DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ......kawalan penularan jangkitan Covid-19 sangat diperlukan...

16

Transcript of DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ......kawalan penularan jangkitan Covid-19 sangat diperlukan...

Page 1: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ......kawalan penularan jangkitan Covid-19 sangat diperlukan di kalangan kita semua. Langkah kerajaan mengenakan Kawalan Pengerakan Diperketatkan

DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN,ROLAND FRED PHAN, A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2020.

Page 2: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ......kawalan penularan jangkitan Covid-19 sangat diperlukan di kalangan kita semua. Langkah kerajaan mengenakan Kawalan Pengerakan Diperketatkan

Pilihanraya Negeri Sabah kali ke-16 sudah berlalu. Parti yang memenangi pilihanraya ini telah diumum dan mengangkat sumpah di Istana Negeri Sabah pada 29 September 2020. Kerajaan baharu yang dipilih sedaya upaya mengembalikan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat dalam piliharaya itu dengan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dalam pelbagai bidang dan keperluan. Apa yang disedari semasa pilihanraya baru ini ialah peningkatan jangkitan Covid-19 di kalangan warga tempatan di negeri ini. Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat dua kluster baharu jangkitan COVID-19 di Sabah. Dua kluster baharu itu dikenali sebagai Kluster Buang Sayang, Sipitang dan Kluster Kg. Sakong, Semporna. Kluster Buang Sayang dikesan dengan kes indeks (kes ke-10,265) mempunyai sejarah perjalanan ke Sipitang dari 7 hingga 20 September lalu. Pesakit mula mengalami gejala demam, selesema dan sakit tekak pada 19 September dan kemudiannya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan. Saringan COVID-19 didapati positif pada 20 September dan kes sudah dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat dijalankan di mana seramai 10 individu sudah disaring dengan empat kes dikesan positif, manakala enam individu masih menunggu keputusan.

Kluster Kg. Sakong pula dengan kes indeks (kes ke-10,154) dikesan positif pada 18 September lalu, melalui saringan komuniti. Kes adalah tidak bergejala dan dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan. Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat kluster ini juga dijalankan iaitu seramai 66 individu disaring sehingga hari ini dengan 9 kes dikesan positif.

Apa yang penting ialah langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan Covid-19 sangat diperlukan di kalangan kita semua. Langkah kerajaan mengenakan Kawalan Pengerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di daerah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu suatu langkah ke hadapan dalam memasti Covid-19 t idak menular di kalangan masyarakat negeri ini. Bersama mencegah Covid-19. Kita jaga kita.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

PENASIHATYBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul

PengarahJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

KETUA EDITORUstaz Mohamad Sidik Haji Awang Adi

Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Haji Baharudin Haji Alwi

EDITOR/KETUA PENYELARASCik Nur Faezah binti Jaafar

([email protected])

SIDANG PENGARANGAdi Pitang

([email protected])Ustaz Asmuni Ali

([email protected])Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)

([email protected])Ustaz Abdillah Haji Nanun

([email protected])Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])

Encik Abdu Khalil bin HassanUstaz Mohd Azlan bin Haji Bakri

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Encik Muhammad Amirul Amin bin MahmudCik Anna Amelia binti Daen Mokhtar

PENGURUSANCik Nur Idilah binti Jamirin

GRAFIKEncik Azmi bin Awang Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahTingkat 3, 4, 9 & 10, Blok A, Wisma MUIS,

Beg Berkunci 103, 88737 KOTA KINABALU, SABAHTel.: 088-222435

Faks: 088-257358

Program Ziarah Mahabbah Permata sempena Sambutan Maal Hijrah 1442H/2020M dan penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar sekolah Agama Negeri (SAN) Ulu Sipitang.Majlis disempurnakan oleh Ustaz Abdul Rahman Haji Talipudin, Ketua Penolong PengarahBahagian Pendidikan JHEAINS yang mewakili pengarah JHEAINS pada 7 September 2020

Dari Meja Editor

SHOUTUL ISLAM BIL. 24 - 14 Safar 1442H/2 Oktober 2020M2 SHOUTUL ISLAM BIL. 24 - 14 Safar 1442H/2 Oktober 2020M 15

Peristiwa

Page 3: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ......kawalan penularan jangkitan Covid-19 sangat diperlukan di kalangan kita semua. Langkah kerajaan mengenakan Kawalan Pengerakan Diperketatkan

Antara kisah yang terindah yang pernah saya dengar, ialah tentangkesetiaan isteri Syekh Adib al-Kallas rahimahullah. Kita wajar belajardaripada kisah ini. Syekh Adib merupakan allamah Syria padazamannya, pun demikian, beliau hidup dalam keadaan fakir nan zahid.

Isteri beliau akan memasak sekali saja dalam seminggu: yakni padahari khamis. Kerana, ibunya akan menziarahi mereka pada hariJumaat. Ketika itulah dia akan menghidangkan makanan ini buatibunya, dan bila ditanya tentang Syekh Adib, dia berkata (yangmaknanya), "Dialah lelaki yang terbaik yang ada di dunia ini!Segala apa yang daku perlukan disediakannya!" Bila ditanya, adakah mereka memerlukan bantuan, diaberkata, "Segalanya sudah cukup!" Sedangkan ketika itu dia sedang berlapar, demi suaminya.

Manusia pada zaman kita ini, tanpa segan silu membongkar aib pasangannya di media sosial, keranabenda-benda remeh. Mengadu benda-benda yang leceh. Berpisah kerana isu-isu kecil. Itu bukan cinta.Marilah kita pelajari makna cinta daripada tokoh-tokoh yang hebat ini. Wallahi, kisah hidup mereka wajar ditulis dengan tinta emas.

Betapa sukarnya mencari pasangan berkualiti seperti isteri Syekh Adib. Isteri misali.

Allah ta’ala berfirman di dalam al-Quran berkenaan hakikat perkahwinan:

"…mereka (isterimu) merupakan pakaian bagi kamu dan kamu merupakan pakaian bagi mereka…"(QS. al-Baqarah: 187).

Ayat di atas mengisyaratkan bahawa pasangan adalah pakaian yang di mana mereka sudah sepatutnyasaling menjaga dan menutupi hal-hal peribadi dan tidak perlu diketahui oleh orang lain. Suami adalahpakaian bagi isteri dan isteri adalah pakaian bagi suami. Jika seorang suami atau isteri membuka aibpasangannya, sama lah saja seperti dia membuka aib sendiri. Suami isteri adalah satu kesatuan yangsaling melengkapi.

Rasulullah Sallallah Alaihi Wasallam juga berpesan:

"Kebahagiaan manusia ada tiga: Wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik, dan kenderaan yangbaik. Sedangkan kesengsaraan manusia ialah: Wanita yang buruk (perangainya), tempat tinggal yangburuk, dan kenderaan yang buruk." (HR Ahmad).

ERTI KESETIAANOleh:

Mohammad Syafi q IsmailExco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

Yang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul, Pengarah JHEAINS di Majlis Program Tautan Kasih bersama Imam-imam serta Guru-guru Besar Sekolah Agama Negeri (SAN) Sandakan dan Beluran pada 9 September 2020 di Dewan Masjid Daerah Sandakan. Hadir bersama di Program

tersebut Haji Romzi Abd. Rahman, Pegawai Tadbir Agama Sandakan dan Rahmin ArmanPegawai Tadbir Agama Beluran

SHOUTUL ISLAM BIL. 24 - 14 Safar 1442H/2 Oktober 2020M14 SHOUTUL ISLAM BIL. 24 - 14 Safar 1442H/2 Oktober 2020M 3

Peristiwa Tinta Ilmiah

Page 4: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ......kawalan penularan jangkitan Covid-19 sangat diperlukan di kalangan kita semua. Langkah kerajaan mengenakan Kawalan Pengerakan Diperketatkan

MENGIKUT TREND BERBASIKAL?Oleh:

Anakmalayindo

Semenjak ini, aktiviti berbasikal mulai digemari oleh ramai orang. Ia merupakan senaman yang baguskerana tidak terlalu memberatkan sendi. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Islam mengajarkanagar kita selalu sihat dan kuat. Salah satu cara yang paling baik menjaga kesihatan dan stamina adalah dengan bersenam.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada Mukmin yang lemah." (HR. Muslim).

Namun, ada hal yang perlu diperhatikan kepada mereka yang menggemari olahraga ini.

Pertama: Niatkan agar badan sihat dan mudah melakukan berbagai macam ibadah dan kebaikan yangbermanfaat. Olahraga ini hukumnya mubah, akan tetapi sesuatu hal yang mubah dan merupakanwasilah ibadah akan menjadi senilai dengan ibadah tersebut sesuai niatnya.

Wasilah itu sesuai dengan tujuan dari niatnya, apabila wasilah atau hal-hal yang mubah kita niatkan untuk kebaikan maka ia juga akan bernilai kebaikan. Perlu kita luruskan niat olahraga berbasikal bukan kerana mengikut trend sahaja apa lagi untuk menunjuk-nunjuk.

Kedua: Hindari berlebihan dalam membeli basikal dan aksesorinya. Tidak harus basikal yang mahalatau basikal sport. Jangan memaksa sehingga terjerumus pada sikap boros. Jangan sampai sembunyi-sembunyi dari isteri membeli basikal dan berbagai aksesori mahal, sedangkan untuk anak dan binisangat berkira.

Ketiga: Olahraga hukumnya mubah. Hendaklah jangan sampai ia melalaikan kita dari tugas yang utamaseperti ibadah yang wajib. Hindari berbasikal sampai berlebihan kerana salah satu tanda Allah SWTberpaling dan tidak peduli dengan hamba-Nya adalah dengan menyibukkan hamba tersebut denganhal-hal yang mubah dan tidak bermanfaat. Misalnya berlebihan berbasikal hingga meninggalkan isteridan anak pada waktu hujung minggu.

Keempat: Hindari sikap berlawan-lawan atau terlalu menyahut cabaran. Menempuh jarak sampai puluhan bahkan ratusan kilometer, lalu dipamerkan di media sosial. Bangga akan kebolehannya mengayuh basikal berpuluh-puluh kilometer.

Kelima: Hindari berbasikal dengan rasa sombong di jalan raya dengan menutup jalan untuk kenderaanlain. Kadang basikal yang mahal dan aksesori yang mahal, kita merasa sombong seolah-olah kitamenguasai jalan tersebut dan menyebabkan kenderaan yang lain susah berjalan.

Seperti yang diluahkan oleh orang ramai sebagai pengguna jalan raya yang memandu kenderaanseperti kereta dan jentera berat khususnya. Mereka tidak puas hati dengan mereka yang berbasikalkerana sangat mengganggu dan memanjangkan lagi waktu perjalanan.

Dengan mengambil peduli beberapa perkara ini, semoga yang berminat dan sering melakukan aktivitiberbasikal akan jadi lebih peduli keadaan di sekeliling selain untuk kesihatan diri.

KEHIDUPAN DI DUNIA SEUMPAMA SEORANGPENGEMBARA

Oleh:Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri

Pensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS), Kinarut, Papar

MAKSUD HADIS:"Daripada lbnu Umar R.Anhuma beliau berkata: Bahawa Rasulullah SAW telah memegang bahuku lalu bersabda: "Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah engkau orang asing atau seorang pengembara." Lalu lbnu Umar R.Anhuma berkata: Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlahengkau menunggu waktu petang. Pergunakanlah peluang masa sihatmu sebelum masa sakitmu danmasa hidupmu sebelum masa matimu."(Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari)

HURAIAN HADIS:Di dalam hadis tersebut Rasulullah SAW telah memegang kedua bahu Abdullah bin Umar, bertujuan agar dia fokus tentang apa yang akan disampaikan. Kemudian Rasulullah SAW menerangkan bahawakehidupan kita di dunia ini adalah seumpama orang asing atau seorang pengembara. Sesungguhnyadunia ini hanyalah tempat persinggahan yang mana kita berada di dalamnya adalah untuk mempersiapkan diri sebelum menempuh kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Untuk mendapat kebahagiaandi akhirat, sudah pasti kita akan mengerjakan amal soleh dan meninggalkan segala perbuatan maksiat semasa berada di dunia yang fana ini.

Seterusnya Rasulullah SAW menjelaskan kepada kita agar bersegera melakukan kebaikan dan memperbanyakkan amal ibadah ketika dikurniakan nikmat kesihatan dan sebelum tibanya masa kematian.

PENGAJARAN HADIS:1. Menyentuh anggota badan seseorang ketika menyampaikan suatu amanat atau ilmu adalah salah

satu teknik agar yang menerima ilmu dapat memberi perhatian.2. Berwaspadalah kita terhadap dunia agar tidak melupakan hari akhirat yang merupakan tempat yang

kekal abadi.3. Bersegeralah kita mengerjakan amalan yang baik sebagai bekalan dan tidak menunda-nunda untuk

beramal kerana ajal datang tanpa diduga.4. Dunia bukan matlamat mutlak buat kita kerana ia bersifat sementara. Dunia hanyalah jambatan yang

akan menghubungkan kita ke akhirat.

RUJUKAN:● Bahjatun Naazhirin Syarah Riyaadus Sholihin, Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, Pustaka Imam Asy-Syafii, Cetakan Ketujuh, 2012.

Sentuhan Hadis

SHOUTUL ISLAM BIL. 24 - 14 Safar 1442H/2 Oktober 2020M4 SHOUTUL ISLAM BIL. 24 - 14 Safar 1442H/2 Oktober 2020M 13

Remaja

Page 5: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ......kawalan penularan jangkitan Covid-19 sangat diperlukan di kalangan kita semua. Langkah kerajaan mengenakan Kawalan Pengerakan Diperketatkan

Penulis bersama anak-anak ketika perjalananke Sipitang

HUKUM RAMBUT WANITA YANG SUDAH DIPOTONGOleh:

Anna Amelia binti Daen Mokhtar

Pada umumnya, sebagai seorang muslim kita sudah maklum dan memahami tentang paras aurat di antaraseorang wanita dan lelaki ajnabi. Sudah semestinya rambut adalah aurat wanita. Namun bagaimanahukumnya pula apabila lelaki ajnabi melihat rambut yang sudah dipotong, yakni sudah terpisah daripada tubuh wanita tertentu?

Tentang hukum isu ini, para ulama terdahulu tidak mempunyai kesepakatan pendapat. Bahkan merekaberbeza pendapat kepada dua pandangan utama Pandangan pertama, yang berpendapat rambut yangsudah terpisah daripada tubuh seorang wanita itu adalah aurat. Menurut Tokoh, Imam Abu BakarAl-Dimyathi Rahimahullah; setiap yang haram dilihat oleh orang lelaki atau orang perempuan semasaberada pada tubuh badannya, ia juga haram untuk dilihat apabila sudah terpisah. Contohnya, rambutwanita.

Pandangan kedua pula, disebutkan oleh para ulama Hanbali. Kata Al-Syeikh Abdul Qadir bin UmarAl-Syaibani Rhimahullah: maka tidak boleh untuk seorang lelaki itu memandang sedikit pun daripadanya(orang perempuan) sekalipun rambutnya yang bersambung. Ada pun rambut yang terpisah daripadawanita ajnabi maka dibolehkan untuk seorang lelaki itu menyentuhnya serta memandang kearahnyasekalipun ia merupakan bahagian aurat. Ini kerana telah hilang keharamannya disebabkan terpisahnya ia dari jasad.

Ada pun begitu, para ulama tidak berbeza pendapat berkaitan seseorang lelaki itu melihat anggotayang terpisah daripada badan wanita dengan perasaan syahwat hukumnya adalah haram. Demikian juga para ulama bersepakat tentang situasi halal lelaki melihat anggota yang terpisah itu tanpa rasa syahwat sekiranya anggota tersebut halal diperlihatkan sebelum terpisah daripada badan.

Manakala perbezaan pendapat pada isu lelaki melihat anggota aurat yang sudah terpisah tanpasebarang syahwat;

Pertama: pendapat yang dipegang oleh ulama mazhab Hanafi , tidak halal melihat anggota tersebutkerana tidak ada beza sama ada ia terpisah semasa hayatnya ataupun sesudah kematiannya.

Kedua: pendapat ulama Malikiyyah, yakni dibolehkan sekiranya ia terpisah semasa hayatnya. Manakala tidak halal dilihat setelah kematiannya.

Ketiga: pendapat al-Syafi eyyah, dibolehkan lelaki melihat anggota yang terpisah itu. Ini kerana telahhilang keharamannya oleh sebab terputus dari badan.

Selain daripada itu, harus dititikberatkan juga cara menguruskan anggota yang terpisah daripada badanmanusia. Para fuqaha menyatakan, anggota itu perlu ditanam tanpa perlu dibasuh serta tidak perludisolatkan. Sekalipun ia adalah kuku ataupun rambut.

Kesimpulannya, menurut Mufti Wilayah Persekutuan, mereka cenderung kepada pendapat yangmembenarkan anggota tersebut dilihat. Hal ini kerana telah hilang pengharaman atas sebab terpisahdaripada tubuh. Namun, perbuatan memotong rambut sendiri dan ditunjukkan dengan sengaja kepadalelaki ajnabi adalah tidak dibenarkan seperti yang dinyatakan dalam mazhab Al-Imam Al-Syafi e.

SIAPA BABAH PILIH?Oleh:

Adi Pitang

"Itu bendera apa babah?" Tanya Alif, anakku ketika dalam perjalanan balik ke Sipitang dari Kota Kinabalu petang itu. Pertanyaan itu juga ditanyakan oleh Aldi, adiknya. Bendera biru itu apa? Putih itu apa? Merah ituapa?. Mungkin itulah pertama kali kemeriahan perangposter dan bendera dirasai oleh mereka. Sepanjang perjalanan, gambar-gambar calon parti yang bertanding, terpampang di setiap inci ruang kaki jalanraya bagimeraih undi masyarakat dalam Pilihanraya Negeri Sabah(PRN) ke-16 pada 26 September 2020 itu. Sebanyak16 parti bertanding, yang melibatkan 447 calon merebut73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Seramai 749,083 orang atau 66.61 peratus telah mengundi pada PRN kali ini meliputi pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos.

Memang tidak dinafi kan akan berlaku "pertikaman" politik di antara pemimpin dan penyokong parti-partiyang bertanding. Seandainya "pertikaman" ini bagi meraih undi, itu memang perkara biasa dalam kempen politik. Apa yang dibimbingi ialah "pertikaman" ini mencetuskan permusuhan berpanjangan di kalangan pemimpin dan penyokong parti. Pesanan dalam whatsapp group yang ku terima sangat memberi kesan kepada nilai sebuah persaudaraan dan persahabatan; "Dalam pilihanraya ada kumpulan yang akanmenang dan kalah. Kemenangan itu adalah untuk ahli politik, bagi penyokongnya kehidupan akanditeruskan seperti biasa. Apa yang milik kita adalah keluarga, sahabat dan jiran-jiran. Apa pun keputusan PRN, jangan abaikan mereka semua. Raikan perbezaan dan eratkan persaudaran. Dalam politik lawantetap lawan, tapi tidak sampai memutuskan persaudaraan".

Kemenangan yang diperolehi oleh ahli politik akan menjadikan ia Wakil Rakyat (Yang Berhormat) di DUN yang ditandinginya. Kemenangan ini disertai dengan tanggungjawab yang besar dalam masyarakat.Dalam Islam peranan dan tanggungjawab pemimpin dijelaskan dalam surah Al-Anfaal, ayat 27, Allah SWT berfi rman yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati(amanah) Allah SWT dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah yangdipercayakan ke atas kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)".

Seorang pemimpin hendaklah menjalankan tugas dengan jujur, amanah dan bertanggungjawab. Rasulullah SAW memperingatkan kepada kita melalui sabdanya yang bermaksud: "Tiadalah seorang hamba AllahSWT yang diberi tugas pemimpin untuk memimpin rakyat kemudian dia mati di hari kematiannya dalam keadaan dia menipu rakyatnya melainkan Allah SWT mengharamkannya dari memasuki syurga".(Hadis Muttafaq’alaih).

"Babah! Siapa babah pilih?", Tanya Alif pagi itu ketika balik dari Sipitang. Hmmm..

SHOUTUL ISLAM BIL. 24 - 14 Safar 1442H/2 Oktober 2020M 5

Fiqh WanitaBicara Kita

SHOUTUL ISLAM BIL. 24 - 14 Safar 1442H/2 Oktober 2020M12

Page 6: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ......kawalan penularan jangkitan Covid-19 sangat diperlukan di kalangan kita semua. Langkah kerajaan mengenakan Kawalan Pengerakan Diperketatkan

Maksudnya: "Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembiradengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu)."

Dalam ayat ini, Allah SWT melarang umat Islam menjadi seumpama orang-orang musyrik yang telah memecahbelahkan agama mereka yakni mengganti dan mengubahnya serta beriman hanya kepada sebahagian ajaran dan engkar kepada sebahagian yang lain.

Terdapat dalam sebuah qiraat, dibaca "Faaraquu" (meninggalkan). Maksudnya, meninggalkan agamatauhid (Islam) dan menganut pelbagai kepercayaan menurut hawa nafsu mereka. Di antara mereka adayang menyembah patung dan berhala, ada pula yang menyembah api, ada pula yang menyembahmatahari, ada yang menyembah wali, orang-orang soleh dan sebagainya.

Para pengikut golongan tersebut bersikap fanatik kepada golongannya dan tanpa menyedari membela kebatilan yang ada pada golongan tersebut, serta menentang dan memerangi golongan yang tidaksehaluan dengan mereka.

Dan selepas mereka memecahbelahkan agama mereka lalu memilih satu fahaman malah berbanggasombong dengan agama yang telah mereka reka itu. Mereka beranggapan merekalah yang paling baik daripada orang lain.

Mereka bangga dengan fahaman mereka sedangkan jahil dengan ajaran wahyu. Mereka telah diperdayaoleh syaitan kerana kejahilan hingga membawa kepada perpecahan dan permusuhan yang merupakanmisi dan visi besar syaitan laknatullah dalam menyesatkan manusia.

Lantaran itu, usaha untuk menyatukan mereka yang berpecah belah, melenyapkan bibit pertengkarandan merapatkan saf persaudaraan adalah sesuatu yang amat disukai Allah SWT. Semangatpersaudaraan dan keamanan yang jitu tidak akan terwujud tanpa kebersamaan semua pihak demi meningkatkan semangat keharmonian dalam masyarakat.

Nikmat kebersamaan berpaksikan konsep jamaie menerusi satu kepimpinan telah dikecapi oleh parasahabat melalui kepimpinan Rasulullah SAW yang unggul, adil, prihatin dan berkebajikan. Nilai-nilai kebersamaan ini tentunya berjaya dibangunkan menerusi roh Islam yang terus mekar hari demi haridalam kehidupan generasi sahabat.

Malangnya kebersamaan di era masa kini seolah-olah sukar untuk dibangunkan. Ini kerana cahaya rohIslam yang ditinggalkan oleh Baginda Nabi SAW semakin pudar dari hari ke hari.

Hakikatnya kebersamaan sesama umat IsIam terikat dengan aqidah. Sebuah ikatan yang amat kukuh, mampu menerobos batas suku bangsa, negara, bahasa, dan budaya. Justeru itu, sebagai muslim yang bersaudara, inilah masanya kita menzahirkan toleransi, solidariti dan kebersamaan demi meningkatkan semangat persaudaraan.

AYAT AL-QURAN SURAH AR-RUM: 32“MEMBANGUN KEBERSAMAAN DEMI PERSAUDARAAN”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

HARAMAIN YANG DIRINDUIOleh:

Muhammad Amirul Amin bin MahmudUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia

Baru-baru ini kita digemparkan dengan satuberita yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruhumat Islam dari seluruh dunia. Berita itudiumumkan dari Kerajaan Arab Saudi yangmenyatakan bahawa Ibadah Umrah bakaldibuka kembali setelah 7 bulan ditangguhkan kerana pandemik Covid-19. Ianya akan dibukasecara berperingkat yang akan bermula pada4 Oktober ini untuk penduduk setempatdi sekitar Arab Saudi dengan jumlah seramai 6,000 orang setiap hari kemudian ianya akan dibukakepada Jemaah dari luar negara bermula 1 November ini dengan kapasiti seramai 20,000 orang.

Semestinya ianya satu khabar gembira buat seluruh umat Islam yang sangat merindukan Haramain iaituMakkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Nabawiyyah. Ibadah Umrah pastinya dapat mengubat rindudi hati. Tahukah kita bahawasanya ibadah umrah ini dapat menghapuskan dosa? Terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: "Antara umrah dengan umrah ialah penghapus dosa antara waktu keduanya, dan tiadaganjaran yang lebih baik bagi haji mabrur melainkan syurga." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Jika kita lihat dengan teliti bahawasanya ibadah umrah ini banyak menghimpunkan kebaikan di dalamnya. Antaranya ganjaran solat di Masjidil Haram dan juga Masjid Nabawi. Hadis yang diriwayatkan oleh Jabirbin Abdillah RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik daripadaseribu solat di tempat yang lain melainkan masjid al-Haram. Dan solat di Masjid al-Haram lebih baikdaripada 100 ribu solat di tempat lain." (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad).

Antara kebaikan dan kelebihan Haramain ialah tempat-tempat mustajab untuk berdoa iaitu semasamelakukan tawaf di Ka'bah, di dalam Ka'bah itu sendiri, di belakang Multazam, di belakang Makam Nabi Ibrahim AS, di Hijir Ismail, di bukit Safa dan Marwah dan banyak lagi. Kemudian, kita juga dapatberziarah ke tempat-tempat yang telah disyariatkan dalam ibadah Haji dan tempat bersejarah untukdijadikan sebagai teladan seperti Arafah, Mina, Gua Hira dan sebagainya.

Moga Allah SWT menjemput kita sebagai tetamu-Nya dan mempermudahkan urusan kita kembalike Tanah Haram yang dirindui.

SHOUTUL ISLAM BIL. 24 - 14 Safar 1442H/2 Oktober 2020M 11SHOUTUL ISLAM BIL. 24 - 14 Safar 1442H/2 Oktober 2020M6

Inti Sari Ayat Al-Quran Artikel Pilihan

Page 7: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ......kawalan penularan jangkitan Covid-19 sangat diperlukan di kalangan kita semua. Langkah kerajaan mengenakan Kawalan Pengerakan Diperketatkan

AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH: ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT (BAHAGIAN 8)

Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Para ulama' silam telah menyatakan kekufuran kepadamereka yang mengatakan bahawa Allah SWT itu dudukdi atas 'Arasy. Ideologi kufur tersebut dengan jelas menyatakan Allah SWTitu wujud bertempat iaitu memerlukan 'Arasy untuk berdiriZat-Nya.

Bukti ini dapat ditelusuri dari kitab Al-Imam al-Mutakallim al-Faqih al-Mu’arrikh al-Shaikh al-Fakhr Ibnal-Mu`allim al-Qurashi al-Dimashqi (W. 725 H) di dalam kitabnya Najmul-Muhtadi wa-Rajmul-Mu`tadi:

Maksudnya:Nukilan daripada al-Shaikh al-Imam Aqdal-Qudah Najm al-Din dalam kitabnya yang berjudul Kifayatal-Nabih fi Syarh al-Tanbih dalam pendapat al-Shaikh Abu Ishaq RA dalam Bab Sifat Para Imam: "Tidak boleh solat di belakang seseorang yang kafi r kerana tidak ada suatu solat pun baginya maka bagaimana pula dia boleh diikuti". Dia berkata: "Dan ini difahami dari kekufurannya adalah suatu yang diijmakkandan disepakati ke atasnya dan sesiapa yang telah dijatuhkan kufur mereka daripada kalangan ahli qiblat seperti golongan yang berpendapat dengan aqidah bahawa al-Quran itu makhluk, dengan aqidahbahawa Allah tidak mengetahui perkara yang tiada sebelum kewujudan perkara tersebut, golongan yangtidak beriman dengan taqdir, demikian juga boleh jatuh kufur golongan yang beri`tiqad (berkeyakinan) bahawa Allah duduk di atas 'Arasy sebagaimana diceritakan oleh al-Qadi al-Husayn di sini daripada nas Imam Syafi `e RA".

(Ibn al-Mu`allim al-Qurashi, "Najm al-Muhtadi wa Rajm al-Mu`tadi", manuskrip, National Library - Paris/638, h. 287)

Dalam tekstual karya ulama tersebut juga jelas menyatakan tidak boleh solat di belakang orang yang berideologi Allah SWT itu di atas 'Arasy. Hal ini kerana ia telah menyamakan Allah SWT denganmakhluk iaitu berada dalam lingkungan "Ruang-Tempat" yang sememangnya makhluk.

v Khamar Khamar atau arak adalah minuman keras yang memabukkan. Khamar adalah najis, hukumnya

haram dan harus dibersihkan kerana menimbulkan berbagai penyakit baik jasmani mahupun rohani.

"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk)berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”

v Anjing Anjing adalah najis, khususnya air liurnya, dan wajib mencuci segala apa yang dijilatnya sebanyak

tujuh kali, mula-mulanya dengan tanah, kemudian air bersih yang suci mensucikan.

"Jika anjing minum di salah satu bejana di antara kalian, maka cucilah bejana tersebut sebanyaktujuh kali" (HR. Bukhari no. 172 dan Muslim no. 279).

"Yang pertama dengan tanah (debu)" (HR. Muslim no. 279).

v Dahak dan Nanah Air dahak dan nanah harus dibersihkan hingga hilang zatnya, warnanya dan bauhnya, kerana

di dalamnya mungkin ada bakteria yang menimbulkan penyakit.

JENIS-JENIS NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYAOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Islam dan Perubatan

SHOUTUL ISLAM BIL. 24 - 14 Safar 1442H/2 Oktober 2020M10 SHOUTUL ISLAM BIL. 24 - 14 Safar 1442H/2 Oktober 2020M 7

Tasawwur

Page 8: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ......kawalan penularan jangkitan Covid-19 sangat diperlukan di kalangan kita semua. Langkah kerajaan mengenakan Kawalan Pengerakan Diperketatkan

KUNJUNGAN MALAM HARIOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Ummul Mukminin Shafiyyah binti Huyay telah berkata: saat itu Rasulullah SAW sedang beriktikaf di masjid. Aku datang mengunjunginya di malam hari. Aku duduk bersama baginda dan aku berbicara dengannya. Aku pun berdiri kerana aku hendak pulang sendirian di malam hari. Baginda pun berdiri bersamaku kemudian mengantarkan aku pulang. Inilah yang harus dilakukan oleh seorang muslim. Gelapnya malam telah menarik minat orang-orang jahat dan pengumbar syahwat untuk melancarkan aksi kejahatan.

Lalu lewatlah dua orang Anshar, iaitu Usaid bin Hudhair dan Ibad bin Bisyr. Ketika mereka berdua melihat Rasulullah SAW sedang bersamaku, keduanya mempercepatkan jalannya, "Jalanlah perlahan-lahan. Di sini tak ada perkara yang kalian benci. Aku berdiri di sini bersama ibunda kalian, Shafiyyah binti Huyay bin Akhtab".

Kedua orang itu berkata, "Ya Rasulullah, Subhanallah. Tak seorang pun berperasangka kepadamu kecuali baik. Kami berlindung kepada Allah dari berprasangka buruk kami kepada Rasulullah."

Semoga Allah memberkati kalian berdua. Aku melihat kalian berdua termasuk orang-orang soleh. Akan tetapi, syaitan itu mengalir pada diri anak Adam seperti mengalirnya darah. Aku khuatir syaitan akan melontarkan keburukan pada hati kalian berdua," kata Rasulullah SAW.

"Ya Rasulullah, engkau bagi kami sangat agung daripada hal tersebut," ujar kedua orang itu.

"Aku beritahu kalian berdua walaupun kalian orang-orang soleh, tetapi kalian berdua bukanlah orang yang dijaga dari dosa. Boleh jadi kalian menuduhku sesuatu sehingga kalian berdua menjadi kafir kembali, maka aku mahu untuk menjaga kalian," ucap Rasulullah SAW.

"Ya Rasulullah, apa yang harus kami lakukan dalam keadaan seperti ini bila terjadi dengan orang lain?" tanya kedua orang itu.

"Katakan saja seperti yang aku katakan kepada kalian berdua. Menjelaskan dalam setiap persoalan akan menghilangkan keraguan, menepis tuduhan, dan mencegah rintangan."

"Sebaik-baik guru adalah engkau, ya Rasulullah." "Seorang guru yang menjadi panutan harus dapat menghilangkan keraguan dalam hati diri murid- muridnya sehingga keraguan dalam hati mereka masih tersedia penghormatan dan tidak sembarangan menuduh. Jika ia telah melakukan hal itu, maka ia layak ditiru dan diikuti jejaknya oleh murid-muridnya sehingga mereka memperolehi banyak manfaat darinya,” pungkas Rasulullah.

(Riyahus Shalihin, al-Mantsurat Wal-Malh).

KHURAFAT MEROSAKKAN AKIDAH(KHURAFAT MANDI BULAN SAFAR)

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Apabila tibanya bulan Safar terdapat segelintir umat Islam yang masih terbelenggu dengan amalan- amalan dan kepercayaan karut serta bidaah yang diamalkan dalam bulan Safar. Walaupun sekarang amalan tersebut tidak begitu ketara, namun masih ramai yang percaya bahawa bulan Safar membawa celaka, sial dan bala.

Umumnya, kepercayaan tentang bala dan sial merupakan budaya universal bagi tiap masyarakat. Ia bukan hanya terhad dalam masyarakat Melayu yang terdapat pantang larang berkaitan dengan sial dan bala, sebaliknya masyarakat Arab juga percaya dengan kesialan bulan tersebut. Bagi masyarakat Melayu, bulan Safar dilarang untuk berkahwin kerana ditakuti akan banyak hutangnya dan ditegah untuk mendirikan rumah kerana membawa alamat yang tidak baik kepada tuan rumah. Menariknya, kepercayaan dalam kalangan masyarakat Alam Melayu berkaitan dengan penurunan bala pada bulan Safar atau lebih khusus lagi pada hari rabu terakhir dalam bulan Safar wujud pelbagai versi yang dikongsi dalam masyarakat.

Sama ada sedar atau tidak, segelintir masyarakat Melayu Islam di Malaysia masih lagi dibelenggu dengan amalan khurafat dan tahyul seumpama ini pada bulan Safar. Di antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular pada suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan bahawa perbuatan tersebut boleh menghapuskan dosa dan menolak bala.

Sebenarnya sial dan bala bencana tidak berlaku hanya pada bulan Safar. Firman Allah SWT di dalam surah at-Taubah ayat 51 bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pengawal yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu), maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal".

Selain itu, Nabi Muhammad SAW telah bersabda maksudnya: "Tidak ada penyakit menular (yang berlaku tanpa izin Allah), tidak ada buruk sangka pada sesuatu kejadian, tidak ada malang pada burung hantu, dan tidak ada bala (bencana) pada bulan Safar (seperti yang dipercayai)." - (Riwayat Bukhari).

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 3 Tahun 2017 telah bersetuju memutuskan "Hukum Mandi Safar" bahawa: 1. Mandi Safar adalah ritual yang bertentangan dengan hukum syarak.

2. Ia adalah suatu bidaah yang keji dan mengandungi beberapa iktikad yang fasid serta aktiviti yang tidak senonoh.

3. Mana-mana orang Islam yang melakukan ritual atau aktiviti Mandi Safar atau seumpamanya adalah melakukan kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995 atau undang-undang lain yang berkuatkuasa di negeri ini.

Akidah

SHOUTUL ISLAM BIL. 24 - 14 Safar 1442H/2 Oktober 2020M8 SHOUTUL ISLAM BIL. 24 - 14 Safar 1442H/2 Oktober 2020M 9

Iktibar Kisah

Page 9: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ......kawalan penularan jangkitan Covid-19 sangat diperlukan di kalangan kita semua. Langkah kerajaan mengenakan Kawalan Pengerakan Diperketatkan

Page 10: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ......kawalan penularan jangkitan Covid-19 sangat diperlukan di kalangan kita semua. Langkah kerajaan mengenakan Kawalan Pengerakan Diperketatkan

AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH: ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT (BAHAGIAN 8)

Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Para ulama' silam telah menyatakan kekufuran kepadamereka yang mengatakan bahawa Allah SWT itu dudukdi atas 'Arasy. Ideologi kufur tersebut dengan jelas menyatakan Allah SWTitu wujud bertempat iaitu memerlukan 'Arasy untuk berdiriZat-Nya.

Bukti ini dapat ditelusuri dari kitab Al-Imam al-Mutakallim al-Faqih al-Mu’arrikh al-Shaikh al-Fakhr Ibnal-Mu`allim al-Qurashi al-Dimashqi (W. 725 H) di dalam kitabnya Najmul-Muhtadi wa-Rajmul-Mu`tadi:

Maksudnya:Nukilan daripada al-Shaikh al-Imam Aqdal-Qudah Najm al-Din dalam kitabnya yang berjudul Kifayatal-Nabih fi Syarh al-Tanbih dalam pendapat al-Shaikh Abu Ishaq RA dalam Bab Sifat Para Imam: "Tidak boleh solat di belakang seseorang yang kafi r kerana tidak ada suatu solat pun baginya maka bagaimana pula dia boleh diikuti". Dia berkata: "Dan ini difahami dari kekufurannya adalah suatu yang diijmakkandan disepakati ke atasnya dan sesiapa yang telah dijatuhkan kufur mereka daripada kalangan ahli qiblat seperti golongan yang berpendapat dengan aqidah bahawa al-Quran itu makhluk, dengan aqidahbahawa Allah tidak mengetahui perkara yang tiada sebelum kewujudan perkara tersebut, golongan yangtidak beriman dengan taqdir, demikian juga boleh jatuh kufur golongan yang beri`tiqad (berkeyakinan) bahawa Allah duduk di atas 'Arasy sebagaimana diceritakan oleh al-Qadi al-Husayn di sini daripada nas Imam Syafi `e RA".

(Ibn al-Mu`allim al-Qurashi, "Najm al-Muhtadi wa Rajm al-Mu`tadi", manuskrip, National Library - Paris/638, h. 287)

Dalam tekstual karya ulama tersebut juga jelas menyatakan tidak boleh solat di belakang orang yang berideologi Allah SWT itu di atas 'Arasy. Hal ini kerana ia telah menyamakan Allah SWT denganmakhluk iaitu berada dalam lingkungan "Ruang-Tempat" yang sememangnya makhluk.

v Khamar Khamar atau arak adalah minuman keras yang memabukkan. Khamar adalah najis, hukumnya

haram dan harus dibersihkan kerana menimbulkan berbagai penyakit baik jasmani mahupun rohani.

"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk)berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”

v Anjing Anjing adalah najis, khususnya air liurnya, dan wajib mencuci segala apa yang dijilatnya sebanyak

tujuh kali, mula-mulanya dengan tanah, kemudian air bersih yang suci mensucikan.

"Jika anjing minum di salah satu bejana di antara kalian, maka cucilah bejana tersebut sebanyaktujuh kali" (HR. Bukhari no. 172 dan Muslim no. 279).

"Yang pertama dengan tanah (debu)" (HR. Muslim no. 279).

v Dahak dan Nanah Air dahak dan nanah harus dibersihkan hingga hilang zatnya, warnanya dan bauhnya, kerana

di dalamnya mungkin ada bakteria yang menimbulkan penyakit.

JENIS-JENIS NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYAOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Islam dan Perubatan

SHOUTUL ISLAM BIL. 24 - 14 Safar 1442H/2 Oktober 2020M10 SHOUTUL ISLAM BIL. 24 - 14 Safar 1442H/2 Oktober 2020M 7

Tasawwur

Page 11: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ......kawalan penularan jangkitan Covid-19 sangat diperlukan di kalangan kita semua. Langkah kerajaan mengenakan Kawalan Pengerakan Diperketatkan

Maksudnya: "Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembiradengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu)."

Dalam ayat ini, Allah SWT melarang umat Islam menjadi seumpama orang-orang musyrik yang telah memecahbelahkan agama mereka yakni mengganti dan mengubahnya serta beriman hanya kepada sebahagian ajaran dan engkar kepada sebahagian yang lain.

Terdapat dalam sebuah qiraat, dibaca "Faaraquu" (meninggalkan). Maksudnya, meninggalkan agamatauhid (Islam) dan menganut pelbagai kepercayaan menurut hawa nafsu mereka. Di antara mereka adayang menyembah patung dan berhala, ada pula yang menyembah api, ada pula yang menyembahmatahari, ada yang menyembah wali, orang-orang soleh dan sebagainya.

Para pengikut golongan tersebut bersikap fanatik kepada golongannya dan tanpa menyedari membela kebatilan yang ada pada golongan tersebut, serta menentang dan memerangi golongan yang tidaksehaluan dengan mereka.

Dan selepas mereka memecahbelahkan agama mereka lalu memilih satu fahaman malah berbanggasombong dengan agama yang telah mereka reka itu. Mereka beranggapan merekalah yang paling baik daripada orang lain.

Mereka bangga dengan fahaman mereka sedangkan jahil dengan ajaran wahyu. Mereka telah diperdayaoleh syaitan kerana kejahilan hingga membawa kepada perpecahan dan permusuhan yang merupakanmisi dan visi besar syaitan laknatullah dalam menyesatkan manusia.

Lantaran itu, usaha untuk menyatukan mereka yang berpecah belah, melenyapkan bibit pertengkarandan merapatkan saf persaudaraan adalah sesuatu yang amat disukai Allah SWT. Semangatpersaudaraan dan keamanan yang jitu tidak akan terwujud tanpa kebersamaan semua pihak demi meningkatkan semangat keharmonian dalam masyarakat.

Nikmat kebersamaan berpaksikan konsep jamaie menerusi satu kepimpinan telah dikecapi oleh parasahabat melalui kepimpinan Rasulullah SAW yang unggul, adil, prihatin dan berkebajikan. Nilai-nilai kebersamaan ini tentunya berjaya dibangunkan menerusi roh Islam yang terus mekar hari demi haridalam kehidupan generasi sahabat.

Malangnya kebersamaan di era masa kini seolah-olah sukar untuk dibangunkan. Ini kerana cahaya rohIslam yang ditinggalkan oleh Baginda Nabi SAW semakin pudar dari hari ke hari.

Hakikatnya kebersamaan sesama umat IsIam terikat dengan aqidah. Sebuah ikatan yang amat kukuh, mampu menerobos batas suku bangsa, negara, bahasa, dan budaya. Justeru itu, sebagai muslim yang bersaudara, inilah masanya kita menzahirkan toleransi, solidariti dan kebersamaan demi meningkatkan semangat persaudaraan.

AYAT AL-QURAN SURAH AR-RUM: 32“MEMBANGUN KEBERSAMAAN DEMI PERSAUDARAAN”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

HARAMAIN YANG DIRINDUIOleh:

Muhammad Amirul Amin bin MahmudUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia

Baru-baru ini kita digemparkan dengan satuberita yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruhumat Islam dari seluruh dunia. Berita itudiumumkan dari Kerajaan Arab Saudi yangmenyatakan bahawa Ibadah Umrah bakaldibuka kembali setelah 7 bulan ditangguhkan kerana pandemik Covid-19. Ianya akan dibukasecara berperingkat yang akan bermula pada4 Oktober ini untuk penduduk setempatdi sekitar Arab Saudi dengan jumlah seramai 6,000 orang setiap hari kemudian ianya akan dibukakepada Jemaah dari luar negara bermula 1 November ini dengan kapasiti seramai 20,000 orang.

Semestinya ianya satu khabar gembira buat seluruh umat Islam yang sangat merindukan Haramain iaituMakkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Nabawiyyah. Ibadah Umrah pastinya dapat mengubat rindudi hati. Tahukah kita bahawasanya ibadah umrah ini dapat menghapuskan dosa? Terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: "Antara umrah dengan umrah ialah penghapus dosa antara waktu keduanya, dan tiadaganjaran yang lebih baik bagi haji mabrur melainkan syurga." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Jika kita lihat dengan teliti bahawasanya ibadah umrah ini banyak menghimpunkan kebaikan di dalamnya. Antaranya ganjaran solat di Masjidil Haram dan juga Masjid Nabawi. Hadis yang diriwayatkan oleh Jabirbin Abdillah RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik daripadaseribu solat di tempat yang lain melainkan masjid al-Haram. Dan solat di Masjid al-Haram lebih baikdaripada 100 ribu solat di tempat lain." (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad).

Antara kebaikan dan kelebihan Haramain ialah tempat-tempat mustajab untuk berdoa iaitu semasamelakukan tawaf di Ka'bah, di dalam Ka'bah itu sendiri, di belakang Multazam, di belakang Makam Nabi Ibrahim AS, di Hijir Ismail, di bukit Safa dan Marwah dan banyak lagi. Kemudian, kita juga dapatberziarah ke tempat-tempat yang telah disyariatkan dalam ibadah Haji dan tempat bersejarah untukdijadikan sebagai teladan seperti Arafah, Mina, Gua Hira dan sebagainya.

Moga Allah SWT menjemput kita sebagai tetamu-Nya dan mempermudahkan urusan kita kembalike Tanah Haram yang dirindui.

SHOUTUL ISLAM BIL. 24 - 14 Safar 1442H/2 Oktober 2020M 11SHOUTUL ISLAM BIL. 24 - 14 Safar 1442H/2 Oktober 2020M6

Inti Sari Ayat Al-Quran Artikel Pilihan

Page 12: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ......kawalan penularan jangkitan Covid-19 sangat diperlukan di kalangan kita semua. Langkah kerajaan mengenakan Kawalan Pengerakan Diperketatkan

Penulis bersama anak-anak ketika perjalananke Sipitang

HUKUM RAMBUT WANITA YANG SUDAH DIPOTONGOleh:

Anna Amelia binti Daen Mokhtar

Pada umumnya, sebagai seorang muslim kita sudah maklum dan memahami tentang paras aurat di antaraseorang wanita dan lelaki ajnabi. Sudah semestinya rambut adalah aurat wanita. Namun bagaimanahukumnya pula apabila lelaki ajnabi melihat rambut yang sudah dipotong, yakni sudah terpisah daripada tubuh wanita tertentu?

Tentang hukum isu ini, para ulama terdahulu tidak mempunyai kesepakatan pendapat. Bahkan merekaberbeza pendapat kepada dua pandangan utama Pandangan pertama, yang berpendapat rambut yangsudah terpisah daripada tubuh seorang wanita itu adalah aurat. Menurut Tokoh, Imam Abu BakarAl-Dimyathi Rahimahullah; setiap yang haram dilihat oleh orang lelaki atau orang perempuan semasaberada pada tubuh badannya, ia juga haram untuk dilihat apabila sudah terpisah. Contohnya, rambutwanita.

Pandangan kedua pula, disebutkan oleh para ulama Hanbali. Kata Al-Syeikh Abdul Qadir bin UmarAl-Syaibani Rhimahullah: maka tidak boleh untuk seorang lelaki itu memandang sedikit pun daripadanya(orang perempuan) sekalipun rambutnya yang bersambung. Ada pun rambut yang terpisah daripadawanita ajnabi maka dibolehkan untuk seorang lelaki itu menyentuhnya serta memandang kearahnyasekalipun ia merupakan bahagian aurat. Ini kerana telah hilang keharamannya disebabkan terpisahnya ia dari jasad.

Ada pun begitu, para ulama tidak berbeza pendapat berkaitan seseorang lelaki itu melihat anggotayang terpisah daripada badan wanita dengan perasaan syahwat hukumnya adalah haram. Demikian juga para ulama bersepakat tentang situasi halal lelaki melihat anggota yang terpisah itu tanpa rasa syahwat sekiranya anggota tersebut halal diperlihatkan sebelum terpisah daripada badan.

Manakala perbezaan pendapat pada isu lelaki melihat anggota aurat yang sudah terpisah tanpasebarang syahwat;

Pertama: pendapat yang dipegang oleh ulama mazhab Hanafi , tidak halal melihat anggota tersebutkerana tidak ada beza sama ada ia terpisah semasa hayatnya ataupun sesudah kematiannya.

Kedua: pendapat ulama Malikiyyah, yakni dibolehkan sekiranya ia terpisah semasa hayatnya. Manakala tidak halal dilihat setelah kematiannya.

Ketiga: pendapat al-Syafi eyyah, dibolehkan lelaki melihat anggota yang terpisah itu. Ini kerana telahhilang keharamannya oleh sebab terputus dari badan.

Selain daripada itu, harus dititikberatkan juga cara menguruskan anggota yang terpisah daripada badanmanusia. Para fuqaha menyatakan, anggota itu perlu ditanam tanpa perlu dibasuh serta tidak perludisolatkan. Sekalipun ia adalah kuku ataupun rambut.

Kesimpulannya, menurut Mufti Wilayah Persekutuan, mereka cenderung kepada pendapat yangmembenarkan anggota tersebut dilihat. Hal ini kerana telah hilang pengharaman atas sebab terpisahdaripada tubuh. Namun, perbuatan memotong rambut sendiri dan ditunjukkan dengan sengaja kepadalelaki ajnabi adalah tidak dibenarkan seperti yang dinyatakan dalam mazhab Al-Imam Al-Syafi e.

SIAPA BABAH PILIH?Oleh:

Adi Pitang

"Itu bendera apa babah?" Tanya Alif, anakku ketika dalam perjalanan balik ke Sipitang dari Kota Kinabalu petang itu. Pertanyaan itu juga ditanyakan oleh Aldi, adiknya. Bendera biru itu apa? Putih itu apa? Merah ituapa?. Mungkin itulah pertama kali kemeriahan perangposter dan bendera dirasai oleh mereka. Sepanjang perjalanan, gambar-gambar calon parti yang bertanding, terpampang di setiap inci ruang kaki jalanraya bagimeraih undi masyarakat dalam Pilihanraya Negeri Sabah(PRN) ke-16 pada 26 September 2020 itu. Sebanyak16 parti bertanding, yang melibatkan 447 calon merebut73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Seramai 749,083 orang atau 66.61 peratus telah mengundi pada PRN kali ini meliputi pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos.

Memang tidak dinafi kan akan berlaku "pertikaman" politik di antara pemimpin dan penyokong parti-partiyang bertanding. Seandainya "pertikaman" ini bagi meraih undi, itu memang perkara biasa dalam kempen politik. Apa yang dibimbingi ialah "pertikaman" ini mencetuskan permusuhan berpanjangan di kalangan pemimpin dan penyokong parti. Pesanan dalam whatsapp group yang ku terima sangat memberi kesan kepada nilai sebuah persaudaraan dan persahabatan; "Dalam pilihanraya ada kumpulan yang akanmenang dan kalah. Kemenangan itu adalah untuk ahli politik, bagi penyokongnya kehidupan akanditeruskan seperti biasa. Apa yang milik kita adalah keluarga, sahabat dan jiran-jiran. Apa pun keputusan PRN, jangan abaikan mereka semua. Raikan perbezaan dan eratkan persaudaran. Dalam politik lawantetap lawan, tapi tidak sampai memutuskan persaudaraan".

Kemenangan yang diperolehi oleh ahli politik akan menjadikan ia Wakil Rakyat (Yang Berhormat) di DUN yang ditandinginya. Kemenangan ini disertai dengan tanggungjawab yang besar dalam masyarakat.Dalam Islam peranan dan tanggungjawab pemimpin dijelaskan dalam surah Al-Anfaal, ayat 27, Allah SWT berfi rman yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati(amanah) Allah SWT dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah yangdipercayakan ke atas kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)".

Seorang pemimpin hendaklah menjalankan tugas dengan jujur, amanah dan bertanggungjawab. Rasulullah SAW memperingatkan kepada kita melalui sabdanya yang bermaksud: "Tiadalah seorang hamba AllahSWT yang diberi tugas pemimpin untuk memimpin rakyat kemudian dia mati di hari kematiannya dalam keadaan dia menipu rakyatnya melainkan Allah SWT mengharamkannya dari memasuki syurga".(Hadis Muttafaq’alaih).

"Babah! Siapa babah pilih?", Tanya Alif pagi itu ketika balik dari Sipitang. Hmmm..

SHOUTUL ISLAM BIL. 24 - 14 Safar 1442H/2 Oktober 2020M 5

Fiqh WanitaBicara Kita

SHOUTUL ISLAM BIL. 24 - 14 Safar 1442H/2 Oktober 2020M12

Page 13: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ......kawalan penularan jangkitan Covid-19 sangat diperlukan di kalangan kita semua. Langkah kerajaan mengenakan Kawalan Pengerakan Diperketatkan

MENGIKUT TREND BERBASIKAL?Oleh:

Anakmalayindo

Semenjak ini, aktiviti berbasikal mulai digemari oleh ramai orang. Ia merupakan senaman yang baguskerana tidak terlalu memberatkan sendi. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Islam mengajarkanagar kita selalu sihat dan kuat. Salah satu cara yang paling baik menjaga kesihatan dan stamina adalah dengan bersenam.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada Mukmin yang lemah." (HR. Muslim).

Namun, ada hal yang perlu diperhatikan kepada mereka yang menggemari olahraga ini.

Pertama: Niatkan agar badan sihat dan mudah melakukan berbagai macam ibadah dan kebaikan yangbermanfaat. Olahraga ini hukumnya mubah, akan tetapi sesuatu hal yang mubah dan merupakanwasilah ibadah akan menjadi senilai dengan ibadah tersebut sesuai niatnya.

Wasilah itu sesuai dengan tujuan dari niatnya, apabila wasilah atau hal-hal yang mubah kita niatkan untuk kebaikan maka ia juga akan bernilai kebaikan. Perlu kita luruskan niat olahraga berbasikal bukan kerana mengikut trend sahaja apa lagi untuk menunjuk-nunjuk.

Kedua: Hindari berlebihan dalam membeli basikal dan aksesorinya. Tidak harus basikal yang mahalatau basikal sport. Jangan memaksa sehingga terjerumus pada sikap boros. Jangan sampai sembunyi-sembunyi dari isteri membeli basikal dan berbagai aksesori mahal, sedangkan untuk anak dan binisangat berkira.

Ketiga: Olahraga hukumnya mubah. Hendaklah jangan sampai ia melalaikan kita dari tugas yang utamaseperti ibadah yang wajib. Hindari berbasikal sampai berlebihan kerana salah satu tanda Allah SWTberpaling dan tidak peduli dengan hamba-Nya adalah dengan menyibukkan hamba tersebut denganhal-hal yang mubah dan tidak bermanfaat. Misalnya berlebihan berbasikal hingga meninggalkan isteridan anak pada waktu hujung minggu.

Keempat: Hindari sikap berlawan-lawan atau terlalu menyahut cabaran. Menempuh jarak sampai puluhan bahkan ratusan kilometer, lalu dipamerkan di media sosial. Bangga akan kebolehannya mengayuh basikal berpuluh-puluh kilometer.

Kelima: Hindari berbasikal dengan rasa sombong di jalan raya dengan menutup jalan untuk kenderaanlain. Kadang basikal yang mahal dan aksesori yang mahal, kita merasa sombong seolah-olah kitamenguasai jalan tersebut dan menyebabkan kenderaan yang lain susah berjalan.

Seperti yang diluahkan oleh orang ramai sebagai pengguna jalan raya yang memandu kenderaanseperti kereta dan jentera berat khususnya. Mereka tidak puas hati dengan mereka yang berbasikalkerana sangat mengganggu dan memanjangkan lagi waktu perjalanan.

Dengan mengambil peduli beberapa perkara ini, semoga yang berminat dan sering melakukan aktivitiberbasikal akan jadi lebih peduli keadaan di sekeliling selain untuk kesihatan diri.

KEHIDUPAN DI DUNIA SEUMPAMA SEORANGPENGEMBARA

Oleh:Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri

Pensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS), Kinarut, Papar

MAKSUD HADIS:"Daripada lbnu Umar R.Anhuma beliau berkata: Bahawa Rasulullah SAW telah memegang bahuku lalu bersabda: "Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah engkau orang asing atau seorang pengembara." Lalu lbnu Umar R.Anhuma berkata: Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlahengkau menunggu waktu petang. Pergunakanlah peluang masa sihatmu sebelum masa sakitmu danmasa hidupmu sebelum masa matimu."(Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari)

HURAIAN HADIS:Di dalam hadis tersebut Rasulullah SAW telah memegang kedua bahu Abdullah bin Umar, bertujuan agar dia fokus tentang apa yang akan disampaikan. Kemudian Rasulullah SAW menerangkan bahawakehidupan kita di dunia ini adalah seumpama orang asing atau seorang pengembara. Sesungguhnyadunia ini hanyalah tempat persinggahan yang mana kita berada di dalamnya adalah untuk mempersiapkan diri sebelum menempuh kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Untuk mendapat kebahagiaandi akhirat, sudah pasti kita akan mengerjakan amal soleh dan meninggalkan segala perbuatan maksiat semasa berada di dunia yang fana ini.

Seterusnya Rasulullah SAW menjelaskan kepada kita agar bersegera melakukan kebaikan dan memperbanyakkan amal ibadah ketika dikurniakan nikmat kesihatan dan sebelum tibanya masa kematian.

PENGAJARAN HADIS:1. Menyentuh anggota badan seseorang ketika menyampaikan suatu amanat atau ilmu adalah salah

satu teknik agar yang menerima ilmu dapat memberi perhatian.2. Berwaspadalah kita terhadap dunia agar tidak melupakan hari akhirat yang merupakan tempat yang

kekal abadi.3. Bersegeralah kita mengerjakan amalan yang baik sebagai bekalan dan tidak menunda-nunda untuk

beramal kerana ajal datang tanpa diduga.4. Dunia bukan matlamat mutlak buat kita kerana ia bersifat sementara. Dunia hanyalah jambatan yang

akan menghubungkan kita ke akhirat.

RUJUKAN:● Bahjatun Naazhirin Syarah Riyaadus Sholihin, Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, Pustaka Imam Asy-Syafii, Cetakan Ketujuh, 2012.

Sentuhan Hadis

SHOUTUL ISLAM BIL. 24 - 14 Safar 1442H/2 Oktober 2020M4 SHOUTUL ISLAM BIL. 24 - 14 Safar 1442H/2 Oktober 2020M 13

Remaja

Page 14: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ......kawalan penularan jangkitan Covid-19 sangat diperlukan di kalangan kita semua. Langkah kerajaan mengenakan Kawalan Pengerakan Diperketatkan

Antara kisah yang terindah yang pernah saya dengar, ialah tentangkesetiaan isteri Syekh Adib al-Kallas rahimahullah. Kita wajar belajardaripada kisah ini. Syekh Adib merupakan allamah Syria padazamannya, pun demikian, beliau hidup dalam keadaan fakir nan zahid.

Isteri beliau akan memasak sekali saja dalam seminggu: yakni padahari khamis. Kerana, ibunya akan menziarahi mereka pada hariJumaat. Ketika itulah dia akan menghidangkan makanan ini buatibunya, dan bila ditanya tentang Syekh Adib, dia berkata (yangmaknanya), "Dialah lelaki yang terbaik yang ada di dunia ini!Segala apa yang daku perlukan disediakannya!" Bila ditanya, adakah mereka memerlukan bantuan, diaberkata, "Segalanya sudah cukup!" Sedangkan ketika itu dia sedang berlapar, demi suaminya.

Manusia pada zaman kita ini, tanpa segan silu membongkar aib pasangannya di media sosial, keranabenda-benda remeh. Mengadu benda-benda yang leceh. Berpisah kerana isu-isu kecil. Itu bukan cinta.Marilah kita pelajari makna cinta daripada tokoh-tokoh yang hebat ini. Wallahi, kisah hidup mereka wajar ditulis dengan tinta emas.

Betapa sukarnya mencari pasangan berkualiti seperti isteri Syekh Adib. Isteri misali.

Allah ta’ala berfirman di dalam al-Quran berkenaan hakikat perkahwinan:

"…mereka (isterimu) merupakan pakaian bagi kamu dan kamu merupakan pakaian bagi mereka…"(QS. al-Baqarah: 187).

Ayat di atas mengisyaratkan bahawa pasangan adalah pakaian yang di mana mereka sudah sepatutnyasaling menjaga dan menutupi hal-hal peribadi dan tidak perlu diketahui oleh orang lain. Suami adalahpakaian bagi isteri dan isteri adalah pakaian bagi suami. Jika seorang suami atau isteri membuka aibpasangannya, sama lah saja seperti dia membuka aib sendiri. Suami isteri adalah satu kesatuan yangsaling melengkapi.

Rasulullah Sallallah Alaihi Wasallam juga berpesan:

"Kebahagiaan manusia ada tiga: Wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik, dan kenderaan yangbaik. Sedangkan kesengsaraan manusia ialah: Wanita yang buruk (perangainya), tempat tinggal yangburuk, dan kenderaan yang buruk." (HR Ahmad).

ERTI KESETIAANOleh:

Mohammad Syafi q IsmailExco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

Yang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul, Pengarah JHEAINS di Majlis Program Tautan Kasih bersama Imam-imam serta Guru-guru Besar Sekolah Agama Negeri (SAN) Sandakan dan Beluran pada 9 September 2020 di Dewan Masjid Daerah Sandakan. Hadir bersama di Program

tersebut Haji Romzi Abd. Rahman, Pegawai Tadbir Agama Sandakan dan Rahmin ArmanPegawai Tadbir Agama Beluran

SHOUTUL ISLAM BIL. 24 - 14 Safar 1442H/2 Oktober 2020M14 SHOUTUL ISLAM BIL. 24 - 14 Safar 1442H/2 Oktober 2020M 3

Peristiwa Tinta Ilmiah

Page 15: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ......kawalan penularan jangkitan Covid-19 sangat diperlukan di kalangan kita semua. Langkah kerajaan mengenakan Kawalan Pengerakan Diperketatkan

Pilihanraya Negeri Sabah kali ke-16 sudah berlalu. Parti yang memenangi pilihanraya ini telah diumum dan mengangkat sumpah di Istana Negeri Sabah pada 29 September 2020. Kerajaan baharu yang dipilih sedaya upaya mengembalikan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat dalam piliharaya itu dengan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dalam pelbagai bidang dan keperluan. Apa yang disedari semasa pilihanraya baru ini ialah peningkatan jangkitan Covid-19 di kalangan warga tempatan di negeri ini. Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat dua kluster baharu jangkitan COVID-19 di Sabah. Dua kluster baharu itu dikenali sebagai Kluster Buang Sayang, Sipitang dan Kluster Kg. Sakong, Semporna. Kluster Buang Sayang dikesan dengan kes indeks (kes ke-10,265) mempunyai sejarah perjalanan ke Sipitang dari 7 hingga 20 September lalu. Pesakit mula mengalami gejala demam, selesema dan sakit tekak pada 19 September dan kemudiannya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan. Saringan COVID-19 didapati positif pada 20 September dan kes sudah dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat dijalankan di mana seramai 10 individu sudah disaring dengan empat kes dikesan positif, manakala enam individu masih menunggu keputusan.

Kluster Kg. Sakong pula dengan kes indeks (kes ke-10,154) dikesan positif pada 18 September lalu, melalui saringan komuniti. Kes adalah tidak bergejala dan dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan. Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat kluster ini juga dijalankan iaitu seramai 66 individu disaring sehingga hari ini dengan 9 kes dikesan positif.

Apa yang penting ialah langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan Covid-19 sangat diperlukan di kalangan kita semua. Langkah kerajaan mengenakan Kawalan Pengerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di daerah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu suatu langkah ke hadapan dalam memasti Covid-19 t idak menular di kalangan masyarakat negeri ini. Bersama mencegah Covid-19. Kita jaga kita.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

PENASIHATYBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul

PengarahJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

KETUA EDITORUstaz Mohamad Sidik Haji Awang Adi

Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Haji Baharudin Haji Alwi

EDITOR/KETUA PENYELARASCik Nur Faezah binti Jaafar

([email protected])

SIDANG PENGARANGAdi Pitang

([email protected])Ustaz Asmuni Ali

([email protected])Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)

([email protected])Ustaz Abdillah Haji Nanun

([email protected])Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])

Encik Abdu Khalil bin HassanUstaz Mohd Azlan bin Haji Bakri

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Encik Muhammad Amirul Amin bin MahmudCik Anna Amelia binti Daen Mokhtar

PENGURUSANCik Nur Idilah binti Jamirin

GRAFIKEncik Azmi bin Awang Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahTingkat 3, 4, 9 & 10, Blok A, Wisma MUIS,

Beg Berkunci 103, 88737 KOTA KINABALU, SABAHTel.: 088-222435

Faks: 088-257358

Program Ziarah Mahabbah Permata sempena Sambutan Maal Hijrah 1442H/2020M dan penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar sekolah Agama Negeri (SAN) Ulu Sipitang.Majlis disempurnakan oleh Ustaz Abdul Rahman Haji Talipudin, Ketua Penolong PengarahBahagian Pendidikan JHEAINS yang mewakili pengarah JHEAINS pada 7 September 2020

Dari Meja Editor

SHOUTUL ISLAM BIL. 24 - 14 Safar 1442H/2 Oktober 2020M2 SHOUTUL ISLAM BIL. 24 - 14 Safar 1442H/2 Oktober 2020M 15

Peristiwa

Page 16: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ......kawalan penularan jangkitan Covid-19 sangat diperlukan di kalangan kita semua. Langkah kerajaan mengenakan Kawalan Pengerakan Diperketatkan