cover kmj upsr · Calon perlu menulis ucapan untuk meraikan guru kelas yang akan berpindah ke...

13

Transcript of cover kmj upsr · Calon perlu menulis ucapan untuk meraikan guru kelas yang akan berpindah ke...

Page 1: cover kmj upsr · Calon perlu menulis ucapan untuk meraikan guru kelas yang akan berpindah ke sekolah ... Bagi karangan yang berformat, pastikan menguasai format yang betul sebelum
Page 2: cover kmj upsr · Calon perlu menulis ucapan untuk meraikan guru kelas yang akan berpindah ke sekolah ... Bagi karangan yang berformat, pastikan menguasai format yang betul sebelum

012 BAHASA MELAYU PENULISAN

Bahasa Melayu SK 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

INSTRUMEN PENTAKSIRAN

Kod Mata Pelajaran : 012 (SK)

Markah Penuh : 50

Masa : 1 jam 15 minit

REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN

Kertas Bahasa Melayu Penulisan UPSR ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian

A, Bahagian B dan Bahagian C.

Bahagian A terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad yang mesti dijawab. Markah

yang diperuntukkan ialah 10.

Bahagian B terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad yang mesti dijawab. Markah

yang diperuntukkan ialah 15.

Bahagian C terdiri daripada dua (2) soalan pilihan soalan berbentuk respons terbuka dan

perlu dijawab satu (1). Markah yang diperuntukkan ialah 25.

Konstruk yang diukur ialah:

a) Keupayaan membina ayat

b) Keupayaan menggunakan kata

c) Keupayaan menggunakan kosa kata

d) Keupayaan melahirkan dan menyampaikan idea

e) Keupayaan menggunakan ejaan dan tanda baca

Page 3: cover kmj upsr · Calon perlu menulis ucapan untuk meraikan guru kelas yang akan berpindah ke sekolah ... Bagi karangan yang berformat, pastikan menguasai format yang betul sebelum

Bahasa Melayu SK 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

PRESTASI TERPERINCI Bahagian A

Calon dikehendaki menulis lima ayat yang lengkap tentang bantuan-bantuan yang dapat diberi kepada mangsa banjir berdasarkan setiap gambar.

Page 4: cover kmj upsr · Calon perlu menulis ucapan untuk meraikan guru kelas yang akan berpindah ke sekolah ... Bagi karangan yang berformat, pastikan menguasai format yang betul sebelum

Bahasa Melayu SK 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Calon mampu memindahkan maklumat dan menulis ayat yang lengkap dengan peluasan subjek dan predikat berdasarkan stimulus serta mampu memberi keterangan yang meluas. Calon menguasai kemahiran menulis dengan baik. Tiada kesalahan dari aspek tatabahasa, imbuhan, kosa kata dan ejaan. Ayat yang dibina merupakan ayat yang gramatis. Idea yang dikemukakan menepati kehendak tugasan iaitu berkaitan dengan bantuan-bantuan kepada mangsa banjir dalam kelima-lima ayat.

Page 5: cover kmj upsr · Calon perlu menulis ucapan untuk meraikan guru kelas yang akan berpindah ke sekolah ... Bagi karangan yang berformat, pastikan menguasai format yang betul sebelum

Bahasa Melayu SK 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Bahagian B

Calon dikehendaki menulis ulasan berdasarkan stimulus yang diberi iaitu tentang kes demam denggi. Calon perlu menggunakan maklumat yang terdapat dalam stimulus. Jawapan mestilah dalam bentuk perenggan dan panjangnya ulasan hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Page 6: cover kmj upsr · Calon perlu menulis ucapan untuk meraikan guru kelas yang akan berpindah ke sekolah ... Bagi karangan yang berformat, pastikan menguasai format yang betul sebelum

Bahasa Melayu SK 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Contoh Jawapan 1

Calon berupaya memahami graf dan pernyataan berkaitan kes demam denggi. Pelbagai idea tersurat dan tersirat telah digabungjalinkan untuk membuat ulasan yang jelas, tersusun dan menarik. Pengetahuan sedia ada mampu digarap untuk menghubungkaitkan stimulus dengan situasi sebenar secara kontekstual. Contoh yang dikemukakan adalah sesuai dan berkaitan dengan stimulus yang diberi. Pengolahan yang baik dan penggunaan kata serta kosa kata yang bertepatan dengan laras ulasan menjadikan evidens lebih menarik.

Page 7: cover kmj upsr · Calon perlu menulis ucapan untuk meraikan guru kelas yang akan berpindah ke sekolah ... Bagi karangan yang berformat, pastikan menguasai format yang betul sebelum

Bahasa Melayu SK 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Contoh Jawapan 2

Calon berupaya menghasilkan ulasan dengan menyatakan idea tersurat dan tersirat. Walaupun penulisan ulasan dalam satu perenggan, namun jawapan masih berdasarkan stimulus yang diberi.

Page 8: cover kmj upsr · Calon perlu menulis ucapan untuk meraikan guru kelas yang akan berpindah ke sekolah ... Bagi karangan yang berformat, pastikan menguasai format yang betul sebelum

Bahasa Melayu SK 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Bahagian C Soalan 1

Calon dikehendaki menulis karangan tentang cara-cara menghargai orang yang berbudi kepada kita. Panjang karangan hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Page 9: cover kmj upsr · Calon perlu menulis ucapan untuk meraikan guru kelas yang akan berpindah ke sekolah ... Bagi karangan yang berformat, pastikan menguasai format yang betul sebelum

Bahasa Melayu SK 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Page 10: cover kmj upsr · Calon perlu menulis ucapan untuk meraikan guru kelas yang akan berpindah ke sekolah ... Bagi karangan yang berformat, pastikan menguasai format yang betul sebelum

Bahasa Melayu SK 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Calon mampu menghasilkan idea yang menepati kehendak tugasan iaitu tentang ‘Cara-cara menghargai orang yang berbudi kepada kita’. Idea diolah dengan menarik dan ayat yang gramatis serta penggunaan kata yang tepat dan lengkap. Calon juga dapat memberikan contoh pada setiap idea yang diberi dengan huraian yang lengkap. Soalan 2

Calon perlu menulis ucapan untuk meraikan guru kelas yang akan berpindah ke sekolah lain. Panjang karangan hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Page 11: cover kmj upsr · Calon perlu menulis ucapan untuk meraikan guru kelas yang akan berpindah ke sekolah ... Bagi karangan yang berformat, pastikan menguasai format yang betul sebelum

Bahasa Melayu SK 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Pengolahan idea dengan baik dan menarik. Idea menepati kehendak tugasan iaitu tentang ucapan perpisahan untuk guru kelas yang berpindah ke sekolah lain. Laras ayat yang disampaikan juga merupakan laras ayat ucapan. Format ucapan juga lengkap dan tepat.

Page 12: cover kmj upsr · Calon perlu menulis ucapan untuk meraikan guru kelas yang akan berpindah ke sekolah ... Bagi karangan yang berformat, pastikan menguasai format yang betul sebelum

Bahasa Melayu SK 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

SARANAN KEPADA CALON Bahagian A 1. Calon mestilah membaca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan. 2. Mengenal pasti kehendak soalan berdasarkan stimulus sebelum menulis ayat. 3. Mengenal pasti idea yang terdapat pada gambar. 4. Mencatat idea yang tepat berdasarkan gambar. 5. Calon hanya perlu membina lima ayat yang lengkap. 6. Banyakkan membaca serta menjawab latihan bagi meningkatkan tahap

penguasaan kosa kata. 7. Jadikan buku teks yang dibekalkan oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian

Pendidikan Malaysia sebagai sumber rujukan utama dan bahan pembelajaran. 8. Boleh menulis nama pada watak atau pelaku yang terdapat dalam gambar atau

stimulus. 9. Digalakkan membina pelbagai ayat dengan keterangan yang meluas. 10. Tulis dengan jelas dan kemas supaya mudah difahami. Bahagian B 1. Calon perlu membaca dan memahami arahan serta kehendak soalan. 2. Fahami stimulus yang diberi. 3. Mengenal pasti idea tersurat dan tersirat . 4. Pastikan idea yang ditulis berkaitan dengan stimulus yang diberi. 5. Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan kesinambungan

antara idea. 6. Menulis jawapan dalam bentuk perenggan. 7. Bagi menghasilkan penulisan yang baik, perlu banyak menjawab latihan serta

merujuk kepada pelbagai sumber/bahan rujukan. 8. Tulis dengan jelas dan kemas supaya mudah difahami. Bahagian C 1. Calon pelu membaca dan memahami arahan serta kehendak soalan. 2. Baca kedua-dua soalan yang diberi sebelum membuat pilihan. 3. Pilih salah satu soalan yang bersesuaian dengan kebolehan. 4. Garisi kata kunci dan kata tugas soalan yang dipilih. 5. Bagi karangan yang berformat, pastikan menguasai format yang betul sebelum

menulis karangan. 6. Digalakkan membina peta minda atau kerangka karangan berdasarkan soalan

ataupun tajuk. 7. Mulakan karangan dengan pendahuluan, isi-isi dan diakhiri dengan penutup

mengikut jenis karangan. 8. Kemukakan sekurang-kurangnya tiga isi bagi setiap karangan dengan huraian

yang mantap berserta contoh dengan pengolahan ayat yang gramatis dan penyampaian yang menarik.

9. Setiap perenggan mesti dimulakan dengan ayat topik dan diikuti ayat-ayat huraian serta contoh.

10. Guna penanda wacana untuk merangkaikan ayat dengan ayat dan perenggan dengan perenggan sebagai kesinambungan tugasan.

11. Tulis dengan jelas dan kemas supaya mudah difahami.

Page 13: cover kmj upsr · Calon perlu menulis ucapan untuk meraikan guru kelas yang akan berpindah ke sekolah ... Bagi karangan yang berformat, pastikan menguasai format yang betul sebelum

Bahasa Melayu SK 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

SARANAN KEPADA GURU 1. Guru perlu mengajar dan membimbing murid menggunakan buku teks dan

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP). 2. Buku daftar kata perlu dijadikan bahan rujukan untuk menambahkan kosa kata

murid. 3. Bimbing murid untuk menguasai teknik menjawab dengan baik dan jelas

mengikut garis panduan peperiksaan. 4. Pelbagaikan strategi, kaedah dan teknik dalam pembelajaran dan pengajaran

bagi menarik minat murid. 5. Guru wajar menerangkan kekuatan dan kelemahan tugasan yang dihasilkan oleh

murid. 6. Guru perlu membimbing murid yang belum menguasai penulisan dengan

memberikan latih-tubi dan pendedahan pelbagai teknik mengarang. 7. Guru wajib memantapkan pengetahuan dan kemahiran berbahasa agar murid

faham dengan jelas. 8. Guru perlu membimbing murid menjelmakan idea tersirat yang sesuai

berdasarkan stimulus. (Bahagian B) 9. Guru mesti menilai hasil kerja murid mengikut pemeriksaan yang betul.