Doa Bulan Bahasa Dan Sastera Negara

3
لاة ص ل ، وا حات ل صا ل م ا ت ت ه ت م ع ن ت ي ه الذ ل ل مذ ح ل ا ه حاب ص$ له وا& ى ا عل ن* و مي$ لا ا ا ن ل و س ى ر عل لام س ل وا ن* . ي ع م ج$ اYa Allah , Ya Karim Ya Wadud , Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri dan menyaksikan Pertandingan Bercerita Antara Jabatan Sempena Bulan Bahasa Dan Sastera Negara Peringkat Negeri Sarawak pada hari ini . Kami juga bersyukur kerana kami telah dapat menjayakan pertandingan ini dengan jayanya . Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki , Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan rahmat-Mu , pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan- Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah , pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan .

Transcript of Doa Bulan Bahasa Dan Sastera Negara

Page 1: Doa Bulan Bahasa Dan Sastera Negara

الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات ، والصالة والسالم على رسولنا األمين

وعلى آله وأصحابه أجمعين .Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri dan

menyaksikan Pertandingan Bercerita Antara Jabatan Sempena Bulan Bahasa Dan Sastera Negara Peringkat

Negeri Sarawak pada hari ini . Kami juga bersyukur kerana kami telah dapat menjayakan pertandingan ini

dengan jayanya .

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki ,

Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan rahmat-Mu , pertengahannya barakah , dan disudahi

dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah , pertengahannya

kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan

majlis ini sebagai satu wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami demi

membangunkan negara dalam menghadapi alaf baru . Jadikanlah juga majlis ini sebagai usaha murni kami untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi

negara kami .Amin Ya Rabbal’alamin

Page 2: Doa Bulan Bahasa Dan Sastera Negara

Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi cabaran-

cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup alaf baru tahun 2000 .

Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara melaksanakan serta

menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu juga

jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya .

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai

perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

اآلخرة وفي حسنة الدنيا في آتنا ربنارب لله والحمد النار عذاب وقنا حسنة

العالـمين