Contoh Kertas Kerja

6
KERTAS CADANGAN DARIPADA UNIT KOKURIKULUM IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK PERTANDINGAN KAWAD KAKI FORMASI KUMPULAN PISMP SEMESTER 4 AMBILAN JANUARI 2014 1.0 TUJUAN Kertas ini bertujuan untuk memohon Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran, IPG Kampus Pendidikan Teknik menimbang dan meluluskan cadangan untuk mengadakan Pertandingan Kawad Kaki Formasi bagi Kumpulan PISMP Semester 4 Ambilan Januari 2014. 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Matlamat Pertandingan Kawad Kaki Formasi bagi Kumpulan PISMP Semester 4 Ambilan Januari 2014 bertujuan menyeimbangkan perkembangan intelek, sosial, jasmani dan rohani dalam kalangan bakal guru untuk melahirkan guru permulaan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan kesukarelaan melalui aktiviti yang menyeronokkan dan mencabar. 2.2 Sehubungan dengan itu, dalam usaha memberikan pendedahan kepada para pelajar, Unit Kokurikulum, IPG Kampus 1

description

kertas kerja 2015-contoh

Transcript of Contoh Kertas Kerja

Page 1: Contoh Kertas Kerja

KERTAS CADANGAN DARIPADA UNIT KOKURIKULUM

IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

PERTANDINGAN KAWAD KAKI FORMASI

KUMPULAN PISMP SEMESTER 4 AMBILAN JANUARI 2014

1.0 TUJUAN

Kertas ini bertujuan untuk memohon Majlis Profesional, Pengurusan dan

Pentadbiran, IPG Kampus Pendidikan Teknik menimbang dan meluluskan

cadangan untuk mengadakan Pertandingan Kawad Kaki Formasi bagi

Kumpulan PISMP Semester 4 Ambilan Januari 2014.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Matlamat Pertandingan Kawad Kaki Formasi bagi Kumpulan PISMP

Semester 4 Ambilan Januari 2014 bertujuan menyeimbangkan perkembangan

intelek, sosial, jasmani dan rohani dalam kalangan bakal guru untuk melahirkan

guru permulaan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan

kesukarelaan melalui aktiviti yang menyeronokkan dan mencabar.

2.2 Sehubungan dengan itu, dalam usaha memberikan pendedahan kepada

para pelajar, Unit Kokurikulum, IPG Kampus Pendidikan Teknik merancang

untuk melaksanakan pertandingan kawad ini bagi memantapkan kefahaman dan

kemahiran para pelajar dalam mencapai hala tuju matlamat dan objektif

kokurikulum. Pertandingan tersebut akan berlangsung pada 27 Oktober 2015

(Selasa) di Padang Kawad IPG Bandar Enstek.

1

Page 2: Contoh Kertas Kerja

3.0 ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Objektif khusus pertandingan kawad ini adalah untuk memberikan

pendedahan, peluang dan pengalaman kepada para pelajar meningkatkan

keupayaan mereka membuat pemindahan pembelajaran dalam konteks baharu

dan situasi sebenar serta menerapkan nilai-nilai dan etika keguruan.

3.2 Selain itu, objektif pertandingan kawad ini adalah:

3.2.1 Mendapatkan pengetahuan dan kemahiran kawad kaki formasi

untuk diaplikasikan di sekolah rendah;

3.2.2 Menghayati prinsip-prinsip dan asas kawad kaki formasi;

3.2.3 Menguasai dan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran asas

dan kemahiran pengurusan dalam melaksanakan pertandingan

kawad kaki formasi;

3.2.4 Mengembangkan potensi diri, bakat kepimpinan dan peranannya

sebagai seorang pemimpin yang berwibawa;

3.2.5 Mengembangkan sikap dan kefahaman mengenai faedah-faedah

menyertai pertandingan kawad kaki formasi;

3.2.6 Menunjukkan komitmen semasa melaksanakan pertandingan

kawad kaki formasi; dan

3.2.7 Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan ahli-ahli unit

beruniform di kampus untuk membentuk warganegara yang

berguna dan bersemangat patriotik.

2

Page 3: Contoh Kertas Kerja

4.0 CADANGAN PELAKSANAAN

4.1 Cadangan pelaksanaan Pertandingan Kawad Kaki Formasi bagi

Kumpulan PISMP Semester 4 Ambilan Januari 2014 boleh dirujuk melalui

Lampiran A, manakala senarai Ahli Jawatankuasa, Jawatankuasa Kerja dan para

hakim pertandingan boleh dirujuk melalui Lampiran B.

5.0 PENYERTAAN

5.1 Terbuka kepada 10 pasukan jemputan IPG yang cepat mendaftar. (Rujuk

Lampiran C).

6.0 IMPLIKASI KEWANGAN

6.1 Pertandingan Kawad Kaki Formasi bagi Kumpulan PISMP Semester 4

Ambilan Januari 2014 akan melibatkan kos sebanyak RM3620.00 seperti

Lampiran D.

7.0 KESIMPULAN

7.1 Usaha untuk melaksanakan Pertandingan Kawad Kaki Formasi bagi

Kumpulan PISMP Semester 4 Ambilan Januari 2014 ini sangat relevan bagi

membuktikan segala pengalaman pembelajaran yang telah disediakan berupaya

membantu pelajar mencapai matlamat dan objektif kokurikulum.

7.2 Namun begitu, perancangan serta cadangan ini seharusnya memerlukan

perhatian dan komitmen semua pihak khususnya Unit Kokurikulum, IPG Kampus

Pendidikan Teknik dengan kerjasama Pasukan KRS Negeri Sembilan dan

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

3

Page 4: Contoh Kertas Kerja

8.0 SYOR

8.1 Ahli mesyuarat adalah dipohon untuk menimbang dan meluluskan

cadangan untuk melaksanakan Pertandingan Kawad Kaki Formasi bagi

Kumpulan PISMP Semester 4 Ambilan Januari 2014 serta meluluskan

peruntukan sebanyak RM3620.00 bagi tujuan membiayai pertandingan kawad

ini.

4