Contoh Karangan Adaptasi Teknik

download Contoh Karangan Adaptasi Teknik

of 3

description

d

Transcript of Contoh Karangan Adaptasi Teknik

Analisis Soalan

Format karangan: TiadaTajuk karangan: Amalan berjimat cermatFokus karangan: Kebaikan-kebaikan/Faedah-faedah/kepentingan-kepentinganStrategi Pertama: Membina pendahuluan

Pendahuluan = Tajuk karangan + Huraian tajuk+Fokus karangan = Ayat rangsangan (AR) + Ayat huraian (AH) + Ayat Arahan (AA) = 50 60 patah perkataanCONTOH PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT TOKOH

[AR]Sempena Hari Pengguna 2010, Perdana Menteri kita telah menyeru rakyat agarberjimat cermat dalam segala aspek kehidupan demi menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.[AH1]Beliau juga menasihati rakyat agar ingat sebelum kena, jimat sebelum habis agar tidak menyesal kemudian hari.[AH2]Rakyat juga digesa agar tidak menjadi hamba kepada hawa nafsu ketika membeli-belah kerana ikut hati mati, ikut rasa binasa.[AA]Pada hemat saya, pandangan Perdana Menteri ini sewajarnya direnungi keranabanyak faedahnyajika amalan berjimat cermat dijadikan agenda utama dalam kamus hidup kita.

Strategi Kedua: Membina Perenggan Isi

Perenggan isi = Idea karangan + Huraian idea + Contoh + Kesimpulan = Ayat topik (AT) + Ayat huraian (AH) + Ayat contoh (AC) + Ayat penyimpul (AP) = 50 60 patah perkataan[AT]Melalui amalan berjimat cermat,perbelanjaan harian dapat dikurangkan.[AH1]Hal ini demikian kerana kita membandingkan harga barang-barang yang hendak kita beli dan membeli barangan buatan tempatan yang lebih murah harganya.[AH2]Barang yang berkualiti dan mahal juga eloklah dibeli kerana alah membeli, menang memakai.[AC]Kasut sekolah Bata, misalnya, bukan sahaja tahan lama bahkan berbaloi. Pemakaian kasut ini memberikan keselesaan dan kepuasan.[AP]Dengan cara ini, bukan sahajaperbelanjaan harian dapat dijimatkanbahkan kebahagiaan terjamin.

[AT]Amalan berjimat cermat jugadapat menambah simpanan kita.[AH1]Apabila kita menjimatkan perbelanjaan, wang yang dihematkan dan ditabungkan di institusi kewangan akan meningkat, bak kata pepatah sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.[AH2]Wang simpanan ini amat berguna ketika menghadapi waktu kecemasan seperti hendak menjalani pembedahan.[AC]Menurut Dato Michael Chong, kita tidak perlu mengemis dan menjadi mangsa ceti haram kerana lintah darat ini memang menangguk di air keruh dan menjadi duri dalam daging dalam kehidupan kita.[AP]Tegasnya, bukan sekadarwang tabung kita bertambahmalah kesenangan hidup terpelihara.[AT]Seterusnya, amalan berhemat dalam pengurusan kewanganakan mendidik seseorang individu untuk berdikari.[AH]Kita tidak perlu bersandar pada ibu bapa ataupun pada kerajaan untuk mendapatkan bantuan kewangan ataupun biasiswa demi mengongkosi pengajian kita di menara gading nanti.[AC]Dewasa ini, banyak pelajar cemerlang yang menggantungkan harapan pada biasiswa tajaan JPA dan pada pinjaman PTPTN. Apabila gagal beroleh bantuan kewangan, mereka pun seolah-olah langit runtuh, bumi cair ataupun kaca terhempas ke batu. [AH] Jadi, kitapatut berjimat cermat untuk berdikariagar hidup kita lebih damai dan sejahtera.

Strategi Ketiga: Membina Perenggan Intiha

Perenggan isi= Kesimpulan karangan+Cadangan/Pandangan+Harapan/Kesan = Ayat kesimpulan(Aksmpln) + Ayat cadangan (Acdgn) + Ayat harapan (Ahrpn) = 50 60 patah perkataan[Akspln]Intihanya,cermat masa banyak, jimat masa sedikit![Acdgn] Kita hendaklah menghayati pesanan agama kita, yakni ingat akan kesakitan ketika sakit; ingat akan ketuaan usia ketika muda; ingat akan kematian ketika hidup; dan ingat akan kepapaan ketika kaya seandainya kita hendak bahagia sepanjang hayat.[Ahrpn1]Sehubungan ini, ibu bapa berperanan sebagai cermin perbandingan yang positif kepada si anak, dan bukannya seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul.[Ahrpn2]Dengan terpupuknya nilai positif ini dalam lubuk kalbu generasi muda, mereka akan senantiasa mampu memberi dan tidak akan meminta!