Contoh Jurnal

5
JURNAL MINGGU 2 Minggu Internship : Kedua Tarikh : 2 oktober 2015 9 Oktober 2015 Tajuk : Kawalan kelas 1.0 Isu / Masalah Kawalan kelas merupakan isu yang amat penting kerana dengan kawalan kelas, boleh menentukan sama ada proses pengajaran dan pembelajaran itu berjalan engan lancar atau tidak.. oleh itu, isu ini amat wajar untuk dikaji terutamanya oleh guru Pendidikan Khas. Saya menjalakan interrnship di Sekolah Kebangsaan Bumiputera. Saya akan menjalankan internship di sekolah ini selama 1 bulan, dan akan terus menetap di sekolah ini selepas tempoh internship sehingga tamat sesi persekolahan untuk tahun 2015. Sepanjang dua minggu saya menjalani internship dan beberapa kali menjalankan pengajaran dan pembelajaran, saya menghadapi masalah yang amat serius iaitu masalah kawalan kelas. Masalah ini saya hadapi ketika saya memasuki kelas 2 Zinnia, iaitu kelas yang terdiri daripada murid yang kebanyakannya menghidapi masalah hiperaktif. Untuk kelas ini, saya mengajar subjek Pendidikan Seni Visual. Hasil pemerhatian saya sepanjang dua minggu ini, saya mendapati murid kelas ini tidak dapat memberi fokus yang lama terhadap pengajaran dan pembelajaran dan sering menganggu rakan-rakan ketika proses pengajaran sedang dijalankan. Terdapat juga murid yang suka merayau-rayau dan pergi ke tempat duduk rakan untuk menganggu rakan. Selain itu, terdapat juga murid kelas ini suka membuat bising, menjerit, menyanyi dan mengetuk meja ketika saya sedang mengajar. Hal ini amat menganggu kerana perangai murid tesebut juga cenderung untuk mengalih perhatian murid-murid lain. 2.0 Kemungkinan / Penyebab Antara kemungkinan atau penyebab berlakunya masalah ini mungkin kerana saya adalah guru baru dan mereka tidak takut dengan saya seperti mana mereka takut dengan guru lain. Sifat saya yang kurang tegas juga menambah lagi kepada masalah kawalan kelas ini. Murid kelas ini juga terdiri daripada beberapa orang murid hiperaktif. Disebabkan oleh beberapa orang murid hiperaktif ini, maka

description

Jurnal untuk praktikum atau internship

Transcript of Contoh Jurnal

Page 1: Contoh Jurnal

JURNAL MINGGU 2

Minggu Internship : Kedua

Tarikh : 2 oktober 2015 – 9 Oktober 2015

Tajuk : Kawalan kelas

1.0 Isu / Masalah

Kawalan kelas merupakan isu yang amat penting kerana dengan

kawalan kelas, boleh menentukan sama ada proses pengajaran dan

pembelajaran itu berjalan engan lancar atau tidak.. oleh itu, isu ini

amat wajar untuk dikaji terutamanya oleh guru Pendidikan Khas.

Saya menjalakan interrnship di Sekolah Kebangsaan Bumiputera.

Saya akan menjalankan internship di sekolah ini selama 1 bulan, dan

akan terus menetap di sekolah ini selepas tempoh internship sehingga

tamat sesi persekolahan untuk tahun 2015.

Sepanjang dua minggu saya menjalani internship dan beberapa kali

menjalankan pengajaran dan pembelajaran, saya menghadapi masalah

yang amat serius iaitu masalah kawalan kelas. Masalah ini saya hadapi

ketika saya memasuki kelas 2 Zinnia, iaitu kelas yang terdiri daripada

murid yang kebanyakannya menghidapi masalah hiperaktif. Untuk

kelas ini, saya mengajar subjek Pendidikan Seni Visual. Hasil

pemerhatian saya sepanjang dua minggu ini, saya mendapati murid

kelas ini tidak dapat memberi fokus yang lama terhadap pengajaran

dan pembelajaran dan sering menganggu rakan-rakan ketika proses

pengajaran sedang dijalankan. Terdapat juga murid yang suka

merayau-rayau dan pergi ke tempat duduk rakan untuk menganggu

rakan. Selain itu, terdapat juga murid kelas ini suka membuat bising,

menjerit, menyanyi dan mengetuk meja ketika saya sedang mengajar.

Hal ini amat menganggu kerana perangai murid tesebut juga

cenderung untuk mengalih perhatian murid-murid lain.

2.0 Kemungkinan / Penyebab

Page 2: Contoh Jurnal

Antara kemungkinan atau penyebab berlakunya masalah ini

mungkin kerana saya adalah guru baru dan mereka tidak takut dengan

saya seperti mana mereka takut dengan guru lain. Sifat saya yang

kurang tegas juga menambah lagi kepada masalah kawalan kelas ini.

Murid kelas ini juga terdiri daripada beberapa orang murid hiperaktif.

Disebabkan oleh beberapa orang murid hiperaktif ini, maka murid lain

juga cenderung untuk meniru perangai rakan mereka untuk

mendapatkan perhatian.

3.0 Kelemahan

Kawalan kelas merupakan satu ciri-ciri yang amat penting dalam

menentukan sama ada proses pengaran dan pembelajaran itu berkesan

atau tidak. Hal ini adalah kerana kegagalan kawalan kelas, akan

membawa banyak kelemahan. Antara kelemahan yang paling ketara

adalah kesukaran untuk mencapai objektif tingkah laku dan objektif

pengajaran. Sebagai guru Pendidikan Khas, objektif tingkah laku adalah

sesuatu yang amat penting kerana walaupun objektif pengajaran tidak

tercapai,tetapi objektif tingkah laku haruslah dicapai. Tetapi dengan

kawalan kelas yang lemah, maka adalah sukar untuk mencapai objektif

tingkah laku. Antara kelemahan lain kegagalan kawalan kelas adalah ia

akan mempengaruhi murid yang baik menjadi tidak baik kerana

terpegaruh dengan rakan sekelas.

4.0 Kekuatan

Seterusnya, jika seorang guru dapat mengawal kelas dengan baik,

terdapat banyak kekuatan yang bakal diperolehi. Antara kekuatan yang

palin utama adalah, guru dapat mencapai objektif tingkah laku sesuatu

pengajaran, maka ini bermakna sesuatu PdP telah berjaya. Selain itu,

dengan kawalan kelas yang baik, guru dapat melaksanakan PdP

dengan lancar serta ilmu pengetahuan yang hendak disampaikan dapat

disampaikan. Kawalan kelas yang baik juga mendapat bentuh sahsiah

murid yang baik serta murid yang berdisiplin.

Page 3: Contoh Jurnal

5.0 Cadangan Mengatasi

Cadangan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan merujuk

kepada Teori Skinner.

Di dalam sebuah makmal, Skinner memasukkan seekor tikus ke

dalam sebuah kotak khas yang dikenali sebagai “Skinner Box” yang

terdiri daripada- tombol, alat memberi makanan, bekas makanan,

lampu yang dapat dikawal nyalaannya. Disebabkan dorongan

lapar(hunger drive), tikus berusaha keluar untuk mencari makanan.

Semasa berusaha keluar dari kotak, tikus tertekan tombol secara tak

sengaja dan makanan keluar. Sejak itu, tikus mula menekan tombol

apabila lapar dan makanan keluar secara berperingkat berdasarkan

peningkatan tahap pelaziman tikus tersebut , proses ini dikenali

sebagai shaping. Berdasarkan percubaan dan kajian yang berterusan

terhadap tikus dan burung merpati, Skinner telah membuat kesimpulan

bahawa unsur terpenting dalam pembelajaran ialah peneguhan

(reinforcement). 

Skinner juga telah mencadang beberapa teknik lain yang amat

sesuai diaplikasikan dalam pelaksanaan modifikasi tingkah laku murid.

Antara teknik-teknik yang dicadangkan ialah peneguhan, denda dan

peneguhan, reverse psychology, shaping, token ekonomi, kontrak(lisan

dan bertulis), kawalan kendiri.

Menurut teori ini, tingkah laku adalah berbentuk akibat, iaitu apa

yang berlaku kepada seseorang itu selepas melakukan sesuatu. Ini

dapat dijelaskan dengan contoh apabila seseorang murid tidak hadir ke

sekolah ini akan menyebabkan dia akan ketinggalan pembelajaran

pada hari tersebut.

Tingkah laku adalah kekuatan jika ia diikuti dengan peneguhan.

Malah peneguhan itu boleh sama ada peneguhan positif atau

peneguhan negatif. Peneguhan positif merupakan stimuli yang boleh

menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku

operan. Dalam permulaan pembelajaran, peneguhan diperlukan setiap

masa agar ia dapat menghasilkan tingkah laku yang diharapkan.

Tingkah laku dapat dapat dikekalkan dengan peneguhan yang tidak

Page 4: Contoh Jurnal

sama dan berlainan. Misalnya memberi pujian, penghargaan, hadiah

dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang memuaskan

berlaku.

Peneguhan negatif pula merupakan stimuli yang dihapuskan dengan

tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan.

Misalnya, seorang guru mengarah seseorang murid yang membuat

bising dalam kelas agar keluar dan berdiri di luar kelas bagi

menambahkan peluang murid lain untuk meneruskan aktiviti

pembelajaran tanpa gangguan. Namun, terdapat juga peneguhan

negatif yang boleh menyakiti seseorang individu kerana tingkah laku

operannya kurang sesuai. Misalnya, mengejek kesilapan seseorang

individu di depan orang ramai. Peneguhan ini tidak akan mengubah

sikap individu tersebut, malah menambah kebarangkalian berulangnya

tingkah laku operan itu pada masa depan.

Denda atau hukuman pula bertujuan menghentikan sesuatu tingkah

laku yang tidak diingini. Tetapi, ia adalah sesuatu yang kurang baik jika

dikenakan kepada kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang

negatif. Ini kerana apabila hukuman dijalankan, maka tingkah laku itu

akan menjadi menjadi semakin lemah apabila hukuman dikenakan.

Skinner juga berpendapat bahawa denda atau hukuman hanya boleh

membawa kesan dalam tempoh singkat, selepas itu tingkah laku yang

tidak diingini biasanya diulangi lagi. Maka, denda atau hukuman adalah

sesuatu yang berlainan jika dibandingkan dengan peneguhan positif

atau negatif yang bertujuan menambahkan kebarangkalian

berulangnya sesuatu tingkah laku sama ada diingini atau tidak diingini.

6.0 Tempoh Penyelesaian

12 Oktober 2015 hingga 23 Oktober 2015

7.0 Tindakan Susulan

Antara tindakan susulan yang mahu dilaksanakan berdasarkan Teori

Skinner ialah melaksanakan peneguhan sama ada positif atau negatif

Page 5: Contoh Jurnal

terhadap tingkah laku murid untuk menunjukkan akibat melakukan

sesuatu tingkah laku itu. Peneguhan dilaksanakan menggunakan papan

token, hukuman dan ganjaran.

8.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, pengurusan bilik darjah atau kawalan kelas

yang baik tidak akan berlaku tanpa peneguhan. Setiap aktiviti

pengajaran akan berlaku dengan lancar  sekiranya bilik darjah

mempunyai kawalan kelas yang baik serta yang tidak ada gangguan

tingkah laku yang tidak menyenangkan. Jelaslah bahawa kawalan bilik

darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan,

kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh

kesan yang maksimum. Harus diingat bahawa guru perlu mendapat

maklumat secukupnya tentang bilik darjah dan murid-muridnya terlebih

dahulu sebelum menjejakkan buat pertama kali ke dalam bilik darjah

berkenaan. Persediaan JERISAH (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek,

Sosialisasi, Alam, Hamba-Allah) guru yang lengkap akan membolehkan

pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan jaya, ceria dan

cemerlang.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :..............................................

Nama :..............................................

Tarikh :..............................................