Contoh Kajian Tindakan Bahasa Melayu

16
Contoh Kajian Tindakan Bahasa Melayu Pendahuluan: Kajian Tindakan merupakan salah satu cara mengenalpasti dan mencari jalan penyelesaian ke atas masalah yang dikenalpasti. Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penggunaan imbuhan dalam ayat yang dihadapi oleh murid-murid tahun 4. Kemahiran pengimbuhan merupakan komponen kemahiran yang tidak boleh diabaikan. Pengimbuhan perkataan merupakan proses yang kompleks kerana apabila seseorang itu mendengar, otaknya juga berfungsi untuk mentafsir makna perkataan berimbuhan tersebut. Seramai 30 orang murid terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid kurang faham dengan perkataan dasar yang jika digunakan imbuhan yang berlainan akan membawa maksud yang berlainan. Ini mungkin disebabkan mereka baru melepasi kemahiran di tahap 1 dan tahun 4 memerlukan kemahiran yang lebih meluas. Perancangan tindakan difokuskan kepada mengenal pasti murid kepada perkataan- perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat. Murid telah didedahkan dengan kaedah imlak selama satu jam tiga puluh minit dan kajian ini telah selesai dalam tempoh satu bulan. Maksud imlak ialah mendengar dan menulis semula petikan yang diperdengarkan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan pemerhatian pula menunjukkan murid lebih seronok belajar mata pelajaran Bahasa Melayu jika dirangsang dengan bahan dan aktiviti yang pelbagai.

Transcript of Contoh Kajian Tindakan Bahasa Melayu

Page 1: Contoh Kajian Tindakan Bahasa Melayu

Contoh Kajian Tindakan Bahasa Melayu

Pendahuluan:

Kajian Tindakan merupakan salah satu cara mengenalpasti dan mencari jalan

penyelesaian ke atas masalah yang dikenalpasti. Kajian ini dijalankan untuk

mengatasi masalah penggunaan imbuhan dalam ayat yang dihadapi oleh murid-

murid tahun 4. Kemahiran pengimbuhan merupakan komponen kemahiran yang

tidak boleh diabaikan. Pengimbuhan perkataan merupakan proses yang kompleks

kerana apabila seseorang itu mendengar, otaknya juga berfungsi untuk mentafsir

makna perkataan berimbuhan tersebut. Seramai 30 orang murid terlibat dalam

kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan dan ujian pra.

Hasil tinjauan menunjukkan murid kurang faham dengan perkataan dasar yang jika

digunakan imbuhan yang berlainan akan membawa maksud yang berlainan. Ini

mungkin disebabkan mereka baru melepasi kemahiran di tahap 1 dan tahun 4

memerlukan kemahiran yang lebih meluas. Perancangan tindakan difokuskan

kepada mengenal pasti murid kepada perkataan-perkataan berimbuhan yang

terdapat dalam petikan atau ayat. Murid telah didedahkan dengan kaedah imlak

selama satu jam tiga puluh minit dan kajian ini telah selesai dalam tempoh satu

bulan. Maksud imlak ialah mendengar dan menulis semula petikan yang

diperdengarkan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi

murid. Dapatan pemerhatian pula menunjukkan murid lebih seronok belajar mata

pelajaran Bahasa Melayu jika dirangsang dengan bahan dan aktiviti yang pelbagai.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.

Saya meninjau pencapaian dan penguasaan Bahasa Melayu murid-murid

tahap 1 sebelum melangkah ke tahap 2. Berdasarkan pengalaman saya jika murid-

murid tahap 1 dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa maka ini akan

membantu kecemerlangan pencapaian Bahasa Melayu mereka pada tahap 2 dan

seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan UPSR. Terdapat dua kertas

Bahasa Melayu iaitu Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan.

Hasil daripada penandaan latihan karangan, tidak dinafikan ada ketika murid-murid

tiada idea untuk disampaikan dan dikembangkan dalam karangan. Kesalahan yang

dapat saya kenal pasti ialah masalah struktrur ayat akibat kesalahan penggunaan

Page 2: Contoh Kajian Tindakan Bahasa Melayu

imbuhan. Hal ini akan memberi kesan kepada markah penulisan dan mempengaruhi

maksud ayat.

Bagi saya membina ayat yang mudah dan lengkap bergantung kepada

pengimbuhan perkataan dan struktur ayatnya. Ini bermakna pengimbuhan perkataan

yang salah akan menyebabkan fungsi ayat berubah daripada maksud sebenar yang

hendak disampaikan. Ini tentu menyulitkan pemahaman pembaca malah

menimbulkan makna yang berbagai-bagai.

Melalui pengalaman saya, lemahnya penggunaan imbuhan dalam kalangan

murid disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan murid terhadap pentingnya

aspek penggunaan imbuhan yang saya berikan sama ada dalam proses pengajaran

dan pembelajaran atau aktiviti sampingan di luar bilik darjah. Kelemahan ini juga

berpunca daripada kurangnya penumpuan saya terhadap kepentingan penguasaan

imbuhan. Sekiranya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti murid tidak dapat

menjawab dengan baik soalan karangan dan soalan membina ayat bagi Bahasa

Melayu kertas 2 yang akhirnya akan menyebabkan kemerosotan markah murid. Di

sekolah rendah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah salah satu

pengukur kepada kecemerlangan sesebuah sekolah.

2.0 FOKUS KAJIAN.

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya

dalam penulisan karangan saya hanya akan fokuskan kajian ini terhadap masalah

penguasaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Aspek imbuhan amat penting

dikuasai pada peringkat awal, terutama setelah murid memasuki tahap 2 (Tahun 4-

6) kerana terdapat penulisan karangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Hasil refleksi didapati murid-murid banyak melakukan kesilapan apabila membina

ayat.

Kesilapan-kesilapan yang yang sering dilakukan oleh murid ialah:

- murid-murid tidak dapat memberikan imbuhan yang tepat dan betul kepada

sesuatu

perkataan.

- Kesilapan penggunaan perkataan berimbuhan dalam ayat.

- murid-murid tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam

petikan atau ayat.

Page 3: Contoh Kajian Tindakan Bahasa Melayu

 Saya akan cuba membantu murid memahami dan menguasai penggunaan

imbuhan, saya yakin murid boleh membina ayat dengan betul, tepat dan jelas

maksudnya serta membolehkan mereka menulis karangan dengan lebih baik. Hal ini

seterusnya diharapkan akan dapat membantu mereka lulus dengan cemerlang

dalam kertas Bahasa Melayu Penulisan. Keadaan ini juga akan membantu murid-

murid lebih mudah menulis karangan kelak.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN.

3.1 Objektif am:

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan

awalan, akhiran dan apitan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

3.2 Objektif khusus Kajian ini adalah bertujuan untuk:

3.2.1 Murid dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam

petikan yang diberi.

3.2.2 Murid dapat mengklasifikasikan perkataan-perkataan berimbuhan awalan,

akhiran dan apitan.

3.2.3 Murid dapat menggunakan pengimbuhan yang betul dalam struktur ayat

3.2.4 Pelajar berminat dan seronok untuk belajar mata pelajaran Bahasa

Melayu.

3.2.5 Guru dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih

menyeronokkan murid.

4.0 KUMPULAN SASARAN.

Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 15 orang murid

lelaki Melayu dan 15 orang murid perempuan Melayu dalam Tahun 4.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN.

5.1 Tinjauan masalah:

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal

bagi

Page 4: Contoh Kajian Tindakan Bahasa Melayu

kajian ini.

5.1.1 Ujian Pra:

Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana

kefahaman mereka tentang penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Murid

juga diuji tentang kefahaman mereka mengenai makna perkataan yang telah

menggunakan imbuhan yang berlainan dengan membina ayat daripada perkataan

yang diberi. Selepas saya menyemak kertas ujian pra, saya dapati murid-murid

lemah dengan penggunaan perkataan berimbuhan yang diberi.

  

5.1.2 Pemerhatian:

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkahlaku murid semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum

kajian dijalankan murid kurang memberi respons kepada pengajaran dan

pembelajaran. Sebagaimana biasanya, murid perempuan yang lebih bersedia untuk

belajar dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya pelajar lelaki kurang bersungguh-

sungguh dan kurang mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran

yang dijalankan. Faktor minat dan memberi tumpuan sepenuhnya membantu murid-

murid mengikuti keseluruhan pengajaran dan pembelajaran.

5.2 Analisis tinjauan masalah:

5.2.1 Analisis Ujian Pra:

Jadual 1 : Pencapaian Ujian Pra

Pencapaian

(Gred)

Bilangan Sampel Peratus (%)

A (80 – 100) 3 10

B (60 – 79) 10 33.3

C (40 – 59) 10 33.3

D (20 – 39) 5 16.7

E (0 – 19) 2 6.7

JUMLAH 30 100

Page 5: Contoh Kajian Tindakan Bahasa Melayu

 Berdasarkan Jadual 1, 76.7% (23 orang) murid telah lulus dan 23.3% (7

orang) murid telah gagal. Daripada analisis yang dibuat atas kesalahan-kesalahan

murid terdapat empat soalan yang mendapat peratusan kesalahan paling banyak

iaitu soalan 7 (66.7 %), soalan 10 (90%), soalan 13 (80%) dan soalan 15 (70 %).

Soalan–soalan tersebut berkaitan dengan imbuhan akhiran dan apitan.

5.2.2 Analisis pemerhatian:

Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti sikap belajar murid-murid

semasa pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 2 : Mengenal pasti tingkah laku belajar

Tingkah laku Peratus %

Kesungguhan 50

Kurang mengambil bahagian 30

Kurang tumpuan (bermain,

berbual dan mengganggu

kawan)

20

5.3 Tindakan yang dijalankan:

Dalam melaksanakan tindakan, saya menjalankan 5 aktiviti seperti di bawah:

- Mengenalpasti perkataan berimbuhan

- Mengelaskan jenis perkataan berimbuhan (awalan, akhiran dan apitan)

- Membina ayat - Bercerita

- Ujian Pos

 5.4 Perlaksanaan tindakan dan pemerhatian / penilaian:

5.4.1 Aktiviti 1 : Mengenal pasti perkataan berimbuhan:

i. Saya menggunakan sebuah petikan cerita yang dirakamkan sebagai bahan

rangsangan yang panjangnya kira-kira 100 patah perkataan.

Page 6: Contoh Kajian Tindakan Bahasa Melayu

Hari ini sekolah Musa mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak.

Antara kanak-kanak yang paling gembira termasuklah Musa. Cikgu Afida

telah menghadiahinya sebungkus coklat. Mujib memegang coklat itu erat-erat.

“Mengapa kamu tidak makan coklat itu, Musa?” Tanya Cikgu Afida.

Musa hanya tersenyum mendengar pertanyaan Cikgu Afida. Coklat

pemberian Cikgu Afida itu ingin ditunjukkan kepada ibunya di rumah. Musa

menerima coklat itu kerana dia murid yang baik. Sebaik sahaja loceng

berbunyi, Musa terus pulang. Mujib tidak sabar menunggu ibunya pulang dari

kerja.

Akhirnya, Musa terlena di dalam biliknya. Dia tersedar apabila ibu

mengejutkannya. Musa terus teringat akan coklatnya itu. Dia ke dapur untuk

memberitahu ibunya.

“Ibu, saya ingin menunjukkan sesuatu kepada ibu,” kata Musa.

Musa berlari ke bilik untuk mengambil seluar sekolahnya. Malangnya

seluar sekolah yang dipakainya siang tadi tiada di dalam bilik itu. Seluar itu

telah direndam oleh ibunya di dalam baldi.

ii. Petikan ini diperdengarkan sebanyak dua kali dan murid diminta mengenal pasti

dan mencatat perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan.

iii. Murid membacakan perkataan berimbuhan yang dicatat.

iv. Saya menerangkan dan memberi contoh mengenai perkataan berimbuhan

Pengimbuhan ialah proses yang memberikan imbuhan atau penambahan kepada

sesuatu perkataan . Hasil daripada proses pengimbuhan ini akan terbentuklah kata

terbitan. (contoh : terbersih, bersihkan, membersihkan)

v Saya memperdengarkan semula petikan cerita

vi Murid mencatatkan semula perkataan berimbuhan.

 Pemerhatian :

Page 7: Contoh Kajian Tindakan Bahasa Melayu

Murid-murid telah menunjukkan respon yang tinggi untuk mendengar. Mereka juga

lebih bersedia untuk mengecam dan menyenaraikan perkataan berimbuhan yang

diperdengarkan.

Jadual 3 : Peratus Mengenal pasti Perkataan Berimbuhan

Markah Peratus %

A (80 – 100) 10

B (60 - 79) 43.3

C (40 – 59) 40

D (20 – 39) 6.6

E (0 – 19) 0

Jadual 3 menunjukkan hanya 6.6% sahaja murid yang tidak dapat mencatat

perkataan.

Refleksi :

Murid tidak dapat kenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan

cerita.

5.4.2 Aktiviti 2 : Mengkelaskan jenis imbuhan:

i. Saya mempamerkan carta imbuhan dan menerangkan jenis imbuhan. Terdapat

empat jenis imbuhan dalam Bahasa Melayu, iaitu;

1. Awalan – imbuhan yang hadir sebelum kata dasar

2. Akhiran - imbuhan yang hadir selepas kata dasar

3. Apitan - imbuhan yang hadir serentak sebelum dan selepas kata dasar

4. Sisipan - imbuhan yang hadir di tengah-tengah kata dasar.

(Bagi murid tahap 1 hanya imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang terdapat dalam

sukatan)

             ii. Saya membacakan petikan cerita

TABUNG BULUH HANIM

Page 8: Contoh Kajian Tindakan Bahasa Melayu

Hanim baru saja balik dari sekolah. Dia terus masuk ke dalam

biliknya. Hanim menyeluk kocek baju sekolahnya lalu mencapai tabung di

bawah katil. Hanim memasukkan wang ke dalam tabung buluh itu.

Digoncang-goncangnya tabung buluh itu. Bunyi duit syiling di dalam

tabung itu berdeting-deting. Hanim tersenyum gembira. Dalam masa yang

singkat, wang di dalam tabungnya sudah banyak.

Hanim bercadang untuk membuka akaun simpanan di bank. Dia

memberitahu ayah dan ibunya tentang cadangannya itu.

Ayah dan ibu Hanim sangat bangga akan sikap Hanim itu. Mereka

berharap agar sikap Hanim yang suka menabung itu menjadi contoh

kepada adik-adiknya yang lain.

iii. Murid mengkelaskan perkataan imbuhan yang didengar mengikut jenisnya

dalam lembaran yang diberikan.

Pemerhatian :

Aktiviti 2 menghasilkan keputusan seperti berikut:

Jadual 4 : Peratus Mengkelaskan Perkataan Berimbuhan

Markah Peratus %

A (80 – 100) 25

B (60 - 79) 55

C (40 – 59) 20

D (20 – 39) 0

E (0 – 19) 0

Page 9: Contoh Kajian Tindakan Bahasa Melayu

Jadual 4 menunjukkan 25% murid mendapat markah 80 – 100 dan tidak ada

seorang pun yang mendapat markah 39 ke bawah.

Saya dapati dengan kaedah imlak ini murid amat teruja untuk mengecam

jenis perkataan berimbuhan yang didengar untuk dicatatkan di ruangan yang betul.

Murid juga menumpukan perhatian terhadap P & P .

Refleksi :

Saya berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila berjaya

mengelaskan perkataan berimbuhan mengikut jenis imbuhan.

5.4.3 Aktiviti 3 : Membina ayat:

i. Gambar bersiri dipamerkan dan murid fahami gambar yang dilihat.

ii. Murid menyatakan apa yang dilihat. (Contoh :Monyet nampak buah pisang

masak)

iii. Guru mencatatkan ayat-ayat yang murid-murid bina.

iv. Perbincangan – mengenal pasti kesalahan struktur ayat dan membina ayat

dengan menggunakan perkataan berimbuhan yang betul. (Contoh : Seekor

monyet ternampak setandan pisang yang masak di atas sebatang pokok

pisang)

v. Latih tubi membaca ayat yang telah dibetulkan struktur ayatnya.

vi. Guru pembantu membuat pemerhatian terhadap respon murid dalam aktiviti

perbincangan

Jadual 5: Aktiviti-aktiviti yang digemari murid

Aktiviti Bilangan murid % pencapaian

Perbincangan 22 43.6

Membaca 26 56.4

Pemerhatian :

Saya dapati murid lebih seronok belajar Bahasa Melayu jika menggunakan

sesuatu bahan sebagai rangsangan.

Refleksi :

Page 10: Contoh Kajian Tindakan Bahasa Melayu

Saya mula sedar bahawa selama ini masalah ini timbul adalah disebabkan

murid- murid tidak dibimbing untuk menggunakan perkataan berimbuhan dalam

perbualan harian.

5.4.4 Aktiviti : Ujian Pos:

Ujian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pencapaian murid. Kertas Ujian

Pos disediakan, murid menjawab soalan-soalan serupa dengan soalan Ujian Pra

tetapi diubahkan kata dasar.

Saya mengedarkan kertas soalan terlebih dahulu. Murid dikehendaki

menjawab semua soalan. Kertas ujian ini mengandungi 5 bahagian yang membawa

pemberian markah sebanyak 50 markah.

Bahagian A - Imbuhan awalan

Bahagian B - imbuhan akhiran

Bahagian C - imbuhan apitan Bahagian D - membina ayat

Bahagian E - Tandakan _/ atau X menggunaan imbuhan dalam ayat.

Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab soalan pra ini selama 30 minit.

Markah Bilangan murid %

A (80 – 100) 10 33.3

B (60 - 79) 15 50

C (40 – 59) 5 16.7

D (20 – 39)

E (0 – 19)

Refleksi :

Dapatan Ujian Pos menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian murid.

Jika dalam Ujian Pra ada murid yang gagal tetapi dalam Ujian Pos semua murid

lulus malah peratus pencapaian setiap gred juga meningkat.

5.5 Refleksi keseluruhan:

Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan

yang agak ketara. Kebolehan murid menguasai penggunaan imbuhan yang betul

merupakan salah satu peningkatan yang menyumbang kepada markah karangan.

Page 11: Contoh Kajian Tindakan Bahasa Melayu

Pada keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa pencapaian murid telah meningkat

selepas tindakan diambil. Saya dapati murid mempamerkan satu peningkatan

prestasi yang amat baik.

Jadual 7 : Prestasi murid mengikut peratus lulus

Pencapaian Ujian pra Ujian pos

Lulus 23 (76.6 %) 30 (100 %)

Gagal 7 (33.4 %)

Jumlah 30 (100 %) 30 (100 %)

Berdasarkan Jadual 7 di atas, 76.6% murid lulus dan 33.4% murid dalam

ujian Pra. Manakala dalam Ujian Pos, hasil dapatan menunjukkan 100% murid lulus

ujian tersebut. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tindakan yang diambil berkesan

meningkatkan pencapaian murid dalam penguasaan penggunaan imbuhan .

Rumusan pemerhatian aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan

pembelajaran semasa sesi P & P dijalankan dapat dilihat murid-murid lebih berminat

dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa

murid boleh dibantu untuk menikmati pengalaman berjaya dalam penulisan

karangan jika menguasai salah satu kemahiran berbahasa iaitu penggunaan

imbuhan. Saya berasa puas hati dengan perkembangan yang ditunjukkan oleh

murid-murid. Bukanlah mudah untuk menggalakkan murid mengikuti P&P dengan

minat serta memberi tumpuan terhadap isi pelajaran yang ingin diajarkan oleh guru

untuk difahami oleh murid.

6.0 Cadangan kajian seterusnya.

Saya telah menggunakan kaedah imlak dalam membantu murid-murid untuk

menguasai penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang betul dalam

struktur ayat. Saya bercadang meneruskan kaedah imlak dalam pengajaran dan

pembelajaran akan datang kerana murid sudah menguasai penggunan imbuhan

namun masih lemah dalam membina struktur ayat. Seterusnya saya akan

menjalankan satu lagi kajian yang berkaitan dengan struktur ayat menggunakan

kaedah imlak. Saya juga mencadangkan kaedah ini dapat digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu

Page 12: Contoh Kajian Tindakan Bahasa Melayu

dibantu dengan aktiviti –aktiviti yang menarik dan menggunakan pelbagai media

seperti audio–visual yang menarik dan berkesan.