Contoh Laporan Kursus Kepimpinan Pengawas

4
Laporan Kursus Kepimpinan Pengawas, Pustakawan dan Ketua Darjah Dicatat oleh P.E.S di 8:36 PTG . Rabu, 10 Februari 2010 Unit Hal Ehwal Murid SKPK Princess Elizabeth dengan kerjasama badan displin sekolah telah melaksanakan satu program iaitu Kursus Kepimpinan yang melibatkan semua pengawas,pustakawan dan ketua darjah. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada bakal-bakal pemimpin di sekolah ini agar mereka akan lebih berkeyakinan, mempunyai semangat jati diri yang kental,bekerjasama,mempunyai kekuatan mental dan ketahanan emosi dalam mengharungi kehidupan seharian dan cabaran hidup semasa menjalankan tugas. Kursus Kepimpinan ini dijalankan pada 3 hingga 5 Februari 2010. Sepanjang perjalanan Kursus ini, semua peserta kursus melibatkan diri dalam 5 Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh beberapa fasilitator dalaman dan jemputan. Pada 3 Februari 2010, Kursus Kepimpinan di mulakan dengann taklimat yang disampaikan oleh Puan Hasiah dan Encik Azmi. Seterusnya, kursus dimulakan dengan Latihan nyanyian bagi memperbaiki mutu nyanyian lagu-lagu wajib semasa perhimpunan rasmi. Fasilitator yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan slot ini adalah Cik Roslili dan Cik Rosmawati. Pada hari yang sama juga,peserta kursus diberi latihan dalam menghafal bacaan ikrar dengan suara yang lantang dan jelas. Pada hari kedua kursus 4 Februari 2010, Kursus diteruskan lagi

description

kursus kepimpinan pengawas

Transcript of Contoh Laporan Kursus Kepimpinan Pengawas

Page 1: Contoh Laporan Kursus Kepimpinan Pengawas

Laporan Kursus Kepimpinan Pengawas, Pustakawan dan Ketua Darjah

Dicatat oleh P.E.S di 8:36 PTG . Rabu, 10 Februari 2010

Unit Hal Ehwal Murid SKPK Princess Elizabeth dengan kerjasama badan displin sekolah telah melaksanakan satu program iaitu Kursus Kepimpinan yang melibatkan semua pengawas,pustakawan dan ketua darjah. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada bakal-bakal pemimpin di sekolah ini agar mereka akan lebih berkeyakinan, mempunyai semangat jati diri yang kental,bekerjasama,mempunyai kekuatan mental dan ketahanan emosi dalam mengharungi kehidupan seharian dan cabaran hidup semasa menjalankan tugas. Kursus Kepimpinan ini dijalankan pada 3 hingga 5 Februari 2010. Sepanjang perjalanan Kursus ini, semua peserta kursus melibatkan diri dalam 5 Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh beberapa fasilitator dalaman dan jemputan.Pada 3 Februari 2010, Kursus Kepimpinan di mulakan dengann taklimat yang disampaikan oleh Puan Hasiah dan Encik Azmi. Seterusnya, kursus dimulakan dengan Latihan nyanyian bagi memperbaiki mutu nyanyian lagu-lagu wajib semasa perhimpunan rasmi. Fasilitator yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan slot ini adalah Cik Roslili dan Cik Rosmawati. Pada hari yang sama juga,peserta kursus diberi latihan dalam menghafal bacaan ikrar dengan suara yang lantang dan jelas.Pada hari kedua kursus 4 Februari 2010, Kursus diteruskan lagi dengan Bimbingan Kerohanian dan bacaan doa. Slot ini dekendalikan oleh Ustaz Ibrahim dan Ustazah Suzana. Dalam slot ini murid diberi bimbingan bagi menghafal bacaan doa dengan betul. Dalam slot ini murid dibimbing secara individu bagi memperbetulkan bacaan masing-masing.

Page 2: Contoh Laporan Kursus Kepimpinan Pengawas

Hari terakhir kursus, 5 Februari 2010 peserta kursus telah diberi peluang mengikuti Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh fasilitator jemputan iaitu Puan Hjh Norsanah binti Hj Anuar. Sepanjang sesi ceramah diadakan peserta diberi pendedahan tentang amalan – amalan zikir yang boleh digunakan semasa menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin.Slot penutup bagi Kursus Kepimpinan telah diadakan pada hari Isnin 08 Februari 2010 dengan mengadakan majlis watikah perlantikan yang dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Polis Daerah Johor Bahru. Dalam majlis ini peserta yang berjaya dilantik menjadi pemimpin sebagai Pengawas, Pustakawan dan Ketua Darjah diberi penghormatan dengan memakai vest yang disarungkan oleh Supt. Inspektor Saadon Bin Safii.

Barisan peserta kursus yang berjaya dilantik menjadi pengawas, pustakawan dan Ketua Darjah.

Page 3: Contoh Laporan Kursus Kepimpinan Pengawas

Timbalan Ketua Pegawai Polis Daerah Johor Bahru memberikan ucapan dan merasmikan majlis.

Penyerahan Sijil Watikah Perlantikan Pengawas/Pustakawan/Ketua Darjah

Page 4: Contoh Laporan Kursus Kepimpinan Pengawas

Barisan Guru,Tetamu JemputanPengawas, Pustakawan dan Ketua Darjah.