Contoh rph

2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Aktiviti TBB&KT (Sains) - Darjah 6 (TUTORIAL) Tema : Projek - Pembinaan Kereta Solar Masa : 120 minit Topik : 1.4 a Kepentingan Tenaga Diperbaharui Subtopik : a. Fungsi i. Sumber Tenaga Baru Objektif : 1. Psikomotor - menghasilkan kereta yang menggunakan tenaga solar tanpa menggunakan petrol. 2. Kognitif - menyatakan kebaikan menggunakan tenaga solar bagi menggantikan sumber yang sedia ada. 3. Afektif - bekerjasama antara pelajar untuk menyiapkan projek dan belajar dalam suasana yang menyeronokkan Rasional : Tenaga sedia ada akan habis jika tidak cekap menggunakannya dan perlu ada alternatif baru untuk menggantikan sumber tenaga yang sedia ada. Masa dan Tempat : Waktu Tutorial/ Makmal Komputer/ Makmal Kejuruteraan Fizik Bahan Pengajaran: Perisian Makmal Maya - Tenaga dan Persekitaran Bahan Projek : 6 sel solar penjalur wayar alat memateri gunting wayar hitam dan merah pita pelekat polisterin nipis kereta mainan terpakai Hasil Pembelajaran : Penerapan penjagaan alam sekitar dengan menggunakan konsep Tenaga Diperbaharui (Tenaga Solar) AKTIVITI: Set Induksi (30 minit) Kuliah dan Video pensyarah menunjukkan sebuah model kereta dan bersoal jawab tentangnya. 1. Apakah bahan atau tenaga yang digunakan untuk menggerakkan kereta tersebut?

Transcript of Contoh rph

Page 1: Contoh rph

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Aktiviti TBB&KT (Sains) - Darjah 6

(TUTORIAL)

Tema : Projek - Pembinaan Kereta Solar Masa : 120 minit Topik : 1.4 a Kepentingan Tenaga Diperbaharui Subtopik : a. Fungsi

i. Sumber Tenaga Baru Objektif : 1. Psikomotor - menghasilkan kereta yang menggunakan tenaga solar tanpa menggunakan petrol. 2. Kognitif - menyatakan kebaikan menggunakan tenaga solar bagi menggantikan sumber yang sedia ada. 3. Afektif - bekerjasama antara pelajar untuk menyiapkan projek dan belajar dalam suasana yang menyeronokkan Rasional : Tenaga sedia ada akan habis jika tidak cekap menggunakannya dan perlu ada alternatif baru untuk menggantikan sumber tenaga yang sedia ada. Masa dan Tempat : Waktu Tutorial/ Makmal Komputer/ Makmal Kejuruteraan Fizik Bahan Pengajaran: Perisian Makmal Maya - Tenaga dan Persekitaran Bahan Projek :

6 sel solar

penjalur wayar

alat memateri

gunting

wayar hitam dan merah

pita pelekat

polisterin nipis

kereta mainan terpakai Hasil Pembelajaran : Penerapan penjagaan alam sekitar dengan menggunakan konsep Tenaga Diperbaharui (Tenaga Solar) AKTIVITI:

Set Induksi (30 minit)

Kuliah dan Video pensyarah menunjukkan sebuah model kereta dan bersoal jawab tentangnya.

1. Apakah bahan atau tenaga yang digunakan untuk menggerakkan kereta tersebut?

Page 2: Contoh rph

2. Adakah ada sumber yang lain boleh menggantikan sumber yang sedia ada?

Langkah 1 (Teori) (30 minit)

Pelajar merekabentuk model kereta solar menggunakan kreativiti menggunakan perisian mudah Makmal Maya

Langkah 2 (Aplikasi) (30 minit)

- Bahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan mengikut kesesuaian. - Bahan-bahan akan dibekalkan kepada setiap kumpulan. - 4 langkah pelaksanaan membuat kereta suria

1. Ceraikan badan kereta daripada casisnya. Jika motor sedia ada rosak, gantikan dengan motor arus terus yang baru.

2. Sambungkan litar sel suria dan lekatkan pada polisterin nipis menggunakan pita pelekat.

3. Sambungkan dawai daripada sel suria ke motor. Lekatkan polistrin nipis dengan sel suria pada casis.

4. Uji pandu kereta suria 5.

Langkah 3 (Perbincangan) (30 minit)

Perubahan bentuk tenaga yang berlaku dalam aktiviti ini. Tenaga Suria > Tenaga Elektrik >Tenaga Kinetik Sumber tenaga yang digunakan

•Tenaga Suria Cara untuk meningkatkan kelajuan kereta.

•Tambahkan bilangan sel suria •Tambahkan keamatan cahaya.

Kelebihan yang ada pada kereta suria yang memenangi perlumbaan

•Aerodinamik •Susunan sel suria •Nisbah gear •Kereta ringan

Rumusan

Kereta boleh digerakkan tanpa petrol

Enjin lebih senyap

Tidak mengeluarkan gas yang mencemarkan udara

Mesra alam

Penilaian Berasakan teori rekabentuk dan model kereta yang dibina menggunakan pendekatan konstruktivis dan penerapan pembelajaran berasakan projek yang diperolehi