Definisi kesihatan

5
DEFINISI KESIHATAN Kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu. Kesihatan merujuk satu keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang masalah seperti ada penyakit kencing manis dan mudah diserang penyakit berjangkit lain. ada pelbagai langkah yang boeh diamalkan oleh seseorang untuk memiliki tahap kesihatan yang baik. Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan Negara. Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan kesihatan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, sergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit.berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa kesihatan ditunjangi oleh faktor fizikal dan mental dan sosial yang sihat, berfungsi,cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan. Tabiat pengambilan makanan sememangnya penting terhadap tubuh manusia, terutama apabila ia bakal memberi kesan kepada kesihatan. Justeru, sangat diutamakan kepada individu mengetahui jenis makanan diambil sesuai dengan keperluan badan, terutama bagi yang gemar

Transcript of Definisi kesihatan

Page 1: Definisi kesihatan

DEFINISI KESIHATAN

Kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu. Kesihatan

merujuk satu keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang masalah

seperti ada penyakit kencing manis dan mudah diserang penyakit berjangkit lain.

ada pelbagai langkah yang boeh diamalkan oleh seseorang untuk memiliki tahap

kesihatan yang baik.

Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan.

Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan

agama, bangsa dan Negara. Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO,

1948) mendefinisikan kesihatan  sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial

yang sihat, sergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit.berlandaskan

keadaan sosial dan masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa kesihatan

ditunjangi oleh faktor fizikal dan mental dan sosial yang sihat, berfungsi,cergas

serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan.

Tabiat pengambilan makanan sememangnya penting terhadap tubuh

manusia, terutama apabila ia bakal memberi kesan kepada kesihatan. Justeru,

sangat diutamakan kepada individu mengetahui jenis makanan diambil sesuai

dengan keperluan badan, terutama bagi yang gemar mengambil makanan seperti

sayuran, bijirin dan buah-buahan berikutan lebih mengemari makanan tinggi

dengan gula, garam dan berminyak. Disebabkan corak pemakanan sedemikian,

Page 2: Definisi kesihatan

seakan-akan lumrah pada masa kini apabila timbul pelbagai masalah kesihatan

yang  selalunya berpunca daripada pengambilan gula secara berlebihan dan tinggi

dengan lemak dan kolestrol sehingga menyebabkan seseorang itu mudah diserang

diabetes, darah tinggi serta lemah jantung.

Sebenarnya pengambilan makanan mengandungi tinggi lemak serta gula

bukan sahaja boleh menyumbang kepada masalah kegemukan dan menyebabkan

obesiti, malah faktor gabungan kedua-duanya mengundang kedatangan penyakit

kencing manis atau diabetes. Diabetes berlaku apabila insulin yang di hasilkan

tubuh kurang daripada jumlah gula dalam darah, menyebabkan jumlah gula

digunakan tidak dapat di serap serta di gunakan sebaik-baiknya oleh tubuh. Dengan

kewujudan penyakit diabetes, kebiasaan pengidapnya turut mempunyai risiko lebih

tinggi untuk mendapat pelbagai penyakit sampingan . Justeru itu pengambilan

makanan seimbang amatlah penting seperti yang di tunjukan dalam sistem piramid

makanan.

Sudah pasti semua sudah sedia maklum tentang keperluan nutrisi makanan

dalam sistem piramid.adalah sangat penting untuk tubuh badan.Dengan gaya hidup

moden yang serba pantas hari ini, golongan yang bekerja mudah mengabaikan diet

dan sajian tetap. Pengantungan yang tinggi pada makanan segera selalu

mengakibatkan pengambilan lemak tepu, kolestrol, gula ringkas dan sodium yang

tinggi. Mereka tidak mengambil hidangan yang secukupnya pasti akan kekeurangan

Page 3: Definisi kesihatan

nutrient penting yang diperlukan tubuh badan mereka. Pengambilan susu dan

produk susu yang mencukupi sejak peringkat awal usia dan seterusnya disepanjang

hayat dapat membantu menjadikan tulang lebih kuat dan melindunginya penyakit

seperti osteoporosis( tulang rapuh dan lemah) pada usia lanjut. Kandungan kalsium

dan fosforus yang tinggi dalam susu dan produk susu juga memberi manfaat

kepada pertumbuhan dan pemeliharaan gigi yang sihat. Setiap makanan yang kita

pilih haruslah seimbang dengan keperluan harian kita agar badan sentiasa sihat

dan tidak lesu. Sentiasalah peka dengan setiap perubahan tubuh badan sendiri agar

tidak mengabaikan kesihatan diri.

Pilihlah aktiviti menyeronokkan dan mampu mengekalkan kesihatan badan

seperti berjalan pantas,berenang atau berbasikal secara berkumpulan, kerana

senaman yang dilakukan secara teratur dan berterusan membantu mengembalikan

paras gula ke julat normal selain bantuan pemakanan yang membantu sistem

dalam tubuh. Aspek pemakanan amat penting dalam menjamin kesihatan yang

baik. Seseorang harus mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat

dalam

kehidupannya. Diet yang seimbang memastikan tubuh badan seseorang memilikii

semua zat-zat yang diperlukan oleh seseorang itu. Jadi, pemakanan yang sebegini

memberikan tahap kesihatan yang baik.

Page 4: Definisi kesihatan

Selain itu, seseorang harus mengamalkan aktiviti senaman yang tetap.

Tindakan melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu menyebabkan tubuh

badan seseorang berfungsi dengan baik kerana semua toksik telah dikeuarkan

menerusi peluh. Rasa tekanan atau stres turut berupaya dihilangkan menerusi

senaman yang dilakuan itu. Oleh itu, untuk memperoleh kesihatan yang baik kita

harus melakukan senaman yang konsisten.

 Seseorang itu juga harus memiliki waktu tidur yang cukup terutama apabila

umur mereka semakin meningkat. Tidur yang cukup ini memastikan badan

seseorang menerima rehat yang secukupnya selepas penat bekerja terutama di

pejabat. Keadaan ini turut memberikan seseorang itu tenaga untuk meneruskan

aktivitinya pada esok hari. Maka, waktu tidur yang secukupnya memberi ruang

kepada seseorang itu untuk terus memiliki kesihatan yang baik. Malahan,

pemeriksaan kesihatan yang dibuat sepanjang tahun boleh memberi satu

perspektif yang baik tentang tahap kesihatan seseorang itu. Pemeriksaan yang

kerap ini menyebabkan seseorang itu mengetahui keadaan kesihatan badan

mereka

dan melakukan beberapa perubahan untuk memastikan mereka dalam keadaan

yang seimbang. Sesungguhnya, pemeriksaan kesihatan yang kerap akan

memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Page 5: Definisi kesihatan

Kesimpulannya kesihatan amat penting dalam menjalani kehidupan seharian.

Jika tubuh tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik, nescaya segala kegiatan

atau aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Oleh itu bagi menjamin

kesejahteraan dalam kesihatan, kita tidak perlu mengejar kekayaan dan

mengabaikan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan dalam kegiatan seharian.