D’PUNCAK - careercounselling4u.uitm.edu.my · individu itu akan dianggap sebagai obes apabila...
Transcript of D’PUNCAK - careercounselling4u.uitm.edu.my · individu itu akan dianggap sebagai obes apabila...
1
OBESITI
B U S I N E S S N A M E
Newsletter Title
N E W S L E T T E R D A T E
KAUNSELING
D’PUNCAK
Keluaran Ogos, 2018
Sekiranya tuan/puan ingin mendapatkan perkhidmatan
kaunseling, tuan/puan boleh menghubungi talian berikut
untuk maklumat lanjut:-
03-32584069—Pejabat Am UKK
03-32584084—Sulaiman Selamat
03-32584085— Mawaddah Fida
Farid
03-32584094—Azila Bakri
03-32584074– Nurfatihah Aziz
03-32584081—Mohd Zulkhairi
Ibrahim
Masalah obesiti di Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang semakin
membimbangkan pada setiap tahun. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
juga telah menyenaraikan Malaysia sebagai Negara Paling Obes di Asia
Tenggara pada tahun 2011. Malahan Kajian perubatan oleh British, The
Lancet pada tahun 2013 pula mendapati kaum wanita di Malaysia mempunyai
kadar obesiti sebanyak 49 peratus berbanding kaum lelaki disekitar 44
peratus.
Obesiti merupakan satu keadaan di mana lemak badan yang berlebihan
telah terkumpul sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan kesihatan
seseorang. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan
berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan. Ia
bukan sahaja boleh menyebabkan aktiviti fizikal dan sosial seseorang
menjadi terhad, malah boleh memendekkan jangka hayat individu yang
mengalami masalah obesiti. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),
individu itu akan dianggap sebagai obes apabila indeks jisim badannya
(BMI) melebihi 30 kg/m2 ke atas.
2
Masalah berat badan yang semakin meruncing ini sebenarnya berpunca dari kesilapan dan kelalaian diri kita
sendiri. Gaya hidup dan corak pemakanan seharian dikatakan antara penyebab utama pertambahan berat
badan dikalangan rakyat Malaysia. Menurut Norkumala (2007), masyarakat negara kita sering terdedah
dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundang kepada kematian. Hasil daripada
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health And Morbidity Survey - NHMS) yang dibuat
pada tahun 2015, telah dianggarkan bahawa 3.3 juta orang penduduk yang berumur 18 tahun dan ke atas di
negara ini mengalami masalah obesiti. Malahan jumlah ini dijangka akan meningkat dari semasa ke semasa.
Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat menikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana
badan yang terlalu gemuk sudah pasti membataskan pergerakan mereka. Sikap dan budaya masyarakat kita
yang sering memandang ringan masalah ini semakin menambahkan lagi jumlah penghidap masalah obesiti di
Malaysia.
3
Faktor Risiko Obesiti
1. Corak Pemakanan yang tidak seimbang seperti kekerapan menjamu selera dengan makanan segera,
makanan yang diproses dan makanan yang mengandungi gula yang berlebihan
2. Kurang aktiviti fizikal dan senaman akibat kesibukan dengan tugasan seharian dan hanya duduk di
hadapan komputer hingga menyebabkan kurangnya pergerakan fizikal pada setiap hari.
3. Genetik atau keturunan iaitu kegemukan boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi
berikutnya di dalam sesebuah keluarga
4. Peningkatan usia akan menyebabkan kadar metabolisme menurun.
5. Jantina di mana kaum wanita mempunyai kebarangkalian untuk menjadi obes berbanding lelaki kerana
wanita mempunyai kadar metabolisme yang rendah berbanding lelaki. Masalah obesiti akan menjadi
semakin meruncing apabila wanita itu mencapai tahap menopause.
6. Pengambilan ubat-ubatan seperti ubat untuk merawat kemurungan juga boleh mengakibatkan masalah
berat badan berlebihan
Kesan obesiti
1. Meningkatkan risiko penyakit tiga serangkai yang terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia seperti
kencing manis, darah tinggi dan juga sakit jantung, kolesterol tinggi, strok, sleep apnea (gangguan di
mana anda berhenti bernafas, untuk jangka masa pendek semasa tidur), asma dan kanser.
2. Tahap keyakinan diri yang rendah akibat malu diejek oleh rakan-rakan yang normal. Kanak-kanak
yang obes, lebih mudah didiskriminasi dan diejek oleh rakan-rakan sebaya di sekolah. Hal ini
menyebabkan kanak-kanak obes itu hilang atau kurang keyakinan diri dan apabila masalah ini dibawa
sehingga dewasa, tahap kepuasan hidup mereka juga akan terjejas.
3. Depresi
4. Penyakit osteoartrisis
4
Langkah mengatasi obesiti
1. Gaya pemakanan yang seimbang
Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi secara kerap adalah salah satu cara untuk meningkatkan
metabolisma badan. Cuba lah elakkan diri daripada makan ketika dalam keadaan sedang kelaparan
kerana kita akan lebih cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak hingga menyebabkan kita
akan menjadi mengah dan lesu.
2. Lebihkan protein, serat dalam makanan seharian. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-
buahan yang diketahui lebih menyihatkan berbanding makanan lain.
3. Kurangkan makanan bergoreng, berminyak, bersantan, makanan manis dan makanan masin.
4. Pemilihan senaman yang sesuai sangat penting untuk mengurangkan berat badan. Mulakan aktiviti
bersenam dengan ringkas tetapi mudah untuk dilakukan secara berterusan. Elakkan pemilihan senaman
yang berat kerana ia akan menyebabkan kita rasa susah dan tidak bersemangat untuk bersenam pada sesi
yang berikutnya.
Kesimpulannya, masalah obesiti yang semakin meruncing dalam kalangan rakyat Malaysia perlulah
dibendung dengan kadar yang segera. Setiap orang perlu bertanggungjawab dengan jumlah pengambilan
makanan yang diambil agar ia adalah seimbang dan tidak memudaratkan kesihatan diri sendiri. Amalan gaya
hidup yang sihat amat dititikberatkan agar individu itu dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan baik.
5
RUJUKAN
1. Obesity and overweight Fact sheet No 311. WHO. January 2015.
2. Institut Kesihatan Umum. (2008). Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga (NHMS III) 2006, Status
Nutritional. Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan.
3. Pertubuhan Kesihatan Sedunia. (2003). Diet Pemakanan dan pencegahan penyakit kronik: laporan
bersama WHO perundingan / FAQ pakar. Geneva: WHO.
4. OBESITI Masalah Besar Kesihatan Malaysia. (2018). http://www.imedik.org/obesiti-masalah-besar-
malaysia/
Oleh:-
Puan Azila Bakri Pegawai Psikologi Kanan Unit Kerjaya & Kaunseling Kampus Puncak Alam
Editan dan rekaletak : Nurfatihah Aziz