Disgrafia.pdf

22
Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti/ Disgrafia dan cara membantu: Kajian kes ke atas murid Program Integrasi Pendidikan Khas DISGRAFIA DAN CARA MEMBANTU: KAJIAN KES KE ATAS MURID PROGRAM INTEGRASI PENDIDKAN KHAS Oleh Yusop Bin Hj. Malie [email protected] Walter Alvin Jiniti ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat masalah dalam kemahiran tulisan mekanis murid yang dikaitkan dengan disgrafia. Kajian ini hanya melibatkan seorang murid bernama Kamal dari kelas bermasalah pembelajaran Program Integrasi Pendidikan Khas di sebuah sekolah kebangsaan di Kuching. Kaedah pemerhatian dibuat terhadap hasil penulisan murid seperti lembaran kerja serta beberapa pemerhatian terhadap tingkah laku Kamal yang dikaitkan dengan disgrafia. Selain itu, ujian menulis turut diberikan kepada Kamal bagi melihat dengan lebih mendalam masalah kemahiran tulisan mekanis tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa mekanisma tindakan bagi memperbaiki tulisan tangan iaitu secara fizikal, latih tubi menulis dan membina keseragaman tulisan tangan. Di samping itu, teknik dalam perubahan tingkah laku dari segi ganjaran dan motivasi serta latihan menyebut dan menulis memberi kesan yang baik kepada Kamal dalam menyalin dan membina ayat yang lengkap dan sempurna. Kata Kunci: Disgrafia, pendidikan khas, masalah pembelajaran, tulisan mekanis, motor halus 1 Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, ms 1-22.

Transcript of Disgrafia.pdf

  • Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti/ Disgrafia dan cara membantu:

    Kajian kes ke atas murid Program Integrasi Pendidikan Khas

    DISGRAFIA DAN CARA MEMBANTU: KAJIAN KES

    KE ATAS MURID PROGRAM INTEGRASI

    PENDIDKAN KHAS

    Oleh

    Yusop Bin Hj. Malie

    [email protected] Walter Alvin Jiniti

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan untuk melihat masalah dalam kemahiran tulisan mekanis murid yang dikaitkan dengan disgrafia. Kajian ini hanya melibatkan seorang murid bernama Kamal dari kelas bermasalah pembelajaran Program Integrasi Pendidikan Khas di sebuah sekolah kebangsaan di Kuching. Kaedah pemerhatian dibuat terhadap hasil penulisan murid seperti lembaran kerja serta beberapa pemerhatian terhadap tingkah laku Kamal yang dikaitkan dengan disgrafia. Selain itu, ujian

    menulis turut diberikan kepada Kamal bagi melihat dengan lebih mendalam masalah kemahiran tulisan mekanis tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa mekanisma tindakan bagi memperbaiki tulisan tangan iaitu secara fizikal, latih tubi menulis dan membina keseragaman tulisan tangan. Di samping itu, teknik dalam perubahan tingkah laku dari segi ganjaran dan motivasi serta latihan menyebut dan menulis memberi kesan yang baik kepada Kamal dalam menyalin dan membina ayat yang lengkap dan sempurna.

    Kata Kunci: Disgrafia, pendidikan khas, masalah

    pembelajaran, tulisan mekanis, motor halus

    1 Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, ms 1-22.

  • Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti/ Disgrafia dan cara membantu:

    Kajian kes ke atas murid Program Integrasi Pendidikan Khas

    ABSTRACT

    The purpose of this study was to investigate the mechanical handwriting problems related to dysgraphia. This study involved a pupil named Kamal from a special education class in a school in Kuching. Observation method was used in this study. Pupils handwritten worksheets were analysed and Kamals behavior related to disgraphia was recorded. Tests related to writing were given to Kamal to find out about the mechanical handwriting skills problem more precisely. The finding of

    this study showed that some mechanisms such as drilling in writing and building uniformity in handwriting could be applied to improve handwriting skills. Besides that, behavior management through token, motivation as well as speaking and written exercises have postive effect on Kamal in copying and constructing complete and perfect sentences.

    Keywords: Disgraphia, special education, learning

    disabilities, mechanical handwriting skills, fine motor skills

    PENGENALAN Masalah murid dalam pembelajaran terutamanya dalam penulisan merupakan satu isu yang perlu dititikberatkan kerana ianya boleh membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Isu ini merupakan masalah yang umum bagi murid-murid sekolah. Masalah kemahiran tulisan mekanis merupakan satu daripada ciri-ciri yang terdapat pada murid yang bermasalah pembelajaran (Abdullah bin Yusof, 2006). Smith (1998) menjelaskan bahawa ramai murid bermasalah pembelajaran menghadapi masalah menulis dan kemahiran tulisan mekanis ini memerlukan seseorang menterjemah pemahaman bahasa ke dalam sistem simbol. Pengamatan terhadap bentuk-bentuk huruf yang pelbagai dan mengikut kategori huruf besar dan kecil banyak memberi kesan kepada murid pendidikan khas. Dalam kes ini, murid yang

    2 Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, ms 1-22.

  • Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti/ Disgrafia dan cara membantu:

    Kajian kes ke atas murid Program Integrasi Pendidikan Khas menghadapi masalah penulisan tangan terutamanya

    tulisan tangan yang buruk, tidak konsisten dan seragam,

    masalah dalam penggunaan ruang-penjarakan, huruf,

    perkataan atau ayat tertinggal, dan kesilapan dalam

    memasukkan huruf-huruf yang sesuai dalam ayat

    selalunya dikaitkan dengan disgrafia. Definisi bagi disgrafia adalah luas dan lazimnya ditakrifkan sebagai masalah pembelajaran yang sering dikaitkan dengan kesukaran dalam mengeja, tulisan tangan yang tidak kemas, tidak betul dan sukar dibaca serta bermasalah dalam memindahkan maklumat pada kertas. Ini adalah kerana menulis memerlukan satu set kemahiran motor halus dan kemahiran memproses maklumat (Deuel, 1995). Secara amnya, ciri-ciri dalam disgrafia ini adalah seperti pegangan pensel dan posisi badan yang tidak betul, mudah penat apabila menulis atau menyalin ayat, pembalikan kedudukan huruf dalam perkataan (contoh: Sabtu sabut), ayat yang tidak lengkap, susunan ayat tidak kemas dan seragam serta menunjukkan ciri-ciri tingkah laku seperti mengelak apabila diarahkan menulis pada papan putih dan membaca. Terdapat tiga kategori disgrafia yang dikenal pasti iaitu Dyslexic Dysgraphia yang mana hasil penulisan spontan adalah sukar dibaca. Walau bagaimanapun, tulisan mereka boleh dibaca apabila menggunakan kaedah menyalin semula perkataan atau meniru perkataan. Kanak-kanak dalam kategori ini juga menghadapi kesukaran dalam mengeja tetapi tidak semestinya mereka mengalami masalah membaca atau disleksia. Kategori kedua adalah Motor Dysgraphia yang didefinisikan sebagai masalah yang disebabkan oleh kekurangan dari segi kemahiran motor halus. Kanak-kanak ini sering menunjukkan tulisan yang tidak boleh dibaca walaupun ianya menulis menggunakan kaedah menyalin semula

    3 Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, ms 1-22.

  • Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti/ Disgrafia dan cara membantu:

    Kajian kes ke atas murid Program Integrasi Pendidikan Khas ayat. Spatial Dysgraphia pula merupakan kategori ketiga.

    Kanak-kanak kategori ini sebenarnya mempunyai

    kebolehan mengeja yang normal. Namun begitu, hasil

    tulisan tangan masih sukar dibaca sama ada penulisan

    secara spontan atau menyalin semula (Deuel, 1995). Pernyataan Masalah Kemahiran menulis adalah asas kepada pendidikan yang lebih baik bagi murid menguasai kemahiran asas 3M. Guru perlu peka terhadap bagaimana dan apakah mekanisme yang boleh membantu murid bermasalah dalam menulis. Ini adalah kerana terdapat perkaitan antara menulis dengan bagaimana proses motor halus dan psikologikal murid itu sendiri (Deuel, 1995). Secara umumnya, proses dalam pengajaran dan pembelajaran banyak menumpukan kepada satu kaedah yang sesuai bagi murid pendidikan khas. Poses mengajar akan lebih mencabar dengan beberapa pengubahsuaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid perlu dibimbing dan memerlukan tunjuk ajar yang lebih dan ini akan dapat membantu murid. Murid sekolah kebanyakannya boleh menulis tetapi sesetengahnya dalam cara yang tidak betul. Cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan (Sassoon, 1993). Dalam mengajar celik huruf, kadang-kadang guru kurang memberi perhatian kepada pengajaran membentuk huruf mengikut pergerakan yang betul. Sassoon (1993) mendapati guru kurang memberi penekanan kepada

    pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan. Pendedahan kepada cara dan teknik menulis yang betul pada peringkat awal boleh

    4 Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, ms 1-22.

  • Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti/ Disgrafia dan cara membantu:

    Kajian kes ke atas murid Program Integrasi Pendidikan Khas membantu murid membentuk kemahiran dalam menulis.

    Ini termasuklah dalam keseragaman tulisan, tatacara

    menulis yang betul dan tumpuan dalam menulis. Namun,

    mengikut Sassoon, bagi kanak-kanak disgrafia,

    ...your writing is distorted and incorrect. In children,

    dysgraphia usually starts when they begin writing for the

    very first time. The alphabets may be of different sizes in a

    single word or inappropriately spaced. They may keep on

    writing the wrong words or get their spelling incorrect despite

    you teaching them the same thing many times.... (ms 96) Kanak-kanak disgrafia perlu dibimbing mengggunakan teknik-teknik yang sesuai agar masalah menguasai kemahiran asas menulis dapat dikurangkan. Kekurangan

    dari segi kemahiran menulis terutamanya tulisan tangan yang buruk boleh membawa kepada pandangan yang buruk terhadap murid. Rasa rendah diri dan kurang keyakinan terutamanya apabila menulis di hadapan rakan-rakan lain dan guru boleh membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran serta kebolehan murid

    tersebut. Tujuan Kajian Tujuan kajian dijalankan adalah bagi melihat dengan lebih dekat tulisan tangan Kamal yang dikatakan mempunyai ciri-ciri disgrafia. Seterusnya, pengaplikasian beberapa teknik bagi membantu murid agar berupaya menulis dengan baik

    menggunakan cara menyalin semula perkataan dan juga membina ayat turut dikaji. Ini kerana memahami teknik menulis, bantuan dan kaedah yang betul mengikut langkah-langkah tertentu akan dapat membantu Kamal dari segi perubahan penulisan yang lebih baik. Di samping itu, Kamal dapat berupaya dan mengamalkan teknik

    kemahiran tulisan mekanis yang betul. Kajian ini juga 5

    Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, ms 1-22.

  • Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti/ Disgrafia dan cara membantu:

    Kajian kes ke atas murid Program Integrasi Pendidikan Khas bertujuan untuk mengubah proses penulisan secara fizikal

    dan perubahan tingkah laku Kamal. Graham dan Harris (l989) serta Morrocco dan Newman

    (l986) mendapati bahawa murid yang menghadapi

    masalah pembelajaran selalunya mendapat kebaikan

    apabila penekanan terhadap proses-proses menulis dapat

    ditumpukan seperti membuat perancangan, draf, ulangkaji

    dan mengubahsuai. Selain itu, dengan ada kajian ini, pengkaji dapat melihat dengan lebih jelas lagi definisi yang dikaitkan dengan

    disgrafia dan memberi sedikit pendedahan mengenai isu ini yang mungkin diambil ringan oleh sesetengah guru.

    Penyampaian mesej yang baik membantu dalam

    komunikasi dan guru dapat melihat perkembangan prestasi murid terutamanya dalam pemahaman yang

    memerlukan murid untuk menulis. Penulisan tangan yang baik banyak membantu pengkaji dan Kamal dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya kajian ini, kaedah-kaedah yang sesuai boleh digunakan kepada Kamal dan terutamanya kepada murid pendidikan khas agar terapi yang sesuai dapat membantu mereka menulis dengan lebih baik dan

    berupaya membuat ayat dengan sempurna. Graves (1983) melihat bahawa tulisan tangan merupakan satu daripada kaedah komunikasi yang baik terutamanya kepada murid pendidikan khas yang bermasalah dalam bercakap. Secara amnya objektif kajian ini adalah untuk:

    melihat adakah tulisan Kamal menunjukkan ciri-ciri disgrafia berdasarkan teori dan pemerhatian yang telah dilakukan; melihat punca kepada masalah penulisan Kamal dalam

    konteks disgrafia; dan

    6 Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, ms 1-22.

  • Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti/ Disgrafia dan cara membantu:

    Kajian kes ke atas murid Program Integrasi Pendidikan Khas

    menggunakan kaedah yang sesuai bagi membantu

    Kamal menulis dengan lebih baik. Batasan Kajian Terdapat beberapa batasan kajian yang telah dikenal pasti dalam membuat kajian disgrafia ini. Batasan awal yang menyebabkan kurang pengumpulan maklumat ialah jangkamasa pemerhatian yang singkat. Pengkaji selaku guru menyedari bahawa perlunya masa yang panjang dalam mengenal pasti lebih banyak masalah murid dalam kemahiran tulisan mekanis. Dengan masa yang lebih panjang, maka pengkaji mungkin akan dapat mengenal pasti serta memilih lebih ramai peserta kajian dan juga dapat melakukan diagnostik yang lebih baik. Selain itu, kaedah kaedah yang digunakan juga memerlukan masa yang panjang untuk menganalisis hasil kerja murid mengikut proses dan cadangan kaedah yang diutarakan oleh pengkaji selaku guru. Di samping itu, penggunaan ujian pengukuran yang

    sebenar boleh digunakan bagi melihat masalah ini iaitu

    dengan menggunakan alat pengukuran IQ seperti Stanford-Binet Intelligence Scales, Wechsler Intelligence Scale for Children (WISC), Wechsler Adult Intelligence ScaleThird Edition (WAISIII) dan Wechsler Preschool and Primary Scale of IntelligenceThird Edition (WPPSIIII). Alat-alat pengukuran ini boleh melihat dengan lebih dekat mengenai koordinasi visual, persepsi dan sebagainya. Namun, alat ini tidak dapat digunakan disebabkan maklumat tidak mencukupi mengenai alatan ini dalam konteks Malaysia dan pengkaji selaku guru tidak memperoleh manual sebenar dalam penggunaan alat pengukuran ini. Justeru, alat pengukuran yang sesuai dengan konteks kajian ini telah dihasilkan dan digunakan.

    7 Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, ms 1-22.

  • Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti/ Disgrafia dan cara membantu:

    Kajian kes ke atas murid Program Integrasi Pendidikan Khas

    TINJAUAN LITERATUR Disgrafia merupakan masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi kemahiran tulisan dan pengaplikasian kemahiran menulis untuk menjana idea. Banyak kajian berkaitan disgrafia telah dijalankan. Adi-Japha et al. (2007)

    telah membuat kajian ke atas kanak-kanak ADHD mengalami disleksia yang mempunyai masalah mengeja dan menulis. Kajian ini mendapati kanak-kanak ADHD disleksia mempunyai masalah dalam kesalahan ejaan di samping penambahan, penggantian dan pelenyapan perkataan atau huruf. Di samping itu, kajian oleh Auclair, Sieroff dan Kocer (2008) tentang seorang kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun menghidapi penyakit Wilson yang mengalami disgrafia mendapati kanak-kanak tersebut telah mengabaikan ruang semasa menulis. Manakala kajian oleh Rosebek, McNeil, Teetson, Odell dan Collins (1980) pula mendapati bahawa kanak-kanak yang mengalami disgrafia menunjukkan beberapa masalah dalam tulisan iaitu pembalikan huruf, transposisi huruf, masalah menyalin semula huruf M, N, W dan U, penggantian huruf dan pelenyapan huruf. Grave (1983) menyatakan bahawa murid sekurang-kurangnya mesti menulis setiap hari atau minimun empat hari dalam seminggu yang mana pada hari-hari menulis sekurang-kurangnya 30 minit sesi menulis. Guru perlu menilai prestasi murid dengan apa yang telah ditulis oleh murid dengan menyuruh mereka membaca apa yang telah ditulis. Dengan ini murid akan lebih memahami dan menilai apa yang ditulis dan apa yang difahami. Bagi Graves, disgrafia ini terbahagi kepada dua kategori iaitu visual dan audio.

    8 Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, ms 1-22.

  • Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti/ Disgrafia dan cara membantu:

    Kajian kes ke atas murid Program Integrasi Pendidikan Khas

    KAEDAH KAJIAN Seorang murid berumur sepuluh tahun bernama Kamal telah dipilih sebagai peserta kajian ini. Kamal menghadapi masalah tulisan mekanis. Terdapat dua kaedah utama yang telah digunakan dalam menjalankan kajian ini. Kaedah yang pertama ialah kaedah pemerhatian. Dalam kaedah ini, proses pemerhatian telah dilakukan ke atas Kamal. Dia telah diperhatikan bermula dari cara memegang pensel sehingga ke proses pembentukan huruf, perkataan dan ayat. Kaedah ini memberi fokus kepada kesilapan yang dilakukan oleh Kamal semasa menulis. Pengkaji A dan B bersama-sama melakukan pemerhatian ke atas murid secara individu selama dua belas minggu. Kamal dikehendaki menulis perkataan yang telah

    disediakan serta menulis ayat mudah dalam perenggan pada sesi pengajaran dan pembelajaran semasa kelas

    Program Integrasi Pendidkan Khas selama tiga puluh minit sehari setiap minggu. Di samping itu, tingkah laku dan

    reaksi murid sepanjang proses pengajaran dan

    pembelajaran dalam kelas juga diperhatikan dan pelaksanaan tindakan hanya dilakukan oleh pengkaji B. Kaedah kedua untuk menyokong kaedah kajian yang disebutkan ialah kaedah penilaian dengan cara memberi ujian melalui lembaran kerja. Penilaian dilakukan dengan melihat kekemasan kerja yang dibuat oleh Kamal terutamanya dari segi tulisan tangan. Selain itu, Kamal juga diminta untuk menulis atau membina ayat mudah berasaskan suku kata yang telah diberikan. Dia kemudian membina suku kata dan pada masa ini, kaedah pemerhatian digunakan yang mana pengkaji melihat hasil kerja Kamal dalam bentuk lembaran kerja. Lembaran kerja yang diberikan serta ujian mudah boleh membantu

    9 Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, ms 1-22.

  • Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti/ Disgrafia dan cara membantu:

    Kajian kes ke atas murid Program Integrasi Pendidikan Khas pengkaji melihat kesalahan-kesalahan perkataan dan ayat

    yang dilakukan oleh Kamal. Data tulisan Kamal direkod

    menggunakan senarai semak oleh kedua-dua pengkaji

    bagi tujuan menyemak maklumat yang dikumpul.

    DAPATAN KAJIAN Hasil pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa teknik menulis yang telah ditunjukkan oleh Kamal. Cara Kamal memegang pensel didapati adalah normal. Dia juga didapati berupaya membentuk huruf dengan baik dan mengikuti cara membentuk huruf yang betul. Dari segi ruang perkataan, Kamal didapati sukar untuk membentuk ruang antara perkataan dan saiz huruf juga tidak konsisten iaitu bercampur aduk dengan saiz besar dan kecil. Selain itu, postur badan Kamal tidak sesuai kerana terlalu membongkokkan badan. Berikut merupakan masalah tulisan yang dikenal pasti. 1. Pegangan pensel: Cara memegang pensel adalah

    normal dan menggunakan tangan kanan. Walau bagaimanapun, menurut Levine (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan.

    2. Pembentukan huruf: Hanya sesetengah mengikut tatacara urutan pembentukan huruf yang betul, iaitu mula menulis huruf pada titik permulaan yang tepat dan terus menulis dengan menggunakan arah pergerakan yang betul.

    3. Saiz huruf: Saiz huruf tidak konsisten, saiz besar dan kecil bercampur aduk.

    4. Teknik penulisan: Perlu mengikut tata cara yang betul dalam menulis.

    10

    Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, ms 1-22.

  • Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti/ Disgrafia dan cara membantu:

    Kajian kes ke atas murid Program Integrasi Pendidikan Khas Jadual 1 menunjukkan perbandingan ciri-ciri disgrafia

    dengan ciri-ciri yang diperhatikan terdapat pada Kamal. Jadual 1. Persamaan melalui pemerhatian dan perbandingan ciri-ciri Disgrafia Kamal Bentuk huruf dan tulisan Ciri-ciri terdapat pada murid tidak konsisten Penggunaan huruf besar Ciri-ciri terdapat pada murid terdapat huruf dan huruf kecil masih besar pada isi ayat bercampur Saiz dan bentuk huruf Ciri-ciri terdapat pada murid tidak seragam Perkataan yang ditulis Ciri-ciri terdapat pada murid tidak lengkap

    Pembalikan kedudukan Ciri-ciri terdapat pada murid huruf dalam perkataan (Contoh: Sabtu sabut; Ada daa) Tulisan banyak salah / Ciri-ciri terdapat pada murid terbalik / huruf hilang (Contoh: Paku pku) Sukar menulis dengan Ciri-ciri terdapat pada murid barisan lurus pada kertas yang perkataan dan ayat yang ditulis adalah tidak bergaris menurun dan menaik Tiada penjarakkan tulisan Ciri-ciri terdapat pada murid perkataan- perkataan yang ditulis bersambung di antara satu sama lain, menyebabkan tulisan amat sukar dibaca Posisi badan yang tidak Postur badan sangat bongkok semasa betul semasa menulis menulis dan kedudukan kepala sangat tertunduk dan rapat dengan buku / kertas Tahap keyakinan diri Murid mengelak apabila diminta menulis di yang sangat rendah papan putih terutamanya apabila diminta menulis di khalayak ramai Sangat lambat dalam Murid mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja menyiapkan kerja penulisan yang diberi, penulisan meskipun dengan menggunakan kaedah menyalin semula ayat / perkataan Mudah penat apabila Murid kelihatan sering berhenti menulis dan menulis bercerita dengan rakan sekelas yang lain sebelum meneruskan semula kerja penulisan yang diberi

    11 Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, ms 1-22.

  • Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti/ Disgrafia dan cara membantu:

    Kajian kes ke atas murid Program Integrasi Pendidikan Khas Berdasarkan Lembaran Kerja yang telah diberikan kepada Kamal, pengkaji telah mengkategorikan dua aspek utama dalam melihat dengan lebih dekat masalah disgrafia yang dihadapi Kamal. Aspek yang dikategorikan ialah dari segi

    penulisan dan tulisan Kamal. Masalah penulisan yang ketara ini merangkumi masalah ejaan, penggunaan rangkap yang tidak betul serta penggunaan ruang pada setiap ayat yang tidak baik iaitu jarak antara setiap ayat amat dekat. Dari segi penulisan, beberapa masalah ketara yang

    dihadapi oleh Kamal adalah seperti berikut: 1. Masalah ejaan: Dalam setiap aktiviti pada lembaran

    kerja yang diberikan, didapati satu daripada lima barisan ayat mempunyai masalah ejaan.

    2. Pengunaan rangkap: Tidak tahu bila menggunakan rangkap yang sepatutnya.

    3. Ruang di antara perkataan: Ruang pada ayat yang disalin / dibina secara umumnya menunjukkan masalah ruang yang amat serius iaitu jarak antara dua perkataan amat dekat dan sukar untuk dibezakan.

    4. Perkataan tidak lengkap: Contoh Pasar-Pasr (Sila lihat Rajah 5)

    Rajah 1 hingga Rajah 5 menunjukkan tulisan tangan

    Kamal. Hasil pemerhatian daripada lembaran kerja ini

    menunjukkan berapa kelemahan yang diperolehi. Huruf

    tidak seragam, ruang yang tidak baik serta mempunyai

    beberapa kesalahan ejaan dan perkataan yang tidak

    lengkap. Rajah 1. Kamal menulis perenggan sebelum intervensi.

    12 Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, ms 1-22.

  • Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti/ Disgrafia dan cara membantu:

    Kajian kes ke atas murid Program Integrasi Pendidikan Khas

    Ayah telah pergi ke kebun untuk mengambil ubi Rajah 2. Kamal menulis ayat sebelum intervensi.

    Api tersebut berjaya dipadamkan oleh pihak bomba pada

    masa yang singkat Rajah 3. Tulisan Kamal sebelum intervensi.

    Ibu memberi wang kepada kakak untuk membeli sayur

    di pasar sayur

    Rajah 4. Tulisan Kamal tidak seragam dan ruang.

    Ayah membeli terung di pasar sayur.

    Rajah 5. Kamal tertinggal huruf semasa menulis perkataan.

    13

    Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, ms 1-22.

  • Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti/ Disgrafia dan cara membantu:

    Kajian kes ke atas murid Program Integrasi Pendidikan Khas Kamal diminta menulis pada lembaran kerja yang

    diberikan menggunakan kaedah salin semula ayat tanpa

    bantuan guru. Rajah 6 menunjukkan tulisan Kamal.

    Saya mempunyai tiga biji guli yang baru

    Rajah 6. Tulisan tidak seragam dan huruf yang salah. Tulisan Kamal menunjukkan ketidak seragaman dan huruf

    tidak konsisten mengikut saiz dan perkataan yang salah

    seperti baru - bara. Ruang antara perkataan juga tidak sesuai dan ayat masih tidak lengkap. Kamal kemudian telah diberi tunjuk ajar cara penulisan huruf yang betul. Penggunaan jarak menggunakan pensel

    dan juga garisan lurus sebagai bantuan kepada Kamal

    menunjukkan keseragaman dalam jarak dan juga kecil besar huruf tersebut. Lembaran kerja yang diberikan oleh

    Kamal adalah amat panjang. Ini bagi memerhati sejauh mana kesalahan yang mungkin dilakukan oleh Kamal dan

    juga menilai tingkah lakunya semasa menulis.

    INTERVENSI Kad huruf atau abjad bagi membina perkataan adalah satu daripada cadangan kaedah yang digunakan bagi meningkatkan pemahaman huruf dengan lebih baik. Menurut Graves (1983), murid mungkin mengelak daripada menulis dan kaedah lain boleh digunakan oleh

    guru bagi membolehkan murid sama ada membina perkataan atau ayat. Kad huruf boleh digunakan kerana murid akan dapat fokus lebih kepada huruf yang diambil dan dibina.

    14

    Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, ms 1-22.

  • Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti/ Disgrafia dan cara membantu:

    Kajian kes ke atas murid Program Integrasi Pendidikan Khas Kamal telah diberi kad huruf dan kemudian diminta

    menulis pada papan putih seperti yang ditunjukkan pada

    Rajah 7. Rajah 7. Kamal diberi kad huruf dan diminta menulis pada papan

    putih. Rajah 8 menunjunkkan kaedah yang digunakan untuk

    menjarakkan setiap perkataan yang ditulis menggunakan

    pensel atau sebatang kayu kecil. Rajah 8. Kamal menulis dan menjarakkan ruang menggunakan

    sebatang kayu kecil. Hasil daripada pemerhatian mendapati Kamal kelihatan

    lebih selesa menggunakan pensel. Kamal kelihatan tidak

    janggal menggunakan kaedah ini dan menyatakan bahawa

    dia amat selesa menggunakan pensel dalam

    membantunya membuat ruang perkataan.

    15 Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, ms 1-22.

  • Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti/ Disgrafia dan cara membantu:

    Kajian kes ke atas murid Program Integrasi Pendidikan Khas Kesalahan ejaan dan juga perkataan yang tidak lengkap sering ditunjukkan oleh Kamal. Pengkaji telah mengunakan kaedah motivasi dan juga peneguhan positif bagi melihat sebarang perubahan tingkah laku pada Kamal terutamanya apabila menulis. Kamal didapati berhati-hati dengan apa yang ditulis terutamanya ejaan dan juga ayat yang tidak lengkap. Kaedah motivasi dan juga peneguhan ini banyak memberi kesan kerana jika Kamal dapat membuat kerja dengan baik iaitu penulisan amat baik dari segi ejaan dan perkataan yang sempurna, maka dia akan diberi peluang untuk bermain komputer riba. Graves (1983) mendapati bahawa fokus dan tumpuan boleh membantu dalam sesuatu perubahan tingkah laku. Ini bermaksud, Kamal memberi tumpuan yang lebih kepada kerja yang dilakukan jika ganjaran diberikan. Selain itu, pengkaji juga meminta Kamal membaca dahulu sebelum menyalin ayat atau perkataan dengan jelas. Kamal menyebut dengan jelas ayat atau perkataan dan menulisnya pada lembaran kerja. Kaedah ini amat berkesan dalam memberi pemahaman kepadanya tentang apa yang ditulis sama dengan apa yang disebut. Cara pegangan pensel yang betul seperti yang ditunjukkan pada Rajah 9 serta tatacara penulisan huruf seperti yang ditunjukkan pada Rajah 10 juga didedahkan kepada Kamal dalam setiap pengajaran agar dia dapat menulis abjad dengan lebih cepat dan tepat.

    Rajah 9. Cara memegang pensel yang ditunjukkan oleh Kamal.

    16 Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, ms 1-22.

  • Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti/ Disgrafia dan cara membantu:

    Kajian kes ke atas murid Program Integrasi Pendidikan Khas

    Rajah 10. Contoh tatacara menulis yang perlu dipatuhi oleh

    murid. Gabungan pegangan pensel dan tatacara yang betul menulis huruf banyak membantu Kamal daripada membuat kesalahan dari segi abjad dan juga keseragaman dari segi saiz huruf yang ditulis. Pensel mesti dipegang secara menegak oleh hujung ibu jari dengan kuku hampir menyentuh pensel dengan seboleh-bolehnya ibu jari diletakkan bawah pensel. Graves (1983) menunjukkan kepantasan menulis mempunyai kaitan dengan cara memegang pensel. Selain itu, Graves mendapati terdapat empat kesilapan ketika memegang alat tulis iaitu posisi lengan, penggunaan ibu jari dan jari ketika menyokong dan mengerakkan alat tulis. Faktor ini mempengaruhi kualiti menggaris dan membentuk huruf. Dari pemerhatian, didapati bahawa guru-guru jarang mengajar murid cara untuk memegang alat tulis Rajah 11 pula menunjukkan tulisan Kamal yang telah

    diberi peneguhan menggunakan garisan.

    Rajah 11. Tulisan Kamal setelah melalui intervensi.

    17 Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, ms 1-22.

  • Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti/ Disgrafia dan cara membantu:

    Kajian kes ke atas murid Program Integrasi Pendidikan Khas Penggunaan garisan merupakan satu daripada teknik yang dicadangkan sebagai latihan berterusan kepada murid agar koordinasi tangan dapat dilakukan iaitu dari segi keseimbangan serta keseragaman penulisan

    tersebut. Walau bagaimanapun, penulisan Kamal masih menunjukkan kelemahan seperti perkataan yang tidak lengkap. Namun begitu, ruang serta keseragaman penulisan huruf boleh dikatakan ada perkembangan yang baik.

    CADANGAN PEMULIHAN Berdasarkan kajian yang dijalankan, beberapa cadangan

    tindakan pemulihan berikut boleh dilakukan dalam

    kalangan murid-murid disgrafia yang menghadapi isu

    kemahiran menulis dan penulisan. 1. Isu Ruang: Menggunakan pensel sebagai alat

    menjarakkan setiap ayat. 2. Keseragaman huruf: Menggunakan buku petak atau

    bergaris. 3. Pembentukan huruf: Mengikuti kaedah tatacara yang

    betul dalam menulis (huruf besar dan kecil). 4. Teknik pegangan pensel: Memegang pensel mengikut

    kaedah yang betul dan selesa bagi murid. 5. Masalah ejaan: Membaca sambil menulis. 6. Perkataan tidak lengkap: Konsentrasi, motivasi dan

    memberi masa yang lebih kepada murid untuk menulis berbanding dengan murid yang lain.

    Kajian ini telah dijalankan kerana kemahiran menulis

    didapati kurang dititikberatkan dalam kalangan murid

    bermasalah pembelajaran. Kemahiran tulisan mekanis

    tidak diberi penekanan secara formal di sekolah sehingga

    tulisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak semakin tidak

    cantik dan sukar dibaca.

    18 Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, ms 1-22.

  • Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti/ Disgrafia dan cara membantu:

    Kajian kes ke atas murid Program Integrasi Pendidikan Khas Kajian ini juga dapat membantu dalam memahami masalah disgrafia dengan lebih baik seterusnya dapat membantu dalam merangka kaedah-kaedah tindakan yang praktikal dan boleh diaplikasi dalam menangani masalah

    kemahiran tulisan mekanis ini. Walaupun banyak kajian telah dijalankan tentang murid-murid sekolah, namun kajian yang lebih meluas perlu dilakukan tentang murid berkeperluan khas seperti kanak-kanak autistik, hiperaktif, sindrom down, lembam dan sebagainya. Dengan adanya kajian ini, maka pengkaji berupaya

    melihat senario sebenar dalam masalah tulisan mekanis

    yang pelbagai dan cuba mencari satu kaedah yang sesuai

    untuk digunakan oleh murid pendidikan khas agar mereka

    mendapat satu hasil yang sempurna dalam kemahiran

    tulisan mekanis. Penekanan terhadap kaedah pemulihan dan pengawasan

    adalah elemen yang penting dalam memulihkan murid daripada masalah disgrafia ini. Tindakan pada peringkat

    awal dapat membantu murid terutamanya dalam teknik latihan menulis. Teknik penulisan yang betul terhadap

    huruf-huruf, koordinasi tangan dan mata yang sesuai serta

    ingatan jangka pendek murid boleh membantu murid secara tidak langsung. Menulis juga merupakan medium utama kepada murid

    pendidikan khas terutamanya kepada murid yang

    menghadapi masalah komunikasi lisan. Pengajaran dan

    pembelajaran akan lebih mudah dengan keupayaan murid

    menulis dengan baik bagi menyampaikan mesej dan

    pemahaman mereka terhadap pengajaran dan

    pembelajaran yang dijalankan oleh guru.

    19

    Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, ms 1-22.

  • Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti/ Disgrafia dan cara membantu:

    Kajian kes ke atas murid Program Integrasi Pendidikan Khas

    PENUTUP Terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan yang

    pengkaji dapati semasa menjalankan kajian ini. Kelebihan

    dan kekurangan ini akan membantu pengkaji dari segi

    penambahbaikan dan pencarian kaedah yang lebih baik

    untuk kajian lapangan pada masa hadapan. Kelebihan daripada kajian ini adalah masalah-masalah yang dihadapi oleh Kamal dapat dilihat dengan lebih jelas dan masalah ini mungkin diabaikan oleh sesetengah guru. Kajian ini juga dapat membantu Kamal menangani masalah dalam kelas dan membantunya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, latihan serta terapi yang sesuai boleh digunakan apabila masalah telah dikenal pasti bagi membolehkan pengkaji untuk memerhati dan melihat masalah lain yang mungkin wujud pada murid-murid yang lain. Beberapa kelemahan telah dikenal pasti dalam kajian ini. Antaranya ialah pengujian sebenar perlu dilakukan agar pengkaji dapat mengetahui dengan lebih lanjut masalah disgrafia Kamal. Latihan demi latihan yang berpanjangan

    perlu dilakukan bagi membantu Kamal dalam menangani masalah yang dihadapi. Perlaksanaan yang berperingkat dan sistematik perlu dilakukan dalam membantu Kamal. Kaedah pemerhatian saja mungkin tidak cukup dalam melihat dengan lebih dekat. Maka adalah baik juga kaedah atau ujian-ujian diagnostik dijalankan. Persoalan mengapa penulisan dan tulisan tangan Kamal

    penting mungkin sesuai ditujukan kepada siapakah yang

    membimbingnya. Guru yang prihatin tentang muridnya

    pasti akan cuba membantu muridnya agar sentiasa berada

    di dalam gelung ilmu yang sebenar. Penulisan dan tulisan

    tangan Kamal merupakan satu daripada kaedah bagi

    20 Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, ms 1-22.

  • Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti/ Disgrafia dan cara membantu:

    Kajian kes ke atas murid Program Integrasi Pendidikan Khas menunjukkan pemahaman murid. Namun, apa yang lebih

    penting adalah ianya termasuk dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran yang menjadi tanggunjawab guru untuk

    membantunya.

    RUJUKAN Abdullah bin Yusof. (2006). Pengenalan kepada

    Pendidikan Khas. Open University Malaysia: Unitem. Adi-Japha, E., Landau, Y.E., Frenkle, L., Teicher, M.,

    Gross-Tsur, V., & Shalev, R.S. (2007). ADHD and

    dysgraphia: Underlying mechanisms. Cortex, 43, 700-

    709. Auclair, L., Sieroff, E., & Kocer, S. (2008). A case of spatial

    neglect dysgraphia in Wilsons disease. Archive of Clinical Neuropsychology, 23, 47-62.

    Deuel, Ruthmary K., (1995). Developmental dysgraphia

    and motor skills disorders. Journal of Child Neurology,

    10, Supp.1, S6-S8. Graves, D. (1983). Writing: Teachers and children at work.

    New Hampshire: Heinemann. Graham, S. & Harris, K.R. (l989). Improving learning

    disabled students skills at composing essays: Self instructional strategy training. Exceptional Children, 56,

    201-214. Morrocco, C.C. & Newman, S.B. (l986). Learning disabled

    students difficulties in learning to use work processor: Implication for instruction and software evaluation. Journal of Learning Disabilities, 19, 248-253.

    21 Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, ms 1-22.

  • Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti/ Disgrafia dan cara membantu: Kajian kes ke atas murid Program Integrasi

    Pendidikan Khas Kay, M.J. (2008). Diagnosis and intervention strategies for disorders of written language.

    Lancaster, Pennyslvania: OASIS@MAAP. Diperoleh pada 24 April 2008 dari

    http://www.udel.edu/bkirby/asperger/dysgra phiamjkay.html Mamahealth.com (2008). Dyslexia. Diperoleh pada 23 September 2008 dari

    http://www.mamashealth.com/ dys.asp Rosenbek, J., McNeil, M., Teetson. M, Odell, K., & Collins, M. (1980). A syndrome of

    neuromotor and speech and dysgraphia? Diperoleh pada 25 April 2008 dari

    http://aphasiology.pitt.edu/archive/00000661/01/1137. pdf Sassoon, R. (1993) Handwriting: The way to teach it. Cheltenham: Stanley Thornes. Smith, B. (1998). What skills are required for handwriting.

    Diperoleh pada 18 Ogos 2008 dari http://www.

    udel.edu/bkirby/asperger/dysgraphiamjkay.html Wills, K. (2005). Written expression & dysgraphia: Problems & solutions. Diperoleh pada 23

    September 2008 dari http://sbaa.omni booksonline.com/2005/ papers/050.pdf

    22 Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, ms 1-22.