Contoh Kertas Kerja Latihan Ilmiah

8
1.1 Pendahuluan Sandakan merupakan ibu negeri Sabah selepas Syarikat Berpiagam Borneo Utara menukar pusat pentadbirannya dari Kudat ke Sandakan pada tahun 1883. 1 Ibu negeri Sabah kemudiannya telah dipindahkan ke Jesselton pada 1946. Bandar Sandakan terletak di sebelah timur Sabah pada kedudukan latitud 5.83333 dan longitud 118.11667 pada skala geografinya. Jumlah penduduk dianggarkan seramai 312400 orang meliputi penduduk bandar dan juga luar bandar. Dibandar Sandakan inilah terletaknya beberapa tempat yang diwartakan sebagai tapak warisan tinggalan sejarah. Terdapat 14 tempat kesemuanya dan ianya terletak disekitar bandar Sandakan dan di pinggir bandar Sandakan. Secara umumnya, masih ramai lagi yang tidak mengetahui lokasi sebenar Tapak Warisan Sandakan dan begitu juga dengan asal-usul tempat-tempat ini. Ada juga yang mengetahui lokasi Tapak Warisan Sandakan tetapi tidak menyedari bahawa tempat-tempat ini merupakan tapak bersejarah dan diwartakan sebagai Tapak warisan Sandakan ataupun Sandakan Heritage Trail. Kajian yang bakal dijalankan akan cuba untuk mendedahkan asal-usul sebenar tempat-tempat bersejarah di Sandakan yang diwartakan sebagai Tapak Warisan Sandakan disamping mencapai matlamat utama kajian. Matlamat utama kajian adalah untuk mengenalpasti pengurusan dan pembangunan yang dijalankan bagi tempat-tempat bersejarah ini. Kajian yang akan dijalankan adalah untuk mengenalpasti badan yang bertanggungjawab keatas tapak- tapak warisan ini beserta dengan cara pengurusannya. Langkah- langkah pembangunan tapak warisan ini seperti langkah menjadikannya lokasi pelancongan turut menjadi topik kajian. Antara tempat-tempat yang akan dikaji adalah seperti Jamek Mosque, William Pryer Monument, Stairs With Hundred Steps, World War II Chinese Memorial, Japenese Cemetery, Agnes Keith s House, Rotary Observation Pavilion, Ancient Graveyard, Old Stairs, Goddes Of Mercy Chinese Temple, St. Michael s And All Angels Church, Sam Sing Kung Chinese Temple, Malaysia Fountain dan yang akhir sekali ialah Sandakan Heritage Museum. 1.2 Permasalahan Kajian Kajian yang bakal dilakukan akan mengkaji tentang langkah-langkah pembangunan yang dijalankan terhadap Tapak Warisan Sandakan seperti 1 Sulong Mohamad, Persekitaran Sosio-Fizis Dan Pembangunan Di Residensi sandakan Sabah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia-Yayasan Sabah, 1985.

description

good

Transcript of Contoh Kertas Kerja Latihan Ilmiah

1

1.1 PendahuluanSandakan merupakan ibu negeri Sabah selepas Syarikat Berpiagam Borneo Utara menukar pusat pentadbirannya dari Kudat ke Sandakan pada tahun 1883. Ibu negeri Sabah kemudiannya telah dipindahkan ke Jesselton pada 1946. Bandar Sandakan terletak di sebelah timur Sabah pada kedudukan latitud 5.83333 dan longitud 118.11667 pada skala geografinya. Jumlah penduduk dianggarkan seramai 312400 orang meliputi penduduk bandar dan juga luar bandar. Dibandar Sandakan inilah terletaknya beberapa tempat yang diwartakan sebagai tapak warisan tinggalan sejarah. Terdapat 14 tempat kesemuanya dan ianya terletak disekitar bandar Sandakan dan di pinggir bandar Sandakan. Secara umumnya, masih ramai lagi yang tidak mengetahui lokasi sebenar Tapak Warisan Sandakan dan begitu juga dengan asal-usul tempat-tempat ini. Ada juga yang mengetahui lokasi Tapak Warisan Sandakan tetapi tidak menyedari bahawa tempat-tempat ini merupakan tapak bersejarah dan diwartakan sebagai Tapak warisan Sandakan ataupun Sandakan Heritage Trail. Kajian yang bakal dijalankan akan cuba untuk mendedahkan asal-usul sebenar tempat-tempat bersejarah di Sandakan yang diwartakan sebagai Tapak Warisan Sandakan disamping mencapai matlamat utama kajian. Matlamat utama kajian adalah untuk mengenalpasti pengurusan dan pembangunan yang dijalankan bagi tempat-tempat bersejarah ini. Kajian yang akan dijalankan adalah untuk mengenalpasti badan yang bertanggungjawab keatas tapak- tapak warisan ini beserta dengan cara pengurusannya. Langkah-langkah pembangunan tapak warisan ini seperti langkah menjadikannya lokasi pelancongan turut menjadi topik kajian. Antara tempat-tempat yang akan dikaji adalah seperti Jamek Mosque, William Pryer Monument, Stairs With Hundred Steps, World War II Chinese Memorial, Japenese Cemetery, Agnes Keiths House, Rotary Observation Pavilion, Ancient Graveyard, Old Stairs, Goddes Of Mercy Chinese Temple, St. Michaels And All Angels Church, Sam Sing Kung Chinese Temple, Malaysia Fountain dan yang akhir sekali ialah Sandakan Heritage Museum.1.2 Permasalahan Kajian

Kajian yang bakal dilakukan akan mengkaji tentang langkah-langkah pembangunan yang dijalankan terhadap Tapak Warisan Sandakan seperti pemuliharaan dan juga langkah untuk memelihara Tapak Warisan sandakan. Pengurusan bagi tapak-tapak warisan ini juga akan dilihat secara terperinci. Antara persoalan yang timbul ialah:

a) Apakah langkah-langkah yang dilakukan bagi memastikan Tapak Warisan sandakan sentiasa terpelihara?

b) Apakah langkah pemuliharaan yang dilakukan oleh pihak yang bertanggngjawab bagi mengekalkan kewujudan Tapak Warisan Sandakan?

c) Apakah badan atau pihak yang bertanggungjawab dalam aspek pengurusan Tapak Warisan sandakan?d) Adakah Tapak Warisan sandakan menyumbang kepada industri Pelancongan Sandakan?

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini dibuat adalah untuk mengetahui langkah-langkah pembangunan Tapak Warisan sandakan seperti langkah pemeliharaan dan pemuliharaan. Disamping itu, objektif lain kajian dijalankan adalah untuk mengenalpasti badan-badan yang bertanggungjawab dalam aspek pengurusan bagi Tapak Warisan sandakan disamping melihat peranan Tapak Warisan sandakan dalam industri pelancongan di Sandakan.a) Mengenalpasti langkah pembangunan yang dijalankan berkenaan dengan Tapak Warisan Sandakan.

b) Mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dalam mengendalikan aspek pengurusan bagi Tapak Warisan Sandakan.

c) Mengkaji peranan dan sumbangan Tapak Warisan Sandakan terhadap sektor pelancongan Bahagian sandakan.1.4 Tujuan KajianKajian yang bakal dilakukan di bandar sandakan mempunyai tujuannya yang tersendiri. Antaranya tujuan kajian adalah:a) Menambah koleksi penulisan ilmiah yang telah sedia ada.

b) Memperbanyakkan hasil penulisan ilmiah mengenai Sandakan secara amnya dan juga mengenai Tapak Warisan sandakan (sandakan Heritage Trail).

c) Memberi sumbangan kepada Universiti Malaysia sabah melalui hasil penulisan bercorak ilmiah.1.5 Skop KajianKajian ini akan dijalankan di Bandar sandakan serta kawasan pinggir bandar sandakan dimana terletaknya lokasi tapak-tapak warisan yang bersejarah di Sandakan. Kajian akan menyentuh tentang aspek pengurusan dan pembangunan yang telah dilakukan bagi mengekalkan kewujudan Tapak Warisan sandakan disamping menjadikannya tempat yang menarik untuk dikunjungi di Sandakan. Selain itu, kajian ini juga akan mengkaji samaada Tapak Warisan Sandakan menyumbang kepada sektor pelancongan bagi Bahagian Sandakan. Skop kajian hanya menyentuh sekitar tahun 1963 hinggalah tahun 2008. 1.6 Kepentingan Kajian

Penulisan berbentuk ilmiah mengenai Tapak Warisan Sandakan belum pernah dibuat lagi sebelum ini. Walaupun ada kajian yang menyentuh tentang Tapak Warisan Sandakan, namun belum ada lagi yang menyentuh tentang aspek pengurusan Tapak Warisan dan begitu juga dengan langkah-langkah pembangunan yang telah dilakukan dari tahun 1963 hingga tahun 2008. Persoalan mengenai badan yang bertanggungjawab dalam mengurus tapak-tapak warisan di sandakan belum pernah dilakukan sebelum ini. Selain itu, kajian ini juga amat penting kerana pengkaji akan cuba mengenalpasti samaada Tapak Warisan Sandakan memberikan sumbangan dalam aspek pelancongan Sandakan yang mana belum ada penulisan ilmiah sebelum ini yang cuba mengkaji hal yang sama. Maka dengan ini, adalah penting bagi pengkaji untuk mengkaji dan menulis mengenai pengurusan, pembangunan Tapak Warisan sandakan untuk kegunaan pengkaji-pengkaji akan datang. Kajian ini sekurang-kurangnya dapat menjawab permasalahan yang cuba ditimbulkan oleh pengkaji yang akan datang khususnya permasalahan mengenai Tapak Waisan sandakan (Sandakan Heritage Trail).1.7 Metodologi Kajian

Kaedah yang akan digunakan dalam menyiapkan penulisan pengurusan dan pembangunan Tapak Warisan sandakan (sandakan Heritage Trail) antara tahun 1963 hingga 2008 adalah menggunakan disiplin sejarah sebagai asas penyelidikan. Oleh yang demikian, untuk menghasilkan penulisan ilmiah ini sumber primer dan sekunder amat diperlukan.a) Penulisan akan menggunakan sumber primer yang berbentuk fail, laporan dari arkib, Muzium Negeri Sabah dan juga beberapa badan-badan kerajaan yang berkenaan.

b) Penulisan turut bergantung kepada sumber-sumber sekunder seperti buku-buku, artikel, kertas kerja, laporan-laporan yang boleh dirujuk di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah, Pusat Sumber Sekolah Sains Sosial, Perpustakaan Yayasan Sabah, dan juga perpustakaan negeri cawangan penampang.

c) Kaedah temubual juga penting dalam menyiapkan penulisan ini bagi menjawab permasalahan yang telah ditimbulkan menerusi responden.

1.8 Sorotan Literatur

Penulisan mengenai Tapak Warisan Sandakan agak kurang. Sekiranya ada, penulis hanya bertumpu pada satu-satu lokasi dan bukannya membincangkan mengenai kesemua Tapak warisan Sandakan. Kebanyakan penulisan bertumpu pada sejarah Sandakan dan tidak membincangkan Tapak Warisan Sandakan. Residensi Sandakan merupakan residensi yang terbesar di negeri Sabah yang luasnya adalah 8929.6 batu persegi. Menurut Sulong Mohamad dalam bukunya yang bertajuk Persekitaran Sosio-Fizis Dan Pembangunan Di Residensi Sandakan Sabah, orang yang bertanggungjawab membina bandar Sandakan ialah Pryer. Beliau telah ditugaskan oleh Overbeck dan Dent untuk mentadbir teluk Sandakan setelah memperolehi hak pajakan tanah daripada Sultan Brunei pada tahun 1877. Buku ini juga menjelaskan tentang kependudukan, pembangunan sosio-ekonomi, pengangkutan, sejarah Bandar Sandakan, Ikatan Sandakan-Bukit Garam dan perubahan alam sekitar serta implikasinya.

Ranjit Singh Malhi dalam penulisannya yang bertajuk The making Of Sabah menyentuh tentang tentang latar belakang sejarah Sabah. Buku ini turut menjelaskan pendudukan Syarikat berpiagam Borneo Utara di Sabah serta menceritakan kekuasaan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu di Sabah. Buku ini juga menjelaskan kronologi pembentukan politik di Sabah yang bersangkut paut dengan persatuan-persatuan di Sabah ketika itu. Keadaan sosio-ekonomi peribumi sabah turut dibincangkan. Sebagai contoh, kegiatan ekonomi masyarakat Kadazan-Dusun di sebelah barat Borneo Utara yang berteraskan penanaman padi. Kegiatan ekonomi banyak ditentukan oleh keadaan bentuk muka bumi. Turut dii bincangkan dalam buku ini bagaimana Alfred Dent mengukuhkan kedudukan Syarikat berpiagam borneo Utara selaku pentadbir bagi Borneo Utara pada masa itu. Hasil penulisan ranjit Singh ini dapat dijadikan sebagai panduan dalam mengenalpasti corak pentadbiran dan politik di Borneo Utara sekaligus menyentuh tentang Sandakan sebagai ibu negeri atau puast pentadbiran British di Sabah sebelum dipindahkan ke Jesselton.

Selain itu, Don Wall juga ada menghasilkan sebuah buku berjudul Sandakan The Last March. Dalam buku ini, Don Wall telah menceritakan tentang keadaan Sandakan semasa pemerintahan jepun. Penulis cuba menggambarkan bagaimana layanan yang diterima oleh orang tempatan dan juga nasib askar-askar australia di Sandakan. Pada jun 1943, sebanyak 2000 orang Australia dan 750 orang British telah menjadi tawanan tentera Jepun yang dipimpin oleh Hoshijima. Antara gambaran yang boleh menggambarkan kekejaman askar Jepun di bawah pimpinan Hoshijima keatas tawanan Australia adalah pembunuhan dan penyeksaan tentera secara beramai-ramai di Batu 7 sandakan. Lokasi yang dimaksudkan adalah Sandakan Memorial Park yang kini telah dijadikan kawasan tinggalan sejarah. Buku ini membuktikan bahawa Sandakan pernah menjadi tempat pengumpulan tawanan perang bagi tentera Jepun sebelum mereka dibunuh.Buku seterusnya yang berkisar tentang Sandakan adalah buku yang bertajuk To Sandakan-The Diaries Of charlie Johnstone. Buku ini adalah hasil penulisan Christopher Dawson. Menerusi buku ini, Christopher Dawson menceritakan tentang kedudukan Sandakan yang strategik serta keadaannya semasa pendudukan Jepun. Charlie Johnstone merupakan antara beribu orang tawanan perang semasa zaman penjajahan Jepun di asia tenggara. Dalam penulisan ini, Dawson menceritakan bagaimana seorang tawanan perang berbangsa inggeris berasal dari Australia melarikan diri hingga ke Sandakan. Namun begitu, keadaan di Sandakan lebih teruk daripada yang dijangkakan. Charlie Johnston dan beberapa rakan-rakannya terpaksa menjadi pelarian dan berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain. Hidup susah sebagai seorang pelarian terpaksa dihadapi seperti tidak menjamah sebarang makanan walaupun hanya untuk menggalas perut selama 3 hari. Kesusahan ini ditambah lagi dengan berjalan kaki sejauh 10 batu tanpa makanan.

Selain itu, Agnes Keith telah menulis sebuah buku yang bertajuk Land Below The Wind. Dalam buku ini Agnes Keith telan menceritakan tentang keadaan Borneo Utara semasa kedatangan beliau ke sandakan. Agnes Keith meninggalkan California pada 27 september 1934 dan tiba di Sandakan pada 10 November, 44 hari kemudian atau lebih kurang 6 minggu. Dalam buku ini, Agnes Keith menyatakan bahawa beliau menganggap Sandakan sebagai rumah beliau. Beliau menyukai sandakan yang terletak di pantai timur Borneo Utara dan ianya merupakan Ibu Negeri Borneo Utara ketika itu. Dalam buku ini, agnes Keith menceritakan populasi masyarakat di sandakan yang berbilang kaum. Terdiri daripada masyarakat tempatan, cina, bangsa eropah, bangsa jepun, bangsa melayu, bangsa india dan ramai lagi. Buku ini juga menceritakan tentang cara hidup masyarakat tempatan Borneo Utara terutamanya sandakan, cara layanan orang tempatan terhadap beliau dan turut dimuatkan dalam buku ini bagaimana rasa sayang terhadap Sandakan telah timbul dalam diri Agnes Keith.1.9 Struktur Bab Dalam TesisDalam penulisan ilmiah, terdapat lima bab penting yang perlu diperjelaskan. Setiap bab berkisar tentang topik yang berlainan. Bab satu merupakan pengenalan bagi penulisan ilmiah tersebut. Bab dua berkisar tentang latarbelakang bagi kajian yang dilakukan, sementara bab tiga dan bab empat merupakan bab yang menjelaskan isi utama penulisan sekaligus menjawab permasalahan yang dihadapi. Bab lima pula merupakan penutup bagi penulisan ilmiah.a) Bab Pertama: Pengenalan kepada kajian yang mengandungi pengenalan kajian, permasalahan kajian, skop kajian, objektif kajian, tujuan kajian, kepentingan kajian, dan juga sorotan literatur.

b) Bab Kedua: Membincangkan sejarah asal usul Tapak Warisan Sandakan (Sandakan Heritage Trail) yang mana terdapat 14 lokasi kesemuanya.c) Bab Ketiga: Membincangkan aspek pengurusan yang dilakukan oleh badan yang bertanggungjawab terhadap Tapak Warisan sandakan. Dalam bab ini juga akan dibincangkan mengenai aspek pembangunan yang dilakukan seperti langkah pemuliharaan dan pemeliharaan Tapak Warisan sandakan.

d) Bab Keempat: Melihat sumbangan Tapak Warisan sandakan terhadap sektor pelancongan Sandakan.

e) Bab Kelima: Kesimpulan bagi dapatan kajian.Rujukan

Buku

Dawson. C, 1995, To Sandakan The Diaries Of Charlie Johnstone, Australia: Allen &

Unwin Pty Ltd.

Keith. A, 1981, Land Below The Wind, Petaling Jaya: Eastview Production Sdn. Bhd.Ranjit Singh D.S, 2000, The Making Of Sabah 1865-1941: The Dynamics Of Indigenous

Society, Universiti Malaya: Universiti Of Malaya Press.Sulong Mohamad, 1985, Persekitaran Sosio-Fizis Dan Pembangunan Di Residensi

Sandakan Sabah, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia-Yayasan Sabah.

Wall. D, 2000, Sandakan-The Last March, Australia: Alken Press Pty. Ltd-Smithfield. Sulong Mohamad, Persekitaran Sosio-Fizis Dan Pembangunan Di Residensi sandakan Sabah. Bangi:

Universiti Kebangsaan Malaysia-Yayasan Sabah, 1985.

Sulong Mohamad, Persekitaran Sosio-Fizis Dan Pembangunan Di Residensi Sandakan Sabah, Bangi :Universiti Kebangsaan Malaysia- Yayasan Sabah, 1985.

Ranjit Singh D.S, The Making Of Sabah 1865-1941: The Dynamics Of Indigenous Society, Universiti

Malaya: Universiti Of Malaya Press,2000.

Wall.D, Sandakan-The Last March, Australia: Alken Press Pty. Ltd.- Smithfield,2000

Dawson .C, To Sandakan- The Diaries Of Charlie Johnstone, Australia: Allen & Unwin Pty Ltd, 1995.

Keith. A, Land Below The Wind, Petaling Jaya Malaysia: Eastview Production Sdn.Bhd., 1981.