DASAR.docx

35
RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KPF3012& PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DIMALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013 KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR TAJUK ESEI ILMIAH DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK NORAIDA BINTI WAHAB D20112053516 PUSAT PEMBELAJARAN: EL-ST01 PENTERJEMAHAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAMPROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN OPSYEN PEMARKAHAN

Transcript of DASAR.docx

Page 1: DASAR.docx

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KPF3012& PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DIMALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013

KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:

FALSAFAH DAN DASAR

TAJUK ESEI ILMIAH

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

NORAIDA BINTI WAHAB D20112053516

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-ST01

NAMA TUTOR E-LEARNING: HAMIDAH BINTI YUSOF

TARIKH SERAH: 18 NOVEMBER 2012

PENTERJEMAHAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAMPROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN OPSYEN

PEMARKAHAN

Page 2: DASAR.docx

1.0 Pengenalan

Pendidikan merupakan teras kepada pembentukan semua Negara yang maju dan

dinamik.Negara yang maju adalah Negara yang mempunyai sistem pendidikan yang

lengkap bukan sahaja dari aspek kemajuan pelajar bahkan dari segi kemantapan rohani

remaja.Pelbagai rancangan pendidikan termasuk dari segi rang undang-undang

sehinggalah dasar pendidikan Negara telah menetapkan akan pentingnya pendidikan

sehinggakan pelbagai akta seperti akta pelajaran 1961, akta pendidikan 1996, akta

pelajaran 1961(pindaan) 1993 dan akta pelajaran (sabah dan Sarawak) telah ditubuhkan.

Namun secara keseluruhanya, akta pendidikan yang kukuh adalah akta pendidikan 1996

yang mana akta ini sebenarnya berlandaskan kepada satu falsafah pendidikan iaitu

falsafah pendidikan kebangsaan.Pembentukan ini sebenarnya adalah satu asimilasi yang

dilakukan oleh pihak kerajaan dengan mengambil contoh falsafah pendidikan luar

(Asmah Hj. Omar,1992 :34 ).

Hal ini sebenarnya membentuk sistem pendidikan kita berada dalam satu tahap

yang kukuh dari segi pengisian dan matlamat yang ingin dicapai. Berlandaskan kepada

wawasan 2020 iaitu memastikan Negara dalam keadaan yang maju, pihak Kerajaan

khususnya Kementerian telah meletakan batu asas dalam melahirkan generasi yang

optimis dari segi pengisian dan mampu menyumbang kepada kelancaran dasar-dasar

Negara yang sedia ada. Pendekatan dalam memastikan keselarasan dalam pendidikan

sebenarnya boleh dilaksanakan melalui pendekatan yang lebih mendalam iaitu memberi

kefahaman mendalam mengenai kemahira berbahasa.Kemahiran berbahasa ini

merupakan asas kepada pembentukan individu yang berjaya.Hal ini kerana asas

kemahiran ini merupakan permulaan kepada kelancaran sistem pengajaran dan

pembelajaran yang diterapkan disekolah-sekolah.Terdapat pelbagai elemen dan

pengetahuan yang dapat diserapkan melalui kemahiran.Selain daripada itu, pihak

kerajaan juga telah membentuk garis panduan baru dalam sistem Pendidikan dengan

membentu Elemen Merentes Kurikulum (EMK).Kewujudan elemen ini sebenarnya

membantu kepada penghasilan modal insan yang berjaya.(Azman Wan Chik, 1983: 22)

Page 3: DASAR.docx

2.0 Falsafah pendidikan Kebangsaan

Falsafah pendidikan kebangsaan dibentuk untuk menjadi garis panduan terhadap Sistem

Pendidikan diNegara ini. Namun begitu, pemahaman terhadap Falsafah Pendidikan

Kebangsaan ini haruslah difahami dengan lebih mendalam kerana melalui cara inilah

penterjemahan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) diperingkat sekolah

dapat dianalisis khususnya dalam mata pelajaran opsyen dan bukan opsyen.

Rangka Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini sebenarnya adalah adapatasi

daripada pelbagai jenis falsafah dan digabungjalinkan menjadi satu falsafah baru yang

disebut sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini

sebenarnya adalah berbeza dengan falsafah lain kerana melibatkan pelbagai bentuk

pemahaman dan keterbukaan dalam proses pembangunan pendidikan. Maka dengan itu,

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan dan digubal secara rasminya telah

diumumkan pada tahun 1988 dengan falsafah:

“Pendidikan diMalaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari

segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan,berakhlak

mulia,bertanggungjawap dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan

diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran Negara”(Kementerian Pendidikan Malaysia. ,1987: 41)

Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka jelas akan matlamat

Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi

wargnegara Malaysia yang baik. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P),

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini telah menjadi kayu ukur dalam memastikan

Page 4: DASAR.docx

matlamat dan usaha pihak kerajaan kearah Negara maju yang bukan sahaja seimbang

dari segi kemajuan namun seimbang juga dari segi rohani akan tercapai jika proses

pembelajaran yang dilakukan menepati proses sebenar. Maka, Falsafah Pendidikan

Kebangsaan ini boleh diterjemahkan dalam pelbagai mata pelajaran kerana kesesuaian

matlamatnya.(Esah Sulaiman,2004: 15)

3.0 Kemahiran bahasa

Dalam sistem pendidikan di Negara kita khususnya secara formal, Bahasa Melayu

merupakan subjek utama dalam pendidikan.Subjek Bahasa Melayu ini dilaksanakan dari

tahun satu sehinggalah ke tingkatan enam. Kerajaan telah memperkenalkan Kurikulum

Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan telah meletakan empat asas penting

dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah iaitu mendengar, bertutur, membaca dan

menulis dan mengira. Elemen-elemen ini adalah asas yang kukuh bagi memastikan

pelajar sekolah mampu melakukan setiap aktiviti pembelajaran yang diberikan oleh para

guru. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu serta Standard Kurikulum juga meletakan

kemahiran bahasa ini antara yang terpenting sebelum kemahiran lain. Pengadaptasian

dari asas- asas ini akan membentuk pelajar lebih memahami konsep pembelajaran yang

sebenar(Yahya Othman,2005: 22-23).

Menurut jeyagobi a/l Dhamodarem dalam jurnalnya menegaskan bahawa

terdapat tujuh fungsi bahasa iaitu sebagai alatan, penterbitan, interaksi atau

perhubungan, peribadi, penemuan, khyalan dan penyataan.Menurut beliau, ketujuh-tujuh

fungsi ini amatlah penting kerana ianya dilaksanakan dalam perbualan harian walaupun

hanya bermonolog sahaja. Maka, jelas akan bahasa merupakan medium yang amat

penting dalam masyarakat apatah lagi di Malaysia masyarakat menggunakan Bahasa

Melayu sebagai bahasa rasmi khususnya dalam pendidikan(Asmah Hj. Omar,1992: 14).

3.2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur ini adalah antara terpenting yang

menyumbang kepada kelancaran dalam pembacaan dan penulisan.Kemahiran

Page 5: DASAR.docx

mendengar ini didefiniskan sebagai keupayaan pelajar untuk meneliti, memahami

perkara yang didengari dan memberikan maklum balas terhadap sesuatu

perkara.Kemahiran bertutur pula adalah keupayaan pelajar dalam berinteraksi, berkongi

maklumat serta menghasilkan idea yang kritis. Kemahiran mendengar dan bertutur ini

adalah langkah permulaan kepada keupayaan pelajar dalam melaksanakan kemahiran

yang lain. Terdapat pelbagai tujuan yang boleh dilaksanakan melalui kemahiran ini.Hal

ini sebenarnya telah termaktub dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (SPKBSR) untuk Bahasa Melayu yang mana meletakan beberapa elemen.

(Kamarudin Husin,1990: 35).

3.2.1 kemahiran mendengar

Kemahiran mendengar merupakan permulaan kepada keupayaan pelajar untuk

memahami kemahiran yang lain. Asas kepada hal ini adalah mengenalpasti perkara yang

didengari dan diterjemahkan dalam bentuk pendapat, jawapan ataupun

persoalan.Sukatan pelajaran (KBSR) telah mengariskan kemahiran mendengar sebagai

asas kepada kecemerlangan pelajar. Mok Soon sang (2010) mendefiniskan kemahiran

mendengar sebagai menerima input dan diselaraskan melalui pemahaman serta

diterjemahkan melalui jawapan dan pandangan. Maka, sangat jelas kemahiran

mendengar ini merupakan asas kukuh kepada kejayaan pelajar.

Dari segi urutanya dapat dikatakan bahawa kanak-kanak mendengar dahulu

daripada bertutur, bertutur lebih dahulu dari membaca dan membaca lebih dahulu dari

menulis (Asmah Haji Omar, 2004).Bahasa Melayu merupakan subjek asas disemua

sekolah di Malaysia, ketidakupayaan pelajar memahami pengajaran dan pembelajaran

(P&P) menyebabkan masalah dari segi peningkatan mata pelajaran ini(Azman Wan

Chik,983: 12). Kelebihan kemahiran mendengar ini adalah seperti berikut:

1. Berbual dengan rakan sebaya secara formal dan tidak formal

2. Bercerita dan melaporkan perkara yang didengari, ditonton dan

diceritakan

3. Menyampaikan maklumat

4. Perbincangan mengenai tajuk-tajuk yang diberikan

Page 6: DASAR.docx

Menurut beberapa kajian, sebahagian besar daripada kajian mendapati

pengetahuan adalah daripada mendengar namun hanya 25 peratus sahaja yang boleh

diingati. Dalam sukatan pelajaran Sekolah Rendah 1983 menekankan 60 peratus

daripada proses pengajaran adalah berlandaskan kemahiran mendengar. Kemahiran

mendengar ini diberi perhatian oleh pihak pendidikan kerana ianya membolehkan

pelajar menguasai mata pelajaran yang sampaikan oleh pihak guru(Marohaini Yusoff &

Zulkifli A. Manaf, 1997)

3.2.2 Kemahiran Bertutur

Dalam konteks kemahiran bertutur pula, Abd. Majid Mohd .Isa et. al

(2002)mendefiniskan Kemahiran bertutur sebagai keupayaan pelajar dalam melahirkan

pendapat dan diselangi dengan jawapan.Roselan Baki (2006) menyatakan bahawa manusia

bertutur untuk keseronokan, memaklumkan keadaan dan menjawap persoalan.Kemahiran ini

merupakan perkara terawal kepada kefahaman pelajar dalam kemahiran membaca dan

menulis.Kemahiran ini sebenarnya adalah bentuk komunikasi dalam sistem pembelajaran,

pendapat diutarakan dan pelajar mencari jawapan dengan memberikan pendapat terhadap

sesuatu persoalan.Raminah Sabran (1991) menyatakan jika seseorang itu hendak meluaskan

ilmu pengetahuanya, mereka perlu menguasai kemahiran bertutur

Antara kelebihan kemahiran bertutur ini adalah:

I. Membaca dengan cara yang berintonasi dan gaya pembacaan yang betul

II. Memahami maklumat yang di sampaikan

III. Menaakul dan menghayati kandungan teks yang dibaca.

Jadual 1 : kemahiran Asas bahasa

Media Bahasa Kemahiran menyampaikan

Komunikasi

Kemahiran menerima

Komunikasi

Lisan Bertutur Mendengar

Tulisan Menulis Membaca

(Abdul Aziz Abdul Talib, 1993)

Page 7: DASAR.docx

Merujuk kepada jadual diatas, kemahiran asas bahasa seperti lisan dan tulisan

mempunyai cara penyempaian yang berbeza. Dalam kemahiran menyampaikan

komunikasi cara bertutur di-gunakan dan komunikasi dalam penyampaian tulisan adalah

dalam bentuk menulis. Begitu juga dengan kemahiran menerima komunkasi, dimana

media lisan yang digunakan adalah mendengar dan media tulisan pula adalah dengan cara

membaca. Maka disini, jelas perbezaan antara media bahasa ini dari segi penggunanya.

(Abdul Aziz Abdul Talib,1993: 45-55)

III.3 Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca adalah antara kemahiran yang menentukan keupayaan

seseorang pelajar dalam sesuatu mata pelajaran.Para penyelidik merasakan sekiranya

seseorang pelajar itu tidak dapat menguasai kemahiran membaca ini mengakibatkan

kegagalan (Whitehurst & Lonigan, 2001). Kemahiran membaca ini akan membawa kepada

kemahiran menulis dengan baik. Maka hubungan antara keduanya adalah kuat.Dalam

pendekatan subjek Bahasa Melayu, kemahiran membaca ini amatlah di utamakan kerana

keupayaan pelajar dalam memahami teks dan menjawap semua persoalan adalah

penting.Pendekatan yang sistematik harus digunakan bagi meransang keupayaan pelajar ini

untuk mendapat ilmu pengetahuan.Menurut abdul Rashid dan Zulkifli (2008), masalah

menguasai kemahiran membaca menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya.Namun

begitu keupayaan pelajar dalam memahami kemahiran membaca ini akan menghasilkan;

I. Kelancaran dalam sebutan, intonasi dan gaya pembelajaran yang sesuai

II. Pelajar dapat memahami maklumat yang disampaikan dengan cepat.

III. Keupayaan pelajar dalam menaakul dan memahami isi yang terdapat dalam sebuah

maklumat.

Menurut Zulkiefly Hamid (2007), menyatakan proses memahami kemahiran

membaca dan memahaminya bukanlah suatu pekerjaan yang mudah seperti kemahiran

bertutur. Berbeza dengan penguasaan kemahiran bertutur, dalam proses membaca pelajar

harus memahami, mengingati dan mendengar serta membezakn bunyi, intonasi dan

ianyanya diterjemahkan melalui pemahaman pelajar (safiah Osman, 1990: 16).

Page 8: DASAR.docx

. Peta Minda : Kemahiran Bahasa

3.4 Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis adalah legasi daripada kemahiran membaca. Mok Soon Sang (2011)

mendefiniskan menulis merupakan keupayaan pelajar dalam mengingat apa yang dibaca dan

diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Kelemahan dalam kemahiran ini menyebabkan

pelajar akan mengalami masalah khususnya dalam membentuk ayat. Kesemua kemahiran

digabungkan dan diterjemahkan dalam bentuk tulis, namun jika kemahiran ini tidak diasah

sebaiknya maka pelajar akan menghasilkan satu bentuk penulisan yang tidak baik.

Kemahiran menulis ini merupakan kemahiran kognitif yang merupakan tugas yang

mencabar bagi guru semasa sesi pengajaran. Hal ini kerana kerajaan dibawah Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah iaitu kurikulum lama yang disemak pada tahun 2002

mengambarkan akan pentingnya penulisan khususnya dalam subjek Bahasa Melayu.

Kurikulum lama Sekolah Rendah hanya mementingkan pembentukan tatabahasa sahaja dan

Kemahiran Berbahasa

Kemahiran

Mendengar

Kemahiran

bertutur

Kemahiran

Membaca

Kemahiran menulis

Page 9: DASAR.docx

tidak melihat keupayaan pelajar dalam pengguna penulisan (Marohaini Yusoff & Zulkifli A.

Manaf, 1997).

Berdasarkan kepada Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KPM

2003), setiap pelajar mempunyai perbezaan antara satu dengan yang lain iaitu dari segi

pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan.Oleh yang demikian, pihak guru

haruslah mengatasi permasalahan menulis dan membaca. Noorazman Mahat (2009)

menyatakan seorang pelajar seharusnya mahir untuk menulis kerana hampir 90 peratus

peperiksaan di Malaysia bersifat penulisan. Maka pelajar yang tidak dapat menguasai

kemahiran ini akan mengalami masalah semasa peperiksaan. Perkara tersebut juga disokong

oleh suhaimi Yunus (2009) dengan menyatakan bahawa kemahiran menulis ini penting

dalam proses pengajaran dan penulisan Bahasa Melayu kerana ianya mesti dikuasai oleh

pelajar untuk menduduki peperiksaan. Kelebihan kemahiran ini adalah:

I. Mencatat dan mengumpul maklumat

II. Menghasilkan penulisan kreatif

III. Membuat ulasan terhadap bahan yang didengar

4.0 Penerapan Kemahiran Dari Mata Pelajaran lain.

Kemahiran berbahasa ini bukan sahaja terbatas kepada penggunaan dalam mata pelajaran

Bahasa Melayu sahaja namun boleh digunakan dalam beberapa subjek tertentu.Hal ini

kerana penggunan kemahiran meliputi semua aspek seperti mendengar, bertutur, membaca

dan menulis. Namun begitu penerapan yang di lihat dari subjek lain adalah kemahiran

berfikir. Antara mata pelajaran tersebut adalah Bahasa Inggeris.Bahasa Inggeris merupakan

bahasa utama dunia dan bahasa kedua selepas Bahasa Melayu didalam Sukatan Pelajaran

Malaysia.Ianya dilihat sebagai bahasa komunikasi dan membolehkan interaksi antara

masyarakat berlaku (Ahmad Zahri jamil, 2002). Dalam modul pendidikan Bahasa Inggeris

menerapkan pelbagai bentuk cara untuk memastikan pelajar dapat memahami semua aspek

pembelajaran yang diberikan. Dari sudut kemahiran mendengar, perkara terpenting adalah

memahami dan berfikir mengani sesuatu isu namun pelajar sentiasa menemui masalah

akibat penguasaan bahasa Inggeris lemah. Namun perkara tersebut banyak disokong oleh

Page 10: DASAR.docx

kemahiran membaca,bertutur dan berfikir. Walaupun sebenarnya dari sudut kemahiran

membaca pelajar boleh menyebutnya namun masih mengalami masalah dan pertuturan juga

begitu. Hal ini boleh dibendung dengan guru sentiasa memberikan tunjuk ajar dan sokongan

kepada pelajar amnya (Kementerian Pendidikan Malaysia,1987 : 60)

Kementerian Pelajaran telah mengubal pendidikan dengan meletekan penggunaan

bahasa Inggeris untuk Matematik dan juga sains.Hasilnya adalah jumlah pelajar yang dapat

menguasai bahasa ini dengan baik hasil daripada penggunaan kemahiran-kemahiran tersebut

telah meningkat dan seterusnya menghasilkan hampir 78 peratus pelajar yang boleh

berbahasa Inggeris dengan baik.Selain daripada itu mata pelajaran seperti bahasa Arab juga

adalah antara mata pelajaran yang boleh diterapkan dalam pelbagai kemahiran.Kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan menulis antara perkara yang diambil kira.Walaupun

mengalami ksukaran dari sudut kefahaman kerana kesukaran untuk memahami setiap

perkataan. Namun kemahiran seperti berfikir dan membaca misalnya dapat membantu hal

tersebut kerana kemahiran ini membolehkan pelajar belajar mengenai intonasi, tatabahasa

dan laras sebutan yang betul. Setelah itu proses kepada kemahiran yang lain seperti menulis

dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Walaupun penggunaan mata pelajarn bahasa arab ini

sukar dari pelbagai sudut namun penguasaan terhadap 4 elemen kemahiran ini akan

membantu kepada kefahaman dan sebutan yang lebih baik secara amnya (Yahya Othman,

2005: 38).

5.0 Kemahiran Spesifik

Dalam konteks Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) semua kemahiran asas seperti

mendengar, bertutur, membaca dan menulis adalah penting.Namun begitu dalam konteks

spesifikasi pembelajaraan, kemahiran menulis adalah terpenting disamping kemahiran yang

boleh dihubungjalinkan iaitu kemahiran membaca. Menurut Robert Lado (1997)

menyatakan bahawa kemahiran menulis adalah memberikan simbol grafik bagi

melambangkan bahasa yang difahami, supaya orang lain juga boleh memahami simbol yang

diutarakan. Kemahiran menulis ini didedahkan disemua peringkat sekolah bertujuan untuk

membolehkan pelajar mengutarakan pandang, ulasan, laporan dan rumusan.Hal ini sangat

penting kerana dalam sistem pendidikan kebangsaan kayu ukur kepada kejayaan seseorang

pelajar adalah melihat dari aspek penulisanya.Dalam hal ini sikap guru sebenarnya

Page 11: DASAR.docx

memainkan peranan yang sangat penting. Ianyanyaakan menetukan samada seseorang

pelajar dapat menumpukan perhatian dan menguasai kemahiran menulis ini sebenarnya

(Marohaini Yusoff & Zulkifli A. Manaf, 1997)

Kemahiran menulis ini perlu diberi perhatian kerana menurut Ann Raimes (1983:3)

menyatakan bahawamelalui kemahiran menulis ini pelajar akan mendapat kelebihan.

Antaranya adalah

I. Meransang pelajar dan memahirkan penggunaan tatabahasa mereka, idea,

perbendaharaan kata dan juga perasaan mereka.

II. Memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai lagi bidang bahasa yang cukup

luas

III. Memperluaskan lagi pengetahuan pelajar melalui pelbagai mekanisme bahasa.

Menurut Mackey (1974:261) menyatakan diantara kesemua kemahiran yang ada, kemahiran

menulis adalah kemahiran yang kompleks.Hal ini kerana jika kita melihat dari sudut

kemahiran mendengar dan bertutur, mekanisme penggunaanya adalah lebih bersifat biasa

sahaja kerana ianya digunakan dalam aktiviti seharian amnya.Pelajar tidak perlu

memastikan bahawa ejaan, peletekan kosa kata, tatabahasa dan sebagainya dalam

perbicaraan biasa kecuali perbicaraan secara formal.Dalam konteks kemahiran menulis ini

semua perkara harus diperhatikan dari sudut peletekan huruf, tanda baca dan

sebagainya.Begitu juga dengan kemahiran mendengar kita hanya melihat perubahan intonasi

sahaja dan tidak dizahirkan melalui penulisan. Maka dengan itulah kemahiran penulisan ini

dikatakan lebih kompleks sifatnya (Abdul Aziz Abdul Talib, 1993: 32-33)

Kemahiran menulis ini memerlukan penumpuan dari pelbagai segi kerana ianya

melibatkan banyak pergerakan seperti mata, tangan dan juga minda. Pergerakan ini akan

menimbulkan idea dan dihasilkan menerusi penulisan yang baik. Tanpa penulisan baik

pelajar sekolah khususnya dalam penulisan bahasa Melayu tidak akan mencapai piawaian

penulisan yang baik. Hal ini disokong oleh Ishak (1979) menyatakan bahawa kemahiran

menulis adalah kemahiran yang penting yang harus dimiliki oleh murid kerana sebahagian

besar daripada pendidikan memerlukan kerja-kerja menulis dan bahasa Melayu adalah

perantara terhadap penguasaan penulisan pelajar.Kemahiran ini membantu pelajar

Page 12: DASAR.docx

menghasilkan karangan dengan baik.Untuk memastikan kemantapan dari sudut kemahiran

menulis ini orang berperanan adalah guru. Setiap guru haruslah mengetahui set induksi yang

ingin diajar dan memulakan sesebuah proses pengajaran dengan tajuk yang diketahui oleh

pelajar dan diselitkan sedikit informasi terbaru. Dalam kemahiran menulis ini perkara

terpenting adalah aspek penulisan karangan, untuk sekolah rendah mereka hendaklah

didedahkan dengan pengalaman dalam penulisan selepas itu pelajar akan lebih yakin

terhadap penulisan mereka (Azman Wan Chik.,1983: 16)

Bukan itu sahaja, guru haruslah merancang dahulu perkara yang ingin diajar dan

perkara terpenting adalah keperihatinan guru dalam mengikut prosedur yang betul untuk

memastikan pelajar dapat memahami perkara yang dipelajari.Kemahiran menulis ini

membuka satu peluang kepada pelajar untuk menunjukan kelebihan mereka iaitu dari sudut

penggunaan bahasanya. Mungkin pengguna kemahiran seperti bertutur perlu namun secara

praktikalnya semua aspek dalam bidang kerjaya adalah memerlukan kemahiran menulis dan

disokong oleh kemahiran yang lain. Kementerian Pendidikan mendapat hampir 20 peratus

pelajar yang melangkah ke sekolah Menegah masih belum menguasai kemahiran membaca

dan juga menulis khususnya kawasan luar Bandar.Hal ini kerana kekurangan kemudahan

dan sebagainya. Namun dari sudut yang lain keadaan ini boleh diubah menerusi penerapan

nilai pembentukam kemahiran sedia ada khsusunya kemahiran menulis. Para sarjana juga

berpendapat bahawa kemahiran menulis ini dapat dipupuk menerusi kebebasan dalam

penulisan iaitu guru boleh memberikan sedikit ruang dalam penulisan secara bebas namun

masih dipantau dari semua aspek agar bentuk penulisan yang dihasilakan benar-benar

mengikut laras ilmiah dan penulisan yang ditetapkan (Abdullah Hassan,1987: 39-40)

Selain daripada kemahiran menulis, kemahiran membaca juga adalah antara

cabang yang boleh digabungjalinkan antara satu dengan lain. Morvoe (1997)

menyatakan bahawa kanak-kanak yang boleh membaca lebih awal cenderung untuk

mendapat keputusan yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang boleh membaca

namun lewat sedikit.Menurut Kamaruddin Haji Hussin (2001) mentafsirkan membaca

sebagai menyuarakan tulisan, mangambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahami

kandungnya. Jalinan antara kemahiran menulis dan membaca ini sebenarnya adalah kuat

kerana seseorang tidak akan dapat menulis jika tidak tahu untuk membaca dan membaca

Page 13: DASAR.docx

adalah landasan kepada penulisan yang baik. Hal ini dapat dilihat pada hubungkait

berikut:

Peta Minda : gabungjalin

GABUNGJALIN

Menerusi peta minda diatas, adalah sangat jelas hubungkait antara kemahiran

menulis dan membaca secara amny.Kemahiran menulis ini banyak disokong oleh

kebolehan pelajar dalam memahami elemen yang terdapat dalam setiap pembacaan.Hal

ini penting kerana menurut sarjana kanak-kanak yang kurang memahami kemahiran

berbahasa sentiasa menghadapi perkara negatif.Hal ini membawa kepada masalah

rendah diri, malu dan terdapat juga kanak-kanak ataupun sekolah takut untuk

memberikan pendapat mereka secara amnya.

6.0 Nilai-Nilai Murni yang Diterapkan dalam pengajaran.

Dasar pendidikan Negara mengariskan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai potensi

yang harus ditonjolkan.Begitu juga dari sudut Falsafah Pendidikan Kebangsaan

mencungkil potensi setiap individu dari pelbagai aspek.Dasar dan falsafah kebangsaan

ini cukup membuktikan bahawa kaedah pengajaran dan Pembelajaran (P&P) peringkat

KEMAHIRAN MENULIS

KEMAHIRAN MEMBACA

Page 14: DASAR.docx

kebangsaan haruslah mempunyai nilai-nilai yang baik untuk menghasilkan modal insan

yang cemerlang. Pendekatan 3m iaitu membaca, menulis dan mengira adalah antara

pendekatan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan disokong dengan kemahiran-

kemahiran asas serta cara pengajaran yang lebih sistematik. Antara nilai-nilai tersebut

adalah:

6.1 Berusaha

Nilai terpenting yang dapat diterapkan adalah berusaha.Walaupun Bahasa Melayu

adalah bahasa rasmi dan juga bahasa percakapan harian namun masih ada segelintir

masyarakat atau pelajar belum menguasai bahasa ini secara lebih dalam.Kementerian

telah mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat pelajar masih tidak menguasai

kemahiran-kemahiran ini walaupun untuk subjek Bahasa Melayu.Kerajaan telah

mengambil langkah dengan memperkenalkan satu program baru yang disebut (LINUS).

Pendekataan ini membolehkan pihak sekolah memberi penekanan yang secukupnya

untuk memastikan pelajar yang lebih dalam kemahiran asas ini dibantu bagi

menghasilakn modal insan yang Berjaya (Chiew Fong Ping & Abdul jalil Otham, 2008)

Dari sudut pengajaran, guru dan pelajar akan berusaha untuk membolehkan

pelajar yang lemah tidak ketinggalan. Pendekatan pembelajaran seperti teknik simulasi

dan teknik lain sebenarnya mampu membantu kearah usaha ini. Dengan cara pengajaran

yang sistematik, pelajar akan berusaha mengubah keupayaan mereka dan boleh

menguasai kemahiran-kemahiran asas yang disebutkan. Guru boleh memberikan latihan

tambahan untuk membantu dan pelajar berusaha untuk memajukan diri. Dari sudut

kurikulum pula, pihak sekolah hendaklah membina program yang boleh membantu

kearah perubahan tersebut. Semangat dan ingin berubah ini mampu digembeling melalui

sokong keluarga, guru dan masyarakat amnya (Yahya Othman,2005: 22)

6.2 Keyakinan diri

Penguasaan terhadap kemahiran-kemahiran asas ini sebenarnya akan menimbulkan

keyakinan diri kepada pelajar. Dalam Pendidikan juga, pihak Kementerian mahu

melahirkan pelajar yang berkarisma dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Melalui

pengajaran, penguasaan terhadap mata pelajaran khususnya Bahasa Melayu

Page 15: DASAR.docx

akanmembantu pelajar dalam aspek penghasilakan penulisan dan keputusan yang baik.

Namun begitu, pelajar yang masih lemah hendaklah dibantu untuk memastikan

keyakinan mereka tinggi.Keyakinan yang dimaksudkan adalah dalam bentuk penulisan

yang cukup baik, dapat memberikan pandang, komen, ulasan dan laporan dengan baik.

Kelebihan seperti ini akan menambahkan lagi keyakinan pada diri setiap pelajar amnya

(Abdullah Hassan,1987; 56).

7.0 Elemen Merentes Kurikulum

Elemen Merentes kurikulum adalah antara yang terdapat dalam Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KBSR).Tujuan utama EMK ini adalah untuk memberi fokus kepada

modul insan yang lebih kreatif, kritis dan inovatif, mempunyai ciri keusahwanan dan

dapat menguasai TMK ataupun teknologi Merentes Kurikulum.Penerapan EMK ini

sebenarnya adalah untuk penyediaan awal kepada pelajar kealam perkerjaan melalui

usaha kerajaan.Hal ini sebenarnya disokong oleh dasar kerajaan iaitu menjadi Negara

maju menjelang 2020.Selain daripada itu kemahiran asas seperti komunikasi, kemahiran

dan juga teknologi adalah antara tujuan dasar ini di perkenalkan oleh pihak kerajaan.

Peta minda : Elemen Merentes Kurikulum

Elemen-elemen yang diterapkan dalam pengajaran bahasa melayu adalah

kreativiti dan inovasi.Kreativiti adalah keupayaan seseorang untuk berimaginasi dalam

menyelesaiakan permasalahan atau menjawap semua persoalan.Inovasi pula adalah

kebolehkan mengubah atau menghasilkan sesuatu yang baru.Elemen ini sebenarnya

dapat dilaksanakan oleh pelajar melalui program kurikulum sedia ada.Secara amnya,

elemen ini dapat menunjukan keterampilan diri pelajar, menguasai kemahiran

komunikasi dan dapat mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menghasilkan

Krea t i f dan Inova t i f

Pelajar Tekno log i

Page 16: DASAR.docx

sesuatu yang lebih baik.Pendekatan (P&P) berasaskan projek sebenarnya menjadi asas

kepada kreativiti pelajar.Penghasilan kerja projek yang baik mendasari kemahiran-

kemahiran asas yang dipelajari. Elemen Merentas Kurikulum ini tidak akan membentuk

kreativiti pelajar jika kemahiran asas seperti membaca dan menulis serta kemahiran lain

tidak dikuasai (Kementerian Pendidikan Malaysia,1987: 66)

Elemen ini sebenarnya banyak disokong oleh guru.Peranan guru dalam

membangunkan kreativiti pelajar amatlah penting iaitu melalui perancangan

pembelajaran, membimbing serta membantu pelajar amnya. Maka dengan itu dalam

model (P&P), pembelajaran adalah berasaskan kepada masalah dan projek. Menerusi

elemen ini sebenarnya kejayaan dalam melihat potensi pelajar menjadi lebih utama

kerana wujudnya keseimbangan dari segi kreativiti dan juga kemahiran asas berbahasa.

Maka dengan itu keupayaan pelajar akan lebih terserlah. Selain daripada elemen diatas,

elemen yang lain yang boleh di serapkan adalah Teknologi maklumat dan Komunikasi.

TMK ini adalah satu pendekatan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam

memastikan pembelajaran lebih baik iaitu menggunakan computer, perisian aplikasi dan

sebagainya. Matlamat TMK ini adalah menggalakan kemajuan untuk menambahkan

ilmu pengetahuan kepada pelajar amny dan seterusnya menjana pemikiran yang kreatif,

kritis dan membantu kepada pembangunan kualiti pembelajaran (Esah Sulaiman,2004:

53)

Dalam perkembangan mata pelajaran Bahasa Melayu, pemantapan kemahiran

asas pelajar sebenarnya banyak dibantu oleh strategi Pengajaran dan Pembelajaran

(P&P) melalui kaedah teknologi. Hal ini kerana pengajaran Bahasa Melayu akan lebih

menyeronokan kerana TMK mempunyai perisian bersesuaian dengan topik iaitu

meggunakan CD-ROM ataupun memuat turun maklumat yang ingin diajar dengan lebih

mudah. Selain daripada TMK ini memudahkan pelajar dalam bereksperimentasi

terhadap teknologi dengan cara menggunakan kemudahan untuk membantu dalam

penghasilan projek atau sebagainya. TMK ini mempunyai fasa tertentu dalam

pengajaran iaitu mengikut darjah. TMK ini juga berhubungkait dengan pemahaman

terhadap kemahiran asas kerana keupayaan pelajar memahami konsep dalam teknologi

ini sebenarnya banyak di dorong oleh keupayaan pelajar dalam memahami kesemua

Page 17: DASAR.docx

elemen dalam kemahiran asas (Azman Wan Chik,1983: 47)Mod pengajaran dalam

bentuk TMK adalah seperti berikut:

Gambarajah: Mod Pengajaran TMK

Guru & pelajar

Guru Pelajar

Sumber : www.goggle.com/image

Page 18: DASAR.docx

PETA MINDA: HIMPUNAN

GABUNGJALIN

BERFIKIRMEMBACA

BERTUTUR

MENULIS

KEMAHIRAN SPESIFIK

KEMAHIRAN DIGABUNGJALIN

KEMAHIRAN BAHASA

MENDENGAR

ELEMEN MERENTES KRIUKULM

I. KREATIF DAN INOVATIF

II. TEKNOLOGI

NILAI MURNI:

I. BERUSAHAII. KEYAKINAN

DIRI

Page 19: DASAR.docx

8.0 Ciri-ciri Pembangunan Modal Insan

8.1 Mempunyai Jati Diri dan Keberanian dan keyakinan yang tinggi

Penguasaan terhadap kemahiran-kemahiran asas ini sebenarnya membentuk kepada

kemantapan jati diri pelajar secara amnya.Hal ini kerana jati diri seseorang pelajar itu

boleh terbentuk apabila mereka dapat mendalam kemahiran asas ini dan mengetahui

kelebihan diri mereka. Bukan itu sahaja melalui EMK sebenarnya pelajar dapat

mengetahui kelebihan mereka dan boleh menggunkan kelebihan tersebut untuk masa

akan datang.Pembentukan jati diri pelajar ini sebenarnya banyak bertitik tolak dari

bentuk pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah ataupun guru

sendiri. Selain daripada itu, mereka juga mempunyai sifat keberanian dan keyakinan

berhadapan dengan masyarakat.Keberanian ini sebenarnya terbentuk dari aspek

pembelajaran iaitu guru-guru memberi peluang kepada pelajar ini untuk memberi

pendapat, saranan dan sebagainya.perkara ini membantu pelajar lebih berketerampilan

dalam memberikan pendapat mereka kepada umum amnya (Esah Sulaiman,2004: 47)

8.2 Berfikiran Secara kreatif dan kritis

Kemampuan pelajar dalam menguasai kemahiran ini membolehkan mereka berfikir

secara lebih kreatif dalam bentuk penulisan ataupun perkara lain. Dalam aspek Bahasa

melayu, mereka dapat menggunakan daya kreatif mereka dalam mengolah ayat yang

lebih baik dan memberikan pendapat dengan lebih kritis. Bukan itu sahaja, mereka juga

dapat menggunakan keupayaan mereka ini untuk membentuk sesuatu yang lebih kreatif

kerana kemahiran asas ini bukan hanya terhadap kepada bahasa Melayu semata-mata

namun ianya meliputi aspek yang lain. Selain itu, pandangan mereka juga lebih kritis

kerana penguasaan pembacaan yang lebih baik dan pembacaan yang lebih banyak

membantu kepada cadangan, saranan dan fikiran yang lebih bersifat kritis (Abdul Aziz

Abdul Talib,1993: 24)

8.3 Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Modal insan yang terbina juga adalah individu yang berkemahiran dalam menyelesaikan

masalah. Kemampuan pelajar dalam menangani masalah sewaktu melalui proses

kemahiran asas seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis menjadikan pelajar

Page 20: DASAR.docx

atau individu dapat menyesuaikan keadaan dan berkemampuan untuk menyelesiakan

masalah-masalah yang lain. Hal ini sebenarnya membantu kearah tujuan utama modal

insan iaitu insan yang tenang dalam menghadapi masalah dan cabaran.Kemahiran ini

sebenarnya membuka pemikiran pelajar amnya dalam melihat keupayaan

mereka.Mungkin tidak semua individu ataupun pelajar mampu menguasai kemahiran

ini. Namun dengan usaha dan cara yang betul kemahiran ini mampu membantu pelajar

berfikiran lebih realistik, releven dan terbuka (Asmah Hj. Omar,1992: 26-27).

9.0 Langkah-Langkah Pengaplikasan Semua Elemen

Pelbagai cara ataupun langkah yang boleh digunakan untuk mengaplikasikan kesemua

kemahiran dan elemen yang lain. Antara langkah tersebut adalah.

I. Pemahaman konsep

Perkara terpenting dalam meneruskan kefahaman pelajar adalah guru akan memberikan

kefahaman terhadap pelajar mengenai konsep kemahiran asas seperti mendengar,

bertutur, membaca dan menulis. Pemahaman terhadap konsep ini perlu dilakukan agar

pelajar tidak keliru khususnya pelajar tahun 1 mengani kepentingan menguasai kesemua

elemen dalam kemahiran ini.

II. Pelaksanaan kemahiran

Setelah konsep kemahiran diterangkan.Pelaksanaan terhadap kemahiran ini di jalankan.

Namun guru akan memastikan bahawa pelajar mempunyai daya tumpu dan minat yang

tinggi dalam sesi pembelajaran. Hal ini dilakukan dengan menggunkan teknik

pengajaran yang lebih terbuka ataupun dikenali sebagai simulasi. Pelaksanaan di

lakukan melalui cara berikut:

1. Kemahiran mendengar

Pelajar akan dikumpulkan untuk mendengar perbualan secara audio dan

melihat tindak balas mereka apabila mendengar cerita atau berita.

Selepas mendengar perbualan secara audia atau cerita daripada audio,

pelajar akan diberikan soalan dan kefahaman mereka mengenai cerita

yang di sampaikan dapat dilihat.

Page 21: DASAR.docx

2. Kemahiran bertutur

Pelajar akan diuji menggunakan kemahiran bertutur mereka. Mungkin

kaedah pertuturan telah sebati dengan mereka namun ujian yang boleh

dilakukan adalah melalui pendapat, saranan, komen dan jawapan bagi

setiap permasalahan

Selain itu, pelajar juga dikehendaki untuk sama-sama memberikan idea

baru ataupun penceritaan baru menggunakan pendekataan yang lebih baik

iaitu dengan menggunakan cara bercerita.

3. Kemahiran membaca

Kemahiran membaca merupakan perkara penting, keupayaan pelajar akan

terserlah jika dapat menguasai kemahiran ini. Guru akan membantu

pelajar dapat segi pembacaan khusus untuk pelajar yang lemah dengan

menggunkan cara yang lebih pratikal seperti powerpoint. Hal ini kerana

ianya dapat mendorong pelajar untuk lebih belajar.

Guru juga akan menguji pelajar dengan setiap pelajar membaca teks yang

digunakan bertujuan untuk melihat kelancaran dan penguasaan teknik ini

amnya.

4. Kemahiran menulis

Guru akan memberikan ujian dalam bentuk penulisan khususnya

karangan bagi melihat keberkesanan kemahiran yang diajar. Namun

begitu potensi setiap pelajar adalah berbeza. Selain daripada ujian

menulis, pelajar akan sentiasa dilatih dengan memberikan latihan

tambahan sebagai cara memperkukuhkan kemahiran mereka.(Marohaini

Yusoff & Zulkifli A. Manaf, 1997).

III. Penggabungan

Setelah kesemua kemahiran dilaksanakan, elemen lain digabungkan untuk memastikan

wujudnya perkaitan antara satu sama lain. Kemahiran menulis menjadi aspek penting

kerana penulisan yang baik datangnya dari idea yang kritis.Apabila elemen ini dapat

digabungkan ianya di satukan dengan EMK untuk melihat daya fikiran mereka

menghasilakan idea baru dengan menggunakan alat teknologi.(Kementerian Pendidikan

Malaysia,1987: 64-68

Page 22: DASAR.docx

10. Kesimpulan

Falsafah Pendididkan Kebangsaan telah meletekan tujuan sebenarnya iaitu melihat

potensi setiap individu secara menyeluruh untuk melihat keseimbangan dari segenap

segi iaitu rohani dan jasmani. Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebenarnya adalah satu

modul yang dapat memperjelaskan akan perlunya hubungan antara pengajaran dan

pembelajaran. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, terdapat banyak kemahiran yang harus

ditonjolkan bagi melahirkan masyarakat yang seimbang dari semua aspek.Falsafah

pendidikan mahukan setiap pelajar dilihat potensi diri mereka dengan dibantu oleh

kemahiran berbahasa iaitu menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan

menulis.Kemahiran-kemahiran asas ini adalah perkara penting dalam melahirkan pelajar

yang lebih bedaya saing amnya.Namun dalam melihat kemahiran tersebut, guru

hendaklah melihat fokus kejayaan seorang pelajar dengan melihat kemahiran spesifik

yang ada pada mereka dan diasuh agar kemahiran mereka lebih baik.Selain daripada itu,

EMK ataupun Elemen Merentes Kurikulum sebenarnya memperkukuhkan lagi

keupayaan pelajar dengan meletakan faktor kreatif dan inovatif dalam penghasilan karya

mereka.Maka dengan itu, falsafah Pendidikan Kebangsaan sememamnya mendukung

penterjemahan kemahiran berbahasa ini agar tahap pendidikan Negara berada dalam

keadaan yang sepatutunya.

Page 23: DASAR.docx

11. Rujukan

Buku

Abdul Aziz Abdul Talib. (1993). Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip,Teknik dan

Contoh.KualaLumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Abdullah Hassan. (1987). 30 Tahun Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan

BahasaDan Pustaka

Asmah Hj. Omar. (1992). Kajian Dan Perlembangaan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia

Azman Wan Chik.(1983). Trend-trend Baru dalam Bidang Pendidikan. Kuala Lumpur:

DewanBahasa Dan Pustaka

Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan pedogogi. Skudai: penerbit Universiti Teknologi

Malaysia

Kamarudin Husin. (1990). Pengajaran Lisan: Kemahiran Mendengar Dan Bertutur.

Kuala

Lumpur: dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1987). Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah Dan

Menegah:Bahasa Melayu (KBSR & KBSM). Kuala Lumpur Dewan Bahasa Dan

Pustaka

Yahya Othman. (2005). Trend Dalam Penggunaan Bahasa Melayu. PTS Profession Sdn

Bhd

Page 24: DASAR.docx

Jurnal

Marohaini Yusoff & Zulkifli A. Manaf. (1997). Pengajaran Kemahiran Menulis

Karangan Bahasa Melayu disekolah Menegah: Satu penilaian Kuantitatif. Pertanika J.

Soc> Sci & Hum. 5(2) : 65-71

Chiew Fong Ping & Abdul jalil Otham. (2008). Pengajaran Kemahiran Mendengar dan

Bertutur Dalam Bilik darjah Di sekolah menegah: Punca, Masalah di Malaysia.

Sosiohumanika 1(1)