Definisi.docx

33
Definisi “Artist Book” Artist book juga dikenali sebagai buku seni. Artist Book adalah karya-karya seni yang direalisasikan dalam bentuk buku. Buku seperti ini seringkali diterbitkan dalam edisi kecil. Artist Book merupakan satu gabungan harmoni antara reka bentuk, bentuk, kandungan, dan konteks tanpa satu bahagian mendominasi sebahagian besar mesej yang ingin disampaikan. Pertindihan bentuk (bahan-bahan) dan kandungan (mesej) adalah perantara utama bagi mengekspresi kreativiti. Artist book terdapat dalam pelbagai saiz dan corak. Artist book adalah buku atau objek seperti buku di mana penekanan diberikan dalam bentuk visual dan bukannya teks. Terdapat beberapa contoh Artist Book , antaranya ialah Star Book , Tunnel Book , Flag Book , Pop-up Book , Squash Book , Accordian Book dan sebagainya. Artist Book merupakan objek seperti buku yang merupakan penampilan terakhir seorang karya seni yang mempunyai tahap kawalan di dalam dirinya, di mana buku itu dikaitkan sebagai hasil karya seni dalam diri karyawan tersebut.

Transcript of Definisi.docx

Definisi Artist Book

Artist book juga dikenali sebagai buku seni. Artist Book adalah karya-karya seni yang direalisasikan dalam bentuk buku. Buku seperti ini seringkali diterbitkan dalam edisi kecil. Artist Book merupakan satu gabungan harmoni antara reka bentuk, bentuk, kandungan, dan konteks tanpa satu bahagian mendominasi sebahagian besar mesej yang ingin disampaikan. Pertindihan bentuk (bahan-bahan) dan kandungan (mesej) adalah perantara utama bagi mengekspresi kreativiti. Artist book terdapat dalam pelbagai saiz dan corak. Artist book adalah buku atau objek seperti buku di mana penekanan diberikan dalam bentuk visual dan bukannya teks. Terdapat beberapa contoh Artist Book, antaranya ialah Star Book, Tunnel Book, Flag Book, Pop-up Book, Squash Book, Accordian Book dan sebagainya. Artist Book merupakan objek seperti buku yang merupakan penampilan terakhir seorang karya seni yang mempunyai tahap kawalan di dalam dirinya, di mana buku itu dikaitkan sebagai hasil karya seni dalam diri karyawan tersebut.

Star Book Star book juga dikenali sebagai buku bintang dalam Bahasa Melayu. Buku ini merupakan salah satu contoh artist book. Star book dinamakan sebab bentuk bukunya akan menyerupai corak bintang apabila bukunya dibuka luas.

Tunnel bookTunnel book atau buku terowong dikenali juga sebagai peepshow. Ianya terdiri daripada satu set laman terikat dengan dua jalr concertina dilipat pada setiap sisi dan dilihat melalui lubang di penutup. Keseluruhan buku ini dibaca kebelakang dan imej yancuba ditonjolkan adalah dimensi dalam. Kesan ilusi dan perspektif juga dapat dilihat pada buku Terowong ini.

Circle BookBuku bulatan ini mempunyai bentuk menarik untuk menarik pembaca. Apabila dicantumkan buku ini dapat memberi impak yang positif terhadap pembacanya namun begitu proses pembuatan buku ini agak sukar dan memerlukan konsistensi yang berterusan.

Flag BookNama lain bagi Flagbook adalah buku bendera. Walaupun kelihatan sukar namun ianya sangat mydah untuk dihasilkan. Bahagian penting dalam buku ini adalah Tab kertas (bendera) yang mana ia meregangkan dan bergerak antara satu sama lain didalam buku ini. Idea boleh dicurahkan pada deretan bendera dan hsilnya pembaca akan dapat melihat serpihan tekstur imej dan bunyi mengepak.

Accordian BookBuku ini merujuk kepada struktur yang berlipat-lipat. Blok buku itu diperbuat menggunakan lipatan sehelai kertas kebelakang dan kedepan. Buku akordian terdiri daripada satu lembaran yang dilipat berterusan. Ia juga boleh dibuka dengan mengembang ataupun disimpan rata.

Pop-upPop-up lebih bergantung kepada teknik gam dan memotong dan amat berbeza dengan teknik origami. Persamaannya Cuma menggunakan teknik lipatan. Kebiasaannya artis yang mampu menghasilkan pop-up mampu membuat sesuatu yang sangat menarik dan membuat oembaca terpegun dengan hasil buku ini.

Shape BookDikenali sebagai buku bentuk dan merupakan produk pemotongan mati, dimana buku dipotong mengikut bentuk tertentu yang dipilih mengiku kreativiti seseorang. Buku ini juga boleh dibentuk menjadi apa saja termasuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Buku ini menarik minat pembacanya dengan bentuknya yang lain dari yang lain berbanding buku segi empat biasa.

Envelope BookEnvelope book adalah sebuah buku yang diperbuat daripada sampul surat. Ianya seperti sebuah cabinet yang menyimpan pelbagai fail didalam sampul itu. Kesemua sampul di ikat bersama lalu dibukukan. Pilihan sampul surat itu akan membentuk buku itu sendiri. Saiz yang digunakan untuk membuat buku hendaklah sama hanya berlainan warna sahaja.

Squash BookBuku squash merupakan alternatif yang baik untuk menggantikan kad. Buku squash akan menjadi album berbentuk berlian dengan banyak ruang kecil untuk gambar apabila ianya dibuka. Seseorang artis boleh menggunakan kreativitinya untuk mencorakkan dan menghidupkan buku squash ini. PENGHARGAANSaya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin Allah, saya dapat menyiapkan kerja kursus bagi kursus PSV3053E Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual . Dalam menyiapkan tugasan ini saya telah mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak.Saya ingin menyampaikan setinggi-tingginya penghargaan saya kepada Puan Zaliza binti Nasir, selaku pensyarah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual, kerana sudi meluangkan masa membantu saya dan rakan-rakan saya dengan memberi bimbingan dan panduan sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Beliau telah memberi penerangan yang terperinci berkaitan aspek-aspek yang perlu diberi perhatian bagi menghasilkan tugasan yang berkualiti serta menepati kesemua kriteria yang akan dinilai. Penghargaan saya juga ditujukan kepada semua rakan-rakan sekelas saya yang turut sama membantu saya dari segi memberi tunjuk ajar, penerangan dan idea dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga saya mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah membantu saya menyiapkan tugasan ini secara langsung dan tidak langsung, terutamanya keluarga saya yang sentiasa memberi sokongan moral sepanjang menyiapkan tugasan yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

ISI KANDUNGANNo.Tajuk Muka surat

1.Penghargaan

2.Definisi Artist book

3.Jenis-jenis Artist booki. Tunnel bookii. Flag bookiii. Shape bookiv. Star bookv. Circle bookvi. Envelope bookvii. Accordian bookviii. Pop-up bookix. Squash book

4.Penzahiran ideai. Artist Book yang dipilih (Tunnel Book)ii. Pengenalan kepada Tunnel Book

5.Pengolahan idea Artist Book

6.Lakaran sumber idea dan huraian

7.Lukisan

8. Teknik yang digunakan (4 BIDANG PSV)

9.Hasil produk akhir

10.Refleksi

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PSV3053E

Nama : Mohd Shahirul Afidzi B. HadarawiNo. KP : 930901-01-6749Opsyen : PISMP Ambilan Jun 2014/ BI 3Semester : 4Dalam tugasan Artist Book bagi kursus PSV3053E ini saya dikehendaki untuk mencari, mengumpul maklumat serta mengolah idea bagi menghasilkan sebuah Artist Book. Antara tugasan yang perlu disiapkan untuk kursus ini ialah menghasilkan sebuah Artist Book yang mempunyai komposisi dua dimensi (2D) yang melibatkan empat bidang kegiatan Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah, mengumpul maklumat dan menghasilkan sebuah folio yang mengandungi butiran-butiran mengenai pemilihan tema, penzahiran idea, pengolahan idea, lakaran artist book dan alat-alat dan bahan yang digunakan serta langkah penghasilan produk dan hasil akhir.

Menurut Herbert Read (buku, The Meaning of Arts) seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Kesenangan estetik ini merujuk kepada penghayatan terhadap keindahan dalam seni. Sebelum ini saya berpendapat bahawa pendidikan seni adalah untuk orang yang berimaginasi serta mempunyai daya krativiti yang tinggi sahaja. Saya pula tidaklah begitu hebat berimaginasi serta kurang mahir dalam melukis dan mewarna. Berdasarkan kenyataan herbert read saya faham bahawa seni mempunyai skop yang sangat meluas dimana ia memberi ruang kepada kita untuk mengekspresikan diri disamping mencari keseronokan, bukanlah hanya dinilai melalui kecantikan luaran sahaja.

Sejujurnya saya tidak pernah mendengar ataupun melihat artist book. Jadi, apabila saya menerima tugasan ini saya kurang yakin dapat memenuhi kesemua kriteria yang telah disenaraikan. Saya telah mencari panduan dari pelbagai laman sesawang yang berkaitan dengan bidang seni dan artist book untuk mendapat gambaran keseluruhan sebelum saya mula menghasilkan artist book pilihan saya. Setelah membuat carian mengenai artist book tangappan saya terhadap artist book berubah. Sebelum membuat pencarian saya menjangkakan bahawa artist book akan menyerupai buku biasa seperti yang digunakan selalu. Selepas membuat pencarian baru saya mengetahui bahawa artist book terdapat dalam pelbagai bentuk, komposisinya berlainan dari buku biasa serta kandungannya tidak semestinya berasaskan ilmiah. Bentuknya yang unik membuat saya tertarik untuk menyiapkan tugasan ini. Setelah memembuat kajian untuk pelbagai jenis artist book akhirnya saya memilih Tunnel Book sebagai artist book pilihan saya.

Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya telah memperoleh banyak ilmu dari pelbagai sumber seperti buku, journal, dan juga dengan melayari laman sesawang yang boleh saya aplikasikan di sekolah kelak. Dengan menghasilkanartist book, secara tidak langsung saya telah dapat menyisipkan elemen-elemenn yang terdapat dalam empat bidang kegiatan Pendidikan Seni Visual. Di samping itu, dengan menghasilkan tunnel book dan folio, saya telah mempelajari cara untuk mendokumentasikan maklumat secara tersusun. Saya juga telah mendapat serba sedikit pengetahuan tentang artist book, di mana saya boleh menghasilkan sebuah artist book sebagai hadiah ataupun dapat diunakan ketika menjalani praktikum nanti.

Secara kesimpulannya, saya berasa amat bangga dan gembira kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sempurna walaupun pada mulanya saya menghadapi sedikit masalah akan tetapi berjaya ditangani dengan berkat kesabaran dan ketelitian. Dengan penghasilan artist book, saya telah mempelajari banyak pengetahuan baru dan saya dapat mengaitkan ilmu berkenaan dengan pengetahuan yang sedia ada . saya berharap agar dapat menimba ilmu pendidikan seni dengan lebih banyak lagi untuk diaplikasi kan di sekolah nanti.