Definisi Bahasa Melayu Kuno

12
3.0 BAHASA MELAYU KUNO 3.1 PENDAHULUAN Perkembangan bahasa Melayu pada abad ke-7 banyak dipengaruhi oleh budaya yang datang ke Nusantara seperti budaya India. Dari segi sejarah, sebelum abad ke-7, ramai peniaga dan pedagang India (dari barat) yang bertukar-tukar barang perniagaan dengan pedagang China (dari timur). Oleh itu, untuk memudahkan urusan, mereka singgah di Kepulauan Melayu. Budaya yang paling berpengaruh di Alam Melayu pada peringkat awal ialah budaya India. Sebenarnya tarikh bermulanya pengaruh India di Alam Melayu tidak diketahui dengan tepat. Pengaruh India ini bukan sahaja disebarkan oleh pedagang-pedagang India, tetapi turut disebarkan oleh orang-orang Melayu yang pergi berdagang ke India. Kesan kemasukan pengaruh India yang paling ketara ialah penggunaan bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit merupakan bahasa kebudayaan yang terpenting di India. Segala hasil seni kesusasteraan klasik, ilmu pengetahuan, falsafah, dan agama ditulis dalam bahasa ini. Melalui bahasa Sanskrit, bahasa Melayu telah mengalami evolusinya yang pertama. Banyak perkataan Sanskrit telah diterima masuk ke dalam bahasa Melayu. 22

Transcript of Definisi Bahasa Melayu Kuno

Page 1: Definisi Bahasa Melayu Kuno

3.0 BAHASA MELAYU KUNO

3.1 PENDAHULUAN

Perkembangan bahasa Melayu pada abad ke-7 banyak

dipengaruhi oleh budaya yang datang ke Nusantara seperti budaya India.

Dari segi sejarah, sebelum abad ke-7, ramai peniaga dan pedagang India

(dari barat) yang bertukar-tukar barang perniagaan dengan pedagang

China (dari timur). Oleh itu, untuk memudahkan urusan, mereka singgah

di Kepulauan Melayu.

Budaya yang paling berpengaruh di Alam Melayu pada peringkat

awal ialah budaya India. Sebenarnya tarikh bermulanya pengaruh India di

Alam Melayu tidak diketahui dengan tepat. Pengaruh India ini bukan

sahaja disebarkan oleh pedagang-pedagang India, tetapi turut disebarkan

oleh orang-orang Melayu yang pergi berdagang ke India.

Kesan kemasukan pengaruh India yang paling ketara ialah

penggunaan bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit merupakan bahasa

kebudayaan yang terpenting di India. Segala hasil seni kesusasteraan

klasik, ilmu pengetahuan, falsafah, dan agama ditulis dalam bahasa ini.

Melalui bahasa Sanskrit, bahasa Melayu telah mengalami evolusinya

yang pertama. Banyak perkataan Sanskrit telah diterima masuk ke dalam

bahasa Melayu.

Bahasa Sanskrit bukan sahaja dipinjam untuk menyatakan sesuatu

yang berkaitan dengan bidang kebudayaan, kesenian atau agama, tetapi

bahasa itu juga telah mempengaruhi pelbagai cabang kehidupan.

Misalnya, beberapa perbendaharaan kata Sanskrit telah digunakan untuk

menamakan bahagian tubuh badan, barang-barang perdagangan, alat

perkakas, tumbuh-tumbuhan, senjata dan ilmu pengetahuan.

22

Page 2: Definisi Bahasa Melayu Kuno

Ini mungkin disebabkan bahasa Melayu masih kurang

perbendaharaan katanya dalam menyatakan perkara-perkara tertentu

atau berkemungkinan orang-orang Melayu ingin menaikkan taraf

bahasanya ke arah bahasa sarjana untuk menyatakan idea-idea baharu

yang tinggi-tinggi.

3.2 DEFINISI BAHASA MELAYU KUNO

Menurut Nik Safiah Karim dalam bukunya iaitu ACE AHEAD

BAHASA MALAYSIA (2008,13), bahasa Melayu kuno ialah bahasa

Melayu yang berkembang di Nusantara antara abad ke-7 sehingga abad

ke-13, iaitu pada zaman peralihan Hindu-Islam. Pada ketika itu, kerajaan

yang berkuasa ialah kerajaan Sriwijaya. Sewaktu pemerintahan kerajaan

Sriwijaya, bahasa Melayu berkemungkinan telah menjadi bahasa

pengantar kerajaan. Ini terbukti dengan terjumpanya empat buah batu

bersurat yang ditulis dalam bahasa Melayu kuno.

3.3 BAHAN BUKTI

3.3.1Batu Bersurat di Kedukaan Bukit

Batu bersurat ini bertarikh 605 tahun Saka (683M). Batu bersurat

ini telah diperoleh daripada sebuah keluarga Melayu yang menetap di

Kampung Kedukaan Bukit pada 29 November 1920. Kampung ini terletak

di tebing Sungai Tatang dalam wilayah Musi di bahagian barat daya

Palembang.

Batu bersurat ini mengandungi sepuluh baris ayat. Ayat-ayat itu

diukir di atas batu berbentuk bujur. Tulisan pada batu ini terpelihara

dengan baik, kecuali tiga baris terakhirnya yang tidak dapat dibaca kerana

telah terserpih.

22

Page 3: Definisi Bahasa Melayu Kuno

3.3.2Batu Bersurat di Talang Tuwo

Batu Bersurat Talang Tuwo ini bertarikh 606 tahun Saka (684M).

Batu bersurat ini telah dijumpai oleh Residen Jambi, iaitu L.C. Westenek

pada 17 November 1920 di sebuah kawasan yang bernama Talang Tuwo,

di bahagian barat daya Bukit Seguntang, iaitu lebih kurang lapan kilometer

dari Palembang. Batu bersurat ini merupakan batu pasir yang di atasnya

terdapat 14 baris ayat yang dipahat.

3.3.3Batu Bersurat di Kota Kapur

Batu bersurat ini bertarikh 608 tahun Saka (686M). Batu bersurat

ini telah ditemui oleh J.K. van Meulen pada tahun 1892 di Kota Kapur,

iaitu sebuah pekan di Pulau Bangka. Batu ini berbentuk tiang batu.

Dipercayai batu ini telah dibawa ke Pulau Bangka, kerana tidak ada batu

lain seperti itu di pulau tersebut.

3.3.4 Batu Bersurat di Karang Brahi

Batu bersurat yang bertarikh 614 tahun Saka (692M) ini telah

dijumpai pada tahun 1904 oleh seorang inspektor bernama L. Berkhout.

Sewaktu dijumpai, batu ini digunakan sebagai lapik untuk membasuh kaki

di sebuah masjid di Jambi. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Krom,

didapati teks Batu Bersurat Karang Brahi ini menyamai teks pada Batu

Bersurat Kota Kapur, cuma teks pada Batu Bersurat Karang Brahi ini

kurang dua baris daripada teks pada Batu Bersurat Kota Kapur.

Selain keempat-empat batu bersurat di atas, terdapat sebuah lagi batu

bersurat yang dijumpai di kawasan yang jauh dari Sumatera, iaitu di Jawa

Tengah. Batu bersurat ini dijumpai di Gandasuli, iaitu di daerah Kedu,

arah ke timur Gunung Sundara. Bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat

Gandasuli ini amat rapat kaitannya dengan keempat-empat batu bersurat

22

Page 4: Definisi Bahasa Melayu Kuno

yang ditemui di Sumatera. Batu-batu bersurat ini merupakan bukti

terpenting tentang bahasa Melayu tertua yang ditulis dalam bahasa

Austronesia dan merupakan satu-satunya dokumen yang memerikan

permulaan kerajaan Sriwijaya.

3.4 CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO

3.4.1 SISTEM TULISAN

Dari segi penulisan, keempat-empat batu bersurat awal yang

dijumpai semasa pemerintahan kerajaan Sriwijaya ini

menggunakan tulisan Palava, khususnya Palava Kemudian.

Tulisan Palava ialah sejenis tulisan India Selatan purba yang

digunakan untuk penyebaran agama Hindu. Tulisan Palava

Kemudian ini mempunyai prinsip tulisan yang sama tinggi.

Selain tulisan Palava, tulisan lain yang digunakan dalam

bahasa Melayu kuno ialah tulisan Kawi dan Nagiri. Perkataan

Kawi berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud penyair.

Pada peringkat awal, tulisan Kawi ini ditulis pada daun lontar dan

kemudiannya diubahsuai dan diukir pada batu. Tulisan Nagiri pula

digunakan pada Batu Bersurat Gandasuli. Tulisan Nagiri ini berasal

dari India Utara.

3.4.2 KOSA KATA

Berdasarkan keempat-empat batu bersurat yang dinyatakan

sebelum ini (tidak termasuk batu Bersurat Gandasuli), terdapat

kira-kira 283 patah perkataan daripada 50 baris teks yang tertera di

atas batu-batu itu. Daripada 283 patah perkataan ini, 55.5 peratus

merupakan kosa kata bahasa Melayu atau bahasa Austronesia,

manakala selebihnya kosa kata yang dipinjam daripada bahasa

Sanskrit.

22

Page 5: Definisi Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Sanskrit sangat berpengaruh dalam bahasa Melayu

kuno kerana bahasa Melayu pada ketika itu masih kekurangan

kosa kata untuk mengungkapkan konsep-konsep baharu. Konsep-

konsep baharu ini dibawa oleh bahasa masyarakat yang membawa

konsep tersebut.

Berdasarkan bentuk-bentuk perkataan dalam bahasa

Melayu kuno, terdapat beberapa bentuk yang menarik sifatnya.

a) Fonem semivokal w dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi b secara

konsisten dalam bahasa Melayu moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

wuat Buat

wunuh bunuh

wanum bangun

watu Batu

wuah Buah

wuluh Buluh

b) Ketidakwujudan vokal e pepet dalam bahasa Melayu kuno.

Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

dangan dengan

tathapi Tetapi

manghidupi menghidupi

marwangun membangun

lapas Lepas

c) Perubahan fonem yang tidak konsisten. Contohnya, fonem u

berubah menjadi o, iaitu uram dalam bahasa Melayu kuno

22

Page 6: Definisi Bahasa Melayu Kuno

berubah menjadi orang dalan bahasa Melayu moden. Tetapi u

tidak berubah menjadi o dalam lingkungan suku kata akhir

tertutup. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

wunuh bunuh

suruh Suruh

wuluh Buluh

d) Dari segi morfologi, bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu

kuno hampir sama dengan bahasa Melayu moden. Walau

bagaimanapun, terdapat beberapa imbuhan yang sudah tidak

digunakan lagi.

i. Awalan ni- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi di-

dalam bahasa Melayu moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

ni tanam di tanam

ni makan di makan

ni suruh di suruh

ni bunuh di bunuh

ni sumpah di sumpah

ii. Awalan mar- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi ber-

dalam bahasa Melayu moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

mar lapas ber lepas

mar wuat ber buat

22

Page 7: Definisi Bahasa Melayu Kuno

iii. Awalan par- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi per-

dalam bahasa Melayu moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

par wuat per buat

iv. Awalan maka- tidak lagi wujud dalam bahasa Melayu moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

makagila menjadi gila

makasakit menjadi sakit

v. Akhiran –a tidak lagi wujud dalam bahasa Melayu moden. Contohnya :

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

datua datu

wuata buat

vi. Akhiran –i sama seperti bahasa Melayu moden dan biasanya hadir bersama-

sama imbuhan awalan. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

niujari diujari

e) Bunyi n dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi ny dalam

bahasa Melayu moden. Contohnya:

22

Page 8: Definisi Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

wuahna buahnya

wuatna buatnya

tatkalana tatkalanya

f) Bunyi h yang terdapat dalam bahasa Melayu kuno telah dilenyapkan dalam

bahasa Melayu moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

sahaya saya

tuha tua

samuha semua

g) Terdapat konsonan yang dieja dengan aspirasi bh, ph, dh, kh, dan th akibat

daripada pengaruh bahasa Sanskrit. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

bhumi bumi

dhuka duka

sukhacitta sukacita

h) Terdapat juga perkataan dalam bahasa Melayu kuno yang tidak

digunakan lagi pada hari ini. Contohnya:

22

Page 9: Definisi Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

tuwi dengan

inan itu

tlu tiga

hulun/ulun orang gaji

sarak memisahkan diri

langit/makalangit memperdaya

i) Terdapat beberapa perkataan dalam bahasa Melayu kuno yang

masih kekal sehingga kini. Contohnya:

aku, ini, kayu, curi, sama, lagi, jadi,laki, ratus,naik, dua

j) Sesetengah perkataan dalam bahasa Melayu kuno telah berubah maknanya

dalam bahasa Melayu moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

kita kamu (pengertian mufrat)

kamu kamu (pengertian jamak)

22