definisi pameran
description
Transcript of definisi pameran
Pameran berasal dari kata “pamer” yang bermaksud menunjukkan sesuatu yang dimiliki kepada orang lain
untuk memperlihatkan kelebihan.
Myers, B. (1985) dalam penulisannya yang berjudul “How to Look at Art” mentakrifkan pameran sebagai
satu aktiviti yang melibatkan satu ruang (biasanya galeri ataupun dewan) dan mempamerkan hasil karya
seni seperti; lukisan, catan, cetakan, arca, ukiran, gambar foto dan karya yang siap (finished artwork).
Definisi Pameran
Manakala Preble, S dan Duane (1996) menjelaskan bahawa di Amerika pameran dikenali sebagai “exhibit”
(pamer), manakala di Perancis pula ianya dikenali sebagai “exposition atau show” (pameran). Berbeza pula di
United Kingdom mereka menamakan “exhibitions” itu sebagai pameran manakala individu yang terlibat di
dalam pameran itu digelar sebagai “exhibit”.
Pameran juga menyediakan aktiviti promosi yang dilakukan oleh pengkarya atau seniman, kumpulan,
organisasi, perkumpulan tertentu dalam bentuk memaparkan display product kepada audien atau
pembeli. Contohnya, “show”, “exhibition”, “ekspo”, “fair” dan “bazaar”.
Pameran seni merupakan kegiatan yang dilakukan oleh seniman untuk menyampaikan idea atau gagasannya
kepada publik melalui media karya seni.
Pengertian pameran adalah suatu kegiatan pengajian karya seni rupa untuk
dikomunikasikan sehingga dapat diapresiasioleh masyarakat luar.
Definisi Pameran Seni
Pameran seni menjadi platform untuk mempamerkan karya seni yang membolehkan guru pelatih (pengkarya)
menjadi media apresiasi seni.
Apresiasi adalah kegiatan meliputi pengamatan, penghayatan, penilaian dan penghargaan sebuah karya
seni.
Dengan pameran, pengkarya dapat melakukan pemerhatian dan penilaian. Penilaian ini dilakukan untuk membantu pengkarya membuat karya seni dengan lebih
baik.
Secara umumnya pameran itu adalah merujuk kepada satu tempat yang mempamerkan hasil-hasil karya seni
yang melibatkan individu yang tertentu ataupun kumpulan yang tertentu didalamnya.
Manakala tempat yang digunakan pula mempunyai kemudahan dan ianya senang bagi masyarakat setempat
untuk berkunjung serta melihat hasil karya yang dipamerkan itu.