cth tesis

4
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1. Pengenalan Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah kajian. Bab ini mengupas mengenai bagaimanakah bentuk kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan bagi menghasilkan latihan ilmiah ini. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif, metodologi yang dirangka adalah meilbatkan pemilihan reka bentuk, kaedah pengumpulan data, penentukan populasi dan pemilihan sampel, dan kaedah menganalisis data.

description

BAB 3

Transcript of cth tesis

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1. PengenalanMetodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah kajian. Bab ini mengupas mengenai bagaimanakah bentuk kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan bagi menghasilkan latihan ilmiah ini. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif, metodologi yang dirangka adalah meilbatkan pemilihan reka bentuk, kaedah pengumpulan data, penentukan populasi dan pemilihan sampel, dan kaedah menganalisis data.

3.2. Instrumen KajianInstrumen kajian merupakan peralatan yang digunakan ketika menjalankan sesuatu kajian. Dalam latihan ilmiah terdapat beberapa kaedah digunakanbagi tujuan pengumpulan data. Kaedah kajian yang saya gunakan adalah kaedah kuantitatif dan data dianalisis menggunakan excel. Instrumen kajian yang digunakan adalah bergantung kepada pengumpulan data primer dan juga data sekunder.

3.2.1 Jenis dataData primer adalah secara langsung diambil dari objek atau penelitian oleh perseorangan atau organisasi.Data sekunder adalah data yang didapati tidak secara langsung dari penelitian. Penelitian mendapatkan data yang sudah jadi yang dikumpulkan oleh pihak lain dengan pelbagai cara atau metode baik secara komersial atau bukan komersial.Data boleh dibahagikan kepada:1) Data kuantitatifData kuantitatif adalah data yang berbentuk angka angka.2) Data kualitatifData kualitatif adalah data yang disajikan dalam bentuk kata kata yang mengandungi makna.

3.2.2 Pengumpulan Data primerData primer merupakan data asal yang dikumpul secara khususnya untuk menjawab persoalan kajian.Berdasarkan kaedah ini, satu borang soal selidik akan diedarkan kepada pengunjung yang datang ke Taman Bukit Tawau untuk melihat persepsi pengunjung mengenai peranan pihak pengurusan Taman-Taman Sabah di Taman Bukit Tawau dari segi aspek ekopelancongan, pemeliharaan dan juga pemuliharaan Alam Sekitar di Taman Bukit Tawau.Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci sesi temu bual merupakan kaedah yang dilihat berkesan untuk membincangkan mengenai peranan pihak pengurusan Taman-Taman Sabah itu sendiri di Taman Bukit Tawau dari segi aspek ekopelancongan, pemeliharaan dan juga pemuliharaan Alam Sekitar di Taman Bukit Tawau. Dalam kajian ini, sesi temu bual dilakukan dengan pegawai yang bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat mengenai jumlah kemasukan pengunjung ke Taman Bukit Tawau, tarikan dan juga keunikan Taman Bukit Tawau, peranan yang dilakukan oleh pihak pengurusan Taman-Taman Tawau, masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan Taman-Taman Sabah, langkah penyelesaian bagi mengatasi masalah yang dihadapi, perancangan dan harapan pada masa akan datang.Pemerhatian dikawasan kajian dilakukan bagi melihat sendiri aspek pembangunan pelancongan lestari di Taman Bukit Tawau bagi menentukan aspek yang diselidiki dan diteliti.3.2.3 Kaedah pengumpulan data sekunderData sekunder merupakan data yang telah dikumpulkan oleh pengkaji lain. Ia adalah data yang pada awalnya digunakan bagi menjawab persoalan kajian yang dijalankan oleh penyelidik pada masa kini.Untuk mendapatkan maklumat, kaedah melayari internet turut digunakan iaitu untuk mengambil maklumat daripada laman web yang berkaitan dengan pembangunan pelancongan seperti Kementerian Pelancongan, World Tourism Organization (UNWTO) dan juga daripada thesis serta jurnal. Maklumat yang diperolehi dapat membantu dalam menjawab beberapa persoalan mengenai kajian ini. Selain itu kaedah kepustakaan juga dilakukan iaitu untuk mengumpul maklumat daripada buku-buku yang menulis mengenai pelancongan ataupun pembangunan pelancongan lestari.

3.3. Analisis DataData dianalisis menggunakan formula yang berikut :

Min =A+B

n

Median=N+1

2

3.4. Kesimpulan