Download (1344Kb)

24
PERSEPSI GRADUAN SAINS sUKAN TE PENGAJARAN PENDIDlKAN RHAnAP KURSUS KAEDAH KESlHA. TAN DI UPS! AZALI BIN RAHMAT JABATAN SAINS SUKAN FAKDLTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA KOD PENYELIDIKAN UPSI : 03-09-37-02 AKAUN PENYELIDlKAN UPSI : 050550 2003

Transcript of Download (1344Kb)

Page 1: Download (1344Kb)

PERSEPSI GRADUAN SAINS sUKAN TEPENGAJARAN PENDIDlKAN RHAnAP KURSUS KAEDAH

KESlHA.TAN DI UPS!

AZALI BIN RAHMATJABATAN SAINS SUKAN

FAKDLTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KOD PENYELIDIKAN UPSI : 03-09-37-02AKAUN PENYELIDlKAN UPSI : 050550

2003

Page 2: Download (1344Kb)

lsi Kandungan Muka Surat

1. Abstrak 111

2. Pengenalan 1

3. Latar Belakang 2

4. PenyataanMasalah 4

5. ObjektifKajian 5

6. Kajian Lampau 5

7. Kerangka Konseptual Kajian .

8

8. Soalan Kajian .

8

9. Batasan Kajian 9

10. Rekabentuk Kajian 9

11. Subjek / Populasi Kajian 10

12. Pembolehubah-pembolehubah 11

13. Instrumen Kajian 11

14. Prosedur Pengumpulan Data .

13

15. Analisa Data 14

16. Dapatan Kajian 15

17. Perbincangan 35

18. Cadangan 37

19. Bibliografi 39

20. Lampiran

1

Page 3: Download (1344Kb)

Abstrak

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk menilai sejauh mana persepsi guru siswazah

program Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris

terhadap kandungan kursus SH 3083 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan yang

terdapat dalam kursus minor Program Sains Sukan. Data dari kajian diperolehi melalui

satu set soal selidik yang diedarkan kepada guru siswazah Program Sains Sukan

Universiti Pendidikan Sultan Idris yang sedang mengajar di sekolah-sekolah menengah

eli seluruh Malaysia. Seramai 36 siswazah Program Sa ins Sukan telah diambil sebagai

sampel dalam kajian ini. Soalan kajian menumpukan kepada lima faktor dalam tersebut

iaitu; Konsep asas pendidikan kesihatan di sekolah, kandungan kurikulum pendidikankesihatan, reka bentuk rancangan mengajar, strategi pengajaran dan pembelajaranPendidikan Kesihatan dan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Kesihatan. Skala liket iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju dan sangat

tidak setuju. Data yang dikumpulkan diana lis is dengan menggunakan statistik kekerapan,

peratusan dan min. Kajian ini mendapati bahawa para siswazali Program Sains Sukan

Universiti Pendidikan Sultan Idris mempunyai persepsi yangpositif ten tang kepentingandan keperluan topik yang terdapat dalam kandungan kursus Kaedab PengajaranPendidikan Kesihatan berpandukan dapatan min dalam kelima -lima faktor iaitu antara

1.88 hingga 2.19 . Mereka juga bersetuju bahawa kursus tersebut telah berjayamemberikan pengetahuan untuk menghasilkan guru yang berkemahiran, berkebolehan

dan berkeyakinan dalam melaksanakan proses pengajaran mata pelajaran Pendidikan

Kesihatan di sekolah. Terdapat sebahagian kecil yang mencadangkan agar kaedah

pendidikan reproduktifdan seksualiti dimasukkan dalam kandungan kursus tersebut bagi

memantapkan lagi konten yang sedia ada.

ii

Page 4: Download (1344Kb)

Abstract

This study was aimed at assessing the perception of Universiti Pendidikan Sultan Idris

Sports Science Graduates towards the couese content of SH 3083 Kaedah PengajaranPendidikan Kesihatan as aminor subject in sports science programme. Data collection for

this study was done using a questionnaire that was distributed among sports science

teschers those who aer teaching in secondary schools in all over Malaysia. The samplesfor this study were 36 from the sports sciences degree holders. Investigation of this studyinvolves 5 factors : concept of teaching health education in schools, course content of

health education, tesching lesson design, teching and learning strategy of health

education and assessment in teaching and learning health education. A likert scale were

used to define the perception of the teachers (sport science degree holders) that included

strongly agree, agree, not conform, disagree and strongly disagree. The data collected

was analysed using frequency distribution, percentage and mean. The findings of the

study do indicate that sport science degree holders has a positive perception regarding the

topics included in SH 3083 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan. This was provedwhen the mean of the study ranged between 1.88 till 2.19. The samples also agreed that

this course content made them to be more knowledgeable, skillful and flexible to teach

health education in schools. There were a few that recommended sexual and reproductiveeducation added in the course syllabus to make itmore effective in the sense of content.

iii

Page 5: Download (1344Kb)

Pengenalan

Mata pelajaran Pendidikan Kesihatan adalah merupakan mata pelajaran yang diwajibkan

kepada semua pelajar mengikutinya. Kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysiamelalui surat pekeliling iktisas Bil 3/1979 (38)dlm KPIMSSMl504 menjadi arahan yang

tegas dimana mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah satu mata

pelajaran yang diwajibkan. Waktu yang diperuntukkan tidak harus diguna bagi mata

pelajaran lain. Mata pelajaran Pendidikan Kesihatan diajar bersama dengan jadualPendidikan Jasmani di sekolah. Di Universiti Pendidikan Sultan Idris kursus Kaedah

Pengajaran Pendidikan Kesihatan dijadikan kursus menor dalam Program Sarjana Muda

Pendidikan Sains Sukan yang diwajibkan kepada semua mahasiswa Program Sains

Sukan.

Universiti Pendidikan Sultan Idris buat pertama kali mengambil mahasiswa

Program SarjanaMuda pendidikan Sains Sukan pada tahun 1998. Sehingga kini sebanyak4 kumpulan telah menamatkan pengajiannya yang mempunyai kira-kira 446 orang

semuanya. Dalam jangkamasa tersebut belum ada sebarang kajian yang dijalankan untuk

mengukur keberkesanan kursus Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan ini. Kajian ini

penting untuk melihat tahap kecukupan kandungan kursus ini untuk bakal-bakal guru

yang akanmengajar mata pelajaran Pendidikan kesihatan di sekolah.

Oleh itu penyelidik sendiri ingin melihat secara dekat akan persepsi siswazah

Progam Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris terhadap kursus Kaedah

Pengajaran Pendidikan Kesihatan. Ibrahim Mamat (1993) menyatakan bahawa proses

persepsi dipengarnhi oleh faktor-faktor luaran seperti saiz, pergerakan status, penampilanserta faktor-faktor dalaman iaitu ciri-ciri yang ada pada individu yang membuat persepsi

seperti tujuan dan keperluan, pengalaman lepas, konsep kendiri dan personalitinya.

Untuk mendapatkan data yang lebih tepat peneliti telah mengambil graduan yang

pertama dan kedua sebagai populasi. Ini disebabkan mereka dikira telah mengaplikasikan

pengetahuan yang telah diperolehi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik

darjah.

1

Page 6: Download (1344Kb)

Latar Belakang

Mengajar di sekolah bukan perkara yang mudah seperti tanggapan sesetengah

orang tentang peranan seorang guru itu. Mengajar bukan sahaja memerlukan pengetahuandalam perkara yang hendak diajar tetapi juga memerlukan teknik atau kaedah, persepsidan pemahaman faktor yang mempengaruhi situasi mengajar. Dalam proses pengajarandan pembelajaran di bilik darjah sesuatu teknik atau kaedah tersebut perlu mengikuti

perubahan dan teknologi semasa yang seiring dengan keperluan semasa. Perkembangandalam sistem pendidikan sekarang berkembang begitu pantas dan rancak sekali sehinggamemaksa guru-guru agar menadingi perkembangan semasa supaya setanding dengan

kemajuan sistem pendidikan negara kita. Semua itu telah dijelaskan oleh W.F. Connell,

(1981), tuntutan baru yang selalu bertentangan dihadapkan kepada guru bila sesuatu

perkara timbul untuk tujuan barn, pengetahuan barn, kemahiran barn, pola bam

organisasi, unggulan bam maka usaha yang banyak dan beranika bagi perkara bam,

bersama dengan semangat kuat supaya tidak mudah terpengaruh dengannya, kedua­

duanya berpadu dan guru berusahamencari kepuasan dan kesan yang baik darinya.

Pengajaran tidak akan ujud selagi isi kandungan yang asas tidak dibentuk terlebih

dahulu dan seterusnya digunakan. lsi kandungan asas ini dikenali sebagai kurikulum.

Terbentuknya kurikulum ini maka ianya akan menjadi panduan dan petunjuk kepada guruuntuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Menurut A.S.

Robinson, (1971) kurikulum mengandungi matlamat, objektif, isi kandungan, proses,

sumber dan cara penilaian. Semua pengalaman pembelajaran yang telah dirancangkanuntuk murid di dalam dan di luar sekolah, dan dipersekitaran komunitinya melalui

pengajaran bilik darjah, dan rancangan pembelajaran lain.

Pembelajaran adalah merupakan hasil proses penggabungan antara tindakan gum,

kandungan, cara atau kaedah digunakan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan untuk

mencapai matlamat pada satu jangka masa tertentu. Menurut Asmah Hj. Ahmad (1990),

pembelajaran merupakan proses menguasai pengetahuan dan kemahiran yang dihasilkan

oleh perubahan tingkahlaku pelajar sebagai satu pengalaman. Ini menunjukkan bahawa

2 .

Page 7: Download (1344Kb)

pembelajaran adalah sebagai hasil pelaksanaan sesuatu bentuk pengajaran dalam sistem

pendidikan.

Mengikut fasa-fasa yang terkandung dalam teori pembelajaran Gagne (1977)

menghuraikan proses pembelajaran adalah melibatkan peranan guru, kandungan

pelajaran, 0bjektifdan tindakbalas p elajarm elalui aktiviti p embelajaran. 0 leh i tu guru

hendaklah menggunakan kepakaran dan kreativitinya untuk menyampaikan maklumat.

Katanya lagi prestasi atau perlakuan boleh diukur melalui perubahan tingkah laku pelajardalam proses pembelajaran. Menurut Masston (1965), harrison (1983) dan Matzler

(1990) proses pembelajaran boleh ditingkatkan terutamanya melalui interaksi komponen

pelajaran dan proses pengajaran guru yang menjadi Faktor utama dalam pra-syarat

pembelajaran sebagaimana dalam teori di atas.

Lasley (1990) berpendapat kurikulum bakal pendidik seharusnya membolehkan

mereka mengetahui pengetahuan teknikal tertentu, mengaplikasikan pengetahuan dalam

situasi sebenar dan mencerminkan mereka sebagai pelajar dan bakal guru yang berilmu.

Abu Bakar (2003) guru yang berkualiti ialah guru yang bersikap profesional, yang mahir

dalam hal-hal perguruan, tahu tentang teori dan praktiknya, tabu tentang pengajaran dan

pembelajaran, peka tentang perkembangan pendidikan, mengikuti perkembangan ilmu

dan patuh kepada tatasusila profesion perguruan. Oleh itu bakal-bakal guru perlumenimba ilmu pengetahuan dan pengalaman berkaitan teknik serta kaedab pengajarandari kursus-kursus yang diikuti di universiti, khususnya dalam kajian ini bakal graduanPendidikan Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Kualiti dan

keberkesanan sesutu kursus tersebut dapat mengambarkan keunggulan program yang

ditawarkan untuk melahirkan graduan-graduan berkualiti dan berketerampilan dalam

bidang pendidikan semasa.

Ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui kursus-kursus yang mereka ikuti

menjadi panduan dan titik tolak ke tabap yang diharapkan untuk menjadi guru yang boleh

membentuk dan membimbing murid-murid di sekolah. Oleh itu kandungan dalam kursus­

kursus yang ditawarkan perlulah sentiasa diteliti dan dipertingkatkan kualitinya mengikut

3

Page 8: Download (1344Kb)

peredaran semasa. Bakal-bakal graduan sentiasa memerlukan sesuatu yang barn bagi

menghadapi suasana sebenar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjahnanti.

Pernyataan Masalah

Kursus SH 3083 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan merupakan salah satu kursus

yang telah diperkenalkan dan ditawarkan di dalam Program Sains Sukan sebagai kursus

minor yang diwajibkan kepada mahasiswa kursus mejor Sains Sukan. Walaupun kursus

tersebutmerupakan kursus minor namun ianya merupakan salah satu mata pelajaran yang

wajib diajar oleh guru-guru pendidikan jasmani kesihatan. Mata pelajaran Pendidikan

Kesihatan merupakan salah satu mata pelajaran yang wajib diajar kepada semua pelajardi sekolah bersama dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Perancangan yang teliti

perlu dilaksanakan agar mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dapat dilaksanakan sepertimata pelajaran lain. Oleh itu seseorang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan

Jasmani perlu bersedia untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Kesihatan khususnya

para graduan Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Para graduan Sains Sukan

Universiti Pendidikan Sultan Idris perlu mempertingkatkan diri mereka dengan strategidan teknik pengajaran Pendidikan Kesihatan supaya mereka dapat merealisasikan mata

pelajaran tersebut di sekolah nanti.

Adakah graduan-graduan Program Sains Sukan lepasan Universiti Pendidikan

Sultan Idris telah bersedia untuk menghadapi situasi sebenar? Pesoalan ini sering menjadi

pertanyaan dalam fikiran para pensyarah Program Sains Sukan khususnya pensyarahkursus SH 3083 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan. Maka dengan itu pihak

program sendiri sentiasa menyusun strategi supaya memenuhi keperluan dan

kelengkapan ilmu yang diperlukan oleh guru untuk melaksanakan proses pengajaran mata

pelajaran Pendidikan Kesihatan di sekolah. Adakah kursus tersebut telah melengkapi dan

memenuhi apa yang diperlukan oleh graduan-graduan tersebut untuk melaksanakan

proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Kesihatan? Inilah yang

menjadi persoalan dan persoalan tersebut perlu di jawab oleh peneliti sendiri kerana

4

Page 9: Download (1344Kb)

peneliti adalah salah seorang pensyarah kursus berkenaan. Oleh itu satu t injauan perludilakukan untuk mengetahui akan tahap persediaan guru Iepasan Universiti Pendidikan

Sultan Idris terhadap pelaksanaan kaedah dan strategi pengajaran Pendidikan Kesihatan

di sekolah.

ObjektifKajian

a. Untuk mengesan adakah kandungan kursus SH 3083 yang ada sekarang telah

mencukupi kepada graduan-graduan Program Sains Sukan untuk mengajar mata

pelajaran Pendidikan Kesihatan di sekolah.

b. Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru graduan ProgramSains Sukan UPSI semasa melaksanakan proses Pengajaran dan PembelajaranPendidikan Kesihatan di sekolah.

c. Melihat dimanakah kekurangan yang dihadapi oleh guru untuk melaksanakan

proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.

d. Mengesan kelancaran pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan di

sekolah.

e. Mengenal pasti adakah graduan-graduan Program Sains Sukan mengajar mata

pelajaran Pendidikan Kesihatan.

Kajian Lampau

Kajian tentang tahap kesungguhan dalam pelaksanaan sesuatu program Pendidikan

Kesihatan d i negara ini adalah amat kurang khususnya P endidikan Kesihatan S ekolah.

Namun demikian masalah tersebut telah mendapat perhatian beberapa pihak tertentu,

dimana Majlis Pendidikan Tinggi. Negara telah menyedari akan masalah ini dan telah

5

Page 10: Download (1344Kb)

melakukan tindakan. Mereka akan merancang satu cadangan untuk memperkenalkankaedah penilaian bagi menilai kualiti pendidikan yang akan bermula di Pusat Pengajian

Tinggi (Berita Harian, 1997). Kaedah yang akan digunakan adalah melalui sistem

penggredan kualiti bertujuan untuk menguji keberkesanannya sejajar dengan dasar

kerajaan untuk mewujudkan sistem penilaian yang bersifat telus dan menggalakkan

persaingan yang sihat.

Langkah tersebut menunjukkan bahawa keperihatinan pihak tersebut untuk

mendapatkan hasil pendidikan yang berterusan terutama dalam pelaksanaan sistem

pendidikan sekarang (Utusan Malaysia, 1994). Keadaan ini secara tidak langsungmembolehkan semua yang terlibat dalam sistem pendidikan berkembang sejajar dengan

keperluan negara. Menurut laporan (Berita Harian, 1997), bahawa beberapa kriteria

objektif seperti keberkesanan kaedah pengajaran, kemudahan dan peralatan, kewibawaan

pensyarah atau guru serta kesesuaian kurikulum digunakan sebagai petunjukdalam sistem

penilaian ini. Untuk mendapatkan kualiti sebenar dalam pelaksanaan sesuatu program,

perlu wujud satu bentuk pengukuran sebagaimana yang telah dijalankan di beberapa

negara maju di Eropah.

Keberkesana Sesuatu pengajaran tersebut bergantung kepada beberapa Faktor

ayang berkaitan dengan proses Pengajaran dan Pembelajaran. Dalam kajian Marlieve et

aI., (1997) "Beginning Teacher Evaluation Study"yang dijalankan di California

menunjukkan bahawa tahap keberkesanan sesuatu pengajaran adalah ditentukan oleh

saling hubungannya antara Faktor pengajaran guru, masa, kandungan dan objektif.Manakala siedentop, Birdwell dan Maetzler (1997) mendapati masa pembelajaran

mempunyai kaitan langsung dengan kandungan dalam pencapaian sesuatu objektif

pengajaran.

Manakala Siedentop, Tousignaut dan Parker (1982) pula menyatakan bahawa

terdapatnya perkaitan dan hubungan antara masa pengajaran dengan kandungan dan

objektifpelajaran adalah selaras dengan kehendak sertamatlamat sistem pendidikan yanghendak dilaksanakan masa kini.

6

Page 11: Download (1344Kb)

Di Hong Kong, Yuen (1982) melalui Zuber Hassan, Hisham Dzakiria dalam

penelitiannya yang bertujuan untuk mengenal pasti status kurikulum Pendidikan Jasmani

dan Kesihatan di Hong Kong mendapati bahawa ianya berjalan dengan baik. Namun

begitu wujud beberapa masalah dalam pelaksanaan kurikulum tersebut yang dipengaruhioleh tiga bidang iaitu sistem pendidikan, proses latihan peningkatan profesional

dikalangan guru dan latar belakang masyarakat.

Peranan kurikulum ialah untuk memandu pengajaran bagi memperoleh matlamat

kurikulum. Ia akan terlaksana jika kurikulum dapat memudahcarakan guru dalam

merancang tujuan pengajaran, isi pelajaran, pengalaman pembelajaran dan penilaian

pembelajaran serta melaksanakan bahagian-bahagian rancangan yang telah dibuat Mohd.

Daud Hamzah (1994).

Di Amerika Syarikat, Matzer, 1980; Paese, 1983; Misner & Arbogast, 1990;

Cosbon, 1992; berpendapat bahawa pelaksanaan kurikulum PJK mengalami beberapamasalah antaranya disebabkan oleh, kekurangan kredibiliti, ketidaktentuan program,

keputusan yang tidak didokumentasikan, keperluan yang rendah, kurikulum yang tidak

lengkap, dan keadaan bilik darjah yang kurang memuaskan.

Yerk (dalam Zawiah Abas, 1993) berpendapat bahawa pengetahuan dan tahapkefahaman guru amat penting dalam proses mengajar mata pelajaran PJK. Guru

seharusnya mempunyai kaedah pengajaran yang kemas kini dan terbaharu serta

mempunyai pengetahuan yang luas mengenai PJK. Beliau berpendapat guru PJK hams

mengetahui perkembangan, kemajuan dan fungsi mata pelajaran tersebut dalam menilai

prestasi pelajar serta dapat pula memberi maklum balas terhadap pembelajaran pelajar.

7

Page 12: Download (1344Kb)

Kerangka Konseptual Kajian

Kursus SH 3083 - Kaedah

Pengajaran Pendidikan Kesihatan

Topik Yang Dipelajari:

Konsep asas Kandungan Rekabentuk Strategi Penilaian DalamPendidikan Kurikulum Rancangan Pengajaran Pengajaran danKesihatan di Pendidikan Mengajar dan Pembelajaransekolah Kesihatan Pembelajara Pendidikan

n Pendidikan KesihatanKesihatan

Pelaksanaan Proses Pengajaran dan

Pembelajaran Pendidikan Kesihatandi Sekolah

Soalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menjawab beberapa soalan

a. Adakah topik kursus Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan di UPSI telah

mencukupi untuk pengetahuan yang diperlukan oleh seorang guru Pendidikan

Kesihatan berijazah ?

b. Apakah faktor utama yang menyokong pengetahuan pe1ajar dalam merialisasikan

proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan di sekolah.

8

Page 13: Download (1344Kb)

c. Adakah graduan Program Sains Sukan telah berasedia untuk mengajar Pendidikan

Kesihatan di sekolah ?

Batasan Kajian

Persediaan guru Pendidikan Kesihatan dan keberkesanan kurus Kaedah Pengajaran

pendidikan Kesihatan adalah menjadi fokus dalam kajian ini. Pembolehubah­

pembolehubah 1 ain yang d idapati m empunyai p erkaitan d engannya t idak d iteliti d alam

kajian ini.

Selain itu, responden dalam kajian ini terbatas kepada guru-guru mata pelajaranPendidikan Jasmani Kesihatan yang bergraduan dalam bidang Sarjana Muda Pendidikan

Sains Sukan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjuong Malim. Graduan yang

dipilih adalah dari ambilan kumpulan pertama dan kedua iaitu yang telah tamat

pengajiannya pada tahun 2000 dan 2001. Ini adalah kerana mereka ini telah berada di

sekolah lebih daripada setahun dan telah mengaplikasikan kursus yang hendak dikaji.Mereka adalah seramai 98 orang iaitu graduan 2000 seramai 53 orang dan graduan 2001

seramai 41 orang. Oleh keranajumlah graduan adalah sedikit maka pengkaji mengambil

keputusan untuk mengambil semuanya sebagai responden.

Disamping itu, data yang diperolehi pula hanyalah berasaskan tindak balas

responden-responden terhadap soal selidik yang diedarkan. Manakala keputusan yang

diperolehi pula hanya mungkin melaporkan situasi yang sebenamya wujud di beberapabuah sekolah yang terdapat responden yang hendak dikaji.

Reka bentuk kajian

Kajian ini adalah berbentuk tinjauan sampel di lapangan dengan menggunakan soal

selidik. Soal selidik yang digunakan menggunakan tiga bahagian seperti berikut:-

Bahagian A : Butir-butir latarbelakang sampel dan kejaya

9

Page 14: Download (1344Kb)

Bahagian B : Item-item berkaitan topik yang dipelajaria. Konsep asas Pendidikan Kesihatan di sekolah

b. Kandungan kurikulum Pendidikan Kesihatan

c. Reka bentuk rancangan mengajard. Strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan

e. Penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Kesihatan.

Bahagian C : Pendapat dan cadangan dalam kursus tersebut.

Responden terdiri daripada guru-guru Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani

Kesihatan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris yang sedang mengajar di sekolah­

sekolah di Seluruh Malaysia. Oleh kerana bilangannya agak sedikit iaitu seramai 94

orang (ambilan pertama dan kedua Program Sains Sukan) maka pengkaji berhasrat

menjadikannya sebagai populasi kajian.

Kajian rintis t elah d ijalankan s ebelum k ajian se benar d ilaksanakan. Data yang

dipungut telah dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social

Sciences (SPSS-PC).

Subjek / Populasi Kajian

Seramai 94 orang guru Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani Kesihatan telah dipilih

sebagai populasi kajian. Mereka terdiri daripada graduan Program Sains Sukan UPSI

tahun 2000 seramai 53 orang iaitu lelaki 47 orang dan perempuan 6 orang bersama

dengan graduan tahun 2001 seramai 41 orang yang terdiri daripada 30 orang lelaki dan 11

orang perempuan.

Mereka dipilih adalah berdasarkan beberapa kritria antaranya adalah:

a. Telah menamatkan kursus SH 3083 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan di

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

10

Page 15: Download (1344Kb)

b. Telah mengajar lebih daripada satu tahun di sekolah- sekolah dalam negara

Malaysia.

c. Hanya untuk siswazah Program Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan Universiti

Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim yang bergraduat pada tahun 2000 dan

2001.

Pembolehubah-pembolehubah

Pembolehubah-pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah:

a. jantina (lelaki dan perempuan)b. jenis sekolah (sekolah menengah biasa dan berasrama penuh)c. lokasi sekolah (bandar dan luar bandar)d. perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan

Kesihatan di sekolah.

Pembolehubah bersandar dalam kajian mi adalah topik kursus SH 3083 Kaedah

Pengajaran Pendidikan Kesihatan iaitu:

a. Konsep asas Pendidikan Kesihatan di sekolah.

b. Kandungan kurikulum Pendidikan Kesihatan.

c. Rekabentuk rancangan mengajar.d. Strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan.

e. Penilaian dalam pengajaran dim pembelajaran Pendidikan Kesihatan.

80al selidikl Instrumen Kajian

Soal selidik yang mengandungi tiga bahagian telah digubal oleh penyelidik sendiri untuk

mendapatkan maklumat tentang demografi responden dan kerjaya, keberkesanan topik

yang dipelajari dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan juga

pendapat dan cadangan untuk meningkatkan mata pelajaran tersebut.

11

Page 16: Download (1344Kb)

Bahagian pertama soal selidik menanyakan maklumat tentang jantina, keturunan,

negeri mengajar, jumlah waktu mengajar seminggu, jumlah waktu mengajar PIK

seminggu dan tingkatan yang diajar, dan mata pelajaran lain yang diajar dan jumlahwaktu.

Bahagian kedua soal selidik mengandungi 33 item dimana penyelidik sendiri

mengajukan beberapa soalan yang dikira dapat menjawab persoalan kajian. Ianya

dibahagikan kepada lima bahagian mengikut jumlah topik kursus iaitu :

a. topik konsep asas Pendidikan Kesihatan di sekolah

b. topik kandungan kurikulum Pendidikan Kesihatan

- 8 item

- 6 item

c. topik rekabentuk rancangan mengajar - 6 item

d. topik strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan kesihatan - 6 item

e. topik penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan - 8 item

Setiap item dalam soal selidik ini telah menggunakan skala 5 mata likert daripada

sangat setuju kepada sangat tidak setuju. Oleh itu, setiap item akan menghasilkan markat

dari 1 hingga 5.

Bahagian ketiga soal selidik pengkaji telah menyediakan persoalan pendapat dan

cadangan yang mungkin boleh membantu meningkatkan kualiti kursus ini. Antara yang

ialah topik yang diperlukan dalam kursus, topik yang tidak diperlukan dalam kursus dan

cadangan pembangunan kursus.

Soal selidik yang telah dibina oleh penyelidik sendiri telah diuji oleh penyelidik

kepada 44 orang bakal-bakal graduan 2002 Program Sains Sukan pada hari Konvokesyenke 4 di Universiti pendidikan Sultan Idris. Kajian rintis tersebut dilakukan untuk

mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan, dan didapati menghasilkan

kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.9297. Menurut Mohd. Majid Konting (1990)

biasanya indeks kebolehpercayaan yang melebihi 0.6 boleh di anggap mencukupi, oleh

itu soal selidik yang dibuat adalah sesuai untuk digunakan dalam kajian ini.

12

Page 17: Download (1344Kb)

Prosedur Pengumpulan Data

Setelah kajian rintis dijalankan dengan 44 orang bakal-bakal graduan 2002 pada hari

Konvokesyen ke 4, sedikit pengubahsuaian telah dilakukan terhadap kandungan dalam

soal selidik. Kesesuaian dan ketepatan item-item yang dibuat dan arahan-arahan yang

disediakan dalam soal selidik dapat dipastikan dalam kajian rintis ini. Beberapa pindaankecil dan pengubahsuaian telah dibuat terhadap istilah-istilah yang didapati kabur. Soal

selidik telah disediakan dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan pemahaman dalam

satu bahasa. Sebarang analisis statistik telah dilakukan terhadap data kajian rintis ini.

Proses memungut data telah dilaksanakan oleh penyelidik sendiri dengan

mengepos soal selidik kepada responden bersama sampul serat beralamat penyelidikmelalui alamat yang diperoleh dari Bahagian Sekolah Kementeri Pendidikan Malaysiadan juga Unit Maklumat Universiti Pendidikan Sultan Idris. Terlebih dahulu penyelidik

terpaksa memastikan bahawa alamat tersebut adalah alamat sebenar responden sekarangatau mengambil alamat terbaru dengan bertanyakan kepada responden yang dapat

dihubungi. Penyelidik juga terpaksa melantik beberapa orang pembantu penyelidik untuk

melaksanakan soal selidik ini dengan membahagiakan kepada beberapa bahagian iaitu

bahagian selatan, utara, timor dan barat. Manakala bagi Sabah dan Serawak penyelidik

terpaksa mengepos sendiri kealamat yang diperolehi.

Responden yang telah dipilih dalam kajian ini telah diminta memberikan

kerjasama untuk menjawab soal selidik yang telah diedarkan. Tiada had masa yang

ditentukan untuk menjawab soal selidik ini. Kebanyakan soal selidik yang telah dihantar

tidak m endapat m aklumbalas s epenuhnya d ari r esponden i ni m ungkin d isebabkan oleh

bebrapa Faktor antaranya kesebukkan responden dengan kerja, alamat yang tidak tepat,

soal selidik yang tidak sampai dan lain-lain lagi. Pembantu penyelidik juga tidak dapatberbuat apa-apa kerana kebanyakkan daripada mereka tinggal berjauhan dengan

responden.

13

Page 18: Download (1344Kb)

Analisa data

Soal selidik yang telah diperolehi telah disemak. Soal selidik yang lengkap diisi mengikutarahan yang ditetapkan telah diproses dan dikodkan. Penyelidik memberikan masa yang

agak lama kepada responden untuk membalas soal selidik, namun demikian hanyaseramai 36 orang responden sahaja yang memberikan maklumbalas. Data yang dikodkan

telah dianalisis dengan komputer menggunakan program SPSS-PC.

Penganalisaan data dalam kajian ini melibatkan statistik deskriptif dan statistik

inferensi. Penyelidik telah menggunakan min dan sisihan piawai untuk m engenal pastidan menentukan keberkesanan Kursus Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan yang

diikuti di UPSI dengan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan

berlandaskan kepada kelima-lima topik.

Ujian-t t elah d igunakan u ntukm embandingkan markat min t ahap k eberkesanan

setiap topik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, kaedah

statistik Korelasi Hasil-Darab Momen Pearson (r) telah digunakan untuk menentukan

kekuatan hubungan antara Faktor-Faktor topik kursus dengan pelaksanaan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan di sekolah.

Hipotesis-hipotesis kajian ini telah diuji tahap signifikannya pada aras keyakinan k<O.05.

14

Page 19: Download (1344Kb)

Dapatan Kajian

1. Profil Responden

Jaduall : Taburan Jantina Responden

Frequency Percent Mean SDLelaki 30 83.3 1.1667 .3780

Perempuan 6 16.7Jumlah 36 100.0

Dari jadual 1 dapat menunjukkan daripada 36 orang siswazah responden Program Sains

Sukan dari segu jantina dimana seramai 30 (83.3%) adalah lelaki dan 6 (16.7)

perempuan.

Jadua12 : Taburan Keturunan Responden

Frequency Percent Mean SD

Melayu 33 91.7 1.1667 .5606India 3 8.3Jumlah 36 100.0

Jadual tersebut menunjukkan daripada 36 orang siswazah responden Program Sains

Sukan dari segi keturunan 33 (91 7%) adalah bumiputra dan 3 (8.3%) bukan bumuputra.

Jadua13 : Taburan Jumlah Waktu Mengajar Pendidikan Jasmani Kesihatan.

Jum. Frequency Percent Mean SDWaktu1-5 10 27.8 10.5000 7.07316-10 11 30.711-15 3 8.3

16-20 9 24.9

21-25 3 8.3Jumlah 36 100.0

Dari segi jumlah waktu mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani Kesihatan dalam

seminggu menunjukkan 10 (27.8%) orang mengajar antara 1- 5 waktu, 11 (30.6%) orang

mengajar antara 6 - 10 waktu, 3 (8.3%) orang mengajar antara 11 -15 waktu, 9 (24.9%)

15

Page 20: Download (1344Kb)

orang mengajar antara 16 - 20 waktu dan 3 (8.5%) orang mengajar antara 21 - 25 waktu.

Ini menunjukkan terdapat 21 (58.4%) orang responden dikalangan siswazah Sains Sukan

hanya mengajar 10 waktu atau kurang dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan

semmggu.

Jadual4 : Taburan Waktu Mengajar Bukan Pendidikan Jasmani Kesihatan.

Mata Pelajaran Frequency Percent Mean SDBahasa Melayu 11 30.6 5.4444 3.7830Sains 5 13.9Sains Sukan 4 11.2Bahasa Inggeris & 3 x 2 Perkara 16.6Matematik

Geografi, Moral & 2 x 3 Perkara 16.6

SejarahBahasa Tamil 1 2.8Tidak Mengajar 3 8.3

Kebanyakan daripada responden siswazah Sains Sukan mengajar selain daripada mata

pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ialah mata pelajaran Bahasa Melayu 11

(30.6%), Sains 9 (25%), Bahasa Inggris dan Matematik 3 setiap satu (16.6%), Geografi,Moral danS ejarah 2 s etiap s atu ( 16.6%) dan Bahasa T amill (2.8%). Dari p enjelasantersebut dapatlah dilihat bahawa kebanyakkan dari kalangan responden terpaksa

mengajar selain dari mata pelajaran Pendidikan Jasmani terutama mata pelajaran Bahasa

Melayu, Sains, Bahasa Inggeris dan Matematik serta mata pelajaran yang lain. Ini

mengambarkan bahawa siswazah Sains Sukan menjadi penampung kepada kekurangan

kepadamata pelajaran lain.

16

Page 21: Download (1344Kb)

Jadual5: Nilai kebolebpercayaan alpba cronbanch soal selidik.N=36'

Soal Selidik Nilai

AlphaCronbach

A Konsep asas Pendidikan Kesihatan di Sekolah 0.88

1. Sayamemahami dengan mendalam konsep asas PK.2. Konsep PK diperolehi secara terperinci melalui Kursus Kaedah

Pengajaran PK.3. Perincian konsep tersebut sangat berfaedah kepada saya.4. Konsep PK memudahkan saya melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran PK.5. Pada awal dn akhir proses pengajaran dan pembelajaran saya selalu

menerapkan kepada pelajar tentang konsep PK.6. Konsep PK saya selalu kaitkan dengan fokus pembelajaran yang saya

ajar.7. Saya selalu mengaitkan gaya kehidupan seharianmurid-murid

dengan konsep PK.8. Kesihatan itu adalah lambang kesejahteraan hidup.

B Kandungan kurikulum PK 0.88

1. Sayamemahami semua tunjang pembelajaran PK setelahmengikuti'kursus Kaedah Pengajaran PK.

2. Saya bersedia mengajar keseluruhan tunjang pembelajaran PK yangdikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.

3. Memahami kurikulum PK secaramendalam setelahmengikuti kursusKaedah Pengaj aran PK.

4. Saya bersedia memberi penjelasan tentang kandungan kurikulum PK

kepada guru-guru asas di sekolah.5. Saya pemah memberikan kursus dalaman atau luaran tentang sukatanpelajaran PK.

6. Fahaman tentang fokus pembelajaran dalam sukatan PK saya perolehimelalui kursus Kaedah Pengajaran PK.

C Reka bentuk rancangan mengajar 0.851. Saya boleh menulis rancangan mengajar PK dengan baik.2. Reka bentuk penulisan rancangan mengajar PK yang diajar

bersesuaian dan mudah difahami.3. Reka bentuk penulisan rancanganmengajar PK berbeza dengan

penulisan rancangan mengajar matapelajaran lain.4. Saya sentiasamenulis rancangan mengajar sebelum melaksanakan

proses pengajaran dalam pembelajaran PK5. Rancangan mengajar yang saya tulis sangat membantu proses

17

Page 22: Download (1344Kb)

pengajaran dan pembelajaran PK6. Pendekatan pensyarah telah membantu saya untuk menulis rancangan

mengajar PK dengan baik.

D Strategi pengajaran dan pembelajaran PK 0.861. Saya dapat mengaplikasikan pendekatan dan kaedah pengajaran PK

yang dipelajari dengan berkesan di sekolah.2. Saya hanya menggunakan pendekatan dan kaedah yang dipelajari

dalam kursus kaedah Pengajaran PK ketika mengajar di sekolah3. Pendekatan dan kaedah yang diperkenalkan dalam kursus Kaedah

Pengajaran PKmencukupi bagi saya mengajarmata pelajaran PKdengan berkesan di sekolah.

4. Saya boleh menunjukkan teknik dan kaedah pengajaran Pk yangterbaik kepada guru-guru yang terpilih untuk mengajar PK di sekolah

saya.5. Pendekatan dan kaedah pengajaran Pk adalah sarna dengan

pendekatan dan kaedah pengajaran mata pelajaran lain.6. Pengetahuan tentang teknik dan kaedah pengajaran PK banyak saya

perolehi dari bimbingan pensyarah.

E Penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran Pk 0.831. Saya sentiasa membuat penilaian di akhir proses pengajaran dan

pembelaj aran PK2. Saya telah didedahkan dengan teknik dan kaedah penilaian PK

semasamengikuti kursus kaedah pengajaran PK3. Kaedah yang saya gunakan untuk menilai murid-murid dalam Pk

sekarang adalah kaedah yang saya perolehi semasamengikuti kursuskaedah pengajaran PK.

4. Kaedah penilaian yang diperkenalkan dalam kursus kaedah

pengajaran PKamat bersesuaian dengan proses pengajaran PK.5. Penilaian amatlah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran

PK untuk mengesan kefahaman pelajar.6. Penilaian dalam PK bukan hanya berbentuk ujian bertulis sahaja.7. Saya menjalankan ujian untuk menguji pengetahuan yang diperolehi

oleh murid-murid di akhir setiap semester.

8. Saya akan membinajadual penentuan ujian (JPU) dahulu sebelummembina soalan di akhir setiap semester.

2. Nilai Kebolebpercayaan .

Penyelidik menggunakan analisis 'alpha cronbach' untuk mendapatkan nilai

kebolehpercayaan set soa1 selidik dalam kajian Kaedah Pengajaran dan PembelajaranPendidikan Kesihatan di kalangan graduan Sains Sukan UPS!. Menurut Majid (2001),nilai kebolehpercayaan yang melebihi 0.6 boleh dianggap sesuai pada item soal selidik.

18

Page 23: Download (1344Kb)

Berdasarkan jadual 1, analisis menunjukkan kesemua Faktor soal selidik mempunyai

kebolehpercayaan yang t inggi i aitu d ari 0.83 h ingga k e 0.88. B agi F aktor k onsep a sas

Pendidikan Kesihatan di sekolah kebolehpercayaannya adalah 0.88, Faktor kandungankurikulum Pendidikan Kesihatan mendapati kebolehpercayaannya 0.88, bagi Faktor reka

bentuk rancangan mengajar kebolehpercayaannya ialah 0.85, Faktor strategi pengajarandan pembelajaran Pendidikan Kesihatan kebolehpercayaannya 0.86 dan Faktor yang

terakhir adalah Faktor penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Kesihatan adalah 0.83.

Berdasarkan dapatan dalam analisis kebolehpercayaan soal selidik dalam kajianini dan pendapat yang dikemukakan oleh Majid (2001), nilai kebolehpercayaan soal

selidik dalam kajian adalah tinggi. Ini bermakna set soal selidik Kaedah Pengajaran dan

Pembelajaran Pendidikan Kesihatan di kalangan graduan Sains Sukan UPSI boleh

diterima sebagai Intrumen Kajian Persepsi Graduan Sains Sukan Terhadap Kursus

Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan di UPSI

3. Nilai Keutamaan Faktor Soal Selidik

ladual6: Kekerapan Taburan Nilai Keutamaan Faktor.

Faktor Min SD

1. Konsep Asas Pendidikan Kesihatan di 1.88 0.54

Sekolah.

2. Kandungan Kurikulum Pendidikan 2.19 0.73

Kesihatan.

3. Reka bentuk Rancangan Mengajar 1.94 0.60

4. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 2.14 0.56

Pendidikan Kesihatan.

5. Penilaian Dalam Pengajaran dan 2.05 0.52

Pembelajaran Pendidikan Kesihatan.

Set soal selidik Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Kesihatan di

kalangan graduan Sains Sukan UPSI terdiri dari lima faktor. Faktor-faktor tersebut ialah;

19

Page 24: Download (1344Kb)

Konsep asas Pendidikan Kesihatan di sekolah, kandungan kurikulum pendidikankesihatan, reka bentuk rancangan mengajar, strategi pengajaran dan pembelajaranPendidikan Kesihatan, dan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Kesihatan.

Penyelidik menggunakan perbandingan mm setiap faktor soal selidik untuk

mendapatkan keutamaan faktor-faktor yang diaplikasikan oleh graduan Sains Sukan

UPSI dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dari kelima-lima faktor

tersebut faktor yang menjadi keutamaan kepada graduan Sains Sukan UPSI adalah faktor

konsep asas Pendidikan Kesihatan di sekolah iaitu nilai min 1.88. Ia diikuti oleh faktor

reka bentuk rancangan mengajar nilai min 1.95, ketiga ialah faktor penilaian dalam

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan nilai min 2.06, manakala faktor

strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan terletak pada keutamaan

keempat iaitu nilai minnya 2.14 dan faktor terakhir dalam nilaian keutamaan adalah

faktor kandungan kurikulum Pendidikan Kesihatan yang mendapat nilai min 2.19.

Dua faktor yang utama tersebut menunjukkan kebanyakan graduan Sains Sukan

UPSI hampir menyatakan sangat setuju bahawa faktor konsep asas Pendidikan Kesihatan

di sekolah dan faktor reka bentuk rancangan mengajar sangat penting dalam

merialisasikan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan di sekolah.

Manakala tiga faktor lain terletak dalam kedudukan setuju bahawa ianya menjadikeutamaan dalam kepergunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

4. Analisis Faktor

4.1 Faktor Konsep Asas Pendidikan Kesihatan Di Sekolah

Jadual 7: Taburan Kekerapan Konsep Asas Pendidikan Kesihatan di SekolahN=36

SS S TP TS STS Min SDn n n n n n n

(%) (%) (%) (%) (%) (%) (%)1. Sayamemahami dengan 10 22 3 1 1.86 0.68mendalam konsep asas PK 27.8 61.1 8.3 2.8

20