Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

61
DINAMIKA MALAYSIA UHAS 1172 FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Oleh: HAMIDAH BINTI AB. RAHMAN

description

dinamika malaysia @ hubungan etnik

Transcript of Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Page 1: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

DINAMIKA MALAYSIAUHAS 1172

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Oleh:

HAMIDAH BINTI AB. RAHMAN

Page 2: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

KONSEP SEJARAH

Page 3: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Konsep Sejarah

• SEJARAH (bahasa Melayu) dan HISTORY (bahasa Inggeris) berasal daripada perkataan Greek-HISTORIA yang bermaksud penyelidikan atau penyiasatan.

• Matlamat untuk menggambarkan kejadian-kejadian sebagaimana sebenarnya berlaku.

Page 4: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Konsep Sejarah

• Ia perlu dilakukan berasaskan fakta-fakta dan dokumen-dokumen yang dikaji secara saintifik.

• Namun begitu fakta yang diperoleh boleh dimanipulasi oleh pengkaji menjadi propaganda dan tidak benar.

• Oleh itu masyarakat moden perlu meneliti dan menilai semula setiap penulisan sejarah yang dihasilkan agar ia benar-benar bersifat objektif dan terkini.

Page 5: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Tanggapan Salah Tentang Sejarah

• Pelaksanaan pengajaran dan isi kandungannya dikatakan klasik dan bersifat tradisional.

• Dilihat sebagai hanya sesuatu yang berlaku pada waktu silam yang tidak ada kaitan dengan realiti masa kini.

• Dilihat sebagai catatan berbentuk tarikh-tarikh yang beku dan mati/ketiadaan fungsi.

Page 6: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Mengapa Sejarah Penting

• Penting untuk menghasilkan pemahaman mendalam tentang keperibadian negara dan peradaban masyarakat.

• Membantu kita untuk mengenali dan memahami latar belakang sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku.

• Dapat mengaitkan sesuatu peristiwa dengan peristiwa yang lain, di samping menempatkan peristiwa itu ke tempat yang sewajarnya serta memberi makna yang lebih meluas.

Page 7: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Mengapa Sejarah Penting

• Sejarah yang berlaku pada masa lalu meninggalkan banyak pengalaman yang boleh diteladani.Contoh : Peristiwa 13 Mei 1969

• Kefahaman tentang sejarah membolehkan kita memahami keadaan masa kini bagi menyusun perancangan di masa hadapan.

Page 8: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Mengapa Sejarah Penting

• Keperibadian yang luhur dan semangat cintakan Negara hanya dapat dipupuk jika semua rakyat memahami luki-liku sejarah pembinaan Negara dan bekerjasama untuk membina sebuah Negara bangsa Malaysia yang bersatu padu dan cemerlang pada masa akan datang.

Page 9: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Takrifan Sejarah

• E.H. Carr :

Sejarah adalah suatu proses interaksi yang berterusan antara sejarawan dan fakta-faktanya, serta dialog yang tidak putus-putus antara masa kini dengan masa lalu.

Page 10: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Takrifan Sejarah

• Ibn Khaldun :

Sejarah adalah maklumat tentang organisasi sosial manusia ……..….. Merangkumi semua kegiatan manusia dan merupakan satu proses ilmu pengetahuan yang mencari kebenaran (tahqiq)

Page 11: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

DEFINISI MASYARAKAT

Page 12: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Definisi Masyarakat

• Terdapat banyak definisi yang kesemuanya dapat menjelaskan hakikat kewujudan masyarakat. Contoh definisi:-

1. Lucy Mair (1965) ‘Masyarat adalah satu gagasan yang terdiri daripada manusia yang saling berhubungan secara kolektif dengan mempunyai hak dan tanggungjawab yang saling mengiktiraf’

- Mair menekan:

(i) persoalan obligasi di kalangan manusiacontoh: berhubungan dan berperanan di antara satu sama lain

(ii) Setiap individu mempunyai pemilikan dan kuasa (hak) serta peranan yang saling difahami.

Contoh: hak pada harta benda dan hak di dalam masyarakat (penting kerana ia boleh memandu anggotanya berhubung dan bekerja sama)

Page 13: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Definisi Masyarakat

2. Ralph Linton (1936)‘Masyarat adalah kelompok manusia yang telah cukup lama hidup bersama dan saling bekerja sama hingga dapat mengorganisasikan diri dan meletakkan diri mereka sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas tertentu’

- Ini menunjukkan:(i) Pembinaan sesebuah masyarakat itu memakan masa yang lama(ii) Mempunyai manusia yang ramai(iii) Dapat menunjukkan rasa bersatu dalam masyarakat (kesatuan sosial)

- Daripada definisi-definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa masyarakat:(i) Terdiri daripada manusia(ii) Berhubungan dan bekerja sama(iii) Mempunyai kesatuan sosial(iv) Membina kebudayaan

- Hanya MANUSIA yang layak di gelar sebagai ‘MASYARAKAT’. Haiwan tidak layak digelar masyarakat kenapa?

Page 14: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

CIRI-CIRI MASYARAKAT

1. Masyarakat adalah manusia yang hidup dalam satu kelompok Manusia mesti hidup berkelompok kerana:

(i) Fitrah semulajadi manusia (Al-Quran) – (berpasangan, siang-malam, lelaki-perempuan)

(ii) Perlu pada orang lain. - masalah gangguan mental(iii) Lemah

2. Masyarakat melahirkan kebudayaan Tiada masyarakat, maka tiadalah kebudayaan Masyarakat kebudayaan (benda dan bukan benda) Masyarakat dan kebudayaan tidak boleh dipisahkan

3. Masyarakat mengalami perubahan Meliputi – jumlah kelahiran, ekonomi, politik, sosial

Page 15: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Ciri-Ciri Masyarakat

4. Anggota masyarakat itu berinteraksi Dalam masyarakat mesti ada perlakuan berhubunga dan bekerjasama di antara ahli-ahlinya mencetuskan interaksi Bahasa memainkan peranan penting (lisan / bertulis) Penggunaan peralatan – (telefon, telegram, komputer, mesin faksimili dll)

5. Dalam masyarakat terdapat kepimpinan Mengikut bidang dan peringkat dalam masyarakat: (keluarga,

kampung, daerah, negeri, negara pertubuhan sukarela dll)

6. Stratifikasi Sosial Merujuk kepada susunan lapisan sosial dalam masyarakat: Dapat dibahagi kepada 3:

(a) kelas(b) status(c) kasta

Page 16: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

6a. Kelas Kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasarkan

pemilikan harta Contoh: kelas atasan (hartawan), kelas menengah, kelas

rendah

6b. Status Jangkaan peranan dimainkan oleh individu dalam

masyarakatnya Status tinggi jika memainkan peranan penting dlam

masyarakatContoh: pegawai daerah, wakil rakyat dll

Status juga merujuk kepada peranan individu pada masa / waktu yang berlainan.

Contoh: anak, suami, guru dll Faktor yang dapat memberi status dalam masyarakat di sini

Contoh: gelaran Haji, lebai, Dato, Tan Sri dan lain-lain

Ciri-Ciri Masyarakat

Page 17: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Pembahagian stratifikasi sosial dalam masyarakat:

- Golongan Atasan (Pemerintah)

- Golongan Pertengahan (pelaksana tugas Pemerintah)

- Golongan Bawah (diperintah)

Contoh – Struktur sosial masyarakat Melayu tradisional (Sejarah Melayu)

- Raja

- Bangsawan

- Rakyat

- Hamba

Moden:berlaku mobiliti sosial atau sama ada dalam kelas / statuse.g - anak petani (miskin) boleh dapat status tinggi jika berjaya dalam pelajaran

- orang yang berasal daripada kelas rendah boleh naik ke kelas atasan, misalnya kita berjaya dalam perniagaan

Ciri-Ciri Masyarakat

Page 18: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Kelas dan status saling berkaitane.g – Kelas tinggi mungkin boleh capai status tinggi dan sebaliknya

Status pekerjaan mewujudkan kelas sosial menyebabkan wujudnya perbezaan tingkahlaku berpolitik, sosial dll

6c. Kasta Wujud dalam masyarakat India tradisional ke hari ini

BrahminKsyatriaVaisyaSudra

Ciri-ciri Keahlian ditentukan melalui kelahiran tidak boleh berubah tempat Perkahwinan hanya dibenarkan dalam kasta sendiri Terdapat peraturan yang ketat dalam mengawal perhubungan &

tingkahlaku ahli-ahli

Ciri-Ciri Masyarakat

Page 19: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Ciri-Ciri Masyarakat

Stratifikasi sosial dalam masyarakat tidak boleh dielakkan kerana setiap anggota masyarakat. Mempunyai kebolehan dan peluang yang tidak sama antara satu sama lain

7. Sistem Sosial Dalam masyarakat, terdapat Sistem Sosial

Sistem Sosial ialah satu set rol sosial yang mempunyai nilai, norma dan matlamat yang sama Ia menekankan kepada struktur hubungan bentuk-bentuk hubungan dan kesan sosial secara umum Sistem Sosial boleh dibahagikan kepada beberapa yang saling

berhubungan:- keluarga dan kekeluargaan- sistem ekonomi- pendidikan- agama & kepercayaan- kesenian dll

Page 20: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

MASYARAKAT ISLAM

1. DEFINISI

Masyarakat Islam dibentuk bersumberkan Al-Quran & Al-Sunnah dan berasaskan aqidah, syarak & akhlak

Masyarakat umum memahami bahawa masyarakat Islam adalah kelompok manusia beragama Islam yang selalu disebut sebagai ‘ummah’

Mengikut Piagam Madinah (fasal 25-35) ‘ummah’ dimaksudkan orang- orang Islam dan Bukan Islam (Yahudi dan Nasrani). Ini bermakna

‘masyarakat Islam’ juga meliputi golongan bukan Islam yang hidup bersama-sama orang Islam di dalam satu kelompok

CIRI-CIRI utama masyarakat ini ialah mengamalkan sistem Islam (undang-undang Islam)

Page 21: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Masyarakat Islam

2. Dari segi sejarah, Masyarakat Islam mula wujud dan dibentuk oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun pertama Hijrah (622m) seiring dengan penubuhan negara Islam Madinah

3. Penduduk Madinah pada ketika itu terdiri daripada orang Islam dan juga penganut agama lain

4. Orang bukan Islam dikenali sebagai Ahli Zimmah (Zimmi) bermaksud golongan yang dijaga keharmonian mereka.

5. Orang bukan Islam menerima konsep negara Islam kerana dasar-dasar Islam itu sendiri bersifat adil & menyeluruh untuk semua pihak ternyata berjaya dan selamat

Page 22: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

KEDUDUKAN DAN HAK RAKYATBUKAN ISLAM

kerakyatan terbahagi kepada 2 Orang Islam yang beriman

Orang Bukan Islam Golongan kafir

Syariat Islam memberi layanan yang cukup adil terhadap kedua-dua golongan kerana dasar pemerintahan Islam bersifat menyeluruh kepada semua manusia, Islam mengamalkan konsep kebebasan beragama

Islam juga menjamin setiap warga negaranya menikmati kebebasan di dalam memiliki dan mengamal diri, harta, keluarga, fikiran dan

kebebasan bersuara

Page 23: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

MASYARAKAT

Hidup bermasyarakat adalah fitrah semulajadi manusia (Ibn Khaldun) Fitrah inilah yang menyebabkan mereka sama ada mahu / tidak mesti hidup berkeluarga berjiran, berkerabat, bergaul dan bermasyarakat Hidup manusia akan menjadi lebih sempurna dengan adanya masyarakat

ISTILAH PERKATAAN

Kamus Dewan - dari segi bahasa ‘masyarakat’ adalah kumpulan manusia yang hidup bersama Drs Sidi Gazalba - dari segi perkataan ‘masyarakat’ dipinjam dari perkataan Arab iaitu ‘syarikat’ yang bererti perhubungan dan pembentukan suatu kelompok / kumpulan Masyarakat dalam Bahasa Melayu menurut beliau adalah pergaulan hidup

Page 24: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

KEBUDAYAAN

Page 25: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Kebudayaan

1. ISTILAH PERKATAAN

Mengikut Prof Dr. nik Safiah Karim:Budaya adalah cantuman 2 perkataan:-

BUDI + DAYA

Dalam bahasa Inggeris – CULTURE Latin Dalam bahasa Belanda – CULTUR ‘Colore’ Colore bermaksud mengolah tanah bertani Bertolak dari pengertian inilah berkembangnya makna ‘culture’ sebagai ‘segala daya & gerak kerja manusia untuk mengolah & mengubah alam’

Dipinjam dari bahasa sanskrit –bererti kecerdasan fikiran dan akal

Perkataan Melayu – Polenesia. Bererti Kekuatan tenaga atau perbuatan, Kuasa dan pengaruh

Page 26: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

DEFINISI KEBUDAYAAN

Terdapat banyak definisi / takrif kebudayaan Berbagai-bagai disiplin mengkaji kebudayaan – antropologi, sosiologi,

falsafah, sejarah, psokologi, dan lain-lain A.L. Kroeger & C. Cluckhohn – mendapati terdapat sebanyak 160

definisi

DEFINISI KEBUDAYAAN

a. E.B Taylor (1871)‘Kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi di antaranya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, moral, adat resam, dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat’

Definisi ini menunjukkan bahawa:- Taylor tidak menghadkan mana-mana unsur/bidang yang dilakukan dan

diamalkan oleh manusia Mengatakan ‘satu keseluruhan yang kompleks’ itu dimaksudkan sebagai

seluruh unsur dan aspek dalam kehidupan manusia dan setiap satunya mempunyai pertalian rapat

Page 27: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Definisi Kebudayaan

Mengatakan ‘kebolehan & kebiasaan lain yang diperolehi’ dapat dirujuk sebagai apa jua kemampuan, keupayaan & aspek lumrah yang diamal oleh manusia hasil dari usaha-usahanya

Ini bererti” ‘bernafas, batuk, bersin, menangis, warna kulit, mata sepit, hidung panjang, dll tidak boleh digelar sebagai unsur kebudayaan kerana bukan hasil usaha manusia tetapi terjadi secara automatik atau sebagai sifat semulajadi’- Jenis-jenis Kebudayaan - (i) benda

(ii) bukan benda Memasukkan rangkai kata “oleh manusia sebagai ahli sesebuah

masyarakat” maksudnya – sebarang kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi itu boleh dimasukkan ke dalam aspek kebudayaan jika individu itu menjadi ahli kepada sesebuah masyarakat- Ini bererti jika perlakuan ganjil oleh seseorang yang tinggal terpencil/ terasing dari kecil hingga dewasa tida dikira sebagai kebudayaan – kerana diamalkan oleh seorang sahaja.

Ia seolah-olah bersyarat bahawa mesti diamalkan & diiktiraf oleh manusia lain

Page 28: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Definisi Kebudayaan

BEBERAPA DEFINISI KEBUDAYAAN YANG LAIN

b. A.L Kroeber & Clyde Kluckhohn (1952):‘Kebudayaan terdiri dari pola-pola tingkah laku yang ekspilit dan implisit yang diperolehi, disampaikan melalui simbol-simbol… Teras kebudayaan terdiri dari idea-idea yang bercorak tradisi…, terutama sekali nilai-nilai yang terikat dengannya.’

Kroeber & Kluckhohn mengambil kira:(i) semua pola tingkah laku sama ada:

(a) eksplisit (cara bertutur, cara bersalam)(b) implisit (idea, adat resam, kepercayaan)

(ii) Idea-idea bercorak tradisi – contoh: perlakuan & amalan biasa yang sudah turun temurun yang berupa teras kepada satu-satu kebudayaan

Page 29: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Definisi Kebudayaan

c. Aziz Deraman:‘Kebudayaan itu ialah apa jua yang kita fikir, buat dan punya dalam kehidupan merangkumi semua bidang kehidupan seperti pengetahuan, kepercayaan, kesenian, undang-undang, moral, adatistiadat dan apa juga cara hidup kita yang merupakan penglahiran dari apa yang kita warisi dari masyarakat kita’

- Rangkai kata ‘apa juga cara hidup kita yang merupakan penglahiran dari apa yang kita warisi dari masyarakat kita’ – sebenarnya membawa aplikasi pola tingkah laku sebagaimana yang ditegaskan oleh Kroeber & Kluckhohn

Cara hidup itu pula dilanjutkan daripada satu generasi kepada satu generasi berikutnya secara turun temurun

Berdasarkan kepada definisi tersebut & definisi lain yang diberikan oleh ahli-ahli Antropologi, Sosiologi, maka kebudayaan itu mempunyai 4 aspek penting:1. kelakuan dan usaha manusia2. peraturan terhadap kelakuan & usaha manusia3. hasil daripada kelakuan dan usaha manusia4. kelakuan & usaha manusia itu bertujuan murni. Contoh: memajukan hidup mereka

Page 30: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

PENGERTIAN KEBUDAYAANMENGIKUT ISLAM

Islam menganggap kebudayaan sebagai salah satu cabangnya dan bukannya Islam itu sebahagian dari kebudayaan

Sarjana-sarjana Barat dalam tanggapan mereka mengatakan bahawa agama itu terkandung dalam kebudayaan – hanya sesuai untuk agama-agama budaya sahaja. (ciptaan manusia) tetapi bukan agama ISLAM – kerana Islam adalah agama wahyu

Oleh itu soal kebudayaan adalah tertakluk di bawah ruang lingkup Islam

Kebudayaan bagi Islam – bertolak dari Al-Deen Islam. Contohnya:(i) menentukan corak hidup umat Islam(ii) menentukan peraturan dan undang-undang Islam di dunia

Al-Deen bererti agama yang diwahyukan melalui rasul Allah – yang meliputi semua aspek kehidupan di dunia dan akhirat

Page 31: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Pengertian Kebudayaan Mengikut Islam

Termasuk hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia

Ia adalah satu sistem hidup / peraturan yang lengkap meliputi semua aspek kehidupan manusia di dunia dan akhirat

Mengikut Professor Ismail Faruqi, istilah yang paling sesuai untuk menggambarkan kebudayaan ialah ‘adab’

Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:‘Tuhan telah mengadabkan (mendidik) saya, maka DIA menjadikan sebaik-baik adab’

Adab bermaksud cara hidup yang mempunyai nilai-nilai akhlak yang tinggi dan mulai yang merangkumi segala aspek kehidupan

Oleh itu kebudayaan dari perspektif Islam bermaksud.. Walaupun soal kebudayaan terpulang kepada penentuan manusia sebagai usaha mereka untuk menjalani kehidupan, tetapi ia juga tertakluk kepada peraturan / adab yang telah ditetapkan Allah / Ilahi

Page 32: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN

1. Dipelajari

2. Dikongsi

3. Sejagat (universal)

4. Diwarisi

5. Berubah

6. Simbolik

7. Berpola & berstruktur

8. Sistem Perlembagaan

9. Mempunyai pandangan hidup

Page 33: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Ciri-ciri Kebudayaan

1. Dipelajari Tidak lahir secara automatik Manusia perlu belajar untuk mendapatkan ilmu Contoh: (i) peralatan

(ii) bahasa(iii) ilmu pengetahuan dan lain-lain

Proses pembelajaran formal tidak formal

- Dikongsi Bermaksud – setiap perlakuan itu diamal & didokong oleh sekumpulan manusia Jika tidak dikongsi – hanya perlakuan individu Contoh: - makanan nasi lemak, roti canai

- pakaian sari, baju kurung dll- pelacuran? Berjudi? Lepak? Minum arak? Bunuh diri?

Page 34: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Ciri-ciri Kebudayaan

3. Sejagat / Universal Bermaksud – Budayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia / masyarakat Tetapi kebudayaan antara masyarakat adalah berbeza kerana:

(i) faktor pengaruh alam semulajadi(ii) pengaruh luar(iii) tahap penyesuaian anggota masyarakat

Clyde Cluckhohn – mengesan 7 unsur yang universal dalam kebudayaan masyarakat di dunia:

(a) peralatan(b) mata pencarian hidup (ekonomi)(c) sistem sosial / kemasyarakatan (politik, perundangan,

perkahwinan, sistem kekerabatan dll)(d) bahasa(e) kesenian(f) sistem pengangkutan(g) agama dan kepercayaan

Page 35: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Ciri-ciri Kebudayaan

4. Diwarisi Juga dimaksudkan bersambung (continuity) – berkesinambungan Bukan sahaja diwarisi dari satu generasi ke satu generasi, tetapi

bersambung dari zaman ke zaman Ini membawa maksud – tidak ada kebudayaan yang lahir secara serta merta tanpa pertalian sejarah Contoh: - teknologi

- pakaian baju kurung, sari kebaya dll

5. Berubah Tidak ada budaya yang tidak boleh berubah Perubahan budaya boleh dikaji dari perubahan bentuk, ciri dan proses yang telah berlaku Yang mudah berubah – budaya kebendaan Contoh: - tangga lif

- kereta lembu kuda kereta, bas, kapal terbang dll- baju kurung moden?- kebaya moden?

Page 36: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Ciri-ciri Kebudayaan

6. Simbolik Kebudayaan itu simbolik – kerana ia boleh dimengerti dan saling

difahami oleh pendokongnya Sistem perlembagaan yang wujud sama ada secara konkrit dan abstrak difahami dan dijelmakan oleh manusia menerusi tingkah lakunya Contoh: - mengibarkan bendera patriotik

- membakar bendera / patung seseorang kebencian- keris kepahlawanan orang Melayu

7. Berpola & Berstruktur Kebudayaan mempunyai pola & struktur yang bermaksud sesuatu

kebudayaan mempunyai corak dan susunannya yang tersendiri Setiap kelompok manusia mempunyai corak organisasi sosial dan

susunan kemasyarakat yang berbeza-beza Contoh: - kebudayaan yang mengira nasab ibu, ada yang mengira

nasab bapa- di Malaysia, Afrika, Indonesia dll

Page 37: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Ciri-ciri Kebudayaan

Pada umumnya kebudayaan ini berpola & berstruktur kerana:(i) perbezaan persekitaran(ii) ilmu pengetahuan(iii) kemajuan sains dan teknologi(iv) pengaruh asing(v) jumlah penduduk

8. Sistem Perlembagaan Dalam kebudayaan terdapat sistem perlembagaan yang bermaksud sebagai satu-satu lambang dalam budaya yang boleh memberikan makna tertentu kepada pendokongnya Sistem perlembagaan boleh dibahagi kepada 2:

(i) lambang(ii) isyarat

Lambang indah – sesuatu objek dan perlakuan yang dapat memberikan pengertian tertentu kepada ahli sesuatu kebudayaan Contoh: bendera, logo, lencana

Page 38: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Ciri-ciri Kebudayaan

Isyarat ialah – sesuatu objek dan perlakuan budaya yang memberikan arahan tertentu Contoh: - lampu trafik

- tanda-tanda di jalan raya- lambaian tangan- gambar pada tandas

Lambang biasa dihormati Isyarat memerlukan kepatuhan daripada pendokong Contoh: - warga negara yang memijak bendera negaranya

taksirannya apa?- warga negara yang tabik menunjukkan apa?

Sistem perlembagaan yang wujud dalam budaya – dapat membantu manusia berhubung & berkomunikasi sesama mereka Lambang & Isyarat membolehkan manusia mengerti sesuatu makna & arahan yang sepatutnya diikuti Contoh: perlawanan bola sepak pengadil meniup wisel

Page 39: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Ciri-ciri Kebudayaan

9. Budaya mempunyai Pandangan Hidup (World View) World View – adalah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian World View – lahir kerana manusia yang melahirkan Kebudayaan mempunyai pertalian yang sangat erat dengan alam sekitarnya – yang diterjemahkan & digunakan dalam kehidupan sehari- hari Contoh:

- simpulan bahasa - seperti aur dengan tebing- ibarat bunga sedang mekar dll

- ukuran - sehasta- sekangkang kera- kalau kail panjang sedepa …..

- tempoh masa - sepenanak nasi- sepiak sirih

- sikap / usaha - kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya- kalau mencabut lalang, cabutlah hingga

ke akarnya (pepatah cina)

Page 40: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

KONSEP KENEGARAAN

Page 41: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Konsep Kenegaraan

1. ISTILAH PERKATAAN:

1.1 Berasal dari perkataan NEGARA

Menunjukkan pengenalan bagi:

bangsa masyarakat sistem politik /

pemerintahan

Page 42: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Konsep Kenegaraan

1.2 Definisi Negara

Terdapat beberapa pendekatan:

Organisasi masyarakatnya yang terikat dengan undang-undang

Organisasi dan kuasa pemerintahannya

Kawasan yang berautoriti

Sistem politik dan lain-lain

Page 43: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Konsep Kenegaraan

1.3 Definisi oleh Deutch:

“Negara merupakan sebuah jentera tersusun bagi menyedia dan menjalankan keputusan-keputusan politik dan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sesebuah pemerintahan”

Deutch melihat NEGARA sebagai:

(i) jentera pemerintahan

(ii) organisasi yang terkawal dengan undang-undang

Page 44: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Konsep Kenegaraan

1.4 Definisi Kenegaraan

DALAM SAINS [OLITIK – KENEGARAAN DIKATAKAN SEBAGAI SATU BIDANG KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN NEGARA BANGSA (NATIONHOOD)

- Tetapi berdasarkan keterangan mengenai negara dan beberapa unsur yang dikaitkan dengannya. KENEGARAAN pada umumnya ialah:

“KAJIAN MENGENAI SEJARAH PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN NEGARA, MELIPUTI SOSIO POLITIK, SOSIO-BUDAYA, MASYARAKAT DAN EKONOMI”

Page 45: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

KONSEP POLITIK

Page 46: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Konsep Politik

1.5 KONSEP POLITIK

• BIDANG POLITIK – meliputi aktiviti-aktiviti manusia:

1.1 Tidak formal – aktiviti-aktiviti dalam institusi bukan pemerintahanContoh: persatuan, pejabat, rumahtangga dan lain-lain

1.2 Formal – melibatkan hal ehwal kenegaraanContoh:

Pemerintahan

Pembangunannegara

Dasar-dasarawam negara

Pentadbiranawam

Tanggungjawabrakyat

Parti-partipolitik

InstitusiPerundangan

Perlakuan &Budaya politik

Kehakiman KuasaPengaruh

Page 47: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Konsep Politik

2. PERKATAAN POLITIK

YUNANI (GREEK) – POLIS, POLITIK, POLITIKOS- NEGARA BANDAR ATAU NEGARA TERKAWAL

LATIN – POLITIKA- MERUJUK KEPADA ILMU YANG BERHUBUNG DENGAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN NEGARA

3. DEFINISI POLITIKKepelbagaian aktiviti manusia dan bidang ilmu telah mempengaruhi definisi politik yang berbeza-beza:(a) POLITIK – pendekatan Sains Sosial ialah:

“satu cara untuk mengendalikan atau mengurus hal ehwal masyarakat, termasuklah masalah politik itu sendiri, ekonomi dan keselamatan.”

- kadang-kadang politik juga diaktakan sebagai: “satu kegiatan yang lahir dari naluri manusia untuk mendapatkan kuasa” kerana dalam setiap kelompok masyarakat memerlukan pemimpin

- berlakunya persaingan untuk berkuasa

Page 48: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Konsep Politik

4. MATLAMAT POLITIK

“UNTUK MEMBENTUK DAN MENCAPAI PENGHIDUPAN MASYARAKAT DAN NEGARA YANG ADIL DAN MAKMUR”

Matlamat di atas hanya dapat dicapai:

(i) pemerintah yang jujur

(ii) masyarakat yang sedar terhadap tanggungjawab dalam erti hidup bernegara

(iii) memiliki semangat dan sikap patriotisme yang tinggi terhadap negaranya

Page 49: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Konsep Politik

Menurut H.S. Laswell, politik ialah siapa mendapat apa, bila dan bagaimana?

Sebenarnya terdapat tiga unsur penting dalam politik iaitu:(i) Dasar (policy)(ii) Pertentangan (conflict)(iii) Kuasa (power)

(i) Dasar - Ia merujuk kepada perbezaan pendapat dan matlamat dalam kegiatan berpolitik. Biasanya sesebuah parti atau kumpulan memperjuangkan apa yang difikirkan sebagai benar dan

realistik

(ii) Pertentangan - Pententangan untuk berkuasa akan melibatkan perspektif politik yang lain iaitu konflik, pengurusan konflik dan kaedah penyelesaian konflik

- Contoh – Karl Marx menyatakan politik ialah pertentangan yang berterusan di antara dua kelas di dalam masyarakat

Page 50: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Konsep Politik

(iii) Kuasa - sangat penting dalam mana-mana sistem politik- ia menekankan persoalan kuasa, keesahan kuasa dan

penggunaan kuasa- melibatkan unsur paksaan (coercion) dan sekatan,

pengorbanan atau perlucutan hak (deprivation) yang ketara

- lebih melibatkan ‘pemerintah’, dan yang tidak mengikut perintah akan dikenakan hukuman

- kuasa yang sah dipanggil autoriti

Max Weber membahagikan autoriti kepada 3:

(i) Autoriti tradisional - kuasa turun temurun atau “divine ringht” yang berunsur kedewaan / ketuhanan

Page 51: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Konsep Politik

(ii) Autoriti karisma - keperibadian luar biasa seperti Imam Khomeini, Sukarno, Hitler dll

(iii) Autoriti legal-rasional - disahkan oleh kedudukan politik dan bukan unsur-unsur peribadi

- ditentukan oleh undang-undang dan peraturan yang ditetapkan

Page 52: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

EVOLUSI POLITIK

Sistem politik juga mengalami proses evolusi

Politik tersebut boleh diringkaskan seperti berikut:

(a) Sistem Politik Tradisional

(b) Sistem Politik Moden

Page 53: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

PERBANDINGAN ANTARA SISTEM POLITIK TRADISIONAL & MODEN

A. SISTEM POLITIK TRADISIONAL Ialah sistem pemerintahan yang paling dominan sebelum berlakunya proses pemodenan yang bermula selepas berlakunya revolusi industri pada abad ke-18

CIRI-CIRI(i) Dipengaruhi unsur-unsur kepercayaan, adat resam dan agama yang

digunakan untuk menjamin kedudukan & pengukuhan kuasa pemerintah(ii) Wujudnya jurang perbezaan antara golongan aristokrat istana / bangsawan

dengan golongan rakyat bawahan(iii) Berlaku pembatasan peranan rakyat dalam politik – hanya di peringkat

kegiatan politik kampung(iv) Politik golongan atasan menguasai keseluruhan kepentingan politik,

ekonomi dan tenaga rakyat(v) Hal-hal kebajikan dan keadilan rakyat tidak mendapat perhatian politik,

golongan atasan(vi) Sistem politik tradisional dikenali sebagai “tirani” (kejam)

Page 54: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

PERBANDINGAN ANTARA SISTEM POLITIK TRADISIONAL & MODEN

B. SISTEM POLITIK MODEN Sistem politik moden lahir apabila berlaku reformasi ekonomi daripada pertanian di Eropah pada abad ke-19

CIRI-CIRI(i) Diterima sebagai ideologi perjuangan untuk menegak keadilan sosial(ii) Diterima sebagai konsep negara untuk melindungi rakyat dalam menentang

sistem pemerintahan tradisional (feudal)(iii) Peranan dan suara rakyat menjadi penting dalam menentukan sesebuah

pemerintahan(iv) Peranan dan tanggungjawab kerajaan semakin tercabar dalam memenuhi

tuntutan hak dan penyertaan rakyat dalam bidang-bidang politik, ekonomi, dan status sosial yang lebih baik

(v) Keyakinan & sokongan berterusan daripada rakyat amat diperlukan untuk mengekalkan sesebuah kerajaan / pemerintahan\

(vi) Kewujudan institusi raja lebih merupakan simbol warisan lampau(vii) Raja tidak lagi mempunyai kuasa mutlak(viii) Perlembagaan adalah kuasa tertinggi negara

Page 55: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

IDEOLOGI DAN IDEOLOGI POLITIK

Page 56: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Ideologi dan Ideologi Politik

1. IDEOLOGI Berdasarkan 2 perkataan

- idea (pemikiran, tanggapan)- logos (ilmu)

Ideologi dari sudut tatabahasanya ialah: “Ilmu tentang konsep pemikiran, pegangan dan keyakinan” Dari sudut terminologinya – ideologi boleh didefinisikan sebagai:

“suatu aliran fahaman, falsafah atau prinsip perjuangan yang berpengaruh, diterima pakai & yang dapat mendorong terhadap pengenalan sesuatu sistem politik, ekonomi / sosial Ideologi ini dikenali sebagai Ideologi Sekularisme Ideologi boleh diibaratkan sebagai nadi / agenda penting dalam mana- mana perjuangan politik, dan dalam mengukuhkan satu-satu sistem politik Contoh: manifesto parti, rukun negara (Malaysia) / Pancasila (Indonesia), sistem demokrasi, dasar-dasar kebangsaan negara dan lain-lain

Page 57: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

Ideologi dan Ideologi Politik

2. IDEOLOGI POLITIK

Mengikut Alan R. Ball:

Ideologi Politik adalah satu set idea / sistem yang berfungsi dan diterima pakai dalam sesuatu perlakuan politik bagi menyokong

(atau mengukuh) pelaksanaan rancangan, reformasi atau hasil daripada sesuatu reaksi

Page 58: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

IDEOLOGI NEGARA

Ia tergolong dalam perjuangan ideologi politik Ia meliputi prinsip-prinsip dan dasar-dasar sosial, ekonomi & politik negara

KENAPA PERLU KEPADA IDEOLOGI NEGARA

1. Untuk memenuhi keperluan agenda ideologi politik sesebuah negara - masyarakat yang kompleks- berbagai bangsa dan budaya

2. Untuk melindungi dan memartabatkan negara3. Untuk menegakkan identiti negara dan bangsa4. Untuk mencapai keharmonian dan kerukunan hidup bernegara5. Untuk menanamkan sikap dan semangat patriotisme terhadap negara6. Contoh di Malaysia:

- Rukun Negara, Perlembagaan Negara, Dasar-Dasar Pembangunan, Pendidikan, Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain

Page 59: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

IDEOLOGI NEGARA

KONSEP HIDUP BERNEGARA & TANGGUNGJAWAB BERNEGARA

“Tatacara / prosidur hidup warga negara atau masyarakat dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab, disertai oleh semangat patriotisme yang tinggi, saling bekerjasama, bertoleransi, hormat menghormati antara satu sama lain, (rakyat dengan rakyat dan pemerintah) demi mencapai matlamat sesebuah negara yang makmur, maju dan berdaulat”

BAGAIMANA MENCAPAINYA

Bergantung kepada komitmen dan kerjasama antara rakyat & pemerintah

Rakyat mesti memahami & menghayati sepenuhnya tentang erti hidup bernegara

Page 60: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

IDEOLOGI NEGARA

TANGGUNGJAWAB RAKYAT YANG PALING ASAS DALAM MENYEMPURNAKAN MATLAMAT & MENYAHUT CABARAN NEGARA:

1. Membina kehidupan keluarga dengan sempurna2. Membina & membentuk diri serta peribadi mulia untuk menjadi individu

berguna3. Menyumbang bakti melalui penguasaan terhadap setiap bidang ilmu dan

kemahiran sedia ada4. Melaksanakan apa juga tugas & tanggungjawab yang dapat membantu

pembangunan demi kesejahteraan masa depan negara & masyarakat5. Berazam untuk memahami dan mematuhi perlembagaan dan undang-

undang kebaikkan bersama6. Berpegang teguh dan mematuhi ajaran agama serta ketatasusilaan hidup

yang sekaligus merupakan benteng kekuatan & keselamatan negara, selain untuk mendapatkan keredhaan Tuhan demi untuk kejayaan hidup di dunia dan di alam sesudahnya

Page 61: Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011

SEKIAN TERIMA KASIHTAMAT

BYE..!!!