Contoh & Panduan Prosiding Kaspi 2014

5
PROSIDING KOLOKIUM SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM (KASPI 2014) Ulama Di Pahang Di Dalam Syair al-Ghafilah Tuk Shihabuddin Mohd Fauzi Hamat & Mohd Hasrul Shuhari Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur Abstrak: Perkembangan syair di Pahang sebagai medium ilmu dilihat sebagai satu isu yang menarik untuk dibincangkan. Ia dikembangkan oleh salah seorang ulama terkenal Pahang yang dikenali dengan nama Tuk Shihabuddin. Banyak syair-syair yang dihasilkan beliau sebagai wadah penyampaian ilmu kepada penduduk setempat selain sebagai satu sumber yang boleh digunakan untuk mengetahui sejarah dan peristiwa yang berlaku pada zamannya. Syair al-Ghafilah merupakan sebuah syair indah yang telah dihasilkan oleh beliau. Justeru kertas kerja ini akan melihat apakah yang tersurat dan tersirat di sebalik bait-bait yang indah ini. Penulisan ini akan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan analisis kandungan. Menerusi pengamatan yang dibuat bait-bait syair yang tampak ringkas dan padat ini mempunyai ceritanya yang tersendiri. Ia menjelaskan nama-nama ulama dan kisah-kisah mereka yang berada pada zaman Tuk Shihabuddin. Di samping itu syair al-Ghafilah ini dapat memberi maklumat kepada kita tentang keadaan sosial dan perkembangan keilmuan dan ulama masyarakat Islam Pahang pada abad ke-18 Masihi. PENGENALAN (ayah) Al-Ghazali ialah antara nama tokoh besar pemikir Islam yang tidak asing lagi dalam dunia Islam. Karya-karya tulisannya telah mempengaruhi sebahagian besar umat Islam di seluruh dunia sejak zaman berzaman. Di Nusantara, kitab-kitab Jawi dan tokoh-tokoh yang menulisnya amat dikenali oleh para ulama Tanah Jawi, sama ada menerusi halaqah ilmu atau pun menerusi pembacaan mereka terhadap karya-karya ilmiah yang dihasilkan. Makalah ini cuba menelusuri sejauh mana pengaruh al-Ghazali dalam dalam kitab Jawi yang ditulis oleh ulama Melayu, sebagaimana yang dapat dikesan menerusi beberapa karya ulama Melayu. Antara karya yang bakal dihuraikan secara khusus ialah kitab al-Durr al-Nafis, sebuah karya ilmiah yang amat diminati oleh para ilmuwan di Nusantara, termasuk di daerah- 1 Prosiding Kolokium Siswazah Pengajian Islam (KASPI) 2014: Memartabatkan Penyelidikan Pengajian Islam Disunting oleh: Muhammad Adib Samsuddin © Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-xx-x (2014) http://www.ukm.my/fpi/kaspi/

description

kjkjkjkjkjk

Transcript of Contoh & Panduan Prosiding Kaspi 2014

PROSIDING KOLOKIUM SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM (KASPI 2014)

PROSIDING KOLOKIUM SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM (KASPI 2014)

Ulama Di Pahang Di Dalam Syair al-Ghafilah Tuk Shihabuddin

Mohd Fauzi Hamat & Mohd Hasrul Shuhari

Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur

Abstrak: Perkembangan syair di Pahang sebagai medium ilmu dilihat sebagai satu isu yang menarik untuk dibincangkan. Ia dikembangkan oleh salah seorang ulama terkenal Pahang yang dikenali dengan nama Tuk Shihabuddin. Banyak syair-syair yang dihasilkan beliau sebagai wadah penyampaian ilmu kepada penduduk setempat selain sebagai satu sumber yang boleh digunakan untuk mengetahui sejarah dan peristiwa yang berlaku pada zamannya. Syair al-Ghafilah merupakan sebuah syair indah yang telah dihasilkan oleh beliau. Justeru kertas kerja ini akan melihat apakah yang tersurat dan tersirat di sebalik bait-bait yang indah ini. Penulisan ini akan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan analisis kandungan. Menerusi pengamatan yang dibuat bait-bait syair yang tampak ringkas dan padat ini mempunyai ceritanya yang tersendiri. Ia menjelaskan nama-nama ulama dan kisah-kisah mereka yang berada pada zaman Tuk Shihabuddin. Di samping itu syair al-Ghafilah ini dapat memberi maklumat kepada kita tentang keadaan sosial dan perkembangan keilmuan dan ulama masyarakat Islam Pahang pada abad ke-18 Masihi.

PENGENALAN (ayah)

Al-Ghazali ialah antara nama tokoh besar pemikir Islam yang tidak asing lagi dalam dunia Islam. Karya-karya tulisannya telah mempengaruhi sebahagian besar umat Islam di seluruh dunia sejak zaman berzaman. Di Nusantara, kitab-kitab Jawi dan tokoh-tokoh yang menulisnya amat dikenali oleh para ulama Tanah Jawi, sama ada menerusi halaqah ilmu atau pun menerusi pembacaan mereka terhadap karya-karya ilmiah yang dihasilkan. Makalah ini cuba menelusuri sejauh mana pengaruh al-Ghazali dalam dalam kitab Jawi yang ditulis oleh ulama Melayu, sebagaimana yang dapat dikesan menerusi beberapa karya ulama Melayu. Antara karya yang bakal dihuraikan secara khusus ialah kitab al-Durr al-Nafis, sebuah karya ilmiah yang amat diminati oleh para ilmuwan di Nusantara, termasuk di daerah-daerah Borneo karangan Sheikh Muhammad Nafis ibn Idris al-Banjari (lahir 1148H) dan Sayr al-Salikin karangan Sheikh Abd al-Samad al-Falimbani (m.1203H).

Pemikiran Akidah al-Ghazali (Anak)

Al-Ghazali saw SWT ra ialah Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad al-Tusi al-Shafii dilahirkan pada tahun 405H di Tus. Beliau pernah belajar dengan Imam al-Haramayn bernama al-Juwayni (478H) dan merupakan seorang yang amat pintar dalam pelbagai bidang. Beliau memiliki kitab-kitab yang ditulis dalam pelbagai bidang keilmuan dan majlis-majlis pengajiannya dihadiri oleh para ulama yang terkenal. Beliau merupakan seorang daripada ulama besar dalam mazhab al-Shafii dari segi fekah dan merupakan ulama besar al-Ashairah dari segi akidah dan ilmu kalam. Menurut al-Qardawi, kehebatannya dalam pelbagai bidang ilmu dan digelar Hujjat al-Islam ini membuatkan para ulama dalam bidang sejarah dan hadis bersepakat tanpa khilaf bahawa beliau merupakan mujaddid abad ke-5 Hijrah. Beliau meninggal dunia pada hari Isnin, 14 Jamadil Akhir 505H dan dikebumikan di Tus ketika berumur 55 tahun (Ibn Kathir 1998, 16:213-214; Ibn al-Imad 1989, 5:18; al-Madkur 2009: 32; al-Qardawi 1997: 16).

Pemikiran akidah al-Ghazali adalah selari dengan akidah ahl al-sunnah wa al-jamaah aliran al-Ashairah yang diasaskan oleh al-Ashari (m.324H). Berkenaan kebenaran aliran ini, al-Bayhaqi (m.458H) dan al-Subki (m.771H) menjelaskan al-Ashari bukanlah pembuat bidah yang bertentangan dengan ulama salaf terdahulu, sebaliknya beliau menggunakan pandangan mereka, di samping membuat tambahan dan penerangan atas pandangan mereka berdasarkan syarak dan akal yang sahih untuk mempertahankan akidah setelah ia diselewengkan. Menurut al-Hafiz Ibn Asakir (m.571H), al-Ashairah merupakan golongan yang berpegang kepada al-Quran dan hadis yang sabar dengan segala cabaran yang datang daripada gologan-golongan bidah. Mereka berhujah mempertahankan akidah berdasarkan nas-nas dan penggunaan akal yang sahih untuk menghadapi ifrat (keterlampauan) Muktazilah dan tafrit (kejumudan) Mushabbihah. Menurut Sultan al-Ulama, Izz al-Din ibn Abd al-Salam (m.660H), akidah mereka disepakati oleh pengikut mazhab al-Shafii, al-Maliki, al-Hanafi dan ulama utama Hanbali. Al-Qardawi turut mengakui bahawa majoriti umat Islam adalah bermazhab al-Ashairah (fa inna aghlabiyyah al-ummah Ashariyyah) (al-Subki t.th.: 365, 397; Ibn Asakir 1928/9: 397-398; al-Sinan & al-Anjari t.th.: 12-22, 34-37; http://qaradawi.net/news/ 537.html,15 September 2011).

Pengaruh Akidah al-Ghazali di Dunia Islam (Cucu): Al-Ghazali mempunyai pengaruh yang kuat dalam aspek ilmu pengetahuan di dunia Islam. Karyanya seperti Ihya Ulum al-Din pada fasal akidah telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Pocock (m.1727M) yang dimuatkan dalam Specimen Historiae Arabum. Ini menunjukkan pengaruh al-Ghazali di pentas antarabangsa (Mohd Zaidi 2004: 93). Al-Ghazali berjaya mendorong masyarakat meninggalkan kejumudan dan membawa pemikiran alternatif yang lebih baik pada aspek akidah dan amalan. Dorongan tersebut merangkumi pelbagai aspek kehidupan seperti spiritual, kebudayaan, sosial dan politik. Majoriti umat Islam hingga hari ini sangat menyanjunginya. Beliau memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh para pemikir selainnya (al-Qaradawi 1997: 10). Hasil-hasil penulisannya menjadi dasar kepada sebuah gerakan intelektual yang kuat dan merupakan sumber inspirasi kepada generasi berikutnya. Pemikiran al-Ghazali memberi kesan yang amat mendalam kepada sejarah Islam, sehingga kehebatannya diakui oleh para penyokong dan para pengkritiknya (Abdul Salam 2005, 6:44-45).

Pengaruh akidah al-Ghazali dapat dilihat contohnya melalui anak muridnya yang bernama Muhamad ibn Abdullah ibn Tumart (m.524H), yang pernah berguru dengannya selama tiga tahun. Ketika Ihya Ulum al-Din dibawa ke Maghribi pada tahun 501H/1081M, Ali ibn Yusuf Tashfin yang memerintah Maghribi telah memerintah agar bukunya dibakar kerana berunsur zindiq dan ilhad. Al-Ghazali sedih apabila mengetahui mengenai peristiwa itu. Menurut Hamka, al-Ghazali berkata, Tuhan akan merobek kerajaan mereka sebagaimana mereka telah merobek kitabku. Semasa belajar di bawah al-Ghazali, Ibn Tumart berhasrat untuk menggantikan Ali ibn Yusuf dan mendirikan sebuah negara Islam di kawasan tersebut. Kata Ibn Tumart, Wahai Imam, doakanlah kepada Tuhan agar kerajaan Bani Tashfin jatuh ke tanganku. Setelah kerajaan Bani Tashfin, iaitu Kerajaan al-Murabitun dijatuhkan, kerajaan yang didirikan oleh Ibn Tumart dikenali sebagai al-Muwahhidun. Apabila al-Ghazali mengetahui kejayaan muridnya, beliau berhasrat untuk berhijrah ke sana namun tidak kesampaian kerana beliau meninggal dunia pada tahun 505H. Menurut pandangan lain, Kerajaan al-Muwahhidun diasaskan setelah 10 tahun kematian al-Ghazali. Setelah karya al-Ghazali disebarluaskan, pengaruh al-Ghazali kian meluas dan berdasarkan puisi Ibn Tumart sendiri bahawa ia berjaya kerana berkat doa gurunya, al-Ghazali (Abdul Salam 2005, 6: 44-45; Hamka 1977, 1:15; Ahmad Zaki 1988: 102-103).

Beberapa Pemikiran Akidah al-Ghazali dalam Kitab Jawi (Cucu): Subtopik ini menghuraikan beberapa pemikiran al-Ghazali yang dapat dilihat dalam kitab-kitab Jawi pilihan. Kitab-kitab Jawi ini dipilih adalah disebabkan faktor pengaruh kitab atau penulisnya kepada dunia Melayu. Kitab-kitab yang dimaksudkan tersebut ialah al-Durr al-Nafis dan Sayr al-Salikin.

1.al-Durr al-Nafis, Sheikh Muhammad Nafis al-Banjari (cicit): Kitab al-Durr al-Nafis yang bermaksud Mutiara Yang Indah ialah sebuah karya ulama Borneo terkenal, al-Banjari yang telah selesai dikarang oleh al-Banjari pada 27 Muharram 1200H bersamaan 30 November 1785M di Makkah (Bosworth 2002, 2:27; al-Banjari t.th.: 38). Meneliti kandungan kitab al-Durr al-Nafis secara mendalam, mendedahkan bahawa terdapat beberapa tokoh yang mempengaruhi al-Banjari dalam penulisan tersebut, khususnya Ibn cArabi yang memperkenalkan doktrin wihdat al-wujud. Walau bagaimanapun, beliau didapati banyak juga merujuk asas-asas pemikiran tasawuf yang diketengahkan oleh al-Ghazali dalam karya-karya akidah dan tasawufnya, iaitu kitab Ihya cUlum al-Din dan Minhaj al-Abidin. Berikut diperturunkan beberapa contoh rujukan beliau terhadap al-Ghazali dalam al-Durr al-Nafis:

i.Beliau merujuk pandangan Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulum al-Din yang melarang ulama sufi daripada memperkatakan kaedah pencapaian marifat Allah yang dilalui oleh mereka dan konsep-konsep tasawuf seperti ilm al-laduni, kashf, fana dan mushahadah kepada orang biasa yang bukan ahlinya kerana akal fikiran mereka tidak boleh memikirkan semua perkara tersebut. Ini berbeza dengan para ulama yang mempunyai ilmu yang mantap. Katanya, bahawasanya ditegahkan daripada menzahirkan rahsia itu kerana pendek segala faham [orang-orang biasa] daripada mendapat dia (memahami perkara tersebut) (al-Banjari t.th.: 27-28) dan tiada syak pada bahawasanya rahsia itu taalluq (bersangkut) ia pada segala faedah agama tiada keluar ia daripadanya [dan] barang yang ada ia daripada segala faedah agama nescaya tiada sunyi daripada menzahirkan dia kepada lainnya yakni kepada ahlinya (al-Banjari t.th.: 28). Ini kerana seseorang salik disyaratkan menguasai terlebih dahulu ilmu syariah dan tarekat dan berguru dengan guru-guru yang mursyid dalam bidang kesufian. Jikalau tidak, ia boleh menjerumuskannya ke lembah kesesatan dan kekeliruan (al-Banjari t.th.: 30.). Ilmu Tasawuf ialah suatu ilmu tinggi yang tidak mudah difahami oleh kalangan yang tidak mempunyai persediaan ilmu syariah yang mantap dan dalam hal ini, pandangan yang dikemukakan oleh al-Junayd, sebagaimana yang disebut oleh al-Banjari (t.th.: 29) seperti berikut boleh dijadikan panduan umat Islam di sepanjang zaman:

Barang siapa mengetahui ilmu Fekah yakni zahir syariah dengan tiada mengetahui ilmu Tasawuf yakni hakikat iaitu batin syariat, maka sesungguhnya orang itu fasik dan barangsiapa mengetahui ilmu Tasawuf yakni ilmu hakikat iaitu batin syariat dengan tiada mengetahui ilmu Fekah yakni zahir syariat, maka sesungguhnya orang itu zindiq dan barangsiapa menghimpunkan ia antara keduanya yakni ilmu Fekah dan Ilmu Tasawuf, maka sesungguhnya orang itu tahqiq [mengetahui dan membenarkan al-haqq] yang sebenarnya.

2.Sayr al-Salikin, Sheikh Abd al-Samad al-Falimbani: Pada pendahuluan kitab ini, Sheikh Abd al-Samad al-Falimbani menjelaskan kitab ini merupakan terjemahan kepada kitab Lubab Ihya Ulum al-Din karangan al-Ghazali (al-Falimbani t.th.: 2-3). Terdapat pandangan menjelaskan kitab ini merupakan kitab karangan adiknya, Ahmad. Namun, begitu, terdapat kitab yang berjudul Mukhtasar Ihya Ulum al-Din yang disandarkan kepada al-Ghazali yang matan ringkasnya, khususnya berkenaan ketuhanan adalah sama dengan matan terjemahan al-Falimbani (Bouyges 1959: 135; al-Ghazali 1990: 29; al-Falimbani t.th.: 54). Al-Falimbani turut mengakui bahawa di samping terjemahan tulisan al-Ghazali, pandangan darinya juga turut dimuatkan bertujuan agar para pembaca yang tidak mengetahui bahasa Arab dapat memahami huraian al-Ghazali. Beliau menamakan terjemahan ini dengan judul Sayr al-Salikin ila Ibadat Rabb al-Alamin (Perjalanan Orang yang Menuju kepada Pengabdian kepada Tuhan Sekalian Alam) (al-Falimbani t.th.: 2-3).

KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan di atas, dirumuskan bahawa para ulama Melayu banyak terpengaruh dengan beberapa asas pemikiran al-Ghazali, terutama seperti yang dapat diperhatikan dalam karya-karya mereka antaranya ialah seperti al-Durr al-Nafis dan Sayr al-Salikin. Pemikiran yang dimaksudkan di sini ialah pemikiran al-Ghazali yang membincangkan beberapa asas pemikiran akidah. Kitab Ihya Ulum al-Din, Bidayat al-Hidayah dan Minhaj al-Abidin, karangan tokoh bergelar hujjat al-Islam tersebut menjadi antara rujukan utama mereka dalam kitab Jawi. Sumbangan para ulama Melayu dalam mengembangkan asas-asas pemikiran akidah sejak dahulu, khususnya yang diterima daripada al-Ghazali perlu dihargai oleh ummah kini.

Kalau pun rata-rata manusia kini begitu ghairah membincangkan kepentingan penguasaan ummah dalam bidang sains dan teknologi, khususnya ICT, ilmu tersebut yang mencorakkan pandangan alam mereka tidak patut dipinggirkan dalam arus perkembangan ilmu-ilmu moden kini kerana ia wajib dilihat sebagai satu disiplin ilmu yang dapat menyumbang ke arah mempertahankan akidah yang sahih, mendorong untuk menghidupkan jiwa umat Islam, khususnya orang Melayu dan membangkitkan semangat mereka bagi meraih kejayaan dalam kehidupan mereka di dunia dan akhirat berasaskan akidah yang sahih. Karya seperti al-Durr al-Nafis dan Sayr al-Salikin sebagai contohnya, turut menyumbang kepada pembentukan epistemologi dan worldview Melayu yang berasaskan aliran kosmologi akidah dan tasawuf menurut perpektif al-Ghazali.

RUJUKAN

Abu Hassan Mohd Sham. 2004. Syarahan Perdana Ulama Nusantara: Antara Penghasilan Karya Kreatif dan Kitab Jawi. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.

Ahmad Fathy al-Fatani. 2002. Ulama Besar dari Patani. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Zaki Ibrahim. 1988. Al-Imam al-Ghazali: Pengaruh dan penglibatannya dengan orang lain. Dlm. al-Imam al-Ghazali dan Sumbangannya. Kuala Lumpur: Akademi Islam, Universiti Malaya.

al-Attas, S.M. Naquib. 1999. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: ABIM.

Azyumardi Azra. 2002. Jaringan Global dan Lokal Islam Nusantara. Terj. Iding Rosyidin Hasan. Bandung: Penerbit Mizan.

Bouyges, Maurice. 1959. Essai de Chronologie des Oeuvres de Al-Ghazali (Algazel). Sunt. Michel Allard. Beirut: L'Institute de Letters Orientalles de Berouth.

al-Banjari, Muhammad Nafis ibn Idris. t.th. al-Durr al-Nafis, t.tp.: Percetakan al-Maarif Sdn. Bhd.

al-Dhahabi. 1993. Siyar Alam al-Nubala. Cet. 9. Beirut: Muassasat al-Risalah.

al-Falimbani, Sheikh Abd al-Samad. t.th. Sayr al-Salikin ila Ibadat Rabb al-Alamin (Sairus Salikin Perjalanan Orang Yang Salik Kepada Allah). Tahqiq Abu Ali al-Banjari al-Nadwi. Alor Star: Khazanah Banjariah.

Prosiding Kolokium Siswazah Pengajian Islam (KASPI) 2014: Memartabatkan Penyelidikan Pengajian Islam

Disunting oleh: Muhammad Adib Samsuddin

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

ISBN 978-983-9368-xx-x (2014)

http://www.ukm.my/fpi/kaspi/

2

3