Contoh Soalan STPM 2007_Gambar Rajah

download Contoh Soalan STPM 2007_Gambar Rajah

of 2

Transcript of Contoh Soalan STPM 2007_Gambar Rajah

  • 8/2/2019 Contoh Soalan STPM 2007_Gambar Rajah

    1/2

    Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AmA STPMEN. SEZALI DINMETAFORA TRAINING AND CONSULTANTTel : 04-7323062 / 012-4425241blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

    ______________________________________________________________________________________AWAS !!Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @Hakcipta Terpelihara

    Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

    Contoh Soalan STPM 2007 Gambar Rajah

    Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar rajah di bawah, huraikan faktor-faktor penyebab

    pemanasan global dan kesannya terhadap alam sekitar

    (Dipetik dan diubahsuai daripada Nurashiqin Omar,

    Pemansan Global Ancam Dunia, Berita Harian, 26 November 2005)

  • 8/2/2019 Contoh Soalan STPM 2007_Gambar Rajah

    2/2

    Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AmA STPMEN. SEZALI DINMETAFORA TRAINING AND CONSULTANTTel : 04-7323062 / 012-4425241blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

    ______________________________________________________________________________________AWAS !!Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @Hakcipta Terpelihara

    Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

    Contoh Jawapan

    a) Pengenalan :

    A1 Gambar rajah menunjukkan faktor-faktor penyebab pemanasan global dan kesannya terhadap

    alam sekitar.

    A2 Pemanasan global merupakan suatu keadaan yang berterusan dalam jangka masa panjangdan membawa kepada peningkatan suhu bumi.

    b) Isi-isi :

    A Idea faktor penyebab :

    I.1 Penggondolan hutan.

    HIU Pemanasan global berpunca daripada aktiviti penggondolan hutan untuk tujuan pembinaan bandar,

    lebuh raya, dan aktiviti pertanian.

    H2 Penggondolan hutan menyebabkan berlakunya penebangan pokok-pokok di dalam hutan secara

    aktif.

    H3 Penebangan pokok menyebabkan kehilangan fungsi pokok-pokok menyerap karbon dioksida untuk

    ditukar kepada oksigen melalui proses fotosintesis.

    H4 Situasi ini menyebabkan ketidakseimbangan antara karbon dioksida yang dibebaskan dan telah

    menyebabkan suhu permukaan bumi menjadi semakin panas.

    I.2 Penipisan lapisan ozon

    HIU Pemanasan global juga berpunca daripada penipisan lapisan ozon kesan daripada penggunaan

    klorofluorokarbon (CFC) secara meluas dalam aktiviti industri elektronik.

    H2 CFC yang digunakan sebagai bahan pendingin peti sejuk dan sebagai gas halogen dalam alat

    pemadam api akan mengalami kebocoran di atmosfera.

    H3 Peningkatan jumlah CFC diruang atmosfera boleh menghakis lapisan ozon yang berperanan

    sebagai penapis sinaran ultra ungu daripada matahari.

    H4 Lapisan ozon yang terhakis melalui CFC akan menyebabkan sinaran matahari sampai ke bumi

    dengan lebih banyak dan menyebabkan suhu bumi meningkat.

    * Idea kesan kepada alam sekitar

    I.3 Penyakit berbahayaHIU Pemanasan global boleh mendatangkan pelbagai kesan penyakit berbahaya kepada manusia.

    H1 Pemanasan global boleh menyebabkan berlakunya kebocoran lapisan ozon dan menyebabkan

    berlakunya kebocoran lapisan ozon dan menyebabkan pancaran ultra terus sampai ke bumi.

    H2 Pancaran ultra ungu menyebabkan gen-gen dalam kromosom mengalami mutasi dan akan

    merosakkan pembahagian sel-sel manusia. Dengan ini, manusia mudah mendapat penyakit barah

    kulit apabila terlalu terdedah kepada pancaran ultra ungu.

    H3 Selain itu, pemanasan global juga boleh menjejaskan kesihatan manusia dari segi sistem imunisasi.

    H4 Radiasi ultra ungu boleh merosakkan sistem imunisasi manusia dari segi menentang ancaman

    penyakit seperti radang paru-paru.

    I.4 Aktiviti pertanian terjejas

    HIU Pemanasan global boleh memberi kesan yang negatif kepada aktiviti pertanian.

    H1 Pemanasan global boleh menyebabkan kawasan pertanian di luar bandar menjadi kering-kontangakibat kekurangan sumber air.

    H2 Tumbuh-tumbuhan yang kehilangan sumber air akan mati atau mengalami pertumbuhan yang t idak

    sempurna.

    H3 Seterusnya, akibat daripada kekurangan sumber air, tumbuh-tumbuhan terjejas dari segi tumbesaran

    kerana gangguan proses fotosintesis.

    H4 Oleh itu, tumbesaran tanaman akan mengambil masa yang panjang untuk matang dan akibatnya

    kualiti serta hasil tanaman akan terjejas dari segi tumbesaran kerana gangguan proses fotosintesis.

    c) Kesimpulan :

    A1 Pemanasan global perlu dibendung dan pelbagai pihak perlu peka melaksanakan perancangan yang

    teliti dengan mengutamakan pembangunan lestari agar alam sekitar terus terpelihara.

    Menuntut ilmu adalah merupakan satu proses yang berterusan bukan hanya menjelang waktu peperiksaan sahaja

    Catatan :