KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan...

29
022-032/1 BAHASA MELAYU SJK Bahasa Melayu SJK 1 KupasanMutuJawapan UPSR 2012 INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kod Mata Pelajaran : 012 (SK), 022 (SJKC), 032 (SJKT) Bentuk Ujian : Ujian Subjektif Markah Penuh : 60 Masa : 1 jam 15 minit REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kertas Bahasa Melayu Penulisan UPSR ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad yang mesti dijawab. Markah yang diperuntukan ialah 10. Bahagian B terdiri daripada tiga (3) soalan pilihan soalan berbentuk respons terbuka dan perlu dijawab satu (1). Markah yang diperuntukan ialah 30. Bahagian C terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad yang mesti dijawab Markah yang diperuntukan ialah 20. Konstruk yang diukur ialah: a) Keupayaan membina ayat b) Keupayaan menggunakan kata c) Keupayaan menggunakan kosa kata d) Keupayaan melahirkan dan menyampaikan idea e) Keupayaan menggunakan ejaan dan tanda baca PRESTASI CALON SECARA KESELURUHAN Secara keseluruhannya prestasi calon pada tahun ini baik. Calon dapat menulis jawapan mengikut kehendak soalan. Calon dapat memberikan isi yang bernas dan menyampaikannya dengan struktur ayat yang betul. Calon juga menggunakan pelbagai imbuhan, kata ganda dan kata majmuk yang betul. Penggunaan kosa kata oleh calon dalam jawapan sangat meluas. Kesalahan ejaan dan tanda baca yang dilakukan oleh calon sangat sedikit. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Kumpulan Tinggi Calon dalam kumpulan ini menguasai kemahiran menulis dengan baik. Calon dapat menjawab menepati kehendak soalan. Pengolahan isi sangat jelas, tepat, tersusun dan menarik. Kesalahan bahasa seperti ejaan dan tanda baca amat sedikit dan tidak menjejaskan jawapan calon.

Transcript of KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan...

Page 1: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

022-032/1 BAHASA MELAYU SJK

Bahasa Melayu SJK 1 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kod Mata Pelajaran : 012 (SK), 022 (SJKC), 032 (SJKT) Bentuk Ujian : Ujian Subjektif Markah Penuh : 60 Masa : 1 jam 15 minit

REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kertas Bahasa Melayu Penulisan UPSR ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad yang mesti dijawab. Markah

yang diperuntukan ialah 10. Bahagian B terdiri daripada tiga (3) soalan pilihan soalan berbentuk respons terbuka dan

perlu dijawab satu (1). Markah yang diperuntukan ialah 30. Bahagian C terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad yang mesti dijawab Markah yang

diperuntukan ialah 20. Konstruk yang diukur ialah: a) Keupayaan membina ayat b) Keupayaan menggunakan kata c) Keupayaan menggunakan kosa kata d) Keupayaan melahirkan dan menyampaikan idea e) Keupayaan menggunakan ejaan dan tanda baca

PRESTASI CALON SECARA KESELURUHAN Secara keseluruhannya prestasi calon pada tahun ini baik. Calon dapat menulis jawapan mengikut kehendak soalan. Calon dapat memberikan isi yang bernas dan menyampaikannya dengan struktur ayat yang betul. Calon juga menggunakan pelbagai imbuhan, kata ganda dan kata majmuk yang betul. Penggunaan kosa kata oleh calon dalam jawapan sangat meluas. Kesalahan ejaan dan tanda baca yang dilakukan oleh calon sangat sedikit. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Kumpulan Tinggi Calon dalam kumpulan ini menguasai kemahiran menulis dengan baik. Calon dapat menjawab menepati kehendak soalan. Pengolahan isi sangat jelas, tepat, tersusun dan menarik. Kesalahan bahasa seperti ejaan dan tanda baca amat sedikit dan tidak menjejaskan jawapan calon.

Page 2: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 2 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

Kumpulan Sederhana Calon dalam kumpulan ini memahami arahan dan kehendak soalan. Isi yang dikemukakan mudah dan ringkas. Calon menggunakan ayat tunggal dalam jawapan. Kata dan kosa kata yang digunakan terhad dan kurang sesuai dengan soalan. Terdapat kesalahan dalam struktur ayat, imbuhan, ejaan dan tanda baca tetapi tidak menjejaskan ayat. Penyampaian dan pengolahan idea yang mudah dan ringkas dengan penyampaian yang kurang menarik. Jawapan juga tidak disertai dengan huraian dan contoh.

Kumpulan Rendah Calon dalam kumpulan ini tidak memahami kehendak soalan. Pengolahan idea tidak jelas dan tidak tepat. Calon melakukan banyak kesalahan struktur ayat, kata, kosa kata, ejaan dan tanda baca.   

Page 3: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 3 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

PRESTASI TERPERINCI Bahagian A

Kehendak Soalan Calon dikehendaki menulis lima ayat tentang suasana atau aktiviti ketika pertandingan nyanyian berdasarkan gambar yang diberi. Contoh: Menyanyi, menyusun, mencatat, menonton, meriah

Page 4: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 4 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

Kekuatan Calon

Calon dapat menulis ayat yang lengkap dan menepati gambar yang diberi. Ayat yang ditulis menepati kehendak soalan. Calon menggunakan perbendaharaan kata yang meluas seperti juruacara, mencatat markah, menyusun pingat, menunggu giliran, meriah, menyokong peserta dan hakim yang adil. Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah betul dan tepat.

Page 5: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 5 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

Kelemahan Calon

Ayat yang ditulis oleh calon tidak sesuai dengan gambar. Perbendaharaan kata yang digunakan oleh calon amat terhad. Terdapat banyak kesalahan struktur ayat. Calon tidak menguasai tanda baca dan ejaan. .

Page 6: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 6 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

Kesilapan Calon

Calon melakukan kesilapan daripada aspek penggunaan kata dan kosa kata. Contoh: trofi ditulis cawan atau trophy markah ditulis marks hadiah ditulis anugerah juruacara ditulis pengumum

Page 7: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 7 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

Bahagian B Soalan 1 Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat. Semua murid berjalan ke arah pintu pagar. Tiba-tiba... Mulakan karangan kamu dengan, Tiba-tiba ... Kehendak Soalan Calon dikehendaki melengkapkan cerita berkaitan peristiwa yang sesuai berlaku selepas loceng tamat persekolahan berbunyi. Calon boleh menyampaikan pelbagai cerita yang munasabah seperti kemalangan, kebakaran, kejadian ragut dan yang berkaitan.

Page 8: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 8 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

Kekuatan Calon

Calon memahami kehendak soalan yang diberi iaitu menyambung cerita. Calon dapat menulis karangan ini dengan baik kerana tajuk ini tidak membataskan idea calon dan idea yang dikehendaki berada dalam pengalaman serta pengetahuan calon. Calon dapat menulis ayat majmuk yang lengkap mengandungi perbendaharaan kata yang meluas. Pengolahan idea calon sangat baik, penyampaian yang jelas, tersusun dan menarik.

Page 9: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 9 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

Kelemahan Calon

Calon mempunyai idea tetapi pengolahan idea tidak jelas, tidak tepat dan tidak berkaitan dengan kehendak soalan. Penyampaian idea calon tidak menarik. Perbendaharaan kata yang diguna oleh calon sangat terhad. Calon melakukan banyak kesalahan struktur ayat, ejaan dan tanda baca.

Page 10: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 10 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

Kesilapan Calon

Calon tersalah tafsir perkataan dalam ayat rangsangan (stimulus) bagi soalan. Perkataan ‘loceng’ dijadikan watak dalam karangan.

Page 11: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 11 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

Soalan 2 Kamu telah berkenalan dengan seorang murid yang baru berpindah ke kelas kamu. Ceritakan latar belakang kawan baharu kamu. Kehendak Soalan Calon dikehendaki menulis karangan tentang latar belakang kawan baharu seperti nama, tarikh lahir, keluarga, cita-cita, sekolah terdahulu dan lain-lain yang berkaitan.

Page 12: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 12 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

Kekuatan Calon

Page 13: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 13 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

Calon memahami kehendak soalan yang diberi iaitu latar belakang kawan baharu. Calon tidak menghadapi masalah menulis dan mengolah idea karangan kerana tajuk ini dalam pengetahuan dan pengalaman calon. Calon menggunakan perbendaharaan kata yang betul dan meluas. Pengolahan idea sangat baik dan penyampaian yang jelas, tersusun dan menarik.

Page 14: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 14 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

Kelemahan Calon

Calon mempunyai idea tetapi pengolahan idea tidak jelas, tidak tepat dan tidak berkaitan dengan kehendak soalan. Penyampaian idea calon tidak menarik. Perbendaharaan kata yang digunakan oleh calon sangat terhad. Calon melakukan banyak kesalahan struktur ayat, ejaan dan tanda baca.

Page 15: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 15 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

Kesilapan Calon

Jawapan calon tidak berkaitan dengan kehendak soalan iaitu latar belakang kawan baharu. Calon menulis tentang aktiviti semasa yang dilakukan bersama-sama kawan baharu.

Page 16: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 16 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

Soalan 3 Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang coklat. Sebagai setiausaha, kamu dikehendaki menulis sepucuk surat kepada Guru Besar bagi memohon kebenaran untuk mengadakan lawatan tersebut. Tulis surat itu selengkapnya. Kehendak Soalan Calon dikehendaki menulis sepucuk surat rasmi kepada guru besar di sekolahnya untuk memohon kebenaran mengadakan lawatan ke kilang coklat dengan format surat kiriman rasmi yang betul. Antara isi yang dicadangkan seperti tujuan surat, butiran lawatan seperti tarikh, masa, cara pergi, objektif lawatan dan harapan.

Page 17: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 17 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

Kekuatan Calon

Page 18: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 18 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

Page 19: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 19 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

Calon dapat menulis karangan mengikut format surat kiriman rasmi dengan betul. Calon menggunakan perbendaharaan kata yang betul dan meluas. Pengolahan idea sangat baik dan penyampaian yang jelas, tersusun dan menarik. Kelemahan Calon

Page 20: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 20 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

Page 21: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 21 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

Calon mempunyai idea tetapi pengolahan idea tidak jelas, tidak tepat dan tidak berkaitan dengan kehendak soalan. Penyampaian idea calon tidak menarik. Perbendaharaan kata yang diguna oleh calon sangat terhad. Calon melakukan banyak kesalahan format surat, struktur ayat, ejaan dan tanda baca. Kesilapan Calon

Page 22: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 22 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

Page 23: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 23 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

Calon menulis tidak menepati format surat kiriman rasmi. Jawapan calon tidak menepati kehendak soalan.

Calon menulis surat kepada pengurus kilang sedangkan arahan soalan kepada guru besar.

Page 24: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 24 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

Bahagian C

Page 25: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 25 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

Kehendak Soalan Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang sesuai daripada petikan syarahan. Antara nilai murni yang diterima ialah menepati masa, peramah, berdisiplin, dan bertanggungjawab. Kekuatan Calon

Calon dapat menulis empat nilai yang betul berserta huraian lengkap berdasarkan petikan yang diberi. Calon menggunakan ayat yang gramatis, imbuhan, kosa kata, penanda wacana, tanda baca dan ejaan yang betul.

Page 26: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 26 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

Kelemahan Calon

Sebahagian calon dapat menyatakan nilai tetapi huraiannya tidak bertepatan dengan petikan yang diberi. Selain itu, ada calon yang tidak dapat menyatakan nilai yang tepat serta tidak dapat menyatakan nilai yang tersirat dalam petikan.

Page 27: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 27 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

Kesilapan Calon

Calon gagal menulis empat nilai yang berbeza dalam jawapan. Terdapat calon menulis nilai yang sama maksud walaupun huraian dan contoh berbeza. Contoh kesilapan: Berdisiplin dan mematuhi peraturan dianggap sebagai dua nilai yang berbeza sedangkan nilai tersebut adalah sama maksud.

Page 28: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 28 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

SARANAN KEPADA CALON Bahagian A

1. Calon mestilah membaca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan. Calon perlu mengenal pasti kehendak soalan iaitu suasana yang terdapat dalam gambar sebelum menulis ayat.

2. Bulatkan aktiviti atau suasana yang dilakukan oleh pelaku (watak). Seterusnya, calon perlu menulis dan mencatat kata kerja yang tepat berkaitan gambar yang telah dibulatkan. Kemudian, calon dikehendaki membina lima ayat yang lengkap. Setiap ayat mestilah ditulis dalam bentuk pernomboran (1 hingga 5). Setiap nombor mempunyai satu ayat sahaja. Calon diingatkan hanya menulis lima ayat. Bahagian B

1. Calon perlu membaca dan memahami arahan dan kehendak soalan. Baca ketiga-tiga soalan yang diberi sebelum membuat pilihan. Garisi kehendak soalan yang dibaca tadi. Kemudian, pilih soalan yang boleh dikuasai dengan baik. Bagi karangan yang berformat, calon hendaklah menulis karangan dengan format yang betul.

2. Sebelum menulis, calon hendaklah membina rangka karangan berdasarkan kehendak soalan. Karangan mestilah dimulakan dengan pendahuluan, pemerengganan isi dan diakhiri dengan penutup. Bahagian C

1. Calon perlu membaca dan memahami arahan dan kehendak soalan. Fahami petikan yang diberi dan garisi ayat yang mempunyai nilai. Calon perlu mencatat nilai yang tepat berdasarkan ayat yang telah digarisi.

2. Sebaik-baiknya nilai ditulis mengikut urutan. Pastikan nilai dan huraian mesti berkaitan dengan petikan yang diberi. Calon dikehendaki menulis jawapan dalam satu perenggan sahaja. Bagi menghasilkan jawapan yang baik, calon perlu menggunakan penanda wacana yang sesuai seperti di samping itu, selain itu, seterusnya dan sebagainya.

3. Calon perlu menyemak semula setiap jawapan yang telah ditulis. Calon perlu mengelakkan pengaruh bahasa ibunda dalam ayat. Bagi menghasilkan penulisan yang baik, calon perlu banyak membuat latihan penulisan serta membuat rujukan daripada pelbagai sumber.

Page 29: KMJ BM 022 & 032 2012 - gurubesar.my · Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon dalam jawapan adalah ... Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat berserta contoh yang

Bahasa Melayu SJK 29 KupasanMutuJawapan UPSR 2012

 

SARANAN KEPADA GURU

1. Guru perlu menggunakan buku teks dalam pengajaran serta bahan rujukan lain sebagai

panduan. Penggunaan Buku Daftar Kata yang dibekalkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum haruslah dititikberatkan bagi peluasan kosa kata murid.

2. Pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik boleh digunakan oleh guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran bagi menarik minat murid. Teknik membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang mantap dan menarik.

3. Bagi membantu murid mengatasi kelemahan dalam penulisan, guru perlulah memberi bimbingan secara terperinci berkaitan kekuatan dan kelemahan tugasan yang dihasilkan oleh murid. Hasil-hasil karangan yang cemerlang bolehlah dipamerkan di sudut bacaan atau di ruangan bahasa sebagai satu rangsangan kepada murid lain untuk dijadikan contoh.

4. Dalam proses pembelajaran dan pengajaran, setiap kemahiran dengar tutur, membaca dan menulis perlu dilaksanakan bagi memastikan murid menguasai kemahiran asas bagi menghasilkan karangan yang baik. Guru perlu memberi perhatian kepada murid yang masih belum menguasai penulisan dengan memberikan pelbagai bentuk latihan seperti karangan berpandu, karangan separa berpandu, karangan terkawal, karangan separa terkawal serta karangan bebas mengikut tahap kemampuan murid.

5. Kepelbagaian jenis karangan wajar didedahkan kepada murid dengan memberi contoh-contoh sebagai bahan rangsangan. Guru mestilah memberi penerangan dan penekanan format karangan agar murid dapat menulis karangan yang lengkap dengan tepat.