Contoh PBS STPM Syariah

37
KONSEP JENAYAH MENCURI MENURUT PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM DAN KANUN KESEKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENYELIDIKAN KERJA PROJEK PENGGAL 2 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 SYARIAH TAJUK : NAMA CALON : NOMBOR : KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN : ALAMAT SEKOLAH : NAMA GURU/ : PEMERIKSA TANDATANGAN : GURU/PEMERIKSA TARIKH : MARKAH : NAJWA HUDA BINTI MOHD SHAHIDIN SMKA MAAHAD HAMIDIAH JALAN SUNGAI RAMAL LUAR 43000 KAJANG, SELANGOR PUAN RABIATUL ADAWIYAH BINTI ABD SARIF

Transcript of Contoh PBS STPM Syariah

Page 1: Contoh PBS STPM Syariah

KONSEP JENAYAH MENCURI MENURUT

PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG JENAYAH

ISLAM DAN KANUN KESEKSAAN MALAYSIA

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENYELIDIKAN KERJA PROJEK

PENGGAL 2 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 – SYARIAH

TAJUK :

NAMA CALON :

NOMBOR :

KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN :

ALAMAT SEKOLAH :

NAMA GURU/ :

PEMERIKSA

TANDATANGAN :

GURU/PEMERIKSA

TARIKH :

MARKAH :

NAJWA HUDA BINTI MOHD SHAHIDIN

SMKA MAAHAD HAMIDIAH

JALAN SUNGAI RAMAL LUAR

43000 KAJANG, SELANGOR

PUAN RABIA’TUL ADAWIYAH BINTI ABD

SARIF

Page 2: Contoh PBS STPM Syariah

KANDUNGAN

Muka Surat

Kandungan l

Abstrak ll

Penghargaan lll

Senarai Jadual lV

1. Pengenalan 1

2. Objektif Kajian 2

3. Kaedah Kajian 3

4. Hasil Kajian

4.1 Pengenalan kepada undang-undang jenayah 4

4.2 Konsep jenayah mencuri menurut Undang-undang Jenayah Islam 8

4.3 Konsep jenayah mencuri menurut Kanun Keseksaan 14

4.4 Hukuman terhadap jenayah mencuri mengikut Undang-undang 17

Jenyah Islam

4.5 Hukuman terhadap jenayah mencuri mengikut Kanun Keseksaan 23

5. Rumusan 25

Lampiran

Bibliografi

Page 3: Contoh PBS STPM Syariah

ABSTRAK

Kertas ini dihasilkan dengan tujuan dapat mengetahui tentang hukuman yang dikenakan

kepada penjenayah kes mencuri berdasarkan apa yang telah termaktub dalam undang-undang

setiap negara. Namun begitu, kertas ini hanya akan berfokus kepada Undang-undang Jenayah

Islam dan juga Kanun Keseksaan yang terdapat dalam Undang-undang Jenayah Malaysia.

Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk memahami cara dan syarat-syarat sesuatu

kesalahan mencuri itu disabitkan. Jika dilihat pada hari ini, kes kecurian semakin meruncing

di Malaysia. Hal ini kerana, penduduk Malaysia tidak lagi berasa gentar dan serba salah

untuk mencuri tidak kira tua mahupun muda tanpa memikirkan nasib si mangsa. Bagi

menyiapkan kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah perpustakaan sepenuhnya bermula

dari awal pembikinan hinggalah ke nokhtah akhir. Setiap pelaksanaan hukuman terhadap

pelaku sesuatu kes sebenarnya mempengaruhi kadar kenaikan dan penurunan kes tersebut

dalam sesuatu jangka masa. Didapati, terdapat banyak syarat-syarat pensabitan hukuman

hadd mencuri yang perlu diambil kira sebelum menjalankan hukuman. Hal ini kerana

hukuman yang dikenakan sangat berat iaitu potong tangan.

Page 4: Contoh PBS STPM Syariah

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan junjungan ke

atas Rasulullah s.a.w. serta kaum kerabatnya dan juga para sahabat yang sentiasa ada

disamping baginda dalam menjulang panji agama Islam dan menegakkan syiar Islam di mata

dunia. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. di atas rahmat yang dikurniakan dalam

kehidupan penyelidik dan terutamanya dalam menyiapkan kajian ilmiah ini sedari awal

pembikinan hinggalah ke nokhtah terakhir.

Segunung apresiasi dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan buat

ayahanda dan bonda dalam membesarkan penyelidik tanpa mengharapkan sebarang balasan

dan juga memahami serta membantu penyelidik dari segi motivasi, kewangan dan juga idea-

idea bernas bagi memastikan kajian ini dapat disiapkan dengan jayanya dalam tempoh yang

telah ditetapkan.

Begitu juga kepada abang-abang penyelidik yang turut melakukan perkara yang sama

serta sentiasa menemani penyelidik ke mana sahaja dalam mencari bahan untuk kajian ini.

Jutaan terima kasih kepada guru matapelajaran Syariah yang juga merangkap

pemeriksa penyelidikan ilmiah ini iaitu Puan Rabia’tul Adawiyah. Selaku penyelia, beliau

telah membimbing, memandu, memberikan tip-tip yang berguna serta menegur dan

menasihati penyelidik semasa dalam pembikinan kajian ini. Terima kasih diucapkan.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan seperjuangan yang turut sama membantu secara

langung mahupun tidak langsung dalam proses menyudahkan kajian ini. Sekali lagi,

penyelidik merafa’kan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Esa. Tanpa Dia, siapalah

penyelidik di muka bumi ini.

Sekian.

Najwa Huda Mohd Shahidin

Mac 2013

Page 5: Contoh PBS STPM Syariah

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA PROJEK

PENGGAL 2 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 – SYARIAH

BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. Pusat/Angka Giliran : No. Kad Pengenalan:

Tarikh Aktiviti dalam Penghasilan

Projek

Ulasan Guru Tandatangan

Guru

Tandatangan

Calon

03.01.2013 Taklimat pengenalan

penulisan kerja projek

Syariah oleh guru.

11.01.2013 Memaklumkan pemilihan

tajuk kajian kepada guru.

14.01.2013 Semakan abstrak oleh guru.

15.01.2013 Semakan abstrak dan

tunjuk ajar cara menulis isi

kandungan, objektif kajian

dan kaedah kajian oleh

guru.

27.02.2013 Semakan konsep mencuri

dari perspektif Undang-

undang Jenayah Islam

(maksud, dalil, hukum dan

syarat pencuri)

Page 6: Contoh PBS STPM Syariah

12.03.2013

Semakan keseluruhan

konsep mencuri menurut

Undang-undang Jenayah

Islam

14.03.2013 Semakan keseluruhan

perkara kecuali konsep

mencuri menurut Kanun

Keseksaan

01.04.2013 Penghantaran Kerja Projek

kepada Guru

Pengesahan Guru Mata Pelajaran:

Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja

dalam penghasilan kerja projek bagi mata pelajaran Syariah Tahun 2013 mengikut peraturan

yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru : ___________________________________

Nama Guru : Puan Rabi’atul Adawiyah Binti Abd Sarif

Tarikh : ___________________________________

Cap Sekolah :

Page 7: Contoh PBS STPM Syariah

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA PROJEK

PENGGAL 2 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 – SYARIAH

BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja projek calon, dan

dilampirkan bersama dengan kerja projek yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon

menandatangani borang pengakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja

projek yang dihasilkan.

Nama Calon Najwa Huda Binti Mohd Shahidin

No. Kad Pengenalan Calon

Angka Giliran Calon

Nama Pusat PBS Calon SMKA Maahad Hamidiah Kajang, Selangor

Makluman kepada calon :

Kerja projek yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja projek calon boleh dibatalkan

sekiranya calon didapati meniru kerja projek calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja projek

yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati meniru dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan

kerja projek tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Projek Calon :

Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja projek

Konsep Mencuri Menurut Perspektif Undang-undang Jenayah Islam dan Kanun Keseksaan Malaysia

tanpa bantuan mana-mana pihak, kecuali penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru

mata pelajaran Syariah: Puan Rabi’atul Adawiyah Binti Abd Sharif di sekolah (untuk calon sekolah

kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau pemeriksa kerja projek mata

pelajaran _______________________________ (untuk calon persendirian individu).

Tandatangan Calon

Tarikh

Perakuan oleh Guru/Penilai

Saya mengesahkan bahawa kertas projek Konsep Mencuri Menurut Perspektif Undang-undang Jenayah

Islam dan Kanun Keseksaan Malaysia telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah

memeriksa kerja projek calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja projek tersebut

telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/Pemeriksa

Nama Guru/Pemeriksa Puan Rabi’atul Adawiyah Binti Abd Sarif

Tarikh

Page 8: Contoh PBS STPM Syariah

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA PROJEK

PENGGAL 2 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 – SYARIAH

BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

Nama Calon : Najwa Huda Binti Mohd Shahidin

No. Kad Pengenalan :

Angka Giliran :

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)

Kriteria Penilaian Markah

Penuh

Markah

Guru/Pemeriksa

Markah

Penyelaras

A. Penulisan

1. Abstrak 4

2. Pengenalan 4

3. Objektif Kajian 2

4. Kaedah Kajian 4

5. Perbincangan dan Hasil Kajian 20

6. Rumusan dan Cadangan 4

7. Senarai Rujukan 3

8. Kemahiran Manipulatif 2

9. Kemahiran Insaniah 2

B. Pembentangan dan Soal Jawab

1. Pembentangan Kerja Projek 5

2. Soal Jawab 3

3. Kreativiti 2

4. Keterampilan 2

60

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di

atas adalah benar

Tandatangan Guru/Pemeriksa :_______________

Nama : Puan Rabi’atul Adawiyah Binti Abd Sarif

No Kad Pengenalan :_______________________

Tarikh : ________________________________

No Telefon (sekolah) : 03 87376300

(bimbit) : _____________________

PENGESAHAN PENYELARAS

Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas

adalah benar.

Tandatangan Penyelaras :________________________

Nama : ______________________________________

No. Kad Pengenalan : __________________________

Tarikh : _____________________________________

No. Telefon (sekolah) : _________________________

(bimbit) : _________________________

Nota : Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-

submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.

Page 9: Contoh PBS STPM Syariah

1.0 PENGENALAN

Undang-undang adalah merupakan salah satu ciri negara berdaulat. Kedaulatan sesebuah

negara dapat diukur melalui pentadbiran pemerintah dan juga keselamatan negara yang

dikawal oleh undang-undang. Pemerintahan yang berkesan adalah dengan berpandukan

undang-undang yang telah diperuntukkan.

Sebelum penyelidik melangkah dengan lebih jauh lagi, perlu diketahui definisi tajuk

kajian penyelidik agar mudah difahami hasilnya nanti. Konsep bermaksud idea yang

mendasari sesuatu manakala jenayah membawa maksud perbuatan kejahatan seperti

merompak, membunuh dan lain-lain yang salah di sisi undang-undang. Mencuri ialah

mengambil kepunyaan orang tidak dengan kebenarannya. Menurut pula bermaksud tidak

menyimpang dari jalan dan lain-lain yang tertentu. Perspektif pula bermakna pandangan

(pentafsiran) yang wajar, bukan sesuatu dengan memperkirakan bahagian-bahagiannya dalam

hubungan keseluruhan yang logik (Kamus Dewan Edisi Ke-4).

Kesuluruhan definisi tajuk kajian kertas ini ialah idea yang mendasari sesuatu

perbuatan mengambil kepunyaan orang lain tidak dengan kebenarannya, yang salah di sisi

undang-undang menurut pandangan Undang-undang Jenayah Islam dan Kanun Keseksaan

Malaysia.

Antara negara yang mengamalkan undang-undang ini ialah Arab Saudi, Jordan, Syria

dan banyak lagi negara-negara Timur Tengah. Hukuman potong tangan bagi jenayah

kecurian yang berlaku di Arab Saudi dan Sudan, tidak melebihi 15 kes setahun. Sedangkan

bagi negara yang tidak mengamalkannya, 15 kes kecurian dalam masa sehari adalah suatu

perkara yang biasa (Mohammed Ali, 2011).

Negara yang tidak menjalankan Hadd seperti negara Malaysia menjalankan hukuman

ta’zir yang berpandukan undang-undang negara itu sendiri. Jika di Malaysia, maka Undang-

undang Malaysia digunapakai.

Page 10: Contoh PBS STPM Syariah

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Seperti yang telah kita ketahui, setiap perkara yang dilakukan sudah semestinya mempunyai

matlamat yang tersendiri. Kajian ini bertujuan agar :

2.1 Dapat mengetahui hukuman yang dikenakan terhadap penjenayah kes mencuri

berdasarkan apa yang telah termaktub dalam undang-undang terutamanya

Undang-undang Jenayah Islam dan juga Kanun Keseksaan Malaysia.

2.2 Memahami cara-cara dan syarat-syarat sesuatu kesalahan itu disabitkan mengikut

Undang-undang Jenayah Islam dan juga Kanun Keseksaan Malaysia.

Dengan terlaksananya objektif-objektif di atas, maka sebarang kekeliruaan dan juga salah

faham masyarakat terhadap hukuman hadd dapat dihindarkan dan juga kes jenayah mencuri

di Malaysia akan berkurang dengan mendadak dengan penggunaan sistem Undang-undang

Jenayah Islam.

Page 11: Contoh PBS STPM Syariah

3.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam menyiapkan kajian ilmiah ini, penyelidik menggunakan kaedah perpustakaan

sepenuhnya. Sebuah penulisan yang bertujuan untuk mengulas isi ilmu termasuklah

penemuan kajian dan juga secara teori dan kaedah sumbangan mengenai sesuatu topik

(wikipedia). Antara bahan yang penyelidik gunakan untuk kaedah ini ialah :

3.1 Kamus untuk mencari istilah kata

3.2 Ensiklopedia bagi memahamkan sesuatu konsep

3.3 Buku feqah umum dan juga mengikut empat mazhab besar

3.4 Buku Panduan Undang-undang

3.5 Kajian ilmiah dan jurnal-jurnal

3.6 Internet

Page 12: Contoh PBS STPM Syariah

4.0 HASIL KAJIAN

4.1 PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANG JENAYAH

Dalam sebuah masyarakat, agama, budaya mahupun adat, memainkan peranan dalam

menggalakkan manusia melakukan perbuatan yang baik dan melarang perbuatan yang tidak

baik. Contohnya, pepatah yang digunapakai oleh masyarakat melayu iaitu siakap senohong

gelama ikan duri bercakap bohong lama-lama mencuri. Jenayah ialah perbuatan yang jika

dilakukan akan menyebabkan pelaku itu didakwa oleh pihak berkuasa dan dikenakan

hukuman oleh pihak berkuasa. (Richard Card, 1995).

Bagi umat Islam, telah dilandaskan dalam al-quran dan as-sunnah yang mengandungi

pelbagai perkara seperti akhlak, sejarah, ilmu teknologi, peraturan serta hukuman dan banyak

lagi. Peraturan dan hukuman yang ditetapkan, wajib ke atas umat Islam untuk

melaksanakannya mengikut syarat-syarat dan cara-cara tertentu.

Undang-undang bagi umat Islam dikenali sebagai Undang-undang Jenayah Islam.

Hadd atau hudud adalah salah satu cabang daripada undang-undang ini. Ramai yang

menyangka bahawa pelaksanaan hadd ini suatu pekara yang kejam dan tidak

berperikemanusiaan namun pada hakikatnya Islam tidak akan menghukum seseorang tanpa

bukti yang secukupnya.Tambahan pula terdapat rukun-rukun serta syarat-syarat yang perlu

diikuti sebelum menjatuhkan hukuman ke atas seseorang. Jika diamati, mungkin hukuman

yang dijalankan itu dilihat suatu yang kejam tetapi perkara ini setimpal dengan perlakuannya

dan seterusnya dapat memberi pengajaran kepada pelaku dan juga yang lain agar tidak

melakukan perkara yang sama.

Menurut Prof. Madya Mahmood Zuhdi (1992), keseksaan yang terdapat dalam

Undang-undang Jenayah Islam mempunyai ciri-ciri tertentu. Keseksaan ini berasaskan agama,

semua ketentuan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dan juga diperkukuhkan

dengan janji-janji azab pada hari akhirat. Kedudukan ini menjadikan keseksaan-keseksaan

tersebut sebagai pendorong besar bagi seseorang itu untuk tidak melakukan sebarang jenayah.

Page 13: Contoh PBS STPM Syariah

4.1.1 Tujuan Undang-undang Jenayah Islam

4.1.1.1 Pembalasan (retribution)

Konsep ini secara umumnya mengertikan bahawa penjenyah perlu dikenakan

pembalasan yang setimpal dengan apa yang dilakukannya tanpa memandang

sama ada hukuman itu berfaedah untuk dirinya atau masyarakat. Hal ini

bersesuaian dengan konsep keadilan yang memerlukan seseorang itu mendapat

pembalasan yang setimpal dengan apa yang dilakukannya.

Firman Allah s.w.t. :

ءة م ءة سي ثلهاوجزؤا سي

Maksudnya: “dan balasan satu kejahatan adalah kejahatan yang serupa”

Surah as-Syura : 40

4.1.1.2 Pencegahan (deterrence)

Menurut Syahabud-Din as Syalabi, hukuman-hukuman syarak itu merupakan

pencegahan sebelum berlaku dan penghalang daripada berulang kembali

sesudah berlaku.

Firman Allah s.w.t. :

ن وما ن ى أكبر م ن ءايت إال ه م م يه أختها وأخذنهم بالعذاب لعلهم ر

عون يرج

Maksudnya : “dan tidaklah kami perlihatkan kepada mereka sesuatu mu’jizat

kecuali yang lebih besar dari mu’jizat-mu’jizat sebelumnya dan kami

timpakan azab ke atas mereka supaya mereka kembali (ke jalan yang benar)”

Surah az-Zukhruf : 48

Secara ringkasnya ayat di atas memberi erti bahawa tindakan yang dikenakan

oleh Allah terhadap manusia di dunia ini bukan matlamatnya semata-mata

menyeksa tetapi sebenarnya untuk memperingatkan supaya mereka

Page 14: Contoh PBS STPM Syariah

menghindarkan diri daripada kesesatan dan perlakuan buruk yang mereka

alami.

4.1.1.3 Pemulihan (rehabilitation)

Sultan Abdul Aziz berkata :

Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa pendidikan pemulihan,

bimbingan dan taubat penjenayah itu telah diletakkan pada tempat yang

pertama sekali sehingga keengganan orang ramai untuk melakukan jenayah

akan berasaskan kesedaran beragama dan dorongan diri sendiri dan

bukannya kerana takutkan hukuman.

Berdasarkan kenyataan beliau dapat dikatakan bahawa kesedaran seseorang

yang disertai dengan dorongan diri individu itu sendiri yang memotivasikan

dirinya untuk tidak melakukan jenayah atau tidak melakukan kesalahan untuk

kali kedua.

4.1.2 Tujuan Hukuman Hadd

4.1.2.1 Menjaga agama iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam agar tidak terpesong.

4.1.2.2 Menjaga nyawa iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah

menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atau dirosakkan.

4.1.2.3 Menjaga akal fikiran iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan

disebabkan minum arak atau minuman yang memabukkan.

4.1.2.4 Menjaga keturunan iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan

supaya nasab keturunan, perwalian dan perwarisan anak-anak yang lahir hasil

dari persetubuhan haram itu tidak rosak.

4.1.2.5 Menajaga harta benda iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan

dirompak.

Page 15: Contoh PBS STPM Syariah

Undang-undang Jenayah Islam dan hukuman hadd dibina berdasarkan al-Quran dan

as-Sunnah manakala Kanun Keseksaan yang terdapat dalam Undang-undang Jenayah

Malaysia digubal mengikut model Kanun Keseksaan India.

4.1.3 Tujuan Undang-undang Jenayah Malaysia

1. Pembalasan (retribution)

Hal ini merupakan falsafah kanun keseksaan yang paling penting dalam sistem

keadilan. Keperluan untuk membalas perbuatan salah ialah fitrah semula jadi

seorang manusia seperi bak kata pepatah, darah dibayar dengan darah.

2. Pencegahan (deterrence)

Hukuman yang dikenakan memberi dua kesan pencegahan iaitu pencegahan

individu dan juga pencegahan umum (masyarakat).

3. Ketidakupayaan (incapacitation)

Hukuman yang dikenakan menyebabkan dia tidak berupaya untuk membuat

kesalahan lagi di masa hadapan contohnya apabila seseorang ditempatkan di

dalam penjara untuk beberapa tahun, masyarakat telah dilindungi daripada

ketidakupayaan pesalah tersebut.

4. Pemulihan (rehabilitation)

Hal ini dapat dilihat semasa proses hukuman berjalan di mana hukuman yang

dijatuhkan itu dapat menimbulkan perasaan takut dalam diri penjenayah untuk

tidak melalukan semula kesalahannya melalui pencegahan.

Di sini dapat difahami dengan jelas bahawa sesebuah undang-undang itu dicipta bagi

mengurangkan serta mengekang jenayah daripada berlaku.

Page 16: Contoh PBS STPM Syariah

4.2 KONSEP JENAYAH MENCURI MENURUT UNDANG-UNDANG JENAYAH

ISLAM

4.2.1 TAKRIF MENCURI

Mencuri dalam bahasa arab ialah al-sariqah, al-sirqah atau pun al-sariqu. Dari segi bahasa

mencuri ini diiertikan dengan mengambil sesuatu secara sulit. Menurut syara’, mencuri

bermaksud mengambil harta orang lain dari tempat simpanan tanpa hak secara diam-diam

dengan syarat-syarat tertentu.

Frasa secara sulit di sini menunjukkan bahawa secara diam-diam, dan merampas tidak

termasuk dalam istilah ini. Hak ini kerana perampas merampas sesuatu harta secara terbuka

tanpa berselindung. Oleh itu merampas tidak termasuk dalam kategori mencuri.

Sementara itu, Mazhab Hanafi mengatakan curi ialah pengambilan harta yang cukup

nisab pembalasan hukuman potong oleh seseorang yang sudah baligh dan sempurna akalnya.

Harta itu bukan dari jenis yang cepat menerima kerosakan. Dimiliki oleh orang lain, diambil

secara diam-diam dari tempat simpanannya tanpa syubhah.

Manakala Mazhab Maliki mengatakan mencuri ialah pengambilan harta orang lain

secara diam-diam tanpa ia diamanatkan kepadanya.

Mazhab Syafie pula mendefinasikan mencuri sebagai pengambilan harta secara diam-

diam dan zalim daripada tempat simpanan sepertinya dengan terikat kepada beberapa syarat.

Pengambilan harta benda secara diam-diam dan sembunyi ialah pendapat daripada

Mazhab Hanbali mengenai mencuri.

Oleh itu dapat dirangkumkan di sini bahawa mencuri ditakrifkan sebagai pengambilan

harta orang lain oleh seseorang mukalaf dari tempat simpanan orang yang diambil hartanya

tanpa syubhah dan tanpa hak secara diam-diam mengikut syarat-syarat tertentu.

Page 17: Contoh PBS STPM Syariah

4.2.2 DALIL MENGENAI JENAYAH MENCURI

Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Maidah ayat 38 :

يم .وال يز حك ن الل والل عز يهما جزآء بما كسبا نكال م قة فاقطعوا أيد ق والسار سار

Maksudnya: Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka

(hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka

telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah

Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Surah al-Maidah : 38)

Hadith daripada Amru bin Syu’aib :

أ ن مفصل الكف ق فقطع يده م تي النبي صلى الل عليه وسلم بسار

Maksudnya : Suatu ketika seorang pencuri dihadapkan di hadapan nabi s.a.w. Baginda

memotong pada pergelangan tangan pencuri tersebut.

Riwayat al-Tabarrani

Hadith daripada Aisyah r.a. :

شة ان ية التى سرقت فقاعن عاء تهم المرأة المخرو م لوا من يكل م رسول قريشا اهم

ىء عليه اال اس من الل صلى هللا عليه وسلم فقالوا : و ب رسول هللا ام يجتر ة ح

صلى هللا عليه وسلم : رسول هللا فقال ه أسامة. فقال فكلم هللا عليه وسلم.ى ل ص

ن حدود هللا ن اانم اس الن ايها: قال ف قام فخطب ثم ؟اتشفع فى حد م ين م أهلك الذ

م قبلكم انهم كانوا اذا سرق يف تركوه واذا سرق فيه يف الشر ع م الض اقاموا فيه

د سرقت لقطع مة بنت محم يدها. ت عليه الحد، وايم هللا لو ان فاط

Page 18: Contoh PBS STPM Syariah

Maksudnya : Suatu ketika puak Quraisy merasa bimbang tentang nasib seorang perempuan

Bani Makhzum yang disabitkan mencuri. Mereka berkata : “Siapakah yang akan berbicara

mengenainya dengan Rasulullah s.a.w.?” Mereka berkata : “Tiada siapa yang berani

melakukannya melainkan Usamah, orang yang disayangi Rasulullah s.a.w.” Lalu Usamah

berbincang dengan baginda dan baginda menjawab : “Adakah engkau mahu memohon

pengecualian daripada hudud Allah?”

Lantas baginda berdiri dan berucap. Sabda baginda : “Wahai hadirin sekalian,

sesungguhnya orang sebelum kamu binasa apabila orang terhormat di kalangan mereka

mencuri, mereka lepaskan dan apabila orang miskin yang mencuri akan dijalankan hukuman.

Demi Allah! Sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya saya akan potong

tangannya.” Seterusnya baginda mengeluarkan perintah agar perempuan yang disabitkan

mencuri itu dipotong tangannya.

Riwayat al-Bukhari

4.2.3 HUKUM TERHADAP JENAYAH MENCURI

Berdasarkan nas-nas di atas, maka jelaslah di sini bahawa hukum kepada mencuri ialah

berdosa besar dan wajib dikenakan hadd sekiranya mencukupi syarat-syaratnya. Seandainya

kes mencuri itu sabit, maka wajiblah dikenakan hadd potong tangan dari segi ia sebagai

jenayah dan dikenakan denda kalau tidak diwajibkan hadd.

Sabda baginda Rasulullah s.a.w. :

دا ينار فصاع تقطع اليد فى ربع د

Maksudnya : Dipotong tangan (kerana mencuri) pada satu perempat dinar atau lebih.

Riwayat al-Bukhari

Page 19: Contoh PBS STPM Syariah

4.2.4 SYARAT-SYARAT BAGI MENJALANKAN HADD MENCURI

4.2.4.1 Syarat-syarat bagi pencuri

4.2.4.1.1 Mukallaf. Seorang pencuri itu mestilah seorang yang mukallaf iaitu baligh dan

berakal. Hal ini berdasarkan hadith baginda s.a.w. :

عن ثالثة : عن المجنون المغلوب على عقله حتى يبرأ وعن رفع القلم

م حتى ء بى حتى يحتلمالن يستيقظ وعن الص

Maksudnya : “Telah diangkat daripada tiga orang, iaitu orang gila yang

kehilangan akalnya sehinggalakah dia sedar, orang tidur sehinggalah jaga,

dan kanak-kanak sehinggalah dia bermimpi (baligh).”

Riwayat Ibn Majah

Menurut Zufar dan Abu Hanifah, jika kanak-kanak atau orang gila

menyertai satu kumpulan maka semua tidak dikenakan hadd. Menurut Abu

Yusuf, apa yang dikira ialah tindakan mengangkut keluar barang. Kalau yang

mengangkat keluar itu ialah kanak-kanak atau orang gila, semua terhindar

daripada hadd. Sekiranya orang lain yang mengangkat keluar barangan

tersebut maka semua dikenakan hadd kecuali kanak-kanak atau orang gila

(sekiranya mereka turut serta). Walau bagaimanapun, jika kanak-kanak yang

mencuri perlulah diberi pengajaran.

4.2.4.1.2 Atas kehendak sendiri. Apabila seseorang dipaksa supaya mencuri maka dia

tidak dikategorikan sebagai pencuri yang mesti dikenakan hadd.

4.2.4.1.3 Sedar bahawa mencuri itu haram. Bagi yang tidak tahu tentang asas Islam

(mencuri itu haram) atau masih baru memeluk Islam dia tidak akan dikenakan

hadd.

4.2.4.1.4 Tidak ada hak syubhat pada barang yang dicuri oleh seorang pencuri.

Sekiranya ada syubhat pada barang yang dicuri maka dia tidak akan dikenakan

hukuman potong tangan.

Page 20: Contoh PBS STPM Syariah

Sabda Rasulullah s.a.w. :

بيك. أنت ومالك ل

Maksudnya : “Kamu dan hartamu adalah milik ayahmu.”

Riwayat Ibnu Majah

Berdasarkan hadith di atas, maka jelas menunjukkan bahawa tidak akan

dikenakan hadd jika anak mencuri harta ayahnya ataupun datuk mencuri harta

cucunya. Ringkasnya, jika harta dicuri oleh orang tua, datuk dan seterusnya

yang merupakan jalur nasab ke atas, maka mereka tidak dikenakan hadd.

Demikian juga jalur nasab ke bawah seperti anak, cucu dan seterusnya. Begitu

juga dengan suami isteri.

4.2.4.2 Syarat-syarat bagi barang curi

4.2.4.2.1 Harta benda yang bernilai. Segala benda yang dikira harta oleh manusia. Harta

adalah sesuatu yang mulia dan penting di sisi manusia dan benda pula adalah

sesuatu yang remeh dan tidak berguna.

4.2.4.2.2 Boleh ditentukan kadarnya iaitu sesuatu yang mempunyai kadarnya dan dalam

hal ini, harta yang dicuri itu mestilah mencecah kadar yang ditetapkan iaitu ¼

dinar emas atau 3 dirham perak. [1 dinar = 1 mithqal (20 karat/4.24g) = 12

dirham]. Oleh itu kadarnya ialah ¼ dinar emas atau ¼ mithqal emas atau 3

dirham perak.

Daripada Umar katanya :

م م ل س و ه ي ل أن رسول هللا صلى هللا ع جن ثمنه ثال ثة دراه قطع في م

Maksudnya : Nabi s.a.w. memotong tangan kerana sebuah perisai yang

berharga tiga dirham.

Riwayat Mutafiqun ‘Alaih

Page 21: Contoh PBS STPM Syariah

Menurut jumhur ulama, barang yang dicuri mestilah dinilai harganya

semasa kes kecurian terjadi. Sekiranya, kecurian itu dilakukan oleh

sekumpulan pencuri maka jumhur ulama bersepakat mengatakan bahawa akan

dipotong tangan sekiranya hasil curian mereka itu apabila mencapai kadar

yang ditetapkan bagi setiap orang selepas diagihkan harta tersebut.

4.2.4.2.3 Milik orang lain iaitu harta tersebut mestilah bukan milik pencuri mahupun

milik bersama pencuri.

4.2.4.2.4 Harta tersebut mestilah suci. Sekiranya harta tersebut berupa arak, khinzir,

anjing atau kulit yang belum disamak maka hadd tidak akan dijalankan.

4.2.4.2.5 Harta tersebut mestilah harus digunakan di sisi syarak. Tidak akan

dilaksanakan hadd sekiranya mencuri salib, berhala, gitar dan seumpamanya.

Walau bagaimanapun, sekiranya mencapai nisbah yang ditetapkan maka

jumhur bersepakat bahawa pencuri tersebut mesti dipotong tangannya.

4.2.4.3 Syarat-syarat bagi tempat simpanan barang

4.2.4.3.1 Mestilah diletakkan di tempat yang selamat. Hal ini sebagai bukti bahawa

pemilik barang sentiasa menjaga serta melindungi barang-barangnya dari

dicuri atau hilang. Jumhur ulama mengatakan bahawa tempat simpanan ini

berdasarkan uruf contohnya duit disimpan dalam dompet ataupun peti

simpanan.

Ulama menklasifikasikan pencurian kepada dua kategori ancaman iaitu pencurian yang

diancam dengan hukuman ta’zir iaitu pencurian yang tidak dipenuhi syarat-syarat

pelaksanaan hukuman hadd. Ancaman pencurian yang kedua ialah ancaman hukuman hadd.

Oleh yang demikian dapat dirumuskan bahawa hadd hanya akan dijalankan sekiranya

mencapai syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas.

Page 22: Contoh PBS STPM Syariah

4.3 KONSEP JENAYAH MENCURI MENURUT KANUN KESEKSAAN

4.3.1 TAKRIF MENCURI

Mencuri ialah sesiapa yang berniat untuk mengambil harta boleh alih milik orang lain tanpa

kerelaan orang itu, menggerakkan harta itu dengan objektif hendak mengambil harta tersebut.

Penakrifan pada kesalahan jenayah mencuri boleh dilihat dalam seksyen 378 Akta 574

Undang-undang Jenayah Malaysia seperti berikut:

Barang siapa yang bermaksud hendak mengambil dengan curangnya apa-apa harta yang

boleh dialih daripada milik mana-mana orang dengan tiada kerelaan orang itu,

menggerakkan harta itu dengan tujuan hendak mengambilnya adalah dikata melakukan

kesalahan mencuri.

4.3.2 ELEMEN YANG PERLU DIBUKTIKAN

Untuk membuktikan bahawa pesalah itu benar-benar bersalah, maka beberapa perkara perlu

disahkan ianya terjadi/benar terlebih dahulu.

4.3.2.1 Mengambil harta boleh alih

Apa sahaja harta yang boleh dialih seperti barang kemas, kenderaan, haiwan

ternakan dan sebaginya.

Menurut seksyen 22 Kanun Keseksaan, perkataan harta alih termasuk harta

zahir dari segala rupa, kecuali tanah dan benda-benda yang bercantum kepada bumi

atau yang dipasang dengan kekalnya kepada apa-apa benda yang bercantum kepada

bumi.

Sesuatu benda yang bukannya harta yang boleh dialih, selagi benda itu

bercantum kepada bumi, tidaklah menjadi perkara yang boleh dicuri tetapi ia boleh

menjadi perkara yang boleh dicuri setelah sahaja ia terputus daripada bumi.

Page 23: Contoh PBS STPM Syariah

4.3.2.2 Mengambil harta milik orang lain

Pemilikan boleh merangkumi pemilikan mengikut undang-undang di mana undang-

undang mengiktiraf seseorang sebagai tuan punya sesuatu harta itu dan juga

memiliki harta itu secara fizikal. Dalam keadaan ini, pemilikan seseorang itu

terhadapnya tidak akan terjejas walaupun dia tidak memiliki harta itu secara

fizikalnya.

Contohnya, A menyimpan barang kemasnya dalam Bank B. Hal ini tidak akan

mengubah status pemilik A terhadap barang kemasnya. Hal ini ada termaktub dalam

seksyen 27 Kanun Keseksaan.

Apabila harta ada dalam milik isteri, kerani atau orang gaji seseorang, bagi pihak

orang itu, maka harta itu adalah dalam milik orang itu dalam erti Kanun itu.

Maksudnya, harta itu adalah milik orang itu apabila harta itu berada padanya

sekiranya harta itu benar-benar kepunyaannya tetapi jika dia menyerahkan harta itu

kepada orang lain untuk dijaga, harta tersebut tetap menjadi hartanya.

Sekiranya A menjumpai sebentuk cincin emas di jalan raya dan cincin itu tidak

berada dalam milikan mana-mana orang, maka apabila A mengambilnya, A tidak

melakukan kesalahan mencuri.

4.3.2.3 Mengambil harta tanpa kerelaan pemiliknya

Jika perbuatan itu dibuat dengan kerelaan, maka tindakan itu bukanlah mencuri.

Kerelaan yang diberikan mestilah bebas daripada kenyataan yang dinyatakan dalam

seksyen 90 Kanun Keseksaan iaitu kerelaan yang diketahui diberi dalam keadaan

takut atau salah faham.

Maksudnya seseorang itu tahu bahawa dia memberi sesuatu dalam keadaan

takutkan bencana, takut kerana diugut atau pun salah faham tentang kenyataan

seseorang. Seseorang itu dikatakan memberi tanpa kerelaannya apabila dia berada

dalam keadaan mabuk ataupun akalnya tidak sempurna ataupun orang yang

merelakan itu berumur bawah daripada umur 12 tahun.

Page 24: Contoh PBS STPM Syariah

4.3.2.4 Menggerakkan harta dengan tujuan hendak mengambilnya

Oleh kerana tertuduh bertujuan hendak mengambil harta itu, maka perlu dibuktikan

bahawa harta itu telah digerakkan. Perbuatan menggerakkan ini merangkumi

tindakan atau perbuatan memutuskan, membuang sesuatu yang menghalang harta itu

dari bergerak, menceraikan harta itu daripada benda lain, menggerakkan haiwan

dengan apa-apa cara atau menyebabkan benda lain bergerak akibat daripada

pergerakan haiwan itu, mengumpan haiwan agar haiwan itu bergerak atau apa sahaja

yang menyebabkan harta itu bergerak dari kedudukan asalnya.

4.3.2.5 Mengambil harta dengan niat yang curang

Seksyen 24 Kanun Keseksaan telah memberikan takrif dengan curang sebagai

melakukan perbuatan yang menyebabkan keuntungan salah kepada seorang atau

kehilangan salah kepada seorang tanpa mengira sama ada keuntungan salah atau

kehilangan salah itu benar-benar berlaku.

Hal ini lebih difahami dengan penakrifan kedapatan salah dan kehilangan

salah dari seksyen 23 Kanun Keseksaan. Kedapatan salah ialah harta itu diperoleh

oleh seseorang dengan cara yang salah dan telah menyimpannya tanpa hak di sisi

undang-undang. Kehilangan salah adalah apabila harta seseorang ditahan atau

dilucutkan pemilikan hartanya itu dengan cara yang salah di sisi undang-undang.

Kedapatan salah atau kehilangan salah ini mestilah merujuk kepada kewangan atau

ekonomi.

Oleh itu jelaslah di sini bahawa, tertuduh akan didapati bersalah apabila dia benar-benar

mengambil harta alih milik seseorang tanpa kebenaran dan kerelaan orang tersebut atau

menggerakkan harta atau sesuatu yang boleh menggerakkan harta itu kepadanya dengan niat

untuk mendapatkannya dengan curang.

Page 25: Contoh PBS STPM Syariah

4.3 HUKUMAN TERHADAP JENAYAH MENCURI MENGIKUT UNDANG-

UNDANG JENAYAH ISLAM

Sebelum menjalankan hadd potong tangan terhadap pesalah, hendaklah disahkan terlebih

dahulu untuk kepastian dengan bertanya sebanyak tiga kali seperti hadis Rasulullah s.a.w. :

لى هللا عليه وسلم أتي بلص اعترف، ولم يوجد معه متاع، فقال له أن النبي ص

تين أو رسول هللا صلى هللا عليه وسلم : ما خالك سرقت؟ قال : بلى. فأعاد عليه مر

ع. ، فقط ثالثا، فامر به

Maksudnya : “Bahawa Nabi s.a.w. pernah dihadapkan dengan seorang pencuri yang telah

mengakui yang dirinya telah mencuri, namun barangan yang dicuri tidak ada di sisinya.

Melihat itu, Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Benarkah kamu telah mencuri’? Dia menjawab:

‘Ya’. Nabi s.a.w. mengulangi soalan itu sebanyak dua atau tiga kali sehingga kemudian

menyuruhnya supaya tangannya diptong”

Riwayat Ahmad, Abu Daud dan an-Nasa’i

Apabila ditanya kepada tertuduh ‘benarkah kamu telah mancuri?’ Dia digalakkan untuk

mengatakan ‘tidak’ jika dia tidak melakukan perkara tersebut tetapi sekiranya dia benar-benar

melakukan pencurian itu maka dia perlu bersikap jujur dengan menjawab ‘ya’. Soalan akan

diajukan sebanyak tiga kali dan sekiranya jawapannya ‘tidak’ maka hukuman hadd tidak akan

dijalankan dan jika jawapannya ‘ya’ maka hukuman hadd akan dijalankan di hadapan

khalayak ramai.

4.3.1 HUKUMAN KEPADA JENAYAH MENCURI

Jika telah sabit perbuatan mencuri, maka hukuman hudud wajib dilaksanakan ke atas pencuri

dengan memotong tangan sebelah kanan berdasarkan firman Allah s.w.t :

Page 26: Contoh PBS STPM Syariah

يهما قة فاقطعوا أيد ق والسار ...والسار

Maksudnya: Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka

(hukumnya) potonglah tangan mereka …

(Surah al-Maidah : 38)

Berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 38, dapat difahami bahawa

sesiapa yang mencuri sama ada lelaki mahupun wanita, akan dipotong tangannya. Hukuman

ini tidak boleh digantikan dengan hukuman yang lebih ringan dan juga tidak boleh

ditangguhkan atau dibatalkan dan mestilah dijalankan di hadapan khalayak ramai kerana apa

yang termaktub dalam al-quran ialah tetap ataupun qat’i.

Hadis Rasulullah s.a.w. :

مام، فال عفا هللا عنه، وأن عفا.تجافوا العقوبة بينكم، فأذا انتهى بها ألى ال

Maksudnya: “Elakkanlah hukuman hudud selagi masih berada di kalangan kamu. Jika

sudah sampai ke tangan imam (pemimpin), maka tidak ada seorang pun yang boleh

memaafkannya sekalipun ada yang memaafkannya.

Riwayat al-Hakim

Melalui hadis baginda di atas, jelaslah menunjukkan bahawa pensabitan mencuri itu

perlu dilakukan dengan teliti dan jangan sampai melakukan kesilapan. Hal ini kerana, jika

pesalah dihadapkan ke muka pengadilan dan telah ditetapkan hukuman hadd ke atasnya maka

tiada siapa yang boleh menarik hukuman itu kembali meskipun pesalah itu telah dimaafkan

dari perbuatannya. Namun sekiranya kes tersebut belum dihadapkan ke hadapan hakim, ia

boleh digugurkan atau dirundingkan untuk menggugurkannya.

Kadangkala terdapat pesalah yang tidak serik untuk melakukan jenayah mencuri. Oleh

itu, jika pesalah mencuri untuk kali kedua, maka hukumannya adalah dipotong kaki sebelah

kiri. Jumhur ulama bersetuju dengan cara ini. Namun begitu, untuk kali yang ketiga dan

keempat, empat imam besar mazhab berselisih pendapat di antara mereka.

Page 27: Contoh PBS STPM Syariah

Menurut ulama’ Hanafi dan Hanbali, pada asalnya tidak akan dipotong selepas tangan

kanan dan kaki kiri pesalah tetapi pesalah hendaklah menjamin barang-barang yang dicuri

dan dikenakan ta’zir, dipenjara sehingga dia bertaubat. Hal ini berdasarkan peristiwa semasa

pemerintahan Saidina Ali r.a. Beliau menemui seorang pencuri, lalu dipotong tangannya,

kemudian menemuinya kali kedua dan dia telah mencuri, lalu dipotong kakinya kemudian

menemuinya lagi untuk kali ketiga, maka Saidina Ali berkata, “Tidak perlu lagi memotong

tangan atau kakinya. Kalau tangannya dipotong bagaimana dia mahu makan, bagaimana dia

mahu membasuh? Dan sekiranya kakinya dipotong, bagaimana dia mahu berjalan?

Sesungguhnya aku amat malu kepada Allah”. Lalu beliau memukul pencuri itu dengan kayu

dan memenjarakannya. Hal ini juga turut dilakukan oleh Saidina Umar r.a.

Menurut ulama’ Maliki dan Syafie pula, Sekiranya mencuri lagi untuk kali yang

ketiga dipotong tangan kirinya dan kemudian jika dia masih lagi mencuri, maka akan

dikenakan ta’zir. Kerana itu adalah maksiat tiada hadd dan tiada kifarat, maka dia harus

dita’zir. Perkara ini dapat dilihat melalui hadis baginda Rasulullah s.a.w. di bawah.

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

ق فاقطعوا يده، ثم أن جله، ثم أن سر ق فاقطعوا ر ق فاقطعوا يده، ثم أن سر أن سر

جله. ق فاقطعوا ر سر

Maksudnya: “Kalau dia mencuri potonglah tangannya, kemudian kalau dia mencuri lagi

potonglah kakinya, kemudian kalau dia mencuri lagi potonglah tangannya, kemudian kalau

dia mencuri lagi potonglah kakinya.”

Riwayat ad-Daruquthni

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir ulama’ yang mengatakan bahawa jika

pencuri itu masih mencuri untuk kali keempat maka akan dipotong kaki kirinya.

Sebelum tangan atau kaki dipotong, bahagian yang hendak dipotong akan dicelupkan

ke dalam minyak yang panas dan sedang menggelegak terlebih dahulu bagi menghentikan

perjalanan darah di dalam urat-urat. Hal ini bagi mengelakkan bahagian yang dipotong

daripada mengeluarkan banyak darah.

Page 28: Contoh PBS STPM Syariah

Setelah dihukum potong, maka pesalah tersebut mestilah diubati supaya tidak sampai

mengeluarkan darah yang sangat banyak. Dengan banyak mengeluarkan darah, keselamatan

pesalah akan terancam dan mungkin boleh mengakibatkan pesalah meninggal dunia.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

ق سرق شملة، فقالوا : يا رسول هللا، لى هللا عليه وسلم أتي بسار أن رسول هللا ص

أن هذا قد سرق. فقال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم : وما أخاله سرق؟ فقال

ق : بلى، يا رسول هللا ، فاقطعوه، ثم احسموه، ثم اءتوني . فقال : السر اذهبوا به

، فقال : تبت ألى هللا، فقال : تاب هللا عليك. ع فأتي به ! فقط به

Maksudnya: “Rasulullah s.a.w. pernah dihadapkan dengan seorang pencuri kain selimut.

Para sahabat berkata: ‘Wahai Rasulullah s.a.w.! Lelaki ini telah mencuri’. Mendengar hal

itu, Rasulullah s.a.w. pun bertanya : ‘Betulkah kamu mencuri’ ? Pencuri menjawab : ‘Betul,

wahai Rasulullah’. Beliau berkata : ‘Bawalah lelaki ini pergi dan potonglah tangannya,

kemudian ubatilah supaya darahnya tidak banyak keluar. Setelah itu, bawalah dia kemari

lagi.’ Lelaki yang mencuri itu kemudian dipotong tangannya dan kemudian dibawa

menghadap semula Rasulullah s.a.w. Beliau berkata: ‘Bertaubatlah kepada Allah’. Lelaki itu

menjawab : ‘Aku telah bertaubat kepada Allah’. Beliau berkata : ‘Allah telah memberi

keampunan kepadamu’.”

Riwayat ad-Daruquthni, al-Hakim dan al-Baihaqi

Kemudian, bahagian yang dipotong itu perlu digantungkan di leher pesalah selama

satu sejam sebagai seksaan bagi dirinya dan sebagai pengajaran bagi orang lain. Abu Daud,

an-Nasa’i dan al-Tirmizi mengatakan bahawa hadis di bawah ini hasan dan gharib. Hadis ini

diriwayatkan dari Abdullah bin Muhairiz.

ن الستة هو؟ فقال : لتي رسول هللا سألت فضالة عن تعلق ، أم ق في عنقه يد السر

. عت يده، ثم أمر بها، فعل قت في عنقه ق، فقط صلى هللا عليه وسلم بسار

Page 29: Contoh PBS STPM Syariah

Maksudnya: “Aku pernah bertanya kepada Fatimah tentang menggantung tangan pencuri

yang telah dipotong pada lehernya. Adakah ia termasuk dalam amalan Sunnah’? Fadhalah

menjawab: ‘Rasulullah s.a.w. pernah didatangkan dengan seorang pencuri lalu baginda

menjatuhkan hukuman potong tangan ke atasnya. Setelah itu, beliau menyuruh agar tangan

pencuri yang telah dipotong itu dikalungkan pada lehernya’.”

Riwayat Abu Daud

Pelaksanaan hukum hudud mestilah dikenakan bayaran ganti rugi sekali gus. Hal ini

kerana membayar ganti rugi merupakan hak manusia manakala hukuman potong tangan

adalah hak Allah. Sekiranya barang curian itu rosak di tangan pencuri maka diwajibkan

mengganti barang tersebut. Jika barang yang dicuri masih berada dalam tangan pencuri maka

hendaklah barang itu dikembalikan dan dipulangkan kepada pemiliknya kerana Rasulullah

s.a.w. pernah bersabda :

يه. ذت، حت تءد على اليد ما أخ

Maksudnya: “Adalah satu kewajipan bagi engkau untuk mengembalikan dan memulangkan

harta yang engkau curi selagi masih ada padamu.”

Riwayat al-Baihaqi

4.3.2 TEMPAT YANG DIPOTONG

Menurut jumhur ulama, bahagian tangan yang dipotong adalah daripada pergelangan tangan

atau antara tapak tangan hingga lengan. Bahagian kaki yang dipotong pula adalah daripada

pergelangan kaki dan mengekalkan tumit agar pesalah masih dapat berdiri atau memotong

daripada pergelangan kaki antara tapak hingga lutut.

Hikmah daripada memotong tangan dan kaki adalah bahawa pencuri memegang

menggunakan tangan semasa menyerang atau mencuri dan berjalan semasa mencuri. Dia

mengambil dengan tangannya dan memindahkan barang dengan kakinya. Sementara cara

potong dari arah yang berbeza pula (tangan kanan dan kaki kiri) adalah untuk melemahkan

pergerakannya dan mengurangkan jenis manfaat ke atas dirinya.

Page 30: Contoh PBS STPM Syariah

Oleh itu, sebelum dijalankan hadd, hendaklah dipastikan terlebih dahulu melalui tiga

cara iaitu pengakuan, saksi (dua orang lelaki adil) dan sumpah kerana hukuman hadd

bukanlah suatu perkara yang mungkin akan berlaku kesilapan.

Jika syarat-syarat hadd mencuri mencukupi bagi sesebuah kes maka hukuman potong

tangan akan dijalankan. Sekiranya tidak mencukupi syarat hadd maka pesalah akan

dikenakan ta’zir. Hal ini bergantung kepada hakim negara itu sendiri.

Page 31: Contoh PBS STPM Syariah

4.4 HUKUMAN TERHADAP JENAYAH MENCURI MENGIKUT KANUN

KESEKSAAN

Seksaan bagi kesalah mencuri dapat dilihat pada seksyen 379 akta 574 Kanun Keseksaan

seperti berikut:

Barang siapa melakukan kesalahan mencuri hendaklah diseksa dengan penjara selama

tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau didenda atau dengan kedua-duanya, dan bagi

kesalahan kali kedua atau yang kemudian bolehlah dikenakan penjara dan bolehlah juga

dikenakan denda atau sebat.

Bagi pesalah terhadap jenayah mencuri akan dipenjara selama suatu tempoh yang boleh

mencecah sehingga tujuh tahun atau didenda sebanyak beberapa ringgit malaysia ataupun

kedua-dua sekali. Untuk kesalahan kali yang kedua dan seterusnya, hukumannya tetap sama

seperti kali pertama tetapi kemungkinan ditambah dengan hukuman.

4.4.1 Kes-kes khas :

4.4.1.1 Seksyen 379A, mencuri sesebuah kenderaan motor atau mana-mana bahagian

komponennya. Hukumannya ialah dipenjara tidak kurang dari setahun dan tidak

lebih dari tujuh tahun serta boleh juga dikenakan denda.

4.4.1.2 Seksyen 380, mencuri dalam mana-mana bangunan, khemah, perahuan atau apa-apa

yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia atau tempat simpanan harta

benda akan dipenjara selama tempoh yang boleh mencecah sepuluh tahun dan boleh

juga dikenakan denda. Bagi kesalahan yang sama untuk kali kedua dan seterusnya

tetap sama hukumannya iaitu penjara, denda atau sebat.

4.4.1.3 Seksyen 381, kerani atau orang gaji yang mencuri harta milik tuannya akan

dikenakan penjara dalam suatu tempoh yang boleh sampai tujuh tahun dan boleh

juga dikenakan denda.

4.4.1.4 Seksyen 382, pesalah yang mencuri setelah dibuat persiapan bagi menyebabkan

kematian atau cedera dengan tujuan hendak mencuri akan dipenjara selama tempoh

yang boleh sampai sepuluh tahun dan juga akan dikenakan denda atau sebat.

Page 32: Contoh PBS STPM Syariah

Konklusinya, hukuman terhadap kesalahan mencuri berdasarkan akta 574 (Kanun

Keseksaan) yang termaktub dalam Undang-undang Jenayah Malaysia ialah penjara, denda

dan sebat.

Tarikh bermulanya hukuman akan diputuskan oleh hakim dan dikira dari tarikh

pesalah ditahan atau dikira dari hari pesalah dijatuhkan hukuman. Sebatan hanya akan

dikenakan kepada lelaki dan lelaki itu mestilah seseorang yang berumur 49 tahun dan ke

bawah. Perempuan tidak akan dikenakan sebarang sebatan kecuali kes jenayah lain. Terdapat

beberapa pesalah yang diminta untuk diikat jamin selepas tamat tempoh hukuman. Hal ini

bergantung kepada kes yang dilakukan. Namun begitu, ketetapan terhadap hukuman ini

bergantung kepada pihak mahkamah.

Page 33: Contoh PBS STPM Syariah

5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Berdasarkan hasil kajian yang telah penyelidik perolehi maka dapat dirangkumkan bahawa

pemahaman terhadap seseuatu undang-undang sangat penting sebelum menjatuhkan

hukuman terhadap pesalah. Hal ini bagi mengelakkan sebarang kesalahan mahupun

penindasan terhadap seseorang individu daripada berlaku.

Syarat-syarat yang dikenakan kepada pesalah jenayah mencuri mengikut Undang-

undang Jenayah Islam lebih kompleks dan rumit kerana hukuman yang dikenakan amat berat

iaitu hukuman potong tangan beserta denda. Beberapa perkara perlu diambil kira dalam

membuktikan bahawa pesalah itu benar-benar bersalah seperti pengakuan, kesaksian dan juga

sumpah. Namun begitu, sekiranya tidak mencapai syarat hadd maka pesalah itu akan

dikenakan hukuman ta’zir.

Meskipun hukuman yang dijalankan sangat berat tetapi hukuman ini dilhat sangat

efisien dalam mengurangkan kadar jenayah mencuri dan juga jenayah yang lain. Hal ini

kerana, tidak ada seorang pun manusia yang sanggup kehilangan anggota badan yang

disayanginya. Lebih-lebih lagi anggota yang akan dipotong ialah yang sangat diperlukan dan

sering digunakan. Ditambah pula pelaksanaan hukuman ini dijalankan di hadapan khalayak

ramai. Perkara ini sudah tentu akan mendatangkan rasa malu dan insaf kepada pesalah

seterusnya menjadi iktibar kepada masyarakat. Penetapan terhadap hukuman ini bergantung

kepada kadi (hakim) sesebuah negara.

Elemen yang perlu dibuktikan dalam jenayah mencuri yang telah termaktub dalam

Kanun Keseksaan lebih kurang sama dengan syarat-syarat yang dikenakan kepada pesalah

jenyah mencuri mengikut Undang-undang Jenayah Islam.

Walau bagaimanapun, hukuman mengikut Kanun Keseksaan terlalu ringan iaitu

hukuman penjara, denda atau sebat. Perkara ini tidak mendatangkan kesan yang besar kepada

pesalah lebih-lebih lagi pesalah yang terdiri daripada golongan orang ternama dan berada.

Oleh itu, masyarakat tidak berasa gentar sama sekali untuk melakukan kecurian berulang kali

dek kerana hukuman yang sangat ringan. Pihak mahkamah (hakim) bertanggungjawab dalam

menjatuhkan hukuman kepada pesalah.

Page 34: Contoh PBS STPM Syariah

Konklusinya, hukuman yang dijalankan bertujuan untuk pembalasan, pencegahan dan

pemulihan terhadap pesalah.

Bilangan kes mencuri di negara kita akan berkurang dengan adanya pelaksanaan

hukuman hadd. Di sini penyelidik mengemukakan beberapa cadangan dalam menerapkan

Undang-undang Jenayah Islam ke dalam Undang-undang Jenayah Malaysia.

5.1 Cadangan

5.1.1 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang syarat-syarat pensabitan sesuatu

kesalahan, hukuman yang dikenakan dan cara-cara melaksanakan hukuman menurut

Undang-undang Jenayah Islam.

5.1.2 Semua peguam dan hakim di Malaysia perlu mempelajari kedua-dua jenis undang-

undang iaitu Undang-undang Sivil dan Undang-undang Syariah.

5.1.3 Mereka yang bertanggungjawab dalam penggubalan undang-undang menyenaraikan

kebaikan dan keburukan Undang-undang Jenayah Islam yang digabung bersama

Undang-undang Jenayah Malaysia terhadap individu, masyarakat dan negara.

5.1.4 Memberi cadangan kepada Perdana Menteri Malaysia (Dato’ Sri Najib Tun Abdul

Razak) melalui laman sosial mengenai perkara ini.

5.1.5 Mengutip pungutan suara rakyat terhadap penerapan Undang-undang Jenayah Islam

ke dalam Undang-undang Jenayah Malaysia.

Walau bagaimanapun, penyelidik berharap agar masyarakat dapat menerima hadd

sebagai satu langkah pencegahan terhadap jenayah yang semakin berleluasa di negara

Malaysia. Penyelidik juga berharap agar pihak kerajaan akan menerapkan Undang-undang

Jenayah Islam ke dalam Undang-undang Jenayah Malaysia dan seterusnya mengekalkan

keamanan dan keharmonian negara.

Page 35: Contoh PBS STPM Syariah

LAMPIRAN

Page 36: Contoh PBS STPM Syariah

BIBLIOGRAFI

Al-Quranul Karim, Resm Uthmani. Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman

Encyclopedia of Islamic Law, Vol. 8, Criminal Law in Islam, 2006. India: Pentagon Press.

Kamus Dewan Edisi Keempat, 1970. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah bin Abdulrahman bin Shalih Ali Bassam, Taisirul-Allam Syarh Umdatul-Ahkam.

Diterjemah oleh Kathur Suhardi, Syarah Hadith Pilihan Bukhari-Muslim, 2005.

Indonesia: Darul-Falah. (teks asal dalam bahasa arab)

al-Khatib al-Syarbaini, Mughni al-Muhtaj (Jilid 4). Diterjemah oleh Tim Manar Azhar, 2006.

Fikih Jenayah. Johor: Jahabersa. (teks asal dalam bahasa arab)

Dr. Mustafa al-Kin et. al, al-Fiqh al-Manhaji Mazhab al-Syafie. Diterjemah oleh Dr. Zulkifli

b. Mohamad al Bakri et. al, 2011. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

(teks asal dalam bahasa arab)

Dr. Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa-Adillatuhu al-Juz’ al-Sadis. Diterjemah oleh

Ahmad Shahbari Salamon, 1997. Fiqh Perundangan Jilid IV. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. (teks asal dalam bahasa arab)

Fadilah binti Abd Rahman, 2003. Jenayah Mencuri: Kajian Perbandingan di Antara Kanun

Keseksaan dan Hukum Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya (UM)

Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Sharif Al-Nawawi, Hadith 40, 2005. Diterjemah

dan disyarah Mustafa Abdul Rahman. Selangor: Dewan Pustaka Fajar. (teks asal

dalam bahasa arab)

International Law Book Services, 2011. Diterjemah oleh ILBS. Kuala Lumpur: Panduan

Undang-undang Jenayah. (teks asal dalam bahasa inggeris)

Muhammad al-Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah Jilid Lima. Diterjemah oleh Nor Hasanuddin

dan Aisyah Saipuddin, 2009. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication. (teks asal

dalam bahasa arab)

Page 37: Contoh PBS STPM Syariah

Prof. Madya Mahmood Zuhdi Hj. Abd. Majid, 1992. Undang-undang Jenayah Islam :

Konsep dan Asas-asas Perlaksanaanya. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.

Profesor Madya Siti Zaharah bt. Jamaluddin dan Datin Nor Aini bt. Abdullah, 2011, Undang-

undang Jenayah di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya (UM)

http://alistiqamahsgmerab.blogspot.com/2012/04/penyelewangan-tafsir-mengenai-ayat-

zina.html. Telah dilayari pada 13.02.2013

http://amirul-amin.blogspot.com/2011/06/pelaksanaan-undang-undang-islam-di.html. Telah

dilayari pada 13.02.2013