Contoh Minit Mesyuarat

2
PK 07/3 SEKOLAH .............................................................. .......................................................... MINIT MESYUARAT............................................................. BIL ………/TAHUN......……….. Tarikh : ............................................... ...................................................................... .. Masa : .................................................... ................................................................... Tempat : .................................................... ................................................................... Pengerusi : .................................................... ................................................................... Kehadiran(Bilangan) : ............................................... ...................................................................... ... Turut Hadir (Jika ada) : ............................................................... ........................................................ SK SERI KENANGA JOHOR BAHRU KO KURIKULUM 1 2015 JUMAAT 2 JANUARI 2015 8:00 PAGI 9:15 PAGI BILIK WAWASAN SK SERI KENANGA PUAN MASTURA BT DOLAH SILA RUJUK LAMPIRAN SENARAI KEHADIRAN SILA RUJUK LAMPIRAN SENARAI KEHADIRAN.

description

Minit mesyuarat pengurusan kali ke-2

Transcript of Contoh Minit Mesyuarat

Page 1: Contoh Minit Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH ........................................................................................................................

MINIT MESYUARAT............................................................. BIL ………/TAHUN......………..

Tarikh : ............................................................................................................ ...........

Masa : .......................................................................................................................

Tempat : .......................................................................................................................

Pengerusi : .......................................................................................................................

Kehadiran(Bilangan) : ........................................................................................................................

Turut Hadir (Jika ada): .......................................................................................................................

SK SERI KENANGA JOHOR BAHRU

KO KURIKULUM 1 2015

JUMAAT 2 JANUARI 2015

8:00 PAGI – 9:15 PAGI

BILIK WAWASAN SK SERI KENANGA

PUAN MASTURA BT DOLAH

SILA RUJUK LAMPIRAN SENARAI KEHADIRAN

SILA RUJUK LAMPIRAN SENARAI KEHADIRAN.

Page 2: Contoh Minit Mesyuarat

1 KATA-KATA PENDAHULUAN PENGERUSI

1.1 Bacaan surah al-Fatihah.1.2 Puan Mastura mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru dan mengalu-alukan kedatangan guru baru iaitu Encik Ahmad Shahir Bin Mohamad.1.3 Puan Mastura merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru atas segala kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan aktiviti ko kurikulum dan ko akademik pada sesi 2014.1.4 Puan Mastura mengharapkan kerjasama guru untuk mempertingkatkan lagi pencapaian ko kurikulum pada tahun 2015.1.5 Puan Mastura masih lagi mengekalkan Encik Mohd Razin sebagai setiausaha ko kurikulum untuk tahun 2015.

2 MANUAL KERJA BAHAGIAN KO KURIKULUM

2.1 Puan Mastura memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan pada manual kerja bahagian ko kurikulum.2.2 Persatuan Bahasa Cina tidak diwujudkan kerana kekurangan guru yang berkenaan. 2.3 Guru penyelaras aktiviti ko kurikulum mengalami perubahan seperti berikut :-

2.3.1 Guru penyelaras Kelab / Persatuan ialah Encik Mohd Hapiz Bin Osman ( ganti Encik Md. Yazid Bin Kamsari ).2.3.2 Guru penyelaras Sukan / Permainan ( 1M1S ) ialah Encik Md. Yazid Bin Kamsari ( ganti Encik Nasrul Hisyam Bin Zaukafali )

2.4 Perubahan – perubahan lain adalah seperti berikut :-

2.4.1 Guru penasihat Kelab Bola Sepak ialah Encik Mohd Zaki Bin Mamat ( ganti Encik Yuslizan Bin Senin ).2.4.2 Guru penasihat Kelab Sofbol ialah Encik Yuslizan Bin Senin ( ganti Encik Mohd Zaki Bin Mamat ).2.4.3 Kelab Pencegahan Jenayah kini dikenali sebagai Kelab Rukun Negara dan Pencegahan Jenayah diketuai oleh Cik Ong Ling Ny.2.4.4 Ustazah Hamidah memaklumkan bahawa guru-guru tasmik 2015 ialah Ustazah Rosnizam (1 Arif), Ustazah Siti Arziana (1 Bestari), Ustazah Hamidah (1 Cemerlang), Ustaz Zukri ( 2 Arif ), Ustazah Maizatul ( 2 Bestari ) dan Ustaz Mohd Razin ( 2 Cemerlang ).2.4.5 Encik Jazli dikeluarkan daripada senarai guru penasihat Rumah Bendahara kerana beliau merupakan Penolong Setiausaha Sukan dan tempat beliau di Rumah Bendahara diganti dengan guru x.2.4.6 Jawatan Kuasa Sukan RIMUP Sekolah ditukar kepada Jawatan Kuasa RIMUP Sekolah.2.4.7 Encik Mahadhir dilantik sebagai Juru Latih Pasukan Olahraga Sekolah sebagai tambahan kepada dua orang guru sedia ada kerana olahraga memerlukan penglibatan ramai guru.2.4.8 Encik Yuslizan dilantik sebagai Juru Latih Pasukan Bola Baling Sekolah sebagai tambahan kepada dua orang guru sedia ada.2.4.9 Encik Ahmad Shahir dilantik sebagai Juru Latih Pasukan Badminton Sekolah sebagai tambahan kepada dua orang guru sedia ada.2.4.10 Encik Zukri menggantikan Encik Ahmad Nasaruddin sebagai Juru Latih Pasukan Hoki Sekolah kerana Encik Ahamad Nasaruddin berpindah ke sekolah lain.2.4.11 Encik Sulaiman menggantikan Encik Ahmad Shahir sebagai Juru Latih Pasukan Sepak Takraw Sekolah.2.4.12 Encik Zaferi menggantikan Encik Yuslizan sebagai Juru Latih Pasukan Bola Sepak Sekolah.2.4.13 Encik Jazli menggantikan Encik Yazid sebagai Pemantau Aktiviti pada hari Khamis.2.4.14 Panitia Matematik menjalankan aktiviti Ko Akademik pada bulan Jun menggantikan Panitia Pendidikan Jasmani. 3 PENGURUSAN AM KO KURIKULUM 3.1 Encik Yuslizan menyatakan kerisauan beliau sekiranya jadual anjal tahun enam bermula kerana kelab seperti sofbol terdiri daripada guru – guru tahun enam dan boleh menjejaskan pengurusan aktiviti kelab.

Tindakan : Puan Mastura3.2 Puan Mastura memaklumkan bahawa SK Seri Kenanga tergolong dalam sekolah kategori C ( tiada murid Cina dan India; hanya bangsa – bangsa lain ).