difinisi hedonisme

download difinisi hedonisme

of 2

Transcript of difinisi hedonisme

  • 8/7/2019 difinisi hedonisme

    1/2

    Baiklah sahabat, apakah Hedonisme? Hedonisme adalah berhibur secara berlebihan, yakni secaramelampau!

    ~Ya,terus apa bahayanya pada remaja kita?~

    Baik, cuba anda baca apa yang akan saya sampaikan. Budaya ini mengajak remaja-remaja islam

    berhibur. Ya, memang tidak salah berhibur. Tetapi, budaya ini mengajak mereka berhibur secaraBERLEBIHAN atau lebih tepat lagi secara MELAMPAU. Lihat kesannya,ia akan melahirkangenerasi muda yang amat tidak mementingkan masa hadapan. Apa tidaknya, mereka hanya tahu

    berhibur dan bersuka-ria. Malah mungkin juga ada yang sampai melupakan kewajipan kepadaagama.

    "Remaja hari ini adalah pemimpin hari esok".Lihat ayat ini. Era ini, kita memerlukan seorang pemimpin yang mampu memimpin dengan baik.

    Mampu memikul tanggungjawab tanpa khianat kepada mana-mana pihak. Cuba anda fikir, jika

    remaja kita terlibat dengan budaya Hedonisme ini, bagaimana pemimpin kita pada masa

    hadapan? Siapa pemimpin kita pada masa hadapan? Remaja pada hari ini bukan?! Ya! Justeru,

    budaya ini ternyata sangat berbahaya. Tidak perlu diterangkan dengan lebih panjang saya sudahtahu, anda dapat memahaminya bukan? Anda dapat memikirkan tentang impaknya bukan?

    Sekali lagi saya ingin mengajak anda berfikir, rasanya, sesuaikah budaya hedonisme ini dengan

    kita sebagai masyarakat timur yang mementingkan budi bahasa dan adab sopan? Jika

    permasalahan ini tidak dititikberatkan, maka ia akan meracuni fikiran remaja-remaja yang masih

    belum berfikiran matang. Jika dibiarkan, sudah pasti ia akan mengubah adat hidup dan budi

    bicara mereka nanti. Benar bukan?

    Banyak lagi budaya yang telah dilahirkan oleh Hedonisme ini. Antaranya, budaya MALAS.

    Hedonisme telahpun membius, menyuntik dan melekakan pemikiran remaja, lalu mereka tidak

    lagi berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu kerana apa yang mereka tahu

    hanyalah berhibur sahaja.Pada mereka, hidup hanya sekali, so? "Jom kita enjoy!". wah! Banyak

    cantik! Korang fikir hidup ini hanya untuk berseronok ya?

    Kita dapat lihat sendiri. Gejala sosial turut dilahirkan oleh budaya Hedonisme ini. Eh, bagaimana

    itu? Baik, mari saya terangkan. Jika sudah di'set'kan di dalam mindanya, life is just for fun, maka

    sudah pasti hanya ingin gembira sahaja bukan? Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian

    kita, apabila remaja islam mula berkumpul di tempat-tempat yang tidak senonoh seperti di kelab

    malam, pub, disko dan sebagainya utntuk bersuka-ria. Nah! Di sinilah lahirnya gejala sosial itu.Penyakit sosial mula menjangkiti seperti, meminum arak, terkinja-kinja menari seperti orang

    gila, mendengar lagu-lagu rancak yang menyakitkan telinga sambil menggoyangkan kepala,

    bukan ada untungnya malah mengusutkan rambut sahaja. Buat apa yang mereka suka tanpa

    menghiraukan orang sekeliling. Mereka fikir orang lain tidak ada perasaankah?. Di mana

    perasaan malu? Di mana adab sopan masyarakat timur? Malah, di mana akhlak remaja islam?

    Ah, daripada sini,pasti juga akan berlaku pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang akhirnya

  • 8/7/2019 difinisi hedonisme

    2/2

    sudah tentu membawa kepada zina. Maka akan rosaklah remaja kita! Saya ulang sekali lagi,

    rosaklah remaja kita! Bakal menjadi sampah masyarakat.

    Sekian, sampai di sini sahaja yang mampu saya kongsikan. Maaf jika masih banyak informasi

    yang belum dapat saya sampaikan. Moga kalian diberi kefahaman. InsyaAllah.