Diari Seorang Isteri

download Diari Seorang Isteri

of 6

Transcript of Diari Seorang Isteri

  • 8/9/2019 Diari Seorang Isteri

    1/6

    Diary Seorang Isteri July 26, 2010

    http://www.facebook.com/profile.php?id=100001268144133&ref=search#!/note.php?note_id=1095

    39419084094&id=349417078340&ref=mf

    1

    Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya

    Zakri.

    "Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat

    dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar

    budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

    Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi

    baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja

    yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang

    dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari.

    Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut

    kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan

    disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran

    ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa

    bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari

    selepas menyambut baby yang keluar itu.

    Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby,

    kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Joharimemuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri.

    Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak.

    Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby

    boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih

    lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa

    selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa

    akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan

    di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan

    Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang

    kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa,

    ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidakmasuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi

    kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

    Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali

    dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam

    kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2

    http://www.facebook.com/photo.php?pid=3902533&op=1&view=all&subj=109539419084094&aid=-1&auser=0&oid=109539419084094&id=349417078340
  • 8/9/2019 Diari Seorang Isteri

    2/6

    Diary Seorang Isteri July 26, 2010

    http://www.facebook.com/profile.php?id=100001268144133&ref=search#!/note.php?note_id=1095

    39419084094&id=349417078340&ref=mf

    2

    bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

    Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi

    sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri.

    Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.

    "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyiknak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah

    nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu"

    sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan,

    Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang

    Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak

    ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri

    meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan

    sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu

    menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.

    "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak

    ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tudulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah

    Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la

    dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya

    yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni

    , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya

    tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana

    jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang

    tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak

    kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

    Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktukerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli

    belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri

    sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu

    perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa

    buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan

    dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala

    Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa

    sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata

    kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya

    lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang

    Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam

    firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata

    nista dilemparkan pada Nisa.

    Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik

    ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak

    mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang

    begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan

  • 8/9/2019 Diari Seorang Isteri

    3/6

    Diary Seorang Isteri July 26, 2010

    http://www.facebook.com/profile.php?id=100001268144133&ref=search#!/note.php?note_id=1095

    39419084094&id=349417078340&ref=mf

    3

    marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya

    mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa

    yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana

    untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari

    malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong

    apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwinmereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton.

    "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-

    tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh

    tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu

    Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan

    Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di

    hantukkannya kepala Nisa kedinding.

    Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa

    dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA

    ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya.Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa

    rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang,

    Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil

    teresak-esak.

    Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri

    yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini

    ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia

    sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan

    lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini

    dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah diatau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan

    zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah,

    Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau

    lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal

    Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello

    Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa,

    datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari

    Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan

    perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada

    Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

    "Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum

    nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak

    dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin

    penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah

    menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas

    kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan

    kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak

  • 8/9/2019 Diari Seorang Isteri

    4/6

    Diary Seorang Isteri July 26, 2010

    http://www.facebook.com/profile.php?id=100001268144133&ref=search#!/note.php?note_id=1095

    39419084094&id=349417078340&ref=mf

    4

    pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk

    minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa

    bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa

    mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat

    sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya

    dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami takmampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau

    Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca

    diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata

    Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby

    yang masih baru.

    Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi

    tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas

    dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri

    dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa

    aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Danterpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah

    yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang

    tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG

    PERTAMA"

    Assalamualaikum.

    Abang,

    Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang.

    Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisadengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang

    abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa

    sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG

    seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang

    panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja.

    Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk

    Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang.

    Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari

    ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan

    Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan

    melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dankedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

    Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali

    sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri

    Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa

    Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada

    hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya

  • 8/9/2019 Diari Seorang Isteri

    5/6

    Diary Seorang Isteri July 26, 2010

    http://www.facebook.com/profile.php?id=100001268144133&ref=search#!/note.php?note_id=1095

    39419084094&id=349417078340&ref=mf

    5

    untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa

    in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa

    bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan

    kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang

    malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi

    Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisaharap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan

    sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya

    seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada

    Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan

    halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak

    sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar

    kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak

    menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa

    nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka

    Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah

    Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untukAbang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada

    disisi Abang dan kembar kita.

    Wassalam.

    Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.

    Doakan Nisa.

    Ikhlas dari

    Nur Nisa

    Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan

    Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri

    longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa

    jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG

    PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA

    DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA

    KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN

    KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

    Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakanorang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam

    dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah

    sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah

    Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa

    yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan

    Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat

    muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata

  • 8/9/2019 Diari Seorang Isteri

    6/6

    Diary Seorang Isteri July 26, 2010

    http://www.facebook.com/profile.php?id=100001268144133&ref=search#!/note.php?note_id=1095

    39419084094&id=349417078340&ref=mf

    6

    Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada

    telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri

    meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar

    seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan

    airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh

    Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

    Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama.

    Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu

    mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa

    melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya

    Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan

    akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu,

    berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH.

    Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA

    ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang

    mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisatenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana

    Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis.

    "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur

    kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar

    mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan

    mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis.

    "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging

    ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan

    pusara Nisa....