Kaedah kajian membaca buku ilmiah. Saya merujuk beberapa buku di perpustakaan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.

2.                  Kaedah mengakses internet saya gunakan bagi mengetahui perkara berkaiatan dengan tajuk kajian dengan lebih mendalam .

3.                  Kaedah Melawat Tempat Kajian saya praktikkan bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan hurian kajian kerja kursus ini.Saya melawat tempat kajian pada 2 Mac 2012 pada pukul 2.30 petang di lokasi XXXX.

4.                  Kaedah seterusnya ialah dengan merujuk tajuk kajian pada akhbar dan majalah .

6. Hasil kajian

a. maklumat asas produk tempatan

  i.    nama produk

Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah kerepek pisang. Pengusaha ini mengeluarkan pisang tanduk ,kapok , berangan , nipah dan pisang lang.- masukkan gambar barangan yang telah dipacking-         contoh barang keluaran lain ( kalau ada )

Page 3: Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012-Sirah

 ii.    kategori 

Produk tempatan yang dikaji ialah makanan ringan  iaitu kerepek pisang.

iii.    nama pengusaha / syarikat / status hak milik

Produk kerepek pisang ini telah diusahakan oleh Encik A bin B. Beliau telah menubuhkan syarikat ABC ini  mulai tahun 2000 sehingga sekarang. Encik A Bin B merupakan pemilik tunggal ( tuan punya ) perusahaan kerepek pisang ini.

iv.    Lokasi

Tempat kajian yang dilakukan oleh penulis beralamat di Nombor 13 Jalan Selasih , Felcra Bukit Kepong Muar. Ianya terletak kira-kira 85 kilometer daripada bandar Muar . Lokasi tempat kajian ini bolehlah dikatakan berada di luar bandar.

- buat peta dari jalan utama menunju ke tempat kajian – ringkas sahaja/ jadikan lampiran. Letakkan petujuk sekali / nama jalan / kawasan sekeliling/ macam peta orang kerja kahwin tu tapi detail sikit .

b. latar belakang

  i.    sejarah kewujudan

(penerangan saya -  bila produk ini dimulakan pengeluarannya. Siapa yang terlibat , berapa banyak pengeluaran , di mana ia dijalankan )

Perusahaan kerepek pisang ini telah dimulakan secara kecil-kecilan pada tahun 1990. Ianya dilakukan oleh Encik A Bin B bersama isterinya iaitu Puan C Bt D. Kerepek yang dikeluarkan pada skala kecil sahaja iaitu dijual di pasar malam dan permintaan daripada penduduk kampung. -         kalau ada gambar lama – scan / print/ untuk tunjukkan perbezaan dahulu dan sekarang

 ii.    punca dan jumlah modal – sama ada persendirian / berkongsi / hasil bantuan atau pinjaman- ( penerangan saya - bagaimana pengusaha memulakan perusahaannya / adakah dengan menggunakan duit bank/ pinjaman / pinjaman daripada saudara mara / ambil alih daripada orang lain atau warisan keluarga / meneruskan legasi

Contoh - Pada awal pengeluaran kerepek pisang , Encik A bin B menggunakan wang simpanannya di bank bagi memulakan perniagaan dan pengeluaran kerepek pisang.Sekitar tahun 2008 beliau telah mendapatkan pinjaman daripada bank pertanian sebanyak RM 10 000 untuk membeli mesin yang lebih baik dan dapur. Beliau juga menggunakan wang tersebut untuk membeli beberapa peralatan baru seperti xxxxxx.Pihak Jabatan Pertanian juga ada memberikan bantuan daripada segi xxx.Pihak Fama dan Mardi membantu beliau dengan cara XXXX.

Page 4: Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012-Sirah

iii.    pendaftaran perniagaan / lesen perniagaan

-         phostostat lesen pengusaha- jadikan lampiran-         kalau dia tak bagi – ambil gambar sahaja -         kalau tak ada lesen – tuliskan pengusaha ini tidak memiliki lesen perniagaan-         lihat tarikh mulakan perniagaan / lesen diperolehi-         nama dan alamat lokasi perusahaan boleh ambil di sini.

iv.    tujuan / kepentingan produk

-         ( penerangan saya ) kenapa produk dijual-         kepentingan produk – memenuhi keperluan setempat/ tempatan / permintaan orang ramai / penuhi permintaan kedai runcit / untuk majlis perkahwinan/ tempahan taman perumahan / syarikat pemaju/ kilang

Contoh huraianKerepek pisang jenama Kerepek Felcra ini dijual oleh pengusahanya di beberapa kawasan di sekitar pekan Labis dan beberapa pasar raya di bandar Segamat iaitu seperti Giant, Kip Mart dan Nirwana. Pengusaha membekalkan kerepek ini dalam jumlah 100 bungkus seminggu. Setiap pek ini beratnya ialah kira-kira 400 gram dan dijual dengan harga RM 4.00.Beberapa kedai runcit juga ada menempah kerepek ini tetapi dalam jumlah pesanan yang agak sedikit iaitu kira-kira 40 peket sebulan. Terdapat juga permintaan daripada penduduk setempat yang membuat pesanan dalam bentuk pek besar untuk majlis perkahwinan. Biasanya ia dijadikan cendera mata semasa majlis perkawinan.( kalau ada masukkan gambar packing kecil / besar )

c. kaedah / cara penghasilan

  i.    tenaga kerja-         berapa tenaga kerja diperlukan-         adakah bergaji- nyatakan jumlah gaji secara mudah ( antara RM 600 ke RM 900 )-         bilangan pekerja/ umur / jantina-         sumber pekerja dari mana( penduduk tempatan )-         kemahiran yang ada pada pekerja-         kalau rajin buat senarai nama pekerja / umur / 3hn pengalaman berapa tahun bekerja-         pekerja sepenuh masa / separuh masacontoh- Encik A bin B menggajikan kira-kira 3 orang pekerja bagi membantu dalam  penghasilan kerepek pisang beliau. Pekerja ini digajikan bagi membantu kerja –kerja pengeluaran daripada awal hingga akhir. Pekerja yang dimaksudkan ini datangnya daripada penduduk setempat dan berumur dalam lingkungan 40 hingga ke 50 tahun. Pekerja akan bekerja daripada pukul 8.00 hingga 4.00 petang. Mereka akan berehat pada pukul 12.30 hingga pukul 2.00 petang. Encik A bin B tidak bekerja pada hari Ahad. Pekerja ini boleh dikatakan mahir dalam kesemua proses

Page 5: Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012-Sirah

pengeluaran kerepek pisang kerana ianya tidak memerlukan kemahiran yang tinggi bagi menghasilkannya. Penggunaan mesin hanyalah pada peringkat pemotongan kecil pisang mentah.

 ii.    senarai bahan yang digunakan

-         bahan yang digunakan oleh pengusaha bagi menghasilkan produk.Contoh

-         Pengusaha perlu menyediakan beberapa barangan mengikut kuantiti yang berikut bagi menyiapkan satu pengeluaran / sehari-         Pisang tanduk – 50 kg -         Minyak masak  – 5  kg -         Garam – 200 gm-         Kalau rajin ambil gambar bahan/ tuliskan apa bahan itu-         Kalau tak ada cari kat internet contoh bahan yang digunakan-         Tak perlu detail

iii.    senarai peralatan-         bagi menghasilkan produk di atas, pengusaha ini memerlukan peralatan seperti di bawah :-         Kuali - -         Tong gas – 1 unit-         Alat Tapisan – 2 unit-         Dulang – 10 unit-         Plastik – -         Mesin pemotong pisang

-         ambil gambar dengan nama mesin yang berkaitan/ tak perlu semua

iv.    proses kerja / peringkat penghasilan bahan

-         pembuatan barangan keluaran ini memerlukan beberapa proses iaitu-         aktiviti a-         aktiviti b

-         aktiviti c-         aktiviti d-         buat gambar proses pengeluaran dijalankan

-   sediakan gambar rajah jika perlu bagi setiap peringkat pengeluaran

Bagi menghasilkan kerepek pisang , pisang tanduk yang dibeli akan dibuang kulit luarnya dengan menggunakan pisau biasa. Setelah kulit luar dibuang pisang tersebut akan direndam dengan air untuk membersihkannya. Proses seterusnya ialah memotong pisang nipis-nipis. Seorang pekerja akan memasukkan pisang tersebut ke dalam lubang pada mesin pemotong pisang. Hasilanya akan mengeluarkan satu bentuk hirisan yang standard dan dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Masa yang diambil untuk memotong nipis pisang ini ialah kira-kira setengah jam sahaja. Seterusnya pisang tersebut akan dimasukkan ke dalam kuali yang berisi minyak dan garam . Tujuan  garam diletakkan sedikit demi sedikit di dalam kuali ini ialah bagi

Page 6: Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012-Sirah

menyebatikan rasa garam dengan pisang tersebut. Sukatan garam yang sesuai hendaklah dibuat supaya minyak bercampur  garam tersebut tidak terlalu masin. Jika terlalu masin pelanggan tidak akan membeli kerepek ini lagi. Pada masa ini jumlah garam yang dimasukkan adalah mengikut keperluan dan mengikut sukatan yang seragam.

d. perkembangan produk

  i.    kemajuan yang dicapai – kapasiti / jumlah pengeluaran / kakitangan / teknologi / keuntungan yang diperoleh

sepanjang beberapa tahun pengeluaran kerepek pisang Encik Ali Bin Abu ini beliau yang bermula dengan cara kecil –kecilan pada masa sekarang telah mengedar dan memasarkan barangan keluarannya dengan lebih meluas. Jumlah tempahan bulanan beliau mula bertambah iaitu kira-kira 500 peket sebulan untuk memenuhi permintaan setempat dan pasar raya. Dengan jumlah jualan yang mula bertambah menyebabkan pendapatan bulanan beliau bertambah dan mampu membesarkan lagi perusahaan beliau.

 ii.    cabaran / masalah yang dihadapi

Anara masalah yang dihadapi oleh pengusaha ialah  beliau pernah berhadapan dengan masalah bekalan pisang yang tidak stabil. Pernah juga beberapa ketika pisang tanduk yang menjadi menu utama pengeluarannya tidak dapat dibekalkan oleh tuan punya kebun pisang. Beliau terpaksa membeli pisang tersebut daripada pembekal yang lain. Ini menyebabkan berlakunya perubahan daripada seri harga  belian pisang. Ini menyebabkan beliau terpaksa menaikkan harga jualan setiap pek kerepek yang dijual. Keadaan ini menyebabkan jumlah permintaan dikurangkan oleh pembeli. Pengusaha juga berhadapan dengan masalah kenaikan harga minyak masak. Keadaan ini menjejaskan margin keuntungan kerana kos pengeluaran bagi pembelian minyak masak adalah besar.

iii.    potensi produkProduk kerepek keluaran Encik Ali Bin Abu ini berpotensi untuk dikembangkan . Ianya adalah memandangkan beberapa faktor seperti permintaan yang agak tetap kerana kerepek ini selalu dimakan dan dihidangkan dalam banyak keadaan. Contohnya semasa kenduri kendara , majlis perkahwinan dan sebagainya.

-          iv.    perancangan masa hadapan

Pada masa akan datang beliau bercadang untuk menambah pengeluaran kerepek pisang daripada segi keluaran dan jaringan pemasaran. Oleh yang demikian beliau ada bercadang untuk mengusahakan kebun pisang di kawasan tempat tinggal beliau dan mungkin menggunakan peraih yang tetap bagi mendapatkan bekalan pisang untuk jangka masa yang panjang.

Page 7: Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012-Sirah

Beliau juga mungkin mengeluarkan kerepek pisang yang manis , kerepek pisang pedas iaitu mengambilkira daripada barangan berasaskan ubi kayu. Namun begitu perkara ini masih belum dilaksanakan kerana beliau tidak dapat menjangkakan sambutan daripada masyarakat buat masa ini.

7. rumusan – unsur patriotisme yang diperoleh daripada kajian ini / iktibar kepada diri calon , bangsa dan negara

Kajian yang dilakukan selama kira-kira sebulan ini menemukan saya dengan pelbagai perkara yang baru dan bernilai. Ia mengajar saya tentang tatacara penuh untuk mendapatkan bahan melalui pelbagai kaedah yang dicadangkan .Natijah  kajian yang saya lakukan ini juga menelurkan  beberapa unsur patriotisme yang saya perolehi. Melalui kajian yang saya lakukan , sangat pantas jika kita  berbangga sebagai rakyat Malaysia. Kita harus merasa bersyukur kerana hidup di dalam sesebuah negara yang aman damai yang pesat membangun.

Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada perkembangan dan kemajuan pesat perusahaan ini  adalah kerana nilai-nilai murni yang diamalkan oleh pihak pengurusan yang terdiri daripada  pengusaha  dan juga para pekerja . Di sini lahir pelbagai nilai murni  seperti bersatu padu, bertolak ansur, bekerjasama, hormat menghormati dan sentiasa bermuafakat dalam setiap urusan dan perkara. Sikap mementingkan diri , untuk kepentingan diri dan seperti perumpamaan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing boleh dikatakan tiada dalam diri setiap daripada mereka . Ia melahirkan satu bentuk perpaduan dan kekitaan yang jitu antara mereka.

Pihak pengurusan yang penuh  bertanggungjawab dalam setiap tindakan juga merupakan antara nilai murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian. Sebagai pengurus beliau yang menjadi orang sumber saya memperlihatkan sikap dan sifat ini dalam setiap tindakan dan langkah yang dilakukan .

Akhirulkalam , Kajian Kerja Kursus Sejarah ini juga telah  menyedarkan saya tentang pentingnya sifat sentiasa berusaha dan tidak mudah putus asa  pada setiap masa sesuai dengan proses pembuatannya yang menuntut kesabaran dan kegigihan.

8. lampirana. gambar ( proses pengeluaran / barangan keluaran )b. peta / lokasi di mana tempat kajian dijalankan/ ringkas sahajac. dokumen – lesen / photostat/ gambar lesend. bahan lain yang berkaitan

9. rujukan – mengikut format penulisan yang diberi

buku Nama pengarang,Tahun diterbitkan buku,Tajuk buku, tempat buku diterbitkan , nama penerbitContoh

Page 8: Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012-Sirah

Dr Zambri Yahya, 2000, Melangkah ke Hadapan, Kuala Lumpur, DBP

Jurnal Nama penulis, Tajuk Tulisan dalam Jurnal ( tajuk besar jurnal ) Bil berapa, Bulan terbit, Tahun terbitContohZakaria Abu, “ Majulah Sukan untuk Negara” dalam Jurnal Sukan Malaysia, Bil 7 , April 2010

EnsiklopediaTajuk, jilid, tahun terbit

AkhbarNama Akhbar, tarikh akhbar( hari bulan tahun ) , halaman

Orang sumberNama orang, umur , alamat ( siap poskod ) negeri

Melawat tempat kajianNama tempat, alamat tempat ( siap poskod ) negeri

Majalah Nama majalah, tarikh , tahun

Internet http//www.geocities.com ( cursor letak kat adress, copy, paste kat sini, enter,( nanti keluar biru )

diambil dari: http://cikgurazak.blogspot.com/2012/04/contoh-hasil-kajian-kerja-kursus.html

contoh kedua

Contoh Penulisan Kerja Kursus Sejarah STPM Penggal 2

Tajuk: Asal-usul seni bermukun dan persembahannya dalam konteks masyarakat Melanau di

Daerah Matu Daro Sarawak.

Memandangkan Malaysia  terdiri daripada pelbagai kaum, menyebabkan wujudnya pelbagai

persembahan tradisional. Lazimnya setiap masyarakat mempunyai kepelbagaian  persembahan

tradisional yang unik. Pelbagai kesenian kaum ini dipengaruhi oleh masyarakat luar. Secara

umumnya, kesenian dan hiburan tradisional ini dibawa dari luar tetapi telah mengalami beberapa

Page 9: Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012-Sirah

proses pengubahsuaian dan unsur-unsur budaya tempatan agar mudah diterima oleh masyarakat

di sini.

            Secara umumnya, latihan ilmiah ini adalah mengenai kajian tentang kesenian dan

kebudayaan masyarakat tempatan.Secara umumnya kesenian merupakan aspek-aspek yang

dipamerkan atau ditonton di khalayak ramai. Ini meliputi tarian, muzik nyanyian dan teater.

Kebudayaan pula merupakan amalan dan upacara dalam kehidupan harian. Keadaan ini meliputi

pakaian, adat, serta pelbagai perayaan kaum di Malaysia.  Penulis memilihtajuk  seni bermukun

atau bergendang dalam konteks masyarakat Melanau di Daerah Matu Daro, Sarawak. Seni

bermukun atau bergendang ini amat popular dalam etnik Melanau dan Melayu di negeri ini.

Persembahan bermukun Melanau tiada bezanya dangan cara persembahan masyarakat Melayu

Sarawak. Bergendang dan bermukun merupakan satu aktiviti yang masih diamalkan oleh

sesetengah masyarakat Melanau dan Melayu, khususnya di kawasan kampung-kampung.

Bermukun merupakan persembahan tradisional Sarawak yang membabitkan persembahan tarian

dan pantun berlagu yang diiringi oleh gesekan biola dan gendang. Seni ini merupakan satu

khazanah yang diwarisi sejak zaman-berzaman.      

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang sejarah asal usul

seni bermukun ini dalam konteks masyarakat Melanau. Sejarah asal sesebuah kebudayaan seni

amat penting kerana melalui sejarah masyarakat dapat lebih mengenali seni tersebut dan

membolehkan masyarakat untuk mendalami kesenian tersebut. Selain itu, penulis juga

akanmengupas berkenaan elemen-elemen penting dalam persembahan seni bermukun, serta alat

muzik yang digunakan dalam persembahan tersebut. Elemen utama dalam persembahan

bermukun adalah satu perkara yang harus dititikberatkan kerana ianya merupakan satu pelengkap

kepada persembahan tersebut. Persembahan seni bermukun akan menjadi tidak menarik dan

Page 10: Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012-Sirah

tidak sempurna sekiranya salah satu daripada elemen tersebut tiada. Pengkaji juga ingin

mengenalpasti peranan seni ini kepada masyarakat agar timbul kesedaran dalam diri pengkaji

dan masyarakat sekitar akan betapa seni bermukun ini berperanan penting dalam pelbagai aspek

kehidupan  seperti dari aspek sosial masyarakat.

                Permasalahan kajian adalah mengenai kemalapan persembahan bermukun dalam

masyarakat Melanau pada hari ini. Kajian ini bersesuaian dengan kemalapan beberapa kesenian

Sarawak berikutan daripada transformasi Negara kearah era kemodenan. Kebanyakan rakyat

negara ini,terutama golongan remaja yang masih mentah mula melupakan kebudayaan asal

rakyat kerana terikut-ikut dengan trend yang wujud pada masa ini.Kemodenan yang wujud

bukan merupakan satu alasan kepada masyarakat hari ini untuk menghapuskan pelbagai kesenian

rakyat, namun sikap rakyat yang mengagung-agungkan budaya luar adalah menimbulkan

permasalahan dalam menerapkan kebudayaan asal kita ke dalam jiwa masyarakat terutama

remaja hari ini. Justeru itu, kajian ini mengupas sejarah bagaimana kewujudan seni bermukun ini

agar remaja pada hari ini mengetahui tujuan sebenar bermukun ini diadakan pada zaman dahulu

dan bagi mendapatkan semula tempat seni ini dalam hati mereka yang kian hanyut dalam arus

globalisasi.Selain itu,sejauhmana kepentingan beberapa elemen utama dalam persembahan seni

ini juga akan turut dikaji oleh pengkaji. Sehubungan itu, sejauhmana masyarakat dapat

mendalami seni  kehalusan berpantun yang merupakan satu eleman penting dalam adat

bermukun ini.

Menurut Mohd Fauzi Abdullah (1985)  dalam kajiannya “pemikiran cinta bermukun

dalam gendang melayu Sarawak” kebudayaan  merujuk langsung kepada  “the way of  life” atau

cara hidup dan pemikiran masyarakat.  Penelitian terhadap elemen pantun atau mukun dalam

seni ini membolehkan kita menyelami pemikiran dan cara hidup masyarakat terdahulu. Persoalan

Page 11: Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012-Sirah

seperti, apakah hal yang sering masyarakat fikirkan? Bagaimana persepsi masyarakat terhadap

sesuatu hal yang berkaitan dengan kehidupan mereka? Bagaimana masyarakat menyelesaikan

masalah yang mengganggu hidup mereka ? Sesungguhnya puisi tradisional seperti pantun mukun

agak asing dan misteri bagi kehidupan masyarakat hari ini.Oleh itu kajian ini juga mengkaji

sejauhmana peranan seni mukun ini dalam kehidupan masyarakat dahulu dan sekarang.

            Seterusnya, kajian ini amat  penting kepada seluruh lapisan masyarakat dalam memahami

seni bermukun yang menjadi khazanah nenek moyang etnik Melayu dan Melanau di Sarawak.

Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan satu gambaran umum kepada masyarakat

terutamanya etnik Melanau yang menjadi penggiat utama seni bermukun ini. Malahan dapat

menimbulkan perasaan cinta akan seni kebudayaan sesebuah masyarakat itu sendiri. Masyarakat

dapat mengetahui sejarah asal seni itu wujud dalam etnik mereka sendiri. Pengkaji juga

mengharapkan agar hasil kajian ini boleh menjadi rujukan pengkaji seterusnya. Pengkaji

amatlah berharap agar masyarakat sedar akan peranan seni bermukun ini terhadap pelbagai aspek

kehidupan kita.  Justeru  itu, kajian ini amat penting bagi menghidupkan semula seni warisan dan

khazanah nenek-moyang masyarakat Melanau iaitu bermukun yang kian tenggelam dalam arus

modenisasi ini. Berdasarkan kajian ini, diharapkan minat masyarakat terhadap kaeindahan seni

dan kebudayaan bermukun ini akan bertambah seterusnya memperkembangkan seni ini agar

dapat dikenali dan menjadi khazanah yang bakal dihargai dan diteruskan oleh generasi akan

datang.

            Kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji  ialah meliputi kerangka masa selama 30 tahun

iaitu antara tahun 1970 hingga tahun 2000. Perbincangan kajian ini akan membincangkan

tentang asal bermulanya kegiatan seni bermukun ini dalam konteks masyarakat Melanau di

Page 12: Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012-Sirah

Daerah Matu Daro yang di fokuskan di Kampung Penibong. Kampung Penibong merupakan

sebuah kampung yang terdapat dalam pulau Bruit di Daerah Matu Daro. Semua penduduk asal

kampung ini merupakan etnik Melanau asli. Kaum melanaumerupakan salah satu etnik yang

sama seperti bangsa lain di Sarawak. Kebanyakan Sarjana Barat menggambarkan watak dan

keperibadian kaum Melanau sebagai“gentle and peace loving people”. Menurut pendapat Hugh

Low (1968), mengenai kaum Melanau adalah seperti berikut :

“…Next members to the kyans,but of much more peaceful habits and practices,are the orang milanowes, who inhabit the mouth of the great Rejang river, and the small rivers to the eastward of print sirik. Their principal town is egan, on the rivers of that name, which is,however.but a mouthof the Rejang,being that must to the eastward; hoya,on a small riverstwenty miles of egan ;and Mocha, on another fourteen miles east of the last mentioned settlement…”

Berdasarkan penyataan tersebut, memang terbuktilah bahawa masyarakat Melanau ini

merupakan masyarakat yang mendiami kawasan persisiran pantai.

            Sorotan kesusasteraan adalah amat penting kepada pengkaji bagi kajian yang dijalankan.

Kajian lepas dapat membantu pengkaji untuk menilai dan mendapatkan maklumat tentang kajian

yang bakal dikaji sekarang dan melihat sejauh manakah kajian lepas berkait langsung dengan

kajian akan datang (Lawrence Dino, 2007).  Pelbagai maklumat yang berkaitan dengan kajian

telah diperoleh daripada beberapa kajian lepas dan juga buku-buku yang berkaitan. Antaranya

ialah kajian yang bertajuk Pemikiran Cinta Bermukun dalam Gendang Melayu Sarawak (Mohd

Fauzi et.all,1985). Selain itu Mary Fatimah Subet dan Salbia Hassan  dalam pembentangannya

“Bergendang dan Bermukun Dalam Masyarakat Sarawak” pada tahun 2009.  Selain itu kajian

juga dibuat oleh Jasiman Ahmad dan Nora Haji Samat dalam bukunya yang bertajuk

“Persembahan tradisional” pada tahun 2001.

Page 13: Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012-Sirah

                Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul data ialah kaedah

kajian lapangan. Pengkaji sendiri meluangkan masa menyaksikan persembahan adat bermukun

ini Selain itu, kaedah temu bual juga digunakan oleh pengkaji. Kaedah temu  ramah dan

perbualan merupakan satu kaedah yang lazim digunakan  untuk mendapatkan maklumat tentang

latar belakang atau pandangan daripada seseorang. Pengkaji telah menemubual Puan Raunah

binti Mat yang merupakan salah seorang syeh gendang di Kampung Penibong bagi medapatkan

keterangan lisan yang berkaitan dengan kajian yang dilaksanakan. Selain itu, pengkaji juga

menggunakan kaedah penyelidikan buku-buku di perpustakaan dan pelbagai bahan bacaan

ilmiah lain bagi memperoleh data skunder. Kajian-kajian lepas yang telah dilaksanakan juga

merupakan satu panduan pengkaji.Bagi mengukuhkan lagi pemahaman pengkaji, rujukan

internet juga digunakan.

            Dalam suatu penyelidikan sejarah, asal-usul sesuatu perkara yang hendak dikaji adalah

amat penting agar pengkaji dapat mendalami sejarah terlebih dahulu dan menimbulkan minat

pengkaji untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang sesuatu isu.  Menurut Kamus Dewan

edisi ke-4 perkataan asal-usul boleh didefinisikan sebagai salasilah, asal keturunan seseorang.

Asal-usul juga merupakan kaedah yang mula-mula dan punca kewujudan sesuatu perkara. Oleh

itu, pengertian tersebut bertepatan dengan objektif pengkaji yang ingin mendalami  tentang

punca kewujudan dan kaedah mula-mula kesenian bermukun dalam konteks masyarakat

Melanau di Daerah Matu Daro.

Menurut Tuan Haji Mohd Yassin (2000) secara umumnya seni tari melayu amat rapat

dengan hubungan pengaruh luar seperti kesenian Arab. Bagaimanapun,dasar atau asas sesuatu

seni itu bersifat seni melayu dan segala yang diambil dari luar itu telah disesuaikan dengan

kesesuaian melayu yang sedia wujud. Budaya bermukun dikatakan bermula sebelum era Brooke

Page 14: Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012-Sirah

ataupun lebih awal. Penduduk  sekitar juga telah menyatakan bahawa, kesenian bermukun ini

mula wujud di Daerah ini ketika kemasukan Islam yang mula bertapak di kawasan tersebut

seperti di Kampung Sekaan Matu. Pengaruh pemerintahan kesultanan Brunei di  Sarawak sekitar

tahun 1600-an, telah banyak mencorakkan hidup masyarakat Melanau yang tinggal di sekitar

daerah ini.  Buyong Adil (1989) menyatakan peranan kerajaan Kesultanan Brunei menjadi

penting dalam penyebaran Islam dan kebudayaan Melayu. Hal ini tertumpu kepada beberapa

tempat barat daya Borneo terutama sekali di Kuching, Kelaka, Sadong, Semanggang, Sibu,

Lundu, Saribas, Muara Sungai Rejang hingga sepanjang kawasan Tanjung Datu dan Tanjung

Sirik.

 Namun begitu, Puan Raunah  Binti Mat yang merupakan penduduk tetap di Daerah Matu

Daro atau spesifik di Kampung Penibong menyatakan bahawa, tiada terdapat kesasihan yang

sebenar tentang bermulanya seni bermukun dalam masyarakat Melanau ini. Namun demikian,

budaya bermukun ini merupakan satu  khazanah yang diperturunkan daripada nenek moyang

mereka sejak dahulu kala. Ketiadaan hiburan pada zaman dahulu mendorong masyarakat untuk

mencipta sesuatu persembahan bagi mengisi masa lapangdan dapat memberikan hiburan kepada

masyarakat. Bostami (1992) juga berpendapat bahawa dalam proses penciptaan seni traadisional,

terjadi hubungan antara subjek pencipta dan kondisi lingkungan. Pencipta seni tradisional

biasanya terpengaruh oleh keadaan sosial budaya masyarakat di suatu tempat.Keterangan

tersebut adalah sejajar dengan penjelasan Puan Raunah iaitu, asal usul persembahan bermukun di

kawasan Kampung Penibong apabila orang terdahulu memulakan aktiviti bergendang dengan

menggunakan papan terbuang. Idea tersebut muncul apabila mereka mengetuk papan dan ianya

menghasilkan bunyi dan irama yang berbeza dan dapat menimbulkan minat penduduk untuk

menari mengikut rentak yang dipukul. Oleh itu, pelbagai idea untuk mengubah alat muzik

Page 15: Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012-Sirah

tersebut dan akhirnya mereka terfikir untuk menggunakan gendang yang diperbuat daripada kulit

binatang seperti lembu. Akhirnya persembahan tersebut terus diperkembangkan dalam kalangan

masyarakat Melanau di Kampung tersebut.

Tarian dalam persembahan tersebut juga diringi dengan pelbagai kesusteraan melayu

terutamanya pantun. Pantun yang dipersembahkan dalam seni ini berlandaskan pemikiran cinta,

walaupun digambarkan agak sederhana namun ianya ringan dan menghiburkan, namun isinya

mampu menggambarkan peradaban dan etika masyarakatnya,Mohd Fauzi bin Abdullah (1985).

Penjelasan tersebut di perkuatkan lagi oleh Mary (2009) yang menyatakan bahawa menurut kata

orang tua-tua, pada zaman dahulu, acara bermukun atau bergendang adalah masa untuk mencari

jodoh, berkenal-kenalan sambil berhibur. Keadaan tersebut tidak menghairankan kerana pada

masa dahulu anak- anak gadis jarang keluar rumah dengan bebas. Tambahan lagi,pada zaman

dahulu, majlis bergendang dan bermukun mengikut aturan umum seperti “bercampak” iaitu

mencampak sesuatu seperti bunga, duit syiling atau sapu tangan  ke dalam tabir yang

memisahkan tukang gendang dan para penari.

 Selain itu persembahan bermukun atau bergendang ini juga dipanggil bernopeng oleh

masyarakat dahulu kala kerana para penari  menggunakan topeng ketika persembahan tersebut.

Gendang melayu ini wujud untuk mendidik budaya berbahasa juga mendidik akhlak menerusi

pantun dan tandak (tarian) mudah. Namun, budaya ini pernah disalahgunakan oleh segelintir

individu sebagai medium 'menjerat' dan maksiat. Isu tersebut menjadi sindiran menerusi novel

Melati Sarawak oleh Mohamad Rakawi Yusuf  terbitan tahun 1932 mengenai kelonggaran

akhlak masyarakat Melayu Sarawak dalam bermukun. Pandangan serong terhadap seni gendang

tersebut ternyata memberi konflik terhadap golongan bangsawan, perabangan, pengiran, syed

dan tunku yang tergolong dalam istilah 'Melayu Sarawak'. Disebabkan perkara tersebut, mereka

Page 16: Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012-Sirah

yang menggemari budaya ini memenuhi kehendak mereka dengan memakai topeng bagi

menyembunyikan wajah sambil berpantun dan bertandak. Sejak itu, lahirlah istilah 'menopeng'

dalam budaya bermukun.

Seterusnya, pengkaji mendalami cara persembahan seni tersebut serta elemen-elemen

utama dalam persembahan seni bermukun ini dalam konteks masyarakat Melanau. Menurut

pengalaman pengkaji sendiri yang telah menghadiri majlis bermukun ini, aktiviti bermukun ini

dikendalikan  dalam kalangan wanita seramai dua atau lebih yang duduk dibahagian balik tabir

untuk memukul gendang sambil berpantun. Mereka ini dipanggil atau dikenali sebagai ‘tukang

gendang’ atau juga ‘syeh gendang’. Para lelaki pulaakan duduk berselerak atau sejajar mengikut

keselesaan sendiri diluar tabir. Namun begitu mereka meninggalkan ruang dibahagian

berdekatan tabir dan tukang gendang sebagai gelanggang tarian. Mereka menari secara bergilir-

gilir dengan pasangan masing-masing sambil menunjukkan kehebatan berbalas pantun bersama

mak gendang. Majlis bergendang ini biasanya berjalan sepanjang malam hinggalah kesubuh

mengikut kehendak dan kemampuan tukang gendang dan penarinya dengan keizinan tuan rumah.

Persembahan bermukun ini biasanya diadakan di anjung rumah dan dalam keadaan terbuka.

Selain itu, aktiviti bermukun ini biasanya diadakan pada malam hari perkahwinan sebagai tanda

kesyukuran dan aktivi bersuka ria. Penyataan tersebut juga dijelaskan oleh Abdullah Haji Saidol

yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Semop dalam  ucapannya dalam program

TitikSentuhan dan Mukun Ria anjuran RTM  Sibu (2012)  berkata  :

“bermukun merupakan satu aktiviti yan dikhazanahkan dan merupakan aktiviti bersuka ria yang diadakan dalam keadaan terbuka dan terang dikhalayak ramai terutama pada majlis perkhwinan dan pelbagai majlis keramaian.”

Page 17: Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012-Sirah

            Seterusnya adalah berkenaan dengan  gendang yang merupakan elemen utama dalam

persembahan seni bermukun dan merupakan satu-satunya alat muzik yang digunakan oleh

masyarakat Melanau bagi menyempurnakan seni khazanah mereka. Gendang mempunyai dua

muka yang tidak sama besar. Muka yang kecil dipasang belulang kambing manakala, muka yang

besar pula dipasang belulang lembu. Belulang-belulang tersebut disirat dengan tali rotan dan

dililit dengan rotan yang sudah dibelah dua. Belulang ditegangkan dengan memasangkan gelong-

gelong yang diperbuat daripada kulit. Badan gendang melayu diperbuat daripada kayu nagka.

Badan ini dipanggil temiang. Gendang dimainkan dengan cara meribanya dengan kedudukan

melintang. Muka gendang akan dipukul dengan telapak tangan. Dalam persembahan bermukun,

gendang tersebut dipukul oleh dua orang wanita dengan irama yang asas agar dapat disamakan

dengan gerak tari para penari atau dipanggil sebagai penandak yang terdiri daripada golongan

lelaki. Pukulan asas tersebut adalah pukulan tepi dan tengah. Ditengah pikulannya berbunyi

“pak” dan pada bahagian tepi gendang berbunyi “pung”. Pukulan tersebut dikenali sebagai

pukulan induk. Kedua-dua seh gendang boleh menggunakan pukulan induk dalam persembahan

bergendang. Namun, pukulan gendang harus dikendalikan dengan berhati-hati agar tidak

merosakkan atau menyumbangkan pukulan keseluruhannya.

Elemen yang seterusnya adalah pemukul gendang dan penari ataupun penandak. Pemukul

gendang adalah paling penting dan memainkan dua tugas utama iaitu memukul gendang dan

berbalas pantun dengan penari.Pemukul gendang adalah terdiri daripada dua orang wanita atau

lebih. Pemukul gendang mestilah mereka yang bergiat aktif dan mahir dalam pukulan gendang

melayu.Tambahan lagi,mereka haruslah mempunyai kemahiran berpantun.Penandak atau juga

penari pula adalah terdiri daripada lelaki.  Mereka akan berbalas pantun dengan tukang gendang

sambil menari.Para penandak menari berdasarkan irama pukulan gendang.

Page 18: Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012-Sirah

Seterusnya adalah tandak.Tandak ialah satu bentuk tarian yang ditari oleh golongan

lelaki. Tuan Haji Mohammad Yasin (2002) mendefinisikan tarian sebagai memandang dan

meneliti gerak-geri, lenggang liuk daun kayu dan sebagainya, menurut kudrat dan bakat yang ada

padanya, manusia mencipta tarian sebagai hasrat jiwanya. Terdapat juga pelbagai bunga tandak

dicipta oleh masyarakat itu sendiri. Di Kampung Penibong, para penandak kebanyakannya

menari meggunakan  bunga sorong tarik iaitu hayunan tangan yang bertentangan dengan kaki.

Seperti hayunan kaki dan tangan dalam perbarisan. Ciptaan tarian tersebut adalah sinonim

dengan pelbagai aktiviti harian masyarakat setempat. Kepelbagaian aktiviti tersebut

diterjemahkan dalam bentuk aktiviti kebudayaan bergendang. Masyarakat lama akrab dengan

alam semulajadi seperti alam tumbuhan, haiwan dan cakerawala. Ini adalah disebabkan

masyarakat pada masa tersebut sering berinteraksi dengan alam yang berada di sekeliling mereka

sama ada di laut, di hutan, di bendang, di ladang dan di gunung. Harun Mat Piah (1989)

menjelaskan bahawa penggunaan lambang-lambang dan simbol-simbol daripada alam perlu

diketahui untuk memahami sesuatu kebudayaan pada zaman dahulu. Tambahan lagi, ahli sejarah

tarian dan muzik Jerman, C.Sachs mengatakan bahawa,tarian merupakan:

“…gerakan berirama dan pengucapan jiwa manusia melalui  gerak-geri berirama yang indah. Gerak-geri yang dimaksudkan itu adalah berbentuk ciptaan yang indah boleh memberi kepuasan kepada orang lain…”

 Seterusnya adalah pantun yang merupakan sumber penarikan utama seni tersebut. Pantun

dalam adat bergendang juga dipanggil mukun. Pemukul gendang dan penari akan berbalas

pantun secara bergilir.  Aktiviti berbalas pantun ini merupakan satu aktiviti bagi mengasah minda

masyarakat.Ada kajian yang dilakukan oleh ahli akademik mendapati bergendang dan bermukun

adalah bertujuan untuk mempamerkan kebijaksanaan, kemahiran, kecekapan tingkah laku dan

menguji minda.[18] Pantun yang terdapat dalam acara ini adalah berdasarkan pemikiran

Page 19: Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012-Sirah

masyarakat tentang aktiviti harian mereka. Za’ba di dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang

Melayu (1965), mengatakan bahawa penciptaan pantun merupakan puisi tertua dan milik asal

kepunyaan masyarakat Melayu. Oleh itu, umum telah menerima bahawa pantun adalah ciptaan

asli orang Melayu bagi mentafsirkan kelakuan harian mereka.Belles Lettres (2000) juga

berpendapat :

Jelaslah bahawa pantun dalam seni bermukun adalah amat penting kepada kehidupan masyarakat

Melanau  pada zaman dahulu.

            Seterusnya adalah berikutan masalah seni  bermukun ini yang kian malap dalam

kehidupan masyarakat Melanau pada hari ini. Menurut Mary berdasarkan kaji selidik yang

dilakukan bersama seorang lagi pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Unimas, Salbia Hassan, 70

peratus daripada responden mengatakan mereka mengetahui wujudnya aktiviti itu tetapi tidak

pernah menyertainya. Berdasarkan penyataan tersebut,ternyata seni ini semakin luput ditelan

kemodenan. Oleh itu, adalah amat wajar bagi pengkaji mendalami kepentingan ataupun peranan

seni bermukun dalam kehidupan masyarakat Melanau pada zaman dahulu dan juga

sekarang.Menurut Richie (2008) terdapat tiga peranan seni hiburan tradisional bergendang dan

bermukun iaitu sebagai  medium bagi merapatkan hubungan silaturrahim, medium komunikasi

antara manusia, dan juga sebagai medium untuk mendidik generasi muda (menerusi pantun).

Pertama sekali seni bermukun adalah amat penting sebagai medium bagi merapatkan

hubungan silaturrahim antara masyarakat. Hal ini demikian kerana, ketika persembahan seni

“…if one of the assets of poetry at its best is the magic and beauty accomplished by language, the Malay pantun can be placed among the highest achievements of mankind in this form of art…”

Page 20: Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012-Sirah

dilangsungkan, seluruh masyarakat sekitar akan berkumpul  dan bersuka ria. Sopi Smile (2008)

berkata:

“…majlis bermukun bukan hanya dihadiri oleh mereka yang datang dari satu kampung, namun ia disertai oleh para pemuda dari kampung-kampung yang berdekatan…”

Melalui aktiviti bermukun ini,masyarakat sekitar dapat berkenalan sesama sendiri dan dapat

merapatkan jurang yang wujud antara masyarakat hari ini yang disebabkan perubahan gaya

hidup.  Tambahan lagi, persembahan seni bermukun yang sering diadakan pada malam majlis

perkahwinan ini dapat dijadikan oleh masyarakat bagi mengumpulkan ahli keluarga masing-

masing dan meraikan satu keluarga baru yang bakal menempuhi alam rumahtangga.

            Seterusnya adalah amat wajar dikatakan bahawa seni bermukun ini adalah sabagai

medium komunikasi antara masyarakat pada masa dahulu terutamanya.Mohd Taib Osman

(1996) menganggap pantun, selain daripada alat komunikasi dalam konteks sosialnya, adalah

artifak budaya.Elemen utama dalam seni tersebut iaitu pantun merupakan ucapan spontan  oleh

masyarakat dalam seni bermukun. Hal ini juga sejajar dengan ucapan Abdullah Haji Saidol

(2012) iaitu :

“…unsur bahasa yang istimewa ini memberi keindahan dan kehalusan tersendiri kepada sastera melayu kerana sesuatu penyataan dan fikiran hanya akan dikemukakan dalambentuk yang tidak langsung, tidak menyinggung perasaan tetapi tepat pada makna dan tujuannya…”

Bermukun sebagai satu medium komunikasi juga dinyatakan oleh Mary Subet dalam

kajian menyatakan bahawa pada zaman dahulu, persembahan bermukun adalah masa yang

dinantikan oleh anak-anak muda untuk mencari jodoh dan berkenal-kenalan. Ketiadaan teknologi

komunikasi pada zaman dahulu juga menyebabkan masyarakat menggunakan persembahan

bermukun iaitu ketika kebanyakan masyarakat sekitar berkumpul. Pada majlis tersebut,

Page 21: Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012-Sirah

masyarakat juga boleh berbincang tentang soal duniawi mahupun akhirat, kerana hanya pada

masa tersebut sahaja mereka boleh berkumpul beramai-ramai sambil menenangkan fikiran.

Selain itu, menurutMohamad Saleeh Rahamad, Universiti Malaya,bagi tujuan berkomunikasi

sesama manusia pantun tergolong dalam fungsi untuk berkasih sayang, adat resam, agama dan

kepercayaan, budi, jenaka dan permainan, teka teki, kepahlawanan, nasihat dan pendidikan,

kritikan, kembara, dan sebagainya. Jelaslah, seni bermukun merupakan medium komunikasi

masyarakat pada masa dahulu dan sekarang.

            Selain itu, seni bermukun juga merupakan satu medium bagi mendidik generasi muda

melalui pantun. Pantun-pantun yang berkenaan dengan hubungan kasih-sayang, berbudi bahasa

dan norma kehidupan masyarakat. Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua kaya dengan

pelbagai nasihat. Sebagai golongan yang ‘makan garam’ terlebih dahulu pastinya mereka

mempunyai pelbagai pengalaman hidup dan amat peka terhadap perubahan sesuatu perkara.

Justeru,jika mereka mendapati ada sesuatu perkara yang tidak kena atau bertujuan untuk

memberikan peringatan kepada golongan muda atau kanak-kanak, mereka akan menggunakan

pantun sebagai alat untuk menyampaikan nasihat dan didikan. Pantun lebih lanjut dikatakan

harus berperanan untuk menyampaikan pesan-pesan moral yang penuh berisi nilai-nilai luhur

agama, budaya, dan norma-norma sosial masyarakat (Hodijah widyaiswara, 2009).

            Sebagai rumusan, aktiviti seni bermukun dalam kalangan masyarakat Melanau ini

sememangnya sudah  menjadi khazanah nenek moyang masyarakat Melanau sejak zaman dahulu

kala. Menurut beberapa pendapat umum, dapat dirumuskan bahawa tiada asal usul sebenar

kewujudan seni ini, mereka hanya menyatakan bahawa seni ini adalah turun temurun daripada

nenek moyang mereka. Selain itu, dalam mengupas beberapa aspek dalam elemen penting 

dalam persembahan bergendang, terdapat elemen seperti gendang iaitu alat muzik utama,

Page 22: Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012-Sirah

pemukul gendang, penari iaitu lebih dikenal sebagai penandak, tarian atau tandak,dan juga

pantun. Seterusnya, seni ini juga berperanan sebagai, medium bagi merapatkan hubungan

silaturrahim, medium komunikasi antara manusia, dan juga sebagai medium untuk mendidik

generasi muda (menerusi pantun). Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa seni

bermukun adalah amat penting dalam beberapa aspek kehidupan masyarakat pada zaman dahulu

dan sekarang.

Hamidah Husein, kesenian dan hiburan tradisional,1995, hal 1.Ibid, hal 2.Sopi Samile, “bermukun meriah keramaian,” utusan Malaysia(Kuching Sarawak) 24 september 2008.hal.2Mohd Fauzi Abdullah et.al. “ pemikiran cinta  bermukun dalam gendang  melayu Sarawak” (Institusi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, 1985, hal.2.Syeh gendang ialah panggilan bagi pemukul gendang dalam masyarakat  Melanau.Op.cit., Hamidah Husein, hal.2.Raunah bin Mat, (2013) temubual lapangan, Kampung Penibong Matu Daro.Mary Fatimah  Subet dan Salbia Hassan “bergendang dan bermukun dalam masyarakat melayu Sarawak”(kertas kerja dibentangkan dalam 55TH seminar in the cls research seminar series, UNIMAS, 4th May 2009) diterbitkan dalam artikel my Sarawak “ bermukun semakin malap”, hal. 3.Ibid.Op.cit., Sopi Samile, hal.2.Mohd RakawiYussuf, Melati Sarawak, 1932, hal.20.Temuramah dengan Raunah binti Mat.“belulang” ialah kulit binatang yang telah dikeringkan.Op.cit.,  Hamidah Husein, hal.51.Ibid, hal.52.Temuramah dengan Raunah Binti Mat.Temuramah dengan Raunah Binti Mat.Op.ci., Mary Fatimah Subet dan Salbia Hassan, hal.2.Ibid. Ibid, hal. 3

(Jumlah Perkataan: 3394 )

Bibliografi :

Sumber Primer :

Page 23: Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012-Sirah

Temuramah lisan:

Raunah Binti Mat, temu bual lapangan di kampung Penibong, Daro, pada 8 Februari 2013, pukul 4.30 petang.

Sumber Skunder:

Hamidah Husein,  Kesenian dan Hiburan Tradisional, Selangor, Penerbit Prisma,  Sdn. Bhd.  1995.

Jermai Bedihi “Pesta Bermukun 2013”  Mingguan Sarawak (Sarawak),  31 Mac 2013.

Mary Fatimah Subet dan Salbia Hassan, Gendang dan Bermukun Dalam masyarakat melayu Sarawak, kertas kerja dibentangkan dalam 55th Seminar in the CLS research seminar series, 2009.

Mohd. Fauzi et.al, Pemikiran Cinta Bermukun Dalam Gendang melayu Sarawak, Kuala Lumpur, Institusi Bahasa Melayu Malaysia, 1985.

Mohd Rakawi Yussuf, Melati Sarawak, Sarawak, The Sarawak Printing Company, 1932.

Sopi Samaile, Bermukun Meriah Keramaian, Kuching Sarawak, Utusan Malaysia, 2008.

Diambil dari: http://kemayangambai.blogspot.com/2014/01/contoh-penulisan-kerja-kursus-sejarah.html