Dokumentasi Minggu PPDa

11
1.0 PENGENALAN Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) merupakan salah satu program melibatkan murid anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang dilaksanakan di peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan dalam usaha melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran menolak ancaman dadah dan gejala sosial. Program ini diadakan disekolah bertujuan untuk memberi impak yang lebih dengan penglibatan murid dalam pelbagai aktiviti sepert pertandingan sajak, pertandingan melukis poster, kuiz dan mesej PPDa. Ini adalah selaras dengan Dasar dan Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia mensasarkan tahun 2012 sebagai tahun ‘SEKOLAH BEBAS DADAH’. Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah adalah untuk mempastikan semua murid memahami akan bahaya dadah, inhalan, rokok dan AIDS. Justeru itu, dapat membina ketahanan diri yang tinggi bagi menolak dadah. Empat strategi utama pencegahan awalan ini dilaksanakan melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum, pembentukan sahsiah serta pengurusan dan kepimpinan. Oleh itu, Pengetua, guru-guru, kakitangan sekolah serta murid perlu berganding bahu dan berusaha dengan lebih gigih untuk mempastikan tiada murid yang akan terlibat dengan dadah pada hari ini, esok dan selama-lamanya.

Transcript of Dokumentasi Minggu PPDa

1.0 PENGENALAN

Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) merupakan salah satu

program melibatkan murid anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang

dilaksanakan di peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan dalam usaha

melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran menolak ancaman

dadah dan gejala sosial.

Program ini diadakan disekolah bertujuan untuk memberi impak yang

lebih dengan penglibatan murid dalam pelbagai aktiviti sepert pertandingan

sajak, pertandingan melukis poster, kuiz dan mesej PPDa. Ini adalah selaras

dengan Dasar dan Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia mensasarkan tahun

2012 sebagai tahun ‘SEKOLAH BEBAS DADAH’. Matlamat Pendidikan Pencegahan

Dadah adalah untuk mempastikan semua murid memahami akan bahaya dadah,

inhalan, rokok dan AIDS. Justeru itu, dapat membina ketahanan diri yang tinggi

bagi menolak dadah. Empat strategi utama pencegahan awalan ini dilaksanakan

melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum, pembentukan sahsiah serta pengurusan

dan kepimpinan.

Oleh itu, Pengetua, guru-guru, kakitangan sekolah serta murid perlu

berganding bahu dan berusaha dengan lebih gigih untuk mempastikan tiada

murid yang akan terlibat dengan dadah pada hari ini, esok dan selama-lamanya.

MEMENUHI MASA LAPANG DENGAN KEGIATAN YANG

BERFAEDAH

MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI-AKTIVITI YANG BERGUNA

DAN MANFAAT KEPADA MASYARAKAT

MENJADI RAKYAT BERILMU, BERAKHLAK MULIA DAN

MENGAMALKAN CARA HIDUP SIHAT DAN CERGAS

MENYEDIAKAN DIRI UNTUK MENGISI KEPERLUAN WAWASAN

PENDIDIKAN DAN

MEMBANTU SEGALA USAHA BAGI MEMBEBASKAN NEGARA

MALAYSIA DARIPADA ANCAMAN DADAH

2.0

IKRAR ANTI-DADAH

BAHAWASANYA KAMI

PELAJAR SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

BERIKRAR

UNTUK MENJAUHKAN DIRI DARIPADA DADAH

PADA SETIAP MASA

DENGAN

3.0 LAPORAN AKTIVITI MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

(PPDa)

3.1 PELANCARAN MINGGU PPDa

Tanggal 11 Jun 2012 hingga 15 Jun 2012 merupakan Minggu PPDa

peringkat sekolah SMK Jinjang bagi tahun 2012. Tema Minggu PPDa pada

tahun ini ialah ‘1 Malaysia Membanteras Dadah’. Pelancaran tersebut

telah dilakukan oleh Pn. Tian Lee Yuan, PK HEM. Pada hari pelancaran juga

turut diadakan bacaan ikrar oleh wakil pelajar. Tujuan diadakan minggu

PPDa ialah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya

najis dadah, inhalan, rokok dan AIDS.

Pelbagai aktiviti telah dirancang yang melibatkan murid-murid di

antaranya ialah:

Bacaan Ikrar Antidadah oleh wakil pelajar seramai lima orang.

Penyampaian Mesej 5 Minit dan kuiz tentang dadah semasa

perhimpunan disampaikan oleh murid. Mesej 5 Minit dijalankan

ketika perhimpunan sesi pagi dan petang.

Persembahan Drama oleh pelajar Tingkatan 6 Atas dibimbing oleh

Pn Banusha A/P Balasingam

Persembahan Melukis Poster Tingkatan Peralihan, 1, 2 dan 4.

Pertandingan Mendeklamasi Sajak

Ceramah mengenai dadah

Pameran di Dewan PIBG

3.2 LAPORAN AKTIVITI PERTANDINGAN MELUKIS POSTER TINGKATAN

PERALIHAN, TINGKATAN 1, 2 DAN 4

Pertandingan melukis poster telah di jalankan dari 11 Jun hingga 13 Jun

2012. Guru Pendidikan Seni Visual memastikan pelajar melukis poster

bertemakan ‘1 Malaysia Membanteras Dadah’. Kelas yang terlibat ialah

Peralihan, Tingkatan 1, 2 dan 4. Pelajar telah menunjukkan kesungguhan untuk

melukis poster berdasarkan tema yang di beri. Guru Penyelaras Pertandingan

Melukis Poster ialah En. Yusly (Pagi) dan Cik Najibah (Petang). Lukisan Poster

yang menang telah dipamerkan semasa pameran PPDa.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN MELUKIS POSTER

TINGKATAN PERALIHAN

BIL NAMA TINGKATAN1.2.3.

TINGKATAN SATU

BIL NAMA TINGKATAN1.2.3.

TINGKATAN DUA

BIL NAMA TINGKATAN1.2.3.

TINGKATAN EMPAT

BIL NAMA TINGKATAN1. WONG SUM YUE 4A102. YUP SENG KIT 4A63. LOKE CHEN MUN 4A6

3.4 LAPORAN CERAMAH

Aktiviti yang dijalankan pada Minggu PPDa ialah ceramah. Ceramah ini

diadakan pada 15 Jun 2012 (Jumaat) jam 7.30 pagi dan sesi petang 2.45 petang

bertempat di Tapak Perhimpunan. Penceramah Jemputan ialah En. Roslan Bin

Yahya, merupakan wakil dari Persatuan PENGASIH Malaysia. Beliau

berpengalaman menyampaikan ceramah di sekolah, menyertai konsultan dan

sering mengadakan ceramah untuk Badan-badan Bukan Kerajaan. Tajuk

ceramah beliau ialah “Cara Menangani Dadah dalam Kalangan Murid”.

Ceramah disampaikan selama 45 minit ini Berjaya menarik minat pelajar dimana

beliau telah mengemukakan soalan serta memberi hadiah kepada pelajar yang

dapat menjawab dengan pantas dan tepat. Pelajar dapat mengutip banyak

maklumat dan pengetahuan dari ceramah yang telah diadakan.

GAMBAR SEKITAR MINGGU PPDa 2012

PERINGKAT SEKOLAH

Soalan Kuiz PPDa

1. Apa itu OPIAT?

2. Sebahagian dari opiate seperti candu, morfin, heroin dan kokain di perolehi

dari?

3. Apakah itu pergantungan terhadap dadah?

4. Rawatan Detofikasi ialah?

5. Rawatan Detofikasi yang diamalkan di pusat-pusat pemulihan dan hospital

adalah rawatan?

6. AIDS adalah?

7. AIDS adalah penyakit penularan seksual yang disebabkan oleh virus?

8. Virus HIV hanya dapat memasuki badan melalui 3 cara sahaja iaitu?

9. Nikotin adalah sejenis?

10. 2 Langkah untuk berhenti merokok ialah

11. Bagaimana mengelakkan diri daripada terpengaruh dadah?

3.5 KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) ZON SENTUL

TARIKH : 30 Jun 2012 (Sabtu)

TEMPAT : SMK Segambut Jaya

MASA : 7.00 pagi – 2.00 petang

TEMA : “1 Malaysia Membanteras Dadah”

BIL PERTANDINGAN TINGKATAN

1.

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER Peserta (Menengah Atas) ialah Lee Can

Mei (4A10)Pn. Wan Noraini

2.PERTANDINGAN SAJAK

Peserta ialah Nor Farhana (3A1) Pn. Wan Noraini

Dalam pertandingan yang telah di sertai oleh wakil sekolah, SMK Jinjang

tidak berjaya memperolehi kemenangan. Berusaha lagi untuk tahun lepas.

4.0 PENUTUP

Secara keseluruhan Minggu PPDa Peringkat Sekolah 2012 telah Berjaya

dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Melalui program ini

warga sekolah khususnya murid, guru, kakitangan pendidik dan ibu bapa dapat

diberi pengetahuan, kesedaran agar mereka menjauhi dadah. Kerjasama dan

sokongan daripada pelbagai pihak amat diperlukan untuk merealisasikan

“Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012”