Doa tanpa henti. AHAD, 19 JULAI...

7
1 “KASIH YANG SEMPURNA MENGHILANGKAN SEGALA RASA TAKUT” PANDUAN DOA MINGGUAN Doa tanpa henti. “Dalam kasih tidak ada ketakutan. Kasih yang sempurna menghilangkan segala rasa takut kerana ketakutan ada kaitan dengan hukuman. Dengan demikian, orang yang takut belum mengenal kasih yang sempurna.” – 1 Yohanes 4:18 AVB Terima kasih kerana memakai panduan doa ini yang bermula sewaktu PKP bermula. Pada hari ini, panduan doa tersebut terus mengalakkan umat Allah untuk terus berdoa tanpa henti, dalam kesyukuran dan doa syafaat, agar Kerajaan Allah ditubuhkan dan kehendak-Nya dilaksanakan pada waktu yang susah. Panduan doa ini boleh dipakai untuk saat teduh peribadi, di dalam keluarga ataupun kumpulan kecil. Anda juga boleh menggunakannya semasa mengendalikan persekutuan doa dalam talian ataupun di gereka, dan juga untuk menganjurkan bilik doa 24-7 dalam talian. Kami telah mendirikan panduan asas ini untuk mereka yang baru mula berdoa ataupun ingin bertumbuh dalam doa. Kandungannya mencukupi supaya anda boleh berdoa dari beberapa minit sehingga selama sejam, agar anda membina keyakinan dalam doa. Panduan ini menggunakan nemonik PRAY. Cara ini terdiri daripada 4 langkah yang mengejakan perkataan PRAY: Pause – Rejoice – Ask – Yield. P – Pause (Berhenti secara sengaja apabila menghadapi PERIBADI Allah, sebagai peringatan bahawa kami bukan melakukannya hanya sekadar sebagai aktiviti, tetapi memasuki hadirat Allah, merendahkan diri supaya mendengar, merenungkan diri dan bertaubat) R – Rejoice (Menyembah Dia yang layak menerima segala pujian dan sembah, dan ini sesuatu yang berlaku secara semulajadi oleh kerana meluangkan masa dengan-Nya sebelum ini) A – Ask (Doa Syafaat – Setelah 2 langkah tersebut, hati kami sekarang berada dalam posisi yang lebih baik untuk menyelaraskan diri mengikut hati dan kehendak-Nya) Y – Yield (Serahkan semua doa kami kepada Allah dengan penuh iman, agar Dia memimpin dan berbicara dengan hati kami supaya kami mengalami sukacita sewaktu bekerjasama dengan Allah dalam mengalu- alukan kerajaan-Nya) Laporan berita baru-baru ini tentang langkah-langkah keselamatan ketat yang dilaksanakan di Melbourne, Australia serta di Hong Kong, dan kes-kes jangkitan Covid-19 terbaru di Kuching, Sarawak, telah menimbulkan perasaan takut terhadap kemungkinan berlakunya gelombang kedua pandemik coronavirus. Ketegangan politik dalam kemerosotan ekonomi juga dirasai akibat Persidangan Parlimen yang akan di adakan selama 25 hari ini, juga menimbulkan kebimbangan terhadap ketidakstabilan politik apabila didedahkan bahawa pakatan politik terbaru hanya memegang 113 kerusi berbanding dengan 109 kerusi yang dipegang oleh pihak pembangkang. Terdapat juga perasaan takut terhadap kehilangan kerja dan pemotongan gaji yang lebih oleh kerana suasana perniagaan semakin merosot, dan ini akan meletakkan lebih tekanan lagi ke atas keluarga dan para pekerja. Bagaimanakah kami menghadapi detik-detik yang mencabar ini sambil bergumul dengan emosi yang terumbang-ambing apabila berita buruk lain terus melandai pemikiran kami? St Paul mengarahkan kami dalam Filipi 4:6-7, Jangan bimbangkan apa pun. Dalam segala hal, dengan berdoa dan memohon, dengan mengucapkan kesyukuran, beritahulah hasratmu kepada Allah. Dan sejahtera Allah yang melebihi pengertian manusia akan memelihara hati dan fikiranmu dalam Kristus Yesus.” St. Paul menegur kami agar berdoa, berterima kasih, dan menyerahkan semua permintaan kepada Allah. Allah adalah Kasih, dan Dia, Kasih yang Sempurna, yang berdiam bersama kami, dan akan menghilangkan semua rasa takut. Ini merupakan keamanan yang luarbiasa kerana Raja Damai akan memelihara jiwa dan minda kami. Apabila kami melalui badai tahun 2020, kami diingatkan bahawa Dia adalah Immanuel: Allah menyertai kami. Bukan sahaja Dia menyertai kami, tetapi Dia tinggal di dalam kami. Dia bersama-sama kami di dalam perahu. Sewaktu kami dipimpin Roh Kudus, roh takut tidak akan menguasai kami. Tetapi, kedamaian-Nya akan menenangkan jiwa dan minda kami, membolehkan kami untuk berehat di dalam-Nya, dan disempurnakan dalam kasih untuk melayani tanpa batasan dan dengan penuh keberanian. Marilah kami menyeru kepada Allah Tritunggal melalui Roh Kudus untuk menolong kami memahami betapa besarnya kasih-Nya agar kami boleh percaya bahawa Dia tidak akan meninggalkan kami dalam segala hal. Yakni, kami bukan lagi hamba kepada rasa takut, tetapi kami adalah anak-Nya yang dimeteraikan Roh Kudus, di mana kami menyeru kepada-Nya sebagai “Abba, Bapa” oleh kerana, Tidak! Dalam semua hal ini kita lebih daripada para penakluk melalui Dia yang mengasihi kita. Kerana aku yakin bahawa kematian mahupun kehidupan, para malaikat mahupun para pemerintah, masa kini mahupun masa depan, baik kuasa apa pun, ketinggian mahupun kedalaman, baik apa pun yang lain dalam seluruh ciptaan, tidak akan dapat memisahkan kita daripada kasih Allah yang di dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.” – Roma 8:37-39 AVB Datanglah, Tuhan Yesus, jadilah pemerintah jiwa dan minda kami. Kuasai seluruh hidup kami melalui kasih dan kedamaian-Mu yang sempurna, agar kami menjadi alat-Mu untuk membawa kedamaian kepada semua bangsa. AHAD, 19 JULAI 2020 18 TH NASKAH JEMPUTAN UNTUK TERUS TEKUN DALAM DOA DAN KESYUKURAN Untuk edaran swasta sahaja kepada ahli-ahli dan rakan-rakan pendoa Prayer United Malaysia (Kesatuan Doa)

Transcript of Doa tanpa henti. AHAD, 19 JULAI...

Page 1: Doa tanpa henti. AHAD, 19 JULAI 202032885165ddbe10f99503-4f9f819af3359f62045637ba9494386a.r78.cf2.rackcdn.c…Doa tanpa henti. “Dalam kasih tidak ada ketakutan. Kasih yang sempurna

1

“KASIH YANG SEMPURNA MENGHILANGKAN SEGALA RASA TAKUT”

PANDUAN DOA MINGGUAN

Doa tanpa henti.

“Dalam kasih tidak ada ketakutan. Kasih yang sempurna menghilangkan segala rasa takut kerana ketakutan ada kaitan dengan hukuman. Dengan demikian, orang yang takut belum mengenal kasih yang sempurna.” – 1 Yohanes 4:18 AVB

Terima kasih kerana memakai panduan doa ini yang bermula sewaktu PKP bermula. Pada hari ini, panduan doa tersebut terus mengalakkan umat Allah untuk terus berdoa tanpa henti, dalam kesyukuran dan doa syafaat, agar Kerajaan Allah ditubuhkan dan kehendak-Nya dilaksanakan pada waktu yang susah. Panduan doa ini boleh dipakai untuk saat teduh peribadi, di dalam keluarga ataupun kumpulan kecil. Anda juga boleh menggunakannya semasa mengendalikan persekutuan doa dalam talian ataupun di gereka, dan juga untuk menganjurkan bilik doa 24-7 dalam talian. Kami telah mendirikan panduan asas ini untuk mereka yang baru mula berdoa ataupun ingin bertumbuh dalam doa. Kandungannya mencukupi supaya anda boleh berdoa dari beberapa minit sehingga selama sejam, agar anda membina keyakinan dalam doa. Panduan ini menggunakan nemonik PRAY. Cara ini terdiri daripada 4 langkah yang mengejakan perkataan PRAY: Pause – Rejoice – Ask – Yield.

P – Pause (Berhenti secara sengaja apabila menghadapi PERIBADI Allah, sebagai peringatan bahawa kami bukan melakukannya hanya sekadar sebagai aktiviti, tetapi memasuki hadirat Allah, merendahkan diri supaya mendengar, merenungkan diri dan bertaubat)

R – Rejoice (Menyembah Dia yang layak menerima segala pujian dan sembah, dan ini sesuatu yang berlaku secara semulajadi oleh kerana meluangkan masa dengan-Nya sebelum ini)

A – Ask (Doa Syafaat – Setelah 2 langkah tersebut, hati kami sekarang berada dalam posisi yang lebih baik untuk menyelaraskan diri mengikut hati dan kehendak-Nya)

Y – Yield (Serahkan semua doa kami kepada Allah dengan penuh iman, agar Dia memimpin dan berbicara dengan hati kami supaya kami mengalami sukacita sewaktu bekerjasama dengan Allah dalam mengalu-alukan kerajaan-Nya)

Laporan berita baru-baru ini tentang langkah-langkah keselamatan ketat yang dilaksanakan di Melbourne, Australia serta di Hong Kong, dan kes-kes jangkitan Covid-19 terbaru di Kuching, Sarawak, telah menimbulkan perasaan takut terhadap kemungkinan berlakunya gelombang kedua pandemik coronavirus. Ketegangan politik dalam kemerosotan ekonomi juga dirasai akibat Persidangan Parlimen yang akan di adakan selama 25 hari ini, juga menimbulkan kebimbangan terhadap ketidakstabilan politik apabila didedahkan bahawa pakatan politik terbaru hanya memegang 113 kerusi berbanding dengan 109 kerusi yang dipegang oleh pihak pembangkang. Terdapat juga perasaan takut terhadap kehilangan kerja dan pemotongan gaji yang lebih oleh kerana suasana perniagaan semakin merosot, dan ini akan meletakkan lebih tekanan lagi ke atas keluarga dan para pekerja. Bagaimanakah kami menghadapi detik-detik yang mencabar ini sambil bergumul dengan emosi yang terumbang-ambing apabila berita buruk lain terus melandai pemikiran kami?

St Paul mengarahkan kami dalam Filipi 4:6-7, “ Jangan bimbangkan apa pun. Dalam segala hal, dengan berdoa dan memohon, dengan mengucapkan kesyukuran, beritahulah hasratmu kepada Allah. Dan sejahtera Allah yang melebihi pengertian manusia akan memelihara hati dan fikiranmu dalam Kristus Yesus.”

St. Paul menegur kami agar berdoa, berterima kasih, dan menyerahkan semua permintaan kepada Allah. Allah adalah Kasih, dan Dia, Kasih yang Sempurna, yang berdiam bersama kami, dan akan menghilangkan semua rasa takut. Ini merupakan keamanan yang luarbiasa kerana Raja Damai akan memelihara jiwa dan minda kami. Apabila kami melalui badai tahun 2020, kami diingatkan bahawa Dia adalah Immanuel: Allah menyertai kami. Bukan sahaja Dia menyertai kami, tetapi Dia tinggal di dalam kami. Dia bersama-sama kami di dalam perahu. Sewaktu kami dipimpin Roh Kudus, roh takut tidak akan menguasai kami. Tetapi, kedamaian-Nya akan menenangkan jiwa dan minda kami, membolehkan kami untuk berehat di dalam-Nya, dan disempurnakan dalam kasih untuk melayani tanpa batasan dan dengan penuh keberanian. Marilah kami menyeru kepada Allah Tritunggal melalui Roh Kudus untuk menolong kami memahami betapa besarnya kasih-Nya agar kami boleh percaya bahawa Dia tidak akan meninggalkan kami dalam segala hal.

Yakni, kami bukan lagi hamba kepada rasa takut, tetapi kami adalah anak-Nya yang dimeteraikan Roh Kudus, di mana kami menyeru kepada-Nya sebagai “Abba, Bapa” oleh kerana, “ Tidak! Dalam semua hal ini kita lebih daripada para penakluk melalui Dia yang mengasihi kita. Kerana aku yakin bahawa kematian mahupun kehidupan, para malaikat mahupun para pemerintah, masa kini mahupun masa depan, baik kuasa apa pun, ketinggian mahupun kedalaman, baik apa pun yang lain dalam seluruh ciptaan, tidak akan dapat memisahkan kita daripada kasih Allah yang di dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.” – Roma 8:37-39 AVB

Datanglah, Tuhan Yesus, jadilah pemerintah jiwa dan minda kami. Kuasai seluruh hidup kami melalui kasih dan kedamaian-Mu yang sempurna, agar kami menjadi alat-Mu untuk membawa kedamaian kepada semua bangsa.

AHAD, 19 JULAI 2020 18TH NASKAH

JEMPUTAN UNTUK TERUS TEKUN DALAM DOA DAN KESYUKURAN

Untuk edaran swasta sahaja kepada ahli-ahli dan rakan-rakan pendoa Prayer United Malaysia (Kesatuan Doa)

Page 2: Doa tanpa henti. AHAD, 19 JULAI 202032885165ddbe10f99503-4f9f819af3359f62045637ba9494386a.r78.cf2.rackcdn.c…Doa tanpa henti. “Dalam kasih tidak ada ketakutan. Kasih yang sempurna

2

PAUSE  BERDIAM  Diamkan diri secara sengaja - Tarik nafas yang dalam, dan alu-alukan hadirat Roh Kudus.    BACA 1 Yohanes 1:5-10 AVB dan renungkan

“Inilah perutusan yang telah kami dengar daripada-Nya dan sampaikan kepadamu: Allah itu cahaya; dan sama sekali tiada kegelapan dalam-Nya. Sekiranya kita mengatakan bahawa kita hidup dalam keakraban dengan-Nya sedangkan kita melangkah dalam kegelapan, maka kita berdusta dan tidak mengamalkan kebenaran. Tetapi jika kita melangkah dalam cahaya, sebagaimana Allah wujud dalam cahaya, maka benar-benarlah kita hidup dalam persaudaraan satu sama lain, dan darah Yesus, Anak-Nya, menyucikan kita daripada segala dosa. Sekiranya kita mengatakan bahawa kita tidak berdosa, kita menipu diri kita sendiri dan kebenaran tidak ada dalam diri kita. Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan berlaku adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan menyucikan kita daripada segala kesalahan. Namun sekiranya kita mengatakan bahawa kita tidak pernah berdosa, kita menuduh Allah itu pendusta, dan firman-Nya tidak ada dalam diri kita.”

BERTAUBAT Kami mengakui apabila kami berkata bahawa kami mengasihi Allah dan sesama sendiri, ia merupakan satu pembohongan. Kami mempunyai niat yang bagus dan banyak program untuk melakukan perkara baik, tetapi kedua-duanya tidak berhasil. Walaupun kami mengakui diri sebagai pengikut Kristus, corak kehidupan kami menunjukkan perkara yang sebaliknya. Kami amat kekurangan dalam hal kesaksian dan menumpukan kasih kepada mereka yang sesat – kerinduan untuk penyelamatan mereka demi kemuliaan Allah. Di sebaliknya, kami menumpukan perhatian kepada hawa nafsu duniawi untuk keselesaan diri dan keluarga sendiri. Terdapat percanggahan di dalam jiwa kami, dan kami hanya membohongi diri dari perbuatan kami dalam kesibukan melaksanakan aktiviti gereja, tetapi dalam jiwa kami, kami amat lemah, berasa letih lesu dan tidak jujur.

DOA: Abba Bapa, kami mengakui akan kekurangan doa serta ketandusan kasih untuk Engkau dan Firman-Mu. Kami tidak mengasihi-Mu sebagai kasih pertama kami. Kami menipu diri sendiri apabila memuji-Mu melalui lagu penyembahan, tetapi sebenarnya, hati kami amat jauh daripada Engkau, dan kami tidak mengasihi-Mu, tidak mengisahkan penyelamatan golongan yang sesat, dan tidak mengasihi sesama sendiri. Kami mengakui bahawa kami membenarkan roh ketakutan menguasai jiwa dan minda kami, berasa risau tentang masa depan, terutamanya situasi di dalam negara ini. Kami ingin berasa cemburu demi kemuliaan-Mu dan kemahsyuran-Mu, serta bersungguh-sungguh dalam pelayanan. Kami bertaubat dengan penuh rendah hati. Tunjukkan belas kasihan kepada kami dan ampuni kami. Kami ingin bersukacita melakukan kehendak-Mu, berjalan dalam terang-Mu, dan memberi kemuliaan kepada Nama Engkau dalam segala hal. Bangkitkan kami dengan Roh Kudus-Mu, dan pulihkan kami sekali lagi. Demi Anak-Mu Yesus Kristus, Amin.

REJOICE PENYEMBAHAN

DOAKAN Wahyu 1:1-8 secara kuat

PUJILAH TUHAN Wahyu 1:4-5 AVB “Kasih kurnia dan kesejahteraan kepadamu daripada Allah, iaitu Dia yang ada sekarang, yang ada dahulu dan yang akan datang, juga daripada tujuh roh yang di hadapan takhta-Nya, dan daripada Yesus Kristus, Saksi Setia. Dialah yang pertama dibangkitkan daripada kalangan orang mati dan Dialah Raja kepada sekalian raja dunia.”

NYANYIKAN Lagu-lagu penyembahan dan kesyukuran. Berikut adalah beberapa cadangan:  

ALLAH BANGKIT, BERSORAKLAH 1. Kerahkanlah kekuatanMu ya Allah

Tunjukkanlah kuasaMu ya Tuhan Serakkan musuhMu s’lamatkanlah umatMu Allah dahsyat di tempat kudusNya

Allah bangkit bersoraklah Allah bangkit bernyanyilah Musuh dikalahkan umatNya dibebaskan Allah dahsyat di tempat kudusNya

BALANG KESYUKURAN (Pilihan Meluahkan Kesyukuran Secara Kreatif) Tulis semua perkara yang anda syukur kepada Allah setiap hari pada cebisan kertas yang berwarna. Penuhi balang tersebut dengan sebanyak perkara mungkin. Bukalah cebisan kertas tersebut dan membacanya apabila balang tersebut sudah penuh! Mulakan dengan balang yang baru. Lihat berapa banyak balang yang anda boleh penuhi sebelum tahun ini tamat. Semoga anda mengalami berkat yang melimpah dalam kehidupanmu apabila anda bersyukur kepada Allah atas belas kasihan dan kasih karunia-Nya dalam hidupmu.

Page 3: Doa tanpa henti. AHAD, 19 JULAI 202032885165ddbe10f99503-4f9f819af3359f62045637ba9494386a.r78.cf2.rackcdn.c…Doa tanpa henti. “Dalam kasih tidak ada ketakutan. Kasih yang sempurna

3

ASK BERMINTA (DOA SYAFAAT) Pakailah perkataan diri sendiri sewaktu berdoa sambil berhenti sejenak

apabila merenungkan cadangan doa berikut sebagai panduan doa anda yang boleh membantu membina keyakinan diri dalam kehidupan doa peribadi anda.

1. Doa Peribadi Roma 8:37-39 AVB “Tidak! Dalam semua hal ini kita lebih daripada para penakluk melalui Dia yang mengasihi kita. Kerana aku yakin bahawa kematian mahupun kehidupan, para malaikat mahupun para pemerintah, masa kini mahupun masa depan, baik kuasa apa pun, ketinggian mahupun kedalaman, baik apa pun yang lain dalam seluruh ciptaan, tidak akan dapat memisahkan kita daripada kasih Allah yang di dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.”

DOA: Tuhan Yesus, dalam masa seperti ini di mana alam maut terus menyerang bertubi-tubi, aku mengakui dengan mulut dan hatiku bahawa Firman-Mu adalah benar: kami lebih daripada para penakluk kerana Engkau mengasihi kami dari dulu, serta keyakinan luarbiasa bahawa tiada apapun yang dapat memisahkan kami daripada kasih-Mu. Ajarlah aku supaya berjalan rapat dengan-Mu. Kerinduan hatiku adalah untuk mengasihi-Mu dengan segenap hati, jiwa, minda dan kekuatanku. Cetuskan api dalam hatiku sekali lagi agar aku menyala dengan terang untuk-Mu. Tuhan, pakailah aku demi kemuliaan dan kemahsyuran Engkau. AMIN.

2. Doa untuk Keluarga Filipi 1:3-6 AVB “Aku bersyukur kepada Allah setiap kali aku teringat akan kamu dan aku sentiasa mendoakanmu dengan sukacita dalam setiap permohonanku, kerana persahabatanmu dalam Injil dari mulanya hingga sekarang. Aku yakin bahawa Allah yang telah memulakan suatu pekerjaan yang baik dalam dirimu akan menyudahkannya hingga hari Yesus Kristus.”

DOA: Bapa Syurgawi, saya berterima kasih atas kasih karunia-Mu ke atas setiap ahli keluarga aku: (doakan setiap peribadi dalam keluargamu). Aku memuji-Mu dengan penuh keyakinan bahawa Engkau akan menyudahkan pekerjaan yang baik dalam setiap peribadi mereka. Aku berterima kasih kerana Engkau bekerja dalam kehidupan mereka, meneliti mereka bertumbuh secara iman dalam-Mu. Semoga aku menjadi contoh yang baik supaya mereka mencontohi aku sebagaimana aku mencontohi Tuhan Yesus Kristus. Sila lindungi mereka daripada pencobaan dan jauhi mereka daripada yang jahat. Aku berdoa agar keluarga aku akan menjadi satu teladan yang baik sebagai pekerja Injil, di mana kami bersinar dengan terang di kalangan jiran-jiran, komuniti, dan gereja. Dalam nama Yesus kami berdoa, AMIN.

3. Doa untuk Komuniti a. Perniagaan dan Penggajian

Filipi 4:13 AVB “Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan.”

DOA: Tuhan Allah, melalui kasih karunia dan belas kasihan-Mu, kami berdoa agar Engkau memakai kami sebagai saluran berkat kepada majikan, rakan sekerja, pelanggan dan kerajaan, agar melalui kami, kota-kota akan makmur sekali lagi. Kuatkan kami agar kami boleh membangunkan dan memulihkan negara ini daripada kesan pandemic yang telah melumpuhkan banyak perniagaan dan industry. Walaupun keadaan amat susah sekarang, kami terus yakin dan percaya dalam kasih-Mu yang sempurna, serta kebolehan Engkau untuk memberkati kami dengan karunia baru supaya kami boleh memberkati yang lain. Kami berdoa agar Engkau curahkan karunia usahawan supaya idea dan perniagaan baru boleh bermula demi kemuliaan-Mu. Semoga kami akan bersikap murah hati untuk menolong orang ramai, membawa kemakmuran kepada mereka dan menolong dalam pelbagai cara mereka yang terjejas kerana kehilangan kerja. Dalam nama Yesus kami berdoa, AMIN.

b. Perlindungan untuk Pekerja Kesihatan dan Pekerja Baris Hadapan 2 Korintus 1:3-4 AVB “Segala puji bagi Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, Bapa Yang Maha Pemurah dan Allah sumber segala penghiburan. Dia menghibur kami dalam pelbagai kesusahan, supaya kami pula dapat menghibur orang yang mengalami kesusahan dengan penghiburan yang kami terima sendiri daripada Allah.”

DOA: Tuhan Allah, kami berdoa agar engkau melindungi dan memberi kebijaksanaan kepada pekerja kesihatan dan pekerja baris hadapan daripada kemungkinan bahawa gelombang kedua menjadi nyata. Kami berdoa agar struktur penyelidikan yang dibangunkan boleh menyediakan surveilan sentinel agar pihak berkuasa boleh mengidentifikasi jangkitan kluster baru dan mengambil Langkah pencegahan yang sewajarnya. Kami juga berdoa, ya Tuhan, agar Engkau memberi kebijaksanaan kepada mereka yang sedang bertungkus-lumus menghasilkan vaksin dengan secepat mungkin, di mana vaksin ini dapat menyerang virus ini serta mutasi yang selanjutnya. Kami berdoa bahawa cubaan vaksin yang dijalankan atas manusia akan berhasil, di mana Engkau memelihara sukarelawan ini. Semua ini kami berdoa dalam nama Yesus, AMIN.

c. Perlindungan untuk Para Guru dan Pelajar Amsal 22:6 AVB “Didiklah seorang anak di jalan yang patut dilaluinya, maka pada masa tuanya pun dia tidak menyimpang dari laluan itu.”

Page 4: Doa tanpa henti. AHAD, 19 JULAI 202032885165ddbe10f99503-4f9f819af3359f62045637ba9494386a.r78.cf2.rackcdn.c…Doa tanpa henti. “Dalam kasih tidak ada ketakutan. Kasih yang sempurna

4

DOA: Bapa Syurgawi, kami terus bersyukur kerana sekolah, kolej dan university dibuka secara berperingkat. Kami berdoa agar Engkau melindungi dan memberkati para guru, pensyarah, dan pelajar. Sila lindungi semua lapisan pekerja dalam sistem pendidikan. Kami berdoa agar para pentadbir dan pegawai pendidikan akan tetap peka terhadap situasi supaya dapat mencegah jangkitan baru daripada berlaku apabila semakin ramai budak-budak dan anak muda kembali ke sekolah, kolej dan universiti masing-masing. Kami juga doakan mereka yang akan menduduki peperiksaan, seperti para pelajar Tingkatan 5 yang bakal mengambil SPM, agar mereka tidak resah tetapi membuat persiapan secara tenang dan belajar dengan tekun. Kami doakan hal ini dalam nama Yesus, AMIN.

d. Doa untuk Mereka yang Sakit Yakobus 5:15-16 AVB “Doa yang dilafazkan dengan iman akan menyembuhkan orang sakit itu. Tuhan akan memulihkan kesihatannya, dan dosanya akan diampunkan. Oleh itu, hendaklah kamu saling mengakui dosa serta mendoakan satu sama lain, supaya kamu disembuhkan. Doa orang yang benar mempunyai kuasa yang hebat.”

DOA: Tuhan Allah, kami terus mendukung dalam doa mereka yang sakit dari segi jasmani, emosi ataupun mental, agar Engkau akan menyembuhkan mereka secara total. Kami mengangkat [nama orang yang perlu penyembuhan] kepada-Mu. Saya berdoa agar Engkau menyembuhkan [nama penyakit/keadaan mental]. Sama seperti rakan-rakan orang yang lumpuh itu membawanya kepada Yesus, dan tidak berputus asa daripada mempersembahkan dia kepada Penyembuh kami, kami berdoa atas pihak yang sakit dan meminta Engkau mengampuni dosa mereka, serta mengakui dosa kami sesama sendiri. Ampuni kami, ya Tuhan, atas segala dosa kami kepada-Mu.

Abba Bapa, saya berterima kasih kerana [nama pesakit] kepunyaan Engkau dan Engkau berkuasa atas segalanya dari permulaan hingga ke nafas terakhir. Tolonglah kuatkan [nama pesakit] dan semoga dia mendekati Engkau untuk mengalami hadirat-Mu yang luarbiasa sekarang juga.

Kami menyeru kepada-Mu, Ya Tuhan Allah, yang hanya perlu berfirman sahaja untuk menyembuhkan dan menyelamatkan kami dari maut, bahawa dalam nama Yesus yang berkuasa, [nama pesakit] akan dibebaskan daripada belenggu [nama penyakit]. Dalam nama Yesus yang berkuasa kami berdoa, AMIN.

4. Doa untuk Mereka yang Sesat (Berdoa untuk 5 Orang Lain) Lukas 19:10 AVB “Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan orang yang hilang.”

DOA: Tuhan Yesus, terima kasih atas pengorbanan-Mu. Tolong kami terus tekun bekerja di ladang-Mu untuk menyelamatkan domba yang sesat. Apabila kami berdoa ‘Datanglah Kerajaan-Mu’– kami serahkan ‘lima’ orang ini kepada-Mu, Ya Tuhan Allah, (sebutkan nama mereka sewaktu anda berdoa) agar mereka akan mengenali Yesus Kristus sebagai Penyelamat peribadi mereka. Ya Tuhan, sila tolong _______ tahu bahawa Engkau adalah Jalan, Kebenaran dan Hidup. Kami berdoa agar Engkau memberkati kami dengan sukacita melihat kawan-kawan, keluarga kami serta rakan sekerja kami bertemu dengan Yesus Kristus dan memulakan perjalanan iman mereka yang baru. Terus bekerja melalui kami, agar kami berani untuk membawa Berita Baik Engkau ke mana-mana sahaja. Dalam nama Yesus kami berdoa, Amin.

5. Doa untuk Gereja a. Kekudusan dan Kesetiaan

1 Petrus 4:17 AVB “Sudah tiba masanya penghakiman dimulai, dan pertama-tama dihakimi ialah umat Allah sendiri. Jika penghakiman itu dimulai dengan kita, bagaimanakah kesudahannya orang yang tidak mentaati Injil daripada Allah?”

DOA: Bapa Syurgawi kami yang adil dan saksama, kami menghadapi Engkau setelah bertaubat daripada dosa kami, di mana kami menyembah berhala, tidak mengasihi-Mu dan tidak mengasihi sesama sendiri. Engkau telah menghakimi kami dan membenarkan penderitaan berlaku di kalangan umat-Mu dahulu. Ini adalah kerana Engkau inginkan Pengantin yang cantik, iaitu sebuah gereja yang bersatu dan sempurna sebelum Yesus datang kedua kali. Kami meminta ampun atas dosa kami, kerana kami telah melanggar perintah-Mu dan tidak setia kepada Engkau. Tunjukkan belas kasihan kepada kami, ya Tuhan. Kami bertaubat daripada memberi pujian, doa, dan puasa yang tidak ikhlas. Tunjukkan belas kasihan kepada kami, ya Tuhan. Engkau telah berjanji bahawa jika umat-Mu, yang dipanggil atas nama-Mu, merendahkan diri, berdoa, mencari wajah-Mu, dan berpaling daripada jalan mereka yang jahat, maka Engkau akan mendengar dari syurga, mengampunkan dosa kami serta memulihkan negeri kami. Datanglah, Roh Kudus, hari ini juga. Bangkitkan kami semula. Pulihkan kami. Jangan berlengah-lengah melakukan pekerjaan dalam hidup kami. Semoga kami setia dengan sepenuh hati dan hidup dalam kekudusan senantiasa. Dalam nama Yesus yang berkuasa kami berdoa, AMIN.

b. Kesatuan Gereja Yohanes 13:34-35 AVB “Inilah perintah baru yang Kuberikan kepadamu: Kasihilah satu sama lain. Sebagaimana Aku telah mengasihimu, kasihilah sesama sendiri. Daripada sikapmu yang saling mengasihi itu, semua orang akan tahu bahawa kamu murid-Ku.”

Page 5: Doa tanpa henti. AHAD, 19 JULAI 202032885165ddbe10f99503-4f9f819af3359f62045637ba9494386a.r78.cf2.rackcdn.c…Doa tanpa henti. “Dalam kasih tidak ada ketakutan. Kasih yang sempurna

5

DOA: TUHAN ALLAH, kami menghadapi Engkau dengan penuh rendah hati bahawa gereja Malaysia akan menjadi contoh kesetiaan dan kasih kepada semua bangsa. Kami berdoa agar api kebangkitan rohani Roh Kudus akan menyala dengan kuat di seluruh negara, di mana alam maut tidak mampu menentangnya.

Ya Allah, Bapa Tuhan kami Yesus Kristus, Engkau sahaja Juruselamat dan Putera Damai; Berilah anugerah-Mu kepada kami supaya kami memperhatikan segala bahaya yang datang daripada perbalahan di antara kami. Jauhkanlah daripada kami semua kebencian dan dengki, dan sebarang yang menahankan kami daripada mencapai kesatuan dan satu tujuan dalam hal agama: supaya seperti adanya satu Tubuh sahaja, serta satu Roh sahaja, dan satu harapan sahaja yang datang daripada jemputan kami itu, dan Tuhan yang satu sahaja, serta satu iman, satu baptisan, maka pun satu Allah iaitu Bapa kami sekalian; di mana dari sekarang juga kami sekalian menjadi satu hati dan satu jiwa berhubung dengan satu tambatan yang kudus, terdiri daripada kebenaran dan perdamaian, dalam iman dan kasih; supaya dengan satu hati dan satu suara kami memuliakan Engkau, melalui Yesus Kristus Tuhan kami. AMIN. [Sumber: Kitab Sembahyang Dalam Gereja, Anglikan]

c. Pendoa Syafaat Yesaya 62:6 AVB “Di atas tembok-tembokmu, wahai Yerusalem, Aku telah menempatkan para pengawal. Sepanjang siang dan sepanjang malam mereka tidak akan pernah berdiam diri. Wahai kamu yang berseru kepada Tuhan, jangan kamu beristirahat.”

DOA: Bapa Syurgawi, penuhi kami dengan kebijaksanaan, hikmat dan nubuatan. Semoga kami menjadi pengawal yang sentiasa peka dan setia atas bangsa-bangsa lain terutamanya pada waktu yang susah ini. Berikan kami kekuatan supaya tidak senang putus asa setiap kali kami berdoa. Kami berdoa agar Engkau melindungi kami serta keluarga kami setiap kali kami berdoa. Jauhilah kami dari kompromi, keangkuhan dan nafsu duniawi. Dalam nama Yesus kami berdoa, AMIN.

d. Gereja yang Dianiayai 1 Petrus 4:12-14 AVB “Saudara-saudara yang kukasihi, janganlah hairan bahawa kamu diuji dengan penderitaan yang berat, jangan anggap perkara itu luar biasa. Sebaliknya, bergembiralah bahawa kamu turut mengalami penderitaan Kristus. Dengan demikian, apabila kemuliaan-Nya ternyata, kamu juga dapat berasa sukacita yang tidak terhingga. Sekiranya kamu dicela kerana menjadi pengikut dan mengambil nama Kristus, diberkatilah kamu kerana Roh yang mulia iaitu Roh Allah ada bersamamu.”

DOA: Bapa, kami memperingati jutaan umat-Mu di seluruh dunia yang sedang dianiayai oleh kerana iman mereka dalam Kristus. Oleh kerana mereka juga merupakan tubuh Kristus, kami turut menderita bersama mereka. Kami berdoa agar Engkau menguatkan mereka pada masa yang susah ini, supaya mereka akan tetap setia sampai ke detik terakhir. Tolonglah kami menolong mereka secara praktikal dan memberi sokongan pada waktu yang susah ini. Kami berdoa dalam nama Yesus. AMIN.

6. Doa untuk Negara a. Doa Berterusan untuk Persidangan Parlimen (13 Julai – 27 Ogos 2020)

Mazmur 89:14 AVB “Perbenaran dan keadilan adalah asas takhta-Mu; kasih dan kesetiaan berjalan di hadapan-Mu.”

DOA: Tuhan Allah, kami memuji-Mu kerana Engkau berkuasa atas setiap bangsa dan negara. Tuhan Yesus, kami menggelarkan Engkau sebagai Raja segala raja, bahawa Engkau berkuasa atas semua kerajaan dan bangsa di dunia ini. Kami serahkan persidangan Parlimen kepada-Mu, agar kebenaran, perbenaran dan keadilan akan membanjiri setiap pelusuk Parlimen. Kami berdoa agar persidangan kali ini akan berjalan dengan penuh ketertiban dan kesusilaan. Ekonomi yang semakin rapuh ini mengalami serangan bertubi-tubi yang berterusan oleh kerana ketidakstabilan politik di Malaysia. Kami serahkan kemungkinan berlakunya pilihan raya tergempar kepada-Mu, di mana ramai antara ahli politik mempunyai udang di sebalik batu masing-masing. Kalau pilihan raya tergempar berlaku, ia akan memakan perbelanjaan yang banyak dari simpanan kewangan negara ini – wang yang boleh dipakaiguna untuk menolong rakyat Malaysia mengharungi suasana ekonomi sedunia yang tenat. Tuhan, sinarkan terang-Mu ke dalam kegelapan, dan usirkan kegelapan hati manusia serta alam maut dengan Nama-Mu. AMIN.

b. Doa untuk Keamanan Negara dan Pemulihan Ekonomi Matius 16:19 AVB “Aku akan memberikan kunci kerajaan syurga kepadamu. Apa yang kamu ikat di dunia akan diikat juga di syurga. Apa yang kamu uraikan di dunia akan diuraikan juga di syurga.”

DOA: Kami tujukan kepada-Mu, Allah Maha Perkasa, yang ketahui isi hati setiap orang, di mana “…kegelapan tidak gelap bagi-Mu…kegelapan dan cahaya serupa bagi-Mu” (Mazmur 139:12) – untuk membongkarkan setiap rancangan serta pakatan yang berniat jahat, golongan yang tidak mengutamakan kebajikan rakyat serta berkhidmat dengan amanah kepada tanahair tercinta ini.

Page 6: Doa tanpa henti. AHAD, 19 JULAI 202032885165ddbe10f99503-4f9f819af3359f62045637ba9494386a.r78.cf2.rackcdn.c…Doa tanpa henti. “Dalam kasih tidak ada ketakutan. Kasih yang sempurna

6

Bapa Syurgawi, kami berdoa agar Engkau memimpin dan memberkati tujuan serta semua kekayaan negara ini. Kami berdoa agar perbalahan politik dan ketidakstabilan ekonomi akan berakhir dengan kerohanian yang cemerlang. Kami menghancurkan semua aktiviti ilmu sihir, rancangan rahsia yang jahat, dan pekerjaan roh jahat dalam nama Yesus. Kami berdoa agar kuasa jahat yang memecah-belahkan dan menipu rakyat serta menyebabkan gejala rasuah berleluasa di kalangan mereka yang berkuasa, akan dipatahkan dalam Nama-Mu.

Semoga Malaysia mengalami transformasi menjadi lambang kebenaran, keadilan dan perbenaran. Semoga Engkau menerima segala kemuliaan dan pujian untuk perintah-Mu yang benar dari semua bangsa yang menetap di negara in, bahawa rakyat akan dibebaskan daripada sekatan agama dan mencapai kemerdekaan ekonomi dan politik. Dalam nama Yesus, AMIN.

c. Doa untuk Perdana Menteri dan Kabinet 1 Timotius 2:1-4 AVB “Pertama-tama aku menyeru supaya permohonan, doa, syafaat dan kesyukuran dinaikkan untuk semua manusia – untuk raja-raja dan semua yang memegang kuasa, supaya kita hidup aman tenteram, salih dan penuh hormat. Inilah yang baik dan diredai oleh Allah Penyelamat kita yang berkehendakkan semua manusia diselamatkan dan mengetahui apa yang benar.”

DOA: Kami serahkan kesihatan Perdana Menteri kami, Muhyiddin Yassin, ke dalam tangan-Mu yang mampu menyembuhkan dia. Kami berdoa agar kuasa Roh Kudus ke atas mereka yang berada di Kabinet akan terus bekerja untuk menyucikan hati serta motif, dan memperkasakan mereka untuk berkhidmat kepada Rakyat dengan penuh amanah dan kecekapan. Semoga para menteri takut akan Allah sewaktu mereka menunaikan tanggungjawab masing-masing. Dalam nama Tuhan Yesus Kristus yang berkuasa kami berdoa, Amin.

7. Doa untuk Keadilan a. Penyembuhan daripada Rasisme dan untuk Kesamaan

Mazmur 139:23-24 AVB “Telitilah aku, ya Allah, dan kenallah hatiku; dugalah aku dan ketahuilah kebimbanganku. Lihatlah jika ada kecenderungan durjana di dalamku, dan pimpinlah aku ke jalan yang kekal selama-lamanya.”

DOA: Selidiki aku, ya Allah, supaya kejahatan, rasisme, perasaan prejudis, dan kebencian tidak wujud dalam hatiku. Sucikan seluruh pelusuk peribadi aku, ya Tuhan, agar Engkau boleh memulakan kerja yang baik dalam hidup saya. Penuhi aku dengan Rok Kudus-Mu, agar aku boleh bertekad berjalan demi kemuliaan-Mu, menjadi alat-Mu dalam membawa kebenaran, keadilan dan perbenaran kepada golongan yang tertindas dan dianiayai. Dalam nama Yesus, AMIN.

b. Kebebasan Beragama Amsal 21:15 AVB “Melakukan keadilan adalah kesukaan bagi orang benar, tetapi menakutkan bagi orang yang berbuat jahat.”

DOA: Bapa, Engkau adalah Allah keadilan. Kami serahkan kepada-Mu keluarga Raymond Koh, Amri Che Mat, Joshua Hilmy dan Ruth Sitepu. Kami juga serahkan Indira Gandhi yang tidak keruan kerana rindu akan anak perempuannya, Prasana Diksa, kerana ketidakadilan berlaku kepadanya. Dengan penuh rendah hati, kami berdoa agar Engkau bekerja dalam situasi mereka, dan tidak menangguhkan lagi keadilan yang ditunggu-tunggukan oleh semua keluarga tersebut atas kehilangan peribadi yang dinamakan. Kami berdoa agar Engkau melindungi mereka daripada agen-agen yang berkuasa serta “penguatkuasa agama”. Semua ini kami doakan dalam nama Yesus yang berkuasa, AMIN.

8. Doa Spontan Biar Roh Kudus memimpin anda untuk mendoakan hal-hal lain yang muncul dalam hati anda. Ia mungkin melibatkan keperluan peribadi, rakan-rakan, keluarga, gereja anda, negara kami, dan doa khusus yang anda ingin membawa ke hadirat Tuhan.

YIELD MENYERAH DIRI Sepertimana tertera dalam doa of St. Augustine ~

Berhembuslah dalam diriku, ya Roh Kudus, agar segala fikiranku kudus. Bertindaklah dalam diriku, ya Roh Kudus, agar karyaku juga kudus. Tariklah hatiku, ya Roh Kudus, agar aku mencintai hanya yang kudus. Teguhkanlah aku, ya Roh Kudus, agar aku memperjuangkan segala yang kudus. Maka dari itu, peliharalah aku, ya Roh Kudus, agar aku senantiasa kudus. Amin.

NYATAKAN Yudas 24-25 AVB SEBAGAI BERKAT SESAMA SENDIRI

Dia berkuasa memeliharamu supaya kamu tidak tersandung, dan membawamu ke hadirat-Nya yang mulia tanpa cacat cela dan dengan penuh sukacita. Dialah Allah yang esa, Penyelamat kita melalui Yesus Kristus, Tuhan kita. Bagi Dialah kemuliaan, keagungan, kekuasaan dan kuasa sejak dahulu hingga sekarang dan untuk selama-lamanya. Amin.

Page 7: Doa tanpa henti. AHAD, 19 JULAI 202032885165ddbe10f99503-4f9f819af3359f62045637ba9494386a.r78.cf2.rackcdn.c…Doa tanpa henti. “Dalam kasih tidak ada ketakutan. Kasih yang sempurna

7

TAMATKAN DENGAN MELAFAZ DOA BAPA KAMI Matius 6:9-13  AVB   Bapa kami yang ada di syurga,dimuliakanlah nama-Mu. Datanglah kerajaan-Mu. Jadilah kehendak-Mu di atas bumi seperti di dalam surga. Berilah kami rezeki pada hari ini, dan ampunilah kesalahan kami, seperti kami pun mengampuni yang bersalah kepada kami. Dan janganlah masukkan kami ke dalam pencobaan, tetapi bebaskanlah kami dari yang jahat. Sebab Engkaulah raja yang mulia dan berkuasa untuk selama-lamanya. AMIN. 

BERDIAM DIRI    Bernafas secara mendalam, berhenti sejenak, berterima kasih kepada Allah atas hadirat-Nya, dan serahkan segala suatu yang anda telah doakan kepada-Nya.

   

AKTIVITI DOA HARIAN Anda digalakkan mengikuti aktiviti doa harian ini dengan orang lain yang percaya dalam melakukan yang berikut: 

1. Doakan Doa Bapa Kami pada pukul 12 tengah hari setiap hari;  2. Doa dua kali sehari – pada 7:14am dan pada 7:14pm – berlandaskan 2 Tawarikh 7:14 [UNITE714

Call] agar seluruh bumi akan pulih daripada wabak coronavirus dan kebangkitan rohani bangsa-bangsa. https://www.unite714.com ]

3. Datanglah Kerajaan-Mu – Inisiatif Terangkan Dunia. Nyalakan Kawasan perumahan, bandar, kota ataupun daerah anda dengan berdaftar di laman web Thy Kingdom Come mengikuti pautan berikut (https://www.thykingdomcome.global/lightuptheworld) selama anda terus berdoa untuk 5 orang lain yang masih belum mengenali Yesus, serta berdoa untuk kebangkitan rohani dan perubahan kebangsaan.

4. Berdoa untuk 5 – kawan-kawan, keluarga, atau rakan sekerja setiap hari agar mereka menerima Tuhan Yesus Kristus sebagai Penyelamat peribadi mereka.