Kmj Bahasa Melayu Penulisan Sk Upsr 2004

download Kmj Bahasa Melayu Penulisan Sk Upsr 2004

of 14

description

bm

Transcript of Kmj Bahasa Melayu Penulisan Sk Upsr 2004

  • 012 BAHASA MELAYU SK

    Bahasa Melayu SK 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2004

    BENTUK KERTAS SOALAN Kertas Bahasa Melayu Ujian Penulisan 012/1 mengandungi 2 soalan: Soalan 1 - Soalan pilihan. Calon dikehendaki memilih sama ada Soalan 1(a) atau

    Soalan 1(b). Soalan 2 - Soalan wajib dan tiada pilihan. Bagi setiap soalan, panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan. Masa yang diberi untuk menjawab kedua-dua soalan ialah selama 1 jam. PRESTASI KESELURUHAN Prestasi keseluruhan calon adalah memuaskan. Bilangan calon yang mendapat markah pada tahap cemerlang dan baik meningkat. Calon memahami tugasan soalan dan menguasai kemahiran mengarang dengan baik. Calon dapat melahirkan idea yang kritis serta huraian isi dengan bernas. Hasil penulisan semakin baik dan menyakinkan serta menepati peraturan pemarkahan yang ditetapkan. Gaya penulisan semakin menarik dan berkesan serta menampilkan kematangan. Penguasaan hukum dan sistem bahasa dalam penulisan juga semakin mantap. Namun begitu, masih ada calon yang berada pada tahap pencapaian rendah, tetapi bilangannya semakin berkurangan. Faktor utama keadaan ini kerana calon tidak dapat menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Calon Dalam Kumpulan Tinggi Calon memahami arahan dan kehendak soalan dengan jelas. Isi yang ditulis menepati dan sesuai serta melebihi daripada yang sepatutnya. Setiap isi dikembangkan dengan huraian lanjut dan disertakan contoh yang berkaitan serta sesuai. Setiap perenggan mempunyai kesinambungan dengan sebelum ataupun yang berikutnya. Kebanyakan calon dapat menyampaikan isi karangan dengan gaya penulisan yang berkesan dan gramatis. Hukum dan sistem bahasa dikuasai dengan baik. Calon juga dapat menulis mengikut format yang dikehendaki dengan tepat dan tulisan yang kemas serta mudah dibaca. Walau bagaimanapun masih ada sedikit kesilapan dari segi tanda baca dan ejaan; tertinggal huruf atau tulisan bersambung yang mengelirukan contohnya huruf a nampak seperti huruf o atau u.

    Calon Dalam Kumpulan Sederhana Tinggi Calon masih dapat memahami kehendak soalan. Isi yang ditulis tidak mencukupi dan huraiannya ringkas sahaja. Ada juga calon yang mengemukakan isi yang banyak tanpa huraian. Calon membuat banyak kesalahan dari segi bahasa terutama imbuhan, tanda baca dan ejaan.

  • Bahasa Melayu SK 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2004

    Calon Dalam Kumpulan Sederhana Rendah Calon kurang memahami kehendak soalan dan kurang menguasai kemahiran mengarang dengan baik. Isi yang dikemukakan tidak mencukupi. Hasil penulisan tidak jelas dan sukar difahami. Malah, terdapat juga hasil penulisan tidak ada kaitan langsung dengan tugasan soalan. Calon mengarang berdasarkan pengetahuan sedia ada dan tidak dapat mengembangkan isi dengan baik. Penggunaan kosa kata yang kurang tepat dan banyak kesalahan sturktur ayat serta format yang tidak lengkap atau salah format. Calon Dalam Kumpulan Rendah Calon tidak memahami kehendak soalan dan tidak dapat menguasai kemahiran menulis. Calon menghasilkan bentuk penulisan yang tersendiri sekadar untuk memenuhi masa menjawab soalan. Oleh itu, karangan yang dihasilkan tidak menepati tajuk dan terpesong. Penguasaan hukum bahasa amat lemah. Masih ada calon yang hanya menyalin soalan sahaja. Hasil penulisan juga tidak kemas dan tulisan sukar dibaca. PRESTASI TERPERINCI Soalan 1(a) Tulis karangan yang bertajuk, Faedah Membaca. Soalan ini menghendaki calon menulis tentang faedah yang didapati hasil daripada membaca pelbagai jenis bahan bacaan. Membaca adalah satu aktiviti rutin semua calon. Membaca juga merupakan antara topik popular dalam pengalaman hidup sebagai seorang pelajar. Justeru itu, banyak calon yang dapat mengemukan pelbagai isi yang bernas dan mantap berkaitan dengan tajuk Faedah Membaca. Setiap isi dihuraikan dengan baik dan disertai dengan contoh yang sesuai serta menarik. Kesinambungan antara isi dan perenggan cukup baik. Karangan mempunyai pendahuluan, isi dan penutup. Gaya bahasa penulisan yang menjurus pada bentuk perbincangan atau penerangan yang agak mudah telah memberi peluang kepada calon yang berkebolehan menghasilkan karangan yang baik dan meyakinkan. Contoh 1: Pendahuluan dan huraian isi yang baik.

  • Bahasa Melayu SK 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2004

    Contoh 2: Isi dan huraian beserta contoh yang baik.

    Contoh 3: Penutup yang baik dan menepati tajuk.

    Calon lemah kurang memahami kehendak soalan. Calon tidak memahami maksud perkataan faedah. Oleh itu, calon menulis perkara lain yang berkaitan dengan aktiviti membaca. Contohnya menulis dalam bentuk cerita tentang aktiviti diri sendiri, bahan bacaan, sumber bahan bacaan, peranan ibu bapa dan tidak menfokus kepada faedah membaca. Contoh 4: Tidak memahami soalan dan menulis tentang aktiviti membaca.

  • Bahasa Melayu SK 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2004

    Contoh 5: Calon menulis tentang bahan bacaan tetapi masih ada isi yang berkaitan.

    Contoh 6: Tidak memahami soalan dan menullis tentang aktiviti diri sendiri.

    Contoh 7: Calon keliru dan tidak memahami maksud perkataan faedah.

  • Bahasa Melayu SK 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2004

    Kesilapan Yang Sering Kali Ditemui Penguasaan kosa kata yang terhad dan tidak menepati laras bahasa yang betul. Calon juga melakukan pelbagai kesalahan yang berkaitan dengan sistem bahasa dan ayat yang tidak gramatis. Calon juga cuai dari aspek imbuhan, tanda baca dan ejaan. Contoh 8: Banyak kesalahan bahasa dan isi yang berulang.

  • Bahasa Melayu SK 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2004

    Soalan 1(b) Kamu telah menyertai perkhemahan unit beruniform sekolah. Kamu telah ditugaskan menulis laporan tentang perkhemahan itu.

    Soalan ini menghendaki calon menulis laporan tentang aktiviti atau peristiwa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas perkhemahan. Calon memahami kehendak dan tugasan soalan. Isi yang dikemukakan bernas dan berkaitan dengan tajuk serta ada huraian yang lengkap. Urutan aktiviti yang ditulis tersusun mengikut masa dan tempat yang sesuai. Keadaan ini menunjukkan calon ada pengalaman dalam menyertai aktiviti perkhemahan. Format laporan yang ditulis lengkap dan menepati. Karangan lengkap dengan pendahuluan, isi (aktiviti) dan penutup yang baik serta menarik. Contoh 1: Pendahuluan dan urutan aktiviti tersusun mengikut masa dan tempat yang sesuai.

  • Bahasa Melayu SK 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2004

    Contoh 2: Penutup yang baik dan menepati tajuk.

    Contoh 3: Penutup format yang betul.

    Kelemahan calon yang ketara dapat dilihat daripada contoh di bawah. Contoh 4: Calon tidak merancang karangan terlebih dahulu sebelum menulis. Oleh itu, aktiviti

    perkhemahan kurang diberi penekanan. Urutan isi juga tidak teratur. Laporan tidak menepati tajuk.

  • Bahasa Melayu SK 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2004

    Contoh 5: Format laporan yang salah dan banyak kesalahan bahasa tetapi masih ada isi.

    Contoh 6: Kesalahan bahasa dan penutup format yang kurang tepat.

  • Bahasa Melayu SK 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2004

    Calon melakukan pelbagai kesilapan di bahagian format; tiada tajuk, pengakuan pelapor atau tarikh. Ada calon yang menulis pengakuan pelapor dan tarikh di tempat yang salah. Calon juga melakukan pelbagai kesalahan yang berkaitan dengan sistem bahasa dan ayat yang tidak gramatis. Calon juga cuai dari aspek imbuhan, tanda baca dan ejaan. Jawapan mereka menunjukkan bahawa mereka tidak tahu menggunakan huruf besar dan kecil pada tempat yang sepatutnya. Contoh 7: Kesalahan bahasa yang jelas dalam semua aspek.

    Soalan 2 Akhiri karangan kamu dengan ayat di bawah. Aku tersenyum gembira. Peristiwa itu menjadi kenangan manis pada diriku. Soalan ini menghendaki calon menulis sebuah cerita yang menggambarkan suatu peristiwa yang menjadi kenangan manis pada dirinya dan diakhiri dengan ayat diberikan. Kekuatan Calon Calon dapat memahami tugasan soalan dan menguasai tajuk dengan baik. Calon telah menghasilkan pelbagai kisah dalam bentuk yang menarik dan berkesan. Calon mampu melahirkan pengalaman sendiri. Karangan yang dihasilkan mempunyai pendahuluan dan urutan peristiwa atau kejadian serta penutup yang baik. Peristiwa atau kejadian mempunyai kesinambungan serta digabungkan dalam bentuk penyampaian yang matang. Calon berjaya menunjukkan bahawa mereka faham maksud peristiwa manis Contoh 1: Pendahuluan dan urutan peristiwa yang menarik.

  • Bahasa Melayu SK 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2004

    Contoh 2: Kesinambungan cerita dan penutup yang berkesan.

    Calon lemah kurang memahami kehendak soalan. Mereka keliru maksud kenangan manis, kenangan pahit dan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Oleh itu, mereka menulis mengikut taksiran sendiri serta tidak menampakkan peristiwa manis sebagaimana kehendak soalan. Pendahuluan karangan terlalu panjang berbanding dengan isi utama. Penutup karangan tidak menggunakan ayat yang diberikan. Terdapat pelbagai kesalahaan sistem bahasa apabila dimasukkan cakap ajuk dalam penulisan. Contoh 3: Ayat yang tidak gramatis kerana sedikit kesalahan penggunaan perkataan.

  • Bahasa Melayu SK 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2004

    Contoh 4: Calon kurang memahami kehendak soalan. Terdapat juga calon yang menulis ayat penutup yang diberi dalam soalan di pendahuluan cerita. Calon keliru maksud kenangan manis dan kenangan pahit. Oleh itu, calon menulis mengikut taksiran sendiri dan tidak menceritakan tentang peristiwa manis.

    Contoh 5: Penutup yang tidak menggunakan ayat diberi dan ditulis dalam bentuk format.

  • Bahasa Melayu SK 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2004

    Kesilapan Yang Sering Kali Ditemui Calon tidak dapat membeza antara kenangan manis dengan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Calon juga menulis ayat dialog / kata bual dalam karangan tanpa menggunakan tanda baca yang lengkap atau tiada tanda baca langsung. Kesilapan penggunaan kata ganti diri pertama, kedua dan ketiga. Calon juga cuai dari aspek imbuhan, tanda baca dan ejaan. Tidak tahu menggunakan huruf besar dan kecil pada tempat yang sepatutnya. Contoh 6: Tidak menepati tajuk dan banyak kesalahan bahasa.

    Contoh 7: Kesalahan isi. Calon menulis dalam bentuk mimpi dan menggunakan kata bual

    tanpa tanda baca yang betul.

  • Bahasa Melayu SK 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2004

    SARANAN KEPADA CALON 1. Banyakkan membaca buku dan contoh karangan untuk menambahkan kosa kata dan

    idea dalam mengarang. 2. Perlu membuat latih tubi menulis karangan berformat untuk menguasai format yang

    betul. 3. Baca dan fahami soalan dengan teliti untuk mengenalpasti kehendak soalan/tajuk dan

    format yang sebenar. 4. Garis kata kunci soalan supaya tidak terpesong daripada tajuk. 5. Sebelum mengarang pastikan soalan yang dipilih difahami dan dikuasai dengan baik. 6. Buat rangka karangan/peta minda sebelum menulis karangan. 7. Susun isi mengikut urutan keutamaan. 8. Semak semula karangan yang ditulis dan buat pembetulan. 9. Elakkan menulis cerita mimpi, perkara atau pengalaman yang bersifat negatif. 10. Perbaiki tulisan supaya lebih kemas dan mudah dibaca. SARANAN KEPADA GURU 1. Banyakkan aktiviti lisan dan bacaan sebelum mengajar menulis sesuatu karangan. 2. Kaedah tutur dan dengar, murid membina dan menulis ayat semula. 3. Bahan rangsangan digunakan untuk menarik minat murid. 4. Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa perlu diberi penekanan. 5. Bincang tajuk karangan tentang perkara persekitaran murid dan aktiviti sekolah. 6. Berdasarkan satu tema pelbagai bentuk atau jenis karangan boleh ditulis. 7. Banyakkan latihan untuk memantapkan penguasaan murid dalam penulisan. 8. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran penulisan. 9. Beri tumpuan dan bimbingan khusus kepada murid yang lemah. 10. Memajukan diri dengan menghadiri bengkel dan seminar berkaitan Bahasa Melayu.

  • Bahasa Melayu SK 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2004