doapengasih

download doapengasih

of 13

Transcript of doapengasih

www.DoaPengasih.com

E-Book ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis sendiri. Sila sebarkannya jika ia bermanfaat pada anda. Semoga usaha murni anda ini memberi manfaat pada semua.

KLIK SINI UNTUK BERKONGSI

KEBAHAGIAAN ADALAH HAK MILIK SETIAP INSAN

Assalamualaikum wbt, & salam sejahtera. Terima kasih diucapakan kerana sudi membaca ebook ini. Tidak kira siapa, semua manusia inginkan kebahagiaan dalam hidup. Tiada insan yang mahu hidup derita, bersendirian & dipinggirkan. Sesetengah orang mentafsirkan kebahagiaan sebagai mempunyai keluarga & kerjaya yang baik, sihat tubuh badan, kebebasan kewangan, kebebasan melakukan apa saja, & lain lain. Namun sebenarnya ini hanyalah beberapa elemen dari makna kebahagiaan yang sangat luas. Kebahagiaan mutlak adalah bila anda berjaya hidup di dunia berlandaskan syariat Islam & mendapatkan keredhaanNya. Itu yang sebenarnya.

Jika anda sedang mencari kekasih hati, atau rasa rendah diri kerana cinta sering ditolak, atau sudah berkahwin & mahu terus menghangatkan cinta, atau mahu disayangi kawan, saudara, masyarakat, atau sesiapa saja yang ingin dicinta & mencintai, amalkanlah panduan ini. Ia akan membantu anda insyaAllah.

Tidak sempurna iman seseorang jika dia tidak mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri-Hadith

Hukum Beramal Dengan Doa Pengasih

Auf bin Malik berkata: Kami pernah menggunakan jampi mentera ketika jahiliah dahulu. Lalu kami bertanya: Ya Rasulullah saw, apa pendapat tuan tentang perkara ini? Baginda menjawab: Kemukakan pada ku mentera kamu itu. (kemudian dibacakan mentera itu oleh sahabat). Baginda menjawab: Tidak mengapa jampi mentera itu selagi tidak mengandungi syirik. Rasulullah saw juga membenarkan seorang sahabat yang berdoa bukan dari sumber al Quran, asalkan kalimatnya tidak bercanggah dengan syara'.

Berdasarkan kaedah fiqh al aslu fi al ashya' ibahah, maka hukum asal sesuatu perkara adalah harus, selagi tiada perkara yang melanggar syariat dilakukan. Sebagai contoh, seseorang menggunakan ayat pengasih untuk tujuan disayangi oleh majikan & mendapat kedudukan yang baik dalam syarikat, maka ia adalah dibolehkan, namun jika diamalkan hanya untuk nafsu, membalas dendam, dengki, amalan tersebut adalah menyalahi syariat Islam, maka hu kumnya adalah dilarang (HARAM).

Ayat Pengasih Yang Harus (Boleh Diamalkan)

Ayat itu tidak mengandungi maksud yang menyalahi akidah Islam (contoh Demi Allah swt yang memiliki anak & isteri, Kau satukanlah aku & ..)

Pengamalannya tidak bercanggah dengan hukum syara' (Contoh- mewajibkan pengamalnya membaca ayat pengasih di depan kubur)

Meminta pertolongan dari Allah sahaja & bukan dari selainNya, seperti pada manusia, binatang, objek penyembahan orang kafir dan seumpamanya. (Contoh- Dengan keberkatanmu wahai Pendekar Laut, satukanlah aku & .....)

Ayat pengasih yang ditulis di atas kertas, & perlu di bawa kemana mana oleh pengamalnya, selagi di bawa, selagi itulah orang sayang padanya- Ia seolah olah tangkal. Perbuatan ini syirik & menyekutukan Allah. (Syirik: perbuatan yang dilakukan ataupun tutur kata yang disebut yang menyekutu pada zat Allah Yang Esa, dengan makhluk)

Seseorang berkeyakinan bahawa doa pengasih ini memberi kesan sama ada sensasi cinta atau menyebabkan seseorang benci terhadap orang lain, sedangkan hanya Allah yang berkuasa atas setiap sesuatu.

Menyeru atau memuja kalimah atau nama-nama yang tidak difahami maknanya, yang terdiri daripada nama iblis dan syaitan atau sembahan orang kafir.

Doa Doa Pengasih

1. Pengasih Bismillah 6Bismillah 6 (sesetengah orang memanggil Bismillah 7 kerana turut mengambil kira bismillah yang pertama) mengandungi asma Allah iaitu nama nama Allah yang maha agung & maha hebat. Doa ini boleh digunakan untuk menjadikan seseorang tertarik pada anda.

Metod: 1. Niatkan membaca Bismillah 6 ini dengan tujuan dia (sebutkan nama penuh) jatuh kasih pada anda. 2. Baca doa sambil memandang pada lelaki/perempuan idaman. 3. Amalkan sekurang kurangnya 1X sehari selama seminggu berturut turut.

Maksud: 1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. 2. Dengan nama Allah yang maha mendengar lagi maha melihat yang tiada seumpama baginya sesuatupun. Dan Dia mengetahui setiap sesuatu. 3. Dengan nama Allah yang maha mencipta lagi maha mengetahui yang tiada seumpama baginya sesuatupun. Dan Dia Maha pembuka lagi maha mengetahui. 4. Dengan nama Allah yang tiada seumpama baginya sesuatupun, dan Dialah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana. 5. Dengan nama Allah yang tiada seumpama baginya sesuatupun.

2. Ayat supaya anak mendengar kata ibu bapa Mendidik anak pada zaman siber bukanlah 1 perkara yang mudah. Anak anak zaman sekarang mudah terdedah pada pengaruh luar & anasir jahat, ini menyebabkan mereka menjadi liar, sukar dikawal dan lain lain. Al Quran mempunyai kunci pada permasalahan ini, bacalah ayat yang terkenal dengan panggilan ayat seribu dinar ini. Keampuhan ayat ini memang telah terbukti insyaAllah.

Maksud: Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang me-

nyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. {At Tolaq:2-3}

Metod: Baca ayat ini sebanyak 3/5/7/9/11/21 ( min 3X, max 21X) selepas solat terutamanya waktu subuh & maghrib

3. Doa pengasih mukmin InsyaAllah sesiapa yang mengamalkan doa ini orang yang memandangnya akan jatuh kasih.

Maksud: Ya Allah jadikan aku disayangi pada hati hati orang mukmin & mukminat, muslimin & muslimat. Maka gembirakanlah aku, sampaikanlah aku & kayakan aku hingga 1200 kebaikan. Allah adalah sebaik baik penjaga & Dia maha pemurah dan maha menyayangi.

Metod: Baca doa ini sambil menadah tangan, selepas berdoa sapu pada muka, atau bila anda ingin mencuci muka, bacalah doa pada air & sapu pada muka.

NOTA-Sekiranya anda dan pasangan tinggal berjauhan dan tidak dapat selalu berjumpa, maka boleh amalkan doa secara jarak jauh. Anda boleh lakukan dari rumah saja tanpa perlu bersemuka dengannya. Antara doa yang boleh diamalkan adalah Pengasih Minyak Wangi, Doa Raja Ilmu Pengasih, Solat Hajat 12 Rakaat, Pengasih Hati Surah Al-An'am, Selawat Pelembut Hati, Doa Memuja Kekasih Hati dan lain lain.

Cara Rasulullah saw mengekalkan keharmonian rumah tangga

Tidur dalam 1 selimut meskipun isterinya haid Dari Ata' bin Yasar: Sesungguhnya Rasulullah saw & Aisyah r.a biasa mandi bersama dalam bekas. Ketika baginda sedang berada dalam 1 selimut tiba tiba Aisyah bangkit. Baginda bertanya, "Kenapa engkau bangkit?, jawab Aisyah, "kerana saya haid". Sabda Rasulullah saw, kalau begitu pergilah, lalu pakailah kain & dekatlah kembali padaku. Aku pun masuk lalau berselimut dengan baginda. (Hadis riwayat Said b Mansur)

Menyembur wangian pada bahagian aurat Dari Aisyah r.a, beliau berkata: sesungguhnya Nabi saw apabila mewangikan badannya, baginda akan memulai dengan bahagian auratnya menggunakan nurah (sejenis pewangi), & isterinya akan meminyaki bahagian lain tubuh baginda. (Hadis riwayat Ibn Majah)

Mandi bersama sama isteri Dari Aisyah r.a beliau berkata: "Aku biasa mandi bersama Nabi saw dalam 1 bekas. Kami bersama sama memasukkan tangan kami dalam bekas tersebut". (Hadis riwayat Abdurrazaq & Ibn Abu Syaibah)

Menyikat rambut Nabi Dari Aisyah r.a, beliau berkata: Saya biasa menyikat rambut Rasulullah saw, ketika itu saya sedang haid. (Hadis riwayat Ahmad)

Meminta isteri meminyakkan badan Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Saya meminyakkan badan Rasulullah saw pada hari raya Aidil Adha setelah baginda melakukan jamrah aqabah. (Hadis riwayat Ibn Asakir)

Minum bergantian pada tempat yang sama Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawa tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu menghirup airnya. (Hadis riwayat Abdurrazaq & Said b Mansur)

Mencium isteri walaupun sebelum solat Dari Aisyah r.a, beliau berkata: Nabi saw biasa mencium isterinya setelah mengambil wudu', kemudian baginda bersembahyang & tidak mengulangi wuduknya. (Hadis riwayat Abdurrazaq)

Memanggil dengan panggilan mesra Rasulullah biasa memanggil Aisyah dengan panggilan yang disukai seperti Aisy & Humaira (pipi merah delima)

Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra Nabi saw biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & baginda berkata, Wahai Uwaisy, bacalah doa "Wahai Tuhanku Tuhan Muhammad, ampunilah dosaku, hilangkan kekerasan hatiku & lindungilah aku dari dosa fitnah yang menyesatkan. (Hadis riwayat Ibn Sunni)

Membersihkan titisan darah haid isteri Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Aku pernah tidur bersama Rasulullah saw di atas 1 tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, baginda mencucinya & tidak pula berpisah dari tempat duduk itu, lalu baginda kembali baring disisiku, apabila darahku sekali lagi menitis, baginda mencuci lagi titisan darah & tidak berpindah dari tempatnya, kemudian baginda pun bersembahyang dari tempat itu. (Hadis riwayat Nasai)

Memberikan hadiah pada isteri Dari Ummu Kalthum bin Abu Salamah, Rasulullah saw bersabda padanya. "Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda & beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui Raja Najasyi telah meninggal dunia & aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan. Jika ianya dikembalikan aku akan memberi kepada isteri isterinya masing masing 1 botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian berenda tersebut baginda berikan pada Ummu Salamah. (Hadis riwayat Tirmidzi)

Sekian, Terima Kasih

Hikmah Infopreneur Ent, Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam, 59200, KL +44(0)77667.43599

TELAH TERBIT DI PASARAN

Koleksi 29 Ayat Pengasih

Menghasilkan sendiri minyak pengasih Kini anda tidak perlu lagi mengupah sesiapa. AMARAN: Bukan untuk tujuan suka suka!

Pengasih bulan purnama Jadikan wajah anda ingin kelihatan manis bak bulan purnama pada pandangan mata manusia

Ilmu memuja kekasih hati Doa yang sangat ampuh untuk menarik jodoh. (Awas-Mujarab!)

Pengasih minyak wangi Memperkukuhkan rasa rindu & cinta kekasih hati pada anda. Sesuai diamalkan oleh orang yang berjauhan

Pengasih kelopak mata Jadikan dia tertarik pada anda dengan hanya mengedipkan kelopak mata

Selawat untuk meminang Amalkan semasa proses peminangan. Dengan izinNya, lamaran anda akan diterima dengan senang hati & tidak akan ditolak

Pengasih untuk suami Dipraktikkan semasa sedang bersetubuh dengan pasangan

Pengasih untuk isteri Khusus untuk isteri yang ingin terus disayangi suami

Raja ilmu pengasih Ilmu ini sangat mujarab & berkat. Ianya telah dieksperimenkan oleh ulama', guru guru serta orang yang berpoligami

Doa untuk menarik jodoh Hentikan status andartu/ bujang terlajak, kerana dalam tempoh singkat anda akan menerima lamaran, insyaAllah!

Pengasih audiens Jadikan ucapan anda didengar dengan penuh minat oleh audiens

..& banyak lagi akan dibongkar!

DAPATKANNYA SEGERA

E-Book ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis sendiri. Sila sebarkannya jika ia bermanfaat pada anda. Semoga usaha murni anda ini memberi manfaat pada semua.

KLIK SINI UNTUK BERKONGSI