Definisi Akhlak Ipgkkb 2015

23
DEFINISI AKHLAK Mengikut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,mentakrifkan akhlak sebagai budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuanberkaitan kelakuan dan tingkah laku manusia dan sebagainya sama ada baikatau jahat.Manakala perkataan akhlak menurut Bahasa ialah: Perkataan akhlakberasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama’ daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan,malah ia juga bereti agama itu sendiri. .Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah: Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. ( Al-Qalam:4 ). Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaksud kejadian yang indah dan baik .Apabila dirujuk kepada kejadianmanusia, ia bermaksud struktur tubuh yang badannya yang indah dan seimbang.Jika dirujuk kepada kejadian alam semesta, ia juga membawa erti kejadian atauciptaan yang indah, tersusun rapi, menurut undang-undang yang tepat. Di dalamAl-Quran terdapat 52 perkataan (Al-khalqu) yang merujuk kepada kejadianmanusia, alam sarwajagat dan lain-lain kejadian. Antara lain firman Allahsubhaanahu wa taaala: Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siang dan malam, bahtera yang belayar di laut membawa yang berguna bagi manusia,dan 1

description

akhlak muslim

Transcript of Definisi Akhlak Ipgkkb 2015

Page 1: Definisi Akhlak Ipgkkb 2015

DEFINISI AKHLAK

Mengikut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,mentakrifkan akhlak

sebagai budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuanberkaitan kelakuan dan tingkah

laku manusia dan sebagainya sama ada baikatau jahat.Manakala perkataan akhlak

menurut Bahasa ialah: Perkataan akhlakberasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu

kata jama’ daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai,

tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan,malah ia juga bereti agama itu sendiri.

.Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja,

antaranya ialah:

Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat

mulia. ( Al-Qalam:4 ).

Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaksud

kejadian yang indah dan baik

.Apabila dirujuk kepada kejadianmanusia, ia bermaksud struktur tubuh yang badannya

yang indah dan seimbang.Jika dirujuk kepada kejadian alam semesta, ia juga

membawa erti kejadian atauciptaan yang indah, tersusun rapi, menurut undang-undang

yang tepat. Di dalamAl-Quran terdapat 52 perkataan (Al-khalqu) yang merujuk kepada

kejadianmanusia, alam sarwajagat dan lain-lain kejadian. Antara lain firman

Allahsubhaanahu wa taaala:

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siang dan

malam, bahtera yang belayar di laut membawa yang berguna bagi manusia,dan

apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu

Diamenghidupkan bumi sesudah matinya (kering), dan dia sebarkan di bumi itu

segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan

antaralangit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi

kaum yang memikirkan.Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan

silih penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang beraqal.

(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau

1

Page 2: Definisi Akhlak Ipgkkb 2015

dalamkeadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan

bumi (lantas berkata): Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan

sia-sia, Maha suci Engkau maka peliharalah kami daripada siksaan neraka. ( Ali-

Imran:190 )

.Manakala pengertian akhlak dari segi istilah pula ialah sifat yang tertanamdi dalam diri

yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang danmudah tanpa

pemikiran, penelitian dan paksaan.

Ibn Miskawaih, ahli falsafahIslam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu

sebagaikeadaan jiwa yangmendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran

dan penelitian.Imam Ghazali RadiAllahuanhu mengatakan:

akhlak ialah suatu keadaanyang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan

perbuatan-perbuatan dengansenang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian.

Apabila perbuatan yangterkeluar itu baik dan terpuji menurut syarak dan akal,

perbuatan itu dinamakanakhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar

perbuatan yang buruk, iadi namakan akhlak yang buruk.

2

Page 3: Definisi Akhlak Ipgkkb 2015

PENGERTIAN AKHLAK MENURUT ISLAM

Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan

dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga

yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam

semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca

timbangannya.Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu

berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya

seperti berikut:

Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi

mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti

sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu

Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (Ridwaanullah)

.Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap

keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha

membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah

ditetapkan oleh Allah.Dengan kata lain, akhlak ialah suatu sistem yang menilai

perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat

dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan

masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama

manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam

sekitar.

3

Page 4: Definisi Akhlak Ipgkkb 2015

SKOP DAN RUANG LINGKUP AKHLAK DALAM ISLAM

Dalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai baik dan

buruk (good and bad), betul dan salah (true and false).

Penilaian ini berlaku dalam semua lapangan kehidupan manusia. Apakah yang

dimaksudkan dengan baik dan buruk, betul dan salah, benar dan palsu itu? Apakah alat

pengukur yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk, betul atau salah,

benar atau palsu? Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab oleh ilmu

akhlak.Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada yang

menjadikan kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang diburu dalam kehidupan.

Ada pula yang menjadikan kebesaran ataupun kekuasaan, ada yangmencari nama dan

kemasyhuran. Ada juga yang berusaha mencai ilmu pengetahuan dan ada pula

golongan yang memandang remeh terhadap kehidupan tersebut, sebaliknya bersifat

zuhud di dunia; memadai dengan kehidupan yang sederhana. Mereka lebih

menumpukan peningkatan rohaniyyah dengan mementingkan persoalan hidup akhirat.

Perbezaan pandangan inilah yang meneyebabkan timbulnya beberapa aliran di dalam

memahami akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan saksama, tidak dapat

dijadikan sebagai matlamat terakhir atau tertinggi yangseharusnya dicapai oleh

manusia. Oleh itu, tentulah di sebalik pandangan atau perbezaan itu ada satu matlamat

hakiki yang wajib dituntut oleh manusia. Apabilasesuatu perilaku atau perbuatan

manusia itu selaras dengan neraca timbangan tersebut, itulah yang dikatakan baik dan

sebaliknya yang tidak selaras dengan ukuran tersebut itulah yang dikatakan buruk atau

jahat dan sebagainya.Persoalan-persoalan inilah yang menjadi skop perbahasan ilmu

akhlak,iaitu ilmu yang menerangkan tentang baik dan buruk, dan juga menerangkan

sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang dalam perjalanan hidupnyadi dunia

ini. Ilmu ini juga cuba menerangkan matlamat yang seharusnya dituju oleh manusia dan

juga menggariskan jalan-jalan yang seharusnya dilalui untuk melaksanakan sesuatu

dalam hidup ini.Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek

perilakudan perbuatan manusia. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan

4

Page 5: Definisi Akhlak Ipgkkb 2015

itu,apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Semua yang

berlaku pada manusia bersifat tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti pernafasan,

detik jantung dan sebagainya tidak termasuk dalam skop ilmu akhlak. Jadi tidaklah

boleh diberi nilai atau hukuman ke atas perkara ini sebagai baik atau buruk.Segala

tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar,sama ada hubungan

dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar, hubungan

dengan diri sendiri dan sebagainya, semuanya mengandungi nilai akhlak. Segala

tindakan manusia baik yang berupa peribadi mahupun bersifat sosial, ekonomi, politik,

kebudayaan dan sebagainya mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan

dipertanggungjawabkan kepada kepada mereka yang terlibat di dalam dalamnya. Nilai

akhlak yang buruk akan diberikan balasan siksa.Jadi bidang akhlak itu hanya meliputi

perilaku perbuatan dan tindakan manusia yang dilakukan dalam lingkungan dan

suasana berikut:

A. Dilakukan dengan sedar dan niat.

B. Dilakukan dengan ikhtiar sendiri.Melakukannya dengan sengaja, tidak dalam

keadaan lupa atau bersalah.

5

Page 6: Definisi Akhlak Ipgkkb 2015

MORAL

Seterusnya saya akan menerangkan definisi moral.Moral ialah tingkahlaku yang telah

ditentukan oleh etika. Tingkah laku yang telah ditentukan olehetika sama ada baik atau

buruk dinamakan moral.Moral terbahagi kepada duaiaitu: :a.Baik; segala tingkah laku

yang dikenal pasti oleh etika sebagai baik.b. Buruk; tingkah laku yang dikenal pasti oleh

etika sebagai buruk.Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan peraturan-

peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu (DorothyEmmet,1979)

mengatakan bahawa manusia bergantung kepada tatasusila,adat, kebiasaan

masyarakat dan agama bagi membantu menilai tingkahlakuseseorang Akhlak dalam

Islam menjadi penghubung yang erat denganfenomena keimanan seseorang

Islam.Sebagaimana maksud hadis :Rasulullah telah ditanya oleh seseorang: “Siapakah

orang mukmin yangpaling afdhal mempunyai kelebihan imannya? Jawab baginda:

Orang yangpaling baik akhlaknya”.

6

Page 7: Definisi Akhlak Ipgkkb 2015

PERBEZAAN DI ANTARA AKHLAK DAN MORAL

Menurut istilah, moral berasal daripada bahasa latin iaitu moralis atau mores iaitu jamak

kepada perkataan mos yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan,budi pekerti dan

perangai. Dictionary of Education menyatakan bahawa moralialah suatu istilah yang

digunakan untuk menentukan batas-batas dari sifat,perangai, kehendak, pendapat atau

perbuatan secara layak dapat dikatakanbenar, salah, baik, atau buruk. Manakala

perkataan etika pula berasal daripada bahasa Yunani ethikos daripada ethos yang juga

membawa erti adapt kebiasaan, perangai dansebagainya. Kedua-dua istilah ini adalah

bermaksud tatasusila, peraturan dan norma-norma yang mengukur tentang baik

buruknya, salah atau betulnyasesuatu perbuatan manusia. Ia merupakan tindakan

lahiriyyah manusia dalam hubungan sesama manusia berdasarkan kepada pemikiran

dan pandangan sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu kumpulan, masyarakat,

pada sesuatu masa dan tempat tertentu.

Nilai-nilaian bersifat relative, subjektif dan temporal. Oleh itu, ia mungkin berubah

menurut sesuatu lingkungan pemikiran,suasana dan tempat.Secara harfiahnya, kedua-

dua istilah tersebut dapatlah disamakan dengan istilah akhlak daripada bahasa Arab

yang membawa erti perangai, tingkah laku,perilaku, tatasusila dan budi pekerti.

Islam sebagai agama yang syumul, komprehensif dan sempurna, menjadikan akhlak

sebagai satu cabang yang asasi dalam program hidup individu, malah ia merupakan

tuntutan wajib bagi setiap orang.Ilmu akhlak berusaha membina dan memupuk

rohaniah manusia,,membina insaniyyah, membentuk tingkah laku dan mengarahkan

individu kearah kebaikan dan ketinggian di samping mengingakan bahaya-bahaya

keburukan dan kejahatan supaya masing-masing berusaha menjauhkan diridaripada

terjebak dengan pengaruh-pengaruh sifat negatif.Oleh kerana ilmu akhlak ini

menyentuh tentang tingkah laku manusia,tentang ketinggian budi dan rohaniah, ia juga

dinamakan Ilmu Al-Suluk (IlmuTingkah Laku),Ilmu Hikmah dan Ilmu Tahdhib Al-Akhlak

(Ilmu PenceriaanAkhlak). Jika dihubungkan ilmu ini dengan agama, tidak menjadi salah

jika kita menamakan ilmu ini sebagai Ilmu Aqliyy .Untuk mencapai cita-cita pembinaan

akhlak dan rohaniah manusia, Islamtelah menggariskan beberapa prinsip utama;

antaranya lainnya ialah:

7

Page 8: Definisi Akhlak Ipgkkb 2015

a)Beriman kepada Allah

b) Membenarkan risalah Muhammadiyyah dan mengamalkannya serta menjadikannya

uswah hasanah.

c) Membenarkan Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah beserta dengan mengamalkan dan

berakhlak dengan perintah dan arahan kedua-duanya.

d) Niat baik dan benar dalam melaksanakan tingkah laku yang baik

e) Sentiasa prihatin terhadap hukum halal haram

f) Berusaha mencari ilmu yang bermanfaat

g) Keadilan syarak

h) Beriman dengan kebangkitan dan hari akhirat

Demikianlah beberapa prinsip utama yang wajib dijadikan sebagai tempat berpijak bagi

seseorang Muslim dalam kehidupan ini. Prinsip-prinsip tersebut jelas kepada kita

merangkumi semua aspek rohaniyyah dan jasmaniyyah yang bersifat mutlak dan tepat

penilaiannya. Oleh itu, bagi mencapai akhlak yang mulia dan diredhai oleh Allah

seseorang itu wajib beramal dan berpegang kepada prinsip-prinsip tersebut. Apa yang

penting ialah seseorang itu ialah sentiasa berhati-hati dalam menjalani hidup dengan

mengarahkan pemikiran,pandangan dan amlan ke arah yang positif sesuai

denganprinsip-prinsiptersebut. Serta sedaya upaya mungkin menghindarkan diri dari

sifat-sifat dangejala negatif.Sekarang dapat dilihat persamaan antara ilmu akhlak, moral

dan etika,iaitu menetukan hukum atau nilai perbuatan manusia dengan keputusan baik

atau buruk. Perbezaannya pula terletak pada ukuran masing-masing, di mana ilmu

akhlak dalam menilai perbuatan manusia menurut ukuran Al-Quran danAs-Sunnah,

etika dengan pertimbangan akal fikiran dan moral dengan adat kebiasaan yang umum

berlaku dalam masyarakat.Dengan ahklak yang baik juga Umat Islam pada hari ini

mungkin akan menjadi contoh dan ikutan bagi penganut-penganut agama lain untuk

mereka mendekat kan diri dengan Islam dan inilah sebenarnya yang diajar

olehRasulullah kepada umatnya agar sentiasa menjaga kesyumulan Islam itu sendiri.

8

Page 9: Definisi Akhlak Ipgkkb 2015

PERANAN AKHLAK DAN MORAL DAPAT MENANGANI GEJALA-GEJALA SOSIAL

YANG MELANDA MASYARAKAT KINI.

KES-KES KEROSAKAN AKHLAK DALAM MASYARAKAT

Keruntuhan akhlak seringkali dikaitkan dengan masalah kebejatan sosial dan

kecelaruan tatacara hidup masyarakat. Dewasa ini, kes zina, buang bayi, hubungan

sesama jenis (gay/lesbian), pelacuran, rempit, buli, video lucah, gangsterism, dadah,

hidu gam, hedonism, pengkid, punk, skinhead, black metal dan seumpamanya semakin

menjadi-jadi menyerlahkan betapa keruntuhan akhlak dalam sistem masyarakat

Malaysia adalah ditahap meruncing. Kerosakan akhlak tidak hanya berlaku di kalangan

remaja, bahkan ianya melanda semua generasi masyarakat dari pelajar sekolah rendah

hingga mereka yang menjangkau usia emas, juga dari rakyat biasa hingga membawa

kepada pemimpin negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim membongkar

bahawa sebanyak 60 peratus gadis hilang dara menjelang umur 18 tahun, dalam satu

soal selidik yang membabitkan 2, 800 responden berusia 15 hingga 25 tahun yang

dijalankan di sebuah universiti tempatan dengan portal YouthSays.com. Tambahan

daripada hasil kajian itu juga mendapati bahawa 24 peratus daripada mereka mengaku

pernah melakukan seks dengan lima kekasih. Selain itu, Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (JAKIM) merekodkan purata pasangan Islam bercerai pada 2009 adalah

setiap 15 minit.

Beberapa contoh mengenai kebejatan akhlak masyarakat dewasa ini dipaparkan

sebagai rujukan bagi memahami realiti yang dihadapi kini:

Kes tiga remaja melayu yang beragama Islam ditangkap kerana membuat

persembahan tarian tiang di Nilai pada Mac 2012 yang lalu merakamkan betapa soal

halal dan haram tidak diambil kira dalam mencari rezeki. Ketiga-tiga remaja ini, Faiqah

Azizan, Nurul Huda Abdul Rahman dan Nooranishah Mohamad Isa kemudiannya

dibicarakan dan didenda sebanyak RM25 oleh Mahkamah Majistret Seremban.

9

Page 10: Definisi Akhlak Ipgkkb 2015

Seorang pelajar tajaan Petronas, Ariff Alfian Rosli berasal dari Wangsa Maju yang

menuntut dalam bidang perubatan di Dublin Ireland berkahwin dengan pasangannya

sesama jenis. Sebelum itu dia dilaporkan tidak dapat dihubungi oleh keluarganya

selama 3 tahun. Ini menambahkan lagi parah umat akhir zaman yang telah tergelincir

dari panduan syariat Islam.

Malang sekali kes-kes yang berbaur seks dan lucah menjadi berita hangat yang

dipaparkan oleh akhbar (Harian Metro, Kosmo dan Utusan Malaysia) dengan begitu

terperinci juga menyumbang kepada satu bentuk pemikiran yang rosak di kalangan

masyarakat Malaysia. Walaupun ianya dikatakan sebagai paparan berita, tetapi

melaporkan dengan terperinci berserta gambar yang tidak senonoh yang boleh ditatapi

oleh segenap lapisan umur pastinya bakal mempengaruhi corak pemikiran

pembacanya.

PUNCA-PUNCA PENDORONG KEMUSNAHAN AKHLAK

Punca-punca berlakunya kemusnahan akhlak perlulah di perhalusi sebelum kita

mengambil jalan penyelesaiannya.

i. Golongan-golongan yang bermasalah ini sebenarnya boleh dikatagorikan sebagai

golongan Mustadh’afin atau yang tertindas kerana mereka didesak oleh sistem sosial

yang tidak betul yang menyebabkan mereka dinafikan hak untuk hidup lebih selesa dan

mendapat pendidikan yang lebih sempurna. Sistem ekonomi kapitalis yang sangat

liberal membenarkan sekelompok manusia mengawal sistem ekonomi untuk

mengumpul kekayaan (monopoli). Lantaran itu, golongan miskin ini hampir mustahil

untuk mendapatkan hak yang sama seperti si kaya raya. Mereka berkerja kuat sekadar

untuk mempertahankan hidup, mengejar material semata, bukannya mempertingkatkan

kualiti hidup. Apalah yang terdaya oleh si miskin untuk menguruskan rumahtangga

dengan cemerlang kerana mencari sesuap nasi itu lebih penting daripada

memerhatikan tingkah laku anak-anak dan memberikan pendidikan yang sempurna.

Dengan lain perkataan, “Kais pagi, makan pagi dan kais petang belum tentu boleh

makan”.

10

Page 11: Definisi Akhlak Ipgkkb 2015

ii. Kompleks membeli belah dan lokasi-lokasi seumpamanya yang menyediakan tempat

melepak sambil berhibur menjadi lokasi membiaknya gejala keruntuhan akhlak ini.

Tempat-tempat seperti ini dibina atas dorongan mahu mencari keuntungan oleh

golongan-golongan tertentu yang sanggup menggadaikan maruah bangsa dan negara

semata-mata kerana ringgit. Disinilah semua pengamal-pengamal gejala sosial yang

bermacam-macam jenis itu berkumpul dan bertukar-tukar fikiran untuk menghasilkan

satu ‘Budaya Syaitan’ yang lebih tulen sehingga timbulnya fahaman-fahaman syaitan

seperti Jangan Ikut Tuhan (JIT), Black Metal, Ghotic, Punk, Skinhead dan sebagainya.

Bukan setakat itu sahaja, tempat-tempat hiburan seperti ini juga menjadi tempat mereka

mengkader orang lain untuk jadi seperti mereka. Selepas puas berhibur, mereka

melepak pula di tempat yang sesuai dengan penyakit sosial yang lain. Penagih dadah

dan penghidu gam di rumah-rumah usang, belen (dulunya disebut bohsia) dan pelacur

di lorong-lorong belakang dan mat rempit / minah rempit di jalan-jalan raya strategik

untuk mereka berlumba.

iii. Budaya bangsa timur yang pemalu telah terhakis kerana terpengaruh dengan

budaya barat yang liberal dan sangat bebas. Wujud golongan-golongan Liberal yang

bergerak dalam organisasi yang teratur seperti Sister In Islam (SIS) yang melaung-

laungkan penolakan penguatkuasakan undang-undang moral agama kerana menurut

mereka, undang-undang tersebut melanggar kebebebasan dan hak asasi manusia.

Lebih parah lagi, keadaan ini menghasilkan satu fenomena dimana mungkar itu menjadi

sebuah norma masyarakat yang dianggap biasa dan tidak mencacatkan. Apa yang

sangat merunsingkan adalah apabila sesuatu kemungkaran itu menjadi aliran yang

dapat diterima sebagai sesuatu nilai yang dirasionalkan dan juga sebagai suatu

perkembangan yang neutral.

iv. Media memainkan peranan penting dalam penyebaran kesesatan. Filem-filem

Hollywood dan Bollywood yang mempromosikan gaya hidup bebas, boros, dan sekular

menjadi senjata yang paling ampuh untuk menyesatkan umat Islam. Ditambah pula

dengan bahan-bahan cetak pisican yang berbentuk hiburan dan lucah yang berlambak-

lambak dipasaran dengan harga yang murah. Maka antara natijahnya, pemahaman

seks bebas yang salah oleh remaja-remaja yang mana mereka menganggap seks

11

Page 12: Definisi Akhlak Ipgkkb 2015

bebas adalah seks yang dilakukan dengan ramai pasangan manakala seks yang

dilakukan dengan teman lelaki adalah sesuatu yang tidak salah atas hak cinta ‘suci’

mereka. Mereka tidak memandang isu ini dalam konteks pemahaman agama. Ini

kerana pemahaman agama tidak diterapkan dalam diri mereka. Pendidikan seks yang

diajar dalam majalah-majalah yang mudah didapati dikedai-kedai tanpa pendekatan

agama hanya akan menggalakan remaja ingin mencuba melakukan seks.

v. Peranan media baru iaitu internet yang memuatkan di dalamnya laman-laman sosial

atas talian, ruangan sembang dan sebagainya, tidak dapat tidak juga menyumbang

kepada berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat sekiranya tidak diawasi

dan dikawal.

SYARIAT ISLAM MENANGANI KERUNTUHAN AKHLAK.

Sumber akhlak dalam Islam tidak dapat tidak mestilah berdasarkan Al-Quran dan

Sunnah. Ini kerana Islam itu bukanlah agama yang bersifat upacara (ritual) tetapi Islam

merupakan satu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Berdasarkan kepada hadith

yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku diutuskan hanya semata-mata untuk menyempurnakan

akhlak yang mulia." [Hadis riwayat Imam Malik].dan firman Allah SWT yang

bermaksud:

“Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai berbudi pekerti

(akhlak) yang amat mulia.” [Surah Al-Qalam:4]

Perkahwinan dan rumahtangga Muslim.

Islam membentuk keperibadian seseorang itu bermula dari hubungan kedua

ibubapanya yang berlandaskan syariat Islam. Perkahwinan yang diasaskan dengan

keimanan dan ketaqwaan kepada Allah adalah untuk menggapai matlamat sebuah

keluarga muslim yang tunduk patuh kepada perintah Allah SWT. Berdasarkan kepada

hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Adiy dan Ibnu Asakir daripada ‘Aisyah r.a secara

marfu’ bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

12

Page 13: Definisi Akhlak Ipgkkb 2015

“Pilihlah tempat yang baik untuk air mani kamu, sesungguhnya kaum wanita itu

melahirkan (keturunan) serupa dengan adik beradik lelaki atau perempuannya.”

Hubungan suami isteri yang bertepatan dengan adab-adab yang disyariatkan Islam

akan dikurniakan zuriat yang berkati oleh Allah SWT. Proses pendidikan itu

berlangsung sedari seseorang itu berada dalam Rahim ibunya. Inilah proses pendidikan

dan pembentukan akhlak dan budi pekerti seseorang itu diperingkat awal. Ibu yang

mengandung disarankan agar sentiasa membaca surah-surah Al-Quran dan doa-doa

yang ma’thur daripada Rasulullah SAW sepanjang tempoh kehamilan itu. Ketika

dilahirkan anak-anak ini diazan dan diqamatkan agar kalimah yang mulia dan agung

yang mula-mula diperdengarkan ditelingannya. Dalam membesarkan anak-anak, Islam

ada metodologinya yang bersesuaian dengan perkembangan usia mereka

sebagaimana hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Perintahkan anak-anak kamu menunaikan sembahyang, apabila mereka telah

mencapai usia tujuh tahun. Bila telah mencapai usia sepuluh tahun belum juga

mahu menunaikan sembahyang, bolehlah dipukul (dalam batas-batas sebagai

tindakan mendidik) dan pisahkan tempat tidur mereka.” [Diriwayatkan oleh Abu

Dawud]

Pengasingan tempat tidur diantara ibubapa dengan anak hendaklah dilaksanakan

selewat-lewatnya usia si anak mencapai 10 tahun dan juga diasingkan tempat tidur

mereka yang berlainan jantina. Ini merupakan disiplin membentuk akhlak dalam

pergaulan di antara lelaki dan perempuan, dewasa dan kanak-kanak.

Solat adalah pendinding diri seorang muslim.

Menjaga solat, solat yang ditunaikan dengan khusyu’ dan penuh tawadhu’ pasti

menghalang diri seseorang dari melakukan perkara-perkara mungkar. Allah SWT

berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji (fashya’) dan mungkar.”

[Surah Al Ankabut:45]

13

Page 14: Definisi Akhlak Ipgkkb 2015

Ini merupakan satu jaminan daripada Allah SWT. Kualiti solat dengan memahami erti

setiap bicara yang dilafazkan dalam solat serta memahami setiap perbuatan dalam

solat adalah merupakan jaminan bahawa seseorang itu dipelihara oleh Allah dan dapat

menghalang dirinya daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Ini diperakui oleh

Rasulullah SAW berdasarkan kepada sebuah hadith yang bermaksud:

“Sesungguhnya ada seorang yang bersolat pada waktu malam. Apabila waktu

pagi, dia mencuri. “Baginda menjawab: ”Sesungguhnya apa yang dibaca (solat)

akan mencegahnya.” [Ahmad bin Hanbal, Musnad Al-Imam Ahmad bin Hanbal,

Muassasah Qurtubah, Qahirah jil. 2. hlm. 447, no hadith 9777. Diklasifikasikan

sahih oleh Shuib Al Arnaut]

Islam juga meletakkan bahawa kesemua jalan-jalan yang menuju kepada kerosakan

akhlak hendaklah dibendung dan dijauhi. Islam tidak hanya melarang perlakuan zina,

malah menghampiri atau cuba mendekati atau melakukan perbuatan yang menghampiri

zina juga dilarang dan merupakan satu dosa. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu hampiri zina, sesunguhnya zina itu adalah satu perbuatan

yang keji dan jahat (membawa kerosakan).” [Surah Al Israa’: 32]

Melaksanakan perintah amar makruf dan nahi mungkar.

Seorang muslim perlulah peka dan perihatin terhadap apa yang berlaku dan dilakukan

oleh anggota masyarakatnya. Seorang yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan

hari akhirat perlulah melaksanakan tindakan menyeru kepada kebaikan dan mencegah

kemungkaran. Inilah tugas seorang muslim yang dituntut oleh Allah SWT untuk

dilaksanakan samada secara individu atau berkumpulan. Sebagaimana firman Allah

SWT yang bermaksud:

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada

kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara yang

baik, serta melarang daripada Segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka

yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”[Surah Ali-Imran: 104] ,

14

Page 15: Definisi Akhlak Ipgkkb 2015

kemudian Allah SWT berfirman mengulangi penegasan ini di dalam ayat yang

seterusnya yang bermaksud:

”Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh

kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.

sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara

mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang

fasik.”[Surah Ali-Imran : 110]

Seorang muslim yang melihat kemungkaran di hadapan matanya hendaklah mengambil

tindakan menghalangnya dengan tangan (kuasa) jika dia memiliki kekuatan itu, jika

tidak dia hendaklah menegur dengan lisannya untuk memperbetulkan kemungkaran itu

paling tidak pun dia hendaklah membencinya dan tidak bersekongkol dengan

kemungkaran itu. Ini adalah menepati dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah

SAW dalam hadithnya, Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :

Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesiapa dikalangan kamu yang

melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya

sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya

dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman.” [Riwayat

Muslim]

Peranan anggota masyarakat dalam usaha menyeru kepada kebaikan dan mencegah

kemungkaran adalah satu bentuk kebajikan yang dituntut dalam Islam demi untuk

menjelmakan ahli masyarakat yang berakhlak mulia. Inilah satu bentuk gotong royong

atau kerjasama yang bernilai tinggi dan mendapat redha Allah SWT sebagaimana

firman-Nya yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam perkara membuat kebajikan dan

taqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan perkara dosa

(maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana

sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksanya.” [Surah Al Maidah: 2]

15

Page 16: Definisi Akhlak Ipgkkb 2015

Hukuman Diletakkan Bagi Menjaga Akhlak

Di samping menggalakkan manusia melaksanakan hal-hal yang diperintahkan, Islam

tidak pula melupakan adanya kekuasaan dan penggunaan kekerasan terhadap

perlanggaran peraturan dalam berakhlak. Itulah sebabnya diadakan hukuman hudud,

qisas dan ta’zir. Adakah akhlak merupakan sesuatu perkara yang beku yang tidak

mampu diubah, sebagaimana sifat tubuh badan yang tidak boleh diubah? Ataupun

adakah akhlak mampu dibentuk dan dicanaikan ke arah yang baik? Ulama berselisih

pendapat mengenai perkara asas ini.

Walaubagaimanapun, majoritinya menegaskan bahawa akhlak boleh dibentuk. Menurut

Imam Al Ghazali, merubah akhlak adalah perkara yang mungkin. Sekiranya tidak,

mengapa Rasulullah SAW ada menyebut: “Perbaikilah akhlak kamu.”

Ini sekadar beberapa pendekatan yang diketengahkan dalam ruang perbahasan yang

pendek ini. Sebenarnya banyak lagi pendekatan dan cara Islam menangani

permasalahan keruntuhan akhlak ini dan membangunkan ketinggian akhlak dan budi

pekerti manusia. Islam tidak hanya menyediakan cara penyelesaian tetapi Islam

mengajar satu kaedah bagaimana akhlak manusia itu dibentuk sedari manusia itu

belum dilahirkan supaya masalah sosial masyarakat itu dapat dicegah dari awalnya.

16

Page 17: Definisi Akhlak Ipgkkb 2015

PENUTUP

Nilai-nilai moral masyarakat timur sedikit demi sedikit telah luntur di dalam masyarakat

Malaysia tidak kira bangsa mana pun. Perkara ini perlu dipandang serius oleh kerajaan

dan pihak-pihak berwajib kerana keruntuhan nilai moral masyarakat akan membawa

kepada malapetaka yang besar dimasa hadapan.

Kesimpulannya, penyelesaian masalah gejala sosial ini tentu sahaja memerlukan

kerjasama semua pihak untuk bersama-sama menyelesaikannya. Semuanya

bergantung kepada usaha berlandaskan keimanan dan amalan yang kuat kepada Allah.

Hakikatnya akar pokok yang sihat adalah akar pokok yang dibaja dan disiram mengikut

keperluan dan mampu memberikan batang pokok yang punya daya tahan penyakit dan

akhirnya menghasilkan daun dan buah yang ranum dan berguna buat makhluk lain.

Usaha yang padu dan sokongan daripada pelbagai pihak amatlah diharapkan bagi

memastikan gejala sosial tersebut benar-benar membuahkan hasil. Mudah-mudahan

usaha kita hari ini, akan membantu kita mencetak generasi muda yang positf, beriman,

bertaqwa, berilmu, beramal soleh dan berkhlak mulia.

17