Definisi ICT

9
APLIKASI ICT DALAM PENGAJIAN AL-QURAN & AL-SUNNAH Desediakan oleh: Ainul Hafizah bt. Ishak (10BI02055) Nurul Huda bt. Mohd Tahir (10BI02074) ICT DEFINISI ICT ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Transcript of Definisi ICT

Page 1: Definisi ICT

APLIKASI ICT DALAM PENGAJIAN AL-QURAN & AL-SUNNAH

Desediakan oleh:

Ainul Hafizah bt. Ishak (10BI02055)Nurul Huda bt. Mohd Tahir (10BI02074)

ICT

DEFINISI ICT

ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information

and Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi

Maklumat

Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang

digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat.

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication

Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk

pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala

aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan

mudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,

melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan

maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran,

pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Teknologi

maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen,

telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan

maklumat kepada penerima.

Page 2: Definisi ICT

Definisi maklumat

Menurut Paisley dan Chen (1982) dipetik daripoada Brown (1997)m

"Information can be defined both structurally and functionally. Structurally

it is a system og encoding a message so that it can be stored, retyrieved

and manipulated and functionally it is something that alters a person's

cognitive organisation" . Oleh itu, maklumat boleh dikatakan sebagai

sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. ia

terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan

dimanipulasikan.

Definisi komunikasi

Komunikasi pula dirujuk sebagai "The interchange of information and

again may be viewed in terms of the structure of that structure of that

interchange or its function in affecting people's iunderstanding and

knowledge. Information and communication are, therefor, inextricably

linked (Brown 1997). Daripada definisi tersebut, komunikasi boleh

dirumuskan sebagai proses penukaran maklumat (interchanging

information).

Manakala teknologi komunikasi (CT) pula terdiri daripada perkakasan

telekomunikasi yang digunakan untuk menyalur dan mengakses

maklumat. Antara contoh perkakasan telekomunikasi ialah fiber optik,

satelit, telegraf.

Perkataan telekomunikasi ini pula berasal daripada perkataan Greek ' tele'

yang bermaksud 'sangat jauh'. Ianya memerihalkan penghantaran

maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah kandungan maklumat

tersebut.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi

maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan

Page 3: Definisi ICT

sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data

dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta

untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik,

suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk

tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan,

pengalaman, kemahiran dan kemampuan.

Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu

bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak

terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama (‘synchronous’)

melalui rangkaian setempat atau global. Teknologi maklumat dan

komunikasi dalam konteks pendidikan Negara Brunei Darussalam perlu

dimanfaatkan secara bijak dan berkesan untuk membangunkan ummah

yang progresif dengan senantiasa bertawakal kepada Allah SWT serta

menjaga keluhuran nilai dan etika bangsa dan agama dengan

mengamalkan konsep Melayu Islam Beraja.

PERKEMBANGAN ICT

Kaedah penyebaran maklumat berkembang mengikut peredaran zaman.

Peringkat perkembangan penyebaran maklumat adalah seperti berikut1:

Peringkat 1: Maklumat dipindah dari seorang kepada seseorang lain

secara lisan. Dalam keadaan tertentu lakaran atau lukisan dan binaan

fizikal digunakan. Contohnya, di Malaysia, beduk atau kentung dipalu

untuk memberitahu penduduk sesebuah kawasan mengenai waktu solat

atau kematian di kawasan tersebut.

Peringkat 2: Maklumat dipindahkan dengan menulis atau melakar pada

tanah liat, daun, batu dan cebisan kulit. Ia disampaikan kepada pihak lain

menggunakan perantaraan haiwan atau manusia. Contohnya, burung

1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Etika, Undang-undan dan Sosial.

Page 4: Definisi ICT

merpati digunakan untuk menghantar mesej dari seorang pembesar

kepada pembesar yang lain.

Peringkat 3: Penciptaan teknologi percetakan membolehkan maklumat

disebarkan kepada ramai orang di pelbagai tempat dengan kos yang

murah. Teknologi percetakan member impak kepada pembangunan

masyarakat terutamanya di Negara Barat.

Peringkat 4: Telekominikasi moden bermula di England pada tahun 1937

dengan pengenalan peralatan telegrafik oleh Cooke dan Wheatstone

(Low, 2000). Ketika itu telegraf merupakan perkhidmatan yang mahal dan

hanya digunakan oleh industry tertentu seperti pasaran saham, akhbar

dan ketenteraan. Keadaan tidak berubah sehinggalah Alexander Graham

Bell mencipta telefon pada tahun 1875.

Teknologi komunikasi terus berkembang dengan pesat. Penggunaan

media elektronik seperti tetuang udara (radio), televisyen dan telefon

Berjaya mengurangi masa pemindahan maklumat. Polisi digubal untuk

menetukan kos penyimpanan dan pemindahan maklumat secara

elektronik. Pada peringkat ini kebanyakan maklumat elektronik (kecuali

telefon) memindahkan atau memancarkan maklumat secara satu hala

sahaja. Maklumat ini pula terletak pada tangan para penyiar, wartawan

dan juga pengiklanan komersial yang beroperasi dalam kerangka

peraturan awam.

Peringkat 5: Teknologi media elektronik dan computer digital bergabung

untuk membentuk komunikasi computer. Teknologi gabungan ini Berjaya

menjimatkan masa, ruang serta berkesan kos.

Dapat dirumuskan bahawa pembangunan teknologi maklumat Berjaya

mengubah hubungan antara tiga dimensi: masa (kepantasan menghantar

atau menerima maklumat), ruang (berapa jarak jauh yang boleh anda

hantar atau capai maklumat dalam masa yang tertentu, dan kos

Page 5: Definisi ICT

(berapakah kos yang perlu dibayar untuk menghantar atau menerima

maklumat).

Teknologi maklumat dan komunikasi secara ringkasnya boleh dibahagikan

kepada berikut:

Teknologi sensing – Alat yang membantu mengumpul data.

Contohnya: pengimbas imej, pembaca kod palang dan sensor.

Teknologi sensing membantu anda melihat, menggambar dan

mengumpul maklumat dari persekitaran.

Teknologi komunikasi – Teknologi komunikasi menjalinkan

sensing, analisis dan teknologi paparan. Contoh: faksimili, telefon

selular, rangkaian computer dan modem.

Teknologi analisis - Komputer mengambil data dari cara sensing

dan komunikasi. Data ini disimpan dan diproses untu memperoleh

maklumat yang berguna. Contoh: perkakasan dan perisian

computer.

Teknologo paparan – Alat dan perisian yang membolehkan data

yang diproses sampai kepaa pengguna sama ada melalui

penglihatan atau suara. Teknologi paparan membentuk antara

muka atau menjadi penghubung di antara sensing, komunikasi dan

teknologi analisis. Contoh, LCD, pencetak dan lain-lain.

KEPENTINGAN ICT

Page 6: Definisi ICT

Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan.

Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.

Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

PANDANGAN PARA ILMUAN TERHADAP ICT

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang

menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan

permudahkan baginya jalan menuju ke syurga, maka sesungguhnya

para malaikat melebarkan sayapnya untuk menaungi penuntut ilmu

sebagai tanda meredai usahanya”. Hadis ini memanifestasikan

betapa menuntut ilmu itu adalah suatu usaha yang diredai dan

dituntut dalam Islam.

Menurut al-Attas (1978) kekaburan dan ketidaktepatan konsep ilmu

yang dipimpin oleh pandangan alam Barat secular telah

mengakibatkan banyak kezaliman kepada kehidupan manusia dan

alam. Dengan bantuan ICT, manusia pada hari ini sememangnya

mengetahui banyak perkara. Namun kebanyakan perkara yang

diketahuinya itu tidak memasukkan hakikat-hakikat penting dalam

kehidupan seperti kewujudan Tuhan, hari pembalasan, roh dirinya

sendiri dan lain-lain yang hanya dapat diketahui melalui sumber

wahyu.

Ilmuan Islam mempunyai pandangan yang pelbagai tentang

pengertian dan konsep ilmu. Umumnya mereka bersepakat bahawa

semua sumber ilmu pada hakikatnya dating daripada sumber yang

Page 7: Definisi ICT

satu. Ruang lingkup ilmu amat luas dan tidak terbatas. Oleh itu ilmu

yang sempurna atau mutlak adalah mutlak adalah milik Allah.

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tidak disebut sebagai

ilmu walaupun ia menawarkan pelbagai maklumat yang rencam

bentuknya. Komputer yang amat canggih dan memiliki keupayaan

menyimpan maklumat yang sangat banyak juga tidak dianggap

sebagai berilmu kerana maklumat tersebut tidak memberi apa-apa

makna kepadanya.

Dalam era moden ini, telah banyak diperkatakan orang bahawa

umat Islam ketinggalan dalam banyak bidang sains dan teknologi.

Namun sedarkah kita bahawa para saintis barat yang menemui

banyak penemuan yang merubah pandangan dan cara kita

menjalani kehidupan, sebenarnya menggunakan dan mengasaskan

kajian mereka dari penemuan para ilmuan Islam kita yang

terdahulu.

Dengan kefahaman bahawa ICT adalah wasilah yang perlu

dimanfaatkan secara optimum untuk melaksanakan proses

kesepaduan ilmu yang sebenar, al-Attas mencadangkan supaya

seseorang itu mestilah terlebih dahulu menguasai ilmu fardhu ain

yang bertepatan dengan peringkat kehidupannya.

Menyedari hakikat bahawa pemilikan ilmu dapat menguasai elemen

strategis yang sangat diperlukan oleh kehidupan manusia,

kepentingan mengamalkan pendekatan selektif dan proaktif seperti

yang cuba dilakukan Osman Bakar, Syed Hussien Nasr dan ramai

lagi tokoh saintis moden Islam terhadap sains dan teknologi Barat

perlu dipandang serius.

Page 8: Definisi ICT

Usaha ini disokong oleh ulama tersohor al-Qardhawi. Menurutnya,

tidak terdapat sebarang dalil syariah yang melarang umat Islam

mengambil pemikiran, kaedah atau system asing yang bermanfaat

selagi tidak bercanggah dengan syariat. Ia akan menjadi lebih

sempurna sekiranya nilai-nilai kerohanian Islam dapat diterapkan.

Islam mengangkat manusia sebagai khalifah sekalian alam. Umat

Islam yang seharusnya menyedari hakikat ini amat digalakkan

untuk meneroka, menggunakan dan meneliti secara bijaksana demi

menjalankan tanggungjawabnya memakmurkan alam sebagai

tempat yang selesa didiami disamping menghayati keesaan,

kekuasaan dan keagungan Maha Pencipta.