Definisi pidato

11
Definisi pidato Pidato dan komunikasi awam adalah tunggak kepada lahirnya masyarakat yang berkeyakinan dan berketrampilan, berwibawa dan mampu mengeluarkan hujah dan idea berkesan untuk melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang berjaya. Pengucapan awam atau pidato juga merupakan suatu kemahiran yang boleh dipelajari. Pidato ialah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk. Berpidato merupakan aktiviti berkomunikasi sehala, iaitu pemidato akan menjelaskan perkara-perkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang dipidatokan. Pidato adalah berbicara di hadapan orang banyak dengan maksud dan tujuan yang berbeza. Pidato yang baik dapat memberikan suatu kesan positif bagi orang-orang yang mendengar pidato tersebut. Kemampuan berpidato atau berbicara yang baik di depan publik atau umum dapat membantu untuk mencapai jenjang karir yang baik. Pidato bukan tahu bercakap atau

Transcript of Definisi pidato

Page 1: Definisi pidato

Definisi pidato

Pidato dan komunikasi awam adalah tunggak kepada lahirnya masyarakat

yang berkeyakinan dan berketrampilan, berwibawa dan mampu mengeluarkan hujah

dan idea berkesan untuk melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang berjaya.

Pengucapan awam atau pidato juga merupakan suatu kemahiran yang boleh

dipelajari. Pidato ialah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada

khalayak ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk. Berpidato

merupakan aktiviti berkomunikasi sehala, iaitu pemidato akan menjelaskan perkara-

perkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi

para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang dipidatokan.

Pidato adalah berbicara di hadapan orang banyak dengan maksud dan tujuan

yang berbeza. Pidato yang baik dapat memberikan suatu kesan positif bagi orang-

orang yang mendengar pidato tersebut. Kemampuan berpidato atau berbicara yang

baik di depan publik atau umum dapat membantu untuk mencapai jenjang karir yang

baik. Pidato bukan tahu bercakap atau hanya pandai berkata-kata, tetapi pidato

sebenarnya ialah seni meluahkan kebijaksaan (ilmu dan seni berfikir) yang

menggunakan seni bahasa indah dan menarik (seni berbahasa, seni berkata-kata)

untuk menambat, memukau, menarik, dan mempengaruhi audiens (khalayak).

Pidato ialah syarahan kepada umum, atas tajuk tertentu yang disampaikan

oleh seorang penyampai yang dipanggil “pemidato”, mengandungi pendahuluan, isi,

dan penutup. Kita sering terkeliru dengan istilah “pidato”, “ucapan”, dan “syarahan”.

Persamaan kesemua ini ialah disampaikan oleh seorang penyampai kepada

Page 2: Definisi pidato

khalayak. Ini berbeza dengan bahas atau debat yang disampaikan secara

berkumpulan bertujuan mengalahkan pihak lawan. Pada asasnya pidato dan

syarahan sama. Tidak banyak perbezaan antara kedua-duanya kecuali konteks

yang dilihat oleh masyarakat.

Apa itu pidato?

• P – Percakapan individu di hadapan khalayak

• I – Isi yang padat

• D – Dalam masa yang singkat

• A – Atur isi dengan baik

• T – Tutur kata yang sopan dan bernas

• O – Olahan yang persuasif

Ilmu pidato adalah satu cabang ilmu yang memerlukan kredibiliti dan pengasahan

minda intelek. Pidato juga merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari dan bukanlah

satu keistimewaan semulajadi atau diwarisi secara turun temurun. Pidato ini telah wujud

sejak di zaman purba lagi malah ianya merupakan alat komunikasi dan berbahasa bagi

menyampaikan m aksud secara simbolik, berkias dan sarat budaya pertuturan bagi

menggambarkan sesebuah bangsa itu.

Pidato atau syarahan adalah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam

kehidupan. Melalui aktiviti ini, seseorang akan dilatih untuk berfikir secara logik,

menaaku, menganalisis dan berhujah dengan baik. Selain itu, aktiviti berpidato dapat

melatih seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa yang

lebih tepat dan menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan.

Page 3: Definisi pidato

Tujuan pidato

Pidato bertujuan untuk menjelaskan sesuatu masalah kepada masyarakat

umum. Ada yang bertujuan untuk menerangkan sesuatu persoalan atau memberi

pencerahan. Tambahan pula, ia juga bertujuan untuk memberikan saran atau

nasihat-nasihat. Pidato juga bertujuan untuk member sesuatu pemahaman atau

informasi pada orang lain.

Biasanya pidato dilakukan untuk tujuan – tujuan seperti yang berikut :

Memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek –

aspek penting tentang tajuk tersebut.

Memberitahu pendengar tentang sesuatu perkara baru, seperti peristiwa

atau hal ehwal semasa yang menarik hati.

Memberi keyakinan kepada pendengar tentang pendiriannya terhadap

sesuatu perkara.

Mempengaruhi pendengar supaya memberi perhatian yang serius

terhadap sesuatu isu yang penting.

Fungsi Pidato

-Mempermudah komunikasi antar atasan dan bawahan.

-Mempermudah komunikasi antar sesama anggota organisasi.

-Menciptakan suatu keadaan yang kondusif dimana hanya perlu 1 orang

saja yang melakukan orasi/pidato tersebut.

-Mempermudah komunikasi

Page 4: Definisi pidato

Pidato bertujuan menyampaikan idea berkenaan sesuatu isu kepada hadirin,

dalam masa yang sama meyakinkan hadirin tersebut melalui cara pembawaan

pidato. Pemidato mestilah memahami tujuan pidato ini terlebih dahulu.

Page 5: Definisi pidato

Pengenalan

Pidato ialah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan.

melalui aktiviti ini, seseorang akan dilatih untuk berfikir secara logik, menakul,

menganalisis dan berhujah dengan baik. Selain itu, aktiviti berpidato juga dapat

melatih seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa yang

tepat dan menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan.

Kemahiran berpidato yang dikuasai seseorang akan menjadi satu aset

kepadanya. Ini kerana ia dapat menyampaikan isi hati dan pendapatnya dengan

jelas dan tepat untuk mendapat sokongan dan seterusnya mempengaruhi

pendengarnya. Selain itu, pidato yang berkesan akan mengurangkan salah tafsiran

oleh pihak pendengar dan turut mengelakkan konflik komunikasi.

Kemahiran berpidato merupakan satu kualiti yang wajar diterapkan dalam

kalangan guru memandangkan guru sebagai agen penyebaran ilmu. Kemahiran

berpidato pasti dapat membantu guru untuk menyampaikan ilmu dengan berkesan.

Justeru itu, aktiviti berpidato penting dalam pendidikan guru.

Pengucapan awam atau pidato juga merupakan suatu kemahiran yang boleh

dipelajari. Ramai dalam kalangan kita menganggap kebolehan ini suatu

keistimewaan warisan yang diturunkan diripada satu generasi kepada generasi yang

berikutnya. Kemahiran pengucapan awam atau pidato umum ini sebenarnya boleh

dipupuk atau diasah melalui proses pembelajaran, pendedahan dan amalan dengan

bantuan serta bimbingan daripada pemidato-pemidato (pengucap) yang terlatih

Page 6: Definisi pidato

dalam bidang ini. Ringkasnya, setiap individu yang normal boleh melakukan pidato

dan pengucapan awam sekiranya diberi peluang mengenali kemahiran tersebut

secara terperinci dan sistematik.

Oleh itu, masyarakat berpidato perlulah diwujudkan untuk membudayakan

masyarakat yang maju pemikirannya, berani, berdaya saing, bersikap positif,

bermotivasi dan mampu mematahkan hujah negatif bagi menghasilkan idea

pembangunan serta pemodenan bangsa yang positif. "Orang yang bijaksana bercakap

kerana ada sesuatu yang ingin disampaikan sedangkan orang yang kurang bijaksana

bercakap hanyalah semata-mata bercakap"

Page 7: Definisi pidato

Refleksi

Selamat sejahtera dan salam perpaduan.

Sebagai guru pelatih di IPGM Tengku Ampuan Afzan yang mengikuti program

kursus persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, saya diberi tugasan untuk

membuat kerja kursus pendek dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Kontekstual

iaitu Encik Roselan Bin Ahmad telah memberi tugasan kumpulan yang bertajuk

kemahiran komunikasi. Mula – mula beliau memberi penerangan yang jelas tentang

tugasan kumpulan ini serta memberi idea – idea untuk menyempurnakan tugasan ini

dengan cemerlang. Beliau turut memberi banyak maklumat dan bimbingan tentang

tugasan tersebut.

Saya memang bersyukur kerana dapat menyempurnakan segala tugasan

mengikut keperluan soalan yang diberikan kepada kelas saya. Memang tidak boleh

menafikan bahawa banyak perkara yang telah saya pelajari daripada kerja kursus

ini. Sebelum melaksanakan tugasan ini, kami secara berkumpulan mencari

maklumat yang berkaitan dengan tugasan dari pelbagai sumber untuk menyiapkan

tugasan ini. Kami juga menggunakan majalah – majalah berkaitan dengan tajuk ini.

Saya telah melayari beberapa laman web untuk mencari maklumat tambahan

tentang pidato.

Pada pendapat saya, tugasan ini merupakan salah satu cara yang dapat

menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai cabang ilmu. Kami dapat informasi

Page 8: Definisi pidato

tentang kemahiran – kemahiran serta protokol pidato. Bukan sekadar itu, kami juga

telah mengetahui cara – cara berpidato yang berkesan dan lain – lain lagi. Dengan

menjalankan tugasan in, kami dapat mengetahui bahawa pidato boleh melatih

seseorang untuk berfikir secara logik, menganalisis data dan berhujah dengan jelas

dan tepat. Kami juga merealisasi agar sebagai seorang guru, saya perlu ada bakat

untuk berpidato kerana guru adalah agen penyebaran ilmu.

Tambahan pula, saya juga dapat menimba ilmu tentang pidato dengan

membuat tugasan kumpulan ini. Sebelum berpidato, seseorang pemidato perlu

menganalisis apek – aspek majlis tersebut seperti jenis atau tujuan majlis, audien

majlis, saiz audien, minat audien, kelayakan audien, sikap terhadap pidato, umur

audien dan jantinanya.

Semasa membuat tugasan ini, kami dapat memahami ahli kumpulan secara

mendalam. Justeru itu, kami juga bekerjasama serta tolong – menolong antara satu

sama lain. Rentetan itu, kami juga bertolak ansur antara satu sama lain supaya

mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham antara ahli kumpulan kami.

Kesimpulannya, dengan bantuan semua pihak kami dapat menyiapkan

tugasan Bahasa Malaysia Kontekstual ini dengan sempurna serta cemerlang.

Sekian, Terima kasih.

Page 9: Definisi pidato