DATA3

14
MENEROKA PERISTIWA BERKAITAN PELUANG Meneroka peristiwa berkaitan peluang dapat memberikan idea intuitif tentang kebarangkalian.

description

data

Transcript of DATA3

  • MENEROKA PERISTIWA BERKAITAN PELUANG Meneroka peristiwa berkaitan peluang dapat memberikan idea intuitif tentang kebarangkalian.

  • MENEROKA PERISTIWA BERKAITAN PELUANG Kebarangkalianunsur-unsur ketidakpastian berlaku dan berlaku dalam kehidupan harian. Oleh itu adalah penting untuk kita memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam menentukan sejauh mana sesuatu kejadian itu mungkin berlaku.

  • MENEROKA PERISTIWA BERKAITAN PELUANG Dalam matematik unsur ketidakpastian dikaji dalam bidang kebarangkalian. Kebarangkalian berlaku daripada permainan yang melibatkan peluang seperti perjudian, kajian fizik, genetik, insuran dan sebagaimya. Beberapa terminologi yang berkaitan dengan kebarangkalian seperti ujikaji, kesudahan yang mungkin, ruang sampel dan peristiwa

  • MENEROKA PERISTIWA BERKAITAN PELUANG Ujikaji dan Kesudahan

    Ujikaji ialah satu proses atau tindakan yang dilakukan untuk melihat kepada hasil. aktiviti melambung duit syiling, kita akan memperhatikan kepada hasil yang berlaku.

  • MENEROKA PERISTIWA BERKAITAN PELUANG Ujikaji dan Kesudahan

    Dalam ujikaji melambung duit syiling, terdapat dua keputusan yang mungkin terjadi iaitu muka angka dan muka gambar dan setiap keputusan ini dikenali sebagai kesudahan. Dengan kata lain kesudahan bagi suatu ujikaji ialah keputusan yang mungkin terjadi dalam ujikaji.

  • MENEROKA PERISTIWA BERKAITAN PELUANG Ruang Sampel

    Ruang sampel ialah set semua kesudahan yang mungkin bagi suatu ujikaji. Ruang sampel diwakili oleh S atau dan boleh ditulis dengan menggunakan tata tanda set. Misalnya ruang sampel bagi ujikaji melambung sekeping duit syiling mempunyai 2 titik sampel.

  • MENEROKA PERISTIWA BERKAITAN PELUANG Ruang Sampel

    Semua kesudahan yang mungkin ialah gambar (g) dan angka (a), S = { g, a }. Begitu juga dengan ujikaji melambung sebiji dadu iaitu semua kesudahan yang mungkin 1, 2, 3, 4, 5, 6 iaitu S = {1, 2, 3, 4, 5, 6}.

  • MENEROKA PERISTIWA BERKAITAN PELUANG Peristiwa peristiwa menunjukkan kesudahan yang memenuhi syarat-syarat tertentu. subset bagi ruang sampel.

  • MENEROKA PERISTIWA BERKAITAN PELUANG

    Satu nombor dua digit adalah dibentukkan daripada digit-digit 1, 2, 3. Tentukan sama ada setiap peristiwa yang berikut adalah mungkin bagi suatu ruang sampel atau tidak. A : Peristiwa mendapat satu nombor genap, B : Peristiwa mendapat satu nombor di antara 10 dan 34. C : Peristiwa mendapat satu nombor dengan keadaan hasil tambah digit-digitnya adalah lebih besar daripada 6.

  • MENEROKA PERISTIWA BERKAITAN PELUANG

    KebarangkalianKebarangkalian bagi peristiwa A berlaku ialah nisbah bilangan unsur dalam peristiwa A kepada bilangan unsur dalam ruang sampel, SP( A ) = n ( A ) = bilangan unsur dalam peristiwa A atau bilangan kesudahan bagi peristiwa A n ( S ) = bilangan unsur dalam ruang sampel atau bilangan cubaan

  • MENEROKA PERISTIWA BERKAITAN PELUANG Kebarangkalian mempunyai nilai dari 0 hingga 1 iaitu 0 P(A) 1P (A) = 0, bermakna peristiwa A tidak akan berlaku atau mustahil berlaku.P (A) = 1, bermakna peristiwa A pasti atau tentu berlaku.

  • MENEROKA PERISTIWA BERKAITAN PELUANG Lakukan aktiviti berikut;i. Lambungkan duit syiling 2 kali.ii. Rekod keputusan lambungan.Ulang langkah I & ii untuk 10 kali lambungan, 50 kali lambungan dan 100 kali lambungan.Apakah yang anda boleh katakan mengenai kebarangkalian bagi lambungan untuk 2 kali , 10 kali , 50 kali dan 100 kali ?

  • PERBINCANGAN KUMPULAN (TUTORIAL):

    BINCANG DAN REKOD;#tut

  • ISL

    #TULIS LOG REFLEKTIF UNTUK TAJUK ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

    *********