dihiah

5
TEKS JURU ACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN SMK CYBERJAYA KALI KE-9 TAHUN 2013 YATIE : [ KETIBAAN VIP] Majlis mengalu2kankan kehadiran Yg Berbahagia Tuan Inspektor Wan Azizrul Nizam bin Che Wan Aziz, Ketua Polis Balai Cyberjaya Ke Majlis Perasmian Penutup Temasya Olahraga Tahunan SMK Cyberjaya kali ke-9 bagi tahun 2013. [ Tetamu duduk ] ******************** PERSEMBAHAN SILAT & KRS **************** Demikianlah tadi persembahan pembukaan oleh pasukan Silat Gayung dan Kadet Remaja Sekolah SMK Cyberjaya. YATIE : Yang Berbahagia Tuan Inspektor Wan Azizrul Nizam bin Che Wan Aziz, Ketua Polis Balai Cyberjaya , Yang Dihormati Puan Hajah Habshah bt Mohamad, PK Akademik, Yang Dihormati, Encik Rushdan bin Mohamed, YDP PIBG SMK Cyberjaya, Puan Hajah Che Supiah bt Che Awang, PK HEM, Puan Ng Sie Fong, PK Kokurikulum, Ahli2 J/kuasa PIBG, Guru2 Kanan M/Pelajaran, barisan pendidik anak bangsa serta pelajar2 yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum wbt & salam 1Malaysia. LIZA : Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali; Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu Ilahi. 1

description

8942

Transcript of dihiah

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

TEKS JURU ACARA

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN

SMK CYBERJAYA KALI KE-9 TAHUN 2013 YATIE :

[ KETIBAAN VIP]

Majlis mengalu2kankan kehadiran Yg Berbahagia Tuan Inspektor Wan Azizrul Nizam bin Che Wan Aziz, Ketua Polis Balai Cyberjaya Ke Majlis Perasmian Penutup Temasya Olahraga Tahunan SMK Cyberjaya kali ke-9 bagi tahun 2013.[ Tetamu duduk ]

******************** PERSEMBAHAN SILAT & KRS ****************

Demikianlah tadi persembahan pembukaan oleh pasukan Silat Gayung dan Kadet Remaja Sekolah SMK Cyberjaya.YATIE :

Yang Berbahagia Tuan Inspektor Wan Azizrul Nizam bin Che Wan Aziz, Ketua Polis Balai Cyberjaya ,

Yang Dihormati Puan Hajah Habshah bt Mohamad, PK Akademik,

Yang Dihormati, Encik Rushdan bin Mohamed, YDP PIBG SMK Cyberjaya,Puan Hajah Che Supiah bt Che Awang, PK HEM,

Puan Ng Sie Fong, PK Kokurikulum, Ahli2 J/kuasa PIBG, Guru2 Kanan M/Pelajaran, barisan pendidik anak bangsa serta pelajar2 yang dikasihi sekalian.Assalamualaikum wbt & salam 1Malaysia.LIZA :Sayang kumbang mencari makan,Terbang seiring di tepi kali;Selamat datang kami ucapkan,Moga diiring restu Ilahi.

Selamat datang Tuan Inspektor Wan Azizrul Nizam bin Che Wan Aziz dan hadirin sekalian ke Majlis Perasmian Penutup Temasya Olahraga Tahunan SMK Cyberjaya kali ke-9 bagi tahun 2013. Alhamdulillah, puji2an dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapatlah kita berkumpul dalam majlis yang serba indah dan bahagia ini.YATIE :Kalau pergi Tanjung Keramat,Anak manis jangan diangkat;Bersama kita memohon rahmat,Moga majlis mendapat berkatBagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis menjemput saudara Muhammad Khairul Amir bin Samsudin, dari kelas 3C2 untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.[ BACAAN DOA]

LIZA : Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Muhammad Khairul Amir bin Samsudin atas bacaan doa itu tadi.Majlis kita pada pagi ini akan diteruskan dengan nyanyian lagu sekolah dan lagu Negeri Selangor. Semua hadirin diminta berdiri.

[ NYANYIAN LAGU SEKOLAH & NEGERI SELANGOR ]

YATIE :Hadirin dipersilakan duduk. Majlis seterusnya menjemput Yang Berbahagia Tuan Inspektor Wan Azizrul Nizam bin Che Wan Aziz untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Penutup Temasya Olahraga Tahunan SMK Cyberjaya kali ke-9 bagi tahun 2013 ini. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.[ UCAPAN PERASMIAN PENUTUP ]

LIZA:Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Inspektor Wan Azizrul Nizam bin Che Wan Aziz atas ucapan sebentar tadi.Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Puan Habshah bt Mohamed, PK Akademik SMK Cyberjaya diringi oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Ng Sie Fong untuk menyampaikan cenderamata kenang2an kepada Tuan Inspektor Wan Azizrul Nizam bin Che Wan Aziz. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.[ PENYAMPAIAN CENDERAMATA ]

YATIE :

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Inspektor Wan Azizrul Nizam bin Che Wan Aziz, Puan Hajah Habshah bt Mohamed dan Puan Ng Sie Fong.

Hadirin sekalian,Untuk makluman semua, beberapa acara padang dan balapan telah berlangsung sejak hari Selasa minggu ini sepanjang Temasya Olahraga Tahunan sekolah dijalankan. Sehingga hari ini masih berlangsung acara akhir seperti acara 100m, 4x100m dan tarik tali. LIZA :

Hadirin sekalian,

Marilah sama2 kita pertandingan Boling Tenpin antara guru2 rumah sukan iaitu rumah Excel yang diwakili oleh _____________________________, rumah Explore _________________________, rumah Expert pula diwakili oleh ________________________ dan rumah Express diwakili oleh _______________________________________________.

[ ACARA KHAS : BOLING TENPIN ]YATIE :

Begitulah tadi acara yang cukup istimewa pada hari ini iaitu acara guru. Kini kita bakal menyaksikan pula acara kemuncak pada hari ini iaitu acara Tarik tali peringkat akhir antara Rumah Excel dan Rumah Expert. Semua peserta acara ini diminta bersedia di tempat tarik tali sekarang.

===================== ACARA TARIK TALI ===================

LIZA :

Demikian tadi berakhirnya acara kemuncak Temasya Olahraga Tahunan Sekolah 2013. Majlis akan diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi beberapa acara yang berlangsung sepanjang hari ini. Bagi menyempurnakan acara ini, majlis mempersilakan...[ PENYAMPAIAN HADIAH ]

LIZA :

Sebelum melabuhkan tirai majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama2 berdiri untuk nyanyian lagu Negaraku. Semua hadirin dipersilakan berdiri.

[ NYANYIAN LAGU NEGARAKU ]

YATIE :

Bunga seroja di atas para,Jatuh ditimpa buah berangan;Andai kata tersilap bicara,Kemaafan jua kami pohonkan.Sebelum kami mengundur diri, segala kekurangan dan kesalahan kata daripada kami selaku juruacara rasmi majlis pada hari ini harap diampunkan. Mari kita dengarkan sorakan hip2 hooray daripada para pelajar sebagai penutup majlis kita pada hari ini.[ SORAKAN HIP-HIP HOORAY ]

LIZA : Begitulah tadi sorakan semangat daripada pelajar2 SMK Cyberjaya. Semoga semangat ini tidak terhenti hanya di sini. Teruskan semangat juang ini untuk mengejar cita2 dan kejayaan dalam akademik nanti.

YATIE :Dengan ini, maka berakhirlah Majlis Penutup Temasya Olahraga Tahunan SMK Cyberjaya kali ke-9 bagi tahun 2013. Wabillah hitaufik walhidayah, wassalamualaikum wbt

2