D20102043041KBP3033TUGASAN2

36
PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013 KBP3033 PENDIDIKAN SENI MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS TUGASAN 2 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON ATIFAH BINTI TUMIN D20102043041 0193300904 KUMPULAN UPSI 08 (A122PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: PUAN HAJJAH KAMALIAH BINTI MUHAMMAD TARIKH SERAH: 28 APRIL 2013 PEMARKAHAN 2 . ESEI a) b) 3 FORUM JUMLAH

description

Muzik dan kreativiti Kanak-kanak Pendidikan Khas.

Transcript of D20102043041KBP3033TUGASAN2

Page 1: D20102043041KBP3033TUGASAN2

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013

KBP3033 PENDIDIKAN SENI MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

TUGASAN 2

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

ATIFAH BINTI TUMIN D20102043041 0193300904

KUMPULAN

UPSI 08 (A122PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: PUAN HAJJAH KAMALIAH BINTI MUHAMMAD

TARIKH SERAH: 28 APRIL 2013

PEMARKAHAN

2. ESEIa)b)

3 FORUM

JUMLAH

Page 2: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Assalamualaikum W.b.t. Syukur Alhamdulillah bersyukur saya  ke hadrat Allah s.w.t kerana

dengan limpah kurnianya, maka dapatlah saya menjalankan dan menyempurnakan Kajian

Tindakan pada kali ini.

Sememangnya peluang yang diberikan kepada saya ini, banyak mematangkan diri dan

pemikiran saya untuk membina keyakinan dalam diri untuk membantu murid-murid

berkeperluan khas masalah pembelajaran khususnya untuk meningkatkan tahap kemahiran

menyanyi mengikut teori muzik sambil membuat gerakan.

Setinggi- tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Puan Hajah Kamaliah binti Mohammad,

Puan Guru Besar SK Ayer Keroh serta guru- guru rakan seperjuangan yang terlibat secara

langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan kajian tindakan yang telah saya

usahakan ini..

Dengan garapan idea, sokongan, tenaga dan pengalaman mereka, maka dapatlah saya

menyiapkan kertas kerja kajian tindakan ini dengan baik , demi membantu murid-murid

meningkatkan keyakinan diri untuk menunjukkan potensi dan bakat mereka dalam Dunia

Muzik.

Wassalam.

.

1

ATIFAH BINTI TUMINSK AYER KEROH

MELAKA

Page 3: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

ISI KANDUNGAN

Perkara Halaman

A Abstrak 3

BIsi Kandungan

1.0 Pendahuluan 4

2.0 Kajian literatur

2.1 Sejarah 5

2.2 Latarbelakang 7

3.0 Metadologi

3.1 Responden 8

3.2 Kaedah 9

3.3 Dapatan Kajian 10

4.0 Rancangan Pengajaran Harian 13

5.0 Penutup/Cadangan 15

C Bibliografi/Rujukan

D Lampiran

2

Page 4: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

3

Page 5: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

A. ABSTRAK KAJIAN

Muzik dan gerakan adalah dua aktiviti yang dilakukan serentak dan kebiasaannya

semua murid sememangnya seronok terhadap aktiviti yang dijalankan. Bagaimana pun

bagi murid berkeperluan khas masalah pembelajaran , aktiviti muzik yang dijalankan

kadang kala tidak dapat memberikan kepuasan kepada guru dan murid itu sendiri. Oleh

itu tujuan kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk menarik minat murid untuk

melibatkan diri di dalam aktiviti di dalam bilik darjah terutamanya menyanyi mengikut lirik

dan tempo yang betul. 2 orang murid telah saya pilih di kalangan murid berkeperluan

khas masalah pembelajaran Tahun 2. Pemilihan mereka dibuat berdasarkan

pemerhatian saya sejak Januari hingga Mac 2013 dimana mereka didapati kurang aktif

dan malu untuk melibatkan diri dalam aktiviti muzik dan gerakan semasa aktiviti ini

dijalankan di dalam bilik darjah. Mereka juga tidak dapat menghafal lirik lagu yang

diberikan dan diperdengarkan malahan tidak mahu menyanyi dan menari semasa irama

lagu dimainkan. Memandangkan masa pembelajaran Dunia Muzik seminggu hanya 30

minit, saya perlu memilih strategi yang ringkas dan berkesan bagi mengatasi isu yang

telah saya pilih. Bagi menjalankan kajian ini saya telah memilih kaedah pengulangan lirik

lagu dan mendengar lagu berulang kali sambil menari atau bergerak mengikut lirik. Hasil

dapatan ini, murid berkeperluan khas sukar untuk membaca lirik tetapi mudah

menghafal lirik lagu yang diajarkan oleh guru secara berulang bersama iringan muzik.

Seiringan dengan ulangan , saya memasukkan elemen gerakan mengikut lirik dan

menyanyi dan menari bersama murid tersebut secara bergilir pasangan. Apabila muzik

dimainkan sahaja, dua orang subjek kajian ini terus menggoyangkan badan sebagai

simbol mereka menunjukkan minat untuk menyanyi dan bergerak mengikut lirik

bersama-sama rakan yang lain. Walaupun mereka tidak dapat menyebut lirik dengan

jelas, saya berpuashati kerana berjaya melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang disediakan. Saya juga mengabungkan pendekatan Edwin Gordon

yang mana ia lebih memberikan penumpuan pengajaran dan pembelajaran muzik

secara berperingkat di sekolah . Dalam pendekatan ini, murid akan mempersembahkan

ekspresi muzik melalui nyanyian dan gerakan seperti yang ditunjukkan oleh guru.

4

Page 6: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

1.0 PENDAHULUAN

Muzik merupakan satu cabang seni dan juga sains yangmenggabungkan bunyi-bunyi

vokal dan/atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau

rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika,corak

pemikiran, dan emosi manusia yang juga bolehmencerminkan sesuatu budaya tertentu.

Konsep muzik terdiri daripada irama, melodi, harmoni, tekstur, warna ton, bentuk dan

ekspresi yang harus dipelajari oleh semua murid termasuk murid berkeperluan khas.

Kemahiran muzikal muzik dengan gerakan bertujuan agar murid berkeperluan khas

dapat bergembira bergerak beriringan muzik. Mereka juga perlu melibatkan diri secara

aktif dalam aktiviti yang telah dirancang oleh guru. Di dalam teori Edwin ini lebih

memberi penekanan pembelajaran secara berperingkat-peringkat. Teori ini digunakan

melalui lapan peringkat kemahiran muzik dalam dua kategori asas iaitu diskriminasi dan

inferens.

Selepas murid mendengar nyanyian guru, mereka akan mengikut dan menyanyikan

semula corak irama tersebut dalam tindak balas echo. Di dalam kemahiran sebahagian

sintesis, corak bunyi dan irama muzik yang hampir sama akan dikumpulkan di dalam

setiap irama. Kemahiran seterusnya ialah kesatuan simbol yang melibatkan guru

menunjukkan kepada murid tentang corak bunyi yang hampir sama dalam notasi

berirama. Pada kemahiran yang terakhir dalam kategori ini ialah gabungan sintesis

yang  melatih dan mendidik murid untuk faham notasi muzik dalam menyanyikan

sesebuah lagu. Guru perlu memberikan kebebasan kepada murid berkeperluan khas ini

menyanyikan lagu mengikut tempo mereka sendiri agar minat mereka tidak terbantut

untuk terus menjalankan aktiviti. Sejak KSSR dilaksanakan , pelbagai evidens telah

digunakan bagi membuat penilaian keatas murid secara berterusan. Oleh itu sangat

perlu murid dipulihkan untuk mengikuti aktiviti muzik dan penilaian dapat dijalankan ke

atas mereka walaupun mereka tidak dapat menguasai seperti murid perdana yang lain.

5

Page 7: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 SEJARAH

Sejak dahulu lagi, pakar psikologi perkembangan mengatakan bahawa mendengar

muzik dapat mempengaruhi otak dan kesihatan mental manusia. Menurut Dr Alfred

Tomatis yang bertugas di Perancis, beliau menyatakan bahawa muzik dapat

memberikan tenaga kepada otak manusia.Satu eksperiman telah dijalankan oleh

seorang pemuzik terkenal iaitu Dorothy Retallack pada tahun 1970 di Temple Buell

College, Colorado kepada tanaman beliau. Beliau telah menanam labu dan terdapat

perbezaan pada tanaman beliau, contohnya labu yang dihalakan kepada muzik klasik

telah tumbuh subur dan batangnya telah melingkari radio tersebut, manakala pokok labu

yang dihalakan kepada muzik rock tidak tumbuh dengan baik. Kanak-kanak ataupun

orang dewasaakan memberi tindak balas secara spontan terhadap sesuatu yang

berbunyi danmelahirkan ekspresi diri melalui muzik. Dalam perbualan harian juga

terdapat perkaraasas dalam muzik iaitu misalnya seperti irama dan juga tona. Disekolah

rendahpendidikan muzik terdiri dari beberapa aspek contohnya nyanyian,

gerakan ,kemahirandalam mengendali alat perkusi yang tidak berpic atau yang berpic

dan juga permainan alat rekoder.

Berdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze (Lois Choksky,1986) pergerakan dalam

pendidikan muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep penjarian. Dalcroze

menggunakan gerak tubuh badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan

kepekaan atau sensitiviti terhadap aspek-aspek muzik.

Menurut Stephanie Merrit, Direktur Pusat Muzik Dan Pencitraan Californiamenceritakan

pengalaman beliau semasa menjadi seorang guru, dimana pada suatuhari dilihat murid-

muridnya tidak bersemangat serta daya kefahaman mereka lemah, jadi beliau bertanya

kepada muridnya adakah mereka bersarapan sambil mendengarmuzik, mereka

menjawab tidak, jadi mulai detik itu beliau menyuruh murid-muridnyamendengar muzik

diwaktu pagi sambil bersarapan. Semenjak murid-murid beliaumemngamalkan apa yang

telah beliau sarankan, perubahan telah berlaku kepadamuridnya menjadi lebih cerdas,

ceria dan bersemangat. Melakukan aktiviti pergerakanataupun bermain merupakan

6

Page 8: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

langkah yang baik dalam perkembangan kemampuanseseorang.Aktiviti yang dilakukan

tanpa paksaan akan meningkatkan lagiperkembangan kanak-kanak. Aktiviti yang

dilakukan mestilah bersesuaian denganperingkat umur kanak-kanak serta kemampuan

mereka. Menurut Depdikbud 1999,mengatakan perkembangan individu dan kemampuan

boleh dikembangkan secaraberansur-ansur dengan cara bermain sambil belajar,

dengan ini kanak-kanak tidak akanrasa dipaksa dan tertekan dalam proses

pembelajaran.

Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik, kaedah Carl Orff dapat

digunakan dimana akan menggalakkan murid-murid melalui empat aspek pembelajaran

yang utama iaitu mengekspresi samada dari segi emosi ataupun gerakan apabila

mendengar bunyi, ini juga bermaksud murid belajar melalui pengalaman , Imitasi iaitu

cara peniruan dan guru boleh dijadikan role model kepada murid. Disamping

penguasaan kemahiran murid-murid juga akan diterapkan nilai-nilai murni dalam diri

mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Dr Mohamad Salleh dalam laman web http://www.teknikmuzik.com  ,

pembelajaran muzik terlalu rumit sekiranya seorang pelajar itu tidak berminat

untuk melibatkan diri dalam muzik. Kemahiran membaca dan ’merasai ’ corak irama

juga merupakan faktor asas dalam penghayatan muzik (Gordon, 1968). Oleh itu murid

perlumenguasai kemahiran-kemahiran ini supaya persembahan muzikal menjadi lebih

bermutu.

Melalui tenik atau kaedah yang betul akan membolehkan murid-murid mengetahui dan

menguasai aspek-aspek pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran

PendidikanMuzik serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru semasa

pendidikan muzik di dalam bilik darjah. Ini secara tidak langsung membantu guru muzik

mengatasi masalah tersebut selain daripada dapat mencungkil minat dan bakat murid

berkeperluan khas secara semulajadi. Aspek-aspek ini tidak mungkin akan dapat

dikuasai dengan baik tanpa penghayatan yang lebih terhadap latar belakang Pendidikan

Muzik. Kajian ini disediakan untukmengenal pasti punca kegagalan murid melibatkan diri

secara maksimum dalam aktiviti muzik dan gerakan dengan baik supaya dapat

memberikan iklim bilik darjah yang menyeronokkan. Dapatan yang diperolehi nanti akan

7

Page 9: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

menjawab beberapa persoalan mengapa dua orang murid berkeperluan khas ini tidak

dapat melibatkan diri dalam aktiviti muzik dan gerakan dengan baik. Dapatan kajian ini

akan meningkatkan penguasaan murid terhadap nyanyian dan gerakan mengikut lirik

lagu.

2.2 LATARBELAKANG

Kajian ini dijalankan dengan memberi fokus kepada peningkatan kemahiran

berkomunikasi dan bersosial dikalangan murid berkeperluan khas semasa aktiviti

pengajaran dan pembelajaran Dunia Muzik dijalankan.

Pendidikan Muzik di sekolah rendah pendidikan khas masalah pembelajaran meliputi

bidang nyanyian, gerakan dan permainan alat perkusi dan permainan rekoder. Terdapat

sebahagian murid berpotensi tinggi dalam kemahiran muzik mereka dan sebaliknya.

Malahan minat yang ditunjukkan juga berbeza di antara setiap murid. Kebanyakan

mereka tidak dapat menunjukkan bakat nyanyian dan gerakan mengikut lirik lagu

dengan baik apabila diminta berbuat demikian . Bagi murid bermasalah pembelajaran ,

mereka terdiri daripada pelbagai masalah seperti murid lembam, sindrom down , autism

dan disleksia.

Rozamreen merupakan seorang murid yang ceria tetapi mempunyai masalah

pembelajaran dan dikategorikan sebagai murid lembam . Semasa aktiviti pengajaran

dan pembelajaran Dunia Muzik, dia suka kepada muzik tetapi tidak mahu menyanyi dan

melakukan gerakan sekaligus tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang dilaksanakan. Siti

pula lebih pendiam daripada Rozamreen dan paling pasif di dalam kelas. Mereka juga

kerap menghilangkan buku atau lembaran atau lampiran yang diberikan . Kedua-dua

mereka ini hanya mampu tersenyum apabila guru menyuruh mereka menyanyi sambil

melakukan gerakan. Adik beradik Rozamreen kebanyakkannya adalah seperti

Rozamreen juga. Tetapi dari segi akademik, Siti lebih baik daripada Rozamreen.

Bagaimana pun kajian ini adalah untuk melibatkan mereka dalam pengajaran dan

pembelajaran Dunia Muzik secara maksimum. Bagaimana pun , kajian ini hanya dibuat

berdasarkan masalah penglibatan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam

bilik darjah atau mempertingkatkan kemahiran bersosial mereka.

8

Page 10: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

3.0 METADOLOGI

3.1 RESPONDEN

Kajian ini dijalankan keatas dua orang murid berkeperluan khas masalah pembelajaran di

Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal 1, Alor Gajah , Melaka.

Nama : Rozamreen bin Adha

Umur : 8 tahun

Tarikh lahir : 3 Mac 2005

Bangsa : Melayu

Pekerjaan bapa : Peniaga

Pekerjaan Ibu : Tidak bekerja

Nama : Siti Nadhirah binti Mazlan

Umur : 8 tahun

9

Page 11: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Tarikh lahir : 26 November 2005

Bangsa : Melayu

Pekerjaan bapa : Buruh

Pekerjaan Ibu : Guru Tadika

3.2 KAEDAH

Bagi menjalankan kajian tindakan ini, saya telah menjalankan beberapa strategi keatas

setiap pengajaran selama lebih kurang 2 bulan.Langkah-langkah ini saya jalankan

setiap kali menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap minggu. Tujuan

kajian tindakan ini adalah untuk melibatkan mereka berdua dalam aktiviti muzik dan

gerakan . Antara strategi yang telah dijalankan ialah :

a. Menyanyi secara “humming” .

Murid perlu menyanyi secara “humming “ tanpa lirik dan mesti mengikut tempo

tetapi tidak semestinya tempo yang diikuti tepat. Mereka juga akan menyanyi

bersama rakan yang lain.

b. Mengucapkan lirik lagu secara berulang.

Mengikut guru menyebut lirik secara berulang kali. Ulangan ini dijalankan

sebanyak 3 kali bagi setiap sesi pengajaran kerana setiap sesi satu lagu baru

akan diajar kepada murid.

c. Memperdengarkan lagu muzik vokal .

Muzik dimainkan kepada murid secara berulang sebanyak 3 kali ulang juga. Ini

bertujuan supaya kedua-dua murid ini dapat mengikuti tempo lagu yang

diperdengarkan. Mereka perlu menyanyikan lagi sekali secara humming dan

mesti mengikut tempo yang betul.

d. Pemerhatian

10

Page 12: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Pemerhatian mula dijalankan sejak langkah (a) dijalankan keatas mereka . Guru

akan memerhatikan penglibatan mereka dalam melibatkan diri di dalam aktiviti

muzik dan gerakan. Tahap sosial mereka juga diperhatikan.

e. Temubual

Sesi temubual ini saya jalankan semasa murid lain menyalin lirik lagu yang

diberikan atau murid lain melakukan gerakan berdasarkan lirik lagu yang

dimainkan. Tujuan saya menemubual mereka ialah supaya murid berkeperluan

khas ini merasakan saya menghargai diri dan bakap yang ada pada mereka

walaupun sedikit dan saya mahu berusaha supaya mereka menonjolkan bakat

mereka.

f. Token ekonomi

Saya akan memberikan token ekonomi kepada mereka berdua sekiranya

mereka menunjukkan perubahan tingkah laku yang lebih baik di akhir kajian

tindakan ini.

g. Membawa kumpulan murid bermasalah pembelajaran tersebut menyanyi dan

membuat gerakan di luar kelas seperti diatas pentas mini sekolah.

3.3 DAPATAN KAJIAN

Setelah menjalankan kajian tindakan ini , saya dapati Siti Nadhirah dan Rozamreen

mula menunjukkan reaksi positif apabila saya memasuki kelas untuk mengajar Dunia

Muzik. Mereka mula menunjukkan gerakan seperti rakan mereka tanpa rasa malu

walaupun masih lagi tergagap untuk menyebut lirik lagu yang betul. Saya masih lagi

membenarkan mereka menyanyi secara ”humming” supaya mereka merasa seronok

untuk melakukan aktiviti gerakan bersama muzik. Berikut adalah hasil dapatan kajian

tindakan saya dan saya persembahkan dalam bentuk jadual yang lebih ringkas.

Nama : Rozamreen bin Adha

Strategi Sesi pengajaran dan pembelajaran

11

Page 13: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Menyanyi secara

“humming” mengikut

tempo

x x x x / / / / /

Mengucapkan lirik lagu

secara berulang

x x x / / / / / /

Memperdengarkan lagu

muzik vokal dan menyanyi

secara ”humming” dengan

tempo yang betul

x x x x x / / / /

Pemerhatian x x / / / / / / /

Temubual x x / / / / / / /

Token ekonomi / / x / / x x / /

Aktiviti luar bilik darjah x x x x x / / / /

12

Page 14: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Siti Nadhirah binti Mazlan

Strategi Sesi pengajaran dan pembelajaran

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Menyanyi secara

“humming” mengikut

tempo

x x x x x / / / /

Mengucapkan lirik lagu

secara berulang

x x / / / / / / /

Memperdengarkan lagu

muzik vokal dan menyanyi

secara ”humming” dengan

tempo yang betul

x x x / / / / / /

Pemerhatian x x x / / / / / /

Temubual x x / / / / / / /

Token ekonomi x x x / / / / / /

13

Page 15: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Aktiviti luar bilik darjah x x x x x x x / /

4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Hari : Selasa

Kelas : 2 Cempaka

Kumpulan : 8

Bilangan murid : 5 orang

Aktiviti : Muzik dan gerakan

Fokus/Tajuk : bunyi panjang dan bunyi pendek

Pengetahuan sedia ada : a) Menggunakan warna ton untuk mengajuk bunyi

gergasi.

b) Menggunakan pergerakan asas seperti berjalan atau

berlari untuk mengukuhkan pemahaman murid mengenai

tempo cepat dan tempo lambat.

Objektif pengajaran : Murid dapat menyanyi dengan bunyi panjang dan bunyi

pendek yang betul sambil membuat pergerakan mengikut

muzik .

Bahan Bantu Mengajar : CD 2 (track 01 dan 02)

CD 2 (track 22,23)-Penilaian (B2D1E5)

Nilai murni : Menghayati muzik

14

Page 16: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Langkah/Masa

Isi kandunganProses pengajaran dan pembelajaran Catatan /

nilai murni / BBM

Aktiviti guru Aktiviti murid

Set induksi(5 minit)

Menghasilkan warna ton

a. Guru minta murid menghasilkan warna ton beberapa gambar haiwan yang ditunjukkan.

b. Guru minta murid menghasilkan bunyi warna ton selain dari gambar yang ditunjukkan.

a. Murid menghasilkan warna ton berdasarkan ikon yang ditunjukkan seperti ayam, itik, kambing dan lembu.

b. Murid menghasilkan warna ton .

Menghayati muzik

Kad carta ikon warna ton haiwan

Langkah 2(7 minit)

(5 minit)

Memperkenalkan bunyi panjang dan bunyi pendek.

Menyanyi sambil membuat gerakan

a. Guru memperdengarkan audio bunyi panjang dan bunyi pendek.

b. Guru memperdengarkan lagu ”Gergasi ”.

c. Minta murid mengecam bunyi panjang dan bunyi pendek berdasarkan lagu ”Gergasi” .

d. Guru minta semua murid menyanyikan lagu dengan iringan muzik vokal dengan mengikut tempo dan bunyi yang betul.

a. Guru minta murid bergerak mengikut

b. Murid mendengar audio bunyi panjang dan bunyi pendek yang dimainkan oleh guru dan menyatakan bunyi kuat dan lembut pada audio.

c. Murid mendengar lagu ” Gergasi” dan menyatakan bunyi panjang dan bunyi pendek

d. Murid menyanyikan lagu ”Gergasi ”.

a. Semua murid bergerak mengikut

CD 2

Lembaran lirik lagu ”gergasi ”.

CD 2

15

Page 17: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

ruang diri dan am. ruang diri dan am berdasarkan lagu ”Gergasi ” .

Penilaian (8 minit)

Mengecam bunyi panjang dan bunyi pendek

a. Guru minta murid mengecam bunyi audio panjang dan audio bunyi pendek.

b. Guru minta murid menandakan jawapan berdasarkan audio yang diperdengarkan.

a. Murid mendengar bunyi audio yang dimainkan dan menandakan pada lembaran penilaian yang diberi.

b. Murid melengkapkan lembaran yang diberikan.

Lampiran eviden B2D1E5

Lampiran 31

Penutup (5 minit)

Mengenal pasti bunyi kuat dan bunyi lembut.

a. Guru memainkan CD2 track 21 ( audio Symphony no 5 in C minor karya Beethoven.

b. Guru minta murid mengenalpasti bunyi audio tersebut samada bunyi lembut atau bunyi kuat

a. Murid mendengar audio yang diperdengarkan.

b. Murid memberikan jawapan keatas audio yang diperdengarkan.

CD 2

5.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Selepas melakukan kajian tindakan selama lebih kurang 2 bulan, kedua responden

menunjukkan penglibatan yang lebih baik berbanding 2 bulan yang lalu. Siti Nadhirah

dan Rozamreen dapat menyanyi dan membuat gerakan mengikut ruang diri dan am

terhadap beberapa aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Mereka

sangat seronok apabila mendapat token ekonomi daripada guru dan tepukan daripada

rakan-rakan. Mereka juga lebih seronok bersama rakan lain membuat persembahan

mini di atas pentas tanpa rasa malu-malu kepada orang lain lagi.

16

Page 18: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Peningkatan tahap pemahaman murid dalam permainan alat perkusi dengan

menggunakanteknik yang betul amat memberangsangkan. Kebolehan mereka

mengingat konsep atau teknikmelalui kaedah yang diajar menjadikan keyakinan mereka

meningkat. Esah Sulaiman (2003),menyatakan bahawa kombinasi daripada pelbagai

kaedah dan teknik dalam pengajaran akanmenghasilkan pengajaran yang berkesan dan

bermakna. Timbul rasa kepuasan yang tidak terhingga di hati saya dan segala penat-

lelah serta jerit-perih saya selama ini terbalas apabila melihat perubahan Rozamreen

dan Siti Nadhirah setelah kajian ini dijalankan. Saya telah mengambil masa selama 8

minggu dalam meIaksanakan kajian ini. Usaha saya selama ini mendapat hasil

pulangan yang lumayan kerana murid-murid yang telah saya jalankan kajian dapat

melibatkan diri dalam aktiviti nyanyian dan gerakan yang saya jalankan. Ini

menunjukkan objektif pengajaran saya yang digunakan dalam kajian ini tercapai. Saya

merasa amat berbangga kerana penggunaan kaedah tunjuk cara membantu saya dalam

mencapai matlamat kajian.

Kini saya dapat melihat keseronokkan mereka berdua apabila tiba masa waktu Dunia

Muzik . Mereka tidak sabar untuk menyanyi dan menari. Saya juga sangat seronok

walaupun ada kalanya mereka hanya menyanyi secara “humming” sahaja. Tetapi saya

dapat perhatikan bahawa mereka sangat seronok apabila melakukan gerakan

berdasarkan muzik. Saya mendapat kerjasama yang baik dari pihak pentadbir sekolah,

guru-guru serta murid-murid berkeperluan khas maslah pembelajaran yang lain semasa

saya menjalankan kajian ini. Pihak pentadbir memberi sokongan yang sepenuhnya

kepada saya. Rakan-rakan setugas juga banyak membantu saya dalam

menyumbangkan idea serta pendapat yang begitu berguna dalam menjalankan kajian

ini.

Kajian yang telah dijalankan ini merupakan kajian bersifat deskriptif bagi mengenal pasti

masalah meningkatakan kemahiran bersosial dalam melibatkan diri dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di kalangan murid bermasalah pembelajaran . Kajian ini

merupakan kajian berasaskan sekolah, dilakukan pada sampel yang kecil iaitu seramai

dua orang responden sahaja. Masa kajian adalah terhad. Oleh yang demikian adalah

dicadangkan aspek-aspek berikut dapat memberi pertimbangan untuk dijadikan sebagai

17

Page 19: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

bahan kajian lanjutan dengankajian yang telah dijalankan ini pada masa akan datang.

Oleh kerana kajian ini hanya terhad kepada dua orang murid sahaja, maka kajian yang

sama boleh dilaksanakan merangkumi semua murid berkeperluan khasdi dalam kelas

pendidikan khas masalah pembelajaran bagi bidang berkjaitan dunia muzik. Bahkan

untuk hasil yang lebih menyeluruh ia boleh dilaksanakan keatas murid di kelas-kelas

perdana untuk melihat kesan keseluruhan pemboleh ubah terhadap penguasaan muzik

dan gerakan berdasarkan kaedah tunjuk cara dan ulangan.

Kajian lanjutan yang lebih menyeluruh juga boleh dilakukan untuk mendalami proses

pemikiran dan tindakan guru dan murid pelbagai tahap. Kajian yang sama juga boleh

dilakukan untuk membandingkan pengaruh dan kesan faktor latar belakang guru dan

murid serta persekitaran terhadap pemikiran dan prestasi guru opsyen muzik. Kajian

yang sama boleh juga dilakukan untuk membandingkan pengaruh dan kesan faktor latar

belakang guru, murid berkeperluan khas dan persekitarannya terhadap permainan alat

perkusi dengan betul. Sebagai insan berpotensi, guru-guru harus secara sedar

melahirkan pemikiran yang positif kearah kecemerlangan dan sentiasa memikirkan

tentang usaha untuk meningkatkan tahappenguasaan murid-murid serta menyedarkan

mereka akan tanggungjawab mereka.

Berdasarkan batasan kajian ini, maka dicadangkan beberapa syor untuk kajian atau

penyelidikan akan datang agar aspek-aspek tertentu didalami. Beberapa cadangan

kajian lanjutan dipaparkan seperti meningkatkan dahulu kemahiran dan penguasaan

bagi guru yang mengajar muzik agar penyampaian dan ilmu yang diberikan mampu

dimanfaat kepada semua murid perdana dan murid berkeperluan khas dengan

baik.Terlebih dahulu, seawal persekolahan iaitu bermula dari prasekolah, murid

berkeperluan khas telah didedahkan kemahiran muzik dan gerakan supaya mereka

merasa yakin untuk melakukannya bersama rakan yang lain. Semasa proses

pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran nyanyian dan bermain alat

perkusi, guru perlu memastikan bahawa aktiviti ini dijalankan dengan amanah. Guru

boleh menggunakan kepelbagaian kaedah dan modul yang bersesuaian.sekiranya guru

mempunyai masa terluang, Latih tubi perlu diberi kepada murid yang bermasalah.Guru

perlu selalu adakan latihan tepukan Kodaly dan detik sebelum aktiviti nyanyian dan

18

Page 20: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

gerakan supaya murid bermasalah pembelajaran menggunkan tepukan tersebut untuk

menyanyi dengan tempo dan detik yang betul.

B. BIBLIOGRAFI

http://ktindakan.blogspot.com/2011/08/normal-0-false-false-false-en-my-x-none.html

(15 April 2013- 5.40 pm)

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011).Dokumen Standard Kandungan Dunia Muzik

Tahun 2 . Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum

Kementerian Pelajaran Malaysia .(2011) .Buku Panduan Pengajaran Muzik Tahun

2.CETAKRAPI Sdn. Bhd.

Salmah, Ayub ( 1998 ). Pergerakan kreatif dan pendidikan. P.J. Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Buschner, C.A. (1994 ). Teaching children movement concept and skill. IL: America Master Teacher Programme.

Pica, R. ( 2000 ). Experiences in movement with music, activities & theory. NY: Thomsen Delmer Learning.

Wan Hashim, Ting Chew Peh, dan Shamsul Amri Baharuddin,1980).

KaedahPenyelidikan Sosial:Suatu Rampaian Esei Masalah Kajian Luar .Kuala

Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,Kementerian Pelajaran Malaysia 1980 .

19

Page 21: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

C. LAMPIRAN

20

Page 22: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

21

Page 23: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

22

Page 24: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

23

Page 25: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

24

Page 26: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

25

Page 27: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

(B2D1E5)INSTRUMEN DUNIA MUZIK TAHUN 2

NAMA : ………………………………………….. TARIKH :

Evidens: Mengenal pasti bunyi panjang dan pendek..Arahan :

1. Murid mendengar bunyi.

2. Murid menanda tanda () berdasarkan bunyi yang didengarkan.

Bunyi Panjang Bunyi Pendek

a)

b)

c)

contoh

26

Page 28: D20102043041KBP3033TUGASAN2

KBP3033 PENDIDIKAN MUZIK DAN KRAFTANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

27