Definisi Media Dan Internet

2
DEFINISI MEDIA DAN INTERNET Media adalah saluran komunikasi yang diambil dari perkataan Latin bermaksud “di antara”. Perkataan ini merujuk kepada maklumat antara sumber dan penerima. Contoh media termasuklah slide, video, gambarajah, bahan bercetak dan komputer. Bahan-bahan ini juga dipanggil instructional media di mana ia membawa mesej yang bertujuan untuk memudahkan komunikasi dan meningkatkan pembelajaran. Kassim Abbas (1989), mendefinisikan media pendidikan sebagai segala jenis dan bentuk sumber / bahan yang digunakan dalam bidang pendidikan untuk membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Beliau membahagikan media pendidikan kepada dua kategori iaitu media pendidikan bercetak dan media pendidikan bukan bercetak. Media pendidikan bercetak termasuklah buku-buku, majalah, akhbar, jurnal, risalah dan sebagainya manakala media pendidikan bukan bercetak termasuklah semua jenis alat projektor, sistem audio, video, transparensi, komputer dan sebagainya. Mengikut Ismail (2002) media dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dikait rapatkan dengan komputer dan ICT. Media berbantukan komputer ialah dengan menggunakan perkakasan dan peralatan komputer secara terus samada melalui perisian persembahan elektronik seperti powerpoint atau penggunaan CD-ROM atau secara atas talian melalui internet. Sementara mod tidak berbantukan komputer ialah menggunakan bahan-bahan yang dihasilkan berasaskan perkakasan komputer tetapi mod penyampaiannya tidak dibantu peralatan komputer contohnya menggunakan helaian transparensi menggunakan cetakan komputer atau melalui edaran lembaran kerja atau ‘hand-out’ samada berbentuk grafik atau teks yang diambil daripada internet, CD-ROM atau perisian aplikasi seperti ‘powerpoint’ atau ‘words’. Internet merupakan jaringan global yang menghubungkan dengan beribu bahkan berjuta jaringan komputer (local/wide area network) ajaran dan medan computer peribadi (stand alone), yang memungkinkan setiap komputer yang terhubung dengannya boleh melakukan komunikasi diantara satu sama lain (Brace, 1997). Jaringan ini bukan merupakan suatu organisasi

description

media dan internet- definisi

Transcript of Definisi Media Dan Internet

Page 1: Definisi Media Dan Internet

DEFINISI MEDIA DAN INTERNET

Media adalah saluran komunikasi yang diambil dari perkataan Latin bermaksud “di antara”. Perkataan ini merujuk kepada maklumat antara sumber dan penerima. Contoh media termasuklah slide, video, gambarajah, bahan bercetak dan komputer. Bahan-bahan ini juga dipanggil instructional media di mana ia membawa mesej yang bertujuan untuk memudahkan komunikasi dan meningkatkan pembelajaran.

Kassim Abbas (1989), mendefinisikan media pendidikan sebagai segala jenis dan bentuk sumber / bahan yang digunakan dalam bidang pendidikan untuk membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Beliau membahagikan media pendidikan kepada dua kategori iaitu media pendidikan bercetak dan media pendidikan bukan bercetak.

Media pendidikan bercetak termasuklah buku-buku, majalah, akhbar, jurnal, risalah dan sebagainya manakala media pendidikan bukan bercetak termasuklah semua jenis alat projektor, sistem audio, video, transparensi, komputer dan sebagainya. Mengikut Ismail (2002) media dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dikait rapatkan dengan komputer dan ICT. Media berbantukan komputer ialah dengan menggunakan perkakasan dan peralatan komputer secara terus samada melalui perisian persembahan elektronik seperti powerpoint atau penggunaan CD-ROM atau secara atas talian melalui internet. Sementara mod tidak berbantukan komputer ialah menggunakan bahan-bahan yang dihasilkan berasaskan perkakasan komputer tetapi mod penyampaiannya tidak dibantu peralatan komputer contohnya menggunakan helaian transparensi menggunakan cetakan komputer atau melalui edaran lembaran kerja atau ‘hand-out’ samada berbentuk grafik atau teks yang diambil daripada internet, CD-ROM atau perisian aplikasi seperti ‘powerpoint’ atau ‘words’.

Internet merupakan jaringan global yang menghubungkan dengan beribu bahkan berjuta jaringan komputer (local/wide area network) ajaran dan medan computer peribadi (stand alone), yang memungkinkan setiap komputer yang terhubung dengannya boleh melakukan komunikasi diantara satu sama lain (Brace, 1997). Jaringan ini bukan merupakan suatu organisasi atau institusi kerana tiada satu pihak pun yang mengatur dan memilikinya.Muka surat 3/11

Brace juga menyebutkan Internet sebagai suatu "kesepakatan", kerana untuk membolehkan hubungan dan berkomunikasi setiap komputer harus menggunakan protokol piawai iaitu TCP/IP ( Transmission Control Protocol/Internet Protocol) yang disetujui bersama. Dengan kata lain walaupun suatu komputer terhubung ke dalam jaringan Internet, tetapi kalau ia tidak menggunakan komunikasi pengiriman dan penerimaan yang piawai telah disetujui tersebut, maka komunikasi tidak boleh dilaksanakan.