Projek Dinamika

22
Malaysia: Sejarah & Perkembangan Perlembagaan Pengenalan Perlembagaan yang diperkenalkan oleh British telah pun diperkenalkan melalui Perjanjian Pangkor 1874 (Mohd Aris Hj. Osman, 1983). Perjanjian Pangkor ini telah menjadikan pihak British mula berkuasa menentukan undang-undang mengikut kehendaknya tanpa melibatkan Sultan dan Pembesar Melayu. Selain itu, perjanjian itu menjadikan Sultan dan Pembesar Melayu hanya berkuasa dalam hak-hak keagamaan dan adat istiadat Melayu. Ianya dinyatakan dalam Perkara 6 dalam Perjanjian Pangkor 20 januari 1876- Residen adalah berkuasa penuh dalam semua hal-hal dan bertindak sebagai mahkamah manakala Sultan haruslah meminta nasihat daripada Residen dan wajib mematuhinya kecuali untuk hal- hal berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu. Perjanjian ini menunjukkan bahawa bermula tahun 1874, Sultan dan pembesar telah kehilangan kuasa dan dirampas oleh British dengan alasan melindungi atau menaungi. Perlembagaan Pangkor 1874 ini kekal sehingga kedatangan semula British ke Tanah Melayu setelah Jepun menyerah kalah pada 1945 dalam perang dunia ke-2.

description

Sejarah malaysia

Transcript of Projek Dinamika

Page 1: Projek Dinamika

Malaysia: Sejarah & Perkembangan Perlembagaan

Pengenalan

Perlembagaan yang diperkenalkan oleh British telah pun diperkenalkan melalui Perjanjian

Pangkor 1874 (Mohd Aris Hj. Osman, 1983). Perjanjian Pangkor ini telah menjadikan pihak

British mula berkuasa menentukan undang-undang mengikut kehendaknya tanpa melibatkan

Sultan dan Pembesar Melayu. Selain itu, perjanjian itu menjadikan Sultan dan Pembesar Melayu

hanya berkuasa dalam hak-hak keagamaan dan adat istiadat Melayu. Ianya dinyatakan dalam

Perkara 6 dalam  Perjanjian Pangkor 20 januari 1876- Residen adalah berkuasa penuh dalam

semua hal-hal dan bertindak sebagai mahkamah manakala Sultan haruslah meminta nasihat

daripada Residen dan wajib mematuhinya kecuali untuk hal-hal berkaitan dengan agama dan

adat istiadat Melayu. Perjanjian ini menunjukkan bahawa bermula tahun 1874, Sultan dan

pembesar telah kehilangan kuasa dan dirampas oleh British dengan alasan melindungi atau

menaungi. Perlembagaan Pangkor 1874 ini kekal sehingga kedatangan semula British ke Tanah

Melayu setelah Jepun menyerah kalah pada 1945 dalam perang dunia ke-2.

Page 2: Projek Dinamika

Malayan Union

Pembentukan Malayan Union

Malayan Union ialah satu bentuk perlembagaan diasaskan Pejabat Tanah Jajahan British

sebagai tindak balas kepada empat situasi. Pertama ialah masalah yang dihadapi Tanah Melayu

ketika itu. Kedua ialah keperluan pasca perang bagi British dan Tanah Melayu untuk kembali

pulih. Ketiga ialah impak Perang Dunia Kedua yang memerlukan British bertindak pantas

merealisasikan prinsip dasar penjajah dan keempat, implikasi antarabangsa membabitkan Perang

Pasifik. (Rizal dan Shamrahayu, 1972, 41)

Tujuan Pembentukan Malayan Union

Cadangan bagi menubuhkan Malayan Union selepas penyerahan tentera Jepun telah

diutarakan pada awal tahun 1943. Cadangan ini merupakan satu langkah persediaan untuk

kembali ke Tanah Melayu, Briitish telah menubuhkan Jawatankuasa Perancangan Malaya

(Malayan Planning Committee). Jawatankuasa ini dinaiktaraf kepada Unit Perancang Malaya

(Malayan Planning Unit) yang telah ditubuhkan di United Kingdom untuk menyediakan

pembinaan semula Tanah Melayu selepas Perang Dunia II tamat dan Diketuai oleh Mejar-

General Ralph Hone. Hone diberi tugas untuk merangka satu bentuk pentadbiran baru untuk

Tanah Melayu selepas perang tamat. Cadangan untuk mencadangkan penggabungan Negeri-

negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu, Pulau Pinang, dan Melaka

menjadi Malayan Union diusulkan, sedangkan Singapura dikekalkan sebagai tanah jajahan yang

berasingan.

Sekembalinya British selepas Perang Dunia II, British telah mengambil alih di bawah

pentadbiran tentera British pada 31 Mac 1946. Setelah itu, satu kerajaan baru telah diperkenalkan

iaitu Malayan Union (Mohd Salleh Abas, 1984, 25). Malayan Union diselenggarakan di England

sewaktu perang oleh Bahagian Perangcang Jabatan Tanah Jajahan British dan diusulkan oleh

buruh yang memerintah pada waktu itu. Malayan Union ditubuhkan berikutan perjumpaan

Page 3: Projek Dinamika

suruhanjaya Sir Harold Mac Michael, wakil Raja Inggeris dengan Raja-raja Melayu selepas

penguasaan semula British dan tugas ini selesai pada 25 Disember 1945.

Sebagai langkah pertama dalam usaha British menubuhkan Malayan Union ini, Harold

Mac Micheal tiba di Tanah Melayu pada bulan Oktober 1945 sebagai wakil Kerajaan British

untuk membuat  perjanjian rasmi dengan Raja-raja Melayu yang mana kuasa penuh diserahkan

kepada kerajaan British bagi setiap negeri Melayu. Mac Micheal juga telah ditugaskan untuk

melaporkan kepada kerajaan British tentang pendirian Raja-raja Melayu semasa pendudukan

Jepun sebelum mereka dapat diiktiraf oleh Kerajaan British. Mereka juga telah digesa supaya

menyetujui rancangan Malayan Union itu. Ini jelas menunjukkan Raja-raja Melayu itu berada

dalam satu keadaan iaitu mereka terpaksa menyetujui rancangan ini, jika enggan mereka tidak

akan diiktiraf oleh Kerajaan British.

Langkah kedua ialah dengan menguatkuasakan Straits Settlement (Repeal) Act 1946 yang

memperuntukan bahawa Negeri-negeri Selat tidak akan lagi menjadi negeri jajahan dan akan

dipecahkan mengikut arahan Raja British pada satu masa yang telah ditetapkan. Dengan

penguatkuasaan Straits Settlement (Repeal) Act,1946 ini maka Straits Settlement Act,1866 akan

ditarik balik.

Langkah ketiga dan terakhir ialah menjadikan Singapura sebuah negara jajahan yang

berasingan dan Melaka dan Pulau Pinang disatukan dengan Negeri-negeri Melayu oleh perintah

dalam Majlis Malayan Union 1946.

Di bawah rancangan Malayan Union ini, kewarganegaraan boleh diberi kepada sesiapa

sahaja yang menganggap negeri ini sebagai negeri mereka. Ini bermakna orang-orang bukan

berketurunan Melayu berhak mempunyai hak yang sama seperti orang Melayu. Dengan ini

hilanglah hak keutamaan politik orang Melayu (Mohd Aris Hj. Osman, 1983, 29).

Usul-usul lain yang diperkenalkan oleh Malayan Union ialah:

1. Malayan Union akan diketuai oleh seorang gabenor yang mempunyai kuasa penuh ke atas

Perkhidmatan Awam dan bukan kepada Majlis Undangan.

Page 4: Projek Dinamika

2. Sultan dahulunya menjadi ketua dalam negeri masing-masing tetapi kini mereka hanya

bersidang dalam Majlis-majlis Sultan. Mereka akan memberi nasihat kepada Gabenor

apabila Gabenor memerlukan nasihat tersebut.

3. Majlis Undangan akan mempunyai bilangan ahli rasmi dan tidak rasmi yang sama

banyaknya dan Gabenornya mempunyai kuasa meluluskan dan membatal sebarang undang-

undang.

4. Suatu Majlis Penasihat Melayu-melayu akan ditubuhkan dalam tiap-tiap negeri dan majlis

ini hanya menguruskan hal-hal agama sahaja.

5. Gabenor tempatan dan negeri dijalankan melalui Majlis-majlis Negeri dan Negeri-negeri

Selat.

6. Singapura dijadikan Negara Jajahan berasingan dengan mempunyai seorang Gabenor dan

Majlis sendiri.

7. Seorang Gabenor Agung dilantik untuk Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.

(Mohd Aris Hj. Osman, 1983, 30.)

Malayan Union mencadangkan satu ‘Persatuan’ dan bukannya ‘Persekutuan’. Dengan ini

akan wujudlah satu pengumpulan kuasa dan dengan ini juga semua Sultan akan dilucutkan kuasa

mereka. Kerajaan Negeri akan tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Pusat. Undang-undang akan

dibuat oleh Majlis Undangan Pusat tanpa persetujuan Sultan-sultan.

Negeri-negeri dalam Malayan Union ialah:

1. Negeri-negeri Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

2. Negeri-negeri Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Terengganu dan Perlis.

3. Negeri-negeri Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang.

Page 5: Projek Dinamika

Singapura dijadikan sebuah negeri lain disebabkan kedudukan strategik dan disebabkan

penduduk Singapura terdiri daripada bangsa Cina. Pada pemikiran British jika dimasukkan

Singapura, bilangan orang Cina akan meningkat dengan banyaknya dan ini akan menimbulkan

masalah politik (Mohd Aris Hj. Osman, 1983, 31).

Akhirnya pada 1 April 1946, Malayan Union telah ditubuhkan dengan Edward Gent menjadi

Gabenor Pertamanya.

Reaksi Positif Terhadap Malayan Union

Kebanyakan masyarakat Cina Tanah Melayu menerima positif perlembagaan ini. Pada

pandangan mereka, perlembagaan tersebut mampu melindungi kepentingan kaum yang berbeza

dan memudahkan proses mendapatkan kerakyatan.

Selain itu, PKM melihat secara umumnya Malayan Union adalah selari dengan matlamat

serta cita-cita mereka bersama Malayan Peoples’ Anti-Japanese Army (MPAJA). Hal ini kerana

PKM melihat mereka mempunyai peluang untuk diiktiraf sebagai persatuan sah di sisi

perlembagaan. Jelas, PKM bersetuju dengan Malayan Union di mana dasar jangka panjang

British terhadap orang Cina.

Melihat dari perspektif lain, adalah dipercayai bahawa wujud usaha untuk

mengembalikan kuasa politik Cina Selat di Tanah Melayu dan ini dapat diandaikan apabila ada

wakil mereka, khususnya di Melaka yang dilihat cuba mengambil kesempatan daripada dasar

baharu British (Rizal dan Shamrahayu, 1972, 44). Usaha awal menyokong Malayan Union

adalah Kelab Perdagangan Cina diketuai Tan Cheng Lock ketika itu sedang berusaha

mendapatkan semula pengaruh politiknya selepas meninggalkan Tanah Melayu ketika

pendudukan Jepun. Beliau diiktiraf oleh British selepas mengambil kira peranannya dalam

masyarakat Cina.

Page 6: Projek Dinamika

Selain itu, Tan Cheng Lock mendakwa kegiatan ekonomi masyarakat Cina juga telah

banyak menyumbang kepada kemakmuran Tanah Melayu, justeru mereka wajar diberikan status

kerakyatan sama dengan orang Melayu.

Penentangan Terhadap Malayan Union

Walaupun Malayan Union telah ditubuhkan pada 1 April 1946, namun terdapat tentangan

daripada orang Melayu. Sebagai protes, orang Melayu telah memulaukan Majlis-majlis penasihat

dan Sultan-sultan tidak menghadiri upacara mengangkat sumpah Gabenor tersebut. (Mohd Aris

Hj. Osman, 1983, 34.)

Bertentangan dengan jangkaan British, penduduk Melayu, yang biasanya bersikap lemah

lembut dan sering boleh di arah untuk melakukan itu dan ini telah bangun bersama-sama untuk

membantah skim yang baru itu. Komuniti Cina dan India juga tidak ghairah dan telah mengkritik

sesetengah peruntukan yang terdapat di dalam kertas putih Malayan Union. Pemimpin-pemimpin

Melayu dan pesara-pesara British daripada Perkhidmatan Awam di Tanah Melayu telah

mengetuai bidasan terhadap rancangan Malayan Union, dan membidas MacMichael kerana

menggunakan 'ugutan' untuk memperolehi persetujuan daripada sultan-sultan Melayu. Pegawai-

pegawai ini bertindak meLobi Tanah Melayu di Parlimen antara bekas pegawai-pegawai

Perkhidmatan Awam Tanah Melayu yang mengambil bahagian adalah Frank

Swettenham, George Maxwell, R. O. W. Winstedt, Cecil Clementi dan Laurence Guillemard.

Mereka turut menulis surat-surat kepada akhbar nasional dan untuk merayu kepada Perdana

Menteri United Kingdom agar menghentikan usaha menukar status Tanah Melayu daripada

negeri naungan kepada tanah jajahan. Hal ini kerana, pada pandangan mereka, tidakan

mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu menerusi rancangan menyatukan semua negeri di bawah

pemerintahan pusat berisiko mengundang bahaya besar. Kegiatan seumpama ini mewujudkan

tanggapan bahawa terdapat tentangan yang hebat terhadap Malayan Union bukan sahaja daripada

penduduk Tanah Melayu malahan daripada pegawai dalaman British sendiri.

Page 7: Projek Dinamika

Sultan-sultan Tanah Melayu juga telah terpengaruh oleh perasaan anti Malayan Union yang

dianjurkan oleh pegawai-pegawai Melayu dan rakyat Melayu. ini mengheret baginda sultan

untuk membantah secara terbuka terhadap cara yang digunakan oleh MacMichael untuk

memperoleh tandatangan baginda-baginda untuk perjanjian baru itu. Sultan-sultan tersebut

menolak rancangan Malayan Union dan cadangan untuk menghantar sutu perwakilan

ke London untuk memansuhkan rancangan itu telah disuarakan. Bagaimanapun, sudut

pandangan orang Melayu disampaikan dengan lebih berkesan selepas penubuhan UMNO atau

PEKEMBAR yang telah muncul untuk menyuarakan bantahan Melayu terhadap Malayan Union.

Pihak British sangat terperanjat dengan perubahan sikap masyarakat Melayu. Selepas

pendudukan Jepun orang-orang Melayu telah sedar bahawa pihak British tidaklah sekuat yang di

sangka, ditambah pula oleh semangat untuk merdeka yang bertiup kencang dari tanah seberang

(Indonesia). Di atas kesedaran inilah Orang-orang Melayu telah bangun bersama-sama untuk

menentang cadangan pihak British. Tindakan yang kemas telah dilancarkan melalui UMNO.

Negeri-negeri Melayu yang selama ini terpisah dan tidak bersatu telah bangun bersama-sama,

malahan sultan-sultan negeri-negeri Melayu juga turut bersama-sama bergabung dengan rakyat

Melayu untuk menentang Malayan Union. Satu perkara yang tidak pernah terjadi di Tanah

Melayu sebelumnya.

Perjuangan orang-orang Melayu tidak terhenti setakat itu sahaja, orang Melayu turut

mengadakan ceramah-ceramah umum di seluruh semenanjung untuk menyedarkan masyarakat

Melayu di kampung-kampung. Selepas menerima tekanan yang begitu kuat, pihak British yang

masih ingin meneruskan Malayan Union mencadangkan satu jawatankuasa dihantar untuk

melihat reaksi masyarakat Melayu. Ahli jawatankuasa tersebut telah terkejut melihat reaksi yang

amat kuat dari orang melayu untuk menghentikan Malayan Union. di mana sahaja mereka pergi

pasti disambut dengan ribuan umat melayu dengan slogan-slogan anti Malayan Union. Malahan

mereka dan Gabenor Malayan Union ketika itu turut bersimpati dengan orang-orang Melayu.

Pada akhir lawatan tersebut, ahli jawatankuasa terbabit telah mengambarkan sesuatu yang positif

di dalam ucapan mereka. Ramai orang melayu dan UMNO sendiri yakin bahawa Malayan Union

akan berkubur.

Page 8: Projek Dinamika

Susulan rasa tidak puas hati ini, pelbagai cara digunakan orang Melayu untuk

menunjukkan bahawa mereka tidak dapat menerima Malayan Union. Media antara medium

digunakan, termasuklah akhbar Utusan Melayu di bawah pimpinan Dahlan Masood di

Singapura, Majlis di bawah Yunus Hamidi di Kuala Lumpur dan Warta Negara pimpinan

Ibrahim Mahmood di Pulau Pinang. Akhbar-akhbar ini banyak melaporkan penentangan orang

Melayu, selain pada masa yang sama menerbitkan artikel membantah, mengecam serta

mengutuk Perlembagaan Malayan Union.

Penentangan Malayan Union disebabkan pada fikiran orang Melayu, Malayan Union

merupakan satu kerugian besar kepada Raja-raja Melayu dan rakyat  kerana semua kuasa

terserah kepada British dan yang tinggal di tangan Raja-raja hanyalah kuasa mengenai Agama

Islam. (Mohd Salleh Abas, 1984, 26.)

Disebabkan tentangan daripada orang Melayu, pada tahun 1948 Malayan Union telah

dimansuhkan dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) atau Federated Malay

Stated (FMS).

UMNO dan Sebab- sebab Penolakan Malayan Union

Di bawah pimpinan UMNO, orang Melayu bersatu dan begerak secara kebangsaan.

Pemimpin seperti Dato’ Onn bin Jaafar telah meletakkan asas bagi evolusi politik orang Melayu.

Melalui UMNO, orang Melayu telah mendesak Raja-raja Melayu untul memulaukan Malayan

Union. Pegawai-pegawai Melayu yang berkhidmat di bawah kerajaan UMNO juga digesa untuk

meletak jawatan. Pemimpin-pemimpin UMNO telah masuk ke kampong-kampung dan

mendesak orang-orang Melayu supaya bersatu untuk menolak Malayan Union.

Perlembagaan Malayan Union tidak memberi jaminan kepada masa depan orang Melayu

kerana kedudukan Raja Melayu sebagai pemerintah telah diperkecilkan kuasanya. Di bawah

sistem Malayan Union, Raja-raja Melayu kehilangan semua kuasa pemerintahan. Hal ini

demikian kerana, semua negeri akan disatukan dan kuasa pemerintahan berpusat di Kuala

Page 9: Projek Dinamika

Lumpur. Implikasinya, raja-raja Melayu akan hilang kuasa merekan dan hanya berperanan

sebagai ketua agama dan istiadat Melayu sahaja.

Selain itu, status tanah Melayu sebagai negeri protectorate British akan bertukar menjadi

koloni selepas penubuhan Malayan Union. Raja-raja Melayu dan pemimpin-pemimpin orang

Melayu menyedari akan kesan tersebut dan mula melahirkan rasa tidak puas hati mereka

terhadap gagasan Malayan Union. Orang-orang Melayu juga berpendapat bahawa pengurangan

kuasa Raja-raja Melayu akan menyebabkan berkurangnya kuasa politik Melayu. Pada masayang

sama, bantahan-bantahan juga dikemukakan berhubung dengan cara Mac Michael mendapatkan

persetujuan Raja-raja Melayu. Bantahan tersebut timbul daripada pegawai-pegawai British yang

pernah berkhidmat di Tanah Melayu. Mereka menganggap cara ugutan mac Michael terlalu

biadap dan tidak adil.

Selain daripada mengurangkan kuasa raja-raja Melayu, pelan Malayan Union juga akan

memberi ruang yang lebih besar kepada orang bukan Melayu untuk menjadi warganegara.

Prinsip jus soli yang digunakan untuk mendapat kewarganegaraan dianggap sebagai terlalu

mudah oleh orang Melayu. Sekiranya terlaksana, ia akan membolehkan lebih tiga juta orang

Cina dan India untuk menjadi warga Malayan Union. Mengikut prinsip jus soli, sesiapa yang

telah menetap selama 10 ahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942 dan lahir di tanah

Melayu layak untuk menjadi rakyat Malayan Union.

Semua rakyat Malayan Union akan dilayan sama rata. Hal ini menyebabkan orang Melayu

akan hilang segala hak istimewa mereka. Misalnya, orang bukan Melayu layak untuk memegang

jawatan dalam perkhidmatan awam, satu sektor yang secara tradisinya didominasi oleh orang

Melayu. Orang Melayu khuatir sekiranya, Malayan Union dilaksanakan, Malaya akan bertukar

menjadi ‘Chinaya’.

Penubuhan Malayan Union dan juga perlembagaannya langsung tidak memberi jaminan

kepada masa depan orang Melayu. Disebabkan ini, UMNO telah bersatu dengan orang Melayu

demi mempertahankan hak asasi orang Melayu di Tanah Melayu.

Page 10: Projek Dinamika

Sejarah Perkembangan Malaysia

Pada Tahun 1956, satu persidangan telah diadakan di London bagi membincangkan

langkah-langkah yang perlu diambil ke arah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Perubahan-perubahan penting dari sudut Pertahanan, Kewangan, Pentadbiran, dan seumpamanya

telah dirangka (Abdul Aziz Bari, 2003, 16.). Persidangan ini dihadiri oleh empat wakil-wakil

Raja Melayu, Ketua Menteri Persekutuan serta tiga orang Menteri lain serta Pesuruhjaya Tinggi

dan penasihat-penasihatnya. Cadangan diperkenankan oleh Queen dan Raja-Raja Melayu.

Berikutan itu suruhanjaya yang diketuai oleh Lord Reid, seorang Hakim Mahkamah Rayuan

yang ternama di England dan seorang dari pakar undang-undang perlembagaan dari tiap-tiap

Negara berikut – United Kingdom, Australia, India dan Pakistan telah dilantik (Tun Mohamed

Suffian bin Hashim, 1984, 16) dan dinamakan sebagai Suruhanjaya Reid.

Suruhanjaya Reid

 Suruhanjaya tersebut dipandu oleh terma-terma rujukan yang telah diterapkan di London

untuk menyiapkan perakuan dan draf perlembagaan iaitu:

1. Pembentukan sebuah Persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat ;

2. Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-Raja Melayu ;

3. Pewujudan jawatan Ketua Negara bergelar Yang Di-Pertuan Agung ;

4. Pemeliharaan hak-hak istimewa orang-orang Melayu serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum

lain serta;

5. Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh Malaya 

(Abdul Aziz Bari, 2003, 17.)

Laporan tersebut disiapkan pada awal tahun 1957 dan dikemukakan kepada kerajaan

British dan juga Raja-Raja Melayu. Ia diikuti oleh siri-siri mesyuarat di London dan Kuala

Lumpur bagi membincangkan isi laporat tersebut. Ini semua menghasilkan Kertas Putih yang

merupakan kumpulan syor tambahan yang sebahagian besarnya merupakan hasil semakan

terhadap syor-syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid.

Page 11: Projek Dinamika

Draf tersebut beroprasi sebagai sebuah dokumen undang-undang pada 31 Ogos 1957

melalui mekanisme yang terdiri daripada :

1. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

1957 yang dilluluskan oleh Britain di London ;

2. Ordinan Perlembagaan Persekutuan 1957 yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan

di Kuala Lumpur ;

3. Pelbagai Enakmen yang diluluskan oleh majlis-majlis perundangan negeri yang bertujuan

memberi kuatkuasa undang-undang kepada Draf Perlembagaan yang dikemukakan oleh Kertas

Putih.

Setelah melalui pelbagai rintangan dalam memerdekakan Tanah Melayu, akhirnya pada

31 Ogos 1957 tertubuhlah Tanah Melayu diisyhtiharkan sebagai sebuah Negara yang Merdeka.

Page 12: Projek Dinamika

Penutup

Perlembagaan Persekutuan atau perlembagaan Malaysia sebenarnya telah dipinda lebih

dari sekali. Iaitu selepas Merdeka, pada ada tahun 1963, ia dipinda apabila Singapura, Sabah dan

Sarawak menyertai Malaysia. Selain memuatkan peruntukan-peruntukan khusus untuk negeri-

negeri ini ada beberapa kesan lain terhadap persekutuan yang asal.

Pada tahun 1971, pindaan perlembagaan dilakukan selepas berlaku peristiwa berdarah 13

Mei 1969, yang membawa kesan kepada kedudukan Raja-Raja dan orang-orang Melayu serta

terhadap ruang lingkup kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan.

Tahun 1983, satu pindaan perlembagaan yang dilakukan melibatkan kuasa Yang di-

Pertuan Agong telah dilakukan dan seterusnya pada tahun 1988, sekali lagi pindaan dilakukan ke

atas kehakiman.

Selain pindaan-pindaan yang formal tersebut, ada juga ‘pindaan-pindaan’yang tidak

formal khususnya yang berlaku akibat daripada tafsiran mahkamah. Sesuai dengan

kedudukannya beberapa keputusan mahkamah telah mengubah ruang lingkup berapa peruntukan

tertentu. Keputusan mahkamah mempunyai implikasi meluas atau menyempitkan ruang lingkup

sesuatu peruntukan itu. (Abdul Aziz Bari, 2003)

Memandangkan kepada perkembangan-perkembangan selama 43 tahun yang lalu, adalah

jelas bahawa perlembagaan akan terus berkembang mengikut keperluan masa dan kehendak

zaman. Yang pasti, perlembagaan tidak statik kerana itu akan menyebabkan tidak relevan dengan

kehidupan bernegara di tanah air kita. Baik yang berbentuk pindaan secara formal atau

sebaliknya perlembagaan tetap akan berubah. Paling tidak dari cara kita memahami atau

melaksanakannya.

           

Page 13: Projek Dinamika

Garis masa

14 Ogos 1941: Britain memeterai "Piagam Atlantik" yang mengisytiharkan hak negara-

negara untuk penentuan diri.

penghujung 1942: Pembentukan "Unit Perancangan Tanah Melayu" di United Kingdom

untuk menyediakan pembinaan semula Tanah Melayu selepas Perang Dunia II.

Januari 1944: Cadangan untuk Malayan Union dikemukakan buat pertama kali oleh Edward

Gent, Penolong Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British, di Parlimen United

Kingdom.

Musim bunga: Pejabat Kolonial menjemput Sir Harold MacMichael untuk mengetuai

perwakilan ke Tanah Melayu selepas peperangan untuk memperoleh perjanjian yang baru

daripada sultan-sultan untuk bersetuju dengan Malayan Union.

3 September 1945: Kabinet British memberikan kebenaran untuk dasar Tanah Melayu yang

baru dan bersetuju dengan misi MacMichael.

21 Disember 1945: Setiap Sultan atau Pemangku Raja telah memeterai perjanjian baru untuk

membentukkan Malayan Union.

Januari 1946: Pihak British mendedahkan rancangan Malayan Union melalui sebuah Kertas

Putih.

1 Mac 1946: Kira-kira 200 orang Melayu yang mewakili 41 buah persatuan berhimpun di

Kuala Lumpur untuk Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu (Pan-Malayan Malay

Congress). Kongres itu membincangkan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

(UMNO) serta kempen terselaras untuk menentang Malayan Union.

1 April 1946: Malayan Union diisytiharkan oleh kerajaan jajahan British.

1 Mei 1946: Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-2 diadakan di Johor Bahru.

Penubuhan UMNO diisytiharkan dan Dato Onn Jaafar, Menteri Besar Johor, dipilih sebagai

Page 14: Projek Dinamika

Presiden pertama. Kongres ini juga mengisytiharkan bahawa perjanjian-perjanjian

MacMichael tidak sah dan mendesak bahawa Malayan Union dimansuhkan.

1 Februari 1948: Malayan Union dibatalkan secara keseluruhannya dan digantikan

dengan Persekutuan Tanah Melayu seperti yang telah dipersetujui dengan UMNO dan Raja-

raja Melayu.

Page 15: Projek Dinamika

Rujukan

Mohd Aris Hj. Osman. 1983. Perkembangan Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm 30.

Mohd Salleh Abas. 1984. Sejarah Perkembangan Malaysia. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur. DBP Kementerian Pelajaran Malaysia. Hlm 25.

Mohd Aris Hj. Osman. 1983. Perkembangan Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm.29

Mohd Aris Hj. Osman. 1983. Perkembangan Perlembagaan Malaysia.Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm 31.

Mohd Aris Hj. Osman. 1983. Perkembangan Perlembagaan Malaysia.Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm 34.

Mohd Salleh Abas. 1984. Sejarah Perkembangan Malaysia. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur. DBP Kementerian Pelajaran Malaysia. Hlm 26.

Abdul Aziz Bari. 2003. Perlembagaan Malaysia: asas-asas dan masalah. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur. DBP.Hlm 16.

Tun Mohamed Suffian bin Hashim.1984. Mengenal Perlembagaan Malaysia. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur. DBP Kementerian Pelajaran Malaysia. Hlm 16.

Abdul Aziz Bari. 2003.Perlembagaan Malaysia asas-asas dan masalah. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur. DBP.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union

http://budakbahagia.blogspot.com/2013/03/malaysia-sejarah-perkembangan.html

Politik dan Kerajaan di Malaysia, Abdul Rauf Mohd. Napis dan Ramlah Muhammad, ms 35-381.