Date: 18 January 2015 Mahasiswi SMU rebut …· kebiasaan yang bella kota canggih sepertisaya alami!...

1
Publication: Berita Minggu, p 8 Date: 18 January 2015 Headline: SMU undergraduate clinched opportunities to empower Orang Laut Mahasiswi SMU rebut peluang perkasa Omng Laut SELAMI SUSAH SENANG ORANG LAUT: Cik Zahirah Lyana Mohd Khir (tengah) inginkan pengalaman membina, lantas memilih tempoh bekerja sambil belajar di Yayasan Peduli Kepulauan Riau, atau The Island Foundation (TIF), yang membolehkannya berinteraksi dengan masyarakat Orang Laut, khususnya kanak-kanak yang memerlukan bimbingan bahasa- lnggeris.- Foto ihsan ZAHIRAH LYANA MOHO KHIR SEBAGAI anak muda yang mendahagakan pengalaman lain ·daripada lain, Cik Lyana Mohd Khir memilih pengalaman bekerja sambil belajar di Yayasan Peduli Kepu- lauan Riau tahun lalu. Yayasan yang juga dikenall sebagai The Island Founda- tion (TIF) itu ialah badan kebajikan antarabangsa yang ber- pangkalan di Singapura dan didaftarkan di bawah Akta Ke- bajikan pada Oktober 2010. Cawangan Indonesia pula didaftarkan setahun selepas. itu. Misi utama TIF adalah membantu menambah hasil pendapatan, serta memperbaiki tahap kesihatan dan pen- didikan masyarakat Orang Laut dan penduduk pesisiran Kepulauan Riau. · Selepas 10 minggu bersama Cik Zahirah, 23 tahun, ·mahasiswi jurusan sains sosial. Universiti Pengurusan Sin- gapura (SMU), melanjutkan tempoh pekerjaannya selama empat bulan lagi kerana terlampau seronok menimba pen- galaman barn. Sebagaimana yang dikongsi bersama Gah!: "Walaupun program bekerja sambil belajar hanyalah ba- gi sementara waktu, saya tidak mahu membuang masa den- · gan duduk di pejabat sahaja. "Saya pun bukan jenis bella yang suka terperuk dalam pejabat dan b\lat kerja rutin. Saya suka mengembara. "Apa yang membuat saya tertarik dengan tugas di TIF ialah peluang tinggal dalam suasana kampung tanpa rangka- ian Internet. Saya juga diberitahu, kalau nak pergi ke ma- na-mana, perlu naik motosikal. Lantaran itu, ia: bukan suatu · kebiasaan yang bella kota canggih sepertisaya alami! Nak cubalah kalau macam ni. "· . - .Pada hari ketiga bekerja, bellau menjejakkan kaki di Bin- tan serta diberi taklimat tentang pelbagai projek kendallan TIF. Antaranya ialah program pembangunan desa yang mem- perkasa ekonomi dan kemahiran masyarakat Orang Laut; program Kura-Kura yang membantu Orang Laut mencipta Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction. kraf tangan artisan (pekerja terlatih); dan Akademi Bola Se- pak Bintan yangmelengkapi anak-anak desa dengan kema- hiran bersukan dan kecergasan. Sepanjang tempoh bekerja di TIF, Cik Zahirah juga ditu- gaskan mengajar bahasa Inggeris kepada kanak-kanak di enam desa, di sainping merasakan perbezaan menetap dalam rumah kampung yang usang namun masih terjaga. "Saya seronok tnendekati kanak-kanak yang comel dan ramah walaupun saya orang yang tidak dikenali. "Pada masa yang sama, saya belajar erti disiplin kerana saya perlu berulang-alik dari Singapura ke Bintan bagi me- mastikan projek TIF berjalan lancar. "Saya juga belajar erti komunikasi berbekalkan bimbin- gan mentor saya, Cik Warda Yusoff, yang ketika itu bertu- gas di TIF," ceritanya. Beberapa projek sukarelawan turut dikendalikan bersa- ma sekolah antarabangsa, United World College (UWC); sekolah setempat, St Joseph's Institution (SJI); dan syarikat Google Asia. Anak sulung dalam keluarga tiga beradik itu juga teruja mempelajari sistem pendidikan di Indonesia setelah terllbat dalam bengkel guru dan ibu bapa anjuran TIF. Pengetahuannya tentang bahan organik juga bertambah melalui projek kesihatan taman organik yang sedang diban- gunkan yayasan itu. "Pendek kata,TIF bagai gedung ilmu buat saya. Saya sempat meluangkan hujung minggu saya dalam Ramadan untuk merasai suasana berpuasa di Bintan. "Saya berpegang teguh pada pepatah 'kehidupan bermu- la di penghujung zon selesa'. Walaupun pada awalnya saya takut-takut dengan mutu kebersihan dan makanan di Bin- tan, saya dapat mengatasi rasa gentar lalu menyesuaikan di- ri. Ia pengalaman bekerja paling. menyeronokkan buat saya," tambah Cik Zahirah, yang akan pergi ke universiti sains gunaan di Graz, Austria, FH Joanneum, bagi ;men- jalani program pertukaran selama lima setengah bulan.

Transcript of Date: 18 January 2015 Mahasiswi SMU rebut …· kebiasaan yang bella kota canggih sepertisaya alami!...

Publication: Berita Minggu, p 8 Date: 18 January 2015 Headline: SMU undergraduate clinched opportunities to empower Orang Laut

Mahasiswi SMU rebut peluang perkasa Omng Laut

SELAMI SUSAH SENANG ORANG LAUT: Cik Zahirah Lyana Mohd Khir (tengah) inginkan pengalaman membina, lantas memilih tempoh bekerja sambil belajar di Yayasan Peduli Kepulauan Riau, atau The Island Foundation (TIF), yang membolehkannya berinteraksi dengan masyarakat Orang Laut, khususnya kanak-kanak yang memerlukan bimbingan bahasa­lnggeris.- Foto ihsan ZAHIRAH LYANA MOHO KHIR

SEBAGAI anak muda yang mendahagakan pengalaman lain ·daripada lain, Cik Zahir~ Lyana Mohd Khir memilih pengalaman bekerja sambil belajar di Yayasan Peduli Kepu­lauan Riau tahun lalu.

Yayasan yang juga dikenall sebagai The Island Founda­tion (TIF) itu ialah badan kebajikan antarabangsa yang ber­pangkalan di Singapura dan didaftarkan di bawah Akta Ke­bajikan pada Oktober 2010. Cawangan Indonesia pula didaftarkan setahun selepas. itu.

Misi utama TIF adalah membantu menambah hasil pendapatan, serta memperbaiki tahap kesihatan dan pen­didikan masyarakat Orang Laut dan penduduk pesisiran Kepulauan Riau. ·

Selepas 10 minggu bersama TIF~ Cik Zahirah, 23 tahun, · mahasiswi jurusan sains sosial. Universiti Pengurusan Sin­gapura (SMU), melanjutkan tempoh pekerjaannya selama empat bulan lagi kerana terlampau seronok menimba pen­galaman barn.

Sebagaimana yang dikongsi bersama Gah!: "Walaupun program bekerja sambil belajar hanyalah ba­

gi semen tara waktu, saya tidak mahu membuang masa den- · gan duduk di pejabat sahaja.

"Saya pun bukan jenis bella yang suka terperuk dalam pejabat dan b\lat kerja rutin. Saya suka mengembara.

"Apa yang membuat saya tertarik dengan tugas di TIF ialah peluang tinggal dalam suasana kampung tanpa rangka­ian Internet. Saya juga diberitahu, kalau nak pergi ke ma­na-mana, perlu naik motosikal. Lantaran itu, ia: bukan suatu

· kebiasaan yang bella kota canggih sepertisaya alami! Nak cubalah kalau macam ni. "· . -

.Pada hari ketiga bekerja, bellau menjejakkan kaki di Bin-tan serta diberi taklimat tentang pelbagai projek kendallan TIF.

Antaranya ialah program pembangunan desa yang mem­perkasa ekonomi dan kemahiran masyarakat Orang Laut; program Kura-Kura yang membantu Orang Laut mencipta

Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction.

kraf tangan artisan (pekerja terlatih); dan Akademi Bola Se­pak Bintan yangmelengkapi anak-anak desa dengan kema­hiran bersukan dan kecergasan.

Sepanjang tempoh bekerja di TIF, Cik Zahirah juga ditu­gaskan mengajar bahasa Inggeris kepada kanak-kanak di enam desa, di sainping merasakan perbezaan menetap dalam rumah kampung yang usang namun masih terjaga.

"Saya seronok tnendekati kanak-kanak yang comel dan ramah walaupun saya orang yang tidak dikenali.

"Pada masa yang sama, saya belajar erti disiplin kerana saya perlu berulang-alik dari Singapura ke Bintan bagi me­mastikan projek TIF berjalan lancar.

"Saya juga belajar erti komunikasi berbekalkan bimbin­gan mentor saya, Cik Warda Yusoff, yang ketika itu bertu­gas di TIF," ceritanya.

Beberapa projek sukarelawan turut dikendalikan bersa­ma sekolah antarabangsa, United World College (UWC); sekolah setempat, St Joseph's Institution (SJI); dan syarikat Google Asia.

Anak sulung dalam keluarga tiga beradik itu juga teruja mempelajari sistem pendidikan di Indonesia setelah terllbat dalam bengkel guru dan ibu bapa anjuran TIF.

Pengetahuannya ten tang bahan organik juga bertambah melalui projek kesihatan taman organik yang sedang diban­gunkan yayasan itu.

"Pendek kata,TIF bagai gedung ilmu buat saya. Saya sempat meluangkan hujung minggu saya dalam Ramadan untuk merasai suasana berpuasa di Bintan.

"Saya berpegang teguh pada pepatah 'kehidupan bermu­la di penghujung zon selesa'. Walaupun pada awalnya saya takut-takut dengan mutu kebersihan dan makanan di Bin­tan, saya dapat mengatasi rasa gentar lalu menyesuaikan di­ri. Ia pengalaman bekerja paling. menyeronokkan buat saya," tambah Cik Zahirah, yang akan pergi ke universiti sains gunaan di Graz, Austria, FH Joanneum, bagi ;men­jalani program pertukaran selama lima setengah bulan.