Dalam Pelaporan Ini

11
Dalam pelaporan ini, aspek yang hendak di ketengahkan ialah aspek penggunaan tatabahasa yang sering menjadi masalah kepada murid-murid. Perbincangan umum terhadap penguasaan kata sendi dalam dalam kalangan murid diperdebatkan secara serius oleh guru- guru khususnya guru Bahasa Melayu di sekolah ini. Ia telah ditafsir sebagai satu ‘penyakit’ yang mana ia menampakkan kesilapan berulang yang dilakukan oleh murid-murid. Akhir-akhir ini isu ini mula diperbincangkan secara serius dengan matlamat agar penggunaan Bahasa Melayu lebih tepat dan betul. Kesilapan kata depan yang berulang dilakukan oleh murid-murid antaranya kesilapan meninggalkan penggunaan kata sendi nama yang sering, di kesalahan ejaan kata depan serta kesilapan gunakan. Perbincangan tentang penggunaan kata sendi nama atau ada yang menamakannya kata sendi nama yang menyentuh kesilapan penggunaan kata depan dari, daripada, pada, kepada, seperti dan untuk. Dalam analisis kesalahan Bahasa Melayu oleh guru cemerlang Bahasa Melayu SMK Air Kuning Perak, Haji Khaidir Harahap (2009) menulis bahawa terdapat banyak kesalahan penggunaan kata depan atau kata sendi nama dilakukan oleh para pelajarnya. Antaranya ialah pengguna kata depan di dan pada. Selain itu, terdapat juga

description

1234

Transcript of Dalam Pelaporan Ini

Dalam pelaporan ini, aspek yang hendak di ketengahkan ialah aspek penggunaan tatabahasa yang sering menjadi masalah kepada murid-murid. Perbincangan umum terhadap penguasaan kata sendi dalam dalam kalangan murid diperdebatkan secara serius oleh guru-guru khususnya guru Bahasa Melayu di sekolah ini. Ia telah ditafsir sebagai satu penyakit yang mana ia menampakkan kesilapan berulang yang dilakukan oleh murid-murid. Akhir-akhir ini isu ini mula diperbincangkan secara serius dengan matlamat agar penggunaan Bahasa Melayu lebih tepat dan betul. Kesilapan kata depan yang berulang dilakukan oleh murid-murid antaranya kesilapan meninggalkan penggunaan kata sendi nama yang sering, di kesalahan ejaan kata depan serta kesilapan gunakan.Perbincangan tentang penggunaan kata sendi nama atau ada yang menamakannya kata sendi nama yang menyentuh kesilapan penggunaan kata depan dari, daripada, pada, kepada, seperti dan untuk. Dalam analisis kesalahan Bahasa Melayu oleh guru cemerlang Bahasa Melayu SMK Air Kuning Perak, Haji Khaidir Harahap (2009) menulis bahawa terdapat banyak kesalahan penggunaan kata depan atau kata sendi nama dilakukan oleh para pelajarnya. Antaranya ialah pengguna kata depan di dan pada. Selain itu, terdapat juga kesalahan kata depan yang lain seperti penggunaan dari dan daripada. Para pelajar menurut beliau tidak mengetahui kata dari dan daripada mempunyai fungsi tersendiri. Biarpun telah diterangkan kata dari menunjukkan masa, arah dan tempat namun para pelajar masih tidak menggunakan kata tersebut dengan betul. Begitu juga juga penggunaan kata daripada yang digunakan dalam hal-hal yang lebih umum iaitu untuk orang, perbandingan, abstrak, pertentangan, asal kejadian dan untuk menyatakan keanggotaan.

Melihat kepada situasi pelajar SK Kampung Teh, ia bertepatan dengan pendapat Awang Sariyan (1984) dalam kajianya, beliau telah menyatakan kesilapan penggunaan kata sendi nama disebabkan oleh para pelajar tidak dapat membezakan fungsi kata sendi nama dalam membentuk ayat. Dalam masa yang sama, pengaruh bahasa ibunda bagi pelajar bukan Melayu misalnya menyebabkan kesalahan tatabahasa. Pelajar secara lahiriahnya akan menterjemah gaya bahasa ibunda mereka secara terus ke dalam bahasa Melayu3.4 Dorongan dalam PembelajaranDorongan diketahui bahawa untuk membolehkan pembelajaran berlaku dengan berkesan, maka pelajar-pelajar memerlukan dorongan. Dorongan untuk belajar ini timbul daripada beberapa tujuan. Misalnya, ada orang belajar bahasa untuk melancong, ada untuk mendapatkan kerakyatan, dan ada pula yang ingin melanjutkan pelajaran. Jadi, apakah tujuan murid mempelajari bahasa Malaysia itu di samping memenuhi keperluannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah? Kita bincangkan perkara ini dari tiga aspek: mendapatkan pekerjaan, mendapatkan tempat di pusat pengajian tinggi, dan status bahasa dalam masyarakat.2.1 Kata sendi nama2.1.1 Murid kerap tidak dapat membezakan antara kata sendi nama didengan imbuhan di

salah disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara, di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan, urus niaga di gantung

betul di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara, diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan

2.1.2Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke

salah keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan

betul ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, ke kasih

2.1.3Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada

Murid kerap keliru dan melakukan kesalahan pengunaan kata sendi "dari". Sewajarnya pengunaan tatabahasa yang betul yang melibatkan arah, tempat dan masa

A arah (dari belakang, dari timur, dari depan)

T tempat (dari Saratok, dari Kajang, dari sekolah, dari kantin)

M masa (dari semalam lagi, dari pagi tadi, dari pukul enam petang)

Sementara pengunaan kata sendi "daripada" sewajarnya wujud seperti berikut:

K keanggotaan (daripada Persatuan Bahasa Melayu)

A asal (asal kejadian sesuatu benda: daripada getah, daripada kayu jati)

B banding / beza (perbezaan dan perbandingan sesuatu: lebih daik daripada, berbeza daripada)

O orang / organisasi (daripada Ahmad, daripada Kementerian Pertahanan, daripada PPUSM)

S sumber ( sumber sesuatu: daripada guru besar, daripada markah ujian, daripada petikan)

2.1.4Mengulang kata atau menggunakan kata ganda selepas kata bilangan jamak (banyak). Antara kesalahan yang berlaku di dalam kelas adalah

salah semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli

betul semua guru, segala alat, kebanyakan ahli

2.1.5Menganggap penggunaan kata sendi "pada" dan "kepada" boleh bertukar ganti

2.1.5.1Kata sendi "pada"

Kata sendi "pada" berperanan sebagai kata sendi di bagi manusia, haiwan, perkara dan benda. Contohnya:

Buku itu ada pada Encik Bean.

Adik menampal poster itu pada dinding.

Kata sendi "pada"jua menunujukkan maksud sandaran. Contohnya:

Pada pandangan saya, guru itu baik.

Adik tidak jatuh kerana sempat berpaut pada dahan pokok itu.

Kata sendi "pada" bagi masa pula adalah seperti

Pada waktu malam,

Pada era globalisasi

2.1.5.2 Kata sendi "kepada" juga meimbulkan kekeliruan dalam sesi pembelajaran dalam bilik darjah. Antaranya adalah

menunjukkan sasaran bagi manusia.

(Surat ini ditujukan kepada Encil Ahmad)

(Ali sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada adik-adiknya)

menunjukkan perubahan

(Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan paras air Sungai Muar meningkat kepada paras bahaya)

menunjukkan pecahan

(Peserta perkhemahan itu dibahagikan kepada beberapa kumpulan)

Latihan :Isikan tempat kosong dengan kata sendi yang sesuai1.Jangan buang sisa-sisa asid itu dalam sungai.2. Polis pencegah rusuhan dihantarmeredakan kekacauan itu.3. Puan Haslina memiliki ijazah bidang pengurusan perniagaan.4.Nenek tidak makan semalam kerana tekaknya sakit.5. Shahira akan menceritakan peristiwa itu hanya seseorang yang dipercayai.6. Kereta sport kawalan jarak jauh inianak kesayangannya.( dengan kepada ke sejak untuk )NAMA: _________ ________TINGKATAN: ________ TARIKH: ______Hasil pembelajaran : Tatabahasa Morfologi Kata Tugas (Kata Sendi Nama)Dalam petikan di bawah terdapat 10 kesalahan penggunaan kata sendi nama. Kenal pasti kesalahan tersebut dan senaraikan kata sendi nama yang salah dan yang betul penggunaannya di ruangan yang disediakan. DUA kesalahan telah digariskan sebagai contoh, Memanah merupakan satudarisukan yang telah dipilih oleh pihak Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Malaysia untuk disenaraikandi dalamProgram Pembangunan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah. Hal ini bersesuaian dengan matlamat negara yang ingin menjadikan sukan memanah tentang pemangkin untuk kecemerlangan sukan pada peringkat antarabangsa. Itulah sebabnya sukan memanah telah diletakkan sebagai sukan elit dalam takwim Majlis sukan Sekolah-sekolah Malaysia. Kecemerlangan tidak dapat dicapai hingga jangka masa pendek . Oleh itu , suatu program yang teratur sebagai perancangan serta strategi pelaksanaan yang sistematik amat diperlukan . Bagi merealisasikan program pembangunan dan kemajuan sukan memanah agar sukan ini dapat berkembang dengan jayanya, maka suatu perancangan yang menyeluruh telah dirrangka. Perancangan ini bertujuan pada memberikan peluang bagi semua pelajar untuk menyertai sukan memanah. Hal ini demikian supaya negara memperoleh bakat yang terbaik kepada mengharumkan nama negara dalam persada sukan antarabangsa. Perancangan ini juga menjadi panduan sejak semua pemimpin sukan, pegawai, dan jurulatih bagi meningkatkan penglibatan atlet-atlet Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia pada peringkat sukan SEA, Kejohanan Remaja Asia, Kejohanan Remaja Dunia, Sukan Asia, Sukan Olimpik , dan kejohanan bertaraf dunia.Jawapan;Kesalahan

Pembetulan

1. dari

2. di dalam

KATA SENDI NAMAPilih jawapan yang paling sesuai

1. Banyak manfaat yang kita peroleh _____ceramah itu.

A daripada

C antara

B akan

D dari2. Faizal mengirim sepucuk surat _____kawannya.

A ke

C kepada

B dari

D daripada

3. Pak Mahmud bekerja di ladang kelapa sawitnya dari pagi hingga _____ petang.

A di

C pada

B ke

D kepada

4. Pegawai Pelajaran Kota Bharu menyampaikan hadiah _____para pelajar.

A untuk

C kepada

B pada

D ke

5. Harga kain batik tulis lebih mahal _____harga kain batik cap.

A oleh

C dari

B dengan

D daripada

6. Anis membeli sehelai selendang _____ibunya sebagai hadiah hari jadi.

A daripada

C demi

B untuk

D bagi

7. Anak-anak harimau yang ditangkap itu berusia antara tiga _____ empat tahun.

A di

C kepada

B dengan

D hingga

8. Cikgu Mariah menasihati kami supaya mempunyai rasa belas kasihan _____ binatang.

A terhadap

C demi

B hingga

D oleh

9. Oleh sebab rasa cinta _____ kebudayaan Melayu, Puan Suzy sanggup menjelajah seluruh Negara untuk membuat kajian.

A dalam

C akan

B untuk

D terhadap

10. Pak Din menjaga potret-potret yang dilukis _____ anaknya itu dengan baik.

A sejak

C tentang

B oleh

D dalam

11. Pinggan mangkuk Vantage yang dihiasi corak bunga bungaan mendapat sambutan yang baik _____ peminat porselin.

A untuk

C dengan

B antara

D daripada

12. Taman Botani dan Taman Negara sering menjadi tumpuan pengunjung terutamanya _____ hujung minggu.

A di

C pada

B Kepada

D umpama

13. Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya mengamalkan sikap tolong_menolong antara satu sama lain _____ kehidupan seharian.

A demi

C bagai

B dalam

D untuk

14. Ibu menaburkan padi usang itu ke tanah _____ dimakan oleh ayam-ayam peliharaannya.

A untuk

C daripada

B sampai

D kepada

15. Tini rindu _____ kedamaian kampung neneknya yang terletak di kaki Gunung Ledang.

A pada

C antara

B akan

D kepada

16. Lima orang pendaki yang hilang _____ tiga hari yang lalu telah dijumpai

di dalam hutan tebal di kaki Gunung Tahan.

A hingga

C sejak

B seperti

D antara

17. Samila telah terpilih sebagai pemain boling terbaik _____ Majlis sukan sekolah-sekolah Malaysia .

A oleh

C akan

B pada

D bagi

18. Tengku Suria telah banyak mengorbankan masanya _____ membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit AIDS di rumah kebajikan itu.

A tentang

C untuk

B di

D kepada

19. Ibu mengucapkan terima kasih kepada Puan Norma _____ menjaga rumah sepanjang kami pergi bercuti di Pulau Phuket.

A untuk

C daripada

B kepada

D dengan

20. _____ Ayu dan Ani, Ayu lebih cekap menjaringkan gol walaupun Ani mempunyai lima tahun pengalaman dalam permainan hoki.

A Dalam

C Antara

B Terhadap

D Tentang