Contoh RPH

download Contoh RPH

of 5

Transcript of Contoh RPH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PSK TAHUN 5

Mata Pelajaran Kelas Bil. Murid Masa Tarikh Tema Unit Tajuk

: Pendidikan Sivik Kewarganegaraan : 5 Arif : 34 orang : 9.35 10.35 pagi (1 jam) : 10 Ogos 2011 : Malaysia Negaraku : Sistem Pemerintahan Negara Kita : 1. 9D : Bijak Memilih Pemimpin 2. 9E : Kerajaan Prihatin Rakyat Terjamin

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid dapat; 1. Menyatakan ciri-ciri pemimpin yang baik. 2. Menjelaskan proses pilihan raya. 3. Menyenaraikan usaha kerajaan untuk memajukan rakyat. Aktiviti P & P : 1. Penerangan guru. 2. Perbincangan kumpulan. 3. Simulasi. 4. Melengkapkan lembaran kerja. Isi pelajaran : 1. Ciri-ciri pemimpin yang baik. 2. Proses pilihan raya. 3. Usaha kerajaan untuk memajukan rakyat.

Pengisian kurikulum : Kemahiran bernilai bertambah ; 1. Kecerdasan pelbagai : interpersonal, visual ruang, verbal linguistik, kinestetik. 2. Strategi pengajaran : Perbincangan, Simulasi. 3. Kemahiran generik : Murid membanding bezakan ciri-ciri pemimpin yang baik dan sebaliknya. Sumber P&P : Laptop, Pemancar LCD, Slaid kuiz, Video lagu Keranamu Malaysia, Kad Manila & kertas sebak. Pengetahuan sedia ada : Murid sudah mempelajari ekonomi semasa di tahun empat.

Penerapan nilai

: Tolong-menolong, kerjasama, hormat-menghormati, berani, yakin dan tidak memperkecilkan bakat seseorang

Unsur patriotisme

: 1. Bersyukur kerana dilahirkan sebagai warga Malaysia. 2. Berbangga dengan pembangunan ekonomi negara.

Prosedur Pelaksanaan

Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari / Kemahiran Generik

Catatan (Penerapan Nilai Murni/ Nilai Alam Sekitar / Unsur Patriotisme / Sumber P&P / Isi Pelajaran

Set induksi (5 minit) 1. Guru menayangkan slaid powerpoint gambar-gambar Perdana Menteri Malaysia kepada murid. 2. Guru bertanya kepada murid namanama Perdana Menteri mengikut gambar yang ditayangkan. Siapakah mereka ini? Siapakah nama P.M ini? 3. Murid menjawab soalan guru. Kecerdasan pelbagai : Kinestatik, verbal linguistik Kemahiran belajar Nilai : hormat-menghormati, mengikut arahan.

BBM : Laptop, Pemancar LCD, Gambar-gambar Perdana Menteri Malaysia.

4. Guru menerangkan kepada murid bahawa gambar-gambar yang telah ditayangkan adalah Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan pemimpin negara. 5. Guru menyatakan topik pembelajaran pada hari ini iaitu Bijak Memilih Pemimpin.

Isi pelajaran : Pemimpin-pemimpin negara.

Langkah 1 (20 minit) 1. Guru bertanya kepada kelas siapakah pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan Ketua Kelab/Organisasi di sekolah dan meminta mereka berdiri. 2. Guru bertanyakan kepada kelas mengapakah mereka dilantik menjadi ketua? Jawapan murid: Baik Tegas Amanah Berdisiplin 3. Guru dan murid berbincang tentang ciriciri yang perlu ada pada seorang pemimpin dan mengapa ciri-ciri tersebut perlu ada pada setiap pemimpin. 4. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan yang diwakili: Kump. 1 : Perdana Menteri Kump. 2 : Guru Besar Kump. 3 : Ketua Pengawas Kump. 4 : Ketua Kampung 5. Setiap kumpulan akan dilantik seorang ketua yang berperanan sebagai jawatan yang telah ditetapkan mengikut kumpulan masing-masing. 6. Guru mengedarkan kertas sebak dan pen marker kepada setiap kumpulan. 7. Murid di dalam kumpulan menyenaraikan ciri-ciri seorang pemimpin yang mereka mahukan berdasarkan jawatan ketua kumpulan mereka. 8. Setelah siap, setiap kumpulan akan membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas. 9. Semasa kumpulan lain membuat

Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik Kinestetik

Nilai : mengikut arahan, tidak mengganggu murid yang lain, bekerjasama dalam kumpulan. BBM : Kertas sebak, pen marker.

Isi pelajaran : Menyatakan ciri-ciri seorang pemimpin yang baik.

perbentangan, murid-murid akan membuat catatan pada kertas yang disediakan guru. 10. Guru mengulas perbentangan yang dibuat oleh setiap kumpulan.

Langkah 2 (15 minit) 1. Guru bertanya kepada murid sama ada mereka pernah mendengar tentang proses pilihan raya. Soalan guru: Siapa pernah dengar pilihan raya? Apa tujuan pilihan raya diadakan? Berapa tahun sekali? 2. Guru menerangkan kepada murid mengapakah proses pilihan raya diadakan. 3. Seterusnya, murid ditayangkan gambargambar yang berkaitan proses pilihan raya mengikut turutan. 4. Guru mencungkil pengetahuan murid mengenai proses pilihan raya berdasarkan gambar yang ditayangkan melalui kaedah sumbang saran. 5. Guru memilih seorang murid secara rawak untuk tampil ke hadapan dan dilantik sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR). 6. Murid yang dilantik menjadi SPR membaca kertas makluman yang diberikan oleh guru kepada kelas. 7. Satu simulasi mengenai proses pilihan raya akan diadakan. 8. Guru dan murid berbincang tentang proses pilihan raya setelah tamat simulasi.

Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik, kinestetik, Visual spatial, Inter

Nilai : hormat-menghormati, mendengar arahan.

BBM : Kad peranan, kertas makluman, Kotak undian.

Isi pelajaran : Simulasi proses pilihan raya.

Langkah 3 (15 minit) 1. Guru menerangkan kepada murid tentang tugas pemimpin. Menjaga kebajikan rakyat. Memajukan negara. Menstabilkan politik negara. 2. Guru menayangkan kepada murid

Kecerdasan pelbagai: verbal linguistik

Nilai : mendengar arahan, kerjasama dalam kumpulan.

prasarana-prasarana yang disediakan oleh kerajaan untuk memajukan rakyat. 3. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan gambar yang ditayangkan. 4. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid mengenai usaha kerajaan dalam memajukan rakyat. 5. Setelah siap, guru dan murid berbincang tentang jawapan yang betul.

BBM: Laptop, Pemancar LCD, gambar prasarana, lembaran kerja.

Isi Pelajaran : Usaha kerajaan untuk memajukan rakyat.

Penutup (5 minit) 1. Guru memainkan lagu Berjaya. 2. Semua murid menyanyikan lagu tersebut berpandukan lirik yang telah diberikan dengan bimbingan guru. 3. Guru membuat rumusan tentang topik yang diajar pada hari ini. 4. Guru memilih murid secara rawak untuk menguji kefahaman murid tentang topik yang telah diajar. Kemahiran belajar: Pengukuhan

Isi Pelajaran: - Merumus hasil pembelajaran. BBM : Lagu Berjaya Patriotisme: - Mencintai dan menghargai negara.