Definisi

4
Definisi "Melayu" Definisi menurut Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan Malaysia: . “Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan— (a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian; . Bagaimanapun, “A Malaysia citizen who cannot speak fluently in Malay language because she live abroad, or maybe did not being educated with Malay culture and Tradition, but, being born by Chinese mother and Malay father is also considered Malay.” . Malah, “In Malaysia, the Malay population is defined by Article 160 of the Malaysian Constitution as someone born to a Malaysian citizen who professes to be a Muslim, habitually speaks the Malay language, adheres to Malay customs, and is domiciled in Malaysia or Singapore. This definition is loose enough to include people of a variety of ethnic backgrounds, and it therefore differs from the anthropological understanding of what constitutes an ethnic Malay. This understanding of the meaning of "Malay" in Malaysia has led to the creation of an ethnoreligious identity, where it has been suggested that a Malay cannot convert out of Islam.” Asal-Usul Orang Melayu - Melayu Berasal Dari Mana? Asal-usul Melayu Dari Mana Orang Melayu Datang Dalam membicarakan pasal Melayu ni, kita kena faham yang Bangsa Melayu dan Kumpulan Etnik Melayu adalah dua benda yang berlainan. Bangsa Melayu merujuk kepada masyarakat Melayu di Malaysia. Manakala Kumpulan Etnik Melayu merujuk kepada masyarakat Melayu secara khusus kepada Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Sumatera. Asal Usul Bangsa Melayu Menurut beberapa sumber, dikatakan Melayu itu berasal daripada Melayu Proto dan Deutero. Berdasarkan catatan oleh Neil Joseph Ryan (1976). A History of Malaysia and Singapore, yang dikatakan sebagai Melayu Proto ialah Melayu Asli ataupun Melayu Purba yang berhijrah daripada Tanah Besar Asia atau Yunnan ke Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Melayu pada sekitar tahun 2500 sebelum masihi. Mereka dikatakan mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian.

description

x

Transcript of Definisi

Definisi "Melayu"Definisi menurutPerkara 160Perlembagaan Persekutuan Malaysia:.Orang Melayu ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian;.Bagaimanapun,A Malaysia citizen who cannot speak fluently in Malay language because she live abroad, or maybe did not being educated with Malay culture and Tradition, but, being born by Chinese mother and Malay father is also considered Malay..Malah, In Malaysia, the Malay population is defined by Article 160 of the Malaysian Constitution as someone born to a Malaysian citizen who professes to be a Muslim, habitually speaks the Malay language, adheres to Malay customs, and is domiciled in Malaysia or Singapore. This definition is loose enough to include people of a variety of ethnic backgrounds, and it therefore differs from the anthropological understanding of what constitutes an ethnic Malay. This understanding of the meaning of "Malay" in Malaysia has led to the creation of an ethnoreligious identity, where it has been suggested that a Malay cannot convert out of Islam.

Asal-Usul Orang Melayu - Melayu Berasal Dari Mana?Asal-usul Melayu Dari Mana Orang Melayu DatangDalam membicarakan pasal Melayu ni, kita kena faham yang Bangsa Melayu dan Kumpulan Etnik Melayu adalah dua benda yang berlainan. Bangsa Melayu merujuk kepada masyarakat Melayu di Malaysia. Manakala Kumpulan Etnik Melayu merujuk kepada masyarakat Melayu secara khusus kepada Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Sumatera.

Asal Usul Bangsa MelayuMenurut beberapa sumber, dikatakan Melayu itu berasal daripada Melayu Proto dan Deutero. Berdasarkan catatan oleh Neil Joseph Ryan (1976). A History of Malaysia and Singapore, yang dikatakan sebagai Melayu Proto ialah Melayu Asli ataupun Melayu Purba yang berhijrah daripada Tanah Besar Asia atau Yunnan ke Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Melayu pada sekitar tahun 2500 sebelum masihi. Mereka dikatakan mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian.

Manakala Melayu Deutero pula, menurut Alan Collins (2003). Security and Southeast Asia: domestic, regional, and global issues, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, Orang Melayu terdahulu telah kemudian diganti oleh Melayu Deutero dalam gelombang kedua penghijrahan dari tanah besar Asia di sekitar 300 Sebelum Masihi.

Jikalau kita ingin berkata mengenai asal-usul orang Melayu, ia cukup luas kerana wujudnya pelbagai jenis bangsa Melayu di Malaysia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Pusat Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia yang dimulakan sejak Januari 2006 bertajuk Menjejak Asal-usul Melayu di Semenanjung Malaysia.

Kajian mereka mendapati wujudnya kepelbagaian corak DNA yang terdapat dalam Masyarakat Melayu moden hari ini yang mungkin berlaku kerana percampuran dengan orang Arab, Cina, India dan Thai. Ini menyokong fakta sejarah yang pernah menyebut Kerajaan Melayu Melaka satu ketika dulu adalah kerajaan yang gemilang dan kedatangan pedagang dari China, India dan Arab menyebabkan berlakunya perkahwinan campur.

Dikatakan terdapat 14 sub etnik Melayu yang mendiami Semenanjung iaitu:i . Melayu Kelantan (Melayu yang masih asli) di Kelantanii. Melayu Yunan di Terengganuiii. Melayu Minang di Negeri Sembilaniv. Melayu Aceh di Perakv. Melayu Mandailing di Perakvi. Melayu Rawa di Perakvii. Melayu Riau di Johorviii. Melayu Bugis di Johorix. Melayu Kerinci di Selangorx. Melayu Champa di Perak, Kedah dan Kelantanxi. Melayu Jawa di Johor dan Selangorxii. Melayu Jambi di Johor, Selangor dan Perakxiii. Melayu Batak di Perak dan Pulau Pinangxiv. Melayu Banjar di Johor, Selangor dan Perak

Hasil awal yang diperolehi mencadangkan suku Melayu Kelantan adalah suku Melayu yang masih tulen. Ini kerana Melayu Kelantan masih memelihara keturunan mereka tanpa banyak berlaku perkahwinan campur. Selain itu, suku Melayu Kelantan juga dikatakan suku pertama yang membuat petempatan di Semenanjung.

Budaya Melayu juga dikatakan ada persamaan dengan suku Naga yang menetap di perbatasan Myanmar/India. Malah melalui ujian DNA, dikatakan ada satu penanda di dalamnya yang hanya biasa ditemukan dalam populasi di India.

Jadi walau daripada mana pun kita datang, sebenarnya kita adalah penghuni kepulauan Melayu sebelum kehadiran bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India. Malahan masyarakat asli Sabah dan Sarawak juga penduduk lebih awal daripada Cina dan India dan merupakan masyarakat utama seperti melayu dan termakub dalam perlembagaan. Namun, pengaruh Cina dan India serta agama Budha dan Hindu dalam masyarakat Melayu tidak dinafikan.

Justeru, sebagai Orang Islam, kita perlu pandai membezakan adat melayu dan budaya melayu dengan tuntutan agama, supaya yang menjadi suruhan Allah kita laksanakan dan yang ditegah kita jauhi.

definisi melayuFebruary 28, 2011 infactdi dalam perlembagaan malaysia di bawah artikel 160 (2), orang melayu ditakrifkan sebagaiOrang Melayu ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikianAtau dengan lebih mudah, seseorang melayu itu perlu menepati kriteria dibawah :1) Menganuti agama Islam,2) Lazim bercakap bahasa Melayu,3) Menurut adat Melayu.4) Zuriat atau keturunantaksiran secara kasar ini membawa maksud seseorang melayu itu, boleh di panggil melayu jika mereka bergama islam. jika berkahwin dengan bangsa lain, jika anak mereka beragama islam, bercakap dalam bahasa melayu dan mengamalkan cara hidup melayu maka anak itu melayu. mungkin sebab itulah jabatan pendaftaran negara meletakkan kaum melayu itu sebagai melayu jika mereka bergama islam. jika mereka memohon untuk bertukar agama sekali pun, mahkamah sukar menerima kerana tidak dapat menetapkan kaum apakah mereka itu sekiranya mereka telah keluar dari islam.Tetapi, dari mana perkataan melayu itu timbul..sejarawan masih belum dapat menjelaskan dengan terpinci/tepat bagaimana perkataan melayu itu muncul..ada jenaka mengatakan melayu itu berasal daripada perkataan layu yang membawa pengertian sebagai kaum yg tidak cergas/berwibawa/malas. terlalu sinikal..tetapi beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul melayu itu dengan :1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, itu Sungai Melayu.3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan Mlayu bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.