contoh reflessi

2
Bersyukur kepada Allah s.w.t yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu kerana dengan izin-Nya saya dan rakan seperjuangan telah berjaya menamatkan salah satu komponen wajib yang mesti dilalui semasa kursus perguruan bagi semester 6 ini iaitu menjalani program Bina Insan Guru (BIG) pada 8 Oktober 2012 setelah terpaksa menghadapi beberapa kekangan untuk melaksanakan tugasan ini. Melalui sesi bersama guru cemerlang ini saya mendapat banyak input baru mengenai proses – proses untuk mendapatkan gelaran guru cemerlang. Antara proses yang perlu dipelajari ialah seseorang guru tersebut mestilah berkhidmat sekurang – kurangnya lima tahun dan telah disahkan jawatan sebagai guru. Kemudian, guru boleh memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengisi borang guru cemerlang dalam talian. Seterusnya, guru mestilah mendokumentasikan kajian tindakan, lembaran kerja, refleksi pembelajaran, senarai pelajar, markah dan pencapaian pelajar ( akademik ataupun kokurikulum ) untuk memudahkan proses apabila dinilai oleh jemaah nazir nanti. Seorang guru cemerlang mestilah menyumbang kepada pihak sekolah dalam bidang yang ingin dimohon dan juga memberi sumbangan kepada pihak luar sekolah bagi kecemerlangan subjek tersebut. Berikutnya, kelemahan yang dilihat sepanjang Bina Insan Guru adalah semua guru pelatih pada awalnya kelihatan segan dengan Puan Hajah Rosnah binti Dato’ Haji Salleh. Semua guru pelatih kelihatan malu – malu untuk bertanya soalan semasa sesi soal jawab dijalankan. Namun, selepas itu, semua guru pelatih bersemangat untuk bertanyakan soalan. Masing – masing tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan tips dan info berkenaan dengan guru cemerlang ini. Kelemahan lain yang dilihat adalah terdapat segelintir guru pelatih yang datang lambat sebelum melawat Sekolah Kebangsaan (Lelaki) Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelewatan yang dialami sedikit sebanyak telah melambatkan perjalanan program kami pada hari tersebut. Namun begitu, pada masa akan datang semua guru pelatih perlu menepati masa kerana ini sedikit sebanyak memberi persepsi negatif kepada bakal guru yang tidak prihatin dengan ketepatan masa mereka. Kemudian, kelemahan lain ialah guru pelatih dilihat kurang memberikan perhatian semasa guru cemerlang sedang menyampaikan ucapan. Masing – masing asyik bersembang sehingga kadangn kala menyebabkan bunyi bising. Namun begitu, mereka

description

refiksi

Transcript of contoh reflessi

Bersyukur kepada Allah s.w.t yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu kerana dengan izin-Nya saya dan rakan seperjuangan telah berjaya menamatkan salah satu komponen wajib yang mesti dilalui semasa kursus perguruan bagi semester 6 ini iaitu menjalani program Bina Insan Guru (BIG) pada 8 Oktober 2012 setelah terpaksa menghadapi beberapa kekangan untuk melaksanakan tugasan ini.Melalui sesi bersama guru cemerlang ini saya mendapat banyak input baru mengenai proses proses untuk mendapatkan gelaran guru cemerlang. Antara proses yang perlu dipelajari ialah seseorang guru tersebut mestilah berkhidmat sekurang kurangnya lima tahun dan telah disahkan jawatan sebagai guru. Kemudian, guru boleh memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengisi borang guru cemerlang dalam talian.Seterusnya, guru mestilah mendokumentasikan kajian tindakan, lembaran kerja, refleksi pembelajaran, senarai pelajar, markah dan pencapaian pelajar ( akademik ataupun kokurikulum ) untuk memudahkan proses apabila dinilai oleh jemaah nazir nanti. Seorang guru cemerlang mestilah menyumbang kepada pihak sekolah dalam bidang yang ingin dimohon dan juga memberi sumbangan kepada pihak luar sekolah bagi kecemerlangan subjek tersebut.Berikutnya, kelemahan yang dilihat sepanjang Bina Insan Guru adalah semua guru pelatih pada awalnya kelihatan segan dengan Puan Hajah Rosnah binti Dato Haji Salleh. Semua guru pelatih kelihatan malu malu untuk bertanya soalan semasa sesi soal jawab dijalankan. Namun, selepas itu, semua guru pelatih bersemangat untuk bertanyakan soalan. Masing masing tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan tips dan info berkenaan dengan guru cemerlang ini.Kelemahan lain yang dilihat adalah terdapat segelintir guru pelatih yang datang lambat sebelum melawat Sekolah Kebangsaan (Lelaki) Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelewatan yang dialami sedikit sebanyak telah melambatkan perjalanan program kami pada hari tersebut. Namun begitu, pada masa akan datang semua guru pelatih perlu menepati masa kerana ini sedikit sebanyak memberi persepsi negatif kepada bakal guru yang tidak prihatin dengan ketepatan masa mereka.Kemudian, kelemahan lain ialah guru pelatih dilihat kurang memberikan perhatian semasa guru cemerlang sedang menyampaikan ucapan. Masing masing asyik bersembang sehingga kadangn kala menyebabkan bunyi bising. Namun begitu, mereka mula fokus dan komited dengan pengajaran guru cemerlang selepas sedar akan keadaan tersebut.Oleh itu, program Bina Insan Guru pada semester ini banyak membantu saya meningkatkan pengetahuan berkenaan dengan profesion keguruan dan juga memberi pendedahan kepada kami untuk melengkapkan diri dengan semaksimum mungkin untuk memberi kepuasan semasa bekerja sebagai guru. Kepuasan seorang guru tidak terletak pada gajinya tetapi apabila melihat kejayaan pelajarnya memahami sesuatu perkara yang diajar.

Antara kekuatan yang saya dapati pada Program Bina Insan Guru kali ini, pertama adalah dari aspek kandungannya. Ini bermaksud melalui ceramah dan sesi bengkel yang dijalankan, kandungannya menambahkan pengetahuan tentang Jabatan pendidikan Negeri serta memberikan panduan kepada saya cara menjadi seorang guru yang cemerlang.

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, guru dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia disamping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Program Bina Insan Guru (BIG) semester 6 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang,hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan.