Download (1442Kb)

19
SEMINAR ZA'BA MENGENAI A LAM MELAYU I 2003 Nil ALN ILA1PERADABAN MELAYU 12-14 OGOS 2003 Di HOTEL RENAISSANCE KUALA LUMPUR ANJURAN INSTITUT PERADABAN MELAYU UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TAN JONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN JUDUL KERTAS KERJA SIRA TAL-A4USTA QIM* PENENTU HA LA TUI! j NILAI-NILAI PERADABAN MELAYU ISLAM PENULIS & PEMBENTANG PROFESOR MADYA CHE SIAH BT. HJ. CHE MAN AKADEMI PENGAJIAN BAHASA UiTM ( ch€ae571@salagt,uitm.edu.mv) ABSTRAK Kertas kerja ini memberi tumpuan kepada pemikiran-pemikiran daiam teks Sirat al-Mustaqim, karya Syeikh Nurul al-Din Ar-Raniri, yang teiah aikenai pasti sebagai kitab Fiqh pertama daiam bahasa Melayu Pemikiran-pemikiran ini menjadi amaian perilaku hidup seorang Musiim Melayu di Nusantara. Perilaku ini menjadi peraturan hidup, dijiwai dan sebati, diwarisi berterusan dari generasi ke generasi. Teks ini memperihalkan asas-asas Perundangan Islam ( basic Islamic Law) yang wajib dipatuhi oleh seiiap individu Islam ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafie. Peraturan-peraturan hidup ini sekaligus menjadi nilai-nilai peradaban Melayu Islam di seluruh Asia Tenggara ( Indonesia khasnya Acheh di Sumatera, seluruh Tanah Melayu, Selatan Thailand, Filipina, Singapura dan Brunei Darussalam). Terungkap daiam teks ini daya fikir bangsa yang bertamadun, amalan hidup seharian, adab dan tatacara kehidupan sejak hari pertama kelahiran seorang insan hingga meningkat remaja, dewasa, tua dan seterusnya kembali ke alam barzah. Teks ini juga mempopuiarkan tradisi menulis di kalangan cendekia ( mengarang, menterjemah dan menyaiin - 3M ), menyarankan budaya membaca bahan-bahan yang berfaedah dan membuka minda Melayu berdasarkan saranan dan mafhum wahyu pertama Ai-!Alaq ( baca tulis, ajar dan belajar), menyebar ilmu, menghapuskan buta huruf, menguasai bahasa asing untuk menjana dan menguasai ilmu, berdakwah dengan bahasa tempatan dan berhijrah untuk menikmati kehidupan yang lebih baik dan diredhai. Teks ini menjadi pemuia dan pemangkin budaya scriptoria penuiisan manuskrip kitab, membudayakan tulisan Jawi sebagai tulisan perantara dan tulisan ilmiah. Budaya jaringan di kalangan ulama dan para cendekia diamal dan diperkenalkan. Kriteria- kriteria ini menjadikan kitab Sirat al-Mustaqim ini penentu hafatuju nilai-nilai peradaban Melayu Islam. Kewujudan kitab ini besar maknanya kepada umat Melayu Islam di daerah ini, sehinggakan sampai kini isi kitab ini dicetak di tepi jidal kitab Sabil Muhtadin. Betapa benarnya nilai sejagat yang benar itu dipertahankan melalui pendokumentasian iimu sejak awa! kurun ke-16 Masehi. Demikianlah fokus kertas kerja ini. Pmcscmserninareabaniengenaialammelayu-1 ‘2G(B12-14oaosQ3

Transcript of Download (1442Kb)

Page 1: Download (1442Kb)

SEMINAR ZA'BA MENGENAI A LAM MELAYU I

2003N il ALN ILA1PERADABAN MELAYU

12- 14 O G OS 2003

DiHOTEL RENAISSANCE KUALA LUMPUR

ANJURAN INSTITUT PERADABAN MELAYU

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TAN JONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN

JUDUL KERTAS KERJA

SIRA TAL-A4USTA QIM*PENENTU HA LA TUI! j NILAI-NILAI PERADABAN MELAYU ISLAM

PENULIS & PEMBENTANG PROFESOR MADYA CHE SIAH BT. HJ. CHE MAN

AKADEMI PENGAJIAN BAHASA UiTM

( ch€ae571@salagt,uitm.edu.mv)

ABSTRAK

Kertas kerja ini memberi tumpuan kepada pemikiran-pemikiran daiam teks Sirat al-Mustaqim, karya Syeikh Nurul al-Din Ar-Raniri, yang teiah aikenai pasti sebagai kitab Fiqh pertama daiam bahasa Melayu Pemikiran-pemikiran ini menjadi amaian perilaku hidup seorang Musiim Melayu di Nusantara. Perilaku ini menjadi peraturan hidup, dijiwai dan sebati, diwarisi berterusan dari generasi ke generasi. Teks ini memperihalkan asas-asas Perundangan Islam ( basic Islamic Law) yang wajib dipatuhi oleh seiiap individu Islam ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafie. Peraturan-peraturan hidup ini sekaligus menjadi nilai-nilai peradaban Melayu Islam di seluruh Asia Tenggara ( Indonesia khasnya Acheh di Sumatera, seluruh Tanah Melayu, Selatan Thailand, Filipina, Singapura dan Brunei Darussalam). Terungkap daiam teks ini daya fikir bangsa yang bertamadun, amalan hidup seharian, adab dan tatacara kehidupan sejak hari pertama kelahiran seorang insan hingga meningkat remaja, dewasa, tua dan seterusnya kembali ke alam barzah. Teks ini juga mempopuiarkan tradisi menulis di kalangan cendekia ( mengarang, menterjemah dan menyaiin - 3M), menyarankan budaya membaca bahan-bahan yang berfaedah dan membuka minda Melayu berdasarkan saranan dan mafhum wahyu pertama Ai-!Alaq ( baca tulis, ajar dan belajar), menyebar ilmu, menghapuskan buta huruf, menguasai bahasa asing untuk menjana dan menguasai ilmu, berdakwah dengan bahasa tempatan dan berhijrah untuk menikmati kehidupan yang lebih baik dan diredhai. Teks ini menjadi pemuia dan pemangkin budaya scriptoria penuiisan manuskrip kitab, membudayakan tulisan Jawi sebagai tulisan perantara dan tulisan ilmiah. Budaya jaringan di kalangan ulama dan para cendekia diamal dan diperkenalkan. Kriteria- kriteria ini menjadikan kitab Sirat al-Mustaqim ini penentu hafatuju nilai-nilai peradaban Melayu Islam. Kewujudan kitab ini besar maknanya kepada umat Melayu Islam di daerah ini, sehinggakan sampai kini isi kitab ini dicetak di tepi jidal kitab Sabil Muhtadin. Betapa benarnya nilai sejagat yang benar itu dipertahankan melalui pendokumentasian iimu sejak awa! kurun ke-16 Masehi. Demikianlah fokus kertas kerja ini.

Pmcscmserninareabaniengenaialammelayu-1 ‘2G(B12-14oaosQ3

Page 2: Download (1442Kb)

“Sirat al-Mustaqim”

P&nentu Hafa Tuju Peradaban Melayu Islam di Nusantara

MllKADIMAH

“ ... TeSah memfnta padaku seorang sahabatku yang besar pada menghimpunkan suatu kitab pada menyatakan ilmu Fiqih atas mazhab Shafi’e... menterjemahkan daripada bahasa Arab kepada JawL. supaya beroieh manfaat dengan dia barangsiapa yang tiada mengetahui bahasa Arab.”

( him. 2. Sirai al-Mustaqim. MS469, Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara)

“ Menggabungkan dirinya dengan kcenderungan umum dalam jaringan ulama., Al-Raniri menekankan pentingnya syariat dalam praktik tasawuf drigan menulis Shirath Al-Mustaqim di Tanah Melayu. Dalam karya ini, dia menegaskan tugas utama dan mendasar setiap orang Muslim dalam hidupnya. Dengan menggunakan garis besar yang telah dikenal dalam sembarang buku fiqih, dia secara rinci menjeiaskan berbagai hal menyangkut bersuci { wudhu’), shalat, zakat, puasa (shawm), haji f hajf), kurban ( qurban), dan semacamnya. Meski buku ini tampaknya hanya memberikan penjeiasan sederhana atau aturan-aturan fiqih dasar, kita hendaknya tidak mengesampingkan makna pentingnya bagi kaum Muslimin Melayu-indonesia pada masa ketika tasawuf eksesif dan spekuiatif sedang merajalela. -

( Azyumardi Azra,1994-5 Jaringan L//ama, Penerbit Mizan)

“ berperanan bahasa penyatu bangsa pada peringkat serantau.”

“ Wujudnya komunikasi fikiran dan peranan antara penuiis dengan seiuruh masyarakat Meiayu yang dimungkinkan oleh adanya keadaan saling faham melalui bahasa yang sama” m.s. 107.

“ Bahasa Melayu Sirat Al-Mustaqim bahasa Melayu tinggi - konsep budaya tinggi - menjelma dan mengembangkan budaya tinggi bagi masyarakat kita - ragam bahasa Melayu yang digunakan untuk pembinaan dan pengembangan ilmu .pemikiran danteknologi.”m.s,117

( Awang Sariyan, 2000, Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur.DBP)

Sedutan-sedutan di atas penuiis jadikan pembuka tirai perbincangan dapatan kajian feks manuskrip 469 yang berjudui Sirat Al-Mustaqim { ) setebal 360 halamanbertulisan Jawi pertengahan kurun ke-17. ( lihat iampiran).

Tulisan ini bertitik tolak kepada isi kandungan kitab ini, faktor-faktor yang mempengaruh terhasiinya kitab ini, sebab-sebab pengarang menuiis kitab ini dalam bahasa Melayu, pengalaman yang mendasari pemikiran SNAR, bagaimana pemikiran ulama’ menjadi alat dalam mendidik masyarakat, suatu formula memperbaiki penyakit sosial, dan menganalis pemikiran tersurat dan tersirat.

Pmcscmseminarz^ianiengeriaiakimmelayu-l 200312-!4ogos03

Page 3: Download (1442Kb)

Pem ik iran-pem ikiran tersurat yang telah dikenal pasti o leh p en u lis ialah:

i) Idea pendokumentasian fikiran-fikiran tentang ilmu Fiqh berdasarkan kitab suci Ai-Quran dan Ai-Hadith

ii) idea pemakaian bahasa Meiayu sebagai bahasa ilmu yang ketika itu dikenalisebagai bahasa Jawi.

iii) Idea memperkenalkan gaya penuiisan penterjemahan sebagai satu teknikpenulisan kitab dan gaya penuiisan penerangan dan penghuraian, kemusykilan dan penyelesaian masalah.

(iv) Idea memperkenalkan pemikiran fkah ( fiqh)

Pem ikiran tersira t y an g dikenal pasti ialah :

(i) idea bagaimana seorang uiama’ bertindak sebagai penyelesai masalah.

(ii) Memenuhi tuntutan peranan seorang ulama’ sebagai pewaris para nabi -berhijrah.

(iii) Pemikiran-pemikiran yang menentang ajaran yang tidak berpandukan syari’ahdan wujudiyyah.

(iv) Unsur-unsur ilmiah berkaitan penyaringan dan pemindahan ilmu daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu.

Pemikiran fiqah yang menjadi haia tuju masyarakat Islam di Asia Tenggara khasnya Tanah Meiayu dan Acheh di Indonesia dan konsep hukum dalam Islam yang dibiearakan dengan panjang lebar dalam 7 bahagian (kitab), iaitu kitab thaharah, kitab solat, kitab puasa (as- showm), kitab zakat fitrah, kitab haji dan umrah, kitab perburuan dan penyembeiihan; dan kitab halal dan haram makanan.

Di samping itu secara tersirat S N A R meninggalkan pesanan dan saranan agar umat Melayu Islam di daerah ini banyak membaca hasil penuiisan yang berguna dan berfaedah, mengamalkan cara hidup dan periiaku seorang Muslim ( lelaki dan wanita) untuk mendapat redha Allah.

Konsep hijrah diterapkan dalam kehidupan seorang ulama’, para cendekia dan pendakwah. Ulama’ seharusnya berani, amanah dan bertaqwa dalam menjalankan tugas di mana sahaja di bumi Allah ini. Sebagai ulama’ mazhab Shafi’e SNAR melaksanakan tanggungjawab, menitikberatkan untuk memberi faedah kepada orang ramai supaya melepaskan diri daripada kelemahan atau dosa menyimpan ilmu.

Pmcscmseminarzabamengenaialmmnelayu-1 200? 12-14ogos03

Page 4: Download (1442Kb)

Ai- Imam ibn Malik, dilaporkan pernah keluar berdiri di depan pintu sekolah beiiau dan meneriakkan:

“ Adakah sesiapa yang memeriukan iimu Al-Hadith atau Tafsir, supaya membebaskan diri daripada dosa keengkaran perintah Allah.”

Apabila beiiau tidak mendapat sesiapa yang ingin belajar, beiiau berkata:“ Saya sudah bebas ( terlepas) daripada dosa menyimpan ilmu...”

( Sohair, 1999:57, khafaji, 1987:128)

SNAR memahami tanggungjawab membimbing kaum Muslimin mempeiajari bahasa Al- Quran dan membantu mereka yang tidak menguasai bahasa ini memahami isi Ai-Quran dengan melakukan penterjemahan teks agama yang dianggap sebagai fardhu kifayah, bagi mereka yang mengetahui dan menguasai bahasa Arab di samping menguasai bahasa Melayu.

inilah yang diusahakan oleh SNAR yang kemudiannya iahir dan dikenang sebagai ulama’ Nusantara yang sukar ditandingi dan hidup sepanjang zaman, hasil karyanya dibaca, ditelaah dan dikaji, pemikirannya menjadi amalan. Menjadi warisan yang sangat berharga.

SNAR seorang ulama’ yang berasal dari Gujerat, india berketurunan Arab-1 ndia-Melayu- Hadhramaut. Daerah yang memiliki dan menyimpan sepuluh ribu makam waii, lapan puluh paling muiia. Bumi yang menyimpan alim ulama5 terbesar ( Jejak Rasui 1423M /2003M) Ulama’ ini telah memiiih tanah Acheh dan Tanah Melayu sebagai lokasi penyebaran agama Islam dan menjadi penentu hala tuju dan pegangan umat Islam mazhab Syafi'e di Asia Tenggara.

Kelahiran SM telah mengarusperdanakan gerakan bahasa daiam masyarakat, walaupun pengarangnya bukan anak jati Acheh, tetapi beiiau mewakili generasi awal kumpulan metropolitan, kumpulan bangsa Meiayu yang berpendidikan, berpejaran tinggi dan bertamadun tinggi berlandaskan ajaran Al-Quran dan Al-Hadith. Penulisan kitab ini menjadi pencetus satu paradigma. pola dan trenda penulisan sejak abad ke-17 - kurun ke-21. kuaiiti bahasa, idea dan hala tuju kehidupan berbeza, dibandingkan dengan karya-karys sebelum kurun ke-17 seperti bahasa daiam Mahabharata, Ramayana, Hkayat Inderaputera, Pengiipur Lara dan Hikayat Merong Mahawangsa. SM bukti penginteiektuaian arus bahasa masyarakat Melalui penulisan dan penyelidikan yang meletakkan Islam sebagai teras bagi menyelesaikan persoalan semasa dengan lebih sahib, berkesan dan membina.

Tiga aspek bahasa yang menjadi pertanggungjawaban SM iatu pertama, terjemahan ungkapan yang diterima pakai dan tidak dipersoalkan ketepatannya, kedua, pemakaian bahasa yang jelas, padat dan tepat sesuai denga kepersisan bahasa hukum, dan ketiga, pembakuan bahasa Melayu yang diusahakannva melalui memartabatkan tulisan Jawi sebagai wahana penulisan bahasa Melayu. tulisan ini akan mendekatkan bahasa Melayu dengan somber nilai-nilai Islam yang bertulis dengan huruf dan aksara yang sama. la membetuikan sebutan Melayu terhadap kata-kata yang berasal daripada bahasa Arab. Usaha penuiis ini mewujuckan jalinan antara budaya, bahasa dan sastera Melayu dengan nilai-nilai budaya, bahasa dan sastera Arab ( Al-Quran dan Al-Hadith dan kitab-kitab muktabar).

Page 5: Download (1442Kb)

SM memperkenaikan leksiko-budaya dan aksara Isiam yang menjadi teras kepada ciri-ciri kemelayuan dan teras kebudayaan kebangsaan, Pengarang ini amat memahami nilai-nilai budaya Melayu Acheh dan Tanah Melayu, digambarkan melalui pilihan kata dalam huraian dan perbincangan contohnya perkataan “ sembahyang” yang membawa maksud sembah hiyang (dewa-dewa), kekal digunakan oleh pengarang dalam perbincangannya, tidak digantikan dengan perkataan solat ( 'a ) kerana masyarakat Melayu ketika itu sudah sebati dengan kata tersebut yang membawa maksud menghambakan diri kepada Yang Maha Berkuasa, pengarang mengekalkan Weltanschauung Melayu-lslam.

Secara tidak langsung kitab ini juga menyarankan kepada masyarakat Asia Tenggara khasnya umat Melayu supaya memenuhi tuntutan wahyu pertama supaya, kita membaca ( baca, ajar dan beiajar) buku-buku ilmiah, menulis dan berkarya serta menguasai bahasa anak negeri untuk berdakwah, dan yang paling utama menyempurnakan peranan manusia sebagai khaiifah di bumi Aiiah. Membina institusi pendidikan untuk umat belajar membaca, bertutur dan menulis, berdakwah menyampaikan ilmu walaupun dengan sepotong ayat.

Kriteria-kriteria ini menjadikan kitab SM ini penentu hala tuju nilai-nilai peradaban Melayu- Isiam. Kewujudan kitab ini besar maknanya kepada umat Melayu daerah ini, sehinggakan sampai kini isi kitab besar ini dicetak di tepi jidai kitab Sabil Muhtadin. Betapa benarnya nilai sejagat yang benar itu dipertahankan melalui pendokumentasiafi ilmu sejak awal kurun ke-16 maseht.

racsonisemmaMfajBWg£Miaiariurie)B}i''-i 2003T2-1

Page 6: Download (1442Kb)

LAMPIRAN

Pmcscmseminarzabamengenaialammelavu-l 200?12-14ogos03

Page 7: Download (1442Kb)

INTISARI KAJIAN

Mengkaji pemikiran uiama’ muktabar cum penulis yang digarap meiaiui karya agung ini iaitu kitab Sirat ai - Mustaqim.

Kitab Sirat ai - Mustaqim karya isluruddin at - Raniri, ditulis pada 1044H - 1054H / 1644M - 1654M, mengambii masa 10 tahun; ditulis dalam bahasa Melayu - Jawi kurun ke - 16M. ( sebuah karya pedoman keagamaan bersifat syari’i - pedoman bagi negeri yang sudah Islam). Sebuah karya agung yang mengungkap kesejagatan idea yang melampaui waktu dan geografi. Memboiehkan karya dibaca dan ditela’ah dari satu generasi ke generasi. Ketajaman pemerhatian dan penganalisisan yang analitis dan sistematik penghuraian mengenai tajuk - tajuk penting dilakukan dengan cara yang mendalam, tetapi juga dengan amat teliti, jelas dan tepat. tergambar keseriusan penulis memahami ilmu. Karya agong Islam, sifatnya tawhidi, mempunyai kerangka pandangan Islam yang benar, bertunjangkan al - Quran dan ai- Sunnah. Karya agung Islam mempunyai autorrti daiam sesuatu bidang, sebagai satu rantaian pemikiran yang bertunjangkan aqidah, meneiusuri zaman yang konsistensi daiam mauduk - mauduk yang diperbincangkan. Kepelbagaian dalam setiap bidang dan kelompok dari pemikiran yang berbeza, namun karya - karya yang bersifat autoritatrf akan tetap tidak lari dari ruang lingkup pandangan alam Islam yang sebenar. Karya agung mempunyai keunikan dan kelainan yang tersendiri

Ciri -ciri di atas jelas wujud dalam kitab Sirat ai- Mustaqim (SM)Kitab ini ditulis atas sikap dan peranannya sebagai ulama’ seperti yang telah diterangkan dalam SM :

“ ... Teiah memiota padaku seorang sahabatku yang besar pada menghimpunkan suatu kitab pada menyatakan iimu Fiqih atas Mazhab Shaffe . . . menterjemahkan daripada bahasa Arab kepada Jawi,. . . supaya beroieh manfaat dengan dia barangsiapa yang tiada mengetabui bahasa Arab.’

( him. 2. Sirat ai - Mustaqim. MS 469, Pusat Manuskrip Meiayu; Perpustakaan Negara Malaysia )

Kriteria Pemifihan Teks

1. Kitab ini kitab fiqih / fiqah pertama ditulis dalam bahasa Meiayu ( Abdul Rahman Kaeh, Wan Ali 1996), ditulis atas perintah Sultan untuk membantu pihak pentadbir menyelesaikan permasalahan dalam negeri. Ditulis daiam bahasa Meiayu bertuiisan Jawi (aksara Arab) dikenali sebagai tulisan Melayu kurun ke-16 dan 17 Masehi. ditulis di Mekah dan dicetak diTurki.

2. Visi utama ilmuan Islam sepanjang zaman, sama ada di Alam Melayu mahupun di dunia Islam yang lain, tertumpu semata - mata kepada menyebariuaskan ajaran dan kecantikan Islam yang suci. Visi ini didokong dengan serius dalam apa sahaja aktiviti dakwah mereka termasuk dalam penuiisan dan penghasilan karya - karya bermutu; karya asii mahupun karya terjemahan. Setip konsep dan istilah difahami dengan teliti dan diungkapkan dengan jelas dan penuh erti. Hasilnya segala maklumat yang diterima adalah teguh dan meyakinkan, seolah - olah hidangan yang yang dihidangkan adalah hidangan asii dari sumber asainya.

Page 8: Download (1442Kb)

Amalan berdakwah melalui bahasa kumpulan sasaran inilah juga menjadi pendorong mengapa kitab ini ditulis dalam bahasa Melayu - Jawi. Bahasa Melayu layak mengungkap hal - hal berkaitan Islam, khususnya tentang ilmu Perundangan isiam ( Fardhu Ain : idadat khusus- shahadah , solat, zakat, ftrah, puasa dan ha ji) S. M. Naquib al - Atas 1972).

Visi penyebaran ilmu dan kefahaman di atas, didokong pula oleh misi pengisiaman bahasa dan kebudayaan Melayu. Dengan usaha yang diperjuangkan oleh kumpulan arus perdana ini, bahasa Melayu berjaya d'rtampilkan sebagai bahasa Isiam seteiah ianya, sebelum ini sarat dengan unsur - unsur bukan Islam dan anutan yang karut.

Kitab -kitab sebeium ini dituiis dengan menggunakan bahasa Arab ( khasnya kitab Fiqah) yang belum dikuasai oleh orang Melayu ketika itu. Itulah sebabnya SNAR menterjemahkan karya -karya daiam bahasa Arab ke dalam bahasa Meiayu - Jawi. Bukti jelas kedudukan / taraf bahasa Meiayu sezaman, khususnya di Alam Meiayu - masyarakat setempat Acheh, masyarakat sekitaran - Kedah, Pahang, Patani dan lain- lain. Bahasa Melayu berperanan bagi memahsmi ilmu agama tunggak kekuatan jati diri ummah dan pembersihan jiwa.

Ketika ini di Acheh dan dunia sekitarnya mengaiami amalan agama yang korup. Di Acheh sendiri tersebar iuas amalan tarikat Wahdatui - Wujud yang diperkenal dan diasaskan oieh Hamzah Fansuri - makrifat tujuh - beriaku penyelewengan amalan. Ulama’ bertindak mengawasi pengaruh faham yang masuk, membanteras penyelewengan fahaman, pemumian ajaran agama dan pengukuhan ajaran agama { contoh semasa ai- Arqam dan ai Ma’unah ), membimbing masyarakat ke arah kehidupan yang sempurna dan masyarakat yang mendapat keredzaan Allah. Tanggungjawab ulama’ menanamkan ajaran agama yang benar dan sesuai dengan al - Quran dan ai- Sunnah. Dan SNAR adalah ulama’ luar yang berjasa mencerdikkan masyarakat Meiayu Acheh.

Perkembangan bahasa Melayu diperiengkap dengan serapan kata dari bahasa Arab. Tercipta kepersisan bahasa hukum { legal language ). Istilah yang digunakan dapat membayangkan kepersisan bahasa, bahasa hikayat berbunga -bunga, sementara bahasa karya kitab (SM ) tuntas dan persis, membentuk pemikiran orang Melayu secara jitu melalui istiiah undang - undang ( hukum ) bahasa yang tidak menuju kepada estisisme - bahasa Melayu kitab kurun ke-16 - 17 M.

Kumpulan arus perdana ini mendpta bahasa ulama’. Kumpulan yang autoritatif pada ketika itu dan hingga kini. Kumpulan yang autoritat'rf inilah yang membina tradisi pengajian ilmu sejak zaman awal perkembangan Islam hingga zaman Islam di Alam Melayu seterusnya hingga ke zaman ini. Warisan budaya ilmu ini tidak pernah padam. Curna yang berfoeza ke mana qiblat kita, berpandu warisan orientals atau ulama’ muktabar.

3. intisari naskah Sirat al - Mustaqim ini berisi idea tentang sikap dan perilaku Muslim. Isinya terbahagi kepada 7 kitab, 21 bab dan 97 fasal.

Page 9: Download (1442Kb)

Kitab 1: Kitab taharah : mengandungi 5 bab dan 24 fasai:Kata Pengantar - 7 fasai

Bab I : Segaia najis dan menghiiangkannya - 4 fasaiBab Ii: Air sembahyang - 7 fasaiBab Hi: Segaia yang mewajibkan mandi -1 fasaiBab IV: Tayammum - 2 fasaiBab v: Haid.istihadah dan nifas - 3 fasal

Kitab 2 : Kitab sembahyang : mengandungi 10 bab dan 40 fasal

Bab I : Waktu sembahyang - 4 fasai Bab I I : Syarat sembahyang Bab III: Peri sembahyang - 22 fasai Bab IV :Peri soiat orang musafir- 3 fasal Bab V : Soiat jama’ah - 4 fasai Bab V i: Peri soiat tatkala ketakutan Bab V II: Soiat hari raya kedua -1 fasal Bab ViihSolat gerhana kedua, gerhana matahari dan

bulanBab IX : Soiat minta hujan - 2 fasal Bab X : Hukum jenazah - 4 fasal

Kitab 3 : Kitab hukum zakat: mengandungi 3 baba 10 fasai

Bab I : Hukum zakat - 4 fasalBab II: Hukum zakat tumbuh - tumbuhan - 1 fasalBab III: Hukum zakat emas dan perak - 5 fasal

Kitab 4 : Kitab hukum puasa mengandungi 1 bab - 7 fasal Kata Pengantar: mengandungi 6 fasai

Babi : I’tikaf- 1 fasai

Kitab 5 : Kitab hukum haji: mengandungi 2 bab 15 fasal

Bab 1 : Waktu berniat akan naik haji dan umrah - 24 14 fasai

Bab i i : Qurban — 1 fasai

Kitab 6 Kitab hukum perburuan dan menyembkan : mengandungi 1 fasal

Kitab 7, Kitab hukum segaia makanan yang halal dan haram

Later Belakang Penuiis / Pengarang Kitab Sirat al - Mustaqim

Ulama’ universal Sheikh Nurul din ar - Raniri ( SNAR ) berasal dari Ranir, Surat, Gujerat, India. Bapanya berketurunan India - Arab Quraisy- Hadramaut. Pada tahun 1577 bapanya telah berhijrah ke Acheh. Ibunya berketurunan Melayu - Acheh dan mempunyai saudara di Pahang.

Page 10: Download (1442Kb)

Pada tahun 1621M / 1030H. SNAR telah ke Mekah dan Madinah semula untuk mempeiajari ilmu tasawuf - tarikai Rifa’iyah dan Qadariyah. SNAR menguasai peibagai bidang ilmu agama, ahli dalam bidang ilmu mantik ( logika ), tasawuf, muktabarah, balaqah ( retorika ),fiqh mazhab Shafi’e ( ahli Sunnah Wal - Jama’ah), juga ahli dalam mazhab - mazhab lain ( Hambaii, Hanafi dan Maiiki ). Beliau terkenal sebagai Sarjana Shafi’e ( Shafi’e Scholar). Setelah tujuh tahun kembali ke Acheh, beliau berangkat semula ke India dan meninggai dunia pada 21 September 1658 bersamaan 22 Zulhijjah 1069. Pada 1644M SNAR masih di Acheh ( Steembrink : Mencari Tuhan dari Kacamata Barat ). SNAR berkahwin pada usia 60 tahun dengan 4 orang isteri sekaiigus.

SNAR teiah menulis 34 judul penuiisan dan 29 buah buku. Yang paling popular di Aiam Melayu ialah Bustan al Salatin dan Sirat al - Mustaqim. Kitab ini dicetak semula pada tepi ( jidal) kitab Sabil al - Muhtadin ( Bicara ilmu Fiqah ) digunakan di sekolah - sekolah pondok di Patani dan Selatan Thailand.

Sepanjang hidupnya SNAR berperanan sebagai ulama’ secara peribadi, ulama’ pendakwah, uiama’ penasihat raja dan ulama’ cendekia.Dalam pemilihan kata dan ungkapan menunjukkan SNAR seorang pakar bahasa pada zamannya. Berpandukan kriteria penggunaan istsiah, beliau mencipta kata dan ungkapan yang sehingga kini terus hidup dan digunapakai oieh semua umat Meiayu - Islam di Asia Tenggara dalam mempeiajari, mengamaldan mengkaji ilmu-ilmu Islam.

{ Petikan daripada ruangan Selembar iimu; majaiah MASSA 24 - 24 Ogos 2002)

NURUDDiN BIN ALI AL - RANIRt (1800 - 1658 )

Setelah setahun Sultan Iskandar Muda mangkat, Sheikh Nuruddin kembali semula ke Acheh pada waktu pemerintahan Suitan iskandar Thani ( 1636 - 1641), Nuruddin tiba di Acheh kali kedua pada 31 Mei 1637. Suitan iskandar pernah berguru dengan Nuruddin sebelum baginda menjadi sultan. Tidai lama kemudian NAR dilantik menjadi Qadhi ai - Maiikul Adii yang sebeium ini disandang oieh Sheikh Shamsuddtn al- Sumatrani

Walaupun Hamzah al - Fansuri dan Shamsuddin ai - Sumatrani sudah tidak ada lagi, penganut Wahdat al - Wujud masih ramai dan mereka bangun menentang Nuruddin. Penganut Wahdah ai - Wujud ini sudah banyak menyeleweng daripada ajaran asal yang dibawa oieh Hamzah al- Fansuri dan mereka telah menjadi “saieek buta” yang sangat sesat. Jadi SNAR menasihatkan Sultan iskandar Thani supaya bertindak. Belum sempat bertindak, Suitan Iskandar Thani meninggai dunia (1641 ) dan tempatnya diganti oieh Sultanah Ratu Safiah a! - Din ( 1641 - 1675 )•

SNAR masih kekal menjadi Qadhi ai - Maiikui Adii dan guru besar di Baiturrahman. Setelah menyebarkan iimu pengetahuan ugama di Acheh

Page 11: Download (1442Kb)

akhirnya SNAR kembaii di India pada tahun 1675 dan meninggal dunia pada 21 September 1676.

Beiiau mengarang iebih daripada 20 buah kitab agama daiam bahasa Meiayu dan Arab, antaranya Bustan ai - Salatin fi Dhikr ai - Awwalin wa ai - Akhirin, Sirat al - Mustaqim, Dar al - Fara’id bi - Sharh al - Aqa’id ( kitab Usuiuddin), Umdah ai - i’ tiqad ( kitab Usuluddin), Jawahir al - 'Ulum fi Kashf al - iVla’Ium ( kitab Fiqah), al - Im’an fi takfir man Qaia bi - Khaiiq ai - Quran, Sawarim al - Siddiq ii Qat ai - Zindiq, al - Tibyan fi Ma’rifah ai Adyan { keterangan untuk mengetahui pelbagai agama), Shifaq ai - Quiub { pembersihan hati), Fath ai - Mubbin ‘aia - Quiub ( kitab aqidah - menolak fahaman Wahdah al - Wujud, Khifiyah al Salah ( cara mengerjakan sembahyang), Rahiq ai - Muhammadiyah fi Tariqah Suffiyah ( mengenai tasawuf ), Kisah iskandar Zulqarnain{ sejarah) , Ma’unah al - Hayah iiahi ai - Mamat ( pertolongan orang yang hidup bagi yang mati), Asrar ai - insan fi ma’rifah ai - ruh wa ai - Rahman ( rahsia untuk mengetahui tentang ruh dan Tuhan) dan Lata’if al -Asrar ( rahsia - rahsia vang halus).

Page 12: Download (1442Kb)

Nota di bawah menerangkan mengapa dikatakan bahasa ulama adalah bahasa kumpulan arus perdana yang autoritatif pada ketika itu hingga kini.

‘ 'Bahasa merupakan wadah bagi pengungkapan dan pengucapan seni kesusasteraan dan persuratan sesuatu bangsa atau tamadun. Dalam tradisi ilmu Islam, pengajian bahasa terutama sekali bahasa Arab dan bahasa-bahasa Islam yang lain, merupakan ilmu alat untuk mencapai dan mengungkapkan ilmu yang benar tentang hakikat kejadian alam semesta (kosmos), hakikat kejadian manusia dan kehidupannya di dunia dan di akhirat serta nilai, norma dan perundangannya, dan hakikat kewujudan seluruhnya, Oleh kerana peranan bahasa penting dan meluas, amatlah kritikal sekali bahawa struktur bahasa, sistem pertambangannya dan permaknaannya mencapai satu tahap kejituan, kerapian, ketekalan dan kepersisan yang cekap dan lengkap dalam memperlambangkan perkara-perkara yang amat asasi daiam menentukan nasib dan destinasi umat manusia seluruhnya.Tradisi pengajian Arab untuk menuju kepada matiamat seperti demikian, telah bermula sejak zaman awal Islam lagi. Telah dikatakan bahawa asas penghuraian, peniiaian dan pengesahan makna perkataan dan ungkapan secara autoritatif / wibawa dan autentik / sahih telah diterokai oleh Syaidina Ibn Abbas r.a. dalam usaha mentafsir ayat-ayat al - Qur'an, Syed Muhd. Naquib al-Altas (1991 : 3) teiah mengatakan.

"Dalam hayat Ibn Abbas r. a. usaha-usaha mengaji kesahihan makna dan menubuhkan autoriti yang terrtnggi terhadap perkataan, makna, nahu dan prosodi dalam bahasa Arab Klasik sudah bermula, dan menjelang abad kedua Hijrah pembahagian perkaedahan kepada empat kumpulan iaitu "Jahili, mukhadram, Islami, muwaiiah" untuk menentu dan menubuhkan autoriti dalam segala aspek bahasa Arab telah tercapai".

Akibat daripada keperluan untuk membuat penelitian, pengkajian dan penghuraian tentang perkataan dan ungkapan dari segi autoriti dan kesahihan maknanya, maka sebarisan sarjana bahasa Arab telah muncul yang menghasilkan karya-karya tentang kajian perkataan, istilah dan kamus yang sesetengahnya mencapai 60 jilid tebalnya. Antara yang disebut oleh S.M Naquib al - Altas (Ibid) ialah Kitab al - Ain oleh al - Khalil (meninggal 160H), Jamharah oleh Ibn Duraid (meninggal 321H.), Mujmat oleh Ibn Faris (meninggal 390H.), Sihah oleh al - Jawhari (meninggal 398 H.), Asas oleh Zamakhshari (meninggal 538 H.), Lisan a l-A rab oleh Ibn Manzur (meninggal 711 H.), Qamus dan Lami’ oleh al-Fayruzabadi (meninggal 1205 H.) dan lain- lain. Melalui huraian pengesahan, peniiaian dan pengsahihan makna perkataan dan ungkapan yang sedemikian mendalam dan terperinci maka bahasa Arab seperti yang telah ditegaskan oleh S.M.Naquib al- Atas (ibid) telah memeperolehi ketepatan dan ketekalan dari segi kekumian dan kewibawaan maknanya melalui: penubuhan struktur tatabahasanya yang berdasarkan di atas satu sistem kata akar yang tetap/tekal;struktur semantiknya dikawal oleh sistem medan makna yang ditakrifkan secara tepat yang dapat menentukan strukturan pengkonsepsian yang terdapat di dalam kosa katanya yang juga ditetapkan secara tekal oleh kaedah (i) di atas; dan perkataan, makna, tatabahasa dan prosodi telah dirakamkan secara ilmiah / saintifik supaya terjaga keterkalan maknanya.

Dengan demikian bahasa Arab telah mencapai tahap kemumian dan kewibawaan semantik yang boleh menyampaikan makna yang tepat dan jitu secara ilmiah / saintifik terutama sekali untuk menyampaikan makna kebenaran yang mutlak dan objektif '. (Abu Hassan Sham dan Hashim Musa, 1996: Kosmologi Melayu Islam daiam Tradisi Kesusasteraan Melayu Lama, dalam Seminar Kosmologi Melayu).

5

Page 13: Download (1442Kb)

£x * e A £ : F< £ \ v

H ' tT- *v- £ & s &06’ r-f v»‘ * v ~ * £ ‘ "*

£ j p ,U- ' f e . r &" £s*v e £

® ^ ^ (B £ ' t ‘V ' »' ■ V r ^ f 1 s £

K A # <€1 % :|. t >

J « » v(E5&

■H'

Page 14: Download (1442Kb)

%lh> o £>u£>\ a ^ / ;

Page 15: Download (1442Kb)

,k .

Xc*

*> 5 a t-" i '& 'C ^ '$ ^i " ' . r ! ? • ? ■ £ > L e Sc.

g w < '* ? : & ■ % m % ' h i w I" •■

Page 16: Download (1442Kb)

RUJUKAJNf

‘Abdul Qadir ar-Rahbawi, 2001, Salat Empat Mazhab ( disi t e n .), Kuala Lum pur: Victory Agencie.

Abdul Rahman Haji Abdullah. 1990, Pemikiran Umat Islam diNusantara Sejarah dan Perkembangannya Hingga Abad Ke -19, Kuala Lum pur; DBP.

----- 1998 , Pemikiran Islam di Malaysia Sejarah dan Aliran. SiriPendidikan Jarak Jauh, Kuala Lumpur : DBP & PJJ.

Ahmad Daudy, 1983. Allah dan Manusia dalam Konsepsi Syeikh Nuruddin Ar - Raniry, Jakarta: CV. Rajawal1'

Abdullah Hassan dan Ainon Muhammad, 1995. Menilai Semula Strategi Penterjemahan Sebagai Cara Kerja Pembinaan Ilmu di Malaysia, Kertas Kerja dalam Prosiding Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-5. Kuala Lumpur.DBP & Persatuan Penteijemah Malaysia.

-------1999. Prosiding Persidangan Penteijemahan AntarabangsaKe-7, Kuala Lumpur. DBP & Persatuan Penterjemah Malaysia.

Asmah bt. Hj. Omar, 2002 , Setia dan Santun Bahasa, Tanjong Malim: Universit Sultan Idris.

Azyumardi Azra 1995 , Jaringan Ulama’ Timur Tengah DanKepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII. Melacak Akar- Akar Pembaruan Pemikiran Islam di Indonesia. Bandung. Penerbit MSzan.

Bey Arifin 1999 ( Edisi Baru Lengkap), Samudera Al - Fatihah, Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD.

Engku Ibrahim Ismail 1994. Tarekat Tasauf dalam Masyarakat Islam di Malaysia, Kuala Lum pur: Akademi Pengajian Melayu.

Hashim bin Musa, 1999, A Brief Survey on The Study of The Malay Sastera Kitab on Malay Islamic Thought, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

1

Page 17: Download (1442Kb)

----- , 2001, Falsafah, Logic, Teori Nilai dan Etika Melayu SuatuPengenalan. Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu, UM

Idris Ahmad S.H.( H aji) . 2002 . Fiqk Syafii Jilid 1, Kuala Lumpur :Pustaka Antara.

Ismail Hussein, ( Penyelenggara) 1986. Sastera dan Agama. Kuala Lumpur: DBP.

Isma’il R. al-Faruqi dan Lois Lamya’ al-Faruqi 1999 ( edisi terj.), Atlas Budaya Islam,Kuala Lumpur: DBP.

--------, 1995. Toward Islamic English ( Fourth Edition ), Herndon,Virginia, U.S.A.

Lutpi Ibrahim, 1993,Antologi Pemikiran Islam, Shah Alam: HIZBI.

Martin Van Bruinessen,1995, Kitab Kuning: Pesantren dan Tarekat, Tradisi - Tradisi Islam di Indonesia. Bandung : Pustaka Mizan

M. Chatib Quzwain, 1996, Mengenai Tuban, Suatu Kajian Mengenai Ajaran Tasauf Syeikh Abdul Samad al - Palimbani, Kuala Lumpur: Thinker’s Library.

Mohd. Mansur bin Kiai Mashadi, 1991, Khasiat dan Mukjizat Surah al - Fatihah, Kuala Lumpur: Darulfikir.

Mohd. Yusof Ha'i Othman, 2002 . Bahasa Melayu Bahasa Sains dan Teknologi, dalam Majalah Dewan Bahasa November, Bil.11. Jilid 2, Kuala Lumpur : DBP.

Mohd. Taib Osman dan A. Aziz Deraman, Tamadun Islam di Malaysia, Kuala Lumpur : IRCICA

Muhammad Syamsu As, 1994, Ulama Pembawa Islam di Indonesia dan Sekitamya, Jakarta : Penerbit Lentera.

Mustofa al - Khin dan Rakan - Rakan 1998, Kitab Fikah Mazhab Shafi’e, Buku 1 Menghuraikan Bab Bersuci dan Solat: Kuala Lumpur. Pustaka Salam Sdn. Bhd.

-------1999, Kitab Fikah Mazhab Shafie, Buku 2 Menghuraikan BabZakat, Puasa dan Haji, Buku 2 : Kuala Lumpur.Pustaka Salam.

2

Page 18: Download (1442Kb)

------1999, Kitab Fikah Mazhab Shafie, Buku 2, Menghuraikan BabSumpah & Nazar, Pemburuan & Penyembelihan, Aqiqah, Makanan & Minuman, Pakaian & Perhiasan dan Kafarah, Buku 3 : Kuala Lumpur. Pustaka Salam.

Perpustakaan Negara Malaysial997., Tradisi Penulisan Manuskrip Melayu Kuala Lum pur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Sanat Md. Nasir, 2002 , Tautan Dalam Wacana Bahasa MelayuAkhbar, Siri Monograf Sejarah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : DBP.

Sidang E ditor. 1995, Gaya Dewan ( Edisi Ketiga % Kuala Lumpur: DBP.

Siddiq Fadil, 1992. Minda Melayu Baru, Kuala Lumpur : lnstitut Kajian Dasar.

-----2002 , Peranan Islam Dalam Pembinaan Bahasa danPencerdasan Bangsa: Rujukan Kepada Pengalaman Dunia Melayu; dalam Antologi Kertas Kerja Kolokium Bahasa dan Pemikiran Melayu/Indonesia Kali ke-2, Kuala Lum pur: DBP.

Siti Hawa Salleh 1992, Bustan al - Salatin, Kuala Lumpur : DBP.

— — 1992, Filologi Melayu, Dalam Jumal Filologi Melayu Jilid 1, Kuala Lumpur :Perpustakaan Negara Malaysia..

------1993, Filologi Melayu : Latar Belakang dan SejarahPerkembangan Awalnya, dalam Jumal Filologi Melayu, Jilid 2, Kuala Lum pur: Perpustakaan Negara Malaysia

------5 1991 Hikayat Merong Mahawangsa ( Penyelenggaraj.KualaLumpur. Universiti Malaya

Sulaiman Endut, 1995. Asas-Asas Fardhu Ain, Kuala Lum pur: Pustaka Haji Abdul Majid.

Sulaiman Rasjid, 1981, Fiqh Islam Hukum Fiqh Lengkap, Jakarta : Penerbit Attahiriyah

Syed Muhammad Dawilah al - Edrus ( Penyelenggara), 2002 ,Pemikiran Melayu Tentang Alam dan Hakikat Diri ( Kumpulan Kertas Keija Kolokium Bahasa dan Pemikiran Melayu /' Indonesia I I , Kuala Lumpur : DBP.

Syed Muhammad Naquib al - Attas 1972, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur : ABIM.

Page 19: Download (1442Kb)

----- 1975 , Comments On There- Examination of al - Raniri’sHujjatul - Siddiq: A Refutation, Kuala Lumpur: Muzium Negara.

----- , 1986. A Commentary On The Hujjat al-siddiq of Nur al-DinAi-Raniri. Kuala Lumpur: DBP.

Sheikh Muhammad Arshad bin Abdullah al - Banjan, Sabil Muhtadin,

Syeikh Nuruddin Muhammad Ibn. ‘Ali bin Hasanji ibn Muhammad Hamid al - Raniri. 1044 - 1054 h / 1634M. Sirat al - Mustaqim ( Manuskrip 469): Kuala Lumpur: Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia.

Teuku Iskandar bin Teuku Ali Bashah. 19 Nuru'd - din Ar-Raniri

----- 1995 , Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad, BruneiDarussalam : Universiti Brunei Darussalam.

----- 2001 Hikayat Aceh ( Ketua Editor Hassan Ahmad). KualaLum pur: Yayasan Kaiyawan.

Yaacob Harun ( edit.) 2001, Kosmologi Melayu, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Wan Ali b. Wan Mamat 1996 Perkembangan Tulisan Jawx Berdasarkan Manuskrip Melayu,( Tesis Doctor Falsafah)Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wan Mohd Shaghir Abdullah 1994. Pengarang Manuskrip Kitab di Alam Melayu :Suatu Tinjauan Awal, dalam Filologi Melayu Jilid 3, Jurnal Manuskrip Melayu, Kuala Lumpur :Perpustakaan Negara Malaysia.

------1998, Hadiqatul Azhar War Rayahin Asa Teori TakmilahSastera Melayu-Islam Jilid 1, Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.

Wan Suhaimi Wan Abdullah, 2002 . Pendekatan Nur - al - Din a.l - Raniri dalam Pembentukan dan Penterjemahan Istilah Melayu Islam, Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Bahasa dan Pemikiran Melayu, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.

4