Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan

19
1.0 PENGENALAN Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang wajib diikut oleh guru-guru pelatih di setiap institut perguruan di Malaysia seperti yang termaktub dalam perancangan semester kukurikulum institut. Guru-guru pelatih di setiap institut perguruan wajib mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) ini bermula pada semester 1 hingga semester 6 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Pada setiap semester, aktiviti yang perlu diikuti oleh setiap guru pelatih adalah berbeza mengikut kandungan kurikulum pada setiap semester. Pada semester tiga ini, guru-guru pelatih diwajibkan untuk menjalani program khidmat masyarakat. Setiap kelas akan memilih destinasi untuk menjalankan program khidmat masyarakat bagi kelas masing-masing. Kelas kami iaitu kelas G3.1 telah memilih Tanah Perkuburan Kampung Cheras Baru sebagai tempat untuk menjalankan aktivti khidmat masyarakat gotong-royong . Melalui Program Bina Insan Guru ini guru-guru pelatih akan didedahkan dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan terutamanya yang berkaitan dengan kehidupan bermasyarakat. Ini kerana, kerjaya seorang guru memerlukan guru pelatih untuk berhadapan dengan masyarakat sepanjang masa. Selain itu, nilai dan semangat keguruan seperti berketrampilan, berkeyakinan, berkepimpinan dan berani turut dapat dicungkil dan dipupuk melalui program Bina Insan Guru ini.

description

 

Transcript of Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan

Page 1: Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan

1.0 PENGENALAN

Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang wajib diikut oleh guru-guru

pelatih di setiap institut perguruan di Malaysia seperti yang termaktub dalam

perancangan semester kukurikulum institut. Guru-guru pelatih di setiap institut

perguruan wajib mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) ini bermula pada semester

1 hingga semester 6 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Pada setiap

semester, aktiviti yang perlu diikuti oleh setiap guru pelatih adalah berbeza mengikut

kandungan kurikulum pada setiap semester.

Pada semester tiga ini, guru-guru pelatih diwajibkan untuk menjalani program

khidmat masyarakat. Setiap kelas akan memilih destinasi untuk menjalankan program

khidmat masyarakat bagi kelas masing-masing. Kelas kami iaitu kelas G3.1 telah

memilih Tanah Perkuburan Kampung Cheras Baru sebagai tempat untuk menjalankan

aktivti khidmat masyarakat gotong-royong .

Melalui Program Bina Insan Guru ini guru-guru pelatih akan didedahkan dengan

pelbagai ilmu dan pengetahuan terutamanya yang berkaitan dengan kehidupan

bermasyarakat. Ini kerana, kerjaya seorang guru memerlukan guru pelatih untuk

berhadapan dengan masyarakat sepanjang masa. Selain itu, nilai dan semangat

keguruan seperti berketrampilan, berkeyakinan, berkepimpinan dan berani turut dapat

dicungkil dan dipupuk melalui program Bina Insan Guru ini.

Oleh hal yang demikian, program ini diwajibkan oleh Bahgian Pendidikan Guru

(BPK) di dalam rancangan pembelajaran semester iaitu bermula setelah memasuki

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 1.

Page 2: Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan

2.0 RASIONAL BINA INSAN GURU (BIG)

Rasional Bina Insan Guru (BIG) ini adalah untuk :

2.1 Melahirkan insan guru yang berketrampilan dan unggul yang mampu menghadapi

segala cabaran mendatang.

2.2 Menghasilkan guru yang berkualiti, bersahsiah tinggi, berilmu, berdispilin serta

mempunyai daya tahan yang tinggi.

2.3 Melahirkan modal insan guru seperti yang dikehendaki oleh Bahagian Pendidikan

Guru (BPG).

2.4 Mengukuhkan dan membina semangat keguruan dan kepimpinan dalam diri setiap

individu.

2.5 Melahirkan guru yang bijak berhujah dan berkomunikasi dengan masyarakat.

2.6 Melahirkan guru yang pandai bersosial dengan ahli masyarakat.

Page 3: Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan

3.0 LAPORAN BINA INSAN GURU (BIG)

3.1 LAPORAN SEBELUM

Pada setiap hari Khamis sudah menjadi kebiasaan di Institut Perguruan Ilmu

Khas untuk mengadakan tutorial iaitu sesi perjumpaan di antara mentor dan dan anak-

anaknya. Oleh itu, kami sekelas telah mengambil iniasiatif untuk membincangkan

mengenai Program Bina Insan Guru bagi semester 3 bersama dengan kedua-dua

mentor kami iaitu Puan Aminah binti Haji Samsuddin dan Puan Liza Isyqi Bt. Ramli

pada hari Khamis; 5 Januari 2012 bertempat di blok kelas kami iaitu Blok Harmoni di

atas Jabatan Bahasa Meayu.

Justeru, pemilihan ahli jawatan kuasa tertinggi telah dibuat dengan

menggunakan kaedah undian. Berdasarkan undian yang tertinggi, Muhammad Sollihin

B. Ahmad Jamali telah dilantik sebagai pengerusi Program BIG bagi semester 3 tahun

2012 ini. Seterusnya,Muhammad Fahmi B. Hassim telah dilantik sebagai setiausaha

dan diiikuti oleh Nur Azwin Bt. Roslan sebagai bendahari. Ahli jawatankuasa lain juga

turut dibentuk iaitu yang terdiri daripada ajk peralatan, ajk pengangkutan dan ajk

makanan.

Seterusnya, agenda diteruskan dengan pemilihan tempat dan aktiviti khidmat

masyarakat yang ingin dijalankan bagi memenuhi kehendak BIG semester 3 ini.

Cadangan pemilihan tempat diberikan oleh semua ahli kelas bagi memastikan setiap

orang berpuas hati dengan pemilihan tempat yang dibuat. Antara cadangan tempat

yang telah diberikan ialah Rumah Anak Yatim Tengku Budriah, jabatan-jabatan di

Institut Perguruan Ilmu Khas, air terjun, tanah perkuburan dan prasekolah. Akhirnya

berdasarkan undian yang telah dibuat kami telah sebulat suara untuk memilih tanah

perkuburan sebagai tempat untuk menjalankan program khidmat masyarakat pada kali

ini.

Selepas perbincangan selesai, mentor telah mengambil alih perbincangan

dengan memberikan penerangan mengenai format penulisan laporan BIG bagi

memastikan kami dapat menghasilkan laporan yang bermutu dan berkualiti seiring

dengan kehendak garis panduan tugasan yang telah diberikan.

Page 4: Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan

Perjumpaan seterusnya telah dibuat pada 12 Januari 2012 bersama dengan

mentor. Tujuan perjumpaan dibuat adalah untuk bertanya semula mengenai program

BIG yang telah dirancang. Mentor mahu memastikan tanah perkuburan manakah yang

telah dipilih bagi menjalankan aktiviti gotong-royong dan masa untuk menjalankan

gotong-royong tersebut. Keluasan kawasan gotong-royong juga diambil kira bagi

memastikan sesuai dengan bilangan ahli kelas. Selain itu, perbincangan mengenai

peralatan yang ingin digunakan semasa gotong-royong juga telah dibuat.

Pada 16 Januari 2012, perjumpaan ketiga telah dibuat oleh pengerusi program

bagi memberitahu ahli kelas mengenai perjalanan program. Berdasarkan perjumpaan

tersebut, beberapa maklumat telah diberitahu. Antaranya ialah tarikh dan tempat bagi

menjalankan program iaitu pada 11 Februari 2012 ( Sabtu ) bertempat di Tanah

Perkuburan Kampung Cheras Baru bermula pada pukul 8.00 sehingga 12.00 tengahari.

Ahli jawatankuasa program juga telah memberi maklum balas mengenai tugas masing-

masing kepada semua. Ahli jawatankuasa peralatan telah bersama-sama dengan ahli

kelas untuk menyenaraikan peralatan yang diperlukan semasa gotong-royong seperti

penyapu, plastik sampah, sarung tangan, mesin rumput, penyodok sampah/ pongkes,

sabit, parang, tikar dan surah Yassin. Manakala, ahli jawatankuasa makanan pula telah

membuat perbentangan mengenai menu makanan pagi dan tengahari. Menu sarapan

pagi adalah Bihun Goreng dan air Teh. Menu untuk tengahari pula adalah nasi (ayam

dan sayur). Setiap ahli kelas diminta untuk membayar RM 15.00 seorang untuk

kegunaan makanan dan peralatan semasa BIG.

Perjumpaan terakhir telah dibuat pada 9 Februari 2012 di kelas di Blok

Pendidikan Khas. Agenda yang ingin dibincangkan adalah untuk memberi maklum

balas kepada mentor mengenai program yang dirancang. Setiap ahli jawatankuasa

telah membuat perbentangan mengenai bidang tugas masing-masing. Perbincangan

mengenai makanan juga telah dibuat dan menu juga telah bertukar. Pemilihan ketua

untuk membuat bacaan tahlil juga telah dibuat. Mentor turut memberikan beberapa

nasihat supaya menjaga adab sopan di tanah perkuburan dan akhir sekali mentor

berharap program dapat berjalan dengan lancar.

Page 5: Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan

3.2 LAPORAN SEMASA

Pada 11 Februari 2012 bersamaan dengan hari Sabtu seperti yang dirancangkan

kami berkumpul seawal 7.30 pagi untuk bersama-sama menjayakan program Bina

Insan Guru khidmat masyarakat iaitu gotong-royong di tanah perkuburan. Namun

demikian, terdapat segelintir guru pelatih yang datang lewat iaitu pada pukul 7.45

pagi.Kami seramai 20 orang termasuklah seorang bekas staf jurubahasa iaitu Cik

Marziah berkumpul di perkarangan bas Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas sebelum

bertolak ke destinasi.

Oleh hal yang demikian, kira-kira pukul 8.05 minit pagi barulah kami dapat

bertolak ke Tanah Perkuburan Kampung Cheras Baru dengan menaiki bas institut

selepas bilangan ahli kelas mencukupi. Seramai dua orang guru pelatih menaiki kereta

untuk pergi ke tanah perkuburan tersebut iaitu Muhammad Shafiq bin Shamsi dan

Muhammad Khairul Amzar bin Ghazali. Ini kerana mereka memerlukan kereta untuk

mengambil makanan tengahari semasa pulang dari program nanti.Perjalanan ke tanah

perkuburan tersebut mengambil masa salama 20 minit perjalanan .Tepat pada pukul

8.30 pagi kami telah sampai di tanah perkuburan tersebut.

Setibanya di destinasi, kami mengumpulkan kesemua peralatan yang akan

digunakan semasa gotong-royong di suatu kawasan lapang. Setelah itu, kami

berkumpul bagi mendengar taklimat ringkas daripada ketua projek iaitu Muhammad

Sollihin bin Ahmad Jamali. Ketua projek memberitahu berkenaan dengan perjalanan

program kepada kami. Sebelum memulakan aktiviti gotong royong kami bersama

-sama membuat bacaan tahlil ringkas yang diketuai oleh Muhammad Fahmi bin

Hashim. Selepas itu, pada pukul 8.45 pagi kami bersama-sama menikmati sarapan pagi

iaitu Nasi Lemak Ayam.

Aktiviti gotong-royong bermula pada pukul 9.00 pagi. Kami dibahagikan kepada

beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada dua orang. setiap kumpulan

membersihkan satu kubur. Setelah selesai, mereka diminta untuk bergerak ke kubur

yang seterusnya. Skop tugasan yang perlu dibuat adalah membersihkan kawasan

kubur yang telah ditetapkan dengan mencabut dan mencangkul rumput yang ada sama

Page 6: Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan

ada di luar kawasan kubur mahupun di atas kubur. Seterusnya, mengutip sampah

sarap yang ada di kawasan tanah perkuburan tersebut. Sampah tersebut terdiri

daripada plastic-plastik sampah, botol minuman dan rumput-rumput yang telah

dikumpulkan di beberapa kawasan. Rumput-rumput yang telah dicabut pula akan

dikumpulkan di beberapa tempat dengan menggunakan pencakar dan penyapu. Pokok-

pokok yang terlalu besar di atas kubur juga dirapikan dengan menggunakan parang.

Bahagian batang pokok yang besar akan dipotong supaya pokok tersebut dapat

bertunas dengan lebih cantik.

Setelah selesai membersihkan kawasan perkuburan tersebut. Kami bersama-

sama mengangkat segala sampah yang ada untuk dikumpulkan di luar kawasan

perkuburan tersebut. Pada mulanya sampah-sampah tersebut ingin kami bakar. Namun

demikian , kami tidak dapat meneruskan niat kami untuk membakarnya kerana rumput-

rumput tersebut basah dan lembab. Oleh itu, kami mengeumpulkannya dengan sebaik

mungkin di satu kawasan yang tidak menghalang laluan orang ramai.

Akhirnya, tepat pada pukul 11.00 tengahari kami selesai membersihkan kawasan

perkuburan tersebut. Kami berasa sangat senang hati dan puas hati kerana dapat

membersihkan kawasan tanah perkuburan terebut dengan sebaiknya. Kami berkumpul

di bawah sepohon pokok untuk berehat seketika sebelum pulang ke institut. Pada masa

yang sama kami mengumpulkan segala peralatan yang dibawa untuk gotong-royong di

satu tempat bagi memastikan bilangan alatan tersebut mencukupi.

Pada pukul 11.30 tengahari kami bertolak balik ke institut perguruan dan telah

sampai pada pukul 12.00 tengahari. Kami mengemas segala peralatan semasa gotong-

royong untuk membuat pemulangan alatan yang dipinjam. Sebelum pulang ke tempat

tinggal masing-masing, kami mengambil makanan tengahari yang telah disediakan iaitu

nasi dengan lauk Gulai Lemak Ayam berserta Sayur Taugeh goreng.

Page 7: Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan

3.3 LAPORAN SELEPAS

Selepas selesai program khidmat masyarakat ini, kami diminta untuk menyediakan

satu laporan khusus mengenai program khidmat masyarakat gotong -royong yang telah

kami laksanakan.

Oleh itu, saya sudah mempersiapkan diri dengan pelbagai maklumat program.

Saya telah mencatat segala aktiviti yang telah dijalankan di dalam buku catatan untuk

rujukan peribadi. Selain itu, saya turut menangkap gambar untuk dimuatkan di dalam

laporan.

Page 8: Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan

4.0 LAPORAN REFLEKTIF

Program Bina Insan Guru (BIG) khidmat masyarakat gotong-royong ini benar-

benar memberikan pengalaman baru yang sangat bernilai kepada saya dan rakan-

rakan guru pelatih. Ini kerana program khidmat masyarakat pada semester ini sangat

berlainan dengan semester-semester lepas berikutan tempat untuk menjalankan

khidmat masyarakat ini sangatlah berbeza tidak seperti tempat-tempat yang biasa

dipilih oleh kumpulan yang lain bagi menjalankan program khidmat masyarakat. Tanah

perkuburan telah menjadi tempat pilihan saya dan rakan-rakan guru pelatih sebagai

tempat untuk menjalankan program khidmat masyarakat.

Pemilihan tanah perkuburan sebagai tempat untuk menjalankan program

khidmat masyarakat ini benar-benar mendapat sokongan kedua-dua mentor kami iaitu

Puan Aminah Bt. Samsuddin dan Puan Liza Isyqi Bt. Ramli. Kedua-dua mereka sangat

berbangga dengan usaha murni kami untuk menjalankan program khidmat masyarakat

gotong-goyong di tanah perkuburan. Tambahan pula, program ini berjalan pada bulan

mulia iaitu bulan Rabiulawal bersamaan dengan bulan kelahiran nabi Muhammad

S.A.W.

Usaha murni kami untuk menjalankan gotong-royong dan bacaan tahlil di tanah

perkuburan benar-benar memberikan impak yang besar kepada semua rakan guru

pelatih. Ini kerana, program ini bukan sahaja memberikan faedah kepada saya dan

rakan-rakan guru pelatih tetapi turut memberikan faedah kepada masyarakat setempat

yang tinggal berdekatan dengan kawasan perkuburan tersebut. Program ini turut

mendatangkan kebaikan dan dapat membantu keluarga si mati untuk membersihkan

kubur ahli keluarga mereka. Selain itu, program ini turut mendatangkan kebaikan

kepada penghuni tanah perkuburan terebut dengan adanya pembacaan tahlil khusus

buat mereka.

Program ini turut melatih saya dan rakan-rakan guru pelatih untuk

mengendalikan sesuatu majlis bacaan tahlil. Ilmu mengendalikan bacaan tahlil ini bukan

sahaja terbatas dalam kawasan sekolah sahaja tetapi turut dapat dipraktikkan di dalam

kehidupan setiap guru pelatih islam yang ada. Tambahan pula, melalui pembacaan

Page 9: Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan

tahlil ini guru pelatih juga dapat menguatkan spiritual masing-masing dengan amalan

membaca surah-surah dari ayat Al-Quran yang terpilih. Oleh hal yang demikian, maka

guru pelatih dapat mendepani pelbagai cabaran yang mendatang dengan hati yang

cekal dan kuat dengan adanya benteng di dalam diri masing-masing.

Kekuatan lain yang dapat diperhatikan adalah saya dan rakan-rakan guru pelatih

dapat menghayati dan mempelajari adab-adab di tanah perkuburan sekaligus dapat

mengaplikasikannya semasa menjalankan gotong-royong di sana. Pada masa yang

sama, saya dan rakan-rakan guru pelatih yang beragama Islam dapat berkongsi

mengenai agama Islam dengan salah seorang daripada guru pelatih yang beragama

Buddha iaitu Soo Toh Wan Lin. Wan Lin dapat mengetahui mengenai tatacara

pengebumiaan orang Islam dan juga dapat mengetahui adab-adab di tanah perkuburan

yang perlu dipatuhinya walaupun berlainan agama.

Selain itu, aktivti gotong royong ini juga dapat memupuk semangat kerjasama

dalam kalangan guru pelatih. Ini jelas dapat diperhatikan semasa guru pelatih bersama-

sama membersihkan kawasan tanah perkuburan yang penuh dengan rumput-rumput

yang panjangnya hingga ke lutut dengan begitu bersemangat di dalam kumpulan

masing-masing sehingga bersih. Aspek kerjasama juga dapat dilihat semasa semua

guru pelatih memberi pertolongan untuk mengangkat peralatan gotong-royong. Guru

pelatih tidak membiarkan ahli jawatankuasa peralatan semata-mata untuk mengangkat

peralatan yang ada. Ini dapat menggambarkan bahawa guru pelatih berkerjasama

dalam menjayakan gotong-royong bak kata perpatah “berat sama dipikul, ringan sama

dijinjing”.

Aktiviti gotong-royong ini turut melatih setiap guru pelatih untuk menjadi seorang

yang bertanggungjawab dengan tugas masing-masing. Tambahan pula, setiap guru

pelatih sememangnya dibekalkan dengan tugas yang perlu dilaksanakan. Melalui

pembahagian tugas inilah aspek tanggungjawab dapat dipupuk dan dilatih dalam diri

setiap guru pelatih.

Page 10: Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan yang perlu kami perbaiki.

Aspek pertama yang dapt dilihat ialah dari aspek pengurusan masa. Walaupun sudah

diberi peringatan berkali-kali untuk guru pelatih menepati masa namun masih ada

segelintir guru pelatih yang datang lewat ke tempat berkumpul iaitu pada pukul 7.30

pagi seperti yang telah dijanjikan. Rata-ratanya adalah guru pelatih perempuan yang

tinggal di luar. Oleh hal yang demikian, perjalanan majlis menjadi sedikit terganggu dan

telah menyebabkan pemandu bas menunggu selama lebih kurang setengah jam.

Seharusnya kami perlulah menggunakan peluang yang ada semasa menjalankan aktivti

ini dalam melatih diri untuk menepati masa supaya akan menjadi satu kebiasaan dan

dapat melatih diri untuk bangun awal untuk ke sekolah bila menjadi guru kelak. Dalam

pada masa yang sama, guru pelatih yang lewat perlulah mengambil inisiatif untuk

meminta maaf kepada pemandu bas dan rakan-rakan kerana disebabkan mereka

semua yang ada terpaksa menunggu lama.

Kelemahan yang seterusnya ialah dari aspek pakaian semasa menjalankan

program BIG tersebut. Terdapat segelintir guru pelatih yang tidak memakai baju

seragam seperti rakan-rakan yang lain. Perkara ini mungkin terjadi berikutan salah tafsir

maklumat ataupun tidak mempunyai baju seperti rakan-rakan yang lain. Namun,

perkara ini tidak menjadi satu isu yang besar. Ini kerana, pakaian yang dipakai masih

mencerminkan imej seorang bakal guru. Oleh itu, guru pelatih dapat mengambil ikhtibar

untuk memberikan fokus dan peka dengan arahan dan maklumat yang disampaikan

sama ada secara lisan ataupun tulisan di laman sosial supaya dapat berpakaian

seragam serupa dengan rakan-rakan yang lain.

Kelemahan lain ialah guru pelatih lupa untuk membuat regangan sebelum

menjalankan aktivti gotong- royong. Akibatnya guru pelatih berhadapan dengan sakit-

sakit dan sengal-sengal badan seolah-olah baru seesai menjalani latihan rumah sukan.

Oleh itu, perkara ini akan menjadi pengajaran kepada setiap guru pelatih supaya

sentiasa melakukan regangan sebelum menjalankan aktiviti yang memerlukan dan

menggunakan tenaga yang besar.

Melalui aktivti gotong-royong yang dijalankan ini terdapat beberapa perkara yang

mungkin mejadi ancaman kepada guru pelatih. Perkara pertama yang dapat saya

Page 11: Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan

perhatikan iaitu terdapat seekor anjing liar di kawasan tanah perkuburan tersebut.

Namun demikian, nasib kami semua baik kerana anjing tersebut tidak datang ke

kawasan yang kami bersihkan.

Ancaman kedua iaitu terdapat beberapa laluan di tanah perkuburan tersebut

yang tidak boleh kami lalui. Perkara tersebut telah diberitahu oleh penduduk setempat

yang kebetulannya ada di kawasan perkuburan ketika kami sedang bersiap-sedia untuk

menjalankan gotong-goyong. Menurut Muhammad Fahmi B. Hassim, penduduk

setempat tersebut memberitahunya bahawa terdapat sebuah kubur yang dikatakan

mempunyai penjaga iaitu ular. Penduduk setempat itu khuatir sekiranya kami dipatuk

oleh ular tersebut sekiranya melalui kawasan tanah perkuburan tersebut. Alhamdulillah,

saya dan rakan-rakan guru pelatih selamat aripada sebarang ancaman bahaya dengan

mematuhi segala yang diberitahu kepada kami.

Berdasarkan perkara tersebut kami perlu menambah satu persoalan sekiranya

ingin menjalankan aktiviti gotong-royong di tanah perkuburan. Langkah yang perlu kami

ambil bukan sahaja terhad kepada meminta izin daripada pihak berwajib tetapi kami

juga perlulah menemu bual pihak-pihak tertentu bagi mnegetahu serba sedikit

mengenai kawasan yang bakal kami jalankan sesuatu program.

Page 12: Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan

5.0 PENILAIAN KENDIRI

Program Bina Insan Guru khidmat masyarakat yang diadakan di tanah

perkuburan ini benar-benar mendatangkan keinsafan kepada diri saya sebagai seorang

Islam. Ini kerana, melalui program ini saya lebih menginsafi diri bahawa kehidupan ini

dunia ini hanyalah sementara dan kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang

abadi.Saya menjadi lebih bermuhasabah diri dan bermotivasi melalui program ini . Saya

merasakan bahawa saya perlu menjadi seorang insan pendidik yang benar-benar

berilmu dan bermanfaat kepada seluruh lapisan masyrakat. Ini kerana, saya sedar

bahawa ilmu yang bermanfaat merupakan satu aset guru yang tidak ternilai harganya.

Selain itu, saya turut dapat membuka mata saya bahawa program khidmat

masyarakat bukan sahaja terhad untuk dilakukan di tempat-tempat seperti rumah anak

yatim, zoo negara, pusat anak-anak berkeperluan khas dan pusat rekreasi seperti

sungai dan pantai. Ini kerana, program khidmat masyarakat juga boleh dilaksanakan di

kawasan tanah perkuburan yang mana sering kali orang mengabaikannya.

Sesungguhnya, selepas melaksanakannya di tanah perkuburan saya sedar bahawa

kebaikan dan kelebihannya adalah lebih besar berbanding dengan membersihkan

kawasan seperti pusat-pusat rekreasi. Ini kerana, pelbagai pihak mendapat manfaat

melalui gotong-royong pembersihan tanah perkuburan ini termasuklah penghuni

kawasan tanah perkuburan itu sendiri.

Tambahan pula, saya berasa sangat gembira kerana dapat membantu saudara-

mara si mati yang tidak berkesempatan untuk membersihkan kawasan tanah

perkuburan ahli keluarga mereka. Saya juga merasa sangat bersyukur kerana dapat

menjadi salah seorang yang terpilih oleh Allah untuk mengimarahkan sunah nabi

Muhammad S.A.W iaitu menziarah kubur. Saya juga berasa sangat berpuas hati kerana

mampu membersihkan kawasan tanah perkuburan yang telah ditetapkan dengan baik

walaupun berasa sedikit penat kerana terpaksa berdiri di bawah terik mentari.

Selain itu, saya juga berpeluang untuk mempelajari cara-cara untuk

mengendalikan majlis bacaan tahlil ringkas daripada rakan saya iaitu Muhammad

Page 13: Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan

Fahmi B. Hassim. Ilmu tersebut dapat saya gunakan dalam kehidupan saya sebagai

seorang yang beragama Islam dan juga dapat saya ajarkan kepada anak-anak didik

kelak.

Melalui program ini juga saya dapat melatih diri untuk menjadi insan pendidik

yang bertanggungjawab dan komitmen terhadap tugas yang diberikan oleh orang

atasan iaitu pengerusi projek. Saya dapat membersihkan beberapa buah kubur

walaupun setiap kumpulan yang terdiri daripada dua orang diberi tugas untuk

membersihkan sebuah kubur sahaja. Selain itu, saya juga dapat melatih diri untuk

mengadaptasi diri dengan keadaan baru iaitu mencabut rumput-rumput yang panjang

dan besar dengan menggunakan tangan semata-mata kerana peralatan yang

disediakan tidak mencukupi untuk setiap orang guru pelatih. Oleh itu, saya dapat

melatih dan mendidik diri secara langsung untuk menjadi seorang yang mudah

menyesuaikan diri dengan keadaan baru yang berlainan dengan keadaan yang biasa

saya lalui.

Saya turut belajar adab-adab di tanah perkuburan secara langsung semasa

menjalankan program BIG ini. Saya dapat memperkayakan ilmu yang sedia ada. Ini

kerana, saya telah membuat pembacaan langsung di internet dan bertanya kepada

orang yang lebih mahir agama mengenai adab-adab semasa di tanah perkuburan

supaya saya lebih bersedia untuk menjalankan program BIG di tanah perkuburan.

Akhir sekali, program BIG di tanah perkuburan ini sememangnya memberikan

manfaat yang tiada tolok bandingnya kepada saya sebagai bakal pendidik dan lebih-

lebih lagi sebagai orang Islam. Saya berharap program seperti ini akan dapat saya

teruskan pada masa akan datang.

Page 14: Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan